Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2002 1 komen

Adobe Atmosphere - Sample Worlds Aku dapat dari Hassan. Kena buat research pasal genetic algorithm dan deep computing. Selain daripada itu, kena jugak search info pasal 3d virtual environment + avatar.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Visualization and IPV6, High Performance Grid Computing, Use of Java and XML, Finance and Economics, Molecular Visualization, Realtime Freehand Image Guided Surgery, Realtime Collaboration and Distributed Manufacturing (Soft Robotics), Visualization in Critical Information Systems Network....apa yang aku cakap ni ?? Tapi ini yang aku belajar hari ini. Ini project besar 10 orang kena handle. Untuk develop satu simulasi yang akan dibangunkan dalam satu portal. Bonds Project, Velocity Project, Hammerheads Project dan Wings Project. Pecah kepala.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 March 2002 1 komen

1 April ni aku akan start pergi gym. Ramai budak office akan join. Gym dekat belakang Backroom. Nak jaga badan. Paling kurang 3 kali seminggu. Ikut kemampuan.

Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2002 1 komen

Aku amat mengantuk. Pagi tadi aku bangun pukul 5 pagi. Mata aku tak boleh lelap. Aku nak tidur.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 March 2002 1 komen

Tadi ada isu baru, PMO nak ambik 4 orang lagi programmer bawak keluar. Tak cukup-cukup ker yang dah dibawa keluar ?? Nak ambik lagi 4 ! Tinggal 4 ajer kat CWD. Nak mengadap 34 courses. GILA PUNYA KERJA !

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Dah lama aku tak update jurnal aku. SIBUK. Hari ini aku angin lagi. Kerja makin banyak kat office, pressure makin hebat. Bukan 1 project, 4 project ! Boleh botak kepala aku melayan karenah team mebers project aku. Aku baru tengking seorang ! Tak paham-paham lagi. YOU DUMP ALL THE PICTURES FIRST, THEN WE TALK ABOUT THE KEYWORDS !! Tak paham-paham lagi. Aku punyalah struggle nak bagi settle, ada yang tak paham-paham lagi.

Entri oleh sultanmuzaffar 07 March 2002 1 komen

MEETING, MEETING, MEETING

Ada 4 projek besar kena handle at the same time. Boleh botak kepala. Digital Image Bank, Courseware Intelligent Template, Smart School & U-Solution. Mana satu nak letak TOP PRIORITY pun tak tau. Aku perlukan somebody yang very energetic, research minded, independent & tak perlu nak suruh-suruh. Aku dah bosan jadi Steno untuk ingatkan bila meeting, call suruh pergi meeting kat dia.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 March 2002 1 komen

Digital Image Bank perlu enhancement, auto-numbering, report, watermark, shopping cart procedure and searching keyword. Perlu jumpa orang-orang CA untuk settle masalah ini. Jasmine ACM juga perlu untuk mengukuhkan lagi pengetahuan berkenaan Digital Image Bank.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Yahooooooo....mission completed. Aku kena prepare report on Digital Image Bank. Setakat hari ini, Digital Image Bank dah fully up. Bebudak graphics kena mula scan & dump in semua elements ke dalam DIB supaya semua orang boleh pakai. Aku happy. Lepas setahun, projek ini akhirnya berjaya. Selepas ini, kena fikirkan pula linking dengan Courseware Intelligent Template pulak. Banyak benda nak kena buat R&D. LCMS, ADL, SCORM, XML......Arrrrrrgggggghhhhhh !!

Entri oleh sultanmuzaffar 05 March 2002 1 komen

Digital Image Bank berjalan lancar. Seronok aku ada team yang very supportive & understanding. Banyak juga isu yang kena fikirkan. Tapi kalau nak fikir sorang, boleh pecah jugak kepala aku ni. Tapi yang hairannya sejak CEO announce untuk dapatkan penyertaan percuma CA dalam projek ni, PMO Office seakan-akan terus berdiam diri. Kenapa ahh ?

Entri oleh sultanmuzaffar 04 March 2002 1 komen

Aseng aku tahu agak panik dan rasa bersalah. Tapi keputusan dibuat bukan kerana emosi, keputusan dibuat berdasarkan keupayaan & bakat masing-masing. Pilihan Aseng memang sama dengan pilihanku. Jika aku diberi pilihan untuk memilih, pasti orang yang sama juga aku pilih untuk menerajui bidang-bidang baru itu. Bukan kerana emosi tetapi kerana bakat yang ada pada individu tersebut. Mungkin jika kita pernah rasa bersalah, kita akan kerap membuat tuduhan melulu untuk menutup kesalahan kita. Itu kata aku. Bukan aku titip dari orang lain. Kata aku belaka.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Seperti kata Dr. Salmi masa mesyuarat tadi, perubahan akan sentiasa berlaku demi kebaikan syarikat. Sejak dahulu perubahan telah banyak berlaku. Dr Tengku Shahrom ditukar, Roslan juga ditukar, Kak Bee juga ditukar, aku juga ditukar. Bukan untuk suka-suka tapi untuk kebaikan syarikat. Perubahan di awal memang pahit tapi lama-lama bila sudah biasa akan jadi seronok.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Hari ini mereka yang kena pindah, telah pun berpindah. Aku tolong kawan aku angkat barang dia. Aku betul-betul terkejut bila menerima berita ini hari Khamis lepas. Sehingga aku tidak sempat untuk meluahkannya dalam jurnal ini. Aku amat berharap mereka tidak tuduh aku yang merancang semua ini. Walaupun dari email dalam cwd ada bunyi-bunyi sindiran. Tapi aku peduli apa. Aku tahu itu semua bukan angkara aku. Pada aku mereka dipilih kerana berkelayakan dan mampu menjalankan tugas baru mereka dengan sebaiknya. Kenapa perlu takut dengan perubahan. Melayu seperti kata Dr. Salmi memang lebih suka berada di tempat yang mereka selesa. Mereka takut dengan perubahan dan jika boleh mengelak dari berubah. Melayu jika terus sebegitu sampai bila pun tidak akan maju.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger