Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2006

Diari Akademi Fantasia 05 07 & 08

Hari ini saya tengok Diari tengahari di Akademi. Sekali-sekala singgah di sana. Tak boleh selalu pasal line internet di sana slow sangat. Zaman sekarang mana ada orang pakai dial-up lagi. Zaman-zaman saya kenal internet dulu ada lah, sekarang zaman broadband. Itulah antara sebab kenapa broadband lambat update kerana video-video broadband tak boleh dihantar guna dial-up.

Apa yang menarik untuk hari ini sebenarnya tidak lah menarik sangat. Ada seorang chef datang ke Akademi untuk ajar tentang etika meja makan. Jangan kata pelajar AF4, saya sendiri pun kadang-kadang fail juga bab ini. Pernah sekali masa AF1, pelajar dapat kejutan makan besar kena guna sudu garfu. Seingat saya, tadi ia diulang kembali. Saya tidak berapa ingat sama ada AF2 dan AF3 ada makan yang special seperti tadi.

Tidak perlu bercakap tentang etika meja makan, tapi cuma saya mahu tahu sama ada antara penonton yang tersedar yang chef tersebut ambil sudu dan garfu yang disimpannya di dalam poket beliau sendiri. Boleh bayangkan sudu-sudu dan garfu-garfu yang akan digunakan untuk kita makan tetapi diambil dari dalam poket tukang masak. Bayangkan sekiranya ini berlaku di depan mata kita di hotel-hotel ternama. Nampaknya tukang masak yang sepatutnya ajar pelajar tentang etika di meja makan pun tidak mempunyai etika. Gelak guling-guling tapi kerana si dia ada di sisi terpaksalah kawal sikit. (ketawa lagi...) Garang betul tukang masak tersebut dengan Diddy, tetapi tidak pula dengan Lotter.

Tentang Maskot Adabi tidak perlulah saya cerita kerana tidak begitu penting. Cuma kali ini Aznil sendiri yang jadi maskot tersebut.

Dah masuk hari keempat, rata-rata pelajar tidak hafal lirik, tidak hafal melodi. Apa masalah mereka ? Sudah selesa berada dalam Akademi agaknya. Pada mulanya saya ingatkan Farhan memberikan sepenuh perasaannya dalam memberikan jiwa pada lagu Biarlah Rahsia, rupanya telahan saya silap. Tiba-tiba saya teringat sewaktu Nana membawakan lagu Halaman Cinta. Elok juga menangis sewaktu latihan, asalkan tidak menangis sewaktu persembahan konsert. Lagu tersebut mungkin lagu berhantu. Asal tiba bahagian "Biarlah rahsia", Farhan akan menangis. Nak tengok berhantu atau tidak lagu tersebut, tunggu saja. Sudahlah bila kena marah dengan Cikgu Ajai, selamba saja dia paling muka ke tepi dan tidak memandang tepat ke Cikgu Ajai. Hmmmm...

Lotter dengan Bila April masih tipikal Lotter. Beliau membawakan lagu tersebut dengan vokal nyaringnya. Kalau nyanyiannya lebih lembut lebih sedap didengar lagu tersebut. Kalau Diddy kekalkan mutu vokal macam tadi mesti lebih best. Memang nampak bertenaga persembahan dia walaupun bahagian yang lupa lirik yang ditayangkan.

Cikgu Ajai dipanggil untuk bertemu dengan Pengetua Ramli Sarip. Muka merah padam tahan marah. Memang menarik untuk ditonton. Klip tadi tanpa audio, malam nanti dengan audio. Sebelum ini pernah ke Tenaga Pengajar berbincang dengan marah-marah macam tu ? Saya pun tak berapa ingat. Kalau ada yang ingat, sila lah ingatkan.

Kepala ini masih tidak boleh lupa tukang masak tu keluarkan sudu garfu dari dalam poket beliau. Geli !

Wah ! Best ! Cikgu pula yang bertegang urat. Macam Akademi Cikgu pula. AF3, kita dapat lihat pelajar-pelajar bergaduh sesama sendiri. AF4, kita dapat lihat perwatakan Cikgu yang lebih terserlah berbanding pelajar. Kata Cikgu, pelajar terlalu berlakon. Sememangnya perwatakan mereka berada di bawah tahap beku. Lakonan ke ? Mungkin kot. :) (senyum sinis)

Cabaran bukan datang dari dalam AF, tetapi cabaran sebenar berada bila mereka keluar kelak. Hmmmm...Kalau dalam AF tidak dianggap macam cabaran, patut lah mereka main-main.

Dalam segmen lukisan ni, saya sempat tengok keseluruhan kelas. Banyak betul suntingan dilakukan. Lebih seronok sebenarnya bila melihat sewaktu lukisan-lukisan tersebut dilukis berbanding segmen bercerita tentang lukisan tersebut.

Apa lagi nak ? Kalau menangis jugak, tak tahu lah ! Jangan pengsan sudah ! (ketawa panjang...) Alamak ! Saya kena jalan sorang-sorang ke No Man's Land, tempat parking yang jauh gila !

Ulasan Skema + Poyo di sini.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger