Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 June 2006

Diari Akademi Fantasia 04 03 & 04

Saya tengok Diari hari ini bukannya apa. Sekadar menonton sambil mereka soalan untuk salah satu peraduan. Nak dapat soalan punyalah susah. Nak tanya apa pun tak tau. Akhirnya saya tutup TV dan masukkan pita VHS Mentari Jingga episod 05. Walaupun sudah dua kali menonton, masih lagi terasa emosinya. Cikgu Fauziah Nawi berlakon sebagai orang kaya dalam telemovie tersebut. Zulhuzaimy pun berlakon juga sebagai Syed Fariz. Saya rasa Akademi Fantasia patut beri lagu Meneka Dalam Kesamaran pada Diddy untuk mempromosikan slot Mentari Jingga.

Hari ini merupakan hari yang agak sibuk juga. Perlu melayani panggilan demi panggilan tentang Adlin Aman Ramlie, Pengkritik Tetap Akademi Fantasia. Kalau bukan Adlin, siapa pilihan anda ? Jangan terkejut kalau ada dari panggilan tersebut yang mahukan Kudsia Kahar kembali.

Siapa lagi yang ingin anda lihat sebagai Pengkritik Jemputan ? Saya ingin melihat Fauziah Ahmad Daud dijemput ke Akademi Fantasia. Atau mungkin Liza Aziz atau Azlina Aziz. Atau mungkin Aziz M.Osman.

Minggu lepas, Hafida Samad, wartawan dari akhbar NST yang telah dijemput untuk bercakap tentang komunikasi media di dalam Diari AF. Saya ingin sekali melihat Mahathir Lokman atau Wan Zaleha Radzi dijemput untuk bertemu dengan pelajar AF4. Mereka saya lihat agak berkaliber untuk bercakap tentang topik tersebut.

Cadangan Pengkritik Jemputan :
Dian Sastrowidoyo
Datuk Yusni Hamid
Salamiah Hassan
Ziana Zain
Aubrey Suwito
Juwita Suwito
Tiara Jacquelina
Azlan Abu Hassan
Juliza Adlizan
Datuk Sarimah
Siti Hajar
Fatimah Abu Bakar
Datuk Ahmad Nawab
Khatijah Ibrahim
Sheila Majid
Liza Aziz
Azlina Aziz
Ogy Ahmad Daud
Adibah Noor

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger