Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 January 2007

Berangan-Angan (Eureka Part II)

Sejujurnya, saya telah ditawarkan untuk memberanikan diri untuk satu lagi jawatan baru. Saya tidak terus kata ya. Saya tanya kepada beberapa orang. Persekitarannya masih sama. Cuma tanggungjawabnya lebih besar. Bukan saya tidak suka dengan persekitaran sekarang. Saya selesa dengan persekitaran sekarang yang lebih kepada dunia televisyen. Bidang teknologi dalam televisyen juga berkembang pesat sejak akhir-akhir ini dan saya harus terus berlari dan bukannya bertatih. Seperti cepatnya teknologi maklumat mengalir, teknologi televisyen sama juga.

Saya sebenarnya puas di sini. Buat sesuatu yang baru. Terus terang saya tidak terlibat dengan sebarang produksi. Apa saja yang terpancar di skrin televisyen anda adalah milik penerbit. Saya tidak terlibat langsung. Ya, mungkin ada sekali-sekala buah fikiran rakan-rakan sepasukan turut diminta untuk mendapatkan pandangan kedua. Untuk saya memilih apa yang perlu disiarkan, bukan bidang tugas saya.

Berbalik kepada cerita asal, saya kini dilanda penyakit angan-angan. Mungkin agaknya tugas baru itu lebih dekat dengan hati saya, maka saya terbawa-bawanya sampai ke tidur. Dalam kepala saya telah mula merancang jalan-jalan yang akan dibina, dalam telinga saya telah mula menangkap idea-idea baru yang akan dipraktikkan, dalam mata saya telah mula membayangkan kejayaan dan dalam lidah saya telah mula merasa hasilnya. Itulah antara angan-angan saya sepanjang hari.

Sesekali saya akan menghubungi sidekick saya. Sidekick saya ini pun merupakan sidekick yang masih dalam perancangan. Lucunya, dia pun berangan-angan perkara yang sama. Kata DK (orang yang benar-benar mahu melihat saya mendapat tugas baru tersebut), itu maknanya saya punya minat yang benar-benar mendalam untuk tugas baru tersebut. Walaupun dua-dua masih belum terjamin tempat untuk tugas baru tersebut.

Saya agak yakin, jika sidekick saya ini dan saya sendiri berjaya; kami pasti mahu melakukan sesuatu yang terbaik demi industri. Saya harus banyak bergantung harapan dengan pengalaman luas yang ada pada sidekick saya itu. Sudah 13 tahun beliau bergelumang dengan dunia ini sedangkan saya masih terlalu baru.

Pengalaman kami saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Dia guru dalam dunia hiburan, saya tahu tentang dunia teknologi maklumat. Jika digabungkan, kuasa tarikannya pasti luar-biasa. Itu yang saya harapkan.

Saya kata saya telah jumpa apa yang saya mahu. Walaupun teknologinya sedikit melangkah ke belakang berbanding dengan teknologi media baru yang sedang saya usahakan sekarang, saya pasti ini rumah saya. Cuma ada beberapa kemahiran yang perlu saya tingkatkan lagi. Kata AZ, budak tu tak boleh bercakap dengan baik, dia boleh tulis email yang baik tapi tak boleh jadi pengerusi mesyuarat! Saya akui ada benarnya !

Dulu EI pernah beri nasihat kepada saya, agar robohkan tembok yang mengelilingi diri sendiri. Tembok itu terlalu tebal. Tembok itu boleh runtuh tapi perlukan masa. Bukan senang untuk kenal siapa orang-orang di sekeliling kita yang memakai pelbagai rupa bentuk topeng. Masa masih saya perlukan untuk mengenali topeng-topeng di sekeliling saya.

Angan-angan saya belum pernah terhenti. Kata Waltz Disney, “If you can dream, you can do it !”. Saya lebih yakin dengan kata-kata beliau yang ini, “It's kind of fun to do the impossible!”

Eureka ! I found it ! 

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger