Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 August 2006 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

"Adakala Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan, untuk menjadikan seseorang insan tersebut merasa apa erti merendah diri, dan sentiasa mengenangkan cinta dan keampunanNya yang akan kekal abadi, tidak seperti manusia."

SMS Dr.Jemilah untuk Sharifah Amani seperti yang tertera di blog Yasmin Ahmad yang akan muncul dengan sebuah filem baru bertajuk Mukhsin.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 49. Semoga kita terus merdeka dari dijajah pembenci-pembenci kita ! Kita harus sentiasa berada di hadapan dan jangan menoleh ke belakang untuk mengingati hari-hari silam kita.

Entri oleh sultanmuzaffar 30 August 2006 0 komen

Inikah Inovasi Mawi ?

Itukah Mawi yang anda kenal dalam Akademi Fantasia ? Itukah Juara Akademi Fantasia 3 ? Wajah kosong Mawi sewaktu dalam Akademi Fantasia hilang sewaktu diwawancara Aznil. Wajah tunduk tanpa arah sewaktu dimarah M.Nasir tidak kelihatan pada malam itu. Wajah kosong rendah diri juga hilang entah ke mana. Kegelisahannya berdiri menanti Ina menggambarkan sesuatu. Kecelaruan jari-jarinya memegang pembesar suara memang meresahkan jiwa. Tapi itulah Mawi sekarang. Itulah keputusan pengamatan saya. Pengamatan anda mungkin berbeza. Apa yang terjadi sejurus selepas Siaran Langsung tersebut ? Macam-macam ada.

Ini sebenarnya baru permulaan. Mawi dan Ina hanyalah permulaan kepada sebuah inovasi dalam bidang penyiaran. Mana tahu selepas ini, Pak Lah pula muncul di RTM 1 dan Tun Mahathir di Astro. Mungkin juga Datuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza di stesen yang berbeza. Rita Rudaini dan Lisdawati pun boleh juga menggunakan peluang ini. Atau dengan kata lain, sesiapa yang bergaduh boleh menggunakan platform ini untuk menjelaskan sesuatu. Saya pun boleh pakai juga kalau silap-silap haribulan. (hahahaha) Tujuannya hanya satu iaitu menerangkan perkara sebenar kepada rakyat dengan menerbitkan program-program yang mampu menyuntik minda penonton. Isu Mawi dan Ina adalah isu kecil yang tidak sedikit pun mengubah kehidupan saya. Isu seperti Pak Lah vs Mahathir tentu merupakan isu besar negara yang wajar untuk diperjelaskan kepada rakyat. Apakah punca di sebalik kemelut itu. Itu yang kita mahu tahu.

Untuk pembaca, kita tengok perenggan mana yang akan dibincangkan oleh anda. Adakah perenggan pertama atau perenggan kedua ? Adakah berbicara tentang Mawi atau Inovasi Penyiaran ?

Keputusan Rating
Utusan Malaysia : Siti-Datuk K: 6.3 juta; Mawi-Ina: 4.8 juta
The Star : The ratings are in: Siti 6.3 million, Mawi 4.7 million
NST : Siti's wedding do a bigger draw
MStar Online : Rating Siti-Datuk K mendahului Mawi-Ina
Berita Harian : Majlis Siti atasi program Mawi... Ina

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 49 !

Entri oleh sultanmuzaffar 28 August 2006 0 komen

Perang Stesen Televisyen

Terkejut ? Saya pun terkejut juga. Lebih-lebih dalam persiapan untuk ke majlis yang lagi satu telah diatur, alih-alih timbul majlis yang satu lagi untuk diuruskan. Saya tidak tahu berkenaan majlis tersebut sehinggalah pada hari Rabu, walaupun telah mengetahui berkenaannya melalui forum-forum yang wujud di alam siber.

Saya sedar, tentu ada sebabnya mereka merahsiakannya. Kalau rahsia Akademi Fantasia saya boleh merahsiakannya dari orang lain dan tidak mustahil rahsia Mawi...Ina juga dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.

Di saat-saat akhir itu saya harus menyelongkar kembali keratan-keratan akhbar berkenaan Akademi Fantasia 3 dan juga perjalanan seninya selama setahun setelah bergelar Juara. Sempat juga saya bertandang ke MawiFC untuk mencari posting-posting VideoMawi yang tanpa penat saban hari akan menyiarkan artikel-artikel berkenaan Mawi di forum tersebut. Terima kasih VideoMawi, anda banyak menyelamatkan hidup saya minggu sudah.

Rata-rata media memberikan liputan tentang sebuah program bual bicara luar biasa yang biasa ini. Ia hanyalah sebuah program bual bicara yang tiada bezanya dengan program-program sebelum ini tetapi uniknya ia diberikan liputan yang sungguh luar biasa. Sehingga ruangan kartun turut berlelucon tentangnya.

Ini bukan pertama kali gandingan Astro dan RTM. Sudah banyak kali kerjasama diwujudkan tetapi kerjasama ini diberikan perhatian yang lebih kerana kata media kerjasama ini cuba untuk memintas kerjasama Siti Nurhaliza dan Media Prima.

Apa salahnya ? Ini zaman siber. Maklumat mengalir pantas. Manusia dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Pillihan terletak di tangan kita. Alternatif perlu wujud. Tanggungjawab media menyediakan alternatif tersebut.

Kita akur yang selama ini kita dihidangkan dengan pelbagai alternatif. Jangan buat-buat lupa, selama ini kita ada Akademi Fantasia, Mentor, Audition, Malaysian Idol dan banyak lagi. Kita tidak pernah merungut. Pilihan tetap di tangan kita. Yang pasti program terbaik dan paling popular, akan terus menjadi pilihan penonton.

Perang sebegini memang telah lama wujud di Barat. Stesen TV Barat berlumba-lumba untuk menghidangkan yang terbaik untuk penonton mereka. Yang pasti yang terbaik dan yang popular akan bersaing untuk merebut satu kedudukan paling tinggi dalam rating. Mengapa tidak di Malaysia penggiat media tv turut bersaing secara sihat untuk menghasilkan program-program yang terbaik untuk dihidangkan kepada penonton. Kalau selama hari ini kita telah dihidangkan dengan pilihan 7 stesen TV dan ini tidak termasuk 54 rangkaian yang ditawarkan oleh Astro (bertambah 7 rangkaian mulai September) dan kita tidak pernah merungut, tetapi hari ini 26,731,187 rakyat Malaysia harus bijak membuat pilihan.

Astro RIA
17:00 Konsert Fantasia Mawi
19:45 Cit Cat Lis Dawati
20:15 Cit Cat Diana Kulai
20:45 Mawi...

TV3
21:00 Siaran Langsung Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza
(Tiada maklumat berkenaan Karpet Merah dipaparkan di dalam akhbar)

RTM1
20.45 Santai...Ina

Yang mana satu pilihan anda ? Kem Siti Nurhaliza atau Kem Mawi ? Yang anti, akan masuk Kem Datuk K dan Kem Ina, mungkin ! Saya masuk Kem Jiwa Luka !

Entri oleh sultanmuzaffar 24 August 2006 0 komen

Kebenaran Kan Terbukti Jua

last minute ! last minute !! last minute !!! last minute !!!! last minute !!!!!

sigh...hmmmmm...

Entri oleh sultanmuzaffar 22 August 2006 0 komen

Ejen 016 : Penampilan Cameo
Kalau minggu lepas, kita dipersembahkan dengan penampilan cameo oleh Fazura, dalam episod 6 yang akan ditayangkan pada hari Rabu, jam 9.30 malam di TV3, M.Nasir pula akan muncul sebagai cameo. Episod yang lepas Fazura muncul sebagai isteri Bromo, seorang guard yang katik tetapi mempunyai isteri yang cantik. Saya tidak pasti kebenarannya, tetapi melihatkan tayangannya minggu lepas semacam kehadiran Fazura adalah satu bentuk super-impose. Nampak tidak begitu jelas interaksi antara Saiful Apek dan Fazura dalam babak tersebut.

Untuk tayangan esok, kemunculan M.Nasir masih tidak dapat saya jangkakan. Mungkin berwatak baik, mungkin juga berwatak jahat. Kalau M.Nasir muncul berwatak jahat mungkin ada baiknya. Sudah lama tidak melihat M.Nasir berlakon watak jahat. Atau mungkinkah penampilan cameo hanya sekadar untuk membawakan watak baik sahaja.

Untuk memudahkan anda, saya sertakan penampilan cameo untuk episod-episod akan datang yang akan menambahkan seri dalam Ejen 016.

Episod 6 : M. Nasir
Episod 9 : Amber Chia
Episod 10 : Linda Onn
Episod 12 : Waheeda
Episod 13 : Yusry KRU

Artis Pilihan DiGi Anugerah ERA 06
Dalam perkembangan lain yang berkaitan dengan penaja Ejen 016 iaitu DiGi. Anda masih boleh mengundi Artis Pilihan DiGi untuk Anugerah ERA 06 yang akan berlangsung 9 September ini. Jika tahun lepas Mawi memenangi kategori ini setelah muncul Juara Akademi Fantasia 3, mungkin tahun ini anda mahu melihat Faizal pula menang kategori ini.

Drama : Ning Baizura featuring Nikki & Yanie
akan dikemaskini segera

Siti Nurhaliza
akan dikemaskini segera

Entri oleh sultanmuzaffar 21 August 2006 0 komen

Sepak !

Hari ini saya beli semua akhbar Melayu untuk baca cerita tentang hari-hari terakhir Siti Nurhaliza sebelum berkahwin dengan Datuk Khalid sekaligus menjadi Datin Siti Nurhaliza. Tetapi berita yang menarik perhatian saya adalah dalam Berita Minggu, sisipan BiPop yang bertajuk "Saya bukan mahu jadi kurang ajar".

Saya petik ayat dalam akhbar berkenaan dalam wawancaranya bersama Sharifah Amani yang berbunyi, "Kalau saya kurang ajar pada malam itu, mama saya yang akan sepak muka saya dulu, tak perlu orang lain!..." Sekali baca saya terkejut. Takkanlah sampai sanggup Puan Fatimah Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fati menendang muka anaknya hanya kerana ucapan di Festival Filem Malaysia yang baru lalu. Ganas benar Cikgu Fati ! Saya ulang baca. Tetapi saya tidak cepat melatah ! Saya tersenyum.

Mujur saya cepat-cepat tersedar, sepak yang dimaksudkan bukan bermakna menendang tetapi menampar. Mujur saya cepat tersedar yang dalam Bahasa Melayu ada e pepet dan ada e taling.

Jangan pula ada yang cepat melatah kerana ingatkan saya mencarut pula kerana Bahasa Melayu adalah bahasa yang amat kaya !

Berbalik kepada persoalan utama yang akan berlaku pagi ini tidak lain dan tidak bukan pernikahan Siti Nurhaliza. Jangan ada pula di kalangan pembaca yang ternanti-nantikan ulasan tentang apa yang berlaku di majlis tersebut kerana hari ini ialah hari Isnin dan saya mempunyai kerja bergaji yang harus dilaksanakan. Kerja blog ialah kerja percuma. Minggu ini minggu yang agak sibuk sikit menjelang Soccastars Reunion. Walaupun ada Siaran Langsung, ia tetap tidak akan dapat saya tonton kerana di sini hanya ada Astro sahaja. Ya ! Astro sahaja.

Perkahwinan Siti Nurhaliza hari ini mengimbau beberapa kenangan yang kalau boleh saya mahu lupakan. Kalau mereka ke Melbourne, saya mahu ke Singapura ! Yahooo !! Puteri Gunung Ledang The Musical akan dibawa bertandang ke Esplanade Theatre, Singapura pada bulan November akan datang. Kalau ia menjadi kenyataan, saya pasti tidak akan melepaskan peluang menonton versi Singapura pula. InsyaAllah.

Nota : Sambil-sambil menulis blog, sempat juga menonton sebuah rancangan yang biasanya ke udara menjelang Hari Raya ! Esok Hari Raya ! Esok Hari Raya ! Perasan tak entri blog ini tidak berapa fokus semacam penulisnya sedang dilanda trauma yang amat kronik ?

Terkini : Tepat jam 11.36 pagi, Siti Nurhaliza selamat disatukan dengan Datuk Khalid Jiwa.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 August 2006 0 komen

Ramalan Anugerah ERA 06

Anugerah ERA bakal menjelma kembali dengan konsep kulit dan denim. Dah siap baju untuk malam anugerah itu nanti ? Para artis tentunya melaram dengan konsep kulit dan denim. Lagipun konsep tahun ini lebih mudah dan lebih fokus, maka tidak sukar untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian. Ramai juga artis yang akan menjadi penyampai dan yang akan membuat persembahan. Antaranya M.Nasir, Ning Baizura, Search, Spider, Pretty Ugly, Nikki, Yanie, Sixth Sense, Farahwahida, Elyana, Yazer, Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Sean Gazi, Pop Shuvit, Rabbani, Samir, Shazzy, Farah, Adam, Fazley, Sheila Majid, Fauziah Latiff, AC Mizal, Erra Fazira, Maya Karin, Sharifah Amani, Dato' Yusof Haslam, Mamat Khalid dan artis jemputan dari luar negara.

Saya teruja bila ada nama Sheila Majid dalam senarai. Nama Sharifah Amani juga mampu membuatkan saya menyebut ”hmmmmmm...” Ini sudah bagus ! Jangan Amani menggunakan platform Anugerah ERA untuk membalas balik sudahlah. Termasuk dalam senarai juga ialah Vince, Zahid, Mawi dan Faizal. Apakah akan ada kejutan dari kuartet Juara Akademi Fantasia ? Kalau mahukan sesuatu kelainan, gandingan mereka berempat mampu memberikan satu keunikan. Bukan menjadikan AE06 sebagai tempat beradu kekuatan baik dari aspek vokal ataupun gegak gempitanya sorakan peminat tetapi sekadar untuk mengembalikan nostalgia Akademi Fantasia.

Khabarnya Ning Baizura pula akan mempersembahkan lagu barunya iaitu Drama bersama-sama dengan Nikki dan Yanie. Setelah mendengar lagu tersebut, ingin pula mendengar dan menyaksikan persembahan mereka secara langsung. Apa pula kelainan yang akan ditampilkan oleh mereka bertiga.

Nah ! Ramalan saya. Bukan niat mahu menjadi Nostradamus, sekadar berkongsi pendapat dan jika anda masih belum mengundi, masih ada masa untuk anda berbuat demikian di Laman Web ERA. Sekadar memberitahu, mungkin ada mungkin tiada ulasan Anugerah ERA 06 kelak. Mungkin sibuk dan mungkin penat dan tidak akan dapat mengikuti persembahan secara lebih santai. Oleh itu dapatkan segera, sementara stok masih ada ! (subteks)

ARTIS HARAPAN PILIHAN

Adibah Noor
Felix
Idayu
Mawi
Nikki

Kalau sudah tersenarai bersama Mawi, peluang artis lain untuk menang kategori tersebut amat tipis. Sama kes sewaktu Siti Nurhaliza mendominasi setiap kategori pada zaman kegemilangannya dahulu. Kali ini nampaknya bertukar tangan. Mawi hampir pasti memenangi kategori ini. Saya sendiri memilih Mawi untuk menang kategori ini kerana nampak ada sinar harapan untuk beliau lebih bertapak dalam industri muzik serta sokongan padu yang diterimanya amat kukuh ketika ini.

Ramalan : Mawi
Pilihan SM : Mawi
Yang Tak Mungkin Menang : Adibah Noor, Felix, Idayu & Nikki
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Tiada

VOKAL WANITA PILIHAN

Adibah Noor
Dayang Nurfaizah
Farah
Jaclyn Victor
Siti Nurhaliza

Dulu-dulu kategori ini sering didominasi oleh Siti Nurhaliza. Nama seperti Misha Omar dan Ning Baizura nampaknya tidak kelihatan tahun ini. Ke mana menghilangnya mereka ? Jaclyn Victor dan Farah merupakan calon dari program realiti tv. Bagaimana agaknya peluang mereka ? Apakah sokongan yang mereka terima sewaktu di Malaysian Idol dan Akademi Fantasia sudah pudar ataupun mereka masih belum berkelayakan untuk menggantikan Siti Nurhaliza. Berdasarkan prestasi publisiti semasa, Dayang Nurfaizah bersandarkan populariti program One In A Million juga mampu membuatkan kejutan. Kategori ini juga merupakan taruhan utama Siti Nurhaliza untuk membuktikan yang kelibatnya masih diingingi dalam industri muzik Malaysia.

Ramalan : Siti Nurhaliza
Pilihan SM : Siti Nurhaliza
Yang Tak Mungkin Menang : Jaclyn Victor & Farah
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Adibah Noor & Dayang Nurfaizah

VOKAL LELAKI PILIHAN

Adam
Hazami
M.Nasir
Mawi
Zahid

Sekali lagi nama Mawi tersenarai dalam kategori yang boleh dikatakan utama pada malam tersebut. Beliau akan bersaing dengan bekas Juara Akademi Fantasia 2, Pengetua Akademi Fantasia 3, pemenang Persembahan Vokal Terbaik di AJL20 dan anak didik KRU yang tidak kurang popularnya. Masing-masing ada kekuatan yang tersendiri. Percaya atau tidak, saya sendiri memilih nama Mawi untuk menang kategori ini kerana saya melihat ada suara dan perasaan yang dipersembahkan melalui nyanyiannya. Lebih-lebih lagi sewaktu Festival Filem Malaysia yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Kalau peminat-peminat Mawi menghormati gurunya, pasti mereka akan mengundi M.Nasir dan sebab itulah saya meletakkan sedikit harapan untuk kemenangan M.Nasir. Calon-calon yang lain boleh pulang dengan tangan kosong kerana sukar untuk menongkah arus aura yang dibawa oleh Mawi.

Ramalan : Mawi
Pilihan SM : Mawi
Yang Tak Mungkin Menang : Adam, Hazami & Zahid
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : M.Nasir

VOKAL DUO/BERKUMPULAN PILIHAN

Mawi/M.Nasir
Nikki/Zahid
Ruffedge
Spider/Ella
Too Phat/Siti Nurhaliza

M.Nasir tidak akan pulang tangan kosong malam itu kerana akan menerima tempias gandingannya bersama Mawi. Itu sudah pasti. Namun demikian, saya memilih Nikki/Zahid untuk kategori ini. Bukan untuk menang tetapi sekadar untuk menambah undian mereka. Walaupun mereka saya berikan sedikit harapan untuk menang kategori ini berbanding calon-calon yang lain.

Ramalan : Mawi/M.Nasir
Pilihan SM : Nikki/Zahid
Yang Tak Mungkin Menang : Too Phat/Siti Nurhaliza, Spider/Ella, Ruffedge
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Nikki/Zahid

BAND PILIHAN

Dewa
Exists
Peterpan
Pretty Ugly
Radja

Setiap tahun band dari Indonesia tidak pernah ketinggalan tercalon dalam kategori ini. Cuma tahun ini agak sukar untuk mereka menang kerana pengaruh popularity lagu Diari Seorang Lelaki yang sedang kukuh kekal di tangga paling atas Carta ERA. Namun begitu, saya memilih Dewa untuk kategori ini untuk menambahkan jumlah undi mereka dan bukan untuk menang. Populariti Exists, Radja dan Peterpan agak seimbang dan masing-masing mempunyai sedikit harapan untuk menang juga.

Ramalan : Pretty Ugly
Pilihan SM : Dewa
Yang Tak Mungkin Menang : Dewa, Exists & Radja
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Peterpan

IRAMA GLOBAL PILIHAN

Aduh Saliha - Mawi
Dendang Sahutan - To'Ki/Andy Flop Poppy
Habib Ya Habib - Syura
Hantaran Hati - Bob/Rosiah Chik
Racau Sang Khalifah - Noraniza Idris/Liza Hanim

Kategori ini merupakan kategori hadiah khas untuk Mawi. Tiada satu pun calon yang layak untuk menang kategori ini melainkan Aduh Saliha. Populariti lagu Aduh Saliha dan fenomena Mawi terlalu kukuh untuk dirobohkan oleh sesiapa pun. Walaupun Aduh Saliha menang kategori ini, ia merupakan kemenangan yang bergaya kerana lagu Aduh Saliha memangnya kuat dalam kategori ini.

Ramalan : Aduh Saliha - Mawi
Pilihan SM : Aduh Saliha - Mawi
Yang Tak Mungkin Menang : Semua kecuali Aduh Saliha
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Tiada Harapan

LAGU NASYID PILIHAN

Kehidupan -In-Team/Nazrey (Raihan)
Nawaitu - Rabbani
Satu Misteri - Brothers feat. Waheeda & Yasin
Tanpamu - In -Team
Wahai Kawan - Raihan

Kalau Al-Jannah tercalon dalam kategori ini, pasti ia menjadi milik Mawi juga. Malangnya ia tidak tercalon. Siapa pun yang menang, saya tidak kisah untuk kategori ini kerana saya jarang benar mengambil kisah untuk kategori ini. Ramalan saya hanya untuk lagu Tanpamu – In Team.

Ramalan : Tanpamu – In-Team
Pilihan SM : Tanpamu – In-Team
Yang Tak Mungkin Menang : Al-Jannah - Mawi
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Tiada

ARTIS INGGERIS TEMPATAN PILIHAN

Doul/Adibah Noor
Estrange
Jaclyn Victor
Pop Shuvit
Too Phat

Kategori ini merupakan kategori menang paling mudah untuk Jaclyn Victor atau pun Too Phat. Pop Shuvit walaupun bagus tetapi kelompok pendengar muzik mereka bukannya kelompok pendengar ERA. Sebelum itu, ada berapa banyak lagu Inggeris Jaclyn Victor yang membolehkan beliau dikategorikan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan ? Entah kenapa saya pilih Estrange. Mungkin juga kasihan pada Rich yang teruk dilanyak Bob Lokman dan juga kerana beliau gagal di Konsert AFMASUK.

Ramalan : Jaclyn Victor
Pilihan SM : Estrange
Yang Tak Mungkin Menang : Doul/Adibah Noor & Pop Shuvit
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Too Phat

LAGU ROCK PILIHAN

Aduh Tsumawi - Amuk
Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
Dunia Batinku - Ella/Spider
Iris - Awie
Jujur- Radja

Berdasarkan populariti semasa, lagu Diari Seorang Lelaki hamper pasti menang kategori ini. Lagu-lagu lain adalah sekadar pelengkap untuk kategori ini. Tapi belum tentu juga, kalau-kalau peminat-peminat Mawi bersepakat memilih Aduh Tsumawi kerana ada nama Mawi di dalam tajuk lagu tersebut. Itu sebabnya saya beri sedikit harapan kepada lagu Aduh Tsumawi untuk menang kategori ini.

Ramalan : Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
Pilihan SM : Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
Yang Tak Mungkin Menang : Dunia Batinku, Iris & Jujur
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Aduh Tsumawi - Amuk

LAGU POP PILIHAN

Biarlah Rahsia- Siti Nurhaliza
Caramu - Nikki/Zahid
Kasih - Dayang Nurfaizah
Kian - Mawi
Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi/M.Nasir

Walaupun saya mahu Biarlah Rahsia menang, tapi populariti Mawi sukar untuk digugat. Maka, lagu Kianlah yang akan menang kategori ini. Mana tahu kalau-kalau pecah undi antara lagu Kian dan Lagu Jiwa Lagu Cinta, tentu sekali Biarlah Rahsia ada harapan untuk menang.

Ramalan : Kian – Mawi
Pilihan SM : Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
Yang Tak Mungkin Menang : Kasih
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Caramu & Lagu Jiwa Lagu Cinta

PILIHAN KAKI WAYANG ERA

Baik Punya Cilok
Bujang Senang
Castello
Gol & Gincu
Pontianak Harum Sundal Malam II

Pemenang Filem Box-Office tahun ini ialah Bujang Senang. Pemenang Filem Pilihan tahun ini pula ialah Gol & Gincu. Saya memilih pemenang berdasarkan kualiti dan saya telah pilih Gol & Gincu. Peluang kedua-dua file mini agak seimbang. Dan saya sudah boleh mengagak selera rakyat Malaysia yang gemarkan filem-filem komedi ringan. Harus diingat, Pontianak Harum Sundal Malam pernah menang kategori ini dahulu dan sebab itulah saya meletakkan ada sedikit harapan untuk sekuelnya menang malam itu nanti.

Ramalan : Bujang Senang
Pilihan SM : Gol & Gincu
Yang Tak Mungkin Menang : Castello
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Baik Punya Cilok & Pontianak Harum Sundal Malam II

VIDEO MUZIK PILIHAN

Gemilang - Jaclyn Victor
Kasih Maafkan - Dayang Nurfaizah
Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi/M.Nasir
Mungkir Bahagia - Hazami
Tak Tahu – Adam

Sudah pastilah video muzik yang berlatarkan kenduri kahwin akan menjadi pilihan penonton. Calon-calon lain boleh pulang dengan tangan kosong untuk kategori ini. Saya memilih Tak Tahu kerana kualitinya walaupun saya tahu agak sukar untuk menang ataupun merobohkan benteng kekuatan Mawi dan M.Nasir.

Ramalan : Lagu Jiwa Lagu Cinta – Mawi/M.Nasir
Pilihan SM : Tak Tahu - Adam
Yang Tak Mungkin Menang : Gemilang, Kasih Maafkan & Mungkir Bahagia
Yang Ada Sedikit Harapan Nak Menang : Tiada

KONSERT DARI STUDIO SATU : Bulan OGOS ini……Kembali lagi !!!

Bintang AF4 - 22 OGGOS 2006
Juara AF4 (Faizal)23 OGOS 2006
Kopratasa24 OGOS 2006
Pretty Ugly25 OGOS 2006

Sila hadirkan diri anda pada jam 0700 malam

Di STUDIO 1, ASTRO BUKIT JALIL

Anda semua dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi kehangatan malam tersebut !

Penyertaan dibuka untuk 18 tahun ke atas sahaja.

Penonton lelaki TIDAK dibenarkan memakai selipar atau seluar pendek.

Anda boleh menghantar email sebelum 19 OGOS ke talent_audience@astro.com.my dengan menyertakan :

Nama, No Telefon serta Tarikh Rakaman untuk dihubungi bagi proses pendaftaran.

Cepat sebelum terlambat !!

Entri oleh sultanmuzaffar 16 August 2006 0 komen

Mukhsin : Kembara Waktu Yang Paling Indah
Pengarah : Yasmin Ahmad

Pelakon :
Mohd. Syafie Naswip (Mukhsin)
Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid (Orked)
Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Mak Inom)
Irwan Iskandar (Pak Atan)
Adibah Noor (Kak Yam)
Mislina Mustafa (Makcik Senah)

Sinematografi : Keong Low
Penyunting : Affandi Jamaludin

Seperti Sepet dan Gubra, sekali lagi saya dapat peluang menonton filem terkini kerja tangan Yasmin Ahmad iaitu Mukhsin. Mana mungkin saya lepaskan peluang itu walaupun terpaksa melepaskan siaran Diari Akademi Fantasia. Diari menjadi begitu tidak penting sekali apabila hidangan Mukhsin berada di depan mata. Biarlah ada makhluk lain yang lebih bersemangat untuk meneruskan ulasan hariannya tentang Diari Akademi Fantasia, dan saya lebih senang untuk pergi menonton Mukhsin.

Kalau dalam Sepet ceritanya lebih tertumpu kepada Orked dan Jason, Gubra menjalinkan dua cerita dalam sebuah filem dan kini Mukhsin kembali semula menjadi satu cerita yang lebih fokus. Kisahnya berkisar tentang cinta zaman kanak-kanak.

Sewaktu proses penggambaran dulu, Grand Brilliance ada mempelawa untuk sama-sama konvoi ke Kuala Selangor menyaksikan penggambaran filem tersebut. Malangnya saya tolak kerana ada janji saya bersama Konsert Akademi Fantasia pada hari Sabtu. Takut juga terlewat untuk konsert pada malam harinya. Janji saya bersama Akademi Fantasia, janji yang berbayar. Mahu tidak mahu terpaksa dipenuhi.

Kalau diberikan pilihan 1 hingga 4 untuk memilih antara Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin, sudah pasti kedudukan 2 hingga 4 akan saya biarkan kosong.

Mukhsin lebih hebat kerana saya dibawa ke dalam dunia kanak-kanak yang lebih telus dan jujur. Ada dunia berbasikal keliling kampung, ada dunia galah panjang, ada dunia main kahwin-kahwin, ada dunia panjat pokok dan macam-macam rencam dunia yang dibawa ke layar Mukhsin.

Dunia Mukhsin dan dunia Orked adalah dunia yang pernah kita lalui dan mengembara melaluinya sekali lagi merupakan satu pengalaman yang indah. Zaman cuti sekolah tatkala zaman kanak-kanak adalah kenangan yang paling meriangkan. Keriangan itu menjadi lebih indah apabila bertentang mata dengan Orked.

Satu macam perasaan wujud waktu saya menonton Mukhsin. Perasaan yang sama tiba-tiba datang sewaktu saya menonton Gubra. Ramai orang kata Gubra adalah sekuel kepada Sepet. Mungkin ya, mungkin tidak. Menyedari hakikat Mukhsin mengambil latar Orked sewaktu zaman kanak-kanaknya, maka orang akan mengatakan ia merupakan prekuel kepada Sepet. Mungkin ya, mungkin tidak.

Menonton Mukhsin menyingkap dan membuka banyak persoalan. Kenapa itu ? Kenapa ini ? Kenapa begitu ? Kenapa begini ? Yang pasti saya tersentuh menonton adegan Orked dan Mukhsin bermain layang-layang. Lalu membawa saya terbang ke dalam dunia selepas Mukhsin. Apakah dunia yang dimaksudkan ? Anda harus menontonnya untuk merasakan perasaan indah itu kembali menghampiri anda.

Cinta pasti datang kepada anda walaupun untuk sesaat sahaja dan kemudian akan pergi meninggalkan anda. Yang tinggal hanya melodi keroncong bertajuk "Hujan" dari soundtrack filem ini yang tetap terngiang-ngiang di telinga ini.

Walaupun puas dapat menonton Mukhsin, saya masih belum puas sekiranya belum dapat menontonnya di layar yang lebih besar. Begitu yang saya rasakan bila menonton Sepet dan Gubra di layar yang lebih besar.

Selamat mengembara melalui terowong waktu Mukhsin untuk sama-sama kita mengenali diri kita sendiri. InsyaAllah akan menemui anda di pawagam sekeliling anda pada tahun 2007.

Ulasan Mukhsin : Fadz DiaTulis

Sekadar Impian dan Harapan : Sepet menang di FFM18, Gubra menang di FFM19. Kalau Mukhsin menang di FFM20, lengkaplah hattrick kejayaan milik Yasmin Ahmad.

Sekadar Trivia : Di Festival Filem Malaysia minggu sudah, Dato' Rahim Razali ada menyebut "Setelah 25 tahun Abang pergi, boleh ke kalau saya hidupkan Abang kembali ?"

Abang dengan Rahim Razali, Abang '92 dengan Azhar Sulaiman....siapa calon Abang yang paling sesuai untuk tahun 2007 kalau benar-benar hasrat Dato’ Rahim Razali ingin menghidupkan semula Abang ?

Sedutan dari moNSTerblog : Setelah ucapan tersebut dilontarkan, umum terus melupakan yang Sharifah Amani merupakan pelakon paling muda pernah menang Pelakon Wanita Terbaik. Bakat dan segala usaha beliau seakan-akan tidak diendahkan. Tapi itu sememangnya lumrah manusia. Gubra sering dilihat sebagai pencemar budaya, manakala perkahwinan bertemakan Cinderella (Cinderella-themed wedding) diangkat setiap hari di muka depan akhbar, siaran berita utama tv sebagai penyubur tunjang budaya. Walaupun telah jelas yang Cinderella bukan budaya kita.

Semakin keliru saya dibuatnya...

Entri oleh sultanmuzaffar 15 August 2006 0 komen

Persembahan Akademi Fantasia 4 Pilihan sultanmuzaffar

Sudah hampir 2 minggu tirai Akademi Fantasia 4 dilabuhkan dan saya kini mengalami sindrom tiada kerja walaupun gaji masih jalan !!! Memang membosankan bila rutin harian yang biasa telah tamat dan perlu menjalani hari-hari mendatang dengan rasa bosan. Kalau disuruh pergi Terengganu pun best juga ! (hahahaha). Sambil duduk-duduk melepak, sempat juga melayari internet dan membaca komen-komen di Forum. Ada yang suam, ada yang panas, ada yang tidak cukup masak. Yang pasti komen-komen mereka adalah berdasarkan pemerhatian mereka melalui program-program yang telah disiarkan, baik menerusi Diari, Trek Selebriti, AC Di Sini dan lain-lain lagi. Apa yang sebenarnya terjadi, hanya orang-orang tertentu saja yang tahu. Macam gabungan tajuk lagu Faizal dan Farhan, Lihatlah !! Aku Saja Yang Tahu.

Dalam sesi membuang masa, sempat juga saya singgah melihat apa yang ada di laman web Mentor, One In A Million, American Idol, Survivor, The Amazing Race, Big Brother, La Academia, Academy Fantasia, Akademi Fantasi Indosiar, CSI, Rock Star:Supernova dan macam-macam lagi program realiti tv yang ada untuk mencari apa yang boleh digunakan untuk Akademi Fantasia 5. Huh ! Apakah ini satu petanda yang Akademi Fantasia 5 akan terus menemui anda ?

Berikut adalah persembahan pilihan saya sepanjang Akademi Fantasia 4 yang telah saya klasifikasikan kepada Gred A, Gred B dan Gred C, tanpa mengikut susunan pilihan. Malas nak rank ikut pilihan. Saya hanya masukkan lagu-lagu pilihan dari satu-satu konsert dalam gred yang berkenaan. Ia dimulakan dengan Konsert Prelude dan berakhir dengan Konsert Akhir.

Gred A
Farhan – Route 66
Haziq – Umpan Jinak di Air Tenang
Faizal – Pelangi Petang
Rich – I’ll Be
Faizal - Ingin Tahu
Farhan – Hujan Di Tengah Hari
Lotter - Azizah
Velvet – Langit Ke Tujuh
Farhan – Sayang Di Sayang
Farhan - Still Got The Blues
Faizal - Blues Terengganu Kita
Farhan - Tak Ingin Lagi
Haziq - Buat Sang Puteri
Velvet - Dikir Puteri
Faizal - Dealova
Lotter - Chow Kit Road
Faizal - Smells Like Teen Spirit
Velvet & Farhan - Cinta
Haziq - I Need To Know
Zila - Bisikan Hati
Rich - The Reason
Farhan - Spain
Faizal - Lihatlah
Velvet - Kini Detiknya
Faizal - Hujan

Gred B
Karen – Di Muara Sepi
Velvet - Naluri
Lotter – Sunday Morning
Diddy – Mimpi Yang Tak Sudah
Hazama - Zakia
Liya – One Thousand Million Smile
Zila - Rindu
Velvet – Darah Muda
Zila – Jangan Tinggal Daku
Diddy – Aduh Sayang
Karen – Malam Pesta Muda Mudi
Faizal – Semalam Yang Hangat
Lotter – Ibu Kota Cinta
Zila – Jika Kau Kekasih
Diddy – Lonely No More
Karen – Kerna Terpaksa
Diddy - Memori Luka
Amirul - Yesterday
Velvet - Teman Tapi Mesra
Rich - Mustika
Diddy - Nusantara
Faizal - Wo!
Diddy - Biar Betul
Farhan - Biarlah Rahsia
Faizal - Terharu
Velvet - Sangkar Cinta
Angguk Angguk Geleng Geleng
Faizal - Senandung Anak Laut
Diddy - Airmata Kasih
Velvet - Run Baby Run
Farhan - Kopi Dangdut
Amirul - Sedang Ingin Bercinta
Farhan - Meniti Titian Usang
Pelajar AF4 - Lemas
Leez - Ku Gembira Disampingmu
Velvet - Caramu
Pelajar AF4 - Hips Don't Lie
Haziq - Tak Seindah Wajah
Pelajar AF4 - Bila Rindu
Velvet - Penantian
Pelajar AF4 - Aku Sudah Jatuh Hati
Farhan - Emosi
Diddy - Diari Seorang Lelaki
Karen - Jejaka Idaman
Lotter - Pria Terhebat
Salima - Nour El Chams
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta
Finalis AF4 - Medley Uji Rashid & Hail Amir
Lotter - In The End
Lotter - Yang Berlalu...Tak Berulang
Haziq - Cubit Cubit Sayang
Haziq - Gurindam Anak Muda
Velvet - Rembulan
Farhan - Aku Saja Yang Tahu
Hazama - Bukan Aku Tak Cinta
Shaz - You Raise Me Up
Tasha - Lagu Inul
Leez - Logika

Gred C
Nora – Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Lynn – Kau Pergi Tanpa Pesan
Salima – Syurga Di Telapak kaki Ibu
Leez - Kasih
Shaz – Mungkir Bahagia
Jeff – Picture Of My Life
Tasha – Sangkar Emas
Haider – Untukmu Ibu
Amirul – Biru
Rich – Ai Ai Twist
Salima – Apa Guna Berjanji
Haziq – Tidurlah Permaisuri
Nora - Perwira
Amirul – Dengar Ini Cerita
Amirul - Fiona
Haziq - Kian
Salima – Kushiyon Aur Gham
Rich – Dendang Remaja
Zila - Tak Tercapai Akalmu
Salima - Obsesi
Haziq - Cinta Nusantara
Lotter - Iris
Amirul - Khatulistiwa
Salima - Senandung Hidup Berbudi
Zila - These Boots Are Made For Walking
Lotter - Bertemasya Desa Gemalai
Amirul - Lagu Zaman
Haziq - Juwita Citra Terindah
Salima - Because Of You
Lotter - Bila April
Lotter - Da'Bomb
Pelajar AF4 - To Sir With Love
Haziq - Seruan
Pelajar AF4 - Saya Anak Malaysia
Amirul - Oh No Kamu
Amirul - Jatuh
Amirul - Kurniaan Cinta
Haider - Final Countdown
Lynn - Teratai
Liya - Where Do I Begin
Jeff - Tentang Seseorang

Apa persepsi anda sekiranya saya berkata "Saya akan kelihatan bodoh apabila saya berucap dalam Bahasa Inggeris yang tunggang langgang, oleh itu saya akan berucap dalam Bahasa Melayu." Sekarang, tukar senarionya dan anda akan dapat jawapannya.

Nota : Sudah pasti saya akan mendapat pangkat Datuk walaupun tidak perlu berenang menyeberang Selat Inggeris. (hehehe)

Entri oleh sultanmuzaffar 11 August 2006 0 komen

Ramalan Festival Filem Malaysia 19

1.0 PENGARAH FILEM TERBAIK (Best Director)
Afdlin Shauki (Buli Balik)
Bade Azmi (Bilut)
Bernard Chauly (Gol & Gincu)
Shuhaimi Baba (Pontianak Harum Sundal Malam 2)
Yasmin Ahmad (Gubra)

Ramalan : Yasmin Ahmad (Gubra) (jalinan dua cerita dalam satu filem serta kerja penyuntingan yang teliti menjadikan kerja pengarahan filem ini lebih teratur)
Underdog : Afdlin Shauki (Buli Balik), Shuhaimi Baba (PHSM 2)
Keputusan Rasmi : Shuhaimi Baba (Pontianak HSM 2)

Dari lima filem yang tersenarai dalam kategori ini, saya hanya belum sempat menonton Bilut itu pun kerana filem tersebut belum ditayangkan lagi. Tetapi sudah ada di kalangan kawan-kawan media yang telah menonton filem ini. Dari komen mereka jelas sekali Bilut hanyalah sebuah propaganda Felda yang terlalu menjual Felda kepada penonton. Ia menjadi terlalu dokumentari berbanding Lelaki Komunis Terakhir. Itu kata orang. Kata saya pula, ialah saya belum menonton. Jadi saya komen hanya filem yang telah saya tonton. Saya lebih sukakan hasil kerja Yasmin Ahmad berbanding Shuhaimi Baba dan Afdlin Shauki. Kalau boleh saya letakkan ranking dalam senarai tersebut, saya letak Yasmin di tempat pertama dan diikuti oleh Afdlin Shauki, Bernard Chauly dan kemudian Shuhaimi Baba. Saya mahu sangat melihat Yasmin menang Pengarah Terbaik. Bernard Chauly merupakan pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, maka sepatutnya beliau telah menang Pengarah Harapan sewaktu keputusan kategori ini diumumkan.

2.0 PELAKON LELAKI TERBAIK (Best Actor)
Afdlin Shauki (Buli Balik)
Hans Isaac (Persona Non Grata)
Que Haidar (KL Menjerit 1)
Rosyam Nor (Bilut)
Rusdi Ramli (PHSM2)

Ramalan : Afdlin Shauki (Buli Balik) (Afdlin berjaya membuatkan saya menangis dua kali menerusi filem ini)
Underdog : Rosyam Nor (Bilut)
Keputusan Rasmi : Afdlin Shauki (Buli Balik)

Hanya ada dua pilihan saya. Sama ada Afdlin Shauki atau Rosyam Noor. Saya harus akui Rosyam Noor memang hebat lakonannya. Walaupun belum menonton filem Bilut, saya sekadar membuat andaian yang mutu lakonannya masih tidak berubah. Mana tahu sebaliknya. Saya mengharapkan Afdlin Shauki menang kategori ini. Apabila Que Haidar terpilih dalam senarai lima terbaik ini memberikan petanda bahawa kategori Pelakon Harapan sewajarnya menjadi milik beliau. Adlin Aman Ramlie tidak tersenarai dalam kategori ini ? Beliau harus lebih belajar mengenai ruang ! (hahaha, sekadar berjenaka)

3.0 PELAKON WANITA TERBAIK (Best Actress)
Erra Fazira (PNG)
Maya Karin (PHSM2)
Nur Fazura (G&G)
Sharifah Amani (Gubra)
Siti Shahrizah 'Eja' (Bilut)

Ramalan : Sharifah Amani (Gubra)
Underdog : Maya Karin (PHSM2), Erra Fazira (PNG)
Keputusan Rasmi : Sharifah Amani (Gubra)

Dua nama pilihan saya sudah pasti menjadi milik Maya Karin dan Sharifah Amani. Maya Karin bawa banyak watak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam dan alasan itu sahaja sudah cukup mengukuhkan kedudukannya. Tetapi saya masih mengharapkan kemenangan berpihak kepada Sharifah Amani kerana lakonannya serta mainan emosinya lebih mantap.

4.0 PELAKON LELAKI TERBAIK (Watak Pembantu) [Best Actor (Supporting Role)]
Hans Isaac (Buli Balik)
Harun Salim Bachik (Baik Punya Cilok @ BPC)
Que Haidar (Castello)
Rusdi Ramli (Bilut)
Zul Huzaimy (Remp-It)

Ramalan : Zul Huzaimy (Remp-It) (saya rasa nak baling kasut menonton lakonan Zul Huzaimy dalam filem ini)
Underdog : Hans Issac (Buli Balik) (watak kaki buli yang meyakinkan kecuali pada babak terakhir)
Keputusan Rasmi : Hans Issac (Buli Balik)

Persoalan pertama yang berlegar dalam kotak minda saya apabila hilangnya nama Namron dari senarai ini. Wataknya sebagai bilal amat kuat. Dua nama pilihan saya ialah Hans Issac dan Zul Huzaimy. Walaupun belum menonton Remp-It saya yakin dengan kredibiliti Zul Huzaimy dalam bidang lakonan. Lakonan Hans Issac dalam filem Buli Balik memang memberikan kesan yang kuat kepada Afdlin Shauki dan nampak keserasian mereka berdua. Kemaskini Sabtu : Saya baru selesai menonton Remp-It dan berasa agak yakin Zul Huzaimy mampu membuatkan Hans Issac (Buli Balik) pulang dengan tangan kosong.

5.0 PELAKON WANITA TERBAIK (Watak Pembantu) [Best Actress (Supporting Role)]
Chelsia Ng (Salon)
Ida Nerina (PHSM2)
Noor Khiriah (Gubra)
Sazzy Falak (G&G)
Sharifah Sofia (Gong)

Ramalan : Sazzy Falak (Gol & Gincu)
Underdog : Noor Khiriah (Gubra)
Keputusan Rasmi : Sazzy Falak (Gol & Gincu)

Persoalan pertama saya tertanya-tanya ke mana perginya nama Rozie Rashid ? Lakonan mantap beliau dalam Gubra seharusnya diberikan perhatian. Nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Saya menaruh harapan yang tinggi kepada Sazzy Falak untuk menang kategori ini.

6.0 PELAKON HARAPAN LELAKI (Most Promising Actor)
Cat Farish (Remp-It)
Nicholas Teo (The 3rd Generation)
Pierre Andre (Salon)
Que Haidar (Castello)
Que Haidar (KLM1)

Ramalan : Que Haidar (KL Menjerit 1)
Keputusan Rasmi : Que Haidar (Castello)

7.0 PELAKON HARAPAN WANITA (Most Promising Actress)
Carmen Soo (The 3rd Generation)
Juliana Ibrahim (Gubra)
Liyana Jasmay (Castello)
Raja Farah (Salon)
Sazzy Falak (G&G)

Ramalan : Sazzy Falak (Gol & Gincu)
Underdog : Liyana Jasmay (Castello)
Keputusan Rasmi : Carmen Soo (The 3rd Generation)

8.0 PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK (Best Actor / Actress [Children])
Hafizu Din Hamza (Bilut)
Mohd Shahraen (Gubra)
N. Adruce N. Adelin (Tipah Tertipu The Movie)

Ramalan : Mohd Shahraen (Gubra)
Underdog : Tiada Pemenang (hahaha)
Keputusan Rasmi : Tiada Pemenang

9.0 LAKON LAYAR TERBAIK (Best Screenplay)
Buli Balik (Afdlin)
Gubra (Yasmin)
Gol & Gincu (Rafidah Abdullah)
Man Laksa (Mamat Khalid)
Pontianak HSM2 (Shuhaimi Baba & Haslina)

Ramalan : Gubra
Underdog : Gol & Gincu
Keputusan Rasmi : Gubra

10.0 CERITA ASAL TERBAIK (Best Story)
Baik Punya Cilok (Afdlin)
Bilut (Yusof Noor)
Gubra (Yasmin)
Man Laksa (Mamat Khalid)
Pontianak HSM2 (Shuhaimi Baba)

Ramalan : Gubra (jalinan dua cerita yang cukup berperisa)
Underdog : Man Laksa(subteks yang meletup), Bilut (sekadar propaganda kerajaan)
Keputusan Rasmi : Baik Punya Cilok

11.0 SINEMATOGRAFI TERBAIK (Best Cinematography)
Bilut (Raja Mukhriz)
Gong (D. Raghavan)
Gubra (Keong Low)
Pontianak HSM2 (M. Filus)
The 3rd Generation (Hor Chee Leong)

Ramalan : Pontianak Harum Sundal Malam 2
Keputusan Rasmi : The 3rd Generation

12.0 PENYUNTING TERBAIK (Best Editor)
Baik Punya Cilok (Sukhdev Singh)
Bilut (Bade Azmi)
Castello (Bade Azmi)
Gubra (R. Affandi)
Pontianak HSM2 (Kamaruddin Abu)

Ramalan : Gubra (berjaya menjalinkan dua cerita yang meyakinkan menjadi sebuah filem)
Keputusan Rasmi : Castello

13.0 SKOR MUZIK ASAL TERBAIK (Best Music Score)
Baik Punya Cilok (Afdlin & Ahmad F)
Bilut (Khoo Fok Sin)
Gubra (Hardesh Singh)
Persona Non Grata (Megat Azura)
Pontianak HSM2 (Shamsul Cairel)

Ramalan : Pontianak HSM2 (Shamsul Cairel)
Underdog : Gubra (juri diharapkan dapat memahami makna-makna lirik lagu-lagu asing dalam filem ini yang melengkapkan filem ini menjadi sebuah puisi indah)
Keputusan Rasmi : Bilut

14.0 PENATAAN SENI TERBAIK (Best Art Director)
Bilut (Azwan A)
Gong (Mazlan AL)
Gubra (Rosnah K)
Pontianak HSM2 (Kamarul Nizam)
The 3rd Generation (Hor Kam L)

Ramalan : Gubra
Underdog : Pontianak HSM2
Keputusan Rasmi : Pontianak HSM2

15.0 PENATAAN BUNYI TERBAIK (Best Sound)
Bilut (Azman A)
Castello (Azman AH)
KL Menjerit 1 (Azman Abu Hassan)
Pontianak HSM2 (Ashley Ibrahim)
Remp-It (Ng Kang Wei)

Ramalan : Pontianak Harum Sundal Malam 2 (bunyi pontianak kiri dan kanan serta rakaman bunyi secara langsung perlu diambilkira)
Underdog : Remp-It, Castello
Keputusan Rasmi : Castello

16.0 LAGU TEMA ASAL TERBAIK (Best Original Theme Song)
Baik Punya Cilok (filem BPC) - Afdlin & Pacai
Ku Seru (Pontianak HSM2) - Ajai
Semalam Hari Ini (Bilut) - LY & Baiduri
Sesat Dalam Gelita (Castello) - Zulkifli Mahat
Teruja (Gol & Gincu) - Anton Morgan

Ramalan : Ku Seru (PHSM2) (lagu ini lebih menusuk kalbu)
Underdog : Teruja (Gol & Gincu), Sesat Dalam Gelita (Castello)
Keputusan Rasmi : Ku Seru (PHSM2)

17.0 PEREKA KOSTUM / BUSANA (Best Costume Designer)
Bilut (Izzat Artistic Team)
Gol & Gincu (Izzat Artistic Team)
Pontianak HSM2 (Dee Hasnan)
Rock (Hatim Thai)
The 3rd Generation (Eric Cheong)

Ramalan : Rock (bawa penonton ke zaman 80an dengan berjaya dan tidak terlalu dibuat-buat)
Underdog : Pontianak HSM2
Keputusan Rasmi : The 3rd Generation

18.0 POSTER TERBAIK (Best Poster)
Gubra (Nusanbakti Corp.)
Gol & Gincu (Red Films)
Gong (Sendosh)
Pontianak HSM2 (Pesona Pictures)
The 3rd Generation (Blackbox Pic)

Ramalan : Gubra (mengungkap persoalan dan melengkapkan keseluruhan cerita filem ini)
Keputusan Rasmi : Gubra

19.0 FILEM TERBAIK (Best Film)

Ramalan : GUBRA
Underdog : Pontianak Harum Sundal Malam 2
Keputusan Rasmi : GUBRA

20.0 ANUGERAH KHAS JURI

Penonjolan Stunt Yang Menyerlah : Remp-It
Rekabentuk Idea Jujur dan Inovatif : Man Laksa
Memperkukuhkan Rasa Sayang, Bangga Pada Negara : Bilut
Pengarah Harapan : Syed Azidi (Pesona Non Grata)
Filem Box-Office : Bujang Senang

21.0 ANUGERAH FINAS

Dokumentari Terbaik : Profil Seni Pak Dolah Baju Merah
Filem Animasi Terbaik : Long Lost Love
Filem Pendek Terbaik : Marginal

22.0 ANUGERAH PILIHAN SMS

Filem Pilihan : Gol & Gincu
Pelakon Lelaki Pilihan : Adam AF2 (Main-Main Cinta)
Pelakon Wanita Pilihan : Eja (Bilut)
Lagu Tema Pilihan : Hanya Untukmu (Pesona Non Grata)

Pecahan Anugerah
Gubra : 4
Pontianak HSM2 : 3
Castello : 3
The 3rd Generation : 3
Bilut : 2
Buli Balik : 2
Gol & Gincu : 1
Baik Punya Cilok : 1
Man Laksa : 1
Pesona Non Grata : 1
Bujang Senang : 1
Remp-It : 1

Saya sekadar menjadi penonton Festival Filem Malaysia yang lalu. Cuma tahun ini nyata berbeza apabila saya akan terlibat secara langsung dengan festival ini. Tanggungjawab tidak besar pun, sekadar untuk post-party sahaja. :) Jom makan !

Keputusan Rasmi dikemaskinikan pada jam 2 pagi, 14 Ogos 2006.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 August 2006 0 komen

Ejen016
Episod minggu lepas berakhir dengan sebuah kereta tersadai di tengah-tengah jalan. Kereta siapakah itu ? Saya sendiri tidak dapat menjangkakan kereta milik siapa yang tersadai itu. Drama bersiri ini perlu diikuti dari satu episod ke satu episod untuk mengetahui kesudahannya. Memang cliffhanger drama ini adakalanya membuatkan kita tertanya-tanya.

Dalam badan Dr.Mat sekarang sudah tertanam Dr.Erika. Secara tidak langsung, anasir jahat sudah dapat menjadi pengintip atas setiap perbuatan orang baik. Jangan lupa saksikan sambungan Ejen 016 malam ini jam 9.30 malam di TV3.

Puteri Gunung Ledang The Musical
Teater muzikal yang mencetuskan fenomena ini masih dipentaskan di Istana Budaya. Anda masih boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan teater muzikal ini sekali lagi di http://www.ticket2u.biz ! Saya berpeluang untuk menontonnya semalam dan saya terpesona. Ulasan lanjut akan menyusul esok atau lusa.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 August 2006 0 komen

Konsert Akhir Akademi Fantasia 4 : Faizal Juara Baru AF4 !
Siapa bakal Juara Baru Akademi Fantasia 4 ? Mungkin Faizal, atau Velvet, boleh jadi Farhan, mana tahu Lotter dan tidak mustahil Haziq ! Semuanya di tangan anda. Di tangan saya, saya meletakkan Faizal sebagai Juara Baru, mungkin di tangan anda Velvet, atau Haziq, mungkin juga Lotter dan tidak mustahil Farhan.

Inilah harinya. Semalam saya tidak berpeluang untuk menonton rehearsal kerana terlalu sibuk menyiapkan Media Q&A yang perlu mendapatkan kelulusan peringkat atasan. Anda masih boleh terus mengundi, begitu juga saya. Persaingan antara Faizal, Lotter dan Farhan nampaknya semakin menjadi-jadi. Kata hati anda perlu membuat keputusan segera.

Malam ini bakal menjadi malam yang panjang buat saya. Hingga ke pagi saya akan terus memerah keringat bekerja. Ahad adalah hari untuk bersantai bersama Juara Baru Akademi Fantasia 4, finalis dan bekas pelajar AF4. Tak pergi Konsert Fantasia Mawi ? Apa tu ? (ketawa...)

Saya menonton konsert memang dalam keadaan keletihan. Memang dari jam 10 pagi bekerja. Pagi menguruskan persiapan gerai-gerai Kelab Peminat. Bermula petang, perlu menyelenggara persembahan Showcase. Perlu menculik Zila sekejap untuk ke gerai Kelab Peminatnya. Menjelang 6 petang, perlu menyelesaikan tiket-tiket untuk Pengundi Tertinggi dan dalam waktu yang sama tiket untuk kawan-kawan. Sekitar jam 8 malam, dah rasa macam nak cari katil. Itu sebabnya ada beberapa persembahan yang saya tertidur bersandar di dinding.

Tiada kejutan yang menjadi ingatan dalam konsert akhir kali ini. Tidak macam kejutan gambar Rosma sewaktu persembahan Khai atau kemunculan Johnny. Puas hati melihat Cikgu Corrie menari Menuju Puncak walaupun tersilap step tapi gerak-gerak beliau memang tajam betul. Jauh bezanya berbanding pelajar-pelajar lain.

Spain memang sebuah lagu yang sukar dan atas sebab itulah Farhan sewajarnya mendapat kredit tersebut. Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membawakan lagu tersebut dengan baik tetapi Farhan berjaya membuktikannya.

Persembahan Faizal boleh saya sifatkan sebagai sederhana tetapi masih kukuh jiwanya. Lagu Lihatlah lebih menarik berbanding lagu Hujan kerana lagu Hujan tidak begitu asli nyanyian Faizal. Memang vokalnya cuba disadur dengan vokal Sudirman.

Lagu Kini Detiknya nyanyian Velvet memang best. Saya lihat Velvet berjaya mengalunkan lagu tersebut yang sememangnya indah melodinya serta liriknya.

Persembahan Lotter masih menghiburkan dan Haziq berjaya mencuri perhatian saya menerusi lagu Cubit Cubit Sayang.

Saya lebih puas dengan persembahan Hazama, Shaz, Tasha dan Leez. Bukan selalu dapat dengar mereka menyanyi dan mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.

Keputusan ? Tidak begitu mengejutkan. Mereka ada masa seminggu bersama saya untuk terus mengikuti program publisiti Astro sebelum berpindah tangan kepada Maestro.

Pilihan SM
Farhan - Spain
Faizal - Lihatlah
Velvet - Kini Detiknya
Faizal - Hujan
Lotter - In The End
Lotter - Yang Berlalu...Tak Berulang
Haziq - Cubit Cubit Sayang
Haziq - Gurindam Anak Muda
Velvet - Rembulan
Farhan - Aku Saja Yang Tahu

Nota : Kalau ikutkan hati, saya hanya pilih Top 5 sahaja. Persembahan lain boleh membuatkan saya tertidur sekejap-sekejap.

Pilihan Prelude
Hazama - Bukan Aku Tak Cinta
Shaz - You Raise Me Up
Tasha - Lagu Inul
Leez - Logika
Haider - Final Countdown
Lynn - Teratai
Liya - Where Do I Begin
Jeff - Tentang Seseorang

Nota : Kalau ikutkan kepuasan, persembahan Hazama, Shaz dan Tasha sudah mampu mengatasi persembahan Farhan dengan lagu Spain.

Saya pulang sekitar jam 5.30 pagi ! Hari Ahad jam 4 petang menghabiskan masa santai bersama bintang-bintang baru AF4. Saya lebih puas bermain watergun bersama Dr.Fazley, Cikgu Syafi, Cikgu Corrie, Cikgu Kevin, bintang-bintang AF4 serta mengikuti beberapa sesi lain. Tandatangan atau ucapan, semua orang boleh dapat. Dan saya pulang ke rumah sekitar jam 11 malam. Gambar ? Nanti-nantilah. Penat masih belum hilang lagi.

Puas apabila Akademi Fantasia telah selesai, tetapi saya masih belum puas hati. Ada banyak lagi yang boleh dibaiki tetapi banyak yang telah dipelajari. Ia merupakan satu proses pembelajaran. Nantilah saya bercerita tentang pengalaman-pengalaman itu. Banyak ! Macam-macam ! Yang datang dan yang pergi ! Itulah hidup.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2006 0 komen

Aduh Sibuknya !

Hari ini merupakan hari terakhir untuk menyiapkan segala persiapan. Esok sudah berkampung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pagi ini harus menyiapkan segala urusan panggilan telefon kepada Pengundi Tertinggi dan segala urusan siaran akhbar/maklumat-maklumat terkini Akademi Fantasia. Saya tidak sabar-sabar untuk bertemu wakil kelab peminat Faizal, Farhan, Zila, Haziq dan Lotter petang ini. Malam ini pula Rehearsal Terakhir. Apalah yang boleh saya harapkan lagi.

Sempat juga melarikan diri semalam ke tayangan eksklusif Mukhsin, filem terbaru arahan Yasmin Ahmad. Segala imej masih di dalam kepala tetapi masih belum berkesempatan untuk dilahirkan menerusi tulisan. Mungkin Fadz punya kesempatan itu.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 August 2006 0 komen

Kini Detiknya !

Tajuk: Kini Detiknya
Artis: Velvet
Pelajar: Velvet

Lagu : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya

Bintang di langit terindah
Melambai kau yang bersedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi di awan menanti kau dendangkan lagu cinta

Gemakan hati bergetaran
Hembuskan nafas sedamainya
Biar sang burung bersinggahan
Di halaman cinta
Sambil menyanyikan simfoni rindu

Chorus :
Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan.janji

Buka rahsia hatimu
Kau luaskan kepercayaan
Tiada lagi sempadannya
Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta

Bridge :
Tak perlu kenang lagi derita lama
Tak perlu ada keraguan sewenang menghalang
Atas nama cinta tanpa curiga..berjanjilah

Lagu ini kalau disampaikan dengan penuh penghayatan dan semangat oleh Velvet pasti meletup. Lagu ini juga lebih mesra di telinga saya. Sekali dengar sudah boleh suka berbanding lagu-lagu baru yang lain. Kalau vokal Velvet lebih teratur dan jelas sebutannya malam Final nanti, pasti nyanyiannya akan menjadi ingatan sepanjang Akademi Fantasia. Setakat musim keempat ini, tiada satu pun finalis perempuan yang telah berjaya membawakan lagu baru mereka dengan baik. Nija bernasib baik kerana mendapat lagu baru berentak rock. Linda dan Farah gagal meyakinkan saya. Marsha terlupa lirik dan Amylea tidak mendapat lagu yang mesra di telinga saya. Maka, saya mengharapkan Velvet mampu melakukan kejutan malam Final nanti.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 August 2006 0 komen

Diari Akademi Fantasia 10 03&04

Tepat jam 7.30 malam, saya menerima satu SMS. "Minta Astro check balik lirik lagu utk Faizal. Takut jadi isu." Dapat SMS waktu Maghrib ! Mula-mula saya macam malas nak ambil pusing dengan SMS tersebut pasal yang hantar boleh tahan antinya terhadap Faizal.

Saya pergi laman web AF. Memang ada lirik lagu di situ. Saya klik dan baca.

Tajuk: Lihatlah
Artis: Faizal
Pelajar: Faizal
Lagu : M.Nasir Lirik : Loloq

Kepadamu Tuhan aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu

Bukan ku tak percaya
Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya

Lihatlah hujan yang turun putih berkilau
Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu

Lihatlah
Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku
Baca sekali lalu, fikiran saya terbayang kau yang kedua adalah merujuk kepada kekasih penyanyi lagu tersebut. Bila dua kali saya baca, subjek pada rangkap pertama ialah Tuhan dan kau pada baris kedua secara tidak langsung merujuk kepada Tuhan. Begitulah seterusnya pada rangkap kedua, dan seterusnya. Ia tetap merujuk kepada Tuhan. Mana mungkin seorang penyanyi boleh membayangkan tentang wajah Tuhannya. Ini merupakan satu isu yang agak serius.

Tanpa berlengah, saya terus bertemu dengan Penerbit memaklumkan tentang kepincangan lirik lagu tersebut. Tiga minit perbincangan berlangsung. Tidak lama. Memang lirik yang ada dalam laman web adalah lirik yang saya dapat dari produksi. Panggilan telefon dibuat terus kepada Loloq. Loloq tanya siapa yang buat aduan. Saya cakap saya tidak kenal pengirim SMS tersebut. Dibacakan lirik lagu yang tertaip di atas kertas satu-persatu. Dengan pantas, Loloq mengesan kesilapannya.

Rupanya tertinggal sukukata "ku" selepas perkataan Tuhan.

Lirik sebenarnya,
Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu
Ini secara tidak langsung mengubah makna lirik lagu tersebut. Ia bermula dengan permohonan penyanyi kepada Tuhannya agar rindunya kepada kekasihnya diterima. Dan seterusnya ia merujuk kepada kekasih penyanyi tersebut sebagai subjek.

Lihatlah ! Chewah ! Macam tajuk lagu Faizal pulak. Bagaimana satu sukukata mampu untuk mengubah keseluruhan cerita dalam lagu tersebut. Bagaimana pula dengan satu tingkah laku yang tentunya boleh merungkai pelbagai persepsi untuk ditelah oleh kita selaku penonton. Makna zahir, makna batin hanya kita sendiri yang tahu. Lihatlah dengan mata halus bukan dengan pandangan rambang.

Juga, bagaimana saya mengambil serius satu komen yang membina agar perubahan kepada lirik tersebut dapat dilakukan. Saya anggap ia satu komen yang membina. Benar-benar membina. Kalau setakat komen yang menghancurkan serta bersifat mencerca, saya sekadar membakul-sampahkannya.

Terima kasih pengirim SMS kerana berjaya melakukan satu perubahan yang positif.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger