Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 10 July 2006

Diari Akademi Fantasia 07 01 & 02

Ada apa ya yang best ? Hari Isnin adalah hari yang paling malas untuk update blog. Dari pagi hingga malam agak sibuk sikit. Lagipun pagi tadi semua orang tiada mood bekerja. Daily Highlights untuk ERA pun terpaksa miss. Banyak juga isu yang perlu diselesaikan pagi tadi. Ada yang mengarut, ada yang tak masuk akal, ada yang sekadar membuang masa. Ada juga majlis yang perlu diadakan secara tiba-tiba. So, hari ini sekadar tajuk lagu dan sedikit ulasan sudah cukup memadai.

Minggu ini merupakan minggu lagu yang bersesuaian dengan pelajar. Saya merasakan semua pelajar mendapat lagu yang kena dengan vokal mereka dan genre yang mereka sukai. Kalau boleh tidak payahlah dibuat penyingkiran minggu ini kalau semua pelajar telah memberikan yang terbaik dari mereka.

Eh ! Ada lagi juga kawan-kawan yang tiba-tiba datang bertanya soalan yang saya tak mahu jawab. Buang masa betul tapi kadang-kadang perlu juga beri penjelasan. Tolonglah ! Tiada apa-apa lah !!!!

Lagu Baru Konsert 07

Amirul - Oh No Kamu (V.E.)
Sekali lagi Amirul dapat lagu yang agak rancak. Minggu lepas merupakan persembahan yang terbaik Amirul dengan lagu Sedang Ingin Bercinta. Kalau Amirul bersungguh-sungguh dari aspek tarian dan vokal, tentunya undiannya akan naik dan kemarahan orang akan lebih bertambah. Tetapi apa salahnya. Dah nama pun AF.

Faizal - Dealova (Once)
Dealova sebuah lagu yang memerlukan penghayatan dan cara nyanyian yang betul-betul baik untuk mencantikkan lagu tersebut. Saya lebih suka dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban dari lagu ini. Saya tidak nampak masalah dalam nyanyian Faizal dan beliau harus lebih memberikan nyanyian yang lebih beralun akan penonton terbuai dalam persembahannya.

Farhan - Meniti Titian Usang (Search)
Wah ! Farhan dapat lagu rock ! Kalau dilihat dari kepelbagaian, nampaknya Farhan telah diuji dengan pelbagai genre lagu. Bukan calang-calang penyanyi yang mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Saya teruja menantikan persembahannya. mahu melihat apa kelainan yang ingin ditampilkan.

Haziq - Tak Seindah Wajah (Tan Sri SM Salim)
Best gila lagu Tak Seindah Wajah oleh SM Salim. Saya tidak nampak Haziq bermasalah membawakan lagu ini. Haziq harus memberikan 200% untuk lagu ini. Salah satu lagu kegemaran saya. Memang kalau kena gayanya, nyanyian haziq untuk lagu ini memang boleh meresap dalam jiwa.

Leez - Ku Gembira Di Sampingmu (Khatijah Ibrahim)
Leez dapat lagu yang agak rancak. Sebuah lagu yang sesuai untuk Leez. Saya tidak ingat persembahan Leez yang terdahulu, maka sukar untuk saya nilai. Kalau Leez ada attitude, lagu ini akan jadi lebih menarik.

Lotter - Chow Kit Road (Sudirman)
Untuk mengisi ruang-ruang pentas, saya tidak nampak Lotter akan menghadapi masalah besar. Menyanyikan lagu ini juga agak mudah kerana ia bercerita. Attitude yang ada pada Lotter memudahkan lagi kerja-kerja Lotter.

Velvet - Caramu (Nikki feat Zahid)
Saya agak risau dengan stamina Velvet. Itu sahaja. Vokal saya rasa tiada masalah. Whistling style Nikki ? Mampukah Velvet melakukannya ? Entah. Saya tidak pasti. Idayu mungkin. Silap langkah, lagu ini bakal menjadi badi kepada Velvet.

Lagu Bonus
Hips Dont Lie (Shakira feat Wyclef Jean)
Lemas (Ruffedge)
Saya Anak Malaysia (Dr.Sam)

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger