Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 15 March 2007

Diari Akdemi Fantasia Ep.3

Tentu ramai yang masih ingat akan semangat setiakawan yang telah ditunjukkan oleh pelajar AF1 sewaktu membantu Nana membawakan lagu Kini Kau Tiada (Sarimah). Memang jelas dan terserlah semangat tersebut sehingga semangat itulah yang menjadi identiti Akademi Fantasia. Semalam saya dapat melihat semangat itu bila pelajar lelaki sama-sama menjadi penyanyi latar untuk Dafi dalam lagu Uptown Girl. Sebagai permulaan dalam setiap latihan persembahan, saya nampak ada usaha untuk menjadikannya contoh untuk minggu-minggu akan datang.

Saya melihat ada kesungguhan dalam diri pelajar lelaki. Bila berlatih menyanyi, mereka berlatih. Bila berlatih menari, mereka cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Itulah yang ingin kita lihat.

Jadi lupakan hasrat untuk menjadikan pelajar perempuan seorang Juara setelah melihat apa yang disiarkan semalam. Pelajar perempuan lebih menghabiskan masa mereka dengan bermain-main. Bukan berlatih lagu sendiri tetapi sama-sama enjoy membuang masa dengan menyanyikan lagu orang lain. Kalau sekadar 5 minit boleh juga tahan, ini hampir lebih 20 minit ditayangkan situasi tersebut.

Bilik Pengakuan nampaknya sudah ada tetamu pertama. Pelik kan? Zana menangis-nangis kerana rindukan kucing. KUCING ! Baru seminggu berpisah dengan kucing sudah menangis. Bukannya jauh. Kuala Lumpur saja. Yang lebih pelik bila segmen sebelum ini disiarkan pelajar perempuan tengah enjoy sakan dengan bermain-main lagu-lagu masing-masing. Itu yang pelik. Macam ada split personality. Sebelum ini happy, alih-alih menangis !

Kelas Tarian pula nampaknya dimonopoli oleh seorang pembantu Linda Jasmine. Selalunya apa tugas Pembantu ? Apa beza Pengajar dan Pembantu ? Pengajar ialah pengajar dan yang memberikan tunjukajar. Pembantu ialah mereka yang membantu untuk membaiki step-step tarian yang telah direka oleh Linda Jasmine. Tapi nampaknya, pembantu pula yang lebih-lebih. Pelajar seharusnya lebih serius dalam kelas tarian. Menjadikan satu koreografi lebih sempurna untuk 16 orang pelajar memangnya sukar. Pasti ada yang buat onar yang akan membuatkan mata tidak sedap pandang. Tapi kalau disertakan dengan latihan yang cukup, pastinya tarian tersebut akan menjadi lebih baik. Hasilnya yang ditunggu-tunggu oleh penonton. Lagu keramat Menuju Puncak bukan lagu yang sebarangan. Lagu itu lagu berhantu !

Drama Survivor yang sepatutnya menjadi tonggak Debat Akademi Fantasia malam ini agak hambar. Wajarkah Fatin dan Aswad membuat persembahan pada hari Sabtu ini? Itu soalannya. Akal manusia yang waras pasti akan menjawab. Tidak wajar. Kenapa ? Kerana mereka tidak sihat. Itu bukan apa yang kita mahu. Kita mahu melihat pendapat mereka, wajarkah Fatin dan Aswad diberikan peluang kedua di Konsert akan datang. Itu yang kita mahu tahu.

Harapan saya mahu melihat lebih banyak latihan serius dilakukan oleh pelajar lelaki. Mereka nampak lebih serius. Ada semangat untuk belajar. Kematangan pelajar lelaki lebih terserlah berbanding pelajar perempuan.

Rasanya ada banyak yang pasti anda kurang berpuas hati dengan Diari semalam. Jika anda menonton, senaraikan di ruangan komen.

Malam ini merupakan malam penentuan nasib Fatin dan Aswad. Dalam Debat Akademi Fantasia yang boleh disifatkan sebagai Mahkamah Keadilan untuk mereka. Wajarkah Fatin dan Aswad diberikan peluang untuk meneruskan pengajian di Akademi Fantasia ? Saya merasakan ada kewajaran untuk mereka meneruskan pengajian mereka. Tempoh 2 hari berada di dalam Akademi tidak cukup sebagai bekalan kepada mereka sekiranya mereka tersingkir.

Kita ada tanggungjawab sosial kepada mereka untuk meneruskan impian mereka untuk meneruskan pengajian mereka di dalam Akademi Fantasia. Itu tanggungjawab sosial mereka memberikan mereka pendidikan.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Debat Akademi Fantasia Minggu 1 hari ini. Antara tetamu jemputan yang bakal menjadi panel ialah dua orang wartawan yang agak popular di dalam Fail Sulit AF.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger