Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 January 2003

Istana Budaya

Istana Budaya

Laman internet ini baru diberi wajah baru dan dilancarkan kelmarin. Pertama kali masuk ke laman internet ini ianya nampak gah. Designnya menarik dan nampak unsur-unsur spectacular. Sesuai dengan namanya Istana Budaya. Dengan berlatarbelakangkan hitam, laman ini nampak begitu eksklusif. Panggung ini juga begitu eksklusif sifatnya. Nampak grand !

Matlamat utama Istana Budaya adalah untuk menjadi mercutanda bagi seni pementasan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia. Selain daripada menganjurkan pementasan dari karya-karya tempatan, mereka juga membawa masuk persembahan dari luar untuk memberi peluang karyawan-karyawan tempatan mempelajari ilmu dari mereka. Serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah destinasi seni pentas bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di dunia.

Berbalik kepada laman internet tersebut, ia memaparkan banyak maklumat penting yang perlu diketahui oleh para pengunjung. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat sejarah Istana Budaya, kemudahan-kemudahan yang disediakan, jadual pementasan terkini, pementasan-pementasan terdahulu, dan beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pengunjung.

Pengunjung juga boleh mendaftarkan diri untuk dimasukkan ke dalam mailing list terus ke email masing-masing dan mengisi Guest Book yang ada. Soalan Lazim yang sering ditanya juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Dalam sedar atau tidak, Istana Budaya juga sebenarnya merupakan satu muzium pakaian-pakaian tradisional. Kostum-kostum dari pementasan terdahulu dipamerkan untuk tontonan orang awam. Kod Etika berpakaian juga diperincikan dengan lengkap agar tiada pengunjung yang dihalang dari memasuki Panggung Sari. Jika di Barat, para pengunjung yang tidak mengikut etika berpakaian akan dihalang dari memasuki dewan, berbeza dengan di Istana Budaya, mereka akan diarahkan ke tempat duduk Aras 3.

Salah satu maklumat yang paling penting pada saya dan saya tidak pernah dapat dalam mana-mana artikel ialah maklumat berkenaan pentas hidraulik yang ada di Istana Budaya. Umum mengetahui bahawa, kemudahan pentas di Istana Budaya merupakan yang terbaik di rantau ini, tetapi umum tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya. Pentas hidraulik Istana Budaya boleh memuatkan satu helikopter untuk pementasan Miss Saigon (jika berpeluang dipentaskan di sini), set berek polis dan Balai Polis Bukit Kepong serta sebuah Istana Maharaja China sewaktu pementasan Siti Zubaidah. Itu kelebihan pentas di Istana Budaya. Besar dan hidraulik. Semuanya digerakkan dengan menggunakan butang.

Kekurangan laman ini mungkin pada tiadanya kemudahan membeli tiket pementasan secara online. Jika kita melihat trend kini lebih terjurus ke arah e-commerce dan sewajarnya Istana Budaya sebagai sebuah panggung pementasan bertaraf dunia mewujudkan kemudakan e-commerce. Para pengunjung boleh memilih untuk membeli tiket secara online ataupun secara konvensional. Banyak contoh laman yang bersifat e-commerce sekarang, seperti 111flowers.com atau Blooming.com.

Selain daripada itu, untuk lebih membuatkan pengunjung melawat laman ini untuk kali kedua, adalah lebih baik sekiranya dapat dipertontonkan klip video pementasan-pementasan yang terdahulu. Mungkin dengan adanya klip video tersebut akan lebih mendorong minat mereka untuk merasainya sendiri bukan sekadar menonton di klip video. Cara ini sebenarnya telah lama dijanakan oleh pengusaha-pengusaha filem antarabangsa. Setahun sebelum filem mereka ditontonkan, mereka akan membelanjakan sebahagian dari peruntukan untuk tujuan promosi. Maka, terhasillah klip video promo untuk tontonan pengunjung laman web. Ada macam-macam contoh seperti file Spiderman, Star Wars dan lain-lain. Ini nyata berbeza dengan cara produk Melayu dipromosikan. Sewajarnya, Istana Budaya mengorak langkah ke arah pembaharuan ini. Untuk lebih memberi peluang kepada para pengunjung merasai ruang dalam Istana Budaya, adalah lebih baik jika ada "online webcam" seperti yang dibuat oleh pengurusan pelancongan di Perancis untuk Menara Eifel mereka di Paris Live. Untuk Istana Budaya, janganlah on "online webcam" tersebut 24 jam. Hanya disiar-langsungkansebagai teaser kepada setiap persembahan sewaktu latihan sudah memadai.

Saya tidak pernah ketinggalan untuk menonton setiap pementasan yang dipentaskan di Istana Budaya. Ya, setiap pementasan ! Saya begitu berbangga kerana Malaysia mempunyai sebuah panggung yang bertaraf dunia ini. Secara keseluruhan ini merupakan laman internet yang bagus dan dapat memberi maklumat dengan berkesan untuk para pengungjung laman ini.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger