Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 18 June 2006

Konsert 03 Akademi Fantasia 4 :

Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Hal yang sama berlaku di Akademi Fantasia 2. Apabila kedudukan peratus undian agak rapat, sebarang kejutan penyingkiran boleh berlaku. Teruskan mengundi pilihan anda. Saya akan terus mengundi Faizal, Zila, Lotter, Velvet dan Diddy. Kepada peminat pelajar lain seperti Amirul, Farhan, Rich, Haziq dan Salima boleh juga terus mengundi pilihan anda.

Kedudukan undian terkini :
Rich 11%
Faizal 11%
Lotter 10%
Amirul 10%
Salima 10%
Zila 10%
Velvet 10%
Farhan 9%
Diddy 9%
Haziq 8%

Semalam sempat juga Zila mengatasi Salima sekejap. Sekarang ini berbeza pula kedudukannya. Farhan kini sudah mula naik kedudukannya, lagipun persembahan Farhan memang bagus. Kedudukan kedua terakhir milik Diddy dan Haziq. Memang bahaya kedudukan tersebut.

Apa pun, sebarang kejutan yang berlaku mungkin membawakan impak yang besar kepada anda atau pun mungkin tidak membawa apa-apa erti kepada anda. Yang penting saya sekadar melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Itu sudah cukup besar ertinya buat saya.


Salima – Obsesi

Kejutan membawakan adiknya ke atas pentas sepatutnya akan menaikkan lagi undian untuk Salima, tetapi sebaliknya. Satu hipotesis terkini yang menunjukkan sokongan terhadap Salima semakin berkurangan. Sewaktu bersembang makan tengahari pun, kami berbual benda yang sama. Nampak kelincahan pada persembahan Salima dengan gerak-gerak mengejutkan dari seorang yang bertudung. Saya tiada masalah dengan perempuan bertudung. Kalau dia boleh beri persembahan yang baik seperti hari ini pasti beliau akan lebih menyinar cuma peminat belum dapat menerimanya.

Amirul – Yesterday
Saya berani mengatakan yang Amirul menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding pelajar-pelajar yang lain. Dari kosong persembahannya nampak ada perubahan terutama dari segi vokal. Mungkin tidak besar tetapi ia sesuatu yang boleh dibanggakan. Emosi Amirul sebagai adik bongsu di Akademi memang terserlah. Gaya percakapannya keanak-anakan. Penghayatannya untuk lagu ini agak baik dan kena dengan lagu tersebut.

Rich – Mustika
Saya rasa kejutan yang diperolehi oleh Rich agak menarik. Berpeluang untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia. Lebih menarik apabila beliau harus memilih seorang pelajar untuk bersamanya. Di penghujung rancangan sebelum penyingkiran, beliau memilih Velvet. Walaupun mempunyai unsur-unsur seperti Survivor, ia seakan menguji persahabatan yang terjalin di dalam Akademi. Dulu kita ada sesi surat wasiat, sekarang sukar untuk kita lihat persahabatan yang terjalin. Diharapkan lebih banyak kejutan-kejutan yang mengundang pertelingkahan emosi dibuat sepanjang minggu-minggu yang akan datang.

Zila – Tak Tercapai Akalmu
Saya akui persembahan Zila minggu ini agak hambar. Walaupun lagunya rancak dan pakaiannya jelas mencerminkan sesuatu yang bertenaga tetapi Zila agak kurang menyampaikan lagu tersebut dengan bertenaga. Namun demikian, saya suka dengan gerak-gerak penuh gaya yang ditampilkan oleh Zila walaupun di penghujung persembahannya sehingga terlanggar penari latar.

Farhan – Still Got The Blues
Nak kata apa lagi ? Persembahannya memang menakjubkan. Dari tempat paling bawah Farhan melonjak naik ke atas. Undian untuknya naik mendadak berdasarkan persembahannya. Sudah tiga minggu beliau diuji dengan lagu yang menjadi makanannya. Harap-harap minggu hadapan beliau akan diuji dengan lagu yang pelik-pelik untuk menguji kemampuannya.

Haziq – Cinta Nusantara
Tiada apa yang menarik dalam persembahan Haziq kecuali di penghujung persembahannya, mereka menyambut hari lahir Tasha. Jelas tergambar kerinduan pelajar-pelajar antara satu sama lain apabila diberikan peluang untuk naik ke atas pentas bersama Haziq. Walaupun sukar untuk dikawal oleh Aznil, saya boleh anggap ia sesuatu yang menarik dan boleh menyentuh emosi. Saya gembira melihat kemesraan tersebut. Itulah semangat Akademi Fantasia yang tulen.

Lotter – Iris
Saya sedikit bosan dengan persembahan Lotter minggu ini. Lotter boleh saya sifatkan sebagai menang gaya. Pergerakan-pergerakan beliau di atas pentas agak menarik dan memikat. Beliau menyampaikan lagunya dengan penuh perasaan tetapi persembahan vokal beliau masih belum mencabar. Walaupun mendapat lagu yang menarik dan sedap seperti Iris, Lotter gagal untuk memukau penonton dengan persembahan vokalnya. Beliau hanya sesuai membawakan lagu-lagu yang rancak untuk membolehkan beliau menyerlahkan showmanship beliau.

Velvet – Teman Tapi Mesra
Velvet memang jaguh dalam nada tinggi dan punya tone yang sedap. Untuk minggu ini Velvet tidak begitu menyerlah kerana lagu Teman Tapi Mesra mempunyai range vokal yang besar. Velvet telah memberikan yang terbaik untuk memberikan persembahan yan meyakinkan. Jelas kelihatan Velvet lebih selesa di bahagian tinggi berbanding nada rendah. Ia merupakan satu kelemahan yang harus diatas oleh Velvet untuk lebih berjaya.

Diddy – Memori Luka
Saya sekadar mengikuti persembahannya melalui monitor di Bilik Kawalan. Sebelum persembahan beliau bermula kedudukannya amat mengejutkan. Tetapi menjelang penghujung persembahannya dan selepas komen yang diberikan pengkritik, undiannya naik melonjak. Rupanya ada juga pengundi yang menantikan persembahan pelajar untuk mengundi. Menarik nafas lega apabila selesai sahaja persembahannya, kedudukannya naik meninggalkan saingan terdekatnya.

Faizal – Blues Terengganu Kita
Kemunculan Saleem menguatkan lagu aura Terengganu Kita yang dibawakan oleh Faizal. Harap-harap minggu depan Faizal dapat lagu yang pelik-pelik untuk menguji kredibilitinya dalam bidang nyanyian. Komen Adlin terhadap Faizal agak keterlaluan terutamanya berkenaan ganja. Kalau pun ingin menyindir Saleem, beliau hanyalah tetamu jemputan dan tiada kena mengena dengan persembahan Faizal. Lagipun ganja-ganja ni biasalah. Cara menegur itu sahaja yang tidak kena.

Pilihan sultanmuzaffar
Farhan
Faizal
Diddy
Amirul
Velvet
Rich
Zila
Salima
Haziq
Lotter

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger