Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 03 March 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 05-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Atie boring malam ini !

Paling seronok apabila mendapat rakan-rakan yang berbilang bangsa serta dari negeri yang berbeza. Ada yang datang dari Pahang, Perak, Johor dan Kuala Lumpur. Lagu yang diperoleh setiap minggu punya masa 5 hari sahaja untuk menyiapkan diri untuk lagu tersebut. Dalam masa yang singkat itu, mereka juga perlu membantu rakan-rakan yang lain dalam persembahan mereka. Atie mengambil sikap positif dengan menolong mana yang perlu.

Kenapa percaya pada rakan-rakan yang lain ? Kerana mereka percaya pada Atie. Jawapan yang amat bijak ! Saya harus akui jawapan tersebut amat bijak. Mereka boleh dengan sengaja menyanyi sumbang tetapi mereka tidak melakukan demikian. Mereka tulus ikhlas ingin membantu oleh itu masalah tersebut tidak timbul.

Jendela Hati perlu diteruskan walaupun Atie mengalami sedikit kecederaan pada waktu tersebut. Pada waktu latihan beliau menyanyikannya dengan baik berdasarkan kepuasan dirinya sendiri. Pada kelas seni suara yang dikendalikan oleh Cikgu Adnan, agak baik kerana dalam masa yang singkat beliau perlu melatih 12 orang pelajar. Beliau mengambil perhatian untuk semua pelajar.

Apabila menerima lagu Hi Hi Bye Bye ada di kalangan pelajar yang tidak berpuas hati kerana menerima lagu yang senang. Pada beliau itu bergantung pada nasib dan nasib sentiasa tidak menyebelahi satu-satu pihak. Atie juga menerima lagu yang susah seperti Save The Best For Last.

Roda Impian : Kita tidak pernah mendengar beliau menjerit Wang Besar Wang Besar ! Zam Zam Ala Kazammmm, tapi malam tadi kita dapat dengar beliau menjerit. Selalunya depan kami, beliau akan tunduk sopan contol macho. Kononnya. Di akhir rancangan, dia salam Liza sampai 16 kali. Itu antara alasan kenapa ulasan IAF tidak banyak kerana sentiasa terlupa iklan di NTV7 sudah habis.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger