Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi 07-05-06

Zahid turut mengajar Nurul dan Mas tentang asas dalam nyanyian dengan bantuan piano. Mereka diajar untuk menghasilkan tangga nada dalam 1 setengah octave. Nurul melakukannya dan mencuba sehabis baik.

Menuju Puncak
Saya tidak pernah memberi komen tentang latihan koreograf Menuju Puncak kerana saya menyukai gerak dan langkahnya. Dibuat dalam gerak perlahan, setiap pelajar cuba mendapatkan gerak selari untuk mencantikkan lagi langkah dalam lagu tersebut.

Smooth Criminal merupakan lagu yang sukar, baik dari segi sebutan lirik juga koreografnya. Adam bakal menghadapi satu cabaran besar untuknya. Bob dilatih oleh Cikgu Corrie untuk langkah tarian lagu tersebut.

Farah Homesick
Kasihan Farah kerana rindukan keluarganya. Adam bertanyakan sama ada Farah rindukan Zarina. Zahid sibuk mendapatkan sikat dari beg Farah untuk mencuba menyikatkan rambut Farah. Farah kemudiannya dilayan seperti Puteri sewaktu di meja makan. Seperti mengada-ada pula bila ditonton. Makan bersuap, berkali-kali enggan dan kemudian akhirnya mengalah.

Kelas Seni Persembahan: Aksi Ketam
Mereka harus mencipta improvisasi pelbagai tentang ketam dalam emosi sinis, minah kepoh, ketawa, jenaka dan lain-lain.

Kaer membawakan watak ketam yang agak childish. Adam membawakan watak sultan ketam dan Mas membawakan watak Nenek Kebayan ketam. Mas memberikan lakonan yang penuh penghayatan serta postur tubuh yang kena dengan wataknya. Intonasi dialog beliau juga kena dengan wataknya. Sebuah lakonan yang hebat dan turut dipuji oleh Cikgu Fauziah Nawi. Kaer dan Adam masih tercari-cari identiti mereka dalam lakonan. Intonasi dialog Adam agak mendatar dan tiada karisma seorang sultan.

Pelajar Terima Kad Kemajuan Pelajar
Tek asal diadaptasi dari http://yatiathome.blogdrive.com
Akademi Fantasia IIRamli MS menginatkan pelajar tentang matlamat penubuhan Akademi Fantasia dan tujuan mereka berada di situ. Ia bukan untuk menghasilkan satu lagi klon Siti Nurhaliza atau pun Jamal Abdillah. Sebaliknya untuk mengcungkil, menggilap bakat-bakat baru. Orang seni harus sensitif yang bekerjasama dengan minda untuk bersifat lebih terbuka. Akademi Fantasia bukannya kilang fotostat untuk menghasilkan artis-artis tiruan.

Kaer
Emosi Kaer merupakan rintangan utama yang akan membantutkan kerjayanya. Beliau tidak seharusnya membunuh dirinya sendiri. Beliau harus bijak mengawal kemarahan dirinya. Tanpa kawalan kemarahan, beliau tidak akan mampu untuk mengawal kerjaya seninya. Berkenaan dengan vokal, rangenya terlalu terhad. Beliau harus menerima segala ketentuan Tuhan. Aset utama vokal Kaer ialah warna pada vokalnya.

Farah
Range vokal yang ada pada Farah amat mengkagumkan. Para komposer akan menjadi lebih kreatif dan lebih bersemangat jika berkerja dengannya kerana rangenya terlalu besar. Dengan range yang besar, imaginasi para komposer akan menjadi lebih besar juga. Kelemahannya ialah beliau harus belajar mendewasakan dirinya supaya bakat seni yang ada dalam diri Farah akan cepat dewasa.

Nurul
Beliau seorang yang insecure yang tidak punya keyakinan pada diri sendiri. Semangatnya lemah. Beliau telah diajar setiap aspek dalam nyanyian tetapi tidak banyak digunakan apabila berdepan dengan kenyataan. Sebaliknya, beliau menjadi seperti sebelum memasuki Akademi Fantasia. Tiada perubahan.

Bob
Tahap Bob sewaktu kali pertama dilihat menyanyi, beliau melebihi pelajar lain dari semua segi. Ramli MS melihat beliau umpama mesin fotostat yang agak unik kerana bila fotostat hitam, hasilnya warna merah dan pelbagai. Perubahannya ke arah profesional walaupun tidak besar. Bezanya Bob dengan pelajar lain ialah Bob dianggap amatur dan bukannya pelajar. Bob tidak menumpukan perhatian kepada vokalnya. Beliau mengingatkan Bob akan dapat mempertingkatkan nyanyiannya untuk dibawa ke peringkat profesional. Memasuki Akademi Fantasia sebagai amatur dan beliau seharusnya keluar sebagai penyanyi profesional.

Linda
Ramli MS menyenangi bakat yang ada di dalam diri Linda. Beliau mengharapkan Linda menghargai bakat yang ada di dalam dirinya. Beliau harus hormat kepada Tuhan yang telah mengurniakannya bakat tersebut. Rangenya melebihi pelajar lain, lebih tinggi daripada Farah. Satu note lebih tinggi dan yang paling tinggi pernah beliau jumpa sepanjang 30 tahun beliau di dalam industri seni. Beliau harus menghargainya. Ramli MS menegaskan yang beliau tidak suka bekerja dengan orang yang tidak serius. Beliau tidak mahu membuang masa.

Adam
Adam sukakan perkara yang teratur dan dirancang dengan rapi. Seperti kata Ramli MS, Adam seorang yang control handsome. Memang bagus menjadi seorang yang teliti dan mengambil berat setiap aspek. Sepatutnya begitulah juga dengan muzik yang dibawa oleh Adam. Jika beliau peka dengan dirnya tentang apa sahaja, beliau seharusnya peka jugak dengan apa yang beliau buat. Adam harus bekerja keras. Jiwanya banyak terarah ke arah rap seperti Kaer ke arah R&B. Jika ada kemahuan, beliau harus mencuba mendapatkan gelaran Raja Rap itu. Nyanyiannya perlu digandakan lagi dan beliau dapat melihat perubahan positif dalam dirinya.

Mas
Vokal Mas adalah yang paling unik dalam Akademi Fantasia. Kejujurannya berkawan adalah contoh dan sifat yang patut dicontohi oleh pelajar lain. Vokalnya jenis yang kita tidak biasa dengar dalam dunia hiburan tanahair. Halangan dan tembok yang menutupi keunikan vokal Mas ialah beliau tidak dapat membezakan tangga bunyi yang menjadi asas dalam nyanyian. Macam Rukun Iman dalam Islam. Wajib tahu. Nyanyiannya masih di takuk yang lama. Bermula pada saat pertemuan sehingga sekarang tiada perubahan baik yang berlaku pada Mas baik di dalam kelas mahu pun sewaktu konsert. Pada pemikiran Mas semua bunyi itu sama padanya. Itulah sebabnya bila beliau menyanyi, yang sumbang pun didengar sedap.

Zahid
Ramli MS menekankan tentang pentingnya ilmu dalam Akademi Fantasia. Beliau tidak banyak menyebut banyak tentang Zahid kerana semua sudah tahu Zahid adalah pelajar contoh yang banyak merebut peluang yang ada. Beliau tidak melihat apa yang terjadi di pentas sahaja, turut melihat perkembangannya di sekolah. Keutamaannya ialah di sekolah bukannya di pentas. Zahid bijak merebut peluang walaupun beliau tidak menulis tetapi beliau boleh mengingatinya dengan baik.

Galah Panjang
Tekanan yang diterima sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini perlu diredakan. Awal minggu ini terlalu banyak kemarahan yang timbul di dalam Akademi Fantasia. Pengetua rata-ratanya tidak berpuas hati dengan persembahan dan perkembangan sesetengah pelajar.

Dalam Kelas Seni Persembahan mereka berpeluang untuk bermain galah panjang. Satu permainan di zaman kanak-kanak. Jika di zaman sekolah dulu, permainan ini gunakan garisan gelanggang badminton sebagai panduannya.

Tidak pula saya teliti, kumpulan siapa yang menang. Hanya menonton sahaja.

Belajar Bahasa Tamil
Jika ada kemahuan untuk belajar bahasa Tamil, mereka sudah ada gurunya. Encik Julian mampu untuk berbahasa Tamil dengan baik. Beberapa perkataan asas sudah boleh diajar kepada mereka.

Tengok Gambar Lama
Sesi seperti ini akan diadakan pada setiap minggu. Sekurang-kurangnya para pelajar dapat melihat semula foto mereka dan memberi komen sesama sendiri. Saat mereka melihat gambar Zarina, mereka terdiam sebentar dan kemudian puji-pujian pun mengalir seperti air.

Akademi Fantasia IIKita Insan Biasa
Mereka menyanyikannya dengan baik. Baik perempuan mahu pun lelaki. Kaer harus mengetahui melodi asal lagu tersebut. Cukup-cukuplah dengan telo R&B anda itu sehingga Cikgu Adnan menyarankan mereka agar mendengar melodi asal lagu tersebut.

Kemunculan Dayangku Intan ke Akademi Fantasia memang mengejutkan kerana ramai di antara kita yang seakan sudah melupai beliau. Para pelajar juga kelihatan tercengang-cengang kerana tidak mengenali beliau. Beliau memuji para pelajar yang mampu menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Panduan paling penting yang diajar kepada mereka ialah mereka harus mendengar sahaja muzik lagu tersebut. Bawakan dengan penghayatan dan pasti mereka mampu menyanyikannya dengan baik. Beliau turut menegur Mas dan Nurul yang pada firasatnya agak kerisauan. Wajah mereka jelas mempamerkan emosi kerisauan. Mereka harus mencontohi Adam yang menyanyikan barisnya dengan penuh penghayatan.

Separuh dari sesi bersama Dayangku Intan, muncul Jay Jay pasangan duetnya dalam lagu tersebut ke Akademi Fantasia. Menurutnya, bakat bukan diberikan. Kita harus cari dan pertingkatkannya dengan ilmu. Terpandang sahaja kepada Mas, beliau teringat untuk bercerita tentang merendah diri. Memang sifat itu harus ada di dalam diri setiap manusia tetapi mesti ada sedikit keyakinan. Setiap manusia sememangnya telah dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Tidak ada yang 100% sempurna. Memang mustahil.

Adakalanya nyanyian kita kedengaran agak flat, mendatar dan ada sedikit sharp, tetapi jika ia dinyanyikan dengan penghayatan dan emosi, tidak mengapa. Jay Jay turut berkongsi pengalamannya di dalam studio bila mana produser melepaskannya jika penghayatannya bagus walaupun ada kesilapan pada nada.

Menyanyi perlu ada penghayatan. Sama seperti berlakon yang mana emosinya datang dari dalam diri. Barulah mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana setiap yang baru pasti ada rasa kekok. Harus punya sifat ikhlas dan berikan yang terbaik yang termampu.

Sebelum pulang, Dayangku Intan menghadiahkan mereka satu layang-layang sebagai tanda kenangan. Beliau menyanyikan lagu Berpaut Di Dahan Cinta dengan iringan gitar oleh Jay Jay dan kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Joget Angan Tak Sudah.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger