Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 May 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIMemori Akademi Fantasia 01

Seperti yang dijanjikan, ASTRO menayangkan klip yang belum pernah kita saksikan. Ini baru janji yang ditunaikan. Bukan omong-omong kosong Imbasan Akademi Fantasia ntv7. Kita sama-sama mengenali watak-watak mereka dalam Akademi Fantasia. Kita sudah biasa menontonnya apabila saban hari kita tonton di Saluran 15. Ada juga yang merakamkannya. Yang kita saksikan malam tadi adalah satu yang berbeza. Yang belum pernah kita saksikan. Tiba-tiba kerinduan itu datang kembali. Chewah…jiwang seh !

Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php

Urut
Seronok melihatkan gelagat Vince bermain dengan Pooh. Secara sedar atau tidak, baru episod pertama, saya sudah dapat menjangkakan yang Vince sememangnya seorang yang bijak mengatur strategi bermain di dalam Akademi Fantasia. Memang benar itu kelebihan beliau dan beliau telah menggunakannya semaksima yang mungkin.

Yang telah kita lihat adalah mereka beratur panjang mengurut badan rakan masing-masing. Rupanya ia bermula dengan Burn mengurut Nija dan Nana mengurut Sahri. Vince terus mengajak rakannya membuat bulatan untuk membuat circle massage.

Semasa urut, kita dapat melihat Liza duduk di tepi melihat gelagat rakan-rakannya. Mungkin tidak berapa biasa dengan situasi tersebut. Lagipun waktu itu adalah antara minggu-minggu awal di Akademi.

Nana kemudiannya mengurut Burn dan meminta Sahri ke tepi. Burn cemburu mungkin.

Ketika itu Adi hanya terbaring di tepi dengan Pooh. Rindukan Azza mungkin.

Luka
Yang telah kita lihat ialah adegan Nija menjerit apabila lukanya sedang dipegang oleh Atie. Yang kita belum lihat ialah hampir kesemua pelajar datang berkumpul melihat Nija menjerit. Kesemuanya ingin menolong.

Atie yang pertama datang melihat luka di kaki Nija. Mendengar Nija menjerit, satu banglo kecoh. Mungkin juga satu Mines. Vince kelihatan cuba memberikan CPR ke atas Nija. So sweet. Khai pula kedengaran menjerit “push, push, push” kononnya Nija hendak bersalin. Vince menjerit “It’s a beautiful baby boy !” Dan Vince pula membuat bunyi bayi sedang menangis.

“Ini baru sikit, belum beranak lagi.” kata Khai.

Atie yang diwawancara oleh Vince menjawab yang Nija ada harapan untuk terus hidup. Adegan itu melihat Sahri bertindak sebagai Doktor dan Atie sebagai jururawat.

Sahri menjawab yang pada mulanya beliau menjangkakan Nija hanya ada peluang 40-60 untuk terus hidup.

Nija yang berpeluang untuk hidup akan meneruskan dengan amal ibadat dan bertaubat, katanya.

AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php

Dodoi
Menyanyikan lagu Belaian Jiwa sambil mendodoikan Nemo di pangkuannya. Perempuan mana tengok yang tidak cair. Tiga SMS saya terima sewaktu adegan ini. “So cute !”, “Cutenya Vince dodoikan Nemo” dan “Cutenya Vince”. Saya hantar satu ! ?

Cengkeduk
Vince lagi bermain dengan Nemo. Mengacah-acah Nemo dengan makanan sambil terdengar Atie menyanyi lagu Save The Best For Last. Sungguh klasik !

Just imagine ! Bila kita terdengar sahaja suara menyanyi lagu-lagu tertentu kita sudah boleh mengagak itu minggu keberapa. Bukan ? Macam lagu Save The Best For Last, kita tentu tahu itu minggu ketiga. Minggu Adi tersingkir dari Akademi Fantasia.

Berbalik pada cerita Vince dan cengkeduk tadi, acah punya acah punya acah. Last-last dia yang makan. Kurang asam punya budak.

Vince yang agaknya pertama kali makan dengan cengkeduk tidak reti menyebut cokodok. SM, erti bukan reti !

Vince turut membuat pengakuan di confession camera tentang microwave yang telah meletup semalam kerana eksperimen beliau meletakkan cokelat di atas kuih bom. Kerana kecuaian tersebut, microwave telah berasap. Beliau telah dilarang daripada menggunakan microwave.

Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti

Control
Sedang mereka duduk santai di ruang tamu, mereka bercerita tentang Azizi yang khabarnya di rumah amat bising dan gamat. Ini berbeza dengan perwatakannya di Akademi yang dikelilingi dengan banyak kamera.

"Aku cubit kau", sambil mengajuk perlakuan Azizi.

Vince beberapa kali mengusik Azizi. Azizi kononnya control macho. Biasalah tu memang susah nak control terutamanya bila on camera.

Ramai yang ada ketika itu, Vince, Rosma, Khai, Nana, Burn, Azizi, Liza dan Atie. Mana Adi dan Sahri ? Boleh buka file CSI ni !

Korset
Ada satu baju, Encik Baha bawa. Mereka kena try. Sahri kena try. Nampak sedikit kurus. Burn kena try. Encik Baha mencadangkan agar disertakan bunga merak untuk Burn. Adi pun kena try. Encik Baha mengetatkan di bahagian pinggang. Rasanya kena bagi korset untuk Adi.

Jelingan Manja
Memang lagu ini di Konsert 7 merupakan antara persembahan terbaik di Akademi Fantasia. Melihat Nija menyanyikan lagu ini dengan penuh attitude amat menarik.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2004 0 komen

Akademi Fantasia IITirai Akademi Fantasia I

Akhirnya yang anda tunggu muncul kembali. Malam ini akan muncul wajah-wajah baru yang akan menghantui mimpi anda saban malam. Akhir dua belas peserta ujibakat dalam rancangan Akademi Fantasia diperkenalkan kepada umum dalam rancangan Tirai Akademi Fantasia.

Sesi ujibakat yang telah dijalankan di 9 destinasi termasuk Sabah dan Sarawak telah menarik lebih 3,000 orang peserta. Masing-masing tampil dengan gaya tersendiri juga persediaan dan tanpa persediaan. Klip sesi ujibakat benar-benar mengundang ketawa.

Pelajar Baru Akademi Fantasia

Krew Akademi Fantasia telah pergi ke rumah Farah untuk memberitahunya tentang keputusan tersebut. Kononnya Farah tidak mengisi beberapa bahagian di dalam borang. Farah diserahkan salinan keputusan kemasukan ke Akademi Fantasia.

Farah Diana Anuar menggunakan nama FARAH berumur 19 tahun. Lahir pada 25 Januari 1985, berbintang Aquarius dan berasal dari Kuala Lumpur. Hobinya menyanyi, membaca majalah dan beriadah. Seorang yang periang, tidak sombong, dan pandai ambil hati sesiapa sahaja. Peminat setia Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan. Pengarang majalah idolanya ialah Mama Juwie. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai pandangan jauh dalam kehidupan. Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Jika berseorangan di rumah, beliau akan berkaraoke sendiri. Beliau menyukai masakan ibu dan suka jus oren dan jus mangga panas. Beliau amat meminati filem-filem P.Ramlee, Sembilu dan Spinning Gasing. Lagu yang disukai olehnya adalah Mengapa. Pelakon pujaannya ialah Rosyam Nor dan Erra Fazira. Manakala penyanyi kegemarannya ialah Ziana Zain.

Sertai yahoogroup Farah

Untuk memberitahu Adam, pihak penerbitan Akademi Fantasia telah berpakat dengan rakan Adam untuk membawanya ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASTRO di Kota Kinabalu. Adam telah diberitahu melalui tayangan video di peti televisyen.

Mohd Aizam b Mat Saman menggunakan nama ADAM berumur 21 tahun. Lahir pada 19 September 1983, berbintang Virgo. Beliau berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Hobinya menyanyi. Menurut biodata yang tertera pada Siaran Akhbar, sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai ‘playboy’ atau sombong. Playboy ? Please ! Namun, realitinya beliau seorang periang, penyayang dan berjiwa sentimental. Merupakan peminat fanatik KRU. Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang diberi nama “Es d CO”, dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam dunia hiburan. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Berketurunan Bajau. Tidak mempunyai kekasih dan sedang mencari cinta sejati. Disclaimer confirmation ! Pandai menari dan menyanyi. Dia gemar penampilan yang segak dan ingin sentiasa nampak kemas. Beliau menyukai burger dan jus karot. Filem kegemarannya ialah AWAS. Gila punya has been filem ini ! Menggemari lagu Penjunjung Namaku. Pelakon yang digemari ialah Yusry KRU / Faizal Hussein / Afdlin Shauki. Penyanyi yang digemari ialah KRU. [baca: Yusry].

Sertai yahoogroup Adam

Cara yang digunakan untuk memberitahu Nurul agak Candid Camera. Beberapa pelakon berlakon kononnya wajah Nurul ada iras-iras Fauziah Latif dan Ella. Akhirnya Nurul membuka sampul surat pemberitahuan keputusan memasuki Akademi Fantasia.

Nurullah Abd Hamid menggunakan nama samaran NURUL berumur 22 tahun. Lahir pada 12 November 1982 dan berbintang Scorpio. Beliau berasal dari Kuching, Sarawak. Amat minat menyanyi. Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Sekali pandang seolah-olah ‘mengada-ngada’ tetapi realitinya dia seorang yang lemah-lembut. Pakar memasak masakan ‘mee segera campur kari dan ikan.’ Menyimpan impian untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Menggemari dalca dan ayam masak merah serta minuman laici dan soya bean. Filem kegemarannya ialah Kuliah Cinta. Lagu kegemarannya ialah Hapuslah Airmatamu. Beliau amat meminati lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira. Penyanyi kegemarannya ialah Fauziah Latif.

Sertai yahoogroup Nurul

Juga seperti rancangan Candid Camera, krew penerbitan ke lokasi tempat Fitri bertugas. Kononnya ada pelanggan ingin mendapatkan pandangan Fitri tentang rekaan pakaian. Lalu ditunjukkan keputusan masuk ke Akademi Fantasia.

Mohd Fitri Zainal Abidin menggunakan nama samaran FITRI berumur 25 dan lahir pada 25 Ogos 1979. Berbintang Virgo dan berasal dari Kuala Lumpur. Beliau minat melukis dan mendengar muzik. Seorang yang suka mengusik dan bergurau, serta mencuba sesuatu yang baru. Sayang pada binatang tetapi agak cerewet. Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Mempunyai bakat dalam mereka pakaian, sehingga terpilih mewakili Malaysia ke Milan, Itali untuk kursus rekaan fesyen 2001. Walaupun nampak macho, beliau adalah peminat siri kartun anime Crayon Shin Chan. Gemarkan makanan India atau Jepun dan air Iced Peach Tea. Filem kegemarannya ialah Titanic dan lagu kesukaannya ialah First Love (Utada Hikaru). Pelakon kegemarannya ialah Rosyam Nor dan Nasya Aziz. Manakalah penyanyi kegemarannya ialah Kelly Minogue dan Marcell.

Sertai yahoogroup Fitri

AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php

Cara memberitahu Edlin juga hampir-hampir sama dengan cara memberitahu Nija tahun lepas. Diserahkan sampul surat dan Edlin membukanya.

Edlin Abdul Rahim akan menggunakan nama EDLIN dalam pertandingan ini. Berumur 21 tahun dan lahir pada 23 Oktober 1983. Beliau berbintang Libra dan berasal dari Melaka. Minat menyanyi, bermain jet ski dan berenang. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Seorang gadis yang lemah lembut, peramah dan penyayang. Awas! Walaupun nampak ayu dan sopan tetapi tersembunyi sifat panas barannya. Berasa bangga kerana mampu berdikari semasa melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Sangat sensitif dan mudah menangis terutamanya ketika hero atau heroin mati dalam filem. Beliau menggemari nasi daging merah dan karot susu. Filem kegemarannya ialah Mami Jarum. Lagu kegemarannya Mengapa. Beliau meminati lakonan Azhar Sulaiman dan Erra Fazira. Penyanyi kesayangannya ialah Dayang Nurfaizah.

Sertai yahoogroup Edlin

Yang ini juga masih menggunakan konsep Candid Camera. Bob yang hanya minum fresh oren terkejut menerima bil berjumlah RM350. Meminta bantuan pengurus restoran dan keputusan diserahkan kepada beliau. Secara tidak langsung kita telah dapat melihat perwatakan sebenar Bob.

Yusrizan Usop yang menggunakan nama samaran BOB berumur 23 tahun. Lahir pada 30 Julai 1981 berbintang Leo. Beliau berasal dari Limbang, Sarawak. Amat suka menari, menyanyi, menulis sajak, menonton tv. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Seorang yang agak ‘gila-gila’ sedikit, gemar bergurau dan sangat manja dengan ibu. Selain itu, beliau juga amat penyayang dan ‘simple’ orangnya. Moto hidupnya adalah ‘ceriakan hidup anda dengan senyuman.’ Pandai menulis puisi. Fobia dengan binatang reptilia terutamanya ular dan cicak. Berhasrat untuk menurunkan berat badan di Akademi Fantasia. Amat sukakan mee bandung dan sayur-sayuran dan minum horlick ais dan teh limau ais. Beliau meminati filem P.Ramlee. Manakala lagu kegemarannya ialah Keabadian Cinta. Pelakon kegemarannya ialah Rosyam Nor dan Ellie Suriaty. Penyanyi kesayangannya ialah Anuar Zain.

Sertai yahoogroup Bob

Memang sukar untuk sampai ke rumah Linda di Ranau, Sabah. Perjalanannya begitu jauh. Jauh meredah bukit dan tanah merah sebelum sampai ke situ. Cara pemberitahuannya agak biasa tetapi daya usaha yang diambil untuk sampai ke tempat itu sungguh luar biasa. Melihatkan keadaan hidup Linda di kampong dan susah payah beliau dating ke sesi ujibakat, saya akan pasti mengundi beliau.

Norlinda Nanuwil atau akan lebih dikenali sebagai LINDA berumur 20 tahun telah lahir pada 21 Mac 1984. Beliau berbintang Aries dan berasal dari Ranau, Sabah. Masa lapangnya beliau minat bermain gitar dan keyboard. Beliau merupakan anak ketujuh daripada 8 orang adik-beradik. Kemasukannya ke Akademi Fantasia disokong oleh seluruh penduduk kampung Tudangan Ranau, iaitu tempat asalnya. Berbangsa Dusun, pandai bermain gitar dan seorang yang periang, suka ketawa dan bergaul mesra. Beliau menyukai mee goreng dan nasi ayam. Minuman kegemarannya ialah nescafe dan teh tarik. Manakala filem kesukaannya ialah Lord of the Ring. Amat menggemari lagu-lagu berentak R&B, soul & pop. Pelakon kegemarannya ialah Jalaluddin Hassan dan Fauziah Nawi. Penyanyi idolanya ialah Celine Dion.

Sertai yahoogroup Linda

Beliau baru menyambut hari lahir. Sambutannya dibuat oleh rakan-rakannya. Mereka menyanyikan lagu Happy Birthday dan lagu terakhir ialah lagu Menuju Puncak. Masih tidak sedar sehingga sampul surat diberikan kepadanya.

Anding Indrawani Zaini akan lebih dikenali sebagai ANDING berumur 21 tahun telah lahir pada 25 April 1983. Beliau berbintang Taurus dan berasal dari Kuching, Sarawak. Masa lapangnya beliau suka berenang, bersenam, menari, menyanyi dan melayari internet. Anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik ini sangat manja dengan ibunya. Seorang yang ceria, pendiam, mudah didekati, lurus dan kadang-kadang emosional. Beliau amat sensitif dengan persekitaran yang sejuk. Boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Tagalog dan Spanish. Sikap buruknya suka bertangguh dalam melakukan kerja. Amat menggemari makanan barat dan jus buah-buahan. Filem kegemarannya ialah American History X. Manakala lagu kegemarannya ialah Careless Whisper, Lady dan Getaran Jiwa. Pelakon kegemarannya ialah Edward Norton dan Drew Barrymore. Penyanyi idolanya ialah Justin Timberlake.

Sertai yahoogroup Anding

Cara memberitahu Zahid agak biasa. Beliau terpilih untuk menyambung kontrak bekerja di tempat tersebut dan kemudian diserahkan keputusan untuk menyertai Akademi Fantasia.

Ahmad Zahid Baharuddin merupakan nama sebenarnya. ZAHID merupakan nama yang akan digunakan di Akademi Fantasia. Berumur 23 tahun dan telah dilahirkan pada 19 Disember 1980. Berbintang Sagitarius dan berasal dari Kuala Lumpur. Minat menyanyi, 'rapping', menari dan bermain bola sepak. "Rapper" yang bermula dengan dikir barat dan nasyid ini merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga 4 beradik. Seorang yang peramah, periang, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Seorang ahli muzik yang pernah menganggotai 'live band'. Hadiah harijadi paling ideal untuknya adalah seekor iguana. Beliau amat menggemari nasi goreng ayam dan milo ais. Filem kegemarannya ialah Young and Dangerous. Lagu kegemarannya ialah End of the Road, I'm Doing Just Fine. Pelakon idolanya ialah Will Smith dan Al Pacino serta P.Ramlee. Manakala penyanyi kegemarannya ialah Usher dan Jamal Abdillah.

Sertai yahoogroup Zahid

Menggunakan konsep Candid Camera, Mas telah didatangi oleh dua krew untuk membeli sate dalam kuantiti yang agak banyak. Mas masih menerima pesanan tersebut. Pesanan tersebut ditulis di atas keputusan kemasukan ke Akademi Fantasia. Mas kelihatan agak brutal dan ada ciri-ciri Nija dalam diri beliau.

Asma Ghani akan menggunakan nama MAS sewaktu di Akademi Fantasia. Beliau berumur 23 tahun dan lahir pada 15 Oktober 1981. Beliau berbintang Libra. Berasal dari Tawau, Sabah dan minat menari dan menyanyi. Suka bercakap, mesra, manja dan mengamalkan kesederhanaan dalam segala hal. Seorang yang pakar dalam bidang bakar-membakar sate kerana membantu bapanya berniaga sate. Anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.Teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem. Tidak suka orang yang suka tabur fitnah dan mengata orang lain. Amat menggemari bihun sup taugeh dan jus honey dew. Filem kegemarannya ialah Gerak Khas The Movie dan lagu kegemarannya ialah Sepi Sekuntum Mawar Merah. Beliau meminati lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira. Penyanyi kegemarannya ialah Ella.

Sertai yahoogroup Mas

Cara memberitahu Zarina agak grand. Mungkin kerana status Zarina yang agak berlainan dari yang lain. Krew penerbitan telah pergi ke satu acara sukan yang disertai oleh Zarina. Beliau tidak menyedarinya sehingga namanya dipanggil dan diumumkan beliau terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia. Zarina orangnya agak pemalu. Agak comel orangnya.

Zarina Zainoordin atau lebih dikenali sebagai ZARINA berumur 20 tahun. Beliau telah lahir pada 15 Oktober 1984 dan berasal dari Johor Bahru. Berbintang Libra. Minat menyanyi dan jogging. Beliau berkebolehan menyanyikan lagu-lagu ghazal dan mempunyai asas dalam bidang kesenian tradisional. Seorang yang jujur, dan memendam rasa. Sesekali beliau keras kepala dan panas baran. Namun, beliau boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tak kira usia dan jantina. Masa lapangnya diluangkan dengan bermain bowling dan menonton wayang. Makanan kegemarannya ialah tomyam campur dan minuman kegemarannya ialah milo ais tabor. Amat meminati filem Trauma dan Lord of the Rings. Lagu kegemarannya ialah Seksis, Menghitung Hari dan Jangan Kau Mimpi. Pelakon kegemarannya ialah Hans Isaac dan Sheila Rusly. Manakala penyanyi idolanya ialah Anita Sarawak.

Sertai yahoogroup Zarina

Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php

Kaer dan kakaknya (the next Vanessa) datang ke pejabat bapa mereka. Di situ krew penerbitan telah siap memasang kamera untuk melakonkan adegan konon-kononnya syarikat arkitek bapa mereka terpilih untuk projek pengubahsuaian banglo pelajar Akademi Fantasia. Bapa Kaer menunjukkan contoh rekaan dan keputusan diserahkan kepada Kaer. Kaer yang demam masih blur dengan keputusan tersebut.

Wan Mohammad Khair Wan Azami atau akan lebih dikenali sebagai KAER berumur 19 tahun. Beliau telah lahir pada 30 Ogos 1985 dan berbintang Virgo. Beliau berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Amat minat melukis, menyanyi dan membaca. Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang Arkitek. Beliau tidak suka makan menggunakan tangan, dan seringkali ditemani bantal busuknya semasa tidur. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Manja dan tegas dalam keluarga. Juga seorang yang pemalu dan menghormati orang tua. Pernah menjadi johan dalam peraduan melukis ‘Malaysia International Japan.’ Makanan kegemarannya ialah sushi dan minum coke. Filem kegemarannya ialah 10 Things I Hate About You. Lagu kegemarannya ialah Bukan Untukku. Manakala pelakon kegemarannya ialah Ari Wibowo dan Sharifah Shahira. Penyanyi kegemarannya ialah Marcell.

Sertai yahoogroup Kaer

Kalau berdasarkan pandangan pertama, saya akan memilih Linda, Mas, Kaer, Zahid, Zarina dan Anding. Linda saya kagum dengan semangat beliau yang tinggal jauh di pendalaman dan datang ke sesi ujibakat. Beliau berbakat besar. Mas agak unik walaupun tidak jauh beza dengan Nija. Ada personaliti yang tersendiri. Nampak brutal. Kaer comel orangnya. Agak-agak blur. Zahid kalau diikutkan hanya lelaki yang boleh pakai dalam musim ini. Agak firm dan perwatakannya menarik. Begitu juga Anding. Masih cuba control dan saya kira personaliti beliau juga menarik. Zarina nampak lebih menonjol kerana kisah cintanya dengan Khai. Belum ada sesiapa yang mengesahkan hal ini, kita tunggu sahaja. Ini sekadar pandangan pertama, saya belum menilai bakat nyanyian mereka. Pandangan saya mungkin berubah.

Berdasarkan perbandingan dengan Akademi Fantasia musim pertama, saya lihat ada persamaan personaliti antara pelajar lelaki iaitu dari segi perwatakan dan fizikal. Zahid mempunyai sedikit persamaan dengan Adifashla. Anding mempunyai raut wajah yang agak menarik sama dengan Vince, cuma fizikalnya lebih kurus. Bob tentunya mengingatkan kita dengan Sahri. Perwatakan Fitri ada sedikit persamaan dengan Azizi. Kaer dan Khai mungkin hanya sama dari segi nama. Raut wajah Kaer jauh lebih menarik. Begitu juga dengan pelajar perempuan. Linda mengingatkan saya dengan Liza. Mas saling tak tumpah seperti Nija. Perwatakannya juga hampir sama. Agak tomboy sedikit. Saya nampak Zarina mempunyai wajah yang amat menarik berbanding yang lain-lain. Seperti AF1, Atie lebih outstanding jika dinilai dari raut wajah. Saya dapat merasakan Nurul hampir pasti menggantikan tempat Nana apabila menjadi pujaan ramai kerana kemanjaannya.

Nantikan Tirai Akademi Fantasia II

Nota SM: Mulai pada hari ini, saya berharap agar anda tidak terganggu dengan iklan-iklan kecil yang akan mengganggu kelancaran anda membaca artikel yang ada di sini. Saya menerima beberapa tawaran pengiklanan untuk diletakkan di dalam artikel-artikel tersebut. Harap maklum.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 May 2004 0 komen

Pontianak Harum Sundal Malam

Baca dahulu sinopsisnya
1947, Kampung Paku Laris

Kampung Paku Laris terkenal dengan Primadona Meriam, penari gamelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. Harum bunga sundal malam pembuka tarian Meriam serta kejelitaannya mengasyikkan. Sesekali apabila gerak Meriam bersatu dengan rentak, tubuh Meriam menjadi ringan dan terapung di atas canang. Saudagar Marsani dan sahabat baiknya Danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati Meriam. Tetapi Meriam memilih Danial sebagai suaminya. Marsani yang lebih tampan terguris dan menyimpan perasaan cemburu.

Teman Meriam, Laila dan pembantunya yang separuh pekak, terjumpa Meriam yang mengandung anak sulongnya berlumuran darah tertikam di perutnya. Meriam tidak dapat diselamatkan. Kapal Danial pula karam di laut dan membawa maut. Marsani amat kecewa dan patah hati di atas pembunuhan Meriam . Kejadian aneh mula berlaku di Kampung Paku Laris. Ramai yang terbunuh terutamanya kaum keluarga dan orang-orang Marsani.. Orang kampung menuduh Meriam mengamalkan ilmu hitam dan kembali menjadi pontianak.

2003
Di sebalik rahsia tersembunyi beban dosa menghantui Marsani yang “hidup dalam kematian”; hingga kini. Dalam ketakutan, Marsani menghadapi hari tuanya menunggu ketibaan Meriam kerana percaya Meriam akan menghapuskan keturunannya. Marsani melawan usia tuanya melalui rawatan ozon dan pembedahan plastik. Asmadi yang agak sewel sudah biasa dengan perangai bapa saudaranya.

Kemunculan Maria seiras Meriam dan bekerja di cafe; Ana menjadi obsesi pada Marsani. Marsani melihat Maria sebagai Meriam dan percaya cucunya Norman bersama
isterinya Ana akan menjadi mangsa dendam Meriam. Beberapa peristiwa mempengaruhi hidup Marsani, Maria, Norman dan Ana setelah terjumpanya kubur di tapak pembinaan tempat Norman bekerja. Lembaga yang menakutkan telah kelihatan
berkeliaran di Paku Laris. Maria semakin hari semakin merasakan dirinya berubah dan dia bukan lagi Maria. Dia menjadi takut kerana dituduh pontianak oleh Marsani setelah melihat tanda ditengkoknya.

Bau haruman bunga sundal malam dan barang lama peninggalan Marsani di rumah
Ana mengakibatkan perkahwinan Norman dan Ana terancam. Marsani dan Asmadi
cuba memberi amaran kepada Norman dan Ana bahawa Maria adalah Meriam yang
kembali menjadi pontianak untuk membalas dendam tetapi tidak diterima oleh mereka. Marsani akhirnya memaksa Maria berhadapan dengannya bertarung bagi kali terakhir.

Siapa Maria?

Pengarahan
Filem ini sebenarnya bertarung dengan “lembaga” Penapisan Filem sebelum dibenarkan ditayang di bumi tanah tumpah negaranya sendiri. Lembaga itu sebenarnya lebih dahsyat dari Pontianak Harum Sundal Malam. Lembaga itu mencantas segala kreativiti manusia dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dengan andaian rakyat Malaysia tidak tahu membuat pilihan sendiri. Kaki dan tangan Pengarah tidak berkerja dengan kreatif kerana kekangan-kekangan yang ada. Beliau sebenarnya terpenjara di bidangnya sendiri. Sekurang-kurangnya Pontianak Harum Sundal Malam mempunyai alas an yang kukuh bertindak merasuk dan membunuh mereka yang didendami olehnya. Lembaga itu apa tujuannya ?

Walaupun dirasuk kekangan-kekangan yang merumitkan, saya masih berpuas hati dengan kerja Pengarah ini. Beliau cuba untuk meransang minda penonton dengan kreativitinya. Rumit dan sedikit berjaya. Harus saya puji. Beliau seboleh-bolehnya mengelak untuk menggunakan “Oh ! Aku bermimpi rupanya !” Lalu bermain dengan teknik imbas kembali yang adakalanya meracau fikiran penonton.

Produksi ini disokong oleh mereka yang terdekat dengan beliau sejak Selubung, Ringgit Kasorga, Layar Lara dan Mimpi Moon. Kerjasama utuh mereka nyata membuahkan hasil.

Secara keseluruhan kerja Pengarahan banyak tertumpu kepada zaman 1947. Zaman ini memerlukan ketelitian sang Sutradara. Banyak masa ditumpukan untuk zaman tersebut dan hasilnya AMAT MENGKAGUMKAN. Filem ini sekiranya ditamatkan dengan berlatarkan zaman 1947 sudah tentu ia merupakan taruhan terbaik Malaysia untuk festival filem antarabangsa. Segala perkara diambil kira walaupun terlepas beberapa kelemahan yang masih boleh ditutup atau tidak disedari penonton.

Lakonan
Saya kurang menggemari lakonan Maya Karin. Masih kelihatan kaku terutamanya sewaktu beliau melakonkan watak Maria. Beliau nyata terserlah sewaktu melakonkan watak Mariam dan Pontianak. Saya suka dengan lakonan Rosyam Noor. Ada kelainan pada wataknya. Juga Ida Nerina.

Filem-filem Shuhaimi Baba nyata tidak pernah meminggirkan watak-watak kurang sihat sebegini. Mimpi Moon dengan Sok Vhan yang capek kakinya, Layar Lara dengan Malik yang panas baran, Selubung dengan Pintu yang gemar mengundang ketawa dan Ringgit Kasorrga dengan watak Sham seorang jurusolek dan penjaga busana yang bodoh-bodoh alang. Dalam Pontianak Harum Sundal Malam, Rosyam Noor membawa watak Asmadi yang macam tiga suku dan Ida Nerina membawa watak Sitam yang lidahnya pendek atau mungkin pekak.

Lakonan Azri Iskandar juga masih biasa dan Kavita Kaur hanya sekdar pelengkap cerita. Sebagai Pengarah, beliau harus pandai memilih pelakon yang sesuai untuk membawakan watak-watak penting dalam filemnya. Seperti contoh watak Norman, seorang jurutera pembinaan yang kerjanya saban hari di lokasi-lokasi terik dengan bahang matahari, mana mungkin pelakonnya seorang yang berkulit putih cerah Fair & Lovely seperti Eizlan Yusof. Lebih-lebih lagi beliau dipanggil dengan nama gelaran Norm. What a bad name !

Latihan para pelakon telah diberikan oleh guru seni lakon Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar, guru seni lakon Audition, Normah Nordin dan aktivis teater terkenal, Zahim Al Bakri. Hasilnya ? Biasa sahaja kerana kelemahan kepada pelakon utama sebenarnya telah menjatuhkan rating pelakon yang telah memberikan lakonan yang mantap.

Suntingan
Teknik imbas kembali filem ini nyata meracaukan. Jika terleka, kita akan tertinggal banyak mesej penting dalam visual filem ini. Seperti pengarahan, teknik suntingan pada zaman 1947 juga baik dan kelemahan ketara adalah pada zaman sekarang. Pada zaman sekarang terlalu banyak imej-imej ulangan sang pontianak mengganggu hidup Marsani juga pelakon di sekeliling Marsani. Naratif penceritaan filem ini agak goyah pada sekitar zaman sekarang.

Fotografi
AMAT MENGKAGUMKAN ! Sesiapa sahaja boleh menjadi Pengarah Filem jika mempunyai seorang Pengarah Fotografi yang bagus. Shuhaimi Baba bernasib baik kerana beliau ada itu. Kesan seni pada fotografi filem ini amat halus kerjanya. Ketelitian Mohd Filus Ghazali mendapatkan shot yang terbaik dibantu dengan kreativiti Pengarah sudah mencukupi untuk mendapat pujian tinggi. Adegan yang paling menarik pada saya tentu sekali sewaktu Mariam menghantar Danial hendak keluar belayar. Adegan titi gantung di Sungai Lembing itu amat merbahaya tetapi hasilnya amat cemerlang.

Penerbitan Pontianak Harum Sundal Malam telah menggunakan filem 35mm Kodak dan HD, High Definition Technology. Penggambaran menggunakan 24 frame dan format widescreen. Ia telah dilakukan dengan teknik direct sound.

Muzik Latar dan Bunyi
Penggunaan Dolby Digital Surround file mini benar-benar memberi kesan besar kepada penonton. Bunyi dating dari kiri, kanan, depan dan belakang. Terasa seperti diserang Pontianak yang sebenar-benarnya. Kosnya memang tinggi lebih-lebih lagi perlu dihantar ke luar negeri untuk proses adunan.

Lagu Pulangkanlah nyanyian Misha Omar amat meremang bulu roma. Lagu ini telah pun menjuarai Carta ERA dan telah diterima pendengar. Saya suka dengan lagu ini walaupun ada kedengaran seperti salah satu lagu dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Vokal Misha Omar amat kena dengan melodi lagu ini dan penonton merasai kesedihan tersebut.

CGI 3 Dimensi dan Kesan Khas
Sebagai penggemar teknologi inilah aspek yang paling saya suka dalam filem Melayu. Buli gagal memanafaatkan kesan CGI 3 Dimensi dengan baik, tetapi tidak kepada Pontianak Harum Sundal Malam. Sewaktu adegan di Istana Jugra tentunya saya akan meneliti segala detail untuk mencari kesilapannya. Kereta-kereta yang dibina dengan teknologi ini amat kena dengan saiz Istana tersebut. Pencawang-pencawang dan tiang-tiang eletrik berjaya dipadamkan.

Sedikit kelemahan pada bahagian ini adalah sewaktu adegan Mariam menghantar Danial berlayar, khabarnya kelihatan wayar-wayar pencawang yang tidak terpadam. Saya tidak perasan, tetapi salah seorang kawan yang menonton perasan katanya.

Adegan Mariam menari di atas gamelan juga nampak begitu artistik tetapi tidak terlalu palsu.

Penataan Seni
Kerja-kerja Penataan Seni banyak dibantu oleh kesan shot oleh Fotografi yang menarik. Bukan mudah untuk mengembalikan zaman 1947 secara terperinci tanpa sebarang kesilapan.

Solekan dan Busana
Bahagian ini juga telah bekerja keras untuk memastikan setiap perkara kena dengan zamannya. Solekan Pontianak saya kira sudah mampu untuk mengalahkan kerja-kerja solekan Erra Fazira dalam Cinta Kolesterol. Solekan Pontianak jauh lebih natural dari solekan perempuan gemuk yang nampak janggal.

Siapa Maria ?
Jika kita tidak teliti menonton, kita pasti tertanya-tanya siapakah Maria sebenarnya. Maria umurnya lebih muda dari Norman dan Ana, cucu kepada Marsani. Sewaktu adegan Laila mengajar seorang anak kepada Mariam menari gamelan ada seorang anak kecil di tepid an itulah Maria.

Pontianak atau Mariam mula merasuk setelah kuburnya diganggu dengan kerja pembinaan dan mulalah cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang mahu menuntut haknya. Haknya yang telah dirampas oleh Marsani secara paksa. Tanah dan rumah pusakanya yang telah diberikan kepada Norman dan Ana serta barang-barang peninggalan Danial kepadanya. Pontianak juga mengamuk kerana memperjuangkan nasib rakan-rakan dan suaminya yang telah dibunuh dengan kejam angkara Marsani.

Secara keseluruhan, filem ini merupakan sebuah filem yang wajib ditonton untuk dinilai nilai-nilai artistic filem tersebut. Kekacauan pada suntingan dan penceritaan pada latar zaman sekarang wajar tidak diambil kira sebelum menonton filem ini. Ia tetap sebuah filem yang bagus. Sekurang-kurangnya lebih hebat dari Cinta Kolesterol dan Mr Cinderella 2.

Rating: 3/5 bintang

Entri oleh sultanmuzaffar 27 May 2004 0 komen

Puteri Hang Li Po
Istana Budaya

Saya berpeluang untuk menyaksikan pementasan Teater Muzikal Hang Li Po yang dipentaskan di Istana Budaya.

Malam 26 haribulan saya menonton pementasan ini secara keseluruhannya, manakala pada malam 27 haribulan saya menonton pementasan ini dari belakang pentas gagah Istana Budaya. Tentunya ada dua persepsi berbeza tentang pementasan ini.

Saya tidak kata ini produksi terbaik Istana Budaya, tetapi jika dinilai dari segi khalayak yang hadir, saya merasakan sudah menjadi satu kejayaan besar buat Istana Budaya kerana berkemampuan menghimpunkan bilang kaum yang ada di Malaysia untuk sama-sama menikmati persembahan tersebut.

Koreografi
Walaupun gerak tari yang dikoreografkan oleh Mahmod Ibrahim memang sudah terlalu sinonim Persembahan Citrawarna ini

Satu yang menarik tentang koreograf yang direka untuk pementasan ini tentunya koreograf yang direka untuk adegan kaligrafi. Mengapa saya kata menarik adalah kerana gerak tari yang direka adalah sebenarnya formasi tulisan tersebut. Adegan tersebut telah ditafsir secara sama juga oleh salah seorang penonton yang menonton pementasan ini. Tentunya mereka yang mengetahui bahasa Mandarin sahaja yang faham tentang ini.

Tatacahaya oleh Mac Chan
Saya amat kagum dengan mainan tatacahaya yang dipersembahkan oleh Mac Chan. Kerana berpeluang ke belakang pentas, saya dapat melihat bagaimana layar kapal-kapal dagang itu sebenarnya. Hanya layar sahaja tetapi kesan tatacahaya telah membangkitkan suasana tepi pelabuhan dengan amat baik sekali.

Kekaguman saya melihatkan tatacahaya beliau bermula sewaktu adegan Kaligrafi. Satu idea yang bukan baru tetapi sekali lagi membangkitkan rasa kekaguman.

Rekaan Set
Apa dah jadi dengan Istana Budaya ? Sejak akhir-akhir ini amat jarang menggunakan sepenuh kekuatan Istana Budaya di dalam setiap pementasannya. Saya masih terbayang keindahan set Rubiah, Siti Zubaidah, Tun Perak, Siti Di Alam Fantasi sekadar menyebut beberapa nama. Oleh kerana saya pernah melihat suasana Pelabuhan Melaka dalam Tun Perak tentunya saya akan membandingkannya dengan Muzikal Hang Li Po. Muzikal Hang Li Po tidak dapat mengerah segala kekuatan Istana Budaya dengan menggunakan pentas hidrauliknya kali ini. Entah mengapa !

Muzik
Lagu Kasih Kita dan Cinta Hang Li Po amat sesuai untuk Siti Nurhaliza, lebih-lebih lagi SRC berhasrat untuk menerbangkan beliau ke Taiwan untuk meluaskan empayar Siti di sana. Sebelum ini Siti sudah beberapa kali membawakan lagu dari teater-teater ternama ke dalam album-album beliau. Lagu seperti Kudus Sinarmu, Sulam Sembilan dan Sakti merupakan antara lagu-lagu dari teater dan konsert yang pernah dipentaskan di Istana Budaya.

Variasi muzik tradisional Melayu diindahkan di dalam persembahan ini. Seperti biasa muzik ciptaan Pak Ngah amat kuat bau Citrawarnanya.

Secara keseluruhan saya kagum dengan produksi ini kerana mereka telah berbelanja besar untuk menambahkan kekaguman saya terhadap kosmetik luarannya sahaja. Mesej sebenar di sebalik kisah Hang Li Po hanya pada dasar dan konflik sebenar di sebalik sejarah tersebut masih kabur dan tidak diperhalusi oleh Pengarah dan Penulis Skrip.

Teater bukan sekadar kosmetik tetapi mesejnya.

Ikuti ulasan Khalid Salleh tentang Hang Li Po
Bual Teater: Istana Budaya tidak bersandar keperibadian sebenar
Oleh Khalid Salleh

PUTERI Hang Li Po adalah sebahagian sejarah kemegahan Melaka di zaman Sultan Mansur Shah, di mana Li Po menggadaikan keperempuanannya untuk melaksanakan kepentingan politik Maharaja China (Dinasti Ming) yang juga ayahndanya. Li Po menjadi senjata memadamkan hasrat Sultan Mansur menyerang dan menakluk China. Perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur memberi signifikan melodramatiknya kebijaksanaan Maharaja China dan murahnya kepahlawanan kerajaan Melaka (Sultan Mansur Shah) yang tersungkur pada kejelitaan wajah perempuan.

Puteri Hang Li Po, sebuah produksi teater yang masih mentah daripada segi pemikiran dan kebijaksanaan khususnya kreativiti pembikinannya. Ia tidak membayangkan kemegahan Istana Budaya yang diuar-uarkan sebagai seni pentas bertaraf dunia. Kecanggihan teknologi yang didakwa antara kemegahan dimilikinya ternyata memakan diri sendiri apabila tiap kali pertukaran set terutamanya ketika penampilan Maharaja China atau Sultan Melaka di istana masing-masing hanya dilakukan secara konvensional. Malah pekerja yang menolaknya sempat dilihat dari arah penonton, terutama ketika cuba ‘membetulkan’ bilah set pada kedudukan sebenarnya sedangkan lakonan sudah bermula.

Apakah masalah di sebalik itu? Mekanisme teknologi canggih yang terdapat di Istana Budaya sudah tidak berfungsikah? Jika benar, di manakah profesionalisme manusia yang dipertanggungjawabkan membangun imej Istana Budaya supaya memang bertaraf dunia? Kewujudan Istana Budaya belum sampai 5 tahun, kenapa sudah bermasalah? Ragam kepegawaian dan mekanisme yang menggerakkan tanggungjawab memartabatkan Istana Budaya harus beretika kedaulatan bangsa, agama dan negara.

Kewujudannya bukan untuk mendukung status diri kerana Istana Budaya dibina dengan peruntukan wang rakyat. Maka setiap produksi yang ingin ditampilkan harus mengambil kira kepentingan rakyat.

Binalah apa saja yang berkait dengan negara ia tidak akan lari daripada persoalan rakyat. Rakyat berhak memperkatakan sesuatu yang difikirkan perlu untuk kepentingan semua orang dan bukan kepentingan segelintir manusia yang berada di bawah bumbung sesuatu jabatan atau bangunan. Puteri Hang Li Po mencerminkan kemiskinan dan daif sebuah organisasi ‘kepakaran’ atas nama Istana Budaya. Selama ini Istana Budaya membesar-besarkan ‘kehebatannya’ yang tidak bersandarkan keperibadian sebenar.

Mekanisme yang mentakrifkan kehebatan Istana Budaya seolah-olah hanya berlaku apabila ada produksi teater yang didatangkan dari luar negara. Maka Puteri Hang Li Po membayangkan senario teater produksi tempatan Istana Budaya yang terabai dari pemakaian profesionalismenya.

Memperkatakan Hang Li Po dari persepsi sejarah atau teater yang dilakar untuk melahirkan elemen perpaduan - kononnya, adalah rentetan diplomasi yang mengandungi bahan politik pencetus idea pementasan Puteri Hang Li Po itu sendiri. Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan sebelum ini adalah pokok kelahiran cerita idea kreatif Puteri Hang Li Po sebagaimana tertulis pada buku program. Malangnya kreativiti pentas lakon bukan senario politik yang boleh ditampal selia dengan sorakan moral atau manifesto yang dijulang melalui kain rentang bertulis kata-kata ‘hikmat’.

Pentas lakon adalah rupa kebenaran yang dipinjam dari elemen kebenaran sejarah itu sendiri. Sejarah kebobrokan manusia bertolak dari keadaan manusia itu sendiri apabila tidak berupaya atau tidak berani mengenalkan erti kebenaran walau di hadapan siapa sekalipun. Apakah Puteri Hang Li Po hanya dibuat semata-mata untuk perisian mengingati menteri yang akan meninggalkan portfolio sedia ada dan meraikan menteri baru dengan portfolio yang berubah sedikit sebutan namanya, seperti mana tertulis pada mukadimah awal dalam buku program yang dijual pada penonton? Puteri Hang Li Po adalah sebuah pementasan yang berasosiasi dengan masyarakat ((khalayak). Tanpa khalayak pementasan itu tidak bermakna apa-apa. Nilai khalayak dengan nilai menteri mempunyai kekuatannya tersendiri dalam sebuah persembahan seumpama Puteri Hang Li Po.

Puteri Hang Li Po harus diterjemahkan sebagai sebuah kerja kreatif yang membahu dengan elemen sejarah sebenarnya. Ia tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa menteri yang dianggap berkuasa walau pun memang ada kuasa menteri mencorakkan kewibawaan sesebuah kementerian yang diterajuinya. Namun, pengisian kreativiti dalam hal-hal seumpama muzik, tari, teater dan sebagainya harus berlandaskan ketentuan metafora dan nilai pemikiran yang terkandung di dalamnya. Dalam hubungan ini, seniman atau pengkarya harus mengenali posisinya dalam kerja kreatifnya. Birokrasi, seniman dan kepagawaian, mana satu yang perlu diangkat di Istana Budaya sebenarnya?

Entri oleh sultanmuzaffar 26 May 2004 0 komen

Akademi Fantasia II
Klik untuk imej lebih besar
Dari kiri: Anding, Mas, Zarina, Nurul, Bob, Kaer, Edlin, Adam, Zahid, Farah, Linda, Fitri

Pelajar Akademi Fantasia II

Ahmad Zahid Baharuddin ZAHID 23, Kuala Lumpur
"Rapper" yang bermula dengan dikir barat dan nasyid ini merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga 4 beradik. Seorang yang peramah, periang, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Seorang ahli muzik yang pernah menganggotai 'live band'. Hadiah harijadi paling ideal untuknya adalah seekor iguana.

Mohd Aizam b Mat Saman ADAM 21, Kota Kinabalu, Sabah
Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai ‘playboy’ atau
sombong. Namun, realitinya beliau seorang periang, penyayang dan berjiwa sentimental. Merupakan peminat fanatik KRU. Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang diberi nama “Es d CO”, dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam dunia hiburan. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Berketurunan Bajau. Tidak mempunyai kekasih dan sedang mencari cinta sejati. Pandai menari dan menyanyi. Dia gemar penampilan yang segak dan ingin sentiasa nampak kemas.

Yusrizan Usop BOB 23, Limbang, Sarawak
Anak pertama daripada 2 orang adik-beradik. Seorang yang agak ‘gila-gila’ sedikit, gemar bergurau dan sangat manja dengan ibu. Selain itu, beliau juga amat penyayang dan ‘simple’ orangnya. Moto hidupnya adalah ‘ceriakan hidup anda dengan senyuman.’ Pandai menulis puisi. Fobia dengan binatang reptilia terutamanya ular dan cicak. Berhasrat untuk menurunkan berat badan di Akademi Fantasia.

Mohd Fitri Zainal Abidin FITRI 25, Kuala Lumpur
Seorang yang suka mengusik dan bergurau, serta mencuba sesuatu yang baru. Sayang pada binatang tetapi agak cerewet. Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Mempunyai bakat dalam mereka pakaian, sehingga terpilih mewakili Malaysia ke Milan, Itali untuk kursus rekaan fesyen 2001. Walaupun nampak macho, beliau adalah peminat siri kartun anime Crayon Shin Chan.

Wan Mohammad Khair Wan Azami KAER 19, Petaling Jaya, Selangor
Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang Arkitek. Beliau tidak suka makan menggunakan tangan, dan seringkali ditemani bantal busuknya semasa tidur. Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Manja dan tegas dalam keluarga. Juga seorang yang pemalu dan menghormati orang tua. Pernah menjadi johan dalam peraduan melukis ‘Malaysia International Japan.’

Anding Indrawani Zaini ANDING 21, Kuching, Sarawak
Anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik ini sangat manja dengan
ibunya. Seorang yang ceria, pendiam, mudah didekati, lurus dan kadang-kadang emosional. Beliau amat sensitif dengan persekitaran yang sejuk. Boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Tagalog dan Spanish. Sikap buruknya suka bertangguh dalam melakukan kerja.

Farah Diana Anuar FARAH 19, Kuala Lumpur
Seorang yang periang, tidak sombong, dan pandai ambil hati sesiapa sahaja. Peminat setia Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan. Pengarang majalah idolanya ialah Mama Juwie. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai pandangan jauh dalam kehidupan. Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Jika berseorangan di rumah, beliau akan berkaraoke sendiri.

Edlin Abdul Rahim EDLIN 21, Melaka
Anak pertama daripada 2 orang adik beradik. Seorang gadis yang lemah lembut, peramah dan penyayang. Awas! Walaupun nampak ayu dan sopan tetapi tersembunyi sifat panas barannya. Berasa bangga kerana mampu berdikari semasa melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Sangat sensitif dan mudah menangis terutamanya ketika hero atau heroin mati dalam filem.

Nurullah Abd Hamid NURUL 22, Kuching, Sarawak
Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Sekali pandang seolah-olah ‘mengada-ngada’ tetapi realitinya dia seorang yang lemah-lembut. Pakar memasak masakan ‘mee segera campur kari dan ikan.’ Menyimpan impian untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Asma Ghani MAS 23, Tawau, Sabah
Suka bercakap, mesra, manja dan mengamalkan kesederhanaan dalam segala hal. Seorang yang pakar dalam bidang bakar-membakar sate kerana membantu bapanya berniaga sate. Anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik.Teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem. Tidak suka orang yang suka tabur fitnah dan mengata orang lain.

Zarina Zainoordin ZARINA 20, Johor Bahru
Berkebolehan menyanyikan lagu-lagu ghazal dan mempunyai asas dalam bidang kesenian tradisional. Seorang yang jujur, dan memendam rasa. Sesekali beliau keras kepala dan panas baran. Namun, beliau boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tak kira usia dan jantina. Masa lapangnya diluangkan dengan bermain bowling dan menonton wayang.

Norlinda Nanuwil LINDA 21, Ranau, Sabah
Anak ketujuh daripada 8 orang adik-beradik. Kemasukannya ke AF disokong oleh seluruh penduduk kampung Tudangan Ranau, iaitu tempat asalnya. Berbangsa Dusun, pandai bermain gitar dan seorang yang periang, suka ketawa dan bergaul mesra.

Siaran Akhbar

SATU harapan, SATU tujuan, SATU destinasi;
Mengubah impian menjadi realiti
DEMAM AKADEMI FANTASIA MELANDA LAGI

Kuala Lumpur, 26 Mei 2004:

Setelah mengadakan ujibakat di seluruh pelusuk negara dalam pencarian pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim kedua, stesen televisyen satelit Astro hari ini mengumumkan nama 12 peserta yang bakal menerima asuhan dari Akademi tersebut.

Terdiri dari enam lelaki dan enam perempuan, pelajar-pelajar ini amat menyerlah untuk mengatasi lebih 4000 peserta ujibakat yang menyimpan impian untuk bergelar artis.

Menurut Zainir Aminullah, Ketua Program Astro, 12 pelajar yang terpilih mempunyai keunikan tersendiri. Mereka diyakini memiliki pakej - bakat, penampilan dan personaliti – untuk diketengahkan sebagai penghibur yang mampu menyerikan persada seni tempatan.

“Tujuan penganjuran Akademi Fantasia adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat baru sebagai pelapis kepada penghibur dan karyawan seni di Malaysia. Untuk kemajuan industri hiburan kita harus bersedia untuk menampilkan lebih ramai bakat baru,” tambah Zainir lagi.

Seperti di musim yang lalu, Akademi Fantasia menawarkan pakej yang menyeluruh kepada bakat-bakat baru untuk menjadi penghibur. Mereka akan diberi kursus vokal, teknik kawalan suara, kursus tarian dan seni persembahan pentas. Pelajar-pelajar baru ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar seperti Adnan Abu Hassan (vokal), Siti Hajar (nada suara), Fauziah Nawi (seni pentas), Linda Jasmin (tarian) dan Corrie (tarian) selain menerima bimbingan dari Dr. Sher (motivasi) dan Fatimah Abu Bakar (penasihat). Komposer, pemuzik dan pengubah lagu terkenal, Ramli MS bertindak sebagai pengetua.

Pelajar-pelajar ini mula mendaftar diri di Akademi yang terletak di Kajang, Selangor pada 5hb. Jun. Mereka perlu berada di Akademi untuk tempoh maksimum 10 minggu. Keperluan penginapan dan makan minum peserta ditanggung sepenuhnya. Sewaktu di Akademi, peserta-peserta tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar agar mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran harian serta tidak terdedah kepada reaksi atau undian penonton.

Setiap pelajar dikehendaki mengikuti kursus dari Isnin hingga Jumaat untuk mempersiapkan diri bagi konsert mingguan yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ selama sepuluh minggu berturut-turut di Astro RIA setiap Sabtu bermuda 12hb Jun. Konsert akhir pada 14 Ogos pula akan mengambil tempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan bakal disiarkan secara langsung serentak di Astro RIA dan Radio ERA.

Masih mengekalkan format rancangan, keputusan siapakah pelajar yang akan terkeluar dari Akademi ditentukan oleh sistem pesanan ringkas (SMS) premium yang dihantar penonton. Undian SMS akan bermula pada pukul 9 pagi mulai 7hb. Jun 2004. Pelajar pertama akan disingkir keluar dari Akademi pada konsert ketiga iaitu pada 26hb. Jun. Walaupun begitu, undian daripada 7hb Jun akan tetap diambil kira. Ini memberi peluang kepada para penonton untuk mengenali personaliti peserta dengan lebih dekat, termasuklah bakat nyanyian mereka.

Selain Astro, Radio Era selaku penyiar rasmi, akan memainkan peranan dalam mempromosikan kesemua pelajar Akademi Fantasia musim kedua. Setiap pelajar yang tersingkir keluar dari Akademi akan ditemuramah oleh DJ Era setiap hari Isnin dari pukul 4 – 5 petang, mulai 28hb. Jun. Selain itu, pendengar setia ERA berpeluang untuk mengetahui informasi terkini dan cerita-cerita ‘hangat’ melalui siaran ekslusif setiap Isnin hingga Jumaat dari minggu pertama lagi.

Juara Akademi Fantasia akan menerima hadiah lumayan berupa sebuah kereta Citroen C3 bernilai RM120,000 tajaan DIRECTIONAL (M) Sdn. Bhd., sistem AV tajaan Audio Planet AV Sdn. Bhd. dan pakej percutian tajaan Empire Hotel & Country Club. Naib Juara pula bakal menerima sistem AV tajaan Audio Planet AV Sdn. Bhd. dan pakej percutian tajaan Empire Hotel & Country Club. Tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing akan menerima kamera digital tajaan Canon selain itu mereka juga akan berpeluang memenangi pakej percutian tajaan Empire Hotel & Country Club.

Semua pelajar-pelajar Akademi Fantasia akan ditawarkan kontrak sebagai artis baru di bawah pengurusan Maestro, anak syarikat Astro. Kontrak ini membuka peluang untuk mereka mengembangkan bakat sebagai penyanyi, pengacara TV, penyampai radio atau pelakon berdasarkan kebolehan masing-masing.

Akademi Fantasia musim kedua dibawakan khas oleh Penyiar Rasmi Astro RIA dan Radio ERA serta diaktifkan oleh Hotlink selaku Penaja Utama.

Nota: Abdul dan Ijan, TQ

Entri oleh sultanmuzaffar 25 May 2004 0 komen

dititip dari http://begitulahidup.blogspot.com/

SM juga mahu terbang ke Indonesia. :) Jangan betulkan TV anda. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia.

Adifashla, tolong translate !

akhirnya slese jg acara gabungan AFI sama AF malaysia yg berlangsung di jkt. Siti nurhaliza jg tampil sbage artis undangan. AF malaysia di wakili oleh top 5 pilihan indosiar bukan pilihan masyarakat malay (baca:top 5 pemenang.red).
Vince,Khai,Azizi,Sahri & Rosma terbang ke jkt membawa nama malay di bahu mreka. *sah*

pemberitahuan: persediaan waktu yg singkat. mreka (AF malay) di beri waktu 4 hari utk ngapaling lagu,tanpa di berikan cd lagu tsb.ada di antara mreka perlu ngapalin 5 lagu. 1 hal y hebat utk rakyat malay. bkn mudah jadi artis jo!

orkestra
penggunaan orkestra merupakan 1 peluang yg besar di trima oleh AF malay. bkn jarang" artis yg berpeluang utk nyanyi dgn di iringi dgn orkestra scr live. peluang kek gini perlu di gunain sepenuhnya !

namun dmikian, persembahaan pembukaan kurang meriah kpd penonton,langsung ato rumah.suasana yg ga mriah.

veri kia dicky romi smile - terbang
mreka bawain laguny the fly yg terbang. mreka pake baju warna putih lengkap dgn sayap nya.lucu sih.cokal nya blm terlihan aslinya.

mawar,rini,icha,hera,lastmi,yeni - optimis
gw suka dgn cara mreka bawain (dari orang malay,bkn dr gw). vokal cw" AFI kek nya lbih hebat di banding cowo" afi. koreo mreka juga menarik,karna koreo mreka adalah koreo yg beda dari apa yg biasa saya lait dari AF.bokal mreka juga harmoni dan scara lgng sangat hebat.

konser slama hampir 3 jam stengah itu,di bawain sama udjo project p sama cut mini.

smile Rini - kibar kreasi
lagu kibar kreasi,ada di album menuju bintang yg dinyanyiin oleh mreka be2. emang udah takdir,vokal rini jau lbih hebat di banding smile.gw suka sih kolaborasi mreka be2.ada keserasian.

12 akademia AFI - ekspresi
gw suka dgn mreka bawain,karna koreonya mnarik. slain drpd vokal mreka yg agak harmoni dan enak di denger.

salah 1 hal yg menyebabkan saya ga suka dgn konser gemilang cahaya krn pencahayaannya yg terlalu terang terutama pada shot yg jauh. lalu membuat silau pada penyanyi. (yeah,gw jg merasakan hal itu)

Kia - harus sampai di sini
PENDAPAT NATS:
yah kia. runner up afi. sapa yg ga tau dia.swaranya kren ! tapi dia minus 1.biasa lah.emang dari kmaren konser menuju bintang afi slalu minus 1.tapi 1 yg gw bencidari dia dan bikin gw ilfeel stenga mati. SOMBONG NYA maliih!

mawar & rini - demi cintaku & indah cinta
memang terakui,vokal mawar jau lbih hebat dari rini.orkestranya juga keren.

kia,rini,rosma & vince - begitulah cinta
gw ga suka penampilan rosma. sperti patung. not bad ! pembawaan mreka jg ga baik" bgt. keharmonian vokal mreka ga cocok kali yah.vokal rosma pada bagian rendah kurang 'bisa' pd bagian tinggi. di banding vokal rini yg menunjukan kehebatannya di bagian tinggi. gt juga dgn vince,beliau tdk sehebat rini.ga ada keserasian antar vince&rini. rini nyoba bwat interaksi.coma keknya ga ada respon dari vince. kasian ..

yeni,lastmi & hera - artinya
menggunakan konsep kabaret.vokal nyanyi nya sangat cemerlang.cuma sayang minus 1 (lagi2)

Khai - sephia
STD !vokal dia ga seimbang sama orkestra.khai seakan" ga ada tenaga. bawain lagu sephia memerlukan konsentrasi yg baik trutama pada bagian rendah. lagu tsb agak monoton dan khai aggal memanfaatkan peluang yg diberikan dgn baik. dia sharusnya milih lagu yg lbih seswai dgn jiwa dia. aladdin cthnya. sesungguh nya saya takut klo album khai di bawa ke indo,ga ada sambutan dari penontonya trhadap persembahan khai malam itu,bner" dingin!. tapi dia coba melempar ke pnonton.tapi ga dpt respon ! MALU MALIH...

smile,icha,vince,azizi - stand by me
antara yg terbaik malem itu. smile punya mutu vokal yg super. vince agak selamba* dgn lagu ini. dia nyanyi dgn konfiden. azizi sperti byasa menyanyi dgn pnuh prasaan. icha boleh bertumpu dgn vokal yg mantep.

hera lastmi yeni rini mawar - bohong
vokal yg baik. slepas brapa jam notnon konser ini.saya harus kasi pujian stinggi langit kpd cw" AFI.vokal mreka bner" mengagumkan.

kia romi -cintaku
brilliant. vokal yg srasi

icha rini mawar vince - u've got a friend
vince ampir kebanting,nyanyi sama icha,rini,mawar.mreka nyanyi lagu dlm u've got a friend. mawar paling kren dlm acara tsb.

vince,azizi,khai,shari-khayalan
lagu berasal dr malaysia.actually gw(nats) ga tau lagu ini.

azizi-she bangs
bagus d.dia punya mutu vokal yg hbat.

vince - dara manisku
keren sih. ganteng vince nya ;p

mawar - eternal flame
byasa si. kek di eleminasi ke 5.

mawar,rosma & siti nurhaliza - menghitung hari
keren la ! siti sama mawar banyak nguasaain lagu itu. tapi rosma tetep hebat.

rini - kupu2
keren sih.kek waktu rini di eleminasi ;p

kia,smile,azizi,vince - i have a dream
lagunya di iringin bahasa isyarat ama akedmia yg cw.

siti nurhaliza
akhirnya slama 3 jam nunggu.muncul jg

bukan cinta biasa
composer dewiq. kren lah.

seindah biasa
lagu baru di indo.ciptaan pongky jix. keren d. baru kluar kaset.actually,gw sndiri baru bli barusan.cd nya lom kluar.

sahri,riini - nada kasih
nada rendah sahri ga nyampe pd lagu ini. lagu yg ga seswai bwt dia. tapi vokal rini melampaui kehebatan vokalnya sahri.

siti nurhaliza - greatest love of all
lagu yg ga asing. gw juga ikut nyanyi waktu siti nyanyiin lagu ini. aslinya di bawain whitney. keren ! gw salut ama dia. gw suka ama dia. karna dia bner" ngejual suara dia,bkn FISIK dia. orangnya sopan.pake baju ga ktutup".im lovin it lah :)

12 akademia AFI - mnuju puncak
zzzzzzzzzzzzzz. MINUS 1 AGAIN. males banget d. cuma gw ikut bergoyang waktu di konser. kebetulan lastmi di dpn gw ;p. dan gw apal koreo nya ! wakwkawka. tapi bez lah ni konser :)


----------------------------------------------------------------


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
konser 3 stengah jam sunggu lama.! badan gw pegeL".
tapi gpp.
tapi,waktu gw nonton konser gemilang cahaya kmaren. gw suka sama orang dari AF malaysia,namanya vince. kegapai lah gw salaman ma dia. gantenkest person lah dia. sumpe dah gw kaga boong. gw salaman ma dia .orangnya ramah yah. gw suka d. orang" malay ramah". namanya jg malay. kek iklan yg ada michelle yeoh nya.
malaysia trully asia..
jah jadi ngiklanin ngara orang. ngara ndiri aja blm bner ;p
1 kesimpulan gw nonton afi kmaren.
KIA SAMA SMILE SOMBONGGGGGGGGGGGGGGG! najong!
asli d. jual mahal bet' jadi artiz. pas gw nyadar gt. ilfeel skejap!
najong dah.

aniwae,gw tadi bli kaset siti nurhaliza yg prasasti seni ama so7 yg pejantan tangguh. blm dengerin 22nya sih.
baru dengerin siti.
kren yah lagunya yg seindah byasa.
lyric nya gw tulis di sini :)
dah ye. ngantuk ane. tha" :D

Entri oleh sultanmuzaffar 24 May 2004 0 komen

Konsert Gemilang Cahaya Akademi Fantasia

Akhirnya selesai sudah persembahan gabungan graduan Akademi Fantasia Malaysia dan Akademi Fantasi Indosiar berlangsung di Jakarta. Siti Nurhaliza turut serta tampil sebagai artis undangan. Akademi Fantasia diwakili oleh Top 5 bukan pilihan rakyat Malaysia sebaliknya diwakili oleh Top 5 pilihan Indosiar, khabarnya. Jika diteliti dari senarai Top 5 Malaysia tentulah ia merupakan Top 5 yang sebenar-benarnya. Vince, Khai, Azizi, Sahri dan Rosma merupakan Top 5 yang sepatutnya dipilih ke Konsert Final. Ahh, perkara sudah lepas. Tidak perlu diungkit-ungkit. Pilihan masing-masing. Rakyat Malaysia punya selera masing-masing.

Vince, Khai, Azizi, Sahri dan Rosma terbang ke kota Jakarta membawa nama Malaysia di bahu mereka.

disclaimer: Persediaan yang singkat. Mereka diberi masa empat hari untuk menghafal lagu tanpa diberikan cd lagu tersebut. Ada di antara mereka perlu menghafal lima lagu. Satu cabaran yang hebat buat rakyat Malaysia. Bukan mudah nak jadi artis dik ! Malaysia Boleh !

Persembahan Pembukaan
Saya suka dengan rekaan pentas yang ada di dewan tersebut. Sejak akhir-akhir ini, rekaan pentas yang memungkin sebilangan penonton berada di dalam pentas semakin popular. Secara tidak langsung interaksi penyanyi dan penonton dapat ditingkatkan. Pentas-pentas sebegini seringkali kita lihat untuk Anugerah MTV dan beberapa anugerah di barat. Di Malaysia, seingat saya pertama kali ia diperkenalkan adalah sewaktu Anugerah ERA.

Orkestra
Penggunaan orkestra merupakan satu peluang yang besar diterima oleh graduan AF. Bukan calang-calang artis berpeluang untuk menyanyi dengan diiringi oleh orkestra secara live. Peluang sebegini patut dipergunakan sepenuhnya.

Namun demikian, persembahan pembukaan kurang memberi impak kepada penonton, baik di dewan mahu pun di rumah. Suasana yang tidak meriah.

Veri Kia Dicky Romi Smile (Terbang) 2/5 bintang
Mereka membawakan lagu Terbang. Mereka tampil dengan pakaian warna putih lengkap bersayap amat menarik. Persembahan vokal mereka masih belum dapat dilihat kecemerlangan sebenarnya.

Mawar, Rini, Icha, Hera, Lastmu, Yeni (Optimis) 3.5/5 bintang
Saya suka dengan persembahan mereka. Vokal graduan wanita AFI nampaknya lebih hebat berbanding graduan lelaki. Koreograf tarian mereka juga menarik kerana saya dapat melihat sebuah koreograf yang berbeza dari apa yang biasa saya lihat di AF. Vokal mereka juga harmoni dan secara langsung amat hebat.

Konsert selama hampir 3 jam setengah itu telah dikendalikan oleh pengacara Udjo P Project dan Cut Mini. Agak terkilan kerana Pengacara sebenar AFI dan AF iaitu Adi Nugroho dan Aznil Nawawi tidak terpilih untuk mengacara rancangan ini.

Smile Rini (Kibar Kreasi) 3/5 bintang
Lagu Kibar Kreasi terkandung di dalam album Akademi Fantasi yang dinyanyikan oleh mereka berdua. Sekali lagi vokal Rini jauh lebih hebat daripada vokal Smile. Saya suka kolaborasi mereka. Ada keserasian.

Graduan AFI (Ekspresi) 4/5 bintang
Saya suka dengan persembahan ini kerana koreografnya menarik. Selain daripada vokal mereka yang agak harmoni dan sedap didengar.

Salah satu aspek yang menyebabkan saya tidak suka dengan Konsert Gemilang Cahaya adalah kerana pencahayaannya yang terlampau terang terutama pada shot yang jauh lalu mewujudkan silau pada penyanyi.

Pergerakan kamera yang kelam-kabut juga mencacatkan hampir keseluruhan konsert ini. Saya menonton konsert ini adalah kerana ingin menikmati nyanyian dari penyanyinya bukannya ingin melihat penonton-penontonnya. Jika saya ingin melihat penontonnya, saya boleh pergi ke Chow Kit Road setiap petang Ahad, sudah pasti ramai yang berkumpul di situ.

Kia (Harus Sampai Di Sini) 4/5 bintang
Saya kira beliau merupakan antara Top 5 AFI. Kehebatan vokal beliau terbukti malam tadi. Beliau menyanyi dengan penuh perasaan. Lagu tersebut merupakan ciptaan Glenn. Oleh kerana beliau menggunakan minus one dan tidak menggunakan muzik iringan live, saya telah menuduh beliau miming. Saya tidak dapat membuktikan. Nyanyian beliau sungguh sempurna. Sama seperti CD.

Mawar & Rini (Medley Cinta – Demi Cintaku-Indah Cinta) 3/5 bintang
Mawar lebih hebat daripada Rini yang sememang sudah bagus. Muzik iringan string sungguh mengkagumkan.

Kia, Rini, Rosma dan Vince (Begitulah Cinta) 2/5 bintang
Saya suka dengan penampilan Rosma. Nampak macam anak patung. Not bad ! Persembahan mereka agak tidak berapa baik. Keharmonian vokal mereka tidak cocok. Vokal Rosma pada bahagian rendah agak kurang menyengat berbeza pada bahagian tinggi. Berbanding vokal Rini yang menunjukkan kehebatannya di bahagian tinggi. Begitu juga Vince. Beliau tidak sehebat Rini. Tiada interaksi antara Vince dan Rini. Rini cuba berinteraksi tetapi tiada respon dari Vince.

Yeni, Lastmi dan Hera (Arti Mencinta) 4/5 bintang
Menggunakan konsep kabaret, vokal penyanyinya telah dipersembahkan dengan cemerlang. Ada idea kreatif untuk mewujudkan suasana kabaret di pentas dan koreograf mempunyai unsur-unsur kabaret. Persembahan vokal mereka begitu cemerlang.

Khai (Sephia) 1/5 bintang
Persembahan Khai amat mendatar. Vokal beliau tidak seimbang dengan muzik orkestra. Khai seakan-akan tidak bertenaga. Membawakan lagu Sephia memerlukan konsentrasi yang baik terutamanya pada bahagian rendah. Lagu tersebut agak monotone dan Khai gagal memanafaatkan peluang yang diberikan dengan baik. Beliau sepatutnya memilih lagu yang lebih sesuai dengan jiwa beliau. Aladdin contohnya. Saya takut sekiranya album Khai dibawa ke Indonesia, tiada siapa yang beli angkara sambutan penonton terhadap persembahan Khai malam itu memang dingin. Beliau berusaha keras untuk menjerit di penghujung lagu macam yang dilakukan sewaktu Konsert Final, tetapi tidak mendapat respon penonton. Malu !

Smile, Icha, Vince dan Azizi (Stand By Me) 4.5/5 bintang
Antara persembahan terbaik malam itu. Smile mempunyai mutu vokal yang superb. Vince agak selamba dengan lagu ini. Beliau menyanyi dengan konfiden. Azizi seperti biasa menyanyi dengan penuh perasaan. Icha berjaya mencuri tumpuan dengan vokal yang mantap.

Hera, Lastmi, Yeni, Rini dan Mawar (Bohong) 4/5 bintang
Vokal yang baik serta showmanship yang hebat. Selepas beberapa jam menonton konsert ini, saya harus memberikan pujian setinggi langit kepada graduan wanita AFI. Kehebatan vokal mereka benar-benar mengkagumkan.

Graduan Akademi Fantasia Malaysia 3.5/5 bintang
Summer’s Night
You’re The One That I Want
Rosma merupakan key player untuk lagu Summer’s Night. Persembahan Sahri agak superb untuk lagu You’re The One That I Want. Rosma telah memberikan showmanship yang superb. Stage presence beliau agak hebat. Showmanship Azizi juga agak baik untuk menutup beberapa kesilapan pada nyanyian.

Kia dan Romi (Cintaku) 5/5 bintang
Hebat ! Vocal mereka serasi !

Icha, Rini, Mawar dan Vince (You’ve Got A Friend) 3.5/5 bintang
Hampir tenggelam vocal Vince apabila menyanyi bersama Icha, Rini dan Mawar. Mereka menyanyikan lagu You’ve Got A Friend. Mawar paling menyerlah dalam persembahan tersebut.

Graduan AF Malaysia (Khayalan) 4/5 bintang
Lagu Khayalan adalah lagu berhantu AF. Rosma menyanyi rap untuk lagu ini. Lagu ini kalau ada yang silap juga, tidak tahu lah. Koreograf biasa tetapi menarik.

Azizi (She Bangs) 4/5 bintang
Sebuah persembahan yang OK. Showmanship mantap. Beliau mempunyai mutu vokal yang hebat. Langkah bijak dengan menyanyikan lagu yang sudah biasa dinyanyikan.

Vince (Bunyi Gitar dan Dara Manisku) 3/5 bintang
Bunyi Gitar dengan susunan muzik yang baru.Hampir mencacatkan lagu ciptaan P.Ramlee. Persembahan Vince di Konsert AF lebih baik dari persembahan malam tadi. Persembahan Dara Manisku juga biasa sahaja. Sambutan penonton terhadap Vince sekurang-kurangnya ada. Ada juga yang bersorak melihat kemunculan beliau.

Mawar (Eternal Flame) 4.5/5 bintang
Vokal Mawar sungguh superb !

Mawar, Rosma dan Siti Nurhaliza (Menghitung Hari) 5/5 bintang
Gila best ! Persembahan Menghitung Hari sememangnya hebat. Siti Nurhaliza dan Mawar banyak menguasai persembahan. Namun demikian Rosma tetap hebat. Nasib baik dibawa Rosma, bayangkan AF Malaysia terbang ke Indonesia tanpa Rosma. Siapakah yang layak membawa lagu Menghitung Hari selain Rosma ? Nana ? Oh Tidak !, Liza ? No No No ! Nija ? Oh Tidak !, Azza ? Mungkin tidak ! Atie ? No Way !

Rini (Kupu Kupu) 5/5 bintang
Hebat ! Saya memang menyukai lagu ini, dendangan asal Melly. Rini membawakan lagu ini dengan cemerlang walaupun imej Melly masih tebal pada lagu tersebut.

Kia, Smile, Azizi dan Vince (I Have A Dream) 3/5 bintang
Lagu ini dinyanyikan sambil diiringi dengan bahasa isyarat. Sebuah persembahan yang biasa.

Siti Nurhaliza
Inilah baru penghibur dari Malaysia. Hampir 3 jam menunggu untuk melihat kemunculan Siti Nurhaliza.

Bukan Cinta Biasa
Siapa yang mampu menandingi beliau. Dengan selamba beliau menarik lagu tersebut ke bahagian paling tinggi. Jarang kita melihat Amien Rais tersenyum, sewaktu persembahan Siti beliau tersenyum.

Seindah Biasa
Sebuah lagu baru. Beliau menyanyikannya dengan cemerlang. Hebat !

Sahri Rini (Nada Kasih) 2/5 bintang
Nada rendah Sahri tidak sampai pada lagu tersebut. Lagu yang tidak sesuai untuk Sahri. Vokal Rini melangkaui kehebatan vokal sebenar Sahri. Harus memilih lagu yang lebih sesuai.

Grammy Awards pun tak lama macam Konsert Gemilang Cahaya. Letihnya nak tunggu tamat.

Siti Nurhaliza
Wow ! Siti mendendangkan lagu Greatest Love Of All. Nyanyian beliau hebat. Sebutan beliau juga hebat. Tapi…..Baju macam nyonya hendak pergi pasar. Mungkin dibeli di Taiwan. Style rambut yang agak serabut macam nyonya baru bangun tidur pagi. Siti memerlukan perunding imej yang lebih baik di masa akan datang. Baju pink tersebut tidak kena langsung dengan Siti. Beliau perlu menampilkan imej yang agak elegan pada malam tersebut. Lebih manis dipandang.

Menuju Puncak
Bukankah lebih baik sekiranya Siti Nurhaliza turut sama dalam lagu ini. Sebuah persembahan yang baik. Pada persembahan ini saya dapat melihat perbezaan koreografi lagu Menuju Puncak. Saya nampak jelas perbezaannya. Saya kira koreografi untuk AFI lebih sukar daripada AF.

Secara keseluruhan, Konsert Gemilang Cahaya hanya sekadar teaser untuk Akademi Fantasia II. Tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Masih di takuk lama. Menunggu agak lama sehingga konsert tamat. Sebuah persembahan yang baik tentunya tidak terasa masa berlalu, tetapi tidak untuk Konsert ini. Tanpa Siti Nurhaliza, saya malu untuk mengaku seorang rakyat Malaysia.

Buat graduan Akademi Fantasia,
Pastikan persembahan yang terbaik di Konsert Tour Siti Nurhaliza dan Akademi Fantasia akan datang. Itu cabaran yang besar buat anda untuk membuktikan anda masih relevan di sini.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 May 2004 0 komen

Teater Dia Yang Sepi

18???.

diterbitkan di SUARA PRM
Oleh: Faisal Mustaffa

Sepi menjadi agenda utama yang cuba dipaparkan oleh teater karya Sharif Shary. Sesiapa sahaja tidak lepas daripada igauan ini; sejak dilahirkan sehinggalah tiba saat-saat akhir kita berada di dunia ini. Tidak ketinggalan pada satu-masa dalam jadual seharian juga mengalami kesepian. Bagaimana untuk mengatasinya? Tidak ada jawapan.

Penyampaian mesej skrip dalam persembahan teater ini dianggap lemah kerana cuba menceritakan suatu falsafah. Bagaimana ini boleh berlaku sehinggakan membawa kepada penonton-penonton yang berdengkur tidur semasa penayangan teater tersebut.

Mungkin agak lebih mudah sekiranya jalan cerita yang jelas dipersembahkan dengan unsur-unsur falsafah. Bukan sebaliknya. Mungkin mereka yang merasakan diri dia pemfalsafah dan bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka beranganggapan ianya boleh direalisasikan.

Dan sebab itulah pengarah merasakan ianya boleh mendatangakan niche dalam memberikan kelainan kepada festival teater tahun ini.

Terdapat 4 babak yang dipaparkan situasi sepi dalam teater yang dipentaskan oleh Kumpulan Akar Gita Estetika.

Gelisah

Apakah perkaitannya di antara sepi dan gelisah? Yang manakah akan datang dulu? Secara sinis melalui falsafahnya, teater ini mebincangkannya. Interpretasinya terpulang kepada penonton. Kadang-kadang cara ianya diperlakukan sehingga takut untuk menerima kenyataan bahaw sepi telah wujud.

Ditanya apakah simbol bunga ros yang dibawa ke hulu hiilir ? Pengarah Dia Yang Sepi telah menggambarkan ianya sebagai sebuah alam realiti sebelum penonton dibawa menemui watakdalam babak seterusnya. Bunga ros tersebut dpaparkan dalam babak fantasinya
juga dalam realitinya. Adakah pengaraha beranggapan halusinasi itu sebuah mimpi?

Mengapa pula terdapat peti surat? Itulah sukarnya apabila skrip yang cuba berfalsafah cuba diketengahkan dalam bentuk cerita.

Untuk mengambiljalan mudah, pengarah telah membuat interpretasi di mana surat membawa simbol tentang pergerakan dari satu titik ke satu titik.

Maha

Dalam babak ini juga cuba menggambarkan kuasa besar yang menindas. Bukankah semua tahu akan isu ini, bahkan saya sejak dahulu lagi tahu Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri, Amerika Syarikat berkuasa di dunia. Jepun dan Rusia juga tidak ketinggalan. Jadi, apa isunya lagi? Prakata 'MAHA' juga pernah digembar-gemburkan oleh Prof Shahnon Ahmad dalam novel-novel best sellernya.

Angka 18 cuba ditonjolkan tanpa ekspresi pelakon-pelakon. Mungkin pengarah menggunakan prop sedemikian dari lukisan-lukisan misteri "18?" yang terdapat dibeberapa spot ibu negara.

Simbol "18?" cuba mengingatkan para pemimpin negara mengenai kenyataan Dr Rais Yatim perihal 18 pemimpin yang akan didedahkan skandal rasuah mereka. Namun nama-nama mereka sehingga sekarang tidak diketahui umum dan Rais Yatim sendiri telah dipindahkan ke
Kementerian lain.

Derita

Dalam babak terakhir ini penulis cuba memberitahu bahawa penderitaan yang menjurus daripada kesepian itu sendiri. Mungkin bingung penonton memerah otak mendengar perbualan antara seorang gadis dengan seorang yang lain:

"Derita mewarisi derita. Bilakah derita akan mewarisi bahagia? Bahagia hanya untuk mereka yang bahagia. Derita untuk mereka yang derita. Dan mereka itulah kita."

Sifat anti-establishment yang cuba memaparkan diri penulis skrip digambarkan oleh pengarah dengan imej-imej remaja yang 'tertinggal' akibat pembangunan dan setengahnya diabaikan.

Keadaan yang tersepit dalam metropolitan juga mengundang pelbagai perasaan yang didefinisikan sebagai 'sepi'.

Dalam babak ini juga cuba menggambarkan kuasa besar yang menindas. Bukankah semua tahu akan isu ini, bahkan saya sejak dahulu lagi tahu Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri, Amerika Syarikat berkuasa di dunia. Jepun dan Rusia juga tidak ketinggalan. Jadi, apa isunya lagi? Prakata 'MAHA' juga pernah digembar-gemburkan oleh Prof Shahnon Ahmad dalam novel-novel best sellernya.

Mungkin prop yang agak pelik itu cuba diberikan sedikit elemen untuk membawa kemenangan. Maaf saudara Pengarah, penonton hanya berkata, "tah apa-apa".

Backdropnya yang dibina dari satu papan lapis dengan lubang di tengah-tengah digambarkan oleh pengarah sebagai terowong yang membawa kita dari satu pangkal ke satu penghujung membawa sepi !

Lantai yang membawa imej bulatan itu pula dinterpret kan sebagai suatu yang bersifat negatif.

Keputusannya, pementasan itu seperti yang sudah disangka tidak memenangi tempat teratas. Hanya anugerah Khas Juri dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik hasil lakonan Mohd Azli Othman.

Maaf sekiranya diperkatakan di sini bahawa teater ini sudah pasti tidak akan sampai keperingkat kebangsaan kerana falsafahnya yang tidak mencapai pemikiran penonton Melayu dan elemen-elemen kiri pengarah, Azlan Shan Ibrahim.

Teater Dia Yang Sepi dipentaskan di Matic, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2004 sempena festival Pekan Teater peringkat Wilayah Persekutuan.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 May 2004 0 komen

Lorong Neraka
Arahan Ellie Suriati dan Adlin Aman Ramli

Seperti filem, ada filem ringan, ada filem berat. Begitu juga teater. Ada yang berat, ada yang ringan. Sejauh mana mesej yang ingin disampaikan oleh Pengarah sampai kepada penonton tetap berada di tangan penonton. Pengarah telah melakukan kerja pengarahannya dan penonton yang menilai sama ada kerjanya berjaya atau sebaliknya.

Tujuan satu-satu teater dipentaskan adalah untuk mendidik manusia. Wajar sekali frasa teater memanusiakan manusia seringkali diguna pakai untuk tujuan tersebut.

Persembahan teater dilihat sebagai satu medium penyampaian maklumat. Maklumat yang mendidik atau maklumat yang sekadar hiburan.

Penonton mungkin terhibur dengan gelak ketawa, aksi kartun pelakon dan penonton juga mungkin tertidur dengan gerak lakon yang membosankan pelakon.

Teater Lorong Neraka mengangkat kisah belakang lorong yang menjadi sarang najis dadah, pelacuran, penderaan seksual, jenayah rogol, kutu lepak, pondan dan segala kebusukan belakang lorong tersebut.

Tujuan ia dipentaskan adalah untuk menyedarkan golongan remaja tentang gejala-gejala busuk ini yang semakin menular dalam masyarakat. Sejauh mana penerimaan penonton dan tersedarnya penonton itu wajar dipersoalkan. Penonton yang hadir pada malam persembahan tersedarkah ? atau masih terlupa yang mereka gelakkan itu adalah penyakit bangsa sendiri. Ini yang menyedihkan.

Lorong Neraka sarat dengan cerita belakang lorong. Secebis pandangan dari sepasang kanak-kanak yang lahir dan membesar di belakang lorong tersebut. Apa yang mereka lihat, apa yang mereka lalui, apa yang mereka tempuh, apa yang mereka jalani sepanjang hari. Setiap hari, setiap malam. Itulah warna-warna yang mencorakkan hidup mereka. Aishah bersekolah, anak kepada sepasang suami isteri yang menjadi seakan ketua di kawasan tersebut. Hidup mereka disara dengan perniagaan rumah tumpangan untuk pasangan-pasangan haram menumpang barang sejam dua.

Kisah belakang lorong tidak sah tanpa pondan yang amat sinonim dengan reality belakang lorong. Prejudis masyarakat terhadap golongan ini sering dipandang rendah dan tempat mereka hanya di belakang lorong. Kemunculan mereka sekadar menjadi bahan gelak ketawa kepada penonton.

Penagih-penagih dadah yang berusaha mendapatkan bekalan serta jerung besar pengedaran dadah turut dipaparkan. Lebih menarik, wujudnya watak Ghani yang melacurkan isterinya untuk mendapatkan pendapatan. Fatimah, salah seorang anak “dara” pasangan peniaga belakang lorong, kakak kepada Aishah turut menjadi mangsa nafsu Ghani. Jalan penyelesaian paling mudah. Bunuh diri !

Arahan
Agak sukar untuk mengarah cerita sebegini yang memerlukan ramai pelakon di atas pentas pada satu-satu masa. Ada beberapa ketika nampak kelam-kabut walaupun untuk mewujudkan adegan dramatic. Matlamat asal teater ini dipentaskan sebenarnya tidak berjaya sampai kepada penonton. Penonton hanya didedahkan dengan masalah luaran sahaja, tidak jalan penyelesaian.

Lakonan
Lakonan Rosdeen Suboh agak mantap berbanding pelakon lain. Nabila yang muncul pertama kali di pentas teater nampak goyah. Beliau tidak tahu apa makna dialog yang beliau lontarkan. Sekadar melafaz dialog.

Penggunaan set bertingkat menyebabkan pada beberapa adegan tatacahaya tidak kena pada pelakon kerana kedudukan ruang lakon.

Pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam teater ini juga telah memberikan lakonan yang agak terkawal. Mereka bijak melakonkan watak tersebut. Tidak berlebihan. Saya juga harus tabik dengan kebolehan mereka menghafal skrip.

Teknik
Saya suka dengan tatacahaya yang digunakan. Ada variasi dan mampu membuatkan saya tersedar tentang kemudahan tatacahaya yang ada di dewan tersebut agak baik. Adegan yang paling menarik bagi saya adalah adegan sewaktu Fatimah melalui titian. Ada dua kemungkinan yang ingin disampaikan melalui adegan ini. Satu tentang kepayahan hidup dan kedua mungkin tentang menyeberangi titian Siratul Mustakim.

Set bertingkat yang didirikan amat kukuh dan dipergunakan sepenuhnya.

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan teater ini. Sekadar hiburan ringan. Tujuannya sungguh murni dan usahanya wajar kita sokong.

Bintang : 3 bintang

Entri oleh sultanmuzaffar 18 May 2004 0 komen

TEATER KANAK-KANAK SUNGAI BONDA

Teater kanak-kanak Sungai Bonda arahan dan karya kelima Ladin Nuawi akan dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 – 13 Jun 2004.

Teater ini diterbitkan oleh Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia (BINGKAS KEBAYAN) dan Persatuan Bekas Pelajar Tun Fatimah Johor Bahru (SRIKANDI TUN FATIMAH) dengan kerjasama Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PKKWP), Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia Medical Relief Society (MERCY MALAYSIA), dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

1. RINGKASAN
Teater ini mengisah usaha dua beradik, Nyaman dan Jernih, menjaga Sungai Bonda dengan harapan dapat bertemu semula dengan bonda mereka yang hilang ketika menyelamatkan haiwan yang diburu manusia pemburu. Juga mengisahkan kejujuran Kumpulan Anak Nusa pergi ke Sungai Bonda untuk membebaskan Ikan Comel-Comel dan haiwan-haiwan yang dipelihara secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. LATAR
Seramai 40 pelakon kanak-kanak daripada peserta Taman Bingkas Kebayan di PKKWP dan Taman Teater Kanak-kanak MBSA-PENA (Majlis Bandaraya Shah Alam-PENA) berusia antara empat tahun hingga 17 tahun dan seorang pelakon dewasa, Nurimah Salleh dari MAMPU Sarawak. Mereka dibantu oleh 40 orang pasukan kerja.

Latihan untuk mereka diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari 10 pagi hingga 6 petang di PKKWP dan Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor.

Selain peserta, ibubapa bertindak mereka cipta kostum dan mekap. Rekaan prop boneka dan set yang berasaskan bahan kitar semula dibimbing oleh guru lukisan, Munir Ismail yang dikhususkan untuk adegan di dalam air yang menggunakan lampu U.V. Beberapa orang pelajar Universiti Multimedia turut terlibat dalam kerja kreatif.

Teater SEMI MUZIKAL ini memuatkan 9 buah lagu termasuk daripada sebuah puisi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertajuk Kucari Damai Abadi. Terdapat dua buah lagu ciptaan peserta Bingkas Kebayan iaitu katakan 'Ya' dan Berakit. Kumpulan Sri Merdu Srikandi Tun Fatimah bertindak sebagai penyanyi latar.

Sebagaimana empat Teater kanak-kanak Ladin Nuawi yang terdahulu, Durian Gergasi, Negeri Kebayan, Sewang Rimba, dan Di Mana Singa, mengutamakan kerja keluarga, 'melentur buluh daripada rebung' dan falsafah mencintai kehidupan, alam sekitar, dan seni warisan bangsa. Untuk Sungai Bonda pula, ibu dan wanita ibarat sungai bersih yang penting untuk semua manusia.

Tiket-tiket berharga RM7.00 (kanak-kanak), RM12 (dewasa), dan RM38.00 (pakej keluarga, dua dewasa dan tiga kanak-kanak).

Untuk makluman lanjut sila hubungi:

Maisarah Razak: 012 2968846; Nabilla Zainal: 012 3851984; PASBIKM 03 92745691

Entri oleh sultanmuzaffar 15 May 2004 0 komen

Ulasan Teater Dia Yang Sepi
Pada 9 Mei yang baru lalu, Akar Gita Estetika telah selesai mementaskan sebuah teater bertajuk Dia Yang Sepi. Selama hampir sebulan, AGE menjalani latihan untuk mempersiapkan diri di Festival Teater Kuala Lumpur. Pendapat peribadi saya, teater ini ada kurangnya. Hasilnya tidak begitu memuaskan hati saya. Ada aspek yang bagus, ada aspek yang tidak menepati citarasa saya. Yang anda tonton adalah kerja yang dibikin dalam tempoh satu bulan.

Sinopsis
Di mana mana : Berlatarkan cara hidup "anti establishment". Dirinya SEPI dalam pilihan hidupnya. RUANG menjadi semakin luas sehingga tidak dapat menahan SUARA-SUARA isi benak dan nuraninya. WAKTU membawanya singgah dari stesyen ke stesyen mengimbas kumpulan-kumpulan pengalamannya. Realitinya tidak berganjak kemana-mana. SIANG dan MALAM, KEKASIH yang dijodohkan tidak bersatu di bawah lindungan LANGIT. Irama arus dan hala ANGIN mendendangkan SEPI ruang yang ada. Sedangkan DERITAnya itu masih bertapak di kotak rohaninya.

Arahan
Bercerita tentang karisma, beliaulah orangnya. Bercerita tentang kreativiti, beliau juga orangnya. Bercerita tentang pelik, beliau juga orangnya. Apa yang saya lihat, beliau seorang yang tahap kreativitinya di luar jangkaan. Dalam masa yang singkat, hasilnya seperti apa yang telah kita tonton. Suka tidak suka itu lumrah.

Banyak aspek pengarahan yang boleh diperbaiki jika beliau diberikan banyak masa. Hasilnya tidak berapa saya suka kerana kelemahan-kelemahan yang akan saya sebutkan. Selain kelemahan-kelemahan tersebut, saya masih kagum dengan kreativiti beliau. Olahan skrip dibuat dengan daya kreativiti yang hebat. Arahan lakonan beliau tidak menjadi seperti yang dikehendaki.

Skrip sebegini memang sukar tetapi kreativiti telah menyelamatkan skrip ini dari terus menjadi bosan. Potensi skrip ini untuk mengalami sebuah proses evolusi yang positif berada di tangan Pengarah ini.

Skrip
Beberapa kali saya membaca skrip ini. Tidak pernah selesai kerana saya akan melangkau muka surat. Sebuah naskhah yang berat dan bahasanya terlalu berbunga-bunga. Saya tonton sesi latihan. Sama juga, terlalu sarat dengan syarahan-syarahan panjang. Jika silap langkah, ia seperti khutbah Jumaat. Fikir saya, Pengarah perlu melakukan sesuatu kepada skrip ini untuk mencantikkan skrip tersebut. Olahan dan kupasan Pengarah terhadap skrip ini boleh saya anggap berjaya. Beliau ada idea untuk mencorakkan cerita ini mengikut caranya. Baca skrip ini dan anda akan merasai perubahannya. Yang silap pada persembahan ini bukan skrip tetapi lakonan dan penghayatan watak.

Lakonan
Ada yang bagus, ada yang lemah. Adat. Berpasang-pasangan. Seorang pelakon yang sebagai mana hebat sekalipun lakonannya apabila dipasangkan dengan pelakon “kayu” akan sedikit sebanyak menjatuhkan momentum lakonan pelakon hebat tersebut. Berlaku ketidak-seimbangan yang ketara pada pemilihan pelakon dan mungkin juga penghayatan watak.

Watak Satu, Sepi dan Korus
Watak Satu bagus tetapi watak Sepi kurang. Ini merupakan penampilan beliau yang pertama di pentas. Jelas sekali gigilan beliau di pentas. Lontaran vokalnya kasar. Antara lakon dan bukan lakon ada bezanya. Nampak perbezaan ketara antara mereka berdua. Korus (keretapi) bermain dengan gerak tari untuk memberikan simbol keretapi di pentas. Ad-lib mereka masih dapat dikawal. Ada yang bertanya mengapa keretapi. Di dalam bahasa filem, keretapi memberi simbol perjalanan. Pelakon mahu berjalan dari satu titik ke satu titik. Dalam konteks teater ini, pelakon mahu pergi dari kesepian. Itu sebab halusinasi Watak Satu membawa kita menemui beberapa watak yang beliau temui dalam perjalanannya. Dari mana ke mana ?

Bunga ros ? Bercinta ? Bukan. Gila ? Juga bukan. Jika diteliti, adegan bunga ros merupakan adegan penghujung di sebuah alam realiti sebelum penonton dibawa menemui watak Kekasih I dan Kekasih II. Di situlah bermulanya halusinasi Watak Satu. Tatacahaya tidak menjadi. Tidak nampak perbezaan. Ingat ! Halusinasi bukan mimpi. Itu sebabnya Watak Satu masih keluar pada pertengahan antara babak dalam keadaan jaga kerana beliau bukan mimpi. Hanya halusinasi. Watak Satu kembali semula ke alam realiti apabila beliau mengambil semula bunga ros di dalam peti surat itu. Peti surat ? Surat membawa simbol tentang pergerakan dari satu titik ke satu titik. Watak Satu berubah dari sepi menjadi apa ? Ada yang kata gila kerana ketawa mengilai-ilai. Makna simbol stesen keretapi dan peti surat adalah sama, ia membawa kita ke satu tempat yang berbeza.

Watak Satu dan Waktu
Sekali lagi berlaku ketidak-seimbangan pada lakonan kerana perbezaan pengalaman. Ada jurang perbezaan yang agak ketara. Ini merupakan antara babak yang agak membosankan kerana saya tidak faham apa yang ingin dipersoalkan. Antara yang saya ingat adalah “Kau adalah Aku, Aku adalah Kau”. Lepas itu mengilai. Pengalaman Watak Satu benar-benar mengatasi karisma Waktu. Waktu jelas kali pertama muncul membuat persembahan. Beliau nampak kekok dan tidak serasi dengan Watak Satu.

Watak Waktu yang membawa kertas maklumat. Ada maknanya. Beliau seakan-akan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Itu yang saya suka dengan Pengarah ini. Ada sahaja idea beliau untuk membolehkan penonton berfikir tentang maknanya. Beliau tidak memberi makna teater dengan mudah. Ini bukan teater untuk golongan yang baru mahu berjinak-jinak dengan teater.

Kekasih I dan Kekasih II
Saya suka babak ini. Sebuah gerak lakon yang penuh lengkap dengan perwatakan pelakon. Dari segi chemistry, saya kira hampir berjaya. Mereka cocok menjadi sepasang kekasih. Tetapi sekali lagi penghayatan watak menjadi jurang perbezaan. Watak Kekasih II kelihatan bersungguh untuk menyampaikan rasa hatinya dan watak Kekasih I lebih selamba. Masih nampak dibuat-buat terutama pada gelaknya.

Babak ini menggunakan banyak prop. Sehingga pelakon kelihatan kelam-kabut mengemas sewaktu siren dibunyikan. Jika arahan Pengarahnya teliti, proses mengemas sudah boleh dibuat sebelum siren berbunyi.

Pemikir I dan Pemikir II
Sama juga dengan babak ini. Watak Pemikir I nampak lebih dominan dan watak Pemikir II kelihatan cuba untuk menciptakan karektor kepada wataknya. Hasilnya tidak seberapa. Saya tabik dengan proses transformasi lakonan Mohd Shahafeez. Saya menonton beberapa siri lakonan beliau. Wataknya berbeza-beza. Engku Fikri dalam Mencari Juita dan Takahashi dalam Rumah Kedai Jalan Seladang. Watak yang pelbagai.

Watak Pemikir II mempunyai masa yang pendek untuk menghafal skrip dan menjalani tempoh latihan yang pendek kerana tugas rasmi beliau. Sikap toleransi pelakon-pelakon lain telah banyak menyelamatkan beliau. Beliau harus sedar itu.

Pada penghujung babak ini dan babak Kekasih ada persamaan. Mereka lari. Lari dari apa ? Ia sebenarnya adalah pembebasan dari perasaan sepi ke satu penyelesaian.

Derita I dan Derita II
Watak ini dipegang oleh Watak Satu dan Kekasih II. Mereka punca sepi. Derita itu mereka yang tanggung. Itu sebab mereka pegang dua watak. Saya mengharapkan apa yang telah dipertontonkan di Panggung Seni menjadi di pentas MTC. Sayangnya kurang menjadi. Beberapa aksi-aksi menarik di sana tidak menjadi. Mereka berkongsi masalah yang sama dan saya dapat merasakan itu. Kerut wajah mereka membuktikan.

Ada yang mempersoalkan tentang bangganya mereka menghisap rokok (ganja). Entah di mana silapnya malam itu, pertama kali ia menyala. Jika dapat ditonton kembali, saya ingin sekali melihat watak Derita II terkejut melihat asap terkeluar dari mulutnya.

Mereka juga mahu lari dari kesepian. Di sini, Watak Satu kembali dari halusinasinya.

Tatacahaya
Seperti tahun lepas sewaktu AGE mementaskan Rumah Kedai Jalan Seladang, kali ini sekali lagi tatacahaya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Saya amat kurang berpuas hati dengan hasil tatacahaya yang dipersembahkan kepada penonton. Saya sempat mengambil beberapa foto sewaktu tatacahaya sedang digubah sebelum persembahan. Hasilnya menarik tetapi ianya tidak menjadi pada malam persembahan.

Paling ketara tidak banyak yang dapat dibezakan melalui tatacahaya antara halusinasi dan alam sebenar. Stesen keretapi tidak berapa jelas dan sekiranya anda mahu tahu, rekaan lampu untuk stesen keretapilah yang siap paling akhir iaitu pada jam 7 petang. Itu pun saya tidak pasti sama ada ia digunakan atau tidak.

Saya ingin mencadangkan agar di masa akan datang, AGE perlu melakukan sesuatu untuk memantapkan tatacahaya persembahannya. Ini kali kedua. Wajar sekiranya AGE menghantar beberapa pereka tatacahaya untuk menyertai mana-mana bengkel pencahayaan agar ilmu dapat ditimba.

Set
Sebuah set yang simple. Backdropnya sebuah terowong. Itu yang saya nampak. Kenapa terowong ? Sekali lagi terowong ada hujung dan pangkal. Terowong membawa kita dari satu pangkal ke satu penghujung. Membawa apa ? Membawa sepi !

Lantai yang membawa imej bulatan. Dalam bahasa filem, bulatan membawa maksud negatif. Sepi suatu yang negatif bukan ? Cuma kesan tatacahaya yang kurang menyerlah menyebabkan lantai pentas yang bewarna cerah tidak menonjol dan nampak kusam.

Muzik
Seperti yang telah ditulis di dalam brochure Dia Yang Sepi, saya benar-benar terpukau dengan lagu Dia Yang Sepi walaupun baru pertama kali mendengarnya. Setelah beberapa kali mendengar lagu ini diulang-ulang, melodinya seakan telah masuk ke dalam kotak fikiran.

Sayangnya, lagu ini hanya diperdengarkan sekali sahaja sepanjang pementasan dan penonton tidak dapat merasai lagu tersebut dengan lebih mendalam.

Kelemahan ketara pada muzik adalah tidak konsisten. Pada beberapa bahagian pada watak Pemikir Satu, ketukan pada dinding penjara tidak kedengaran. Efek bunyi juga tidak berapa jelas dan memberi impak kepada penonton. Watak Satu terpercik air dari tepi jalan tidak berapa dirasai dan disedari oleh penonton.

Babak yang melibatkan Sepi yang membawakan watak sebuah patung dapat dirasai kerana muzik telah melengkapkan senario tersebut.

Busana/Tatarias
Saya wajar memuji hasil solekan dan busana untuk persembahan kali ini. Pereka busana dan tatarias sebenarnya telah dibebaskan untuk bermain dengan kreativiti mereka. Tanpa perlu terikat dengan kekangan realism, mereka telah bereksperimentasi secara terkawal untuk menjadikan apa yang kita lihat di pentas agak indah.

Rekaan yang dibuat kepada korus (pemegang watak keretapi) saya kira merupakan usaha yang besar. Hampir keseluruhan penonton tidak menyedari yang longgokan baju itu sebenarnya manusia. Cuma jika berani, AGE wajar menjadikan persembahan Kosong oleh kumpulan Ngoncong Sarawak sebagai model. Pemegang watak ukiran kayu berada di pentas sebelum penonton masuk ke dalam dewan persembahan. Tirai pentas tidak perlu ditutup.

Poster/Brochure
Poster dan brochure produksi ini direka oleh saya bersama beberapa orang rakan. Kerja komputer dilakukan oleh saya. Saya berpuas hati dengan hasil poster dan brochure yang siap. Setengah penonton akan menerima jenaka-jenaka sinis yang ada dalam brochure sebagai usaha bangga diri tetapi saya perlu mencari kelainan untuk menyampai maklumat tentang sebuah teater yang berkonsepkan sepi. Saya perlu memberi warna kepada poster dan brochure tersebut. Memberi sedikit keceriaan kepada kesepian yang melanda.

Saya sedar, apabila melibatkan kerja kreatif, idea tidak akan pernah berhenti mengalir. Dari situ lahir sedikit kekecewaan saya apabila yang dikomen adalah jenis font dan bukannya kandungan. Jangan jadi seperti Chief Operating Officer saya yang lebih suka komplen tentang jenis font dari komen isi kandungan.

Kerjasama
Selama berada hampir 1 bulan bersama produksi ini, saya kagum dengan kerjasama yang mereka tonjolkan. Masalah diselesaikan secara penyelesaian kolektif. Dalam kumpulan besar, cakap-cakap belakang di mana-mana pun akan wujud. Macam kata Cookie “Seperti kurang semangat kesatuan di dalam produksi ini. Sebaiknya, penglibatan mereka yang tertentu perlu dititik beratkan. Nampaknya teater ini terlalu percaya dan bergantung kepada keupayaan sang Pengarah!” Jika ada, cakap depan-depan.

Gabungan idea dari dua kepala ini tidak selalu menjanjikan senyuman adakalanya mencipta cuka di bibir.

Idea dan Kreativiti
Sudah cukup rasanya saya tulis tentang kreativiti yang saya rasakan ada pada persembahan ini, cuma masalah skrip yang terlalu berat untuk penonton menerimanya. Macam filem Sembilu dan filem Kaki Bakar. Filem Sembilu tetap mendapat tempat di hati penonton kerana penonton Malaysia tidak gemar berfikir, lebih suka yang ringan. Ini cabaran besar kepada Pengarah.

Disiplin Pentas
Satu yang menarik tentang Festival Teater KL kali ini adalah penekanan tentang disiplin pentas yang semakin dilupakan. Ini wajar dipelajari oleh semua kumpulan yang bertanding agar mutu pengurusan teater dapat diberi suntikan profesional.

Urusetia
Pengurusan Festival Teater kali ini nampak kelab-kabut kerana kesuntukan masa yang diberikan untuk mengurus festival tersebut.

Peraturan ketat cara berpakaian untuk masuk ke dalam dewan juga nampaknya ada double standard. Kelonggaran yang diberikan oleh pihak Urusetia kepada beberapa orang yang tidak menepati cara berpakaian telah disalahgunakan oleh yang lain.

Pengurusan di malam penutup juga nampak goyah. Urusetia bukan sekadar berjalan ke hulu ke hilir membawa walkie-talkie. Tugas mereka lebih besar sebenarnya. Jika cara berpakaian diperketatkan hanya untuk memartabatkan teater Malaysia, maka saya kira cara pengurusan Urusetia juga perlu ditingkatkan agar teater Malaysia dapat dihormati. Bukan sekadar cara berpakaian, tetapi cara pengurusan juga perlu nampak hebat.

Pihak Urusetia sepatutnya lebih peka dengan manipulasi peraturan oleh sesetengah kumpulan yang bertanding sehingga menimbulkan rasa kurang senang peserta. Impaknya agak besar kerana teater seakan-akan boleh dipermainkan dan tuntutan teater sebenarnya lebih besar daripada itu.

Pengalaman
Kesabaran amat penting dalam mengurus sebuah produksi yang mana pemikirannya datang dari dua fahaman berbeza. Saya tidak serik, malah lebih bersemangat !

Ulasan Panel Penilai
Setiap kali Festival, segmen ini memang saya tunggu-tunggu. Antara petikan kata Ketua Panel Penilai ialah kita hanya menonton saingan kita dengan mencari kesalahannya tetapi tidak melihat kebaikannya. Itu Melayu !

“Buruk satu menolak dalam teater, baik satu tidak mengangkat dalam teater.”

Mutu pengarahan perlu ditingkatkan. Adakalanya bahan yang dibawa tidak tertanggung oleh Pengarah. Kebanyakan Pengarah memilih genre pementasan dengan agak kabur.

Pelakon zaman ini jauh lebih baik dari zaman dahulu tetapi mereka tidak diberi kesempatan kerana tunjuk ajar tidak sempurna.

Beliau turut menyarankan agar menonton Seniman Bujang Lapok dan Rashomon sebagai panduan untuk menghasilkan teater komedi dan teater serius.

Tuntutan estetika juga tinggi dan tuntutan estetika penonton juga semakin tinggi.

Keputusan Penuh Festival Teater Kuala Lumpur 2004
Johan – Tat Nenas (Fuzzy Logic Entertainment)
Naib Johan – Oleanna (Kelab Sanggar Budaya Beringin)
Tempat Ketiga – Awal dan Mira (Kelab Teater Kota Kuala Lumpur)
Pengarah Terbaik – Megat Sharizal Mohd Yusoff (Fuzzy Logic Entertainment)
Teknik Terbaik – Tat Nenas (Fuzzy Logic Entertainment)
Pelakon Lelaki Terbaik – Muhamad Ismaizal Yusoof (Fuzzy Logic Entertainment)
Pelakon Wanita Terbaik –Azareena Yahya (Kelab Sanggar Budaya Beringin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mohd Azli Othman (Akar Gita Estetika)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Farrah ‘Aini Lugiman (Fuzzy Logic Entertainment)
Anugerah Khas Juri – Dia Yang Sepi (Akar Gita Estetika)
Kumpulan Harapan – Sumpahan Rimba (Act Nine Communication)

Berpuas-hati ? Mana ada pahat yang tidak berbunyi selepas rumahnya siap dibina. Kalau tidak puas hati, cakap. Jangan diam. Paling tidak, tulis dekat blog sendiri apa yang kita tidak puas hati kalau takut untuk berdepan.

Bagi pihak saya, akhirnya teater maha sepi itu memenangi Anugerah Khas Juri dan Mohd Azli Othman menggondol anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Atas kriteria apa Dia Yang Sepi menerima anugerah tersebut tidak diperincikan dalam Ulasan Panel Penilai. Jangkaan saya tentulah kerana olahan Pengarah terhadap skrip tersebut serta keberanian Pengarah mengangkat naskhah tersebut dari dibiarkan tidak dipentas oleh mana-mana kumpulan. Tahniah !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger