Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-07-08

Asyik Aku Aku Aku
Intonasi merupakan elemen penting dalam menyampaikan mesej. Intonasi yang berbeza akan membawa makna yang berbeza-beza. Saya melihat ada yang masih kaku apabil melafazkan dialog tersebut. Nurul ada kelainannya. Zarina juga juga menampilkan kelainan. Fitri telah mengeluarkan sedikit personaliti beliau. Linda masih kaku tetapi berani untuk mencuba. Kaer pada saya melakonkan watak yang berbeza bukan melakukan intonasi yang berbeza. Mas juga cuba mengeluarkan karektornya sendiri. Pelajar-pelajar lain agak mendatar dan berusaha keras untuk mendapat mood untuk melontarkan dialog tersebut. Saya melihat pelajaran ini sebagai satu yang penting sebagai asas lakonan yang kuat.

Farah
Perwatakan seceria Farah wajar dieksploitasi oleh dirinya sendiri untuk memancing undi Farah. Farah berbakat besar dalam nyanyian, tetapi peratus undiannya agak rendah kerana tidak menonjolkan dirinya.

Catwalk
Upacara promosi barangan penaja dilakukan oleh mereka. Saya jelak ! Nurul, Adam dan Bob tidak kelihatan.

Anding dan Edlin
Edlin memohon maaf kerana ada perasaan itu ? Anding yang sporting, tidak marah dengan situasi tersebut.

Main Kejar-Kejar
Seronok melihat Linda dan Farah main kejar-kejar di dalam Akademi. Mas seperti biasa melontarkan dialog yang agak melucukan. Perwatakan Mas agak natural.

Adam berlatih menari lagu Kerna Dia. Banyak dibantu oleh Bob dan Anding. Elemen tarian pada lagu ini nampak kurang bertenaga, mungkin kerana peratus tumpuan Adam terhadap lirik lagu amat tinggi sehingga mengabaikan elemen tarian. Adam sememangnya seorang yang pandai menari tetapi kerana tumpuannya lebih kepada lagu menyebabkan tariannya kurang bermaya. Saya agak pelik apabila lagu Ikhlas Tapi Jauh sebegitu koreografnya. Nampak seperti tidak kena. Kenapa perlu ada adegan di tepi pantai ? Edlin juga memberikan tumpuan kepada lagu sehingga elemen tarian diabaikan.

Kelas Vokal Siti Hajar
Zarina
Vokal beliau bagus tetapi untuk lagu Awallah Dondang ada seperti tidak kena. Beberapa note kedengaran agak mendatar.

Mas tidak mengikut seperti apa yang diajar oleh Cikgu Adnan sewaktu sesi kelas ini. Vokal beliau agak mendatar juga.

Adam perlu memperbaiki pitching pada nyanyiannya. Beliau menyanyi dengan tidak cukup bertenaga.

Farah membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Saya suka cara beliau.

Edlin mendapatkan bantuan Kaer mengajarnya tentang nyanyian lagunya. Beberapa bahagian perlu dibuat falsetto.

Anding selesa berlatih keseorangan sambil menari.

Nurul juga mendapatkan khidmat rakan-rakannya dalam koreografi iaitu Fitri dan Kaer turut membantu dari segi nyanyian.

Zarina berlatih lagu Awallah Dondang dan mungkinkah rakan-rakan beliau di Yayasan Warisan Johor akan muncul sebagai kejutan. Penari Yayasan Warisan Johor memang terkenal sebagai penari zapin terhandal di Malaysia.

Kaer membawakan lagu Ikhlas Tapi Jauh dengan stailnya yang tersendiri sehingga menurut Cikgu Siti Hajar banyak melodi yang diubah oleh beliau. Keaslian lagu tersebut hilang. Melodi asalnya perlu dikekalkan.

Edlin memberikan satu persembahan latihan yang mantap. Saya suka dengan vokal nyanyiannya. Lagu tersebut kedengaran amat sesuai dengan vokalnya.

Nota: Tidak banyak yang dapat saya catat. Beberapa kali tertidur. Terlalu keletihan setelah selesai menganjurkan persembahan teater-tari OPs OPHELIA. Jumaat, saya akan bertolak ke Port Dickson. Bayangkan hari Sabtu anda tanpa ulasan di sini. hahahaha

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger