Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 09 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza

Liza mengambil tempat sebagai pelajar pertama ditemuramah untuk rancangan ini walaupun beliau layak ke Kemuncak Konsert, tidak dapat dinafikan beliau merupakan pelajar pertama yang sepatutnya tersingkir tetapi diserap kembali ke Akademi Fantasia setelah pihak pengurusan merasakan belum banyak lagi yang dipelajari oleh pelajar dalam masa satu minggu.

Liza mengakui tidak mengetahui konsep Akademi Fantasia sewaktu pergi ke sessi uji bakat. Beliau menganggap ia seperti pertandingan biasa. Setelah lulus uji bakat tersebut, terdapat 11 lagi pelajar yang akan turut sama menyertai pertandingan tersebut. Setiap seorang mempunyai latar belakang yang berbeza. Oleh yang demikian beliau harus mencuba peluang yang ada.

Pada minggu pertama Liza mendapat lagu Sampai Bertemu yang bukan pilihannya. Lagu tersebut sebenarnya mudah tetapi yang mudah itulah yang perlu beliau ambil perhatian lebih untuk lebih mencantikkan lagu tersebut.

Di dalam kelas vokal Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Adnan beliau banyak diberi latihan tentang latihan vokal dan pergerakan dikendalikan oleh Cikgu Linda. Mereka memberi kebebasan kepada Liza untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa perlu terikat dengan penyanyi asal.

Liza yang mempunyai 5 adik-beradik perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru 12 orang pelajar di sebuah banglo tempat sessi pendidikan dijalankan. Cara Liza membuat approach lebih kepada membantu pelajar lain seperti Nana menyanyikan lagu Kini Kau Tiada. Nana pada pendapat Liza merupakan seorang yang baik, ceria dan mudah mesra.

Liza paling rapat dengan siapa ?
Katanya Liza rapat dengan semua. Masing-masing mempunyai perwatakan yang berbeza. Semuanya baik-baik belaka.

Lagu Sampai Bertemu secara tidak rasmi telah menggagalkan Liza. Perasaan gementar dan gemuruh memang ada pada masa beliau menyanyikan lagu tersebut. Itulah cabaran yang perlu beliau hadapi.

Bagaimana diri sebenar Liza ?
Jawapan beliau mudah. Seorang yang pemalu. Beliau ikut rentak kawan. Jika kawan-kawan ceria, maka cerialah beliau. Jika dapat kawan yang OK, maka happylah beliau.

Antara lagu-lagu yang terpilih selain daripada lagunya pada Konsert 1 ialah Hi Hi Bye Bye, Kau Bagaikan Permata, Sekadar Di Pinggiran, Memori dan Kini Kau Tiada. Jika diberi pilihan lagu yang ingin dinyanyikan oleh Liza ialah Kini Kau Tiada. Liza lebih suka menari katanya.
Di dalam kelas vokal beliau perlu membuat beberapa eksperimen terhadap vokal beliau. Yang paling sukar tentunya teknik pernafasan. Oleh yang demikian perlu dilakukan setiap hari sampai bila-bila.

Di dalam episod semalam, Aznil masih mengumumkan kategori-kategori lama yang sepatutnya dipertandingan dalam undian SMS. Saya akan mengadakan enam undian online untuk kategori-kategori tersebut. Yang menarik, anda tidak perlu membayar untuk mengundi.

Peratus Undian setakat Minggu 01
Pelajar Paling Emosi
Nana 59.68 Atie 26.49 Azizi 3.55 Rosma 2.76 Sahri 1.99 Khai 1.58
Pelajar Paling Ceria
Nana 34.28 Khai 20.99 Azizi 13.30 Adi 11.37 Vince 7.05 Nija 4.33
Pelajar Paling Cool Sporting
Nana 49.97 Atie 13.26 Vince 8.49 Khai 8.22 Adi 4.51 Nija 4.51
Pelajar Paling Menyerlah
Khai 28.97 Liza 25.85 Nana 22.22 Rosma 11.01 Vince 5.50 Sahri 1.97

dirujuk daripada yahoogroups vincent_chong

Nota: Buku Nota tertinggal di rumah. Tanpa Nota saya tidak dapat menulis apa yang telah saya notakan semalam.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger