Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-05-06

Mentera AEIOU
Tiga AEIOU. Satu nafas. Melancarkan sebutan.

Buat Sekarang, Baik Tuan/Puan
Hanya dengan satu dialog, mereka perlu melakukan improvisasi terhadap dialog tersebut berdasarkan kepada empat situasi ini.

1. Pegawai Tinggi Tentera dan Askar Biasa
2. Majikan yang dihormati dan pekerja
3. Pembuli dan kena buli
4. Seorang yang baik hati

Bob dan Mas harus lebih mencari mood untuk membawa watak-watak tersebut. Mas contohnya telah mengosongkan perasaannya sendiri.

Zahid dan Linda boleh berinteraksi sesama mereka dengan baik. Satu yang saya kurang suka tentang Zahid ialah sikapnya yang suka bermain-main di dalam kelas. Adakalanya beliau tidak serius. Ia secara tidak langsung turut mengganggu tumpuan Linda.

Akademi Fantasia IIZarina telah memberikan mutu lakonan yang hebat. Walaupun sekadar memegang watak askar biasa, beliau kelihatan begitu tegas. Lebih mengkagumkan apabila beliau membawakan watak pembuli. Ekspresi mukanya jelas nampak menjadi. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan untuk menjadikan lakonan yang mantap. Imaginasi seorang pelakon harus melampaui pemikiran biasa.

Nurul mula mengeluarkan sepenuh tenaganya untuk watak seorang Pegawai Tinggi Tentera. Apa reaksi Adam ? Tidak serius. Mengapa ini terjadi. Ia terjadi kerana Adam tidak menghargai lakonan Nurul. Aksi lakonan berdua amat memerlukan tindakbalas sesama pelakon lain. Adam tidak begitu serius.

Saya kurang menggemari lakonan yang dibuat oleh Farah dan Kaer. Kaer seringkali melakukan ad-lib yang tidak dirancang dengan baik sehingga menyebabkan tumpuan Farah terganggu.

Fitri menggunakan pengalamannya sebagai tukang jahit di sebuah butik untuk diadaptasi lakonannya bersama Zarina. Lakonan Zarina tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan yang kuat dari rakan pelakonnya. Siap cekak pinggang tu.

Pelakon yang bijak akan memberikan kejutan pada lakonannya yang penonton tidak jangkakan. Unsur spectacular (kekaguman) pada lakonan perlu agar pelakon tidak sentiasa menjadi stereotype.

Kelas Cikgu Adnan Abu Hassan
Nyanyian Kaer semakin bertambah baik. Beliau dinasihatkan agar memperbetulkan teknik pernafasannya. Salah pernafasan akan menyebabkan lagu tersebut sumbang.

Fitri membawakan lagu tersebut dengan nada yang agak rendah walaupun sepatutnya beliau melontarkan vokalnya.

Adam masih belum menghafal melodi lagu tersebut. Saya agak suka dengan persembahan Adam minggu ini. Beliau cuba mencari kelainan dan itu yang saya harapkan.

Zahid hebat dengan lagu Teratai. Hanya sedikit sahaja yang perlu dibaiki terutamanya alternate falsetto dan alternate whisper. Jika menjadi, lebih cantik.

Anding cuba membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya tetapi banyak yang sumbang. Jika terlebih falsetto menjadi # sharp.

Bob jangan terlalu selesa dengan lagu tersebut. Menurut Cikgu Adnan, jika beliau terlalu selesa setiap lirik yang dinyanyikan oleh beliau akan menjadi kelam-kabut dan berterabur.

Koreograf
Adegan ini kita dapat melihat Zarina bakal dijulang oleh Anding. Untuk lagu Menuju Puncak atau lagu Satu Cinta Dua Jiwa. Tidak pasti.

Tegar Unplugged (Versi Rock)
Bila Zahid dan Mas bersama dan Zahid bermain gitar. Mereka menyanyikan lagu Tegar dalam pelbagai versi.

Fitri dan Fesyen
Memang sengaja ASTRO siarkan bahagian tersebut. Untuk beri modal kepada saya mungkin. Jika saya kata menarik, saya menipu pula. Tidak menarik. Inisiatif untuk mendapat perhatian kamera boleh dikira berjaya. Telah pun disiarkan pun. T-shirt hitam dan jaket memang kena dengan penampilan beliau. Kain sarung dirasakan agak tidak sesuai. Tetapi bila sudah jadi artis, pakailah apa pun. Memang tidak menjadi masalah. Sudah alang-alang berkain sarung, bukankah lebih baik berkain batik sahaja. Apabila isteri Perdana Menteri lihat pasti beliau terpesona kerana kempen batik beliau ternyata berjaya. Tentang rambut, maaf cakap ia seperti rambut perempuan baru lepas bersalin yang sedang dalam tempoh berpantang. Yang kurang hanya asam jawa ditepek di dahi sahaja. Anda perlu bayangkan zaman emak-emak kita dahulu, atau mungkin zaman nenek-nenek kita dahulu. Kasihan Fitri, lepas rambut salah, ikat rambut salah. Apa kata gunting sahaja rambut tersebut. Imej tersebut menurutnya ialah Jepun Kontemporari, tetapi saya melihatnya seperti imej berjenama PDP(Perempuan Dalam Pantang).

ASTRO, tolonglah jangan siarkan adegan sebegini lagi tentang Fitri kerana ia secara tidak langsung memberi modal kepada saya. Tolong ya ASTRO.

Cikgu Siti Hajar pun bersikap tidak sporting dengan tidak menyukai apa yang dipakai oleh anak didiknya, Fitri.

Kelas Nada Suara Siti Hajar
Untuk belajar teknik vokal yang betul ialah tidak mendongak dan jangan buat muka lawa. Sewaktu sedang mengajar mereka tentang sebutan yang betul, Kaer dikesan melakukan kesilapan. Sebenarnya bukan kesilapan tetapi tabiat beliau. Cara sebutan beliau perlu diperbetulkan. Ada unsur-unsur slang mat salleh mungkin. (Kena balance, supaya tidak nampak unsur bias)

Kelas kali ini lebih tertumpu kepada beberapa sebutan asas dalam nyanyian. Walaupun bunyi yang rendah, tetapi penghasilan vokalnya tetap mantap dan sedap didengar. Ianya boleh dicapai melalui teknik pernafasan yang betul serta pergerakan mekanikal tubuh badan yang turut bekerja apabila penghasilan bunyi-bunyi tersebut. Apabila ia dilakukan dengan betul, ia lebih mudah untuk dicapai.

Kenapa tenaga penting ? Tenaga penting untuk mengekalkan penghasilan bunyi tersebut. Seperti Mas, beliau mempunyai tenaga yang bagus tetapi vokalnya tidak lepas. Masih tersekat. Beliau harus fokus dengan betul di bahagian mana vokal tersebut perlu dilontarkan.

Seperti Kaer, beliau mendapat ilmu baru tentang kedudukan vokal. Sehingga satu tahap beliau perlu membentuk kedudukan seperti rukuk sewaktu melontarkan vokalnya. Tidak cukup dengan penderaan itu, beliau juga perlu melompat dan membuat pelbagai aksi sambil lontaran vokal dilakukan.

Kelas Cikgu Adnan
Mas mempunyai suara yang sedap didengar tetapi sayangnya pada beberapa bahagian lagu tersebut kedengaran agak sumbang. Beliau mempunyai tenaga untuk menghasilkan suara tersebut tetapi vokalnya tidak keluar. Secara keseluruhan saya masih belum berpuas hati dengan nyanyiannya. Saya melihat Nija dalam diri beliau. Bila di pentas, mereka akan hentam sajalah. Tetapi seluruh dewan bertepuk suka dengan persembahan mereka.

Adam tiada masalah menyanyikan lagu jenis ini. Lontaran vokalnya perlu lebih tenaga. Ini sebuah lagu yang agak berentak rock. Menurut Cikgu Adnan beliau telah mendapatkan penghayatan untuk lagu tersebut tetapi masih terdapat masalah pitching pada lagu tersebut. Seperti Mas, beliau juga tidak konsisten.

Hal nyanyian Kaer tidak banyak masalah yang beliau hadapi. Namun demikian, saya masih kurang berpuas-hati dengan nyanyiannya. Beliau harus mempelajari yoga untuk memperbaiki teknik pernafasan. Penghayatan beliau terhadap lagu tersebut boleh dikira agak baik.

Persembahan Zahid untuk lagu Teratai mempunyai gaya yang tersendiri. Beliau antara pelajar yang mempunyai vokal yang agak konsisten. Saya suka dengan kawalan vokal beliau. Sesebuah lagu itu menjadi begitu sedap di tangan Zahid. Beliau hanya perlu memperbaiki vibratonya.

Secara keseluruhan vokal Zarina memang bagus. Ada keunikan seperti Linda. Beliau harus mendapatkan tempo lagu tersebut. Jangan lari tempo atau off-beat. Dari segi persembahan beliau perlu mencantikkan lagu tersebut dengan attitude. Menurut Cikgu Adnan, beliau mencadangkan agar Zarina melakukan improvisasi pada lagu tersebut dengan menyelitkan unsur-unsur staccato pada lagu tersebut. Beliau harus mencantikkannya dengan stail vokal yang ada pada beliau.

staccato
\Stac*ca"to\, a. [It., p. p. of staccere, equivalent to distaccare. See Detach.] 1. (Mus.) Disconnected; separated; distinct; -- a direction to perform the notes of a passage in a short, distinct, and pointed manner. It is opposed to legato, and often indicated by heavy accents written over or under the notes, or by dots when the performance is to be less distinct and emphatic.

(Potong dan tampal dari dictionary semata-mata mahu bagi panjang komen untuk Zarina)

Nurul membuat latihan dengan bebas dengan bantuan Cikgu Siti Hajar. Seperti kelihatan beliau tiada masalah membawakan lagu tersebut. Beliau harus cuma mendapatkan penghayatan kepada lagu tersebut agar dapat membawa pendengar bersama-sama ke dalam lagu tersebut.

Akademi Fantasia IIBersama Khairil Rashid, Linda Onn dan Halim Othman
Tiba waktu untuk mereka makan tengahari. Beberapa pelajar telah pun mengambil lauk. Tiba-tiba siaran Radio ERA kedengaran di Akademi Fantasia. Hampir semua berkerumun di depan radio. Sebenarnya suara yang mereka dengar ialah suara Linda, Khairil dan Halim di konti tiruan di dalam Akademi Fantasia sendiri. Mereka dapat melihat reaksi para pelajar secara langsung dan memberi ulasan pergerakan pelajar yang ada di situ. Mas yang sedang mengurut dada diajuk oleh Khairil. Begitu juga tentang lauk tanpa kuah yang ada di pinggan Kaer.

Sedang mereka makan tengahari, Linda, Khairil dan Halim muncul untuk bersama mereka. Lawak pertunangan Siti Nurhaliza dianggap omong-omong kosong oleh para pelajar yang terputus perhubungan dengan dunia luar.

Khairil dengan petikan gitar mendendangkan lagu Kisah Kau Dan Aku nyanyian asal Alleycats yang pernah beliau dendangkan di Anugerah ERA 03.

SM : ASTRO, tolong jangan provoke. Bila sudah tulis, letih nak defend nanti.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 18



“Masuklah yang...” kata Linus dengan manja apabila Gundutz masuk ke dalam keretanya.

“Geli lah hem! Lesbo sangat, tau!” getus Gundutz. Dia memandang ke arah lobi di bangunan pejabatnya. Tidak ada siapa yang dikenalinya keluar masuk bangunan. Kebanyakan mereka nampaknya sedang bergegas mahu pulang ke rumah.

“Semalam macam mana nok?”

“Kenapa dengan semalam?”

“Ye lah, ko kan tengok filem Spiderman 2 dengan Rahmat.”

“Okay jer. Best giler cerita tu. Alah, ko tahu kan aku minat dengan Spiderman sejak dulu lagi. Mak kan suka kumpul komik Marvel.”

“Ko kumpul komik dapat apa nok? Ko hengat ko boleh jadi Wonder Woman ke? Ko tengok hem... Kumpul resepi. Sampai sekarang hem pandai masak.” Gundutz meletakkan beg pejabatnya ke bahagian belakang kereta Toyota Vios hitam yang dibawa Linus.

“Pandai-pandai masak pon tak berlaki, kan?” sempat Linus mengusik.

“Alah, macam lah kau tu ala-ala berlaki, kan?”

“Tak koserlah nak berlaki-laki ni. Mak wanita korporat!”

Gundutz membuat muka meluat. “Eh nok, ko tak jawab lagi soalan hem. Semalam ko dengan Rahmat buat apa?”

“Tengok wayang ler.”

“Tu jer ker?”

“Yessszzaakkk! Itu saja lah!”

“Lepas tu... Kenapa dia call hem tengahari tadi mintak pendapat hem--”

“Pendapat pasal apa nyah?” pintas Linus cepat-cepat.

“Dia tanya kalau dia patut potong rambut dia...” Gundutz menguis jerawat di pipinya yang sedang menunggu masa untuk masak dan meletup. “Apa kena dengan dia nok? Siap nak potong rambut bagai ni semua!”

“Oh... Itu. Mak suruh dia potong rambut jangan bagi serabai. Trim sikit jer. Ala-ala bagi nampak texture. Mak ingat nak bawak dia pergi potong rambut kat Bangsar Shopping Center hujung minggu ni.”

“Haiyoh! Seswatuhnya ko! Ko jadikan Rahmat anak ikan peliharaan ko ke? Siap nak spedo bagai ni!”

“Lahanatznya molot adik-adik! Mak tak makan kawan sendiri lah! Kejis tau!”

“Dah tu... Apa motif kau nok? Boleh sexplain kat hem?”

“Semalam mak jumpa kawan-kawan mak Randy dengan Janet. Kerja diorang buat iklan. They are looking for new talents. And then, they saw Rahmat.”

“Zaaassst!” Terlopong mulut Gundutz dibuatnya.

“Diorang kata Rahmat have that look diorang dok cari untuk kempen iklan kad kredit BKL.”

“Sentap nyer!”

“Very lah nok. Diorang kata Rahmat punya muka sesuai untuk target group diorang... Youths with disposible income, gituh.”

“Ermm... Rahmat kerja kilang lah nok. Nak beli maggie hujung-hujung bulan pon pinjam duit hem. Nak disposible income apa jadahnya?”

“Alah nok, dah muka dia sesuai! Muka dia kan ala-ala eksotik, gituh.”

“Apa kawan ko cakap?”

“Diorang suka dengan penampilan dia. He has the height, the body and he is good looking, if we look at him beyond the pakaian serabai dan rambut dia yang tak terurus tu. They are professionals nok, they are fully capable of recognizing talent when they see one.”

“Hem betul-betul tak sangka, nok. Hem tahu dia tu meletops. Badan zaasst! Tapi tak sangka pulak dia akan jadi model iklan.”

“Si Randy kata si Rahmat ni set-set Travis Fimmel.”

“Siapa nok?”

“Alah, model CK dari Australia tu.”

“Haiyoh khelesss!” ujar Gundutz walaupun dia tidak kenal dengan model yang dimaksudkan Linus.

“Jadi... Minggu depan Randy nak jumpa dia kat agency dia. Nak shoot gambar Rahmat untuk present kat client dia. So, esok aku nak bawak dia pi salon. Bagi cantikkan sikit rambut dia yang panjang tak terurus tu.”

“Ko jangan pondankan dia sudah nok. Ye lah, sekarang dah baik-baik jantan!”

“Vencis lah ko ni! Ko hengat mak apa nyeh?” Linus menjeling. “Mak akan uruskan hal dia tu nanti. Mak ikhlas nak tolong dia. Kekadang kesian jugak mak tengok dia. Macam ada jer tak kena dengan hidup dia tu. Mak rasa dia ada simpan sesuatu dari kita.”

“Wah! Adik-adik dah verengen nak jadi Nancy Drew pulak ke?” tanya Gundutz sambil memandang ke arah sebuah bas yang bergerak semakin hampir ke kereta Linus. “Tapi betul lah nok. Rahmat ni macam ada yang dia nak sembunyikan dari kita. Ala-ala International Man of Mystery kan nok?”

Linus mengangguk setuju. Terus dia memandu ke arah Pandan Indah ke rumah Gundutz untuk menonton rancangan Akademi Impiana bersamanya pada malam itu.

**


“Haiyohhhhh! He has totally lost it!” Linus mengurut dadanya. Nafasnya turun naik tercungap-cungap. Dia menoleh ke arah Gundutz. Didapatinya Gundutz tercengang. Mulutnya ternganga besar. Dia tidak menjadi mengunyah kek keju yang telah dibuatnya sendiri. Apabila Linus menoleh ke arah Timah pula, dia nampak Timah keseronokan.

“Nok, mak tak percaya apa mak tengok ni. Mak bermimpi ke?” tanya Gundutz. Tekaknya terasa loya.

“Mimpi ngeri, sundels!” Linus menggigit bibirnya.

“Apalah korang ni! Mengomel mengalahkan makcik Bedah yang jual karipap kat bawah flat ni!” tegur Timah sambil menjeling. Dia memegang bantal kusyen dengan erat. Wajah Timah masam.

“Kenapa dia drag on TV ni nok? Dengan pakai skirt labuh, cardigan der tocang rambut macam Mak Enon... Dia hengat dia chanteks ke?” tanya Linus. Dia membuka ikatan tali leher Hermesnya.

“Eh betul lah nok. Muka dia iras-iras Mak Enon kan?”

“Siapa Mak Enon?” tanya Timah. Gundutz tak mahu menjawab. Linus pula menaikkan kening kirinya.

“Nok, apa nak jadi ni? Tetiba ponen drag muncul kat TV?” Tanya Gundutz kepada Linus.

“Eh, I thought akaq-akaq drag tak dibenarkan keluar TV kan?”

“Tu lah!”

“Koser Jantayu ni kan? Verani matis!”

“Apa Jantayu? Tak paham lah bahasa korang guna ni.” pintas Timah.

“Jantan Ayu lah. Koser betul tau. Ala-ala blur macam Sia. Dia hengat cute lah tu!” Gundutz menjelaskan sambil mencebikkan bibirnya. Dia mengunggis kacang goreng yang baru sahaja dibuka dari paketnya.

“Eh, bukan ke tu nama butik si Fyrul?” Timah ternyata tahu segala-gala hal tentang Fyrul. Apa tidaknya, dia peminat fanatik Fyrul.

“Khelesssss adik-adik!” Linus ketawa kecil. “Butik Jantan Ayu. Sesswooaiizz lah kan?”

“Alah nok, dia tahu dia dah nyawa-nyawa ikan. Ala-ala nak tunggu masa keluar dari AI. Terus AI ni nak dijadikannya ala-ala Ghazal Party Queen. Sapa nak jawab?”

“No wonder dia ala-ala adik-adik ting tong dah gian nak drag. Alah nok, mak harap-harap dia keluar lah minggu ni. Dah penat mak dengar suara kepit dia tu!”

“Korang berdua ni kalau tak mencaci orang tak boleh ke? Salah ke? Kenapa suka sangat nak tambahkan dosa?” Timah marah-marah. Dia langsung tidak memandang ke arah Linus dan Gundutz. Matanya terus ke kaca TV.

“Haiyoh, kosernyer ko Timah. Perlu ke hem nak melayan statement-statement ko tuh? Nah ambik kek.” Gundutz memberi sepotong lagi kek keju kepada Timah. Dia tahu Timah suka kepada keknya. Timah mengambil kek tersebut, lantas terus makan tanpa mahu terus mengomel.

Mereka bertiga diam sehinggalah masanya kelas Puan Siti Hawa dimulakan.

“Ko perasan tak muka Khir macam elf?” tanya Linus yang meminati filem serta buku Lord of the Rings.

“Haiyoh! Betullah sundels!”setuju Gundutz. “Nak-nak bila dia disuruh buat suara UUU... UUUHHH... UUUUUHHHHH!”

“Nok, bila ko buat nampak macam Smeagol pulak.”

“Kak nam betul lah ko!” Gundutz berdecit. Dia kemudian menumpukan perhatian kepada apa yang diajar oleh Puan Siti Hawa. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyuruh pelajar-pelajar perempuan menyanyi.

Gundutz sekadar tersenyum sendiri apabila dia dapat melihat Fyrul yang bertocang sakan macam Mak Enon itu menyanyi sekali dengan pelajar-pelajar perempuan, seolah-olah dia adalah sebahagian dari mereka...

**


Lima sebab utama mengapa anda perlu jadikan fesyen sarung dan bertocang sebagai fesyen pilihan teman lelaki/suami/kawan baik anda...

1. Teman lelaki/suami/kawan baik anda tak ada pakaian lain untuk Halloween. Jadi mereka boleh mengamalkan fesyen pakaian ini untuk menakutkan orang lain.

2.Anda sengaja mahu membalas dendam dengan menganiaya teman lelaki/suami/kawan baik anda yang terlupa untuk meraikan hari jadi anda pada tahun lepas.

3.Anda mempunyai keinginan untuk melihatnya mempunyai imej seorang lelaki lembut (atau jantayu).

4.Anda seorang peminat fanatik Fyrul dan anda akan melakukan apa sahaja untuknya, termasuklah membeli busana yang menepati imej jantayu dari Butik Jantayu.

5.Anda mahu teman lelaki/suami/kawan baik anda merasakan apa yang perlu dilalui dan dipakai oleh perempuan baru lepas bersalin yang sedang dalam tempoh berpantang.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-03-04

Selamat Hari Lahir
Para pelajar membuat kejutan untuk Puan Fauziah Nawi yang menyambut hari lahirnya yang ke 51 tahun. Mereka sama-sama menyiapkan dance floor. Yang menariknya, Bob selaku perancang utama telah menyiapkan lagu untuk dinyanyikan beramai-ramai.

Sememangnya Puan Fauziah sendiri terkejut dengan sambutan tersebut dan tidak menyangka sama sekali ada sambutan sedemikian untuknya. Nyata beliau juga adakalanya tertipu dengan perancangan pihak penerbitan.

Saya melihat Bob seorang yang bijak mengambil hati seseorang Tenaga Pengajar. Pada awal minggu pertama, beliau sudah boleh bergurau senda dengan Pengetua, Ramli MS. Pada minggu ini beliau mencuri sedikit tumpuan kamera dengan memberikan kad kepada Cikgu Fauziah Nawi.

Selesai berhibur, mereka meneruskan dengan sesi seni persembahan. Emosi kebanyakan pelajar masih terganggu setelah berlaku penyingkiran pertama minggu lepas. Rata-rata persoalan Puan Fauziah lebih banyak kepada emosi dan perasaan pelajar kepada situasi tersebut. Bermula dengan Fitri, beliau ditanya tentang perasaannya ketika itu. Perbandingan yang boleh dibuat kepada persembahannya setelah tiga minggu. Fitri merasakan persembahannya pada Konsert III agak terlebih emosi. Linda pada awalnya cuba tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Beliau menyatakan peluangnya untuk tersingkir hanya 50/50. Setelah didesak, barulah beliau menyatakan yang beliau yakin tidak akan tersingkir pada Konsert III itu.

Berbeza dengan Mas yang tidak memikirkan soal penyingkiran secara serius. Tetapi Farah amat yakin yang beliau akan tersingkir setelah melihat kedudukannya yang agak terkebawah. Beliau redha dan menerimanya dengan tabah. Satu yang harus dipuji beliau tidak berputus asa sebaliknya telah berusaha memberikan yang terbaik kerana menyangka ia bakal menjadi konsertnya yang terakhir.

Anding amat sukar menerimanya apabila nama Edlin disebutkan. Sebagai seorang sahabat, beliau amat sayangkan Edlin. Memang sukar untuk mengawal perasaan ketika itu lebih-lebih lagi merunsingkan tenaga pengajar yang menyangkakan beliau diserang lelah.

Secara tiba-tiba, tanpa hujung pangkal, Puan Fauziah menasihatkan pelajar agar tidak melakukan ad-lib tanpa nasihat dan pengetahuan dari Tenaga Pengajar. Ia agak tergantung.

Lakonan Zahid
Zahid saya melihat beliau seorang yang agak fragile. Beliau mudah untuk mengubah ekspresi wajah beliau dengan cepat. Beliau berjaya menghayati wataknya seorang kekasih yang akan kehilangan seorang kekasih yang terlantar sakit. Ekspresi wajah beliau berjaya menonjolkan imej seorang kekasih yang sedih melihat keadaan kekasihnya. Emosinya terbawa dengan perwatakannya.

Menuju Puncak
Pada minggu ke empat, barulah kita dapat melihat ada di antara pelajar perempuan yang dijulang pada koreografi tarian Menuju Puncak. Sebelum lagu dimainkan, saya ingat ia merupakan koreograf tarian untuk lagu Dancing Queen nyanyian Farah. Rupa-rupanya ia merupakan lagu Menuju Puncak. Setiap minggu kita dapat melihat evolusi koreograf tarian Menuju Puncak. Perkembangannya semakin positif dan baik untuk perkembangan pengetahuan seseorang pelajar.

Emosi dan ekspresi serta gaya mereka dibentuk dalam tarian tersebut. Mereka seboleh-bolehnya dibuka bakat mereka agar lebih terserlah. Ia hanya boleh dicapai sekiranya seseorang pelajar mahu mengubah dirinya untuk menjadi lebih baik. Nurul contohnya, saya melihat beliau seperti amat mudah dibentuk dalam tarian. Pergerakan badannya mudah dilentur. Farah agak keras sesuai dengan perwatakan nakalnya yang agak lasak.

Beberapa hari ini, blog ini banyak dihujani dengan pelbagai macam komen. Kalau pun saya menerima sejuta komen di blog ini, namun komen yang satu ini tetap yang terbaik di mata dan hati saya. Agak sukar untuk melaksanakan cadangan beliau itu kerana matlamat utama program realiti ini adalah untuk mendapatkan hasil dari sistem penjurian SMS yang telah digunakan sejak Akademi Fantasia I. Cadangan beliau bermatlamatkan untuk melahirkan penghibur masa depan. Nyata berbeza matlamat.


Sent Tuesday, June 29, 2004 3:44 pm
Subject GOOD JOB

Your review is good. Carry on but don’t let it interrupt with your normal work. Said your mind out but do not offend people too much especially the AF Participants. I suggest that you put forward to Astro, for AF 3, change the format. Let all the 12 Participants sing for 12 weeks with various type of songs and tempo. Then only you know who can really sings and be an all round Entertainer. At the end of the 12 weeks, the top 5 or 6 will go into the Final. During the Final, Professional Judges and Afundi should decide the Winner, Runner Up and Third.

Present format, too much tears and real talent not found.

Just a suggestion.
Papa


Kelas Siti Hajar : Dua octave
Memang sukar untuk melakukan nyanyian dalam dua octave. Kaer beberapa kali gagal dalam cubaannya, Begitu juga Linda. Anding berjaya dalam cubaan pertamanya. Adam hampir berjaya tetapi terkandar di note akhir. Fitri juga berjaya membawakan dua octave tersebut walaupun diketawakan oleh Zahid. Bob berjaya membawakannya dengan selamba. Yang menarik, Zahid membawakan tiga octave. Patutlah dia suka gelakkan orang lain kerana beliau mampu membawakan tiga octave.

Kebanyakan lagu yang mereka dapat minggu ini sama ada terlalu tinggi atau pun terlalu rendah. Terlalu jauh range antara tinggi dan rendah pada sesebuah lagu. Seperti contoh lagu Madah Berhelah dan lagu Bawalah Daku Pergi. Range note rendah dan note paling tingginya agak besar.

Farah menghadapi masalah tempo. Kegopohan beliau itulah yang menyebabkan persembahan beliau minggu lepas dikritik Ramli MS. Beliau harus menjaga tempo lagu tersebut. Lagu tersebut bermula agak rendah dan kemudian naik dengan tinggi di penghujung.

Sumbang benar nyanyian Mas. Buat masa ini, minus-one yang digunakan belum dinaikkan nadanya. Buat masa sekarang, Mas perlu menggunakan minus-one yang ada. Oleh itu beliau harus bijak untuk menyeimbangkan tenaga dan emosinya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Memang sengsara saya melihat Linda menyanyikan lagu Madah Berhelah itu. Memang sukar lagu tersebut. Menurut Cikgu Siti Hajar, lagu tersebut banyak huruf a, oleh yang demikian lontaran vokal perlu lebih jelas. Saya nampak Linda cuba melakukan sedikit improvisasi terhadap bahagian tinggi lagu tersebut tetapi kedengaran agak sumbang.

Zarina juga menghadapi masalah tabiat dan kecenderungan semulajadi pada nyanyiannya. Beliau perlu tahu kedudukan untuk melontarkan vokalnya ke hadapan. Beliau harus bijak bermain dengan voice technique, voice colour dan voice style. Beliau harus menjadi dirinya, saya nampak ada imej Siti Nurhaliza pada Zarina dalam lagu ini.

Nurul tidak banyak bezanya dengan minggu lepas. Vokal beliau agak kasar dan besar. Beliau tidak mempunyai tenaga yang besar untuk melontarkan vokalnya ke tahap paling maksima untuk bahagian tinggi lagu tersebut. Kalau kita melihat nyanyian Anita Sarawak, vokal beliau rangenya terlalu besar antara nota rendah dan nota tinggi. Itu kelemahan utama Nurul, saya melihat beliau tidak mampu untuk membawa lagu tersebut ke nada paling rendah atau nada paling tinggi dengan cemerlang. Tidak bertenaga.

Menuju Puncak
Setiap minggu akan berubah. Semakin sukar nampaknya. Lebih-lebih lagi mempunyai masa hanya 5 hari untuk mempelajarinya. Saya melihat ini satu cabaran yang besar buat pelajar. Seronok melihat mereka bergerak pantas mengikut rentak lagu Menuju Puncak.

Bayangan Tarimu
Saya belum mendengar lagu ini lagi, oleh yang demikian belum dapat menilai koreograf yang diajar oleh Corrie. Pergerakannya nampak seperti tango.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 17



Linus telah mendapatkan tiket tayangan khas untuk menonton filem Spiderman 2. Pada mulanya dia telah menjemput Gundutz agar menonton dengannya. Tetapi Gundutz tak mahu. Gundutz bersungguh-sungguh tidak mahu ketinggalan menonton rancangan Akademi Impiana.

“Kau bawak jer si Rahmat tu. Dia cuti nyah!” saran si Gundutz.

“Nak ke dia ikut mak?” tanya Linus kembali.

“Apa pulak dia tak nak ikut? Ko ingat dia kekwats ke?”

“Entah nok. Mak macam tak konfiden jer dengan dia tu.”

“Kenapa? Sebab dia mat rempit ke?”

“Bukan, sebab dia kan ala-ala jantan taste mak gituh. Mak malu-malu lah sikit. Mak kan anak dara pengitan!”

“Hanjengs punya statementz!” Gundutz berkata kuat, sehingga bingit telinga Linus dibuatnya ketika mereka sedang berbual di telefon pada pagi itu. “Ko tanya jer lah. Kalau ko tak tanya, ko nak hem tanyakan ke? Hem kan mak ayam besar ala-ala akaq Azmil--”

Maka Linus bersetuju lantas meminta Gundutz bertanyakan kepada Rahmat tentang niatnya untuk memintanya menemaninya menonton wayang dengannya. Rahmat tidak keberatan, malah cukup teruja dengan pelawaan dari Linus ini.

Maka mereka pun berjumpa di MidValley seperti yang dijanjikan. Tepat pada pukul 7 malam, Linus pergi menemui Rahmat di hadapan toko pakaian Zara. Ketika Linus menemuinya, Rahmat nampaknya sedang memandang-mandang ke dalam toko pakaian Zara, tetapi takut-takut untuk masuk. Rahmat merasakan apa yang dijual di dalam toko pakaian tersebut terlalu mahal dan terlalu eksklusif. Nak masuk pun segan, dengan melihatkan pakaian yang dipakainya lusuh dan keadaan dirinya yang berserabut.

“Kau dah lama tunggu ke?” tanya Linus sambil tersenyum.

“Tak lama sangat lah, bang.” Jawab Rahmat.

“Eh, jangan panggil aku abang lah. Umur aku dua tahun lebih tua dari kau jer.” Linus tersipu-sipu malu. “Kau lapar tak?”

“Lapar jugak.” Jawab Rahmat. Sememangnya dia belum makan lagi sejak pagi tadi.

“Jom makan!” jemput Linus. Dia kemudian berjalan di sisi Rahmat untuk ke foodcourt yang letaknya di tingkat paling atas. Dia memerhatikan Rahmat, kemudian ke arah pengunjung-pengunjung yang ada. Mereka nampaknya sedang membawa hal masing-masing. Mereka langsung tidak mengendahkan dirinya yang nampaknya berpakaian pejabat yang serba kemas berjalan di samping Rahmat yang berpakaian serba sempoi.

“Tak banyak yang aku tahu pasal kau...” Jelas Linus ketika mereka berdua sedang makan nasi ayam yang telah mereka pesan.

“Alah, saya ni biasa je lah bang.” Jawab Rahmat. Linus masih rasa sedikit janggal apabila beliau dipanggil “abang” oleh Rahmat.

“Bukannya apa... Selalunya bila aku pergi ke rumah Gundutz dan bila kau pulak ada, kita tak banyak berbual.”

“Alah, abang yang sombong”

“Aku tak sombong. Cuma aku segan nak berbual dengan kau.” Jelas Linus.

“Ni kita berbual lah ni...” Ujar Rahmat dengan selamba.

“Kau asal mana sebenarnya ni?”

“Dari Muar.”

“Oh, orang Johor rupa-rupanya.”

“Tapi dah lama saya tak balik Muor.” Kata Rahmat dengan nada kecewa.

“Kenapa?”

“Tak ada apa yang boleh saya cari di sana.” Jelasnya dengan ikhlas.

“Bila Rahmat berhijrah ke KL?”

“Lama dah... Sejak empat tahun yang lepas.”

“Kenapa?”

“Nak cari makan di sini.” Jawabnya, setelah beberapa saat dia mendiamkan dirinya. “Saya orang susah, bang. Saya kena carik duit sendiri--”

“Keluarga Rahmat di sana macam mana?”

“Tinggal bapak saya sahaja. Saya seorang saja anaknya.”

“Tentu dia sayangkan Rahmat...”

“Dia memang sayangkan saya.”

“Emak pula?”

Rahmat memandang sekali ke arah Linus sebelum dia tertunduk menghadap makanannya. Agak lama juga dia diam sebelum dia menjawab:

“Dia tak ada lagi.”

“I'm sorry to hear that.” Ujar Linus serba salah. Dia memandang wajah sayu Rahmat. Linus mengeluh, lalu terus menjamah makanannya.

Setelah makan, mereka berdua terus berjalan di sekitar MidValley. Mereka tidak membeli apa-apa, sekadar berjalan sambil melihat barang-barangan yang ada di jual di sana. Apabila jam menunjukkan pukul 8.40 malam, Linus dan Rahmat terus bergegas ke arah panggung wayang.

Linus mengeluarkan tiketnya, yang kelihatan seperti sekeping poskad dengan gambar Spiderman di atasnya. Keadaan di bahagian lobi panggung sesak dengan pengunjung. Lantas Linus menyerahkan sekeping tiket kepada Rahmat agar senang nanti untuk mereka bertemu di dalam panggung jika mereka terpisah.

“Linus! What are you doing here?” tanya seorang gadis berbangsa Cina yang nampaknya berpasangan dengan seorang lelaki berkulit putih yang sudah agak berumur.

“Watching movies lah, Janet. Then what? Make movies, izzit? Randy and you are watching Spiderman also, I see...” ujar Linus dengan nada memerli. “Oh, by the way. This is my friend Rahmat.”

Mereka bersalaman. Rahmat kelihatan tersenyum segan. Kalau boleh dia mahu meminta beredar dari situ. Linus dapat merasakan keadaan Rahmat yang merasakan dirinya kekok berhadapan dengan rakan-rakan Linus yang kelihatan ranggi dan bergaya.

Rahmat merasa semakin kekok apabila teman lelaki Janet, Randy memandang ke arah Rahmat kemudian dia membisikan sesuatu ke telinga Janet. Dan Janet kemudian kelihatan seperti mengangguk setuju.

“Rahmat, kamu ingin duit lebih?” tanya Janet dengan tiba-tiba. Dahi Rahmat terkerut seribu.

“Saya tak faham.” Ujar Rahmat dengan jujur.

“Well, I think I should properly introduce myself. My name is Randy Cowan, I'm an Art Director at--”

Rahmat memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sesekali dia akan memandang ke arah Linus yang sedang mendengar penjelasan dari Randy dengan teliti.Mereka nampaknya sedang berbual selama beberapa minit sambil beratur dan berasak-asak untuk masuk ke dalam kawasan panggung. Rahmat tidak tahu apa yang dikatakan Randy kepadanya dan kepada Linus, kerana loghat Australianya terlalu pekat untuk difahami.

Linus tersenyum. Kemudian dia memandang ke arah Rahmat. Linus tahu bahawa Rahmat tidak memahami kata-kata Randy kepadanya tadi. “Kita masuk ke panggung dulu. Nanti aku jelaskan segala-galanya di dalam.”

Rahmat mengangguk. Beliau bersalaman dengan Janet dan Randy yang nampaknya sedang berjalan ke arah panggung yang bertentangan. Mereka tersenyum lebar ke arah Rahmat sebelum mereka masuk ke dalam panggung tersebut...

**


Nampaknya, dalam musim yang baru ini, beberapa muka-muka baru telah diperkenalkan sebagai tenaga pengajar Akademi Impiana, sebagai contoh guru tari Carey, guru seni persembahan Puan Ogy Nawawi dan pakar motivasi, Dr. Cher. Persoalannya kini, apa akan terjadi jika pakar Feng Shui, Puan Vivian Foo diminta untuk menjadi penasihat serta tenaga pengajar Akademi Impiana?

Pelajar: Boboy
Nasihat: Bila you mahu menari beramai-ramai, you kena menari depan-depan sebab badan you ni seperti sebuah big mountain yang akan menyerap tenaga para pelajar lain. Banyak ong lah!

Pelajar: Indra
Nasihat: Rambut you kena dibuat tajam-tajam macam itu “poison arrow” biar you punya negative energy keluar dan kena pelajar lain.

Pelajar: Zaidi
Nasihat: You punya rambut bikin merah sikit, warna merah ni banyak ong bagi you.

Pelajar: Dara
Nasihat: You punya bibir bentuknya tak sesuai dengan wajah you. Jadi I cadangkan you cakap breep-breep saja biar bagi itu chi balance sikit.

Pelajar: Azam
Nasihat: I dapat tengok you punya tangan banyak keluarkan itu bad energies lah. You kena cover dengan handkerchief.

Pelajar: Fyrul
Nasihat: You punya badan ni simbolik macam papan lapis yang lembut dan rapuh. Tak banyak ong lah. Jadi you kena pakai baju kimono bagi cantik dan lebih in touch with your inner feminine self.

Pelajar: Sia
Nasihat: You punya muka ni nampak garang dan macam itu independent woman. Jadi, you kena nampak blur sikit biar orang boleh accept you senang sikit.

Pelajar: Khir
Nasihat: Rambut you mahu botak, tapi biarkan saja. Banyak ong lor. Bagi kilat-kilat lagi bagus macam cermin pa kua.

Pelajar: Linda
Nasihat: You punya Yang energy kuat sangat. Kena soften kan sikit dengan pasangan lelaki yang lebih lembut, macam Fyrul... Biar dia serap energy you itu nanti dan bagi stable itu negative energies.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 04-01-02

Edlin Tiada
Apakah kesan yang berlaku kepada pelajar setelah tersingkirnya Edlin dari Akademi Fantasia. Setiap pelajar berpeluang untuk menyampaikan ucapan mereka kepada Edlin. Bob menganggap ia bukannya penamat buat Edlin, Fitri pula memberitahu agar Edlin tidak perlu risau tentang Anding kerana beliau boleh handle. Mas agak tersentuh apabila Edlin menganggapnya seperti kakaknya sendiri. Linda sukar untuk menerima keputusan tersebut. Zarina turut merasai kehilangan seorang sahabat begitu juga Kaer. Anding memberi kata-kata manis untuk Edlin iaitu "I miss you so much and I’m very proud of you".

Imbas Kembali
Pelajar duduk berkumpul beramai-ramai mengimbas kembali saat-saat mereka bersama Edlin. Mereka bercerita tentang Edlin. Mereka mengajuk tentang perwatakan Edlin. Mereka mengajuk gaya percakapan Edlin. Sesi tersebut diikuti bersama dengan Penasihat Pelajar Puan Fatimah Abu Bakar dan Penasihat Motivasi Dr Sher Kawi yang berjaket warna merah jambu serta berseluar panjang warna merah jambu.

Rata-rata hampir kesemua pelajar menitiskan air mata. Linda, Mas, Anding, Kaer, Zarina, Zahid, Nurul. Pada saat itu, Anding perlu membacakan surat wasiat yang ditinggalkan oleh Edlin untuk dibacakan di hadapan semua pelajar. Masing-masing menerima satu pujian ikhlas dari Edlin yang mengingati saat-saat manis mereka.

Bersama Pengetua
Secara keseluruhan beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar Akademi Fantasia. Mereka perlu belajar dua subjek baru iaitu kuasa intelek dan technical music iaitu nyanyian secara musical. Ia merupakan asas dalam nyanyian. Kuasa intelek membolehkan seseorang pelajar melihat dengan lebih luas serta menyelami seni itu dan mencintainya. Melakukan sesuatu kerja seni itu bukan kerana hobi tetapi kerana mencintainya. Ini secara tidak langsung akan membolehkan orang merasai apa yang ingin disampaikan.

Dinilai dari aspek individu, ada peningkatan berbanding konsert-konsert sebelumnya. Malangnya mereka tidak mampu untuk mengawal emosi. Ada di antara mereka yang tidak mampu mengawal kemarahan. Mas dan Linda mengakuinya. Dua pelajar lain saya tidak berapa perasan.

Mengawal kemarahan itu sebenarnya juga satu seni. Menurut Ramli MS, Bob terlalu yakin. Beliau tahu semua dan jelas nampak tidak terkawal. Bob telah membuat persembahan secara all-out tetapi kelihatan over di mata Pengetuanya.

Kebanyakan terms yang digunakan oleh Ramli MS adalah ilmu teknikal muzik yang perlu ada pada setiap pemuzik dan penyanyi. Jika para penonton di rumah berpeluang untuk mendengarnya satu-satu, nescaya terlalu banyak ilmu yang boleh diperolehi dari Akademi Fantasia.

Menurut Ramli MS juga, Zarina seorang yang bijak mengawal persembahannya. Keikhlasan beliau terkawal lalu menyerlahkan sifat-sifat itu. Farah seorang yang gopoh. Beliau mempunyai teknik dan vokal yang bagus tetapi beliau tidak mampu untuk mengawal emosinya.

Mengawal kemarahan itu ada seninya. Memang sukar. Adakalanya saya cepat melenting apabila menerima komen yang saya fikirkan tidak masuk akal yang diberikan oleh pembaca saya sendiri. Adakalanya, saya sendiri memberikan ulasan yang disifatkan oleh pembaca saya sebagai tidak adil. Reaksi daripadanya ada yang negatif, ada yang positif. Menerima dengan fikiran yang terbuka memang sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi didukung dengan sifat ego yang tinggi. Ada yang menasihatkan saya agar tidak baca komen-komen tersebut. Tetapi sukar untuk saya tidak membacanya kerana dengan tidak membacanya ilmu saya akan terhenti setakat itu sahaja. Minda saya tidak berkembang dengan menerima pandangan orang lain. Setelah membacanya, saya harus mengawal emosi itu untuk mula menerimanya satu-satu. Ilmu di Akademi Fantasia bukan sekadar untuk 12 orang pelajar, tetapi juga untuk penontonnya.

Seseorang penyanyi tidak boleh sumbang. Itu asas. Kaer ditegur kerana mengira secara terang-terangan. Cikgu Linda Jasmine mengakui kesilapan beliau kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu. Zahid ada berlaku kesilapan step. Lagu tersebut tidak banyak pergerakan yang sukar tetapi berlaku kesilapan. Zarina dan Linda mempunyai kesilapan dari segi sebutan. Persembahan Adam tiada penghayatan. Kosong. Mas tidak all-out dan tenaga pengajar yang menonton dibawah merasa agak terkilan. Tepukan yang diberikan adalah kerana penonton suka dengan apa yang mereka tonton. Mereka tidak sepatutnya berhenti dalam pergerakannya.

Lagu Baru
Mas – Tegar oleh Rossa
Nurul – Bawalah Daku Pergi oleh Anita Sarawak
Linda – Madah Berhelah oleh Ziana Zain
Farah – Dancing Queen oleh Abba
Zarina – Satu Cinta Dua Jiwa oleh Siti Nurhaliza
Kaer – If You’re Not The One oleh Daniel Bedingfield
Bob – Pantun Budi oleh Tan Sri SM Salim
Fitri – Bayangan Tarimu oleh Carefree
Adam – Gerhana oleh Hattan
Zahid – Teratai oleh Sweet Charity
Anding – Ayu oleh VE

Latihan Awal
Melihat Bob menyanyikan lagu Tan Sri SM Salim memang mengkagumkan. Linda perlu
Mendapatkan melodi lagu tersebut. Beliau harus banyak mendengar cd lagu tersebut. Kaer perlu bermain piano sewaktu menyanyikan lagunya.

Pandangan Pelajar dan SM Tentang Lagu
Bob menyukai lagunya kerana ia lagu kegemarannya. Saya melihat Bob mampu membawakan lagunya dengan baik. Lenggok irama aslinya ada pada vokal beliau. Persembahan beliau akan lebih hebat apabila diiringi dengan tarian zapin yang sharp.

Nurul tidak pernah mendengar lagu tersebut. Namun beliau berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik. Saya nampak beliau boleh menggunakan vokal besar dan kasarnya pada lagu ini. Agak bersesuaian dengan lagu tersebut.

Fitri menerima sebuah lagu sekitar tahun 70an. Zaman Carefree. Lagu nyanyian Jay Jay. Semua orang tahu vokal Jay Jay yang agak tinggi. Tinggi dan agak rancak lagu ini. Saya agak bersimpati dengan dia tetapi dia pasti boleh melakukannya untuk para pengundinya.

Linda menyukai lagu tersebut. Agak tinggi lebih-lebih lagi penyanyi asalnya ialah Ziana Zain. Kehebatan vokal beliau akan terserlah dengan lagu ini.

Zahid mengakui lagu tersebut agak sukar kerana nyanyian asal Ramli Sarip. Beliau kelihatan tidak berkeyakinan dan agak kekok sewaktu memberi ucapan. Sukar untuk saya meramal persembahannya kerana lagu ini agak tinggi dan mengharapkan persembahan yang terbaik dari beliau.

Zarina menyukai lagunya. Namun demikian cabaran utama lagu ini ialah rancak dan perlu menari. Memang besar cabaran buat Zarina. Saya dapat merasakan Zarina mampu membawakan lagu tersebut.

Anding menyukai lagu tersebut kerana pernah dinyanyikan sewaktu sesi ujibakat. Kemantapan vokal amat diperlukan dalam menyanyikan lagu ini. Tidak banyak melodi dan vokal menjadi tunjang utama lagu ini. Anding harus memperbaiki falsettonya.

Kaer menyatakan lagu tersebut amat bermakna terutamanya mengingatkan memori-meori indah bersama kawan-kawannya. Saya tidak tahu lagu tersebut, menurut kawan saya, ia merupakan sebuah lagu jiwang.

Farah mengakui tidak pernah mendengar lagu tersebut. Namun demikian, ayah dan ibunya menyukai lagu tersebut kerana popular di zaman mereka. Sukar saya meramal persembahan Farah sebelum melihat latihannya.

Mas tahu lagu tersebut kesukaan anaknya. Saya kira lagu-lagu Indonesia tidak menjadi masalah besar kepada Mas. Vokal husky beliau sesuai dengan lagu sedemikian.

Adam pertama kali membawakan lagu berentak rock. Beliau harus memantapkan persembahannya. Lagu ini menjadi landasan kepada beliau untuk lari dari imej KRU.

Ramli MS turut membantu Kaer belajar bermain piano untuk menghasilkan bunyi yang betul. Bunyi yang dihasilkan oleh piano berbeza dengan kekuatan jari menekan kunci nada piano. Satu kelebihan Akademi Fantasia II yang ada pada kali ini ialah kita dapat melihat keterampilan pelajar menyanyi sambil bermain alat muzik. Ini merupakan satu kelebihan kepada pelajar yang berkebolehan bermain apa sahaja alat muzik. Linda telah berpeluang menunjukkan bakatnya bermain gitar, tentunya selepas ini peluang Zahid dan Adam bakal menyusul pula.

Kelas Interpretasi Ayat
“Ini baru main, belum nyanyi lagi.” Ujar Kaer kepada Zahid sewaktu mencuba bermain piano. Telinga saya mendengar ada sedikit unsur riak pada ayat tersebut, juga sedikit unsur keluhannya kerana selain menyanyi, beliau juga harus bermain piano. Apakah interpretasi anda terhadap kenyataan tersebut ?

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 16



Timah baru selesai kerja shif malam. Dia keluar dari kawasan kilang tempat dia bekerja. Di luar kilang, dia mendapati Rahmat telah lama menunggu. Rahmat bekerja di kilang bersebelahan sebagai penjaga stor. Kerjanya membawa barang-barang keluar masuk ke dalam stor. Kerja Timah pula sebagai operator pengeluaran.

Timah dan Rahmat sebenarnya telah bersama sebagai sepasang kekasih sejak enam bulan yang lepas. Mereka telah diketemukan ketika Timah sedang berlari-lari anak ke arah perhentian bas untuk berlindung dari hujan lebat. Kebetulan pada ketika itu Rahmat, yang berusia dua puluh empat tahun, dua tahun lebih tua dari Timah, sedang menaiki motor kapcainya untuk pulang ke rumah sewanya.

Keadaan jalan raya yang becak telah membuatkan air dan lumpur terpercik membasahi pakaian yang dipakai Timah sewaktu Rahmat sedang membawa motornya di sisi Timah. Timah menjerit sekuat hati sambil memaki hamun apabila pakaiannya yang sedia basah itu kini dikotori lumpur. Rahmat berhenti untuk meminta maaf. Timah bermasam muka, tetapi Rahmat hanya mampu tersengih. Dalam keadaan hujan semakin lebat, Rahmat menjemput Timah agar menaiki motor kapcainya. Timah bersetuju, maka bermulalah persahabatan mereka yang nampaknya berkekalan sehingga ke hari ini...

“Semalam Akademi Impiana best ke?” tanya Rahmat. Dia menggaru-garu jambangnya yang baru hendak tumbuh itu. Matanya kuyu.

“Ada segment bila budak-budak tu hantarkan pesanan video kepada Adlina...” Beritahu Timah. Timah memakai topi keledar yang diberikan Rahmat sebelum dia menaiki motornya.

“Mesti diorang menangis lagi, kan?” tanya Rahmat, dia membawa motornya ke arah sebuah warung berdekatan untuk makan pagi.

“Biasalah.” Jerit Timah untuk memastikan agar suaranya dapat didengar Rahmat.

“Siapa yang paling kuat menangis?” tanya Rahmat bersungguh-sungguh.

“Farah dan Indra... Romantik kan?” tanya Timah kembali. Rahmat tidak menjawab. Dia terus membawa motornya laju-laju sehingga mereka tiba di warung.

Di warung di tepi kegemaran Timah dan Rahmat nampaknya dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang datang untuk bersarapan. Seperti biasa, Rahmat memesan teh tarik dan Timah pula Milo panas. Mereka sama-sama memakan nasi lemak bungkus yang tersedia di atas meja.

“Tak sukalah tengok Akademi Impiana ni... Banyak kali tengok diorang menangis. Ntah apa-apa jer. Poyo!” tiba-tiba Rahmat bersuara.

“Alah, dalam keadaan diorang tu... Hidup tanpa hubungan dengan dunia luar. Tak ada TV, tak ada radio. Tak boleh berhubung dengan keluarga. Mestilah emosi!” bantah Timah.

“Tak kan lah lelaki pun nak emosi lebih-lebih?” tanya Rahmat.

“Awak tak kan tak pernah emosi?”

“Kalau sekadar nak berpisah sekejap, tak payah nak emosi lebih-lebih. Macho lah sikit!”ujar Rahmat bersungguh-sungguh. “Awak ada nampak saya menangis melalak-lalak ke bila saya hantar awak balik kampung kat Pudu bulan lepas? Tak ada kan?”

“Sebab awak tak sedih!”

“Siapa kata saya tak sedih?” Wajah Rahmat nampak serius. “Tu lah, kita dah bersama dah nak dekat enam tujuh bulan... Tu pun awak tak tahu perasaan saya.”

“Kalau awak sayangkan saya, awak dah menangis macam Indra.”

“Eh mengarutlah. Melalukan kaum lelaki jer. Awak ingat saya ni apa? Tak ada maruah ke?” Rahmat membantah. Nafasnya turun naik.

“Alah, kita nak gaduh-gaduh ni pun buat apa?”

“Takdelah nak gaduh.”Rahmat menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Dia mengunyah semahu-mahunya.

Timah berdecit. Dia suka melawan. Tetapi kali ini dia mendiamkan dirinya sahaja. Dia mendapati Rahmat tidak banyak bercakap seperti biasa yang dilakukannya. Rahmat terus makan tanpa sedikitpun memandang ke dalam wajahnya.

“Katakanlah saya mati... Awak menangis tak?” tanya Timah dengan perlahan.

“Menangis lah. Tapi tak kan nak menangis macam orang gila pulak macam si Indra tu.”

“Dia ada asma lah.”

“Dah tahu ada asma, cool lah sikit. Ini tidak!”

“Dia kan sayang kat Adlina! Sebab tu lah dia menangis!”

Rahmat menggaru-garu kepalanya dengan perasaan geram. Balik-balik itu juga yang diulang-ulang oleh Timah. Rahmat mahu menukar haluan perbualan.

“Saya tengok, ramai perempuan macam awak pakai tudung--”

“Jadi kenapa? Awak tak suka saya pakai tudung ke?”

“Bukan itu maksud saya... Tapi awak tengok lah budak-budak perempuan dalam Akademi Impiana. Ada yang pakai tudung ke? Tak ada kan?”

“Alah, hak masing-masing--”

“Tapi saya tengok kat rumah Gundutz hari tu... Ada ditayangkan sedutan mereka yang pergi audition. Saya tengok, ada dua tiga pelajar yang bertudung pergi audition. Suara mereka sedap, tapi kenapa tidak dipilih?”

“Tak cukup bagus lah tu. Dah diorang tak ada pakej!”

“Tak cukup bagus atau memang tak mahu ambil perempuan bertudung? Perempuan bertudung ni kira-kiranya tak ada pakej lah ni?”

“Eh tiba-tiba ke sana pulak kenapa ni?”

“Takdelah, saya nak tahu juga kenapa. Saya bertanya sekadar mahu mencari jawapan.” Rahmat melipat bungkusan nasi lemaknya. “Awak tengok diri awak tu. Tengok kawan-kawan awak. Alah, tengok aja lah akak-akak pergi pejabat yang beli kuih muih kat sini. Ramai yang bertudung. Tapi kenapa peserta-peserta Akademi Impiana dari musim pertama sampai sekarang tak ada walau seorang pun yang bertudung?”

“Saya tak tahu kenapa awak bangkitkan isu bertudung ni. Tapi awak sendiri suka tengok saya bila saya tak bertudung. Bila saya bukak tudung saya ni sikit jer awak dah... Stim. Ingat saya tak tahu ke?”

“Isk! Apa plak ni?” Rahmat tersipu-sipu malu. Timah merapatkan bibirnya sambil buat-buat senyum.

Timah memikirkan kembali kata-kata Rahmat tadi. Dia sendiri memakai tudung dan hampir kesemua rakan-rakannya juga bertudung. Tetapi dilihatnya, para pelajar wanita di Akademi Impiana kesemuanya tidak bertudung. Mungkin, artis-artis di Malaysia jika bertudung akan dilabelkan penyanyi lagu-lagu nasyid ataupun menyanyi dalam irama padang pasir. Mungkin itu sahaja layaknya penyanyi wanita yang bertudung di Malaysia, fikir Timah di dalam hati.

“Jadi apa lagi yang berlaku semalam? Ada pemilihan lagu baru, kan?” tanya Rahmat. Dia mula menghidupkan putung rokoknya.

“Sejak bila pulak awak berminat dengan Akademi Impiana ni?”

“Saja jer. Tak boleh ke?” jawab Rahmat dengan selamba.

“Boleh.” Jawab Timah sambil mengesat bibirnya dengan kertas tisu.

“Jadi... Fyrul yang awak minat sangat tu akan nyanyi lagu apa?”

“Lagu kumpulan Carefree... Kumpulan ni rasa-rasanya dari era 70-an.”

“Ye lah. Tak kan lah dari era 90-an pulak. Tak kan lah awak tak kenal dengan kumpulan Carefree.”

“Tak kenal lah. Mana saya ada dengar lagu-lagu lama ni semua...”

“Alah, kalau dia nyanyi lagu Carefree ni pon, nanti yang keluar suara kepit dia jugak.”

“Apa suara kepit?” Terbeliak mata Timah dibuatnya. “Ni mesti awak belajar cakap benda ni semua dari Gundutz kan? Bencilah awak ni!”

“Alah, sekali-sekala, apa salah. Dia kan kawan baik awak.” Rahmat ketawa kecil. Didapatinya wajah Timah berubah masam. “Sia dapat lagu apa?”

“Dapat lagu Tegar oleh Rossa... Dia kata lagu ni bermakna buat dirinya, sebab anak dia suka lagu ni.” Jawab Timah dengan cepat.

“Anak dia yang kecik-kecik tu pun dah minat lagu Tegar?”

“Lagu popular... Minat lah diorang.”

“Budak-budak zaman sekarang... Belum disuruh belajar membaca dan mengira dah pandai hafal lagu, kan?”

“Dah minat diorang ke situ...”

“Kalau saya ada anak... Saya nak ajar anak saya membaca dan mengira sebelum mereka nak habiskan masa diorang belajar menyanyi. Saya nak mereka rajin. Saya nak pentingkan pelajaran. Saya tak nak diorang jadi macam saya. Kena kerja berat angkat barang masuk keluar stor. Dapat duit tak seberapa.” Ujar Rahmat dengan nada perlahan. Dia menarik nafasnya panjang-panjang.

“Alah, kalau diorang nak jadi penyanyi pun apa salah! Penyanyi sekarang boleh jadi kaya. Boleh jadi glamor!”

“Tak salah. Tapi kalau boleh saya tak nak anak-anak saya jadi penyanyi. Carilah kerja-kerja biasa. Saya tak kisah. Asalkan jangan jadi penyanyi!”

“Awak anti sangat dengan penyanyi ni kenapa?” tanya Timah sambil bercekak pinggang.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Rahmat pantas. Dia tertunduk ke bawah. Dia menarik nafas resah sebelum dia menyambung: “Timah... Awak tak pernah minat nak masuk Akademi Impiana ke?”

“Eh tak nak lah. Cukup lah si Gundutz tu berangan sensorang nak jadi artis! Saya tak mahulah. Saya segan.”

“Tapi awak ada bakat. Saya suka dengar awak menyanyi berduet dengan Gundutz. Suara awak memang sedap. Muka awak pun cantik. Awak tahu saya syok kat awak sebab awak cantik, kan?”

Timah tergamam. Rahmat tidak pernah memujinya begini. Malah, setahunya Rahmat tidak pernah memberitahunya mengapa dia mahu berkawan rapat dengannya sehinggalah mereka menjadi sepasang kekasih.

“Awak ingat tak, masa kita pertama kali jumpa? Masa tu keadaan awak basah kuyup. Saya tak pernah tengok wajah secantik awak. Terus saya suruh awak naik motor saya dan hantar awak pulang--”

“Eh, awak demam ke?” tanya Timah yang tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Awak ambik ganja lagi ke? Kan saya cakap jangan isap benda tu semua!”

“Eh takdelah. Saya dah lama berhenti!” Rahmat berdiri lantas menggerakkan kerusinya agar dia dapat duduk dekat kepada Timah. “Saya serius ni. Saya kenal dengan ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik--”

“Tahulah awak tu hensem. Budak-budak kat kilang saya pun ramai yang minat kat awak...” Timah memerli, walaupun dia tahu apa yang dikatakan itu benar.

“Awak tak bagi saya sambung... Apa yang nak saya katakan adalah, walaupun ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik yang saya kenal, bagi saya awak lagi cantik dari mereka semua. Awak sendiri pun tahu kan?”

Timah tersipu-sipu malu. “Adlina lagi cantik tau!”

“Entahlah... Saya tak minat dengan diorang tu semua. Saya tak suka dengan penyanyi tu semua.” Nada Rahmat berubah tegas. Dia memberi isyarat tangan kepada pelayan warung bahawa dia ingin membayar harga makanannya.

Timah menggaru-garu keningnya. Dia tidak faham mengapa Rahmat cukup benci dengan para penyanyi... Timah rasa, mungkin Rahmat ada menyimpan rasa benci yang amat sangat terhadap penyanyi-penyanyi Akademi Impiana tanpa pengetahuannya sendiri.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 June 2004 0 komen

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 15



Abang Besar: I think you're a genius!

Kakak Besar: Eh, kenapa pulak ni tiba-tiba?

Abang Besar: First, you made an unthinkable move to out Sia as a single mother. Now look at her. Dapat undian yang tertinggi. Kali ini, apa pula rancangan you?

Kakak Besar: We have to retain Fyrul. You know lah... We still need votes from silly girls who are so into pretty boys.

Abang Besar: Penting tu! Dioranglah yang paling ramai undi SMS.

Kakak Besar: And that's why it's about time we get rid of Adline.

Abang Besar: Tapi kenapa? She's good! I see potential in her. I think she has improved tremendously!

Kakak Besar: Hello... Ini Akademi Impiana, Bukan Malaysian Idol where we have to find contestants yang bertaraf dunia. Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan ratings yang tinggi dan jual SMS. Remember our main mission! Part cari bakat tu... Kalau ada pun, is only secondary. If we really actually found ourselves a talented singer, consider that a bonus!

Abang Besar: But it's not fare to her...

Kakak Besar: Tough luck. She has to face the fact that she's not cut to be a singer because people say so. Kalau dia ada album pun, ada orang nak beli ke? This is Malaysia, okay! In this country... Like I've said sampai mulut I berbuih, talent is not important. What is more important is good looks and gossip kisah-kisah cinta. Orang-orang Melayu, especially those K.G. dot com suka benda alah ni semua.

Abang Besar: They are into things they cannot obtain in real life -- like fame, fortune, good looks and love.

Kakak Besar: Face it, most of these losers can never find real romance, good looks, fame and fortune in their own lifetime. They look into these students as a form of escapism. So, they expect the students to be good looking, to fall in love with each other, and of course they should be made famous and be rewarded with fortune to boot! These students represent what they are not.

Abang Besar: So, We supply them with fantasies...

Kakak Besar: Sebab itulah rancangan asal “La Academia” kita tambahkan elemen “Impiana” di belakangnya. Akademi Impiana... Sebuah akademi menyanyi yang di tayangkan di laca TV di mana penontonnya boleh bermimpi dan terus bermimpi!

Abang Besar: Okaylah... I got it. Jadi apa yang you nak buat untuk pastikan Adlina akan terkeluar?

Kakak Besar: Well... You tentu dah tahu yang si Dara punya peratus undian konsisten rendah. Sebab itulah I arahkan agar kita berikan dia ikan emas. You tahulah, ikan emas ni bukan senang nak jaga. Kalau boleh hidup lebih 2 hari dalam akuarium besar tu dah kira bagus.

Abang Besar: Ikan tu dah mati--

Kakak Besar: That's the idea... Lepas tu dia akan menangis macam budak 12 tahun. Kemudian ramai yang pada mulanya mahu undi Adlina akan undi dia instead...

Abang Besar: Walaupun Adlina may be far better than Dara?

Kakak Besar: She has to go lah dear. You know, I personally don't like her.

Abang Besar: Alah, you don't like her because she reminds you of you when you were of her age, kan?

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Kalau Adlina tak ada nanti... Indra kita nak kenenkan dengan siapa?

Kakak Besar: Fyrul kan ada... Hahahahaha!

Abang Besar: Kuang, kuang, kuaaaaaaggggggg!

**


“Rambut Fyrul macam rambut Aizizi geetoh!” Azmil mengusik si Fyrul. Dan si Fyrul ini pula mengibas-ngibaskan rambutnya seperti seorang ratu cantik.

“Rambut jer cantik?” Fyrul bertanya kembali, mengharapkan Azmil akan memujinya lagi.

“HAIYOHHHHH JAWAPANS!” jerit Gundutz kuat-kuat. Timah terkejut sambil mengusap-usap dadanya. Linus tersengih sambil matanya sesekali akan mengerling ke arah Rahmat yang ada bersama pada ketika itu. Rahmat sedang berada di rumah Gundutz, kerana beliau ingin menonton perlawanan bola Euro 2004 di antara Belanda dan Sweden yang akan diadakan pada malam itu.

“Rambut very der teknik rebonding ala-ala buat kat Afrika... Cantik ke nok?” tanya Linus. Gundutz ketawa sambil memegang perutsnya.

“Lain kali cubalah pakai tudung.” Azmil mengusik lagi. Linus ketawa sambil menampar dahinya sendiri.

“Nok. Koserlah Akaq Azmil kita ni... Apa motif dia nak pecahkan lobang si Fyrul yang dah pecah lobangs ni?” tanya Gundutz kepada Linus.

“Biasalah nok. Dia tak suka lah tu--”

“Apalah you all ni! Suka sangat buat fitnah.” Getus Timah sambil bercekak pinggang. Dia duduk di sebelah Rahmat sambil memegang lengannya dengan erat.

“Haiyohh... Akaq Timah sudah bersuara.” Linus menjawab nakal.

Fyrul mula menyanyi. Linus mengeluh panjang.

“Nok, dia kata dia nak luahkan suara dia... Tapi kepit jer nok mak dengar!” Keluh Linus dengan nada yang kecewa. “Mak yang woman ni pon suara very der jantan!”

“Alah nok... Bukan suara dia jer yang kepit...”

“Molot ko memang kak nam, kan?” Linus menjeling sambil membuat wajah yang dibuat-buat serius.

**


Neng Bairuza

Selagi Ado... (Lirik oleh Dom Junior)

Telah ku tangisi penuh perasaan
Ker'na kukorbankan ikan emas
Namun undiku masih tak pernah tambah
Azmil akan pasti perli / *Apa yang harus lakukan
Pada malam konsert nanti / *Penyingkiran malam ini...

Ku tahu ku tak boleh menyanyi (lagu) /*Ku tahu ku tak boleh lari diperli
Kau tahu diriku tak berbakat /Ã?Â? *Oleh azmil pada malam konsert
Lagu yang diberi bukan pilihan ku / *Ikan emas mati pasti jadi topik
Apa yang engkau fikirkan
ingat bakat yang dinilai /Ã?Â? *Ingat senang pancing undi

Selagi ada kredit di handphonemu
Selagi itulah kau kan afundi
Selagi air mata ini mengalir
undimu tetap di beri
Ku takkan tercorot lagi,

Selagi kutak ter~keluar minggu nie
Biar budak lain ti~a~da lagi
tapi jika bakat yang dinilai pengundi
Pastiku akan sendiri...
Tersingkir pada minggu nie...

Selagi ada cinta yang digosipkan
Mereka pasti takkan terkeluar
Ku pasti ku antara yang tercorot
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana...

*2nd version

**


Ada banyak perkara yang membuatkan perasaan Gundutz dan Linus runsing pada hari itu. Pada mulanya persembahan Fyrul yang menyakitkan hati mereka. Kemudian, kalimah “breep-breep” yang terpacul dari mulut Dara (dan mereka sama-sama dapati, kalimah “mesraaaaa!” yang digunakan oleh Boboy sudah boleh mereka terima, walaupun masih meloyakan). Kini, mereka menjadi semakin resah apabila Fyrul tidak diundi keluar dari Akademi impiana, tetapi Adlina.

“Haiyoh! Perlu ke Indra sedih sampai nampak macam berlakon, nok?” tanya Linus dengan mulutnya ternganga tidak mempercayai “drama” yang sedang disaksikannya.

“Siapa tak sedih nok... Fag hag dia dah takde lagi. Kalau si Timah ni nak pindah balik kampung dia pon, hem boleh nangis nok.”

Timah mencebik benci. Dia tidak menjawab kata-kata Gundutz. Air matanya bercucuran sedih pada ketika itu memerhatikan perpisahan di antara Indra dengan Adlina.

“Nok, ponen ni malukan kaum lelaki jer lah... OVER!” kata Linus dengan nada tidak puas hati. "Tak tahu malu ke? Sampai diketawakan dek penonton! Kalau mak, malu okay!"

“Tu lah nok... Perlu ke nak berlakon ala-ala nak pengsan bagai? Setahu mak, pondan macam ko jer yang buat macam tu. Ala-ala nak pengsan sampai hem kena kipas-kipas dada ko.” Perli Gundutz. Dia dan Linus tidak berpuas hati dengan apa yang sedang mereka saksikan. Mereka cukup meluat melihat keadaan Indra yang lagaknya seperti seorang makcik yang baru kehilangan suami apabila Adlina diumumkan akan keluar dari Akademi Impiana.

“Sejak bila pulak mak nak pengsan-pengsan ni. Over lah ko nok!”

“Alah, masa konsert Mariah Carey tu apa? Akaq Mariah keluar jer ko ala-ala tercungap-cungap gituh. Ye lah, ratu dah depan mana, kan?”

“Kejis lah ko, nyah. Segala-gala info tak relevan ko boleh ingat balik. Tak koser tau!”

Linus dan Gundutz kemudian asyik tertanya-tanya dari mana datangnya anting-anting yang dipegang Indra dan mengapa dalam banyak-banyak barang, anting-anting yang diberikan olehnya oleh Adlina. Gundutz menyatakan teorinya kepada Linus bahawa selama ini, Indra suka melihat anting-anting Adlina dan beliau mempunyai keinginan untuk memakai anting-anting tersebut di telinganya...

“Tak adil!” getus Linus kepada Gundutz.

“Memang nok.” Gundutz menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ko tengok Azmil... Hem rasa dia pon tak suka dengan keputusan yang terpaksa dibacanya. Macam ala-ala bila dia baca keputusan Normah kena keluar dulu... Sama kan reaksi dia? Ala-ala motif kan? Memang keputusan kali ini tak adil!”

“Adil apa! I suka tengok Fyrul masih ada lagi di AI... Dia hensem!” sambut Timah. Rahmat kemudian.

“Tak koserlah. Gayah macam tu pon ko kata hensem!” Linus memeluk tubuhnya. Sesekali matanya akan menjeling ke arah Rahmat yang berseluar pendek. Linus cukup suka melihat bahagian betis Rahmat yang berbulu serta nampak kekar itu.

Linus tidak dapat memahami mengapa Timah boleh menyukai Fyrul, sedangkan Rahmat adalah seorang lelaki yang menarik baginya. Rahmat mempunyai segala ciri untuk menjadikannya tergolong dalam kategori seorang lelaki kacak. Mungkin beliau tidak mempunyai wajah lembut seorang model, tetapi Rahmat mempunyai wajah tampan yang nampak keras - lebih tepat lagi, Rahmat mempunyai perwatakan serta raut wajah yang “macho”.

“Alah, dah minat. Dia kan ada pakej untuk menjadi penyanyi!” kata Timah tanpa berselindung. Rahmat tidak berkata apa-apa. Dia kemudian memberitahu kepada Timah bahawa dia rasa mengantuk. Timah masuk ke dalam dapur Gundutz untuk menyediakan kopi untuk Rahmat.

“Pakej apa jadah kalau nyanyi suara kepitz!” kata Linus dengan perlahan.

“Tapi jumlah undian si ponen tu vote tinggi, nok! Sapa nak jawab?” tanya Gundutz.

“Ramai femfuan-femfuan macam Timah ni ala-ala undi dia sebab dia takde girlfriend.” Linus meluahkan pendapatnya. “Alah, ko tengok ler Zaidi. Ada bakat.... Boleh nyanyi. Tapi peratusan undi dia rendah. Sebab apa? Because he's taken! Si Zaidi dah ada girlfriend,” jelas Linus sebelum menambah lagi. “Si ponen lahanatz tu kan ala-ala single, so femfuan-femfuan ni nak feeling-feeling lah dengan dia!”

“Hello nok! Very der lesbo. Perlu ke? Hem rasa nak muntah pulak ni!”

“Alah nyeh, latent lesbian tendencies lah ni! Ala-ala femfuan-femfuan tak perlu ni suka betina sebenarnya, tapi ala-ala blur. Sebab tu lah diorang suka tengok lelaki lembut half-drag bagai dengan kimono segala. Sebenarnya diorang tak boleh terima hakikat yang diorang tu suka sesama pompuans. Ala-ala in denial, gituh!”

“Macam si Timah ni lah nok!” Gundutz sengaja menguatkan suaranya agar dapat di dengar oleh Timah yang sedang berada di dapur.

“Apa korang gossipkan pasal aku ni?” tanya Timah. Dia menjerit dari arah dapur.

“Takde apa-apa lah nok. Hem kata ko chanteks!” ujar Gundutz sambil tersenyum manja ke arah Rahmat yang nampaknya kelihatan mengantuk tatkala sedang menonton TV.

**


Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Vokal anda masih boleh diperbaiki lagi
(Maksud Sebenar): Nyah, don't quit your day job as a fashion designer!

(JP): Komen saya semuanya sama macam Jeannie
(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): Lagu itu sangat susah...
(Maksud Sebenar): I tak boleh nyanyi lagu you nyanyi masa I berkaraoke dengan kawan-kawan I

(JP): Kawalan suara/pitch you perlu dijaga...
(Maksud Sebenar): I takde modal lain nak komen you

(JP): You was awesome
(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): A very retrosexual show
(Maksud Sebenar): I don't really know what the word means, whatever it is aku komen... Duit tetap masuk bank!

(JP): P.E.R.F.E.C.T... Perfect!
(Maksud Sebenar): Perfect ke? Apa-apa pun... Duit tetap masuk bank!

(JP): If you don't like the song, fake it!
(Maksud Sebenar): Macam lah tak you tak biasa “fake it” semasa berlakon dalam Akademi Impiana!

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia III

Penasihat Pelajar
Tugas berat menanti Puan Fatimah Abu Bakar pada minggu keempat di Akademi Fantasia. Sesetengah pelajar sukar menerima hakikat keputusan yang telah dibuat oleh penonton. Sesiapa sahaja boleh tersingkir kerana ini adat pertandingan. Mereka berada di Akademi Fantasia kerana pertandingan.

Saya sendiri melihat di dalam Akademi Fantasia seperti ada satu sakti yang membolehkan setiap pelajar merasa hubungan rapat itu sebagai satu talian utuh sesama mereka. Kaitan rapat itu semacam sukar untuk dipisahkan. Bukan sahaja para pelajar, bahkan para peminat sendiri merasa mereka dan diri pelajar itu semacam ada satu ikatan yang kuat mengikat mereka. Mereka sukar untuk menerima jika pelajar mereka dikritik walaupun pelajar itu sendiri bukannya kenal peminat mereka.

Mereka turut merasai perasaan itu. Keresahan di kalangan pelajar pada hujung minggu ketiga memang dapat dirasai. Mereka turut berbincang sekiranya ada di kalangan mereka yang tersingkir pada penghujung minggu tersebut.

Menurut Puan Fatimah, ia adalah hakikat sebenar untuk menjadi penghibur. Mereka perlu menyediakan diri sekuat mungkin dari segi mental, fizikal dan emosi. Bakat yang mereka ada perlu diasah dan mereka juga telah diajar tentang cara mengurus tekanan.

Dalam satu adegan, Edlin dan Zahid turut sama berbincang tentag keadaan diri mereka. Setelah mengetahui tentang kedudukan mereka di Konsert II, mereka merasakan mereka antara pelajar yang terawal akan tersingkir kesan kedudukan terakhir mereka. Semangat rendah diri wujud setelah mereka mengetahui kedudukan mereka. Bayangkan perasaan rendah diri pelajar lain setelah Kudsia mencanangkan kepada umum di Konsert II yang Kaer akan muncul Juara di Akademi Fantasia. Ini secara tidak langsung telah turut memberi kesan kepada emosi pelajar. Walau sebagaimana baik pun niat Kudsia, ia tetap satu komen yang tidak memberi kesan baik kepada emosi pelajar lain.

Aishah dan Adnan Abu Hassan
Menurut Aishah, Farah telah memberikan stail nyanyian yang tersendiri pada lagunya Janji Manismu. Nota lagu tersebut lebih tinggi dari nota asal lagu tersebut iaitu F sharp. Kemampuan Farah membawakan lagu tersebut memang baik. Beliau mampu membawakan lebih tinggi daripada sekarang dan perlu bekerja lebih keras dan akan memakan sedikit masa.

Aishah turut melahirkan rasa simpatinya apabila melihat Farah didera dengan lagu yang agak tinggi. Menurutnya lagi, kejutan yang dibuat memberi daya ketahan diri yang begitu kuat kepada setiap pelajar. Ini secara tidak langsung untuk melihat sama ada tumpuan pelajar tersebut hilang atau pun tersasar. Ekspresi wajah mereka sewaktu menerima kejutan merupakan antara elemen-elemen menarik dalam Akademi Fantasia.

Edlin - Pelajar Pertama Tersingkir dari Akademi Fantasia
Edlin selaku pelajar pertama tersingkir di Akademi Fantasia II merasa puas kerana telah melakukan yang terbaik. Banyak kawan telah membantu dan beliau menerima hakikat tersebut. Beliau sudah melakukan yang terbaik. Lagu Kau dan Aku sebenarnya bukan masalah sebenar kepada penyingkirannya.

Sifat tolong menolong sewaktu di Akadmei Fantasia berlaku dengan baik di situ dan mereka merasakan seperti bukan dalam pertandingan. Anding kehilangan orang yang boleh diharapkan. Memang Edlin agak rapat dengan Anding.

Menurut bapa Edlin, Datuk Abdul Rahim, beliau menerima walaupun tidak percaya. Ada peningkatan pada diri Edlin apabila beliau melihat perkembangan anaknya di dalam Akademi Fantasia. Namun demikian, semua tetap bergantung kepada pengundi.

Beliau sekeluarga tidak merasa terganggu dengan usikan Aznil setiap minggu terhadap anaknya.

Perang Psikologi
Sebelum penamat Imbasan, kita dapat melihat Fitri menjalankan strateginya untuk menjatuhkan emosi rakan-rakannya. Tindakannya membawa cerita-cerita tentang penyingkiran sekadar untuk menakut-nakutkan rakan pelajar lain memang tidak sewajarnya dibuat. Mereka semua tahu tentang itu dan tidak perlu diperingatkan tentangnya berkali. Kita dapat melihat Zarina menitiskan air mata apabila diperingatkan tentang itu. Itu tujuan utama tindakan Fitri. Beliau mahu pelajar lain merasa terganggu dan tumpuan mereka terhadap lagu mereka terganggu lalu memberikan persembahan yang tidak bagus. Peranan Kaer yang mematikan segala perbincangan “keji” itu wajar dipuji dan bersifat agak matang dari usianya. Fitri sewajarnya bersifat lebih matang dan bersaing secara gentleman.

Perang psikologi Fitri terhadap rakan-rakannya merupakan racun yang harus ditawarkan. Cara menawarkannya adalah dengan menyingkirkan Fitri dari Akademi Fantasia. Beliau berbakat besar tetapi tidak harus lebih lama berada di Akademi.

Kedudukan Setelah Konsert III Akademi Fantasia
Mas 11%
Linda 11%
Kaer 10%
Farah 9%
Adam 9%
Fitri 8%
Zahid 7%
Bob 7%
Anding 7%
Zarina 7%
Nurul 7%
Edlin 6%

Finalis Pilhan SM : Linda, Kaer, Zahid, ? dan ?

Entri oleh sultanmuzaffar 26 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIKonsert III Akademi Fantasia: Terima Hakikat Itu Pilihan Penonton

Malam tersebut merupakan malam yang paling menakutkan. Malam ini ada penyingkiran dilakukan. Sesiapa sahaja boleh tersingkir. Baik Linda, Kaer, Mas, Adam, sesiapa sahaja boleh tersingkir. Undian penonton sukar diramal. Mereka ada pilihan masing-masing. Ada yang sukakan simpati seorang ibu tunggal, ada yang sukakan seorang lelaki berambut mop yang kononnya berwajah handsome, ada yang sukakan seorang lelaki yang bertubuh besar, ada yang sukakan persona bintang, ada yang sukakan seorang lelaki comel yang mampu menambat hati perempuan, ada yang sukakan keletah manja seorang perempuan juga tangisan seorang perempuan juga seorang lelaki. Macam-macam selera penonton.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mas 12%
Linda 11%
Kaer 10%
Adam 9%
Zarina 7%
Zahid 7%
Bob 7%
Edlin 7%
Nurul 7%
Anding 7%
Fitri 7%
Farah 7%

Kedudukan mereka tidak banyak berbeza, yang membezakannya hanya bilangan undi. Keadaan amat kritikal. Sesiapa sahaja boleh tersingkir. Pada Konsert III, populariti memainkan peranan utama serta kejelekan penonton terhadap seseorang pelajar. Pada pandangan saya, saya meletakkan sasaran saya kepada Nurul ataupun Fitri.

Pengkritik Profesional
Jenny Chin memang satu nama besar dalam industri muzik tempatan. Seorang Pengarah Muzik yang dikenali ramai. Beliau biasa mengendalikan konsert untuk nama-nama besar seperti Zainal Abidin dan Sheila Majid. Saya tabik dengan komen-komen yang datang dari beliau. Amat profesional walaupun masih berlapik.

Radhi OAG
Beliau merupakan vokalis kumpulan OAG. Pemilihan beliau sebagai juri wajar dipertikaikan. Bukan kerana ilmunya tetapi kerana kebolehan beliau untuk berinteraksi dengan pelajar untuk memberikan komen-komen yang membina. Beliau agak gugup dan separuh akhir Konsert tersebut barulah kita dapat mendengar beliau bersuara.

Persembahan Pelajar
Fitri – Ku Petik Bintang-Bintang 6
Persembahan beliau biasa sahaja. Tidak ada yang menarik. Vokal beliau masih boleh dipertingkatkan lagi. Pada beberapa bahagian masih tidak keluar. Interaksi beliau dengan kamera agak baik. Beliau tidak banyak bergerak. Penguasaan pentasnya masih kaku. Namun demikian penghayatan beliau terhadap lagu itu agak baik. Beliau mempunyai tone suara yang bagus tetapi tidak dipergunakan. Vokal beliau masih dikepit-kepitkan lagi. Beliau masih keliru antara hidung dan tekak. Ekspresi mukanya bagus.

Nurul – Seri Dewi Malam 5
Interaksi beliau dengan penari latar masih kaku. Beliau mempunyai vokal yang nyaring dan lunak. Showmanship beliau juga agak bagus. Beliau harus memperbaiki teknik penguasaan pentas dengan baik lagi di masa akan datang. Beliau saya lihat tiada konfiden dalam membuat persembahan. Kawalan vokalnya masih boleh dibaiki terutamanya pada bahagian tone rendah. Masalah pitching merupakan masalah utama beliau.

Akademi Fantasia IIZahid – Bila Resah 7.8
Beliau antara pelajar yang ada dalam senarai Finalis saya. Vokal beliau bagus. Interaksi beliau dengan kamera juga cemerlang. Pada separuh awal lagu tersebut, showmanship beliau agak kaku. Nampak kurang berkeyakinan. Vibrato yang dibuat juga nampak tidak confident. Tarian beliau juga bagus. Lagu tersebut memang sukar terutama bahagian ad-lib. Falsetto masih boleh diperbaiki. Interaksi vokal beliau dengan penyanyi latar juga menarik dan unik.

Akademi Fantasia IIFarah – Janji Manismu 7.5
Beliau mempunyai vokal yang bagus tetapi beliau agak gopoh ingin menghabiskan lagu tersebut. Persembahan beliau juga menarik. Lebih menarik apabila minus-one lagu tersebut dibuat dalam susunan muzik yang baru. Sebuah lagu yang sangat sukar tetapi dinamik vokal beliau dikawal dengan baik. Penghayatannya cemerlang. Beliau mempunyai tone yang baik serta emosi yang kuat untuk lagu sebegini. Beliau dapat mengawal bahagian tinggi dan rendah dengan berjaya. Sayangnya persembahan beliau tidak konsisten di bahagian akhir apabila menerima kemunculan Aishah iaitu penyanyi asal lagu tersebut bersama-samanya. Beliau sepatutnya terus menyanyi walaupun menerima kejutan.

Bob – Tanya Sama Itu Hud Hud 7.3
Vokal beliau tidak jelas. Showmanship beliau bagus. Saya terhibur dengan persembahannya. Beliau mempunyai stage charisma yang baik. Beliau bijak untuk berinteraksi dengan penonton dan kamera. Lagu Tanya Sama Itu Hud Hud memang sukar tetapi beliau telah memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan.

Akademi Fantasia IIEdlin – Kau dan Aku 7
Saya suka dengan vokal beliau dalam lagu ini. Beliau mempunyai vokal soprano yang baik. Beliau sesuai membawakan lagu sebegini. Sebutan beliau jelas dan gemersik. Penguasaan pentasnya juga baik. Beliau harus meningkatkan keyakinan beliau di atas pentas. Masih nampak takut-takut. Beliau mampu berinteraksi baik dengan kamera. Beliau harus meningkatkan keupayaan beliau untuk adlib dan vibrato. Beliau mempunya tone yang baik. Menurut Kudsia, beliau berkemampuan untuk scat terutamanya dalam lagu-lagu jenis jazz seperti yang pernah dilakukan oleh Nija dalam lagu Jelingan Manja.

Akademi Fantasia IIAnding – Slumber 6.5
Kejutan untuk Anding dan juga Radhi OAG sendiri apabila beliau menerima kehadiran pemain gitar OAG untuk sama-sama mengiringi persembahannya secara unplugged. Persembahan beliau agak biasa sahaja. Falsettonya masih boleh diperbaiki. Penguasaan pentasnya bagus. Beliau ada stage presence yang baik dan ada stail tersendiri. Ekspresi muka dan pergerakan badan beliau juga hebat. Menurut Radhi OAG, Anding telah menyanyikannya lebih baik dari beliau sendiri. Memang sukar untuk mengadaptasi melodi dari minus-one ke sebuah persembahan unplugged. Memang sukar. Menurut Kudsia, ada ciri-ciri Chris Martin dari Coldplay pada persembahan Anding.

Zarina – My Immortal 7
Penghayatan beliau superb ! Sebutannya masih boleh diperbaiki. Tidak berapa jelas. Showmanship beliau bagus, hanya dengan berdiri, beliau mampu menarik perhatian penonton. Beliau mempunyai vokal yang baik. Memang sukar untuk menyanyikan lagu ini kerana tanpa rentak. Beliau mempunyai kuasa pernafasan yang baik dan dapat mengawal vokalnya dengan baik.

Akademi Fantasia IIKaer – Kenanganku 9
Jeritan penonton banyak membantu persembahan Kaer. Showmanship beliau bagus. Beliau mempunyai tone vokal yang bagus. Menurut Radhi OAG, persembahan Kaer ialah sebuah retrosexual. Beliau mempunyai vokal yang unik. Menurut Kudsia, beliau harus mengira di dalam hati, nampak jelas beliau mengira sewaktu menari bersama penari latar.

Akademi Fantasia IILinda – Leaving On The Jet Plane 9
Satu kelebihan beliau ialah bermain gitar. Sebutan beliau agak jelas. Showmanship beliau cemerlang walaupun hanya sekadar duduk ketika membuat persembahan. Di penghujung Kaer membantu sebagai penyanyi latar dan kemudiannya dibantu oleh rakan-rakannya yang lain. Saya kira inilah persembahan terbaik. Saya akan mengingati persembahan ini sampai bila-bila. Sebuah persembahan yang amat cemerlang. Vokal beliau superb. Ada keunikan pada tone beliau yang power itu. Penghayatan beliau juga bagus. Sebutan bahasa Inggerisnya masih boleh dibaiki. Menurut Radhi, Linda ialah natural born talent.

Adam – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta 7.3
Beliau mempunyai vokal yang baik tetapi penghayatannya masih kurang untuk lagu yang berjiwa ini. Interaksi beliau dengan kamera juga bagus. Adam seorang yang camera-friendly. Sebutan beliau agak jelas. Beliau harus meningkatkan keyakinan beliau terutamanya pada note yang tinggi. Menurut Kudsia, beliau harus “fake it” jika beliau tidak sukakan lagu tersebut.

Akademi Fantasia IIMas - Seksis 8
Showmanship Mas bagus. Vokal beliau amat kena dengan lagu tersebut. Sebuah persembahan attitude yang berjiwa besar yang lahir dari hatinya sendiri. Beliau beraksi sedikit “gatal” di pentas tetapi bersesuaian dengan konsep lagu tersebut. Beliau agak bertenaga di pentas. Ada attitude tersendiri. Yang pasti penari latarnya yang terdiri daripada rakan-rakannya memang cemerlang. Mereka banyak membantu Mas. Saya sedar yang Mas tertinggal beberapa step tariannya mungkin mahu menumpukan terhadap lirik lagu tersebut lalu mengabaikan ajaran Corrie.

Komen Keseluruhan
Saya kurang berpuas hati dengan komen Kudsia Kahar yang tidak bersetuju dengan komen Jenny Chin. Kedudukan beliau membolehkan beliau untuk tidak bersetuju dengan komen pengkritik awal dan ini adalah tidak adil sekiranya ada pengkritik awal yang tidak bersetuju dengan komen Kudsia. Saya mencadangkan agar pihak ASTRO memberi fokus mereka bertiga dan mereka boleh berbincang tentang komen tersebut secara terbuka. Seperti yang dilakukan oleh American Idol. Ini secara tidak langsung membolehkan pengkritik awal memberi komen sekiranya mereka tidak bersetuju dengan komen Kudsia.

Akademi Fantasia IIPenyingkiran pertama telah menyebabkan Edlin tersingkir. Saya tidak terkejut walaupun Edlin telah memberikan persembahan sederhana. Ada pelajar yang telah memberikan persembahan lebih buruk dari Edlin tetapi masih kekal. Undian penonton memang sukar diramal. Mereka ada pilihan mereka masing-masing. Saya melihat Anding yang kelihatan agak over apabila menerima keputusan itu. Mas memeluk Edlin dengan erat. Agak lama. Akademi Fantasia II menyaksikan tiada adegan peluk-memeluk antara lelaki dan perempuan. Perjalanan Edlin tidak terhenti di sini, beliau akan terus bersama Akademi Fantasia di masa akan datang. Undi dengan bijak, bukan kerana rupa, bukan kerana simpati.

Persembahan Terbaik SM
Linda 9/10
Kaer 9/10
Mas 8/10
Zahid 7.8/10
Farah 7.5/10
Adam 7.3/10
Bob 7.3/10
Zarina 7/10
Edlin 7/10
Anding 6.5/10
Fitri 6/10
Nurul 5/10

Entri oleh sultanmuzaffar 25 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-10

Ikan Emas Mati
Penonton dapat melihat Farah menangis teresak-esak apabila melihat ikan emasnya mati. Keceriaan Farah bertukar. Beliau ditenteramkan oleh Cikgu Fatimah Abu Bakar. Farah sendiri pada mulanya tidak suka ikan-ikan emasnya diletakkan di dalam akuarium besar.

Nilai Persahabatan
Setiap hujung minggu, motivasi mereka akan ditingkatkan dengan perjumpaan bersama Dr. Sher Kawi. Mereka perlu membuat perlaburan ke dalam tabung setiap pelajar lain. Berikan kata-kata positif tentang pelajar tersebut. Kata-kata semangat untuk Mas kepada Linda memang melucukan. Mas seperti biasa agak sinis. Adam sudah menganggap Mas seperti kakaknya. Kaer dan Bob kelihatan menitiskan air mata.

Bersama Pengetua
Bob beberapa bahagian telah terlupa lirik. Lalu fokusnya hilang. Persembahannya dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud merupakan cabaran yang besar untuk beliau. Memang lagu tersebut sebuah lagu yang agak sukar. Keunikan beliau saya kira vokal beliau yang lunak dan sedap didengar. Antara vokal pelajar lelaki yang saya suka dengar.

Kaer membawakan lagu Kenanganku mengikut stailnya. Itu keunikan beliau yang ada pada Vince di Akademi Fantasia I. Lagu Kenanganku masih boleh digayakan dengan acuan R&Bnya tetapi bagaimana bila beliau perlu membawakan lagu irama Malaysia, asli dan dangdut contohnya. Tentu beliau tidak boleh menggayakan ikut acuan R&B yang biasa beliau bawa.

Fitri perlu menggunakan lagu ini sebagai satu sebab untuk beliau terus dikekalkan dalam Akademi Fantasia. Setelah tiga minggu berada di Akademi, persembahan Fitri kurang meyakinkan. Beliau antara pelajar yang akan tersingkir pada minggu ini. Lagu ini agak perlahan dan sesuai dengan vokal beliau. Teknik pernafasan beliau perlu dijaga untuk lagu ini. Beliau harus tahu di mana yang boleh digunakan untuk menarik nafas. Jangan curi.

Adam saya lihat hanya sekadar menyanyi. Penjiwaan 100% perlu untuk mencantikkan lagu ini. Jika Adam berjaya membawa pendengar untuk sama-sama merasai kekecewaannya dalam lagu tersebut, saya kira persembahan sudah berjaya. Penghayatan beliau terhadap lagu ini perlu ditingkatkan lagi. Adam mungkin sudah biasa dengan lagu-lagu nyanyian KRU yang lebih simple dan straight to the point. Lagu-lagu KRU hanya sekadar nyanyian. Penjiwaannya kurang.

Saya nampak berkeyakinan dengan Zahid untuk lagu Bila Resah. Sayang sekiranya beliau terkeluar awal. Beliau mempunyai vokal yang baik. Setelah dua minggu diuji dengan lagu pop rock dan ballad rock, minggu ini beliau diuji dengan lagu Bila Resah nyanyian asal Anuar Zain. Tentang habit beliau yang suka memegang paha, sukar untuk saya beri komen.

Anding nampak berusaha untuk membawakan lagu ini. Lagu ini akan lebih cantik sekiranya Anding menyuntik lebih attitude pada lagu tersebut. Pergerakan bebas Anding akan beri tenaga pada lagu tersebut. Falsetto beliau agak baik. Punya range yang berbeza-beza. Tetapi levelnya harus seimbang agar tidak nampak janggal.

Saya akui Farah mempunyai vokal yang bagus lebih-lebih lagi jika beliau menyanyikan lagu balada. Beliau harus lebih relax di bahagian awal lagu tersebut kerana sepenuh tenaganya perlu dikerah untuk bahagian tengah dan korus lagu tersebut.

Saya sebenarnya risau melihat persembahan Mas. Persembahannya tidak konsisten. Lagu Seksis merupakan sebuah lagu yang mudah tetapi sebutan kena jelas. Mas sering lupa lirik dan beliau sebenarnya menghafal lirik tersebut tanpa mengetahui maknanya. Sebuah lagu yang amat bermakna untuk Mas. Beliau perlu menyampaikan lagu tersebut yang jiwanya datang dari dalam hatinya.

Sukar untuk saya komen persembahan Linda. Saya melihat penyanyi latar yang terdiri daripada Kaer dan beberapa orang pelajar lain yang ada di belakang Linda sekadar lebih menyulitkan keadaan. Nyanyian Kaer nyata sumbang atau mungkin juga low tone. Saya lebih suka sekiranya Linda menyanyi dengan gitarnya sahaja. Tumpuan penonton lebih fokus kepada beliau.

Persembahan Zarina masih banyak yang boleh diperbaiki terutamanya sebutannya. Saya tidak memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Zarina melalui lagunya. Hanya sekadar mendengar vokalnya sahaja.

Keyakinan Edlin semakin terserlah. Lagu Kau dan Aku memang kena dengan vokal beliau. Beliau harus cuma menjaga pitchingnya yang tidak konsisten. Ada bahagian yang betul ada bahagian yang salah. Saya tidak nampak mengapa beliau harus disingkirkan pada minggu ini jika dinilai pada persembahannya.

Saya kurang menggemari cara Nurul membawa lagu itu dalam nada yang paling rendah. Vokal Nurul menjadi kasar dan besar. Menurut Cikgu Adnan, persembahan Nurul terlalu opera. Nurul antara calon favourite untuk tersingkir pada Konsert III.

Persediaan Akhir
Mereka rata-rata berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk para penonton. Sokongan dari keluarga amat bermakna kepada Linda. Kaer menganggap ia merupakan satu cabaran yang besar untuknya kerana pertama kali menyanyi lagu a go go. Mas mengharapkan yang terbaik dan akan memuaskan hati Cikgu Corrie pada koreograf tariannya.

Tajaan cermin mata hitam
Para pelajar mendapat tajaan cermin mata hitam pula. Memang seronok bila terlibat dalam program yang popular. Hadiah-hadiahnya semakin bagus dan mewah. Segala-galanya ditaja.

Jangkaan
Sukar untuk saya menjangkakan siapakah yang bakal tersingkir pada Konsert III Akademi Fantasia malam esok. Peratus undian tidak banyak berbeza antara pelajar-pelajar lain. Pelajar-pelajar yang terkebawah kebanyakannya memperolehi undian sebanyak 7%. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku malam esok. Para pengundi mempunyai beberapa faktor untuk mengundi pelajar pilihan mereka. Satu, berdasarkan bakat dan dua, berdasarkan simpati. Menilai sejarah Akademi Fantasia I, nyata pelajar paling terkebawah tidak akan tersingkir kerana simpati penonton akan membantu pelajar berkenaan untuk naik secara mendadak selepas Konsert.

Jika saya menilai pada persembahan, saya akan meletakkan sasaran saya kepada Fitri dan Nurul. Apa-apa pun, jumpa di Konsert III Akademi Fantasia.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-09

Undi Dengan Bijak
Setiap penonton punya pilihan masing-masing. Ada yang saya suka, mereka tidak suka. Ada yang mereka suka, saya tidak suka. Itu lumrah. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Saya mengandaikan setiap penonton telah pun mempunyai pilihan masing-masing tanpa memperkecilkan pilihan orang lain dan dalam masa yang sama mendabik dada dengan pilihannya. Vokal Sheila Majid tentunya sedap pada telinga saya, tetapi tidak semestinya sedap di telinga orang lain.

Tradisi Akademi Fantasia
Realiti kehilangan seorang pelajar pada setiap hujung minggu adalah tradisi Akademi Fantasia. Yang menariknya pada minggu ini mereka dikehendaki menulis sepucuk surat wasiat. Mereka perlu menulis apa yang ingin mereka katakan sekiranya mereka tersingkir. Kemudian menulis nama orang yang akan membacakan surat wasiat tersebut. Adakalanya mereka tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata dan penggunaan surat akan dapat menyampaikan segala apa yang tersimpan di dalam hati dengan jujur. Oleh sebab itu penggunaan SMS menjadi lebih popular, menurut Puan Fatimah Abu Bakar. Penulisan blog juga merupakan satu medium untuk menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan kepada pembaca.

Mereka mengambil tempat masing-masing dan menulis surat wasiat masing-masing. Cara pembacaan surat wasiat masih belum saya tahu. Besar kemungkinan pada malam Konsert tersebut, nama pelajar pada surat wasiat pelajar yang tersingkir akan membacakan isi surat wasiat tersebut setelah nama pelajar tersingkir diumumkan. Ia mungkin berlaku sebelum pelajar yang tersingkir mengusung beg keluar dari Akademi Fantasia. Ini sudah pasti akan mengundang airmata.

Fitri memohon agar Linda membacakan isi kandungan surat wasiatnya kerana baginya Linda seorang yang boleh dipercayai dan jujur.

Linda pula meminta agar Farah atau Fitri membacakan surat wasiatnya kerana mereka ini pada Linda agak kuat main secara tidak langsung dapat mengurangkan sedikit kesedihan mereka.

Farah pula memohon untuk Puan Fatimah membacakan isi kandungan surat wasiatnya begitu juga dengan Zahid.

Mas meminta Fitri membacakan isi surat wasiatnya sekiranya beliau tersingkir. Manakala Kaer dan Adam saling bertukar-tukar tanggungjawab untuk membacakan surat wasiat masing-masing. Menurut Kaer, Adam amat rapat dengannya dan mereka tinggal sebilik. Adam pula merasakan Kaer tahu segala-gala tentang Adam dan mereka agak rapat.

Bob meminta Anding membacakan isi surat wasiatnya, manakala Anding dan Edlin bertukar-tukar akan membacakan surat wasiat masing-masing.

Zarina meminta Edlin membacakan surat wasiatnya kerana merasakan Edlin amat rapat dengannya. Manakal Nurul memohon agar Bob yang pertama kali beliau kenal di Akademi membacakan isi kandungan surat wasiatnya.

Mereka sama-sama menyanyikan lagu-lagu para rakan pelajar yang lain. Edlin dan Farah kelihatan menyanyikan lagu Seri Dewi Malam.

Usaha Terakhir Linda
Keunikan persembahan Linda ialah mainan gitarnya. Vokal beliau juga saya nampak ada perubahan yang baik. Lebih-lebih lagi di bahagian perlahan, moderate dan rancak.

Panggilan Telefon
Setiap pelajar mendapat peluang untuk berbual dengan keluarga mereka selama dua minit. Satu peluang keemasan yang memang mereka tunggu-tunggu.

Linda berpeluang untuk berbual dengan bapanya. Walaupun isi perbualan mereka banyak berkisar tentang pembedahan jantung yang bakal dihadapi oleh bapanya. Beberapa bahasa yang tidak saya fahami.

Saya melihat gaya Nurul apabila berbual dengan keluarganya nampak lebih hyper dan aktif. Ini berbeza sangat dengan perwatakan beliau bersama pelajar lain. Nampak lebih lemah. Apa yang dibualkan, saya tidak faham. Sewajarnya pihak ASTRO menerapkan peraturan yang sama seperti di dalam Chat di Saluran 15. Setiap peserta chat dikehendaki menggunakan bahasa yang difahami oleh semua dan tidak menyinggung mana-mana pihak. :)

Fitri dinasihatkan oleh ibunya agar menjaga sedikit penampilan rambutnya dan rajin-rajin sembahyang. Mas yang rindukan untuk mendengar suara anak-anaknya dan bertanya tentang perniagaan bapanya.

Bob berbual dengan ibunya dan beliau bercerita tentang kesihatannya. Mereka dinasihatkan agar tidak risau kerana tiada masalah besar. Edlin pula dinasihatkan oleh ibunya agar tidak terlalu banyak menangis dan perlu lebih tabah.

Kaer berpeluang untuk berbicara dengan ibunya, bapanya dan kakaknya. Memang happy family mereka. Cara Kaer berbual dengan kakaknya sahaja sudah menampilkan imej an urban family. Zarina, mengikut kata ibunya sudah nampak montel. Begitu juga dengan Adam. Adam dinasihatkan oleh ibunya agar menggunakan peluang percuma yang datang ini dengan baik. Belajar rajin-rajin.

Farah mendapat nasihat dari bapanya agar buat yang terbaik dan Anding lebih kelihatan ceria, jangan mandi malam dan rajin-rajin sembahyang.

Setiap kali penutup Diari Akademi pasti kita dapat melihat kemesraan para pelajar dengan sama-sana menyanyi. Sebuah lagu yang tidak saya tahu tajuknya, tetapi sekadar bercerita tentang keadaan mereka di Akademi Fantasia. Ini termasuklah perihal guru-guru mereka.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2004 0 komen

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-08

Anak Ayam Jatuh Parit
Macam-macam gelagat anak ayam yang dapat kita tonton semalam. Sebelum lakonan dimulakan mereka kena marah kerana arahan yang mudah tidak mereka fahami. Pada pendapat saya bukan mereka tidak faham tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian. Tidak pasal-pasal kena marah. Kata Puan Fauziah, belakon adalah main-maian tetapi main-main yang serius. Seperti yang pernah kita dengar dalam kelas Cikgu Siti Hajar di Akademi Fantasia I.

Bermula dengan Bob, diikuti oleh Edlin. Melakukan improvisasi sebagai seekor anak ayam. Kaer mewujudkan kesan komik dalam persembahannya. Zarina juga kelihatan comel membawa watak anak ayam. Mas juga berkebolehan besar membawakan watak tersebut.

Kelas Cikgu Siti Hajar
Mereka belajar menyebut dengan betul. Sejak akhir-akhir ini mereka ditampilkan sebagai model iklan. Segala apa yang ada di tubuh mereka, di dalam Akademi sendiri sebenarnya ditaja. Sebagai balasan, mereka perlu mempromosikan barangan tersebut. Iklan Hotlink bukan sekadar disiarkan sewaktu commercial break tetapi juga melalui pemakaian mereka. Peti sejuk Coke sentiasa enterframe. Sesekali penaja makanan mereka. Saya yang sepatutnya menulis tentang Kelas Nada Suara Cikgu Siti Hajar sebaliknya telah mempromosikan barangan mereka secara tersirat.

Farah dan Janji Manismu
Sebagai seorang penyanyi balada, saya suka dengan kehebatan beliau membawakan lagu Janji Manismu dengan baik. Saya kira beliau dengan selamba mampu membawa lagu tersebut menjadi lagunya sendiri. Teknik pernafasan beliau juga bagus. Menurut Siti Hajar, beliau harus melihat prestasi teknik yang digunakan oleh Farah. Sebagai seorang pendengar biasa, saya menyukainya. Tetapi sebagai seorang guru, pasti akan dapat menangkap kesilapan yang berlaku pada Farah.

Mas Perlu Hafal Lirik
Sudah hari ketiga dan Mas masih belum menghafal lirik lagu tersebut. Lirik lagu tersebut yang bahasanya agak rojak perlu Mas hafal sebaik mungkin. Seperti bercerita sahaja, Mas perlu tahu jalan cerita lirik tersebut. Dari segi vokal, saya sudah dapat menikmati vokal Mas yang agak husky itu. Memang sesuai benar dengan lagu tersebut. Tempo yang pantas serta lirik yang agak berbelit-belit bakal memakan diri Mas.

Linda jika dinilai dari segi vokal, saya meletakkan vokalnya ada kelas tersendiri. Saya menunggu persembahannya. Zarina perlu memperbaiki sebutannya lagi. Emosinya sudah seperti berjaya diperolehi. Saya suka melihat perubahan pada Edlin. Lagu Kau dan Aku menjadi begitu baik di tangan Edlin. Nurul saya lihat akan mampu memberikan persembahan yang baik dengan lagu Seri Dewi Malam.

Kelas Tarian Linda Jasmine
Pertama kali tiada kelas tarian tetapi mereka dibenarkan untuk meluahkan perasaan mereka terhadap apa yang mereka lalui dalam kelas tarian. Setiap seorang bercerita tentang pengalamannya. Farah seperti membuka helaian sejarah hidupnya. Zahid agak kreatif kerana dengan tanjak, beliau berpantun. Linda agak enjoy dalam kelas tarian walaupun tidak pandai menari. Kaer memberitahu beliau bukan baru dalam bidang ini. Beliau pernah dilatih oleh Datuk Azanin Ahmad sejak berumur 8 tahun. Mas lebih sukakan tarian yang spontan, tanpa mengetahui asas tarian. Itu sebab kita melihat Mas agak lambat untuk menghafal stepnya kerana beliau lebih sukakan tarian yang bebas. Fitri memberitahu, tarian adalah jasad dan muzik adalah nyawanya.

Ini entah kali keberapa diperlihatkan sesi Kaer berlatih koreografi lagu Kenanganku. Sebuah persembahan yang saya nantikan. Latihan Seksis agak hambar kerana Mas masih belum hafal lirik. Mas dibantu oleh Farah pada bahagian bridge.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger