Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 April 2007 0 komen

Lagu Terkini : Konsert 8

Aku Takkan Bersuara - Nike Ardilla : Dinyanyikan oleh Mila
Jangan Cepat Marah - Aznil Nawawi : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar (L)
Wajah Rahsia Hati - Fauziah Ahmad Daud : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar (P)
Perhaps Perhaps Perhaps - Lila Downs : Dinyanyikan oleh Candy
It's Gonna Be Me - N'Sync : Dinyanyikan oleh Dafi
Kaulah Segalanya - Hazrul Nizam : Dinyanyikan oleh Shawal
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats : Dinyanyikan oleh Ebi
Kesal - Ella : Dinyanyikan oleh Heliza
Korban Cinta - Aris Ariwatan : Dinyanyikan oleh Aswad

Ada sebuah lagu bonus iaitu Phantom Of The Opera terpaksa digugurkan dan digantikan dengan lagu yang lain. Antara persembahan yang ditunggu-tunggu ialah Kaulah Segalanya dari Shawal, Kisah Kau Dan Aku dari Ebi, It's Gonna Be Me dari Dafi, Perhaps Perhaps Perhaps dari Candy, Wajah Rahsia Hati dan Kesal dari Heliza.

Memang semua pelajar merasakan penyingkiran yang berlaku semalam tidak sepatutnya berlaku. Siapa yang patut keluar ? Pelajar seperti Candy, Mila sanggup bertukar tempat.

Iceberg !
Apa yang kita tonton dalam Diari hanyalah 10%. Selebihnya yang kita tidak tonton ada lagi 90%. Tapi apa yang dinilai melalui program Diari itulah yang menjadi penyebab kepada penyingkiran jika penilaian sikap dinilai. Itulah Akademi Fantasia. Kalau tak mahu orang menilai sikap, jangan buat Diari. Kalau mahu mencipta juara yang boleh menyanyi, jangan buka undian lama-lama.

Macam sembang-sembang kosong saya padanya pagi tadi. "Prove them wrong !!!" Semuanya bermula hari ini. Pastikan orang lain kenal lagi 90% yang mereka tidak nampak dalam Diari. Ada banyak contoh. Dulu semua orang suka Zahid bila di dalam Akademi, bila Zahid keluar macam-macam cerita negatif keluar tentang Zahid. Begitu juga dengan Faizal. Penonton AF lihat Faizal seorang yang datang dari kampung, naif dan blur, tetapi bila sudah mengenalinya di luar, ada macam-macam cerita yang keluar tentang Faizal. Macam-macam ada. Dulu di sini nama Reza memang sering jadi mangsa kerana sikap dia dalam Diari, tapi di mana Reza sekarang ?

Pengumuman

Anda sedang dicari !

Jika anda seorang Doktor (Dr.), Peguam, Jurutera (Ir.)
atau berjawatan dalam bidang Profesional !
Jika anda ada kawan-kawan seperti yang diatas !
Berminat untuk berdebat dalam topik Akademi Fantasia !
Ada keberanian untuk muncul secara langsung (live) di televisyen !
Kemampuan berdebat secara profesional !
Anda bakal berhadapan dengan penggiat muzik profesional,
pengkritik tetap dan bintang AFMASUK !
Paling Penting : Anda mestilah Pembangkang kepada AFMASUK !

Sila hubungi saya secepat yang mungkin atau tinggalkan komen di bawah.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 April 2007 0 komen

Live Update! Muzik Malaysia Di Konsert 07

Malam Pengkritik Menangis

Malam Mereka Menangis

Malam Malaysia Menangis

Inikah Bakat Yang Anda Inginkan ?

Teaser
Perubahan baru dengan penggunaan butang biru yang diperkenalkan kepada penonton mencetuskan kehangatan ! Apa pula kejutan yang akan berlaku di Konsert 07 ? Jangan berasa selesa dengan undian pelajar-pelajar kesayangan anda. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Nasib mereka di tangan anda. Jari anda menjadi juri untuk mereka.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Konsert 07 Akademi Fantasia 5 yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan MBPJ pada hari Sabtu, mulai jam 9 malam dan akan dipancarkan secara langsung terus ke TV anda menerusi Astro RIA ! Pastikan juga anda bersama Laman Web Rasmi AF5 untuk lapor siar secara langsung malam ini, 9-12 tengah malam !

Dapatkan lirik lagu-lagu yang bakal didendangkan oleh 8 pelajar Akademi Fantasia 5 di Galeri Lirik.

Malam ini saya dan 2 jurugambar AF5 akan cuba melaksanakan impian untuk membuat Live Update ! di Laman Web Rasmi AF5 dan blog ini anda boleh berbincang. Saya harap ianya akan menjadi kenyataan.

Sebelum Konsert
Ebi 17%
Dafi 17%
Aizat 14%
Shawal 13%
Heliza 10%
Aswad 10%
Candy 10%
Mila 9%

Selepas Konsert
Ebi 17%
Aswad 14%
Mila 13%
Candy 13%
Dafi 12%
Heliza 11%
Shawal 11%
Aizat 10%












Persembahan Pilihan SM

1. Penyu Menangis – Aswad
3. Joget Kaki Lima – Shawal
4. Joget Angan Tak Sudah - Dafi
5. Joget Si Pinang Muda – Semua Pelajar
6. Joget Pahang – Semua Pelajar
7. Dondang Dendang – Mila
8. Rindu Merindu – Heliza
9. Tari Silat Melayu - Candy
10. Berdendang Dalam Tangisan - Ebi

Album Terbaik AIM14, Album Pop Terbaik AIM14

Entri oleh sultanmuzaffar 26 April 2007 0 komen

Debat Akademi Fantasia Minggu 7 : Kelab Peminat

Teruskanlah sokongan anda.

Saya membesar dengan AF. Sifat kekeluargaan dalam AF1 dan AF2 adalah yang paling best. Zaman itu yang paling happening sekali.

Yang paling penting dilakukan oleh Kelab Peminat sekarang adalah merancang strategi untuk mengundi.Buatlah apa yang anda suka. Bila mereka melangkah keluar nanti, peminat mereka akan sokong pelajar lain.

Ada yang saya kenal, dari Farah ke Farhan, dari Khai ke Kaer, dari Felix ke Haziq ke Ebi, macam-macam.

Siapa nak nombor-nombor peminat-peminat AF5 yang sibuk Chat@15 ? Saya ada senarai penuh ! (hahaha)

Senarai Fanclub

http://www.nonifc.com/
http://www.aswadfrenzy.com
http://www.helizafc.com/
http://www.dafi-fc.com
http://candyaf5.blogsome.com/
http://shawal-af5.blogspot.com/
http://www.ebikornelis.com

Entri oleh sultanmuzaffar 25 April 2007 0 komen

Daulat Tuanku !

Image Hosted by ImageShack.us

Rizal Mengorak Langkah

Image Hosted by ImageShack.us

Rizal nak berlakon...

Image Hosted by ImageShack.us

Sik Cayak Kah ?

Image Hosted by ImageShack.us

Apa pandang-pandang ? Serius boleh,

Image Hosted by ImageShack.us

Komedi pun boleh

Image Hosted by ImageShack.us

Original vs Photoshop

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Tidak sempat menonton Diari kerana menonton persembahan Secretaries Week Dato' Siti Nurhaliza. Bila membaca ulasan dari satu forum, memang berbaloi rasanya tidak menonton Diari tersebut.

Eh! Dah habis dah!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Kredit Foto : Forum Cari

Entri oleh sultanmuzaffar 23 April 2007 0 komen

Anugerah Industri Muzik 14 : Hadapi Dengan Senyuman

Bukan tiada cerita yang menarik dalam Diari malam ini, cuma sekadar ingin menukar angin. Ramai yang angin bila tonton Diari semalam kerana ganjaran yang diberikan. Salah ? Tiada yang salahnya tentang ganjaran tersebut. Pelajar-pelajar yang telah mendapat ganjaran merupakan pelajar yang telah memberikan persembahan yang terbaik mereka pada minggu tersebut dan sememangnya mereka layak untuk mendapat ganjaran tersebut.Isu yang lain pula timbul, bila peminat mempersoalkan kenapa sewaktu Ebi memberikan persembahan yang terbaik tiada ganjaran ? Itu semua cerita lepas. Sudah jadi sejarah. Semua orang tahu Akademi Fantasia suka melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Adil atau tidak, bukan perkara utama. Yang pastinya penilaian telah dibuat berdasarkan persembahan Ebi untuk minggu tersebut dan bukannya persembahannya yang terdahulu. Dan jika dinilai, Ebi seharusnya dihukum kerana persembahannya semakin menurun. Kelebihan Ebi ialah beliau masih di tangga pertama kedudukan selepas berakhirnya konsert. Itulah ganjaran yang telah anda berikan untuk Ebi yang secara sedarnya tidak diketahui oleh Ebi. Ganjaran lebih besar menanti Ebi sekira peminatnya terus memberikan ganjaran ini hingga Konsert Akhir.

Ganjaran memang boleh menaikkan semangat dan boleh menyebabkan pelajar lupa diri. Dafi yang diberikan ganjaran pada minggu pertama, apa jadi sekarang ? Persembahannya masih di tahap biasa. Tidak menghasilkan apa-apa kekaguman. Apakah kerana Dafi merasakan dirinya masih berada di atas ? Mungkin juga Dafi sedar yang dia kini tidak lagi berada di tangga teratas kesan dari sign language yang telah disampaikan oleh orang-orang tertentu.Dua orang pelajar tidak mendapat ganjaran semalam. Ebi, Aswad dan Heliza. Bagaimana perasaan mereka sekarang ? Down ? Atau semakin bertambah membara untuk minggu ini untuk membuktikan sesuatu ? Atau membiarkan sahaja perasaan itu pergi ? Merasa down adalah satu tindakan yang merugikan kerana mereka sepatutnya lebih bersemangat mahu membuktikan sesuatu. Itu lebih baik.

Ganjaran juga adakalanya melekakan peminat. Mereka mudah berasa selesa dengan ganjaran yang telah diberikan, lalu mereka merasakan tidak perlu mengundi. Sentiasa berasa selesa dengan kedudukan teratas bakal merugikan pelajar dan juga peminat. Lihat apa yang telah terjadi kepada Shawal. Berada di kedudukan selesa belum tentu menjamin kedudukan yang selesa selepas konsert. Lebih memburukkan keadaan jika persembahan pelajar ala kadar sahaja.

Apakah peminat perlukan alarm-clock seperti yang berlaku kepada Shawal untuk bangun dari tidur dan mula membuka langkah ? Hasilnya minggu ketujuh menyaksikan kebangkitan peminat Shawal. Begitu juga apa yang berlaku kepada peminat Dafi. Shawal dan Dafi merupakan antara pelajar yang berada di kedudukan tidak selesa selepas konsert minggu lepas.

Apa yang berlaku kepada Ebi boleh saya sifatkan sama seperti apa yang berlaku kepada Kaer di AF2. Kaer memberikan persembahan yang baik pada minggu-minggu awal sebelum menjunam dan peminatnya lari kepada Zahid. Apakah itu yang anda mahukan ?

Mahu mengakuinya atau pun tidak, drama telah pun tercetus dalam Akademi Fantasia musim ini. Drama-drama emosi inilah yang akan menggerakkan penonton mengikuti AF sampai habis. Drama ibu tunggal Mas telah menyatukan seluruh peminat Akademi Fantasia yang mahu melihat pelajar yang lebih layak untuk terus kekal dalam Akademi Fantasia. Drama blogger diugut juga telah mencetuskan gelombang undian dari pihak pelajar yang tersebut. Drama Shawal berada di kedudukan maut juga telah mencetuskan kesedaran di pihak peminat Shawal. Jika gelombang ini berterusan, apakah kita selaku peminat pelajar akan terus berdiam diri dan sekadar melihat drama-drama ini berlalu begitu sahaja ?

Anda harus bijak rancang strategi. Jalankan strategi tersebut dan bukannya menyalahkan pihak lain hanya kerana anda tidak merancang strategi anda dengan baik.

BEST NEW ARTISTE/ARTIS BARU TERBAIK
Bob
Farhan
Fazli Zainal
Izwan Pilus
Sean Ghazi

PILIHAN 1 - Sean Ghazi

BEST VOCAL PERFORMANCE IN AN ALBUM (MALE)/PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
Bob (Hantaran Hati)
M. Nasir (Sang Pencinta)
Reshmonu (Superfine)
Saleem (Epigoni)
Sean Ghazi (Sean Ghazi - Semalam)

PILIHAN 1 - M. Nasir (Sang Pencinta)
PILIHAN 2 - Sean Ghazi (Sean Ghazi - Semalam)

BEST VOCAL PERFORMANCE IN AN ALBUM (FEMALE)/PERSEMBAHAN VOCAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Aishah (Kurnia)
Farhan (Best of Farhan)
Jaclyn Victor (Inilah... Jac)
Noryn Aziz (Alam Maya)
Siti Nurhaliza (Transkripsi)

PILIHAN 1 - Siti Nurhaliza (Transkripsi)

BEST GROUP VOCAL PERFORMANCE IN AN ALBUM/PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DUO ATAU BERKUMPULAN
Firdaus (Dunia Yang Lebih Indah)
Hijjaz (Pelita Hidup IV - Perjalanan)
Khafi (Satu Jengkal)
KRU (10 Di Skala Richter)
Raihan (Tawakkal)

PILIHAN 1 - Raihan (Tawakkal)

BEST ALBUM COVER/KULIT ALBUM TERBAIK
Ad Verse (Transkripsi - Siti Nurhaliza)
Carl Dunford & Ling (Superfine - Reshmonu)
Marcus Ericsson (Television - Pete Teo)
Nizam Rahmat (Gothik Malam Edan - Search)
Nizam Rahmat (Ikon - Amy)

PILIHAN 1 - Ad Carl Dunford & Ling (Superfine - Reshmonu)
PILIHAN 2 - Marcus Ericsson (Television - Pete Teo)

BEST ENGINEERED ALBUM/RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Alip, Mamak, Omi, Kamal & Zairie (Analogi - Kristal)
Fadzli, Fauzy, Zairie, Roslan Aziz, Marzuki & Peter Chong (Sang Pencinta - M. Nasir)
Hadie Lizard, Zairi Ariffin & Alfie Zainal (Gothik Malam Edan - Search)
Mamak, Kamal & Zairie (Rock Yeh Yeh 60an - Kristal)
Phil Punch, Peter Chong & C.L. Toh (Sean Ghazi - Semalam - Sean Ghazi)

PILIHAN 1 - Phil Punch, Peter Chong & C.L. Toh (Sean Ghazi - Semalam - Sean Ghazi)
PILIHAN 2 - Fadzli, Fauzy, Zairie, Roslan Aziz, Marzuki & Peter Chong (Sang Pencinta - M. Nasir)

BEST MUSIC VIDEO/MUZIK VIDEO TERBAIK
Andy Mak (Caramu - Nikki)
Jordan Suleiman (Lost In America - Pete Teo)
Osman Ali (Bisakah - Siti Nurhaliza)
Tate Mario Ghazi (Ku Impikan Bintang - Sean Ghazi)
Tate Mario Ghazi (Semalam - Sean Ghazi)

PILIHAN 1 - Osman Ali (Bisakah - Siti Nurhaliza)

BEST ETHNIC POP ALBUM/ALBIM ETNIK POP TERBAIK
Satu Taakulan (Natasha - S. Atan & Pak Ngah)
Syahda Berdendang (Syura - Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)

PILIHAN 1 - Syahda Berdendang (Syura - Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)

BEST NASYID ALBUM/ALBUM NASYID TERBAIK
Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan - Omar Nawab, Ali Hussien Mawla)
Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (Mawi - Othman Mahmood & Arab)
Dunia Yang Lebih Indah (Firdaus - Faizal Tahir, Akmal Mirwana, Isman Isam, Haris Isa Firdaus & Zulkfli Majid)
Pelita Hidup IV - Perjalanan (Hijjaz - Munif Ahmad, Faizal Osman & Isman Isam)
Tawakkal (Raihan - Bakafro & Farihin Abdul Fatah)

PILIHAN 1 - Tawakkal (Raihan - Bakafro & Farihin Abdul Fatah)

BEST POP ROCK ALBUM/ALBUM POP ROCK TERBAIK
Analogi (Kristal - Kristal & Bong)
Epigoni (Saleem - Umarul Mahdzar)
Gorr...Renng Jer (Chobib - Chobib)
Janjiku (Sofaz - Sofaz)
Sang Pencinta (M. Nasir - M. Nasir)

PILIHAN 1 - Sang Pencinta (M. Nasir - M. Nasir)

BEST HARD ROCK ALBUM/ALBUM HARD ROCK TERBAIK
2 Juta (Amuk - DB Production, Neves & Jenny Chin)
Gothik Malam Edan (Search - Edrie Hashim & M. Nasir)
Kuasa (F.T.G - F.T.G)
Live & Unplugged at Planet Hollywood 06 (Lefthanded - Boon Tan & Rosmin Hashim)
Rock Yeh Yeh 60an (Kristal - Kristal & Bong)

PILIHAN 1 - Gothik Malam Edan (Search - Edrie Hashim & M. Nasir)

BEST POP ALBUM/ALBUM POP TERBAIK
Alam Maya (Noryn Aziz - Michael Veerapen & Daniel Veerapen)
Harapan (Fazli Zainal - Hazami, Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Terry Lee, Adnan Abu Hassan, Aman & Ahmad Firdaus)
Inilah... Jac (Jaclyn Victor - Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek & Aidit Alfian)
Kurnia (Aishah - Adnan Abu Hassan)
Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)

PILIHAN 1 - Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)

BEST LOCAL ENGLISH ALBUM/ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
For Real (Juwita Suwito - Aubrey Suwito, Greg Henderson, Kieran Kuek & Faizal Tahir)
Mango Overheat (Rabbit - Iwan Chan @ Rabbit)
Sasi The Don (Sasi The Don - Sasi The Don)
Superfine (Reshmonu - Reshmonu, Paul Morrison & Audi Mok)
Television (Pete Teo - Nick Lee & Pete Teo)

PILIHAN 1 - For Real (Juwita Suwito - Aubrey Suwito, Greg Henderson, Kieran Kuek & Faizal Tahir)

BEST INDONESIAN ALBUM/ALBUM INDONESIA TERBAIK
Jiwa Ku (Ruth Sahanaya - Jeffry Warowuntu & Jan Djuhana)
Naluri Lelai (Samsons - Samsons)
Republik Cinta (Dewa 19 - Ahmad Dhani)
Selalu Ada (Ari Lasso - Ari Lasso)
SO7 (Sheila On 7 - Jan Djuhana)

PILIHAN 1 - Republik Cinta (Dewa 19 - Ahmad Dhani)

BEST MUSICAL ARRANGEMENT IN A SONG/SUSUNAN LAGU TERBAIK
Aubrey Suwito (Teman Sejati - Juwita Suwito)
Audi Mok (Inilah Masanya - Jaclyn Victor)
Bruce Hurn (Hujan Di Tengahari - Sean Ghazi)
Vivian Chua (Getaran Jiwa - Sean Ghazi)
Vivian Chua (Semalam - Sean Ghazi)

PILIHAN 1 - Audi Vivian Chua (Getaran Jiwa - Sean Ghazi)
PILIHAN 2 - Bruce Hurn (Hujan Di Tengahari - Sean Ghazi)

SONG OF THE YEAR/LAGU TERBAIK
Audi Mok, AD Samad (Drama - Nikki, Ning & Yanie)
M. Nasir, M. Nasir (Juwita... (Citra Terindah - M. Nasir)
M. Nasir, M. Nasir (Sang Pencinta - M. Nasir)
M. Nasir, M. Nasir (Tujuh Nafas Lagi - M. Nasir)
Ross Ariffin, Habsah Hassan (Ceritera Cinta - Jaclyn Victor)

PILIHAN 1 - M. Nasir, M. Nasir (Sang Pencinta - M. Nasir)
PILIHAN 2 - Audi Mok, AD Samad (Drama - Nikki, Ning & Yanie)
PILIHAN 3 - M. Nasir, M. Nasir (Tujuh Nafas Lagi - M. Nasir)

BEST ALBUM/ALBUM TERBAIK

PILIHAN 1 - Sang Pencinta (M. Nasir - M. Nasir)
PILIHAN 2 - Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)

SOALAN BONUS

18 : SIAPAKAH CALON ARTIS BARU YANG PERTAMA AKAN PERFORM
Pilihan 1: Fazli Zainal
Pilihan 2: Izwan Pilus

19 : SIAPAKAH CALON ARTIS BARU YANG TERAKHIR AKAN PERFORM
Pilihan 1: Sean Ghazi

20 : SIAPAKAH PEMENANG ANUGERAH KEMBARA (Tiada juga diterima sebagai jawapan)
Pilihan 1: Siti Nurhaliza

21 : BILANGAN ARTIS YANG TERLIBAT UNTUK PERSEMBAHAN PENUTUP
Pilihan 1: 1 org

22 : APAKAH KATEGORI PERTAMA YANG AKAN DIUMUMKAN PEMENANG
Pilihan 1: Artis Baru Terbaik

23 : APAKAH KATEGORI KETIGA TERAKHIR YANG AKAN DIUMUMKAN PEMENANG
(Kedua last - lagu terbaik, Last - Album terbaik)
Pilihan 1: Anugerah Wirama

24 : BERAPA AWARD YG AKAN DIGONDOL SEAN GHAZI (termasuk kategori teknikal)
Pilihan 1: 3

25 : WARNA BAJU YANG AKAN DIPAKAI OLEH NORYN AZIZ
Pilhan 1: Hitam
Pilihan 2 : Emas

Entri oleh sultanmuzaffar 21 April 2007 0 komen

Konsert 6 Akademi Fantasia 5 : Gemilangkah AF5 ?

Jika dinilai dari rehearsal semalam, apakah minggu ke-6 bakal mencetuskan satu lagi kejutan ? Menyingkap nostalgia AF musim 1, Rosma tersingkir. Satu Malaysia gempar. Menyusul pula Zarina yang mencetuskan kemarahan Pengetua yang terkilan kerana bala tentera terbaiknya ditembak mati di pertengahan perang. Aidil pula mencetuskan kejutan luar biasa bila melakukan aksi paling tragis dalam sejarah Akademi Fantasia. Manakala Diddy tersingkir tetapi nasibnya lebih baik dari Juara Akademi Fantasia musim tersebut. Apakah musim ini juga menjanjikan satu lagi kejutan ? Perbincangan masih lagi berlanjutan sama ada untuk meneruskan atau memikirkan kaedah lain. Tengah pening kepala !

Image Hosted by ImageShack.us

Gelak Besar

Apa yang telah dibuktikan dalam Konsert 06? Acara berkonsepkan anugerah agak meleret ? Ada yang kata perjalanan konsert yang seperti satu anugerah agak meleret. OK ! Minggu depan tak buat lagi. Oleh itu, kita kena tengok Konsert 07 Akademi Fantasia minggu depan, tak perlu tengok AIM. hehehe.

Image Hosted by ImageShack.us

Haziiiiiiiiqqq

Secara jujurnya saya suka dengan kejutan yang menampilkan kanak-kanak sebagai persembahan pembukaan bersama pelajar. Memang gelak gila kat belakang. Bukan senang nak kawal budak-budak kecil. Macam-macam perangai. Kejap dia nak buat, kejap dia tak nak buat. Lebih-lebih lagi Haziiiiiiq. Ya Rabbi budak tu. Kita kena kawal nak terangkan kepada dia betul-betul dan kalau silap haribulan, apa yang kita tak suruh pun dia akan buat.

Image Hosted by ImageShack.us

Sik Cayak Kah ?

Kudsia ada sebut bila kritik tentang persembahan Aswad, "tak penting saya suka, yang penting penonton suka...". Saya mahu sebut, "tak penting saya blog atau tidak, yang penting penonton tetap suka dan undi...". Itu lebih penting.

Butang Biru dan Butang Merah ?
Pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia mereka memperkenalkan penggunaan butang merah dan butang biru daripada Pengkritik Tetap. Ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan butang-butang tersebut. Saya suka bila butang itu digunakan. Ada sesetengah pengkritik yang telah menekan butang sebelum berakhirnya persembahan. Saya rasa butang-butang itu boleh membunuh dan menaikkan semangat pelajar. Jika butang itu ditekan sewaktu pelajar masih membuat persembahan tentunya boleh merubah apa-apa persembahan yang sedang dipersembahkan. Jika butang biru, semangat pelajar akan lebih meningkat dan boleh juga membunuh jika pelajar tidak mampu mengawal dan terus lupa diri. Jika butang merah, ia boleh membunuh semangat pelajar. Mahunya tak risau kalau dah nampak butang merah menyala. Cuma pada minggu ini walaupun tiada butang merah yang menyala, saya anggap jika tiada lampu yang menyala itu bermakna lampu merah lah jawabnya. Mungkin pada minggu-minggu yang akan datang akan ada lampu merah yang menyala.

Butang biru mampu untuk mencipta satu trend perubahan arus pengundian penonton ? Sudah pasti. Ada satu penelitian pola pengundian yang telah dilakukan yang saya tidak boleh ceritakan di sini, tapi percayalah butang biru yang menyala boleh menukar kedudukan undian. Sama ada mahu percaya atau tidak, pengundi musim ini sudah bijak. Ya ! Bijak. Mereka mengundi setelah menonton persembahan. Mereka mahu melihat hasil usaha yang telah diusahakan oleh pelajar yang mereka suka. Kalau kita fanatik, kita undi seorang pelajar. Ada yang tidak fanatik yang telah undi semua pelajar berdasarkan persembahan mereka.

Bagaimana persepsi saya terhadap butang-butang biru yang telah ditekan ? Saya puas hati. 4 butang biru yang menyala untuk beberapa orang pelajar telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan warna biru yang diberikan adalah perkara yang terlalu biasa dalam AF. Lebih-lebih lagi jika pelajar kesayangan mereka tidak mendapat sokongan pengkritik, lagi mereka tidak suka dengan pembaharuan ini. Kalau pelajar mereka mendapat sokongan pengkritik, pasti mereka suka dengan pembaharuan tersebut. Normal sikap manusia. Realiti.

Harap-harap minggu depan ada butang merah yang menyala. Kita kena ingat, bila butang merah menyala, semangat peminat akan membara. Bila semangat peminat membara, mereka akan balas dengan undian. Bukankah itu yang kita mahukan ? Tapi jangan terkejutlah kalau dendam mereka itu merubah kedudukan undian secara drastik. Itu realiti.

4 Biru : Mila, Candy
3 Biru : Rizal, Shawal & Dafi
2 Biru : Ebi
1 Biru : Heliza
0 Biru : Aswad

Ulasan Ringkas Persembahan Pelajar
1▪ Mila - Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : 9/10
Saya suka kerana Mila menunjukkan peningkatan yang ketara. Memang besar sungguh perubahan yang ditunjukkan oleh Mila. Mila sudah berani dan keyakinannya mula terserlah. Satu lagi kelebihan Mila bila lagu asal tersebut dibawakan oleh 3 penyanyi dan dibawakan oleh Mila seorang diri dengan bantu penyanyi latar. Saya mahu Mila di Konsert Akhir.

2▪ Candy - Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : 8.5/10
Saya suka persembahan Candy kerana Candy berani explore kebolehan vokal beliau. Candy bawa lagu tersebut macam lagunya sendiri. Candy sama macam Velvet musim lepas. Candy perlu diberikan peluang untuk meneruskan pembelajarannya hingga akhir.

3▪ Shawal Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : 7/10
Kenapa Shawal lebih atas dari Ebi ? Shawal belum pernah bawa lagu rock dan Peronda Jaket Biru merupakan satu persembahan yang bertenaga dari Shawal. Shawal nampak tidak begitu gerun untuk explore kebolehan vokal beliau. Dia berani ambil risiko. Pengundi Shawal yang sepatutnya bangun dari tidur, kalau tidak akan tinggal harapan saja bila Shawal tidak dapat beraksi di Konsert Akhir.

4▪ Ebi - Jujur - Radja : 6.5/10
Sudah 2 minggu persembahan Ebi menurun. Tidak begitu drastik tetapi membimbangkan. Jujur adalah sebuah persembahan yang biasa saja dari Ebi. Pada beberapa bahagian kedengaran Ebi seperti terkejar-kejar muzik lagu tersebut. Kami yang ada di belakang berbisik (macam lah dengar kan...) "cool down, cool down". Ini satu pertandingan, Ebi kena kembalikan aura yang dia ada masa mula-mula dulu.

5▪ Dafi - Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : 6/10
Boleh tahan. Muzik iringan erhu memang sedap. Memang jadi sedap lagu tersebut. Nyanyian Dafi masih biasa sahaja. Lagu ini jadi menarik kerana Dafi berani ambil risiko untuk membawakan lagu ini.

6▪ Rizal - That Thing You Do - The Wonders : 5.5/10
Sudah ada enam lagu yang telah dibawakan oleh Rizal dan tiada satu pun yang mengagumkan. Mungkin juga silap pilih lagu. Mungkin juga kehebatan vokalnya yang masih tidak dapat diteroka oleh Tenaga Pengajar. Yang berjaya diteroka ialah kebolehan lakonan Rizal. Dalam setiap persembahan Rizal, beliau akan melakukan sesuatu yang luar biasa. Beria-ria. Ada potensi untuk menjadi seorang pelakon yang over-acting macam Ogy. Tarian Rizal memang beria-ria. Memang puas hati.

7▪ Heliza Nafas Cahaya - Misha Omar : 4.5/10
Di antara pelajar perempuan, Heliza adalah antara pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan dalam persembahannya. Sudah tiga minggu Heliza menunjukkan persembahan yang biasa dan ada juga di antaranya yang lebih buruk. Nasib baik Heliza berjaya juga membawakan lagu ini dengan baik berbanding rehearsal. Masa rehearsal saya tepuk dahi. Konsep persembahan sudah cukup menarik bila digandingkan dengan pemain gamelan. Muzik lagu tersebut cukup padat kecuali pada bahagian awal yang buat Heliza sedikit terlewat masuk. Sudah masuk minggu ketujuh, Heliza sudah boleh dapat gelaran Professor. Professor Klon.

8▪ Aswad - Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : 4/10
Saya tidak boleh tahan dengan tarian Aswad. Enough said. Saya jadi tertanya-tanya apakah yang diajar di Akademi digunakan dengan sebaiknya ? Tangan masih menerawang macam Karam Singh Walia. Saya perasan Aswad hanya pegang mic di tangan kiri. Cuba minggu ini pegang mic guna tangan kanan pula. Aswad ada vokal yang baik tetapi tidak dipergunakan pada jalan yang benar. Aswad sama macam Dafi kena kekalkan untuk memilih lagu yang sesuai dengannya sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Tunggu Mila di Final !

Persembahan Pilihan SM
1▪ Mila - Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : 9/10
2▪ Candy - Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : 9/10
3▪ Shawal Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : 7/10
4▪ Ebi - Jujur - Radja : 7/10
5▪ Dafi - Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : 6/10
6▪ Rizal - That Thing You Do - The Wonders : 6/10
7▪ Heliza Nafas Cahaya - Misha Omar : 5/10
8▪ Aswad - Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : 4/10

Kedudukan Selepas Undian Ditutup
1. Ebi 17%
2. Mila 12%
3. Candy 12%
4. Aswad 11%
6. Heliza 10%
7. Dafi 10%
8. Shawal 9%
9. Rizal 9%

Image Hosted by ImageShack.us

Menuju Puncak

Seperti yang sudah diperkatakan, kedudukan berubah secara drastik. Penonton menilai persembahan. Pelajar yang kurang peminat seperti Mila dan Candy berjaya melonjakkan kedudukan mereka di tangga kedua dan ketiga kerana persembahan mereka meletup. Rizal yang sebelum bermula konsert juga telah berada di kedudukan paling bawah tetapi masih berada di kedudukan paling bawah kerana persembahannya tidak begitu bagus. Shawal hanya gah pada peminat tetapi peminat Shawal adalah peminat yang tidak mengundi. Kalau sokongan kuat, kalau tidak mengundi baik tidak payah sokong. Dafi mempunyai peminat yang ramai dan wang yang banyak tetapi belum cukup kuat untuk melawan gelombang peminat pelajar lain di seluruh Malaysia yang mengundi.

Rizal tersingkir dari Akademi Fantasia 5. Kejutan ? Tiada ! Sudah sampai masanya untuk Rizal meninggalkan AF5. Rizal pasti lebih berjaya di luar sana. Sudah pasti berderet-deret penerbit yang menunggu peluang untuk mengambil Rizal berlakon dengan mereka. Cuma yang menakutkan selepas masuk minggu ketujuh adalah kemungkinan sesiapa saja boleh tersingkir. Apabila bilangan pelajar menjadi lebih kecil, kemungkinan itu ada. Siapa juga yang menyangka Shawal berada di kedudukan kedua terakhir selepas Konsert 6. Yang pasti, jika pengundi terus berasa selesa, mereka akan rasakan kesan perbuatan mereka itu. Bukan hanya pelajar sahaja yang perlu keluar dari comfort zone, pengundi juga perlu keluar dari zon selesa mereka. Jika tidak, bersedialah untuk menerima sebarang kejutan.

Tips Untuk Mengundi :
1. Jika persembahan pelajar awal, jangan berhenti mengundi selepas pelajar tamat membuat persembahan.
2. Jika persembahan pelajar di penghujung, jangan tunggu sehingga pelajar membuat persembahan.
3. Jika anda berminat dengan personaliti pelajar, undi dari hari Ahad-Jumaat dan terus mengundi untuk hari Sabtu.
4. Jika anda hanya berminat untuk menilai persembahan pelajar, sila ikut langkah 1 & 2.
5. Jika anda hanya mahu menunggu komen pengkritik, terserah kepada anda untuk terpengaruh atau pun tidak.
6. Jika anda hanya sekadar penonton, teruskan menonton. Jangan bising kalau pelajar yang anda minati tersingkir.

Ulasan Lain dari Peminat-Peminat Setia
Mila : Badrul
Dafi : Mr.Manager
Ebi : Klubbkidd
Heliza : Budiey
Aswad : Juan
Shawal : Ajami
Candy : Noumad
Dollah Cantik : Nakal
Aznil : Khalis
Chedd Yusoff : Tutor Pemanasan Vokal AF5

Lagu Tugasan Konsert 7, sila klik sini.

Entri oleh sultanmuzaffar 20 April 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Eksklusif Filem Cicakman, Jumaat 10.00 malam ini di Astro RIA

WikiPedia : Cicakman

Tiada ulasan untuk adegan sedih pertemuan Shawal dan adiknya serta Debat AF5 yang panas semalam kerana telah bertandang ke Istana Budaya menonton full-dress rehearsal Konsert Istana Cinta Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Dato' Siti Nurhaliza.

Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Eksklusif Filem Cicakman, Jumaat 10.00 malam di Astro RIA
Drama ?

Lagu Bonus : Awas adalah sebuah persembahan yang saya tunggu-tunggu. Kenapa ? Nostalgia. Lagipun prestasi pelajar lelaki AF5 dan KRU 10 tahun yang lalu tidak lah jauh beza sangat. Harap-harap pelajar lelaki AF5 bila 10 tahun akan datang berwawasan sama macam KRU. Aspek utama yang saya mahu tonton dalam Awas ialah koreografi. Vokal saya letak nombor dua.

Mungkin pada saya, saya tidak begitu terhibur apabila menonton Shahril dari Fuyoo Magik masuk ke dalam Akademi untuk menghiburkan pelajar kerana saya ada 24 jam sehari hiburan, baik dari peti tv, wayang, internet, forum, broadband dan lain-lain lagi. Untuk hiburan pelajar AF5 yang terkurung, permainan silap mata dari seorang yang mereka tidak kenali tentulah dapat menghiburkan mereka walaupun sekejap. Setidak-tidaknya saya terkesan juga bila Shahril melakukan silap mata dengan mencucuk lengannya hingga berdarah. Gross gila !

Yang paling best bila ada adegan slow motion bagaimana Rizal ditipu hidup-hidup. Bukan Rizal sahaja, semua pelajar. Kalau tiada adegan slow-motion, penonton pun ditipu hidup-hidup. Memang pantas betul tangan Shahril berfungsi.

Dalam Kelas Persembahan Pentas pun cuba menyelongkar personaliti pelajar agar pelajar lebih tenang untuk menerima persekitaran di sekeliling mereka. Sekurang-kurangnya agar pelajar dapat melupakan kamera di sekeliling. Bukan mudah. Ada beberapa orang pelajar yang sudah mula menerima kehadiran penonton dalam hidup mereka. Mereka sudah mula untuk membiarkan penonton mengenali diri mereka dengan lebih mendalam. Pelajar seperti Rizal sudah selesa dalam kelas sebegini begitu juga dengan Mila, Ebi, Shawal dan beberapa orang pelajar lagi. Aswad nampaknya ada masalah besar. Dirinya seakan-akan sukar benar untuk menyelinap masuk dalam golongan yang lebih majoriti. Aswad masih cuba-cuba untuk mencari tapak sedangkan kawan-kawannya yang lain sudah mula membina bangunan yang lebih tinggi. Itu lebih baik daripada pelajar yang lebih selesa dalam tempurungnya.

Diari hari ini tidak begitu menekankan aspek pembelajaran. Hari ini lebih banyak menyingkap personaliti pelajar untuk penonton lebih mengenali karektor setiap pelajar. Diakui setiap pelajar mula membenarkan diri mereka dipergunakan oleh kamera untuk tujuan hiburan dan tontonan umum. Itu mereka sedar. Bagi yang terlebih sedar, mereka masih takut-takut untuk membuka diri mereka dari menjadi tontonan umum lalu mereka membina satu tembok yang benar-benar tebal untuk melingkungi ruang likup tersebut. Itulah Heliza. Heliza masih mahu menjadi Siti Nurhaliza. Ada garis yang memisahkan antara realiti dan plastik. Sebijik.

Lebih seronok apabila pelajar menghabiskan masa santai dengan berbual-bual bersama Tenaga Pengajar dan membuka satu-satu rahsia sesama sendiri. Mereka lebih open up walaupun sedar kamera di sekeliling mereka. Ada juga yang masih control cantik kerana mereka sedar mereka menjadi tontonan umum sekarang. Lalu apa yang diucapkan adalah kosong. Yang malu-malu mahu mengaku tidur bedengkur dan tidak kurang juga yang malu-malu bila tertangkap mengigau di siang hari.

Apa perasaan kita apabila rahsia sesama sendiri didedahkan bersama Tenaga Pengajar. Ada yang merah muka, ada yang buat selamba. Jawapan masing-masing ada juga yang mengejutkan. Ada juga yang masih menyimpan jawapannya dalam hati masing-masing dan kalau boleh tidak mahu diketahui oleh semua orang lebih-lebih lagi penonton. Bakal memberikan kesan kepada undian mereka. Itu yang ada dalam fikiran mereka. Takut benar. Siapa yang tidak takut kalau RM400,000 yang menjadi taruhan.

Aspek pembelajaran hari ini lebih tertumpu kepada koreografi untuk lagu Drama nyanyian Mila. Kalau Mila boleh lakukan apa yang telah diajar dan tanpa mengabaikan aspek vokal dalam nyanyiannya, pasti ramai penonton yang akan kagum dengan kebolehan Mila. Drama merupakan lagu killer untuk Mila. Kalau Mila berjaya cabaran ini, pasti namanya akan disebut-sebut selepas ini dan tidak mustahil Mila berjaya melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Nota : Kadang-kadang bila tulis ulasan yang hanya penulis seorang sahaja yang boleh faham pun seronok jugak ya...

Entri oleh sultanmuzaffar 16 April 2007 0 komen

Ep.31 : Lagu Baru Tugasan Baru

Lirik Lagu Terkini : Konsert 6

That Thing You Do - The Wonders : Rizal
Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : Shawal
Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : Dafi
Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : Mila
Nafas Cahaya - Misha Omar : Heliza
Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : Aswad
Jujur - Radja : Ebi
Awas - KRU : Semua Pelajar
G I G - Elite : Semua Pelajar
Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : Candy

Secara keseluruhan, lagu-lagu minggu ini memang best. Lagu seperti That Thing You Do, Drama, Jujur dan Meteor Garden Theme Song merupakan antara lagu yang segar di telinga penonton. Mat Rock tentunya suka lagu Peronda Jaket Biru, Mat Rap tentu suka lagu Awas & G I G, Mat Dangdut tentunya tersenyum bila tengok lagu Yang Sedang Sedang Saja ada dalam senarai. Mak Bapak kita tentunya dapat imbau nostalgia dengan lagu Gadis Dan Bunga. Mat Jiwang suka lagu Meteor Garden Theme Song.

Sejak Aku Budak Minang, dah lama tak tengok Ujang muncul. Saya dulu memang pengikut komik-komik bersiri Ujang. Cerita-cerita yang Ujang selalu lakarkan memang best. Itu zaman saya. Saya tidak biasa dengan zaman Pedang Setiawan dan sebagainya. Saya lebih gemarkan Aku Budak Minang, Jibam, Aca dan Atuk. Memang malar segar sampai sekarang. Ujang datang ke Akademi. Shawal dan Aswad kenal Ujang. Nampak benar mereka ni orang lama atau tua. Hehehe. Pelik pulak bila hampir semua pelajar lakar rumah kampung mereka. Mereka ni asal orang kampung ke ? Yang pasti jati diri mereka lebih menebal bila mereka mengingati kembali asal usul mereka dan tidak mengagungkan bekas penjajah. Ujang pun asal dari kampung. Orang Minang. Dia memang bangga dilahirkan sebagai orang Minang dan terlakar dalam setiap karya-karyanya.

Minggu ini tak sabar nak tengok suatu kelainan dari Shawal dengan lagu rock. Aswad dengan lagu dangdut nampaknya akan jadi bahan jenaka. Boleh ke Aswad gelek dangdut ? Boleh ke Mila buat whistling ? Boleh ke Dafi bawa lagu Cina ?

Entri oleh sultanmuzaffar 14 April 2007 0 komen

Konsert 05 Akademi Fantasia : Rich Definitely Better !

Pastikan jumlah pelajar AF5 pada malam ini...Ada seorang pelajar telah "tarik diri". Hahaha. Tak percaya ? Bacalah ulasan persembahan pelajar pada minggu ini. Kurang satu kan ?

Sebelum
Ebi 15%
#$%^& 14%
Dafi 13%
Heliza 11%
Aswad 11%
Shawal 11%
Rizal 9%
Candy 6%
Dekna 6%
Mila 5%

Selepas
Ebi 16%
Aswad 11%
Shawal 11%
Heliza 10%
Dafi 10%
Mila 10%
#$%^& 9%
Candy 9%
Rizal 8%
Dekna 8%

▪ Lagu Bonus - Aakhein Khuli
Pelajar yang paling enjoy bila membawakan lagu ini ialah Rizal. Memang nampak beria-ria dia menari untuk lagu ini. Lagu ini pula memang sedap bila nampak ada keserasian dengan pelajar. Aspek utama yang dipelajari bila mempersembahkan lagu ini ialah kaedah miming dan tarian turut ditekankan. Pelajar-pelajar perlu juga dididik bagaimana untuk miming dengan betul. Bila sudah jadi artis kelak, miming itu akan menjadi lumrah. Bila lagi nak belajar, kalau bukan sekarang. Pelajar AF musim-musim lepas ada yang membawakan lagu Hindustan secara langsung. Tidak semuanya secara live, mereka menyanyi di atas suara mereka sendiri.

▪ Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Apa yang best tentang persembahan Dafi ialah koreografi persembahannya. Berani mati punya movement !

▪ Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Persembahan vokal terbaik Mila terutamanya pada bahagian tinggi lagu tersebut cuma pada bahagian rendah memang tidak begitu kedengaran. Mila merupakan satu-satunya pelajar yang mempunyai vokal yang terbaik di dalam AF5. Lagu ini kalau Mila dapat bawakan dengan sempurna, pasti meletup undian untuk Mila.

▪ Aswad - 60's TV (OAG)
Satu persembahan yang tiada jiwa. Saya tidak faham langsung apa yang dipersembahkan. Lagu ini memang nampak mudah dan Aswad memilih lagu ini kerana lagu ini yang paling pendek. Ini merupakan peluang terbaik Aswad untuk mengambil lagu Inggeris ini. Aswad bukannya nak sangat bawa lagu ini. Dia terpaksa ambil kerana sebelum tiba lagu Inggeris yang lebih panjang, lebih baik lagu ini. Peluang terbaik Aswad untuk membuktikan yang dia benar-benar telah keluar dari zon selesanya tidak begitu menjadi.

▪ Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Style persembahan boleh disampaikan melalui ekspresi wajah dan gaya tubuh tanpa perlu lakonan-lakonan yang berlebihan. Saya nampak pelajar semakin keliru. Bila aspek lakonan diberikan pada persembahan, vokal mereka dikritik. Bila aspek vokal terlalu ditekankan, aspek persembahan mereka pula dikritik. Persembahan Heliza tidak begitu membanggakan. Yang menariknya bila Heliza telah mula membuka dirinya untuk dieksploitasi oleh persembahannya. Tapi kalau dalam Diari dia control balik itu lain cerita. Berkenaan komen Hattan yang mengkritik koreografer dalam persembahan Heliza, pada awalnya Heliza sendiri yang menginginkan Shawal mengiringi persembahannya. Itu adalah idea Heliza sendiri.

▪ Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
Ini lagi satu persembahan yang keliru. Kejap-kejap dengan minus-one, kejap-kejap tanpa minus-one dan hanya piano, lepas tu minus-one balik. Persembahan vokal Ebi tidak begitu strong pada minggu ini untuk beliau buat persembahan secara solo hanya dengan iringan piano. Lama-lama boleh sasau pelajar. Peningkatan vokal Ebi pada minggu ini memang tiada dan tidak seperti yang saya harapkan. Persembahan Ebi tidak begitu menyerlah. Sayang sangat kerana sudah dapat minus-one yang baik dan iringan piano.

Ada banyak cerita tentang Ebi cuma tidak dapat dikongsi di sini. Tetapi biasalah, bila sudah berada di kedudukan yang agak selesa dalam carta undian, maka ramailah yang akan kembali mengaku itu ini dengan Ebi. Drama kehidupan yang terlalu biasa terutama dalam kelompok kehidupan manusia.

▪ Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
Sebuah persembahan yang biasa tetapi masih baik dari aspek vokal. Candy mengambil langkah selamat dan tidak begitu menunjukkan kreativitinya. Bila tiada pembaharuan yang dibawakan oleh Candy maka persembahannya nampak seperti biasa dan sedikit membosankan.

▪ Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
Yang paling saya tidak begitu suka adalah muzik minus-one lagu ini. Persembahan vokal Rizal pada bahagian rendah macam tiada melodi. Macam dia berlakon. Melontarkan vokalnya satu-satu. Berbeza pada bahagian tinggi yang saya memang terasa. Memang ekspresi wajahnya dan lagu tersebut kena dengan lagu tersebut.

Memang puas hati dapat lihat Rizal berlakon kembali dengan Mila yang kemudiannya ditukar dengan Elly Suriati. Sekelip mata, Rizal dapat masuk dengan Elly Suriati tanpa rasa gugup. Itu satu kelebihan Rizal yang tiada pada pelajar lain. Dalam bidang lakonan, Rizal memang nampak selesa.

▪ Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Saya rasa ada peningkatan pada vokal Dekna. Masalah utama ialah diction. Macam yang Hattan kata, kalau Dekna develop vokal Dekna, ia akan menjadi lebih baik.

▪ Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Superb ! Very entertaining ! Kan saya dah cakap English ! Sebuah persembahan yang menghiburkan dari aspek persembahan dan vokal. Kekuatan utama pada persembahan Shawal ialah pada bahagian rap dan kemudian masuk ke bahagian biasa. Nampak relaxs je Shawal.

Persembahan Pilihan SM (Dari Auditorium)
▪ Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos) (6/10)
▪ Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain) (5.5/10)
▪ Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika) (5/10)
▪ Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash) (4.3/10)
▪ Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa) (4/10)
▪ Lagu Bonus - Aakhein Khuli (3/10)
▪ Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam) (2/10)
▪ Dekna - Unfaithful (Rihanna) (1.5/10)
▪ Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) (1.3/10)
▪ Aswad - 60's TV (OAG) (1/10)

Dekna tersingkir, maka hilanglah seri Diari. Ada orang cakap, kalau Dekna tersingkir baru karektor sebenar Heliza akan keluar kerana Heliza tidak suka bila ada pelajar lain yang lebih meriah daripadanya. Kita tunggu apa yang akan jadi pada minggu depan. Kalau ya, sesuatu yang menarik bukan.

Pilihan Top 5 SM
1. Ebi
2. Shawal
3. Mila
4. Candy
5. Persaingan masih terbuka antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki.

Ulasan lain :
MentallyDisturbed

Entri oleh sultanmuzaffar 13 April 2007 0 komen

Untuk cerita di sebalik tabir : The Yoga Instructor Diaries
Taip NK NINIE ke 33511


Ogy Ada Cara Dia Sendiri

Ramai juga yang bertanya apakah perkembangan siasatan. Saya tidak boleh tulis di sini. Semalam sahaja satu tempat kerja sudah mengetahuinya. Mereka melahirkan rasa simpati dan setiap kawalan keselamatan telah pun disiapkan di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga.

Ada sesuatu yang mengejutkan akan berlaku selepas Konsert malam nanti. Pastikan anda terus membaca ulasan Konsert 05 itu nanti. Semuanya akan dijawab di dalam ulasan Konsert tersebut.

Yang menarik dalam Diari semalam apabila Ogy Ahmad Daud masuk ke dalam Akademi untuk bertemu pelajar. Pertemuan Ogy dan para pelajar adalah untuk merapatkan jurang perhubungan antara Pengkritik Tetap dan pelajar AF5. Pada pandangan saya ini secara tidak langsung mereka dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Ogy Ahmad Daud yang sebenarnya.

Saya sendiri merasakan komen-komen Ogy agak keterlaluan bukan kerana isinya tetapi kerana kelantangan vokalnya. Bila kedengaran seperti menjerit, apa yang diperkatakan walaupun mempunyai elemen positif akan tetap nampak negatif. Macam orang sedang meracau pun ada.

Bagus Ogy mahu jujur dengan pelajar. Itu tidak salah tetapi pendekatannya perlu berbeza. Ini zaman moden. Kalau Ogy nampak persembahan pelajar sebagai tidak menepati piawaiannya, itulah yang Ogy tegur. Seperti saya, apa yang saya nampak di dalam Diari, itulah yang saya tulis. Itu pandangan saya. Khabarkan pandangan and adi sini. Bukan ugut. Itu kerja gangster.

Ada banyak gaya memberikan komen dan juga gaya penulisan. Saya sudah mula menerima gaya memberikan komen oleh Ogy Ahmad Daud walaupun merasa sedikit terkilan sekiranya beliau tidak dapat kawal kelantangan vokalnya. Gaya penulisan juga berbeza. Ada yang terlalu lantang. Itu cara dia. Ada yang berkias. Itu cara saya. Sinis. Memang saya selesa dengan menjadi seorang yang sinis dalam tulisan. Macam pukul anak, sindir menantu.

Semalam dalam Akademi berlaku lagi seorang pelajar yang sakit. Memang ada cakap-cakap di luar sana yang kata musim ini Hospital Fantasia. Sinis. Pandangan saya pula, lebih baik “dia” datang dalam bentuk penyakit kerana bila sakit ia sedikit sebanyak menyedarkan kita daripada “dia” datang dalam bentuk lembaga. Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana biar persoalan ini dijawab oleh anda sendiri.

Anda sedar gaya suntingan Diari untuk musim ini bertujuan untuk mewujudkan provokasi ? Saya sedar. Provokasi perlu untuk menghidupkan cerita. Komen-komen saya sendiri ada di antaranya berunsur provokasi. Macam cerita Ebi semalam yang nampak benar unsur provokasinya. Pada mereka yang tahu cerita sebenar, mereka tahu lah.

Berbalik kepada cerita awal, anda masih boleh memberikan komen-komen anda. Terhadap komen saya, atau pun terhadap komen dari pembaca-pembaca yang lain. Biarkan kita gunakan blog ini sebagai satu platform yang lebih interaktif. Saya akan uji kematangan anda dengan membuka kembali sekatan sewaktu siaran langsung Konsert 05 malam ini. Jika gagal, saya akan mengunci kembali kebebasan yang telah saya berikan.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 April 2007 0 komen

Untuk cerita di sebalik tabir : The Yoga Instructor Diaries


Kalau Ebi Bawa Lagu Cindai !

Anda telah pun membuat keputusan ! Pelajar lelaki boleh diberikan lagu penyanyi perempuan dan sebaliknya. Sebenarnya pada tahun lepas, Farhan pernah diberikan beberapa lagu dari penyanyi lelaki. Nampaknya tiada masalah. Bagaimana pula bunyinya sekiranya musim ini pelajar lelaki pula diberikan lagu penyanyi perempuan.

Kalau kena gaya susunan muziknya tentu tiada masalah. Jamal Abdillah bawa lagu Aku Cinta Padamu selamba saja. Nak kata sedap belum tentu, tapi kalau kena gayanya tentu lebih menarik.

Diari ? Tiada apa yang menarik. Bila membaca ulasan harian dari Forum pun macam tiada apa yang best. Saya tidak berkesempatan untuk menonton pun. Sibuk sikit hari ini. Banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Ingin saya ingatkan, di sini kita ibarat keluarga. Kalau ada yang salah, tegur. Kalau ada yang betul, ambil. Itu sahaja. Itu sebab ada perkataan interaktif, maklumbalas. Mulai pada hari ini sebarang komen akan saya baca dahulu. Jika lambat, maknanya saya sedang sibuk. Mungkin meeting, mungkin tiada di tempat.

Esok dah hari Jumaat. Latihan pelajar mungkin telah berjalan dengan baik. Dah lama tertinggal.

Apa yang berlaku semalam ? Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut. Penat. Boleh baca apa yang berlaku semalam di Mr.Manager dan Klubbkidd.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 April 2007 0 komen

Untuk cerita di sebalik tabir : The Yoga Instructor Diaries


Catwalk

Hari ini dalam Kelas Cikgu Fatimah, Rizal dan Mila kena melakonkan watak masing-masing berdasarkan lagu tugasan mereka. Superb Rizal berlakon ! Mila pun sama naik juga. Mungkin pengalaman mereka menjadikan lakonan itu seperti suatu yang natural. Aduh ! Ada banyak maklumat yang ada dalam kepala tetapi tidak mampu untuk diulas di sini.

Kalau ada yang bertanya, kenapa terlalu serius. Ini hanya sebuah program TV. Ya benar ! Anda hanya menonton sebuah rancangan tv tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat. Tetapi bukan saya. Saya mengenali mereka dengan lebih dekat. Tahu satu-satu personaliti mereka secara terperinci. Jadi, saya tidak hanya menilai berdasarkan rancangan tv. Cuma saya tidak mahu berkongsi lebih-lebih. Nanti lain jadinya.

Macam cerita lakonan Rizal dan Mila. Yang tidak mengenali mereka secara dekat tentu menganggap ianya sekadar lakonan. Kenapa lakonan itu menjadi begitu menjadi? Memang lakonan Mila, Rizal dan Dekna menjadi. Mesti ada sebabnya. Kalau anda sekadar menonton untuk mencari kesilapan, saya pun sama juga. Dekna pun bagus juga. Terkawal saja lakonan Dekna. Rizal memang ada aura Eman Manan dan Nasir Bilal Khan. Memang terserlah serius pada wajah Rizal. Cuma bila lontaran dialognya disebut satu-persatu rasa macam pelik. Kalau Ogy tengok Diari malam ini pasti dia pun minat dengan lakonan Rizal.

Antara pelajar perempuan yang nampak baik sewaktu catwalk ialah Mila dan Heliza. Manakala untuk pelajar lelaki pula ialah Ebi dan Rizal. Ebi nampak begitu yakin dalam Diari berbanding dengan catwalk semasa konsert. Mungkin nervous agaknya.

Segmen Penaja
Permainan apa ni ? Kalau sudah terdesak untuk memberikan waktu siaran untuk penaja sekalipun, fikirkan lah idea yang lebih baik sikit. Tak best langsung.

Candy vs #$%^&*. Anda sudah tengok, anda nilai sendiri. Macam bagus je ! Dua-dua pun sama juga. Sesuai pun dengan AF5 yang menanam sifat persaingan antara pelajar. Mereka mahu menang dan mereka tidak mahu kalah. Mereka tidak mahu mengaku kalah. Mereka mahu menang. Anda tidak mahu menang ? Saya mahu menang ! Kalau saya pun berada di sana, saya akan tetap mengatakan saya betul, kalau saya benar-benar yakin saya betul. Segmen yang terjadi secara tiba-tiba, nampaknya menjadi hangat. Kelas yang sepatutnya hanya sekadar pemanasan vokal menjadi panas yang lain.

Dafi melahirkan rasa tidak puas hatinya tentang kes #%^&* dan Candy pada Kak Sherry. Dia ingat mic tidak berfungsi kalau berada luar dari Akademi. Padahal mic memang dapat capture. Dah banyak kali jadi. Rizal & Kak Sherry tadi pun sama juga.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Untuk cerita di sebalik tabir : The Yoga Instructor Diaries


Seronok Tengok True Colours Budak-Budak

Dah musim ke 5 AF berlangsung. Budak-budak inilah yang menceriakan kita setiap musim. Berdepan dengan peminat yang pelbagai. Kita menilai dari apa yang ditonton dan apa yang disiarkan. Itu sahaja. Mula-mula ingat nak tulis tentang "Rich better, me better?", tapi tak perlu lah. Saya tukar topik lain.

Pengetua kata Aizat dan Ebi merupakan best performer. Itu pun nama Ebi disebut setelah ditanya. Mula-mula Pengetua hanya sebut Aizat. Mila pula best singer.

Mahu bercerita tentang strategi di dalam AF. Ada pelajar yang bijak berstrategi.

Kita sambung esok. Dah lewat sangat.

Entri oleh sultanmuzaffar 07 April 2007 0 komen

Konsert 04 Akademi Fantasia 5 : Kembali Bernyawa !

Best ke konsert minggu ini ?
Puas hati!

Persembahan pembukaan dimulakan dengan klip Fail Sulit Edisi Gali. Ah sudah ! Kes tak dapat on-air lagi ke ni ? Beza dengan musim yang lepas saya tahu apa kejutan yang akan muncul, tapi untuk musim ini saya tidak mahu tahu. Saya teringin nak jadi macam penonton biasa. Memang lah akan menyulitkan, lebih-lebih lagi macam minggu lepas, alih-alih tiada penyingkiran. Buat penat saja siapkan awal-awal. Tapi OK lah, puas hati bila tidak tahu apa kejutan yang akan muncul. Seperti klip Fail Sulit Edisi Gali, memang senak perut gelak. Segmen pengenalan diri pelajar pun nampak meriah dengan Joget Lambak. Tapi masa siaran ulangan, klip Fail Sulit ini tiada lah. Tak puas hati betul.

Ebi mula-mula dipanggil untuk membuat persembahan. Eh ! Bukan patutnya last ke ? Itu yang saya tahu lah. Rupanya Ebi dipanggil hanya untuk menayangkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu pertandingan ManHunt 2004. Ebi diberikan peluang untuk makeover. Patutnya segmen makeover ini menjadi lebih menarik tetapi kerana sikap keras kepala beberapa pihak yang tidak berkaitan dengan pelajar, hasilnya tidak seberapa. Hasilnya ditunjukkan di bahagian akhir persembahan minggu ini. Orang dah suruh ubah gaya rambut. Tapi hasilnya biasa saja. Tiada apa perbezaan pun.

Persembahan Pilihan SM
▪ Ebi - Kasihnya Laila (10/10)

Satu persembahan yang berjaya, baik dari segi showmanship dan nyanyian. Ebi melompat ke depan meja Pengkritik memang sama seperti Faizal melompat dulu. Saya nampak Ebi dah semakin menyerlahkan keyakinan dirinya. Memang worth it letak kat hujung-hujung tapi tak boleh selalu lah. Pasal selalu saya akan senak perut tengok undian dia.

Ebi dipanggil untuk membuat persembahan pada awalnya, tetapi telah ditayangkan beberapa keping gambar sewaktu pertandingan Man Hunt 2004. Penonton sudah menjerit masa tu. Mana tahu kalau-kalau keluar gambar yang paling panas itu. Patutnya Ebi diberikan makeover, tukar gaya rambut pasal itulah yang telah ditulis oleh SS (suspek utama Rudy Imran) Harian Metro yang merupakan peminat nombor satu Ebi. Tapi sebaliknya hanya gel dan rambut tersebut tidak diluruskan sebagaimana yang telah dirancang. Mungkin mereka simpan makeover tersebut untuk final kot !

▪ Aizat - La Camisa Negra (9/10)
Saya suka dengan persembahan Aizat kerana kesungguhan beliau membawakan lagu yang begitu asing di telinganya. Memang gemuruh seluruh dewan bertepuk berpuas hati dengan nyanyiannya. Vokal Aizat pun sedap. Usaha Aizat itu yang perlu saya puji. Lebih mencabar keupayaan dia apabila kena membuat persembahan secara langsung. Patutnya Aizat boleh letak paling atas, tapi sayangnya saya memang bias dengan Ebi. Boleh ke guna alasan ni ? Lagi satu bila lah peralatan gimnasium nak masuk dalam Akademi. Eh ! Bukan untuk Aizat menaikkan stamina ya, tapi untuk Ebi. hahaha

▪ Mila - Benci Tapi Rindu (8.5/10)
Mila antara pelajar yang telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Takut benar kalau Mila tersingkir malam tadi. Persembahan vokal Mila memang yang terbaik setakat ini. Kalau Mila kekalkan peningkatan ini pasti dia akan layak ke Final. Bakal menerima nasib yang sama seperti Farah, apabila di Konsert dia akan menyerlah. Itu pun kalau Mila kekalkan prestasi tersebut.

Klip video dari Hattan pun memang kelakar gila ! Hattan kononnya demam. Siap nyanyi lagu Apo Kono Eh Jang lagi !

▪ Dekna - Salam Untuk Kekasih (7.8/10)
Begitu juga dengan Dekna. Bila kena gaya lagunya, Dekna akan beri persembahan yang terbaik. Dekna ada sedikit masalah attitude. Dia tidak mahu mencuba sesuatu yang baru dan menganggap cabaran itu akan mengganggunya. Masa tengok persembahan dia time rehearsal memang sudah kecut perut. Bila tengok secara langsung, saya memang tak senang duduk. Takut Dekna lupa lirik macam waktu rehearsal. Kalau Dekna betul-betul fokus seperti malam tadi, pasti dia akan dapat mengekalkan prestasi terbaiknya. Harap-harap cerita-cerita yang tersiar di akhbar tidak menggugat peluangnya untuk terus kekal.

Klip video Nek Nak hanya sekadar untuk promosi slot MisteRIA yang telah pun menemui penonton sejak Mac yang lepas. Klip-klip yang dirakam untuk Dekna adalah merupakan klip yang dirakam sewaktu rehearsal. Kalau hanya Aznil dan Dekna sahaja yang berbicara tentang hantu tersebut tentu lebih menarik kerana gesture dan ekspresi Dekna memang melucukan bila disuruh untuk meniru Pontianak gersang, pontianak menggoda dan pelbagai jenis pontianak.

▪ Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (7.2/10)
Persembahan vokal Aswad yang terbaik setakat ini. Sebuah lagu yang simple tetapi saya tetap nak dengar kerana vokal Aswad memang sedap. Tapi dari segi persembahan, masih kosong. Aswad kena banyak belajar di kelas Persembahan Pentas. Kalau masih guna gesture yang sama untuk konsert-konsert yang seterusnya sudah pasti hasilnya membosankan.

▪ Candy - Setia Ku Korbankan (7/10)
Kalau minggu lepas Candy bagus, tidak minggu ini. Candy cuba untuk bawa lagu ini sebaik yang mungkin di hadapan penyanyi asalnya. Memang tidak mudah. Candy masih belum pandai untuk mengawal dengan baik vokalnya. Dari jauh memang sakit telinga, mungkin kerana dia belum pandai lagi nak mengawal lontaran vokalnya dengan baik.

▪ Shawal - Izinku Pergi (6.5/10)
Sebuah nyanyian yang biasa. Saya masih tengok persembahan Shawal kerana vokal beliau. Saya mahu melihat dan mendengar sesuatu yang berbeza yang mampu dikeluarkan dari kotak suara Shawal. Sayangnya, ia tidak menjadi kenyataan. Mungkin minggu-minggu yang seterusnya. Itu pun kalau dia dapat lagu yang betul-betul mencabar vokalnya.

▪ Fatin - Joget Gila Bayang (6/10)
Nyanyian Fatin biasa sahaja. Low note Fatin masih belum cukup confident. Walaupun lagu ini sebuah lagu yang happy tapi di tangan Fatin lagu ini seperti tidak bermaya. Rasa macam kosong. Lagu joget yang kosong. Lagu joget ini ada cerita tapi persembahan Fatin tidak meninggalkan kesan.

▪ Farha - As Long As You Love Me (5/10)
Expectation saya untuk persembahan ini sebenarnya agak tinggi kerana lagu ini sedap. Nampak ketidakselesaan Farha membawakan lagu ini. Farha seboleh-bolehnya mahu menjadi dirinya sendiri tetapi vokalnya tidak keluar dengan baik untuk lagu ini. Saya suka dengan tarian bersama rakan-rakan pelajarnya, nampak lebih tersusun dan dia seperti ada banyak masa lebih untuk berlatih dengan rakan-rakannya termasuklah "adik angkat"nya.

Klip video ucapan dari Backstreet Boys memang best sangat ! Memang puas hati tengok hasilnya. Pecah perut ketawa !

▪ Dafi - Zikir Kasih (4/10)
Antara empat pelajar yang sumbang semalam, Dafi yang terbaik berbanding yang lain. Dafi ada menunjukkan peningkatan yang ketara dari minggu-minggu lepas. Berani juga dia nak cuba lagu sebegini. Lenggok Dafi boleh tahan. Saya paling tidak gemar dengan tariannya. Nampak sambil lewa dan tidak begitu keMelayuan.

▪ Noni - Pastikan (3.5/10)
Sumbang juga. Bukan mudah nak bawa lagu Siti Nurhaliza. Memang sakit telinga dengar Noni bawakan lagu yang tengah top ni. Kelebihan Noni berbanding pelajar di bawah yang lain ialah Noni cuba untuk buat dengan caranya yang tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan lenggok Siti Nurhaliza. Tapi sayang Noni masih belum pandai untuk control vokal dia lagi.

▪ Heliza - Torn (3/10)
Pertamanya saya tidak faham apa. Saya tutup telinga. Cuma saya tabik Heliza kerana berani cuba untuk bawa lagu Torn. Memang sukar. Lagu ini memang banyak variasi melodinya. Heliza juga macam tidak mengendahkan pemain gitar jemputan, Shah Slam kecuali di penghujung lagunya.

▪ Rizal - Di Ambang Sore (2/10)
Memang sungguh di ambang sore nyanyiannya. Memang sukar lagu ini. Kalau dilihat dari senarai-senarai paling bawah, rata-rata adalah dari kalangan mereka yang terpaksa memilih lagu yang bukan dari kesukaan mereka. Aspek positif dalam persembahan Rizal ialah mood yang dibawa oleh beliau dalam lagunya. Memang nampak ekspresi wajah beliau yang berjaya menimbulkan isi lagu tersebut.

Menuju Puncak
Nampaknya Menuju Puncak pun dah kembali ke asal. Koreografi pula yang kena baiki. Lagu dah semangat balik, tarian macam persembahan kanak-kanak tadika. Tapi yang pasti masa ini saya duduk di belakang. Ahhh ! Sekarang baru rasa macam mana Akademi Fantasia dah meresap dalam badan masing-masing. Memang berat kan ? Tapi itulah hakikatnya !

Akhirnya, tiga orang pelajar yang tersingkir. Ops 2+1 ! Mula-mula Fatin yang tersingkir kerana kedudukan Fatin yang paling bawah. Kemudian diikuti oleh Farha. Setelah semua beredar ke kereta untuk pulang ke kampung masing-masing, ada sebuah lagi beg untuk pelajar ketiga tersingkir pada malam itu. Memang nampak cuak muka Dafi. Akhirnya Noni menjadi pelajar ketiga tersingkir pada malam itu dan menjadi pelajar kelima tersingkir dari Akademi Fantasia.

Sekarang dah kembali on track. Mungkin beberapa minggu lagi ada yang keluar banyak lagi.

Taruhan saya untuk ke Konsert Final setakat persembahan Konsert 04 :
Ebi
Candy
Mila
Shawal
Aswad

Nota : Musim ini memang saya tiada allocation tiket. Tolong jangan serabutkan saya dengan SMS minta tiket. Tolong sangat-sangat ! Saya dah cukup serabut dengan AF musim ini. Berkenaan fanclub pun sama juga. Kalau minat, uruskan sendiri. Saya tidak mahu terlibat dengan pengurusan mana-mana fanclub.

Nak baca link yang lain :

Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2007 0 komen

Pelajar Dah Mula Benarkan Diri Mereka Dieksploitasi Kamera

Bila Aizat dapat peluang untuk keluar sekejap dari Akademi, maka para pelajar ambil peluang untuk bertanya-tanyakan hal yang berlaku di luar. Normal lah tu. Bila Aizat cakap dia telah pergi ke Bangsar, ada juga pelajar yang bertanya Bangsar itu apa ? Biasa lah tu. Masa AF1 dulu pun Nija tak pernah tahu apa itu lamb chop. Sama saja situasinya. Jangan lah hanya sekarang bertanya di mana Bangsar, tapi bila sudah keluar dari Akademi kelak sering bertandang ke Bangsar pula. J

Nampaknya minggu ini bukan minggu yang tenang untuk Rizal. Bila dia tengok Farha membawakan sebuah lagu Inggeris, dia sudah terbayang nasibnya nanti bila dia akan membawakan lagu Inggeris pada minggu-minggu akan datang. Rizal bertanya juga bagaimana untuk menghafal lagu Inggeris. Farha memberikan beberapa tips untuk menghafal. Antaranya, kalau lagu Inggeris itu susah, jangan ambil. Memang satu tips yang baik, tapi sampai bila ?

Tapi lain pula jadinya kalau ini yang terjadi. Pelajar menghabiskan masa santai dengan tidur. Pandai pula Dafi cari tempat untuk tidur. Kalau letih, tidur saja. Susah apa. Walaupun kamera berada di keliling.

Selain tidur boleh juga bergosip. Lagi seronok bila dapat gosip dengan Kak Sherry. Cubaan Kak Sherry untuk memancing Dafi ke arah Fatin. Farha pula macam mengiyakannya. Nampak kesungguhan Noni berlatih lagu Pastikan. Memang susah. Tapi dicubanya berkali-kali. Semangat ini yang perlu ditunjukkan dalam Diari. Agar semangat itu sampai kepada penonton dan penonton dapat melihat kesungguhan pelajar.

Tumpuan utama cerita pada hari ini ialah berkenaan surat Noni. Noni sedia maklum yang menulis surat tidak dibenarkan di dalam Akademi. Dulu pun Nana tertangkap menghantar nota kepada Burn. Setelah menulis luahan rasanya, Noni buang surat tersebut. Ada pula yang tukang kutip. Memang cerita baik lah kan. Disuruh pula Shawal membacakannya di depan kamera. Mahu tak mengamuk Noni dibuatnya. Sampai merajuk budak itu dikerjakan mereka berdua. Cikgu Fatimah pun tidak begitu berjaya memujuk Noni. Lalu muncul seorang hero datang membawa kek untuk Noni. Maka, Noni pun kembali ceria.

Dalam sesi pembentangan tugasan, nampaknya nyanyian pelajar agak bagus. Pelajar seperti Dafi, Mila dan Aizat juga mendapat pujian. Pelajar bila di hadapan Tenaga Pengajar tekanan tidak begitu terasa. Tapi tekanan semakin memuncak bila dengar jeritan, pekikan dan lolongan Si Pengkritik Tetap. Begitu juga dengan Candy, Ebi, Aswad dan Dekna. Bila rehearsal bagus, tapi bila betul-betul kelam-kabut.

Untuk persembahan minggu ini, antara persembahan yang buat saya tertunggu-tunggu ialah persembahan Dafi. Saya mahu lihat transformasi dalam diri Dafi. Dafi harus cuba untuk membuktikan sesuatu kepada pengundinya. Kalau Dafi berani untuk mencuba, maka pasti pengundinya akan terus menyokongnya. Dekna pula antara seorang pelajar yang sering lupa lirik. Dekna harus cuba mengatasi tekanan apabila berhadapan dengan penonton. Sementara Ebi, setelah membuktikan yang beliau mampu untuk membawakan lagu pelbagai genre, minggu ini merupakan taruhan terbaiknya untuk terus memikat hati penonton.

Nampaknya setelah minggu keempat, ramai di antara pelajar yang telah mula membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh kamera. Mereka telah membuka diri mereka kepada penonton. Antara pelajar yang telah membuka dirinya kepada penonton ialah Heliza dan Ebi. Heliza menjadi dirinya sendiri dan sering melakukan sesuatu kejutan di dalam Akademi. Begitu juga dengan Ebi. Lakonannya dengan Shawal untuk segmen Laila Majnun memang melucukan. Dekna pula memang dirinya sejak hari pertama. Mengekalkan imej selamba, Dekna nampak selesa dengan imej sedemikian. Noni juga nampaknya merupakan satu karektor yang ada jiwa untuk kamera. Sayangnya tidak ramai penonton yang menyukainya.

Kalau malam ini ada penyingkiran, pelajar perempuan merupakan antara pelajar yang berada di dalam situasi yang membahayakan. Memang bahaya. Kalau ada pun pelajar lelaki yang kedudukannya agak bahaya mungkin Rizal. Mungkin juga Farha. Siapa tahu ? Jika anda sayang karektor-karektor ini, teruskan memberi mereka peluang seminggu lagi.

Malam ini kita akan dengar lagi gali, gali, gali dan gali. Sebagai seorang pelakon, gali memang sudah sinonim. Mereka bukannya pelakon. Mereka sekadar penyanyi yang ditugaskan untuk menghiburkan kita. Cukuplah sekadar ia satu persembahan yang menghiburkan, sudah cukup baik buat saya.

Buat Pengkritik Tetap, janganlah hanya melihat yang negatif, pandang juga aspek positif yang telah diusahakan oleh pelajar tersebut. Nak kritik, biarlah beradat. Jangan sampai orang nampak kita seperti tidak beradat dan tidak pernah belajar budi-bahasa.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 April 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.20

Yang paling best pun tentang Dafi. Memang berani mati budak tuh ! Dia cakap apa yang dia rasa betul. Memang dia selamba je. Memang itu pun apa yang aku rasa. Ogy kritik ikut sedap mulut dia je. Kalau ada Erma Fatimah sebagai Pengkritik Jemputan baru kita boleh nampak siapa yang bijaksana dan siapa yang bijak-ke-sana-sini.

Menuju Puncak kembali ke asal? Rasa boring pula. Dah mula rasa sesuai dengan yang baru dan kini kembali ke asal. Boleh lah Ogy komen tentang tarian Menuju Puncak pulak. Mungkin tak dapat di Konsert, boleh komen di suratkhabar atau majalah mana-mana.

Adegan percintaan boleh tunjuk, tapi sikit-sikit. Tak boleh banyak-banyak sangat nanti orang benci. Macam kes Shawal dan Noni ni memang sesuai lah. Harap-harap dapat kekal lama.

Saya rasa lebih seronok Diari esok kerana ada Kelas Persembahan Pentas. Di penghujung diari tadi ada tunjuk sikit sebagai teaser.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.19

Jom kita gali lirik lagu ini dan beri cadangan persembahan untuk Heliza.

Tajuk: Torn
Artis: Natalie Imbruglia
Pelajar: Heliza

I thought I saw a man brought to life
He was warm, he came around like he was dignified
He showed me what it was to cry
Well you couldn't be that man I adored
You don't seem to know, don't seem to care what your heart is for
But I don't know him anymore
There's nothing where he used to lie
My conversation has run dry
That's what's going on, nothings fine I'm torn

I'm all out of faith, this is how I feel
I'm cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
I'm wide awake and I can see the perfect sky is torn
You're a little late, I'm already torn

So I guess the fortune tellers right
Should have seen just what was there and not some holy light
To crawl beneath my veins and now
I don't care, I have no luck, I don't miss it all that much
There's just so many things that I cant touch, I'm torn

I'm all out of faith, this is how I feel
I'm cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
I'm wide awake and I can see the perfect sky is torn
You're a little late, I'm already torn. torn.

There's nothing where he used to lie
My inspiration has run dry
That's what's going on, nothings right, I'm torn

I'm all out of faith, this is how I feel
I'm cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
I'm wide awake and I can see the perfect sky is torn
I'm all out of faith, this is how I feel
I'm cold and I'm ashamed bound and broken on the floor
You're a little late, I'm already torn

Entri oleh sultanmuzaffar 01 April 2007 0 komen

Diari Khas & Konsert 03 Akademi Fantasia 5 : Ketuhanan & Kemanusiaan

Heliza – Melodi Ahlan

Terimalah aku seadanya...

Satu yang saya suka tentang Heliza ialah keberaniannya bergerak di atas pentas. Heliza kalau menyanyi lagu perlahan pun pergerakannya di atas pentas tetap cantik. Apatah lagi bila menyanyikan lagu yang agak rancak. Heliza seorang yang alert dengan persekitarannya. Dia beri interaksi dengan penyanyi latar. Memang nyanyiannya ada bunyi-bunyi Siti Nurhaliza. Saya tengok persembahan Heliza dan menyukainya. Saya tidak kisah dia gali atau tidak lirik lagu tersebut. Asalkan saya terhibur dengan persembahannya sudah cukup baik. Tak payah nak berat-beratkan kepala. Saya suka dengan konsep pakaian yang diberikan kepada Heliza.

Farha – Insan

Pulangkan...

Farha juga macam Heliza. Dia berani mencuba pergerakan-pergerakan menarik di atas pentas. Gaya tangan, ekspresi muka yang kadang-kadang menakutkan dan sedikit over-acting. Saya nampak kesungguhan Farha dalam membawakan lagu ini. Sekali lagi, saya tidak peduli dia gali atau pun tidak.

Noni – Ode to My Family

Pantomin dalam persembahan Noni benar-benar merosakkan persembahannya. Nyanyian Noni tidak begitu kedengaran. Mungkin kerana lagu tersebut dalam bahasa Inggeris. Terlalu banyak benda yang hendak difokuskan dalam persembahannya. Sekejap nak dengar nyanyian, sekejap nak tengok pantomin. Lagu yang sepatutnya kena dengan latarbelakang Noni jadi huru-hara.

Aswad – Hijau Bumi Tuhan
Dari Konsert 02 sampai Konsert 03 persembahan Aswad sama sahaja. Aswad tidak berani mencuba untuk mencipta kelainan dalam persembahannya. Gaya tangannya masih sama. Aswad tiada gaya untuk menghiburkan penonton. Aswad ada gaya untuk membuat lawak di atas pentas. Aswad ada vokal yang baik tetapi gaya persembahannya tidak melengkapkan vokal yang beliau ada. Cuba bayangkan kalau dalam satu konsert, Aswad kena bawakan 10 lagu dan gaya tangannya sama sahaja untuk 10 lagu tersebut. Memang satu persembahan yang agak membosankan.

Fatin – Erti Hidup

Kalau dulu orang kata Fatin hanya boleh bawa lagu dangdut, nampaknya tanggapan itu salah. Setelah empat persembahan, Fatin antara pelajar yang lebih menyerlah. Fatin mampu untuk membawakan note rendah dan note tinggi dengan baik. Fatin perlu diberikan perhatian. Konsep pakaian Fatin memang sukar untuk diubah kerana tubuhnya yang sememangnya kurus.

Aizat – Warisan
Ini lagi seorang pelajar yang tangannya tidak berbedung masa kecil-kecil dulu. Lagu Sudirman yang sedap jadi macam Konsert Suara Hati Sudirman di RTM1. Kadang-kadang ajaran untuk mendepangkan tangan itu dah macam salah pula. Niatnya memang untuk menampakkan body movement lebih besar, tapi tidak perlulah setiap kali nak dibuat. Aizat cuba untuk bawakan kelainan dalam nyanyiannya. Aizat tidak ikut gaya Sudirman, dia buat alunan vokalnya yang sendiri. Saya mengharapkan satu persembahan yang minima dengan mutu vokal yang meletup tetapi yang saya dapat ialah sebuah persembahan yang over-act.

Mila – Melukut Di Tepi Gantang

Yang ini saya suka. Mila hanya duduk di kerusi dan membawakan lagu tersebut. Dari aspek konsep persembahan dan penceritaan, ia sudah kena. Bukan senang nak menyanyi sambil duduk. Penceritaan lagu ini saya sudah terasa kerana ada kerusi roda. Klip video Mila bersama Dafi sangat-sangat tidak perlu. Nyanyian Mila memang lah terlalu banyak yang mendatar. Keseluruhan cerita dalam lagu tersebut sampai kepada saya mungkin kerana adegan drama bersiri Seputeh Qaseh Ramadhan masih menebal dalam minda saya.

Dafi – Aku Tanpa Cintamu
Saya ingatkan pantomin JAIS yang dipersembahkan sudah cukup merosakkan persembahan Dafi. Rupanya kepincangan tersebut dilengkapkan lagi dengan persembahan vokal Dafi yang tidak kesampaian. Saya nampak setiap pelajar tertekan dengan kritikan-kritikan Pengkritik yang telah diberikan kepada pelajar sebelum ini. Ia secara tidak langsung mengganggu konsentrasi pelajar lain. Bukan senang nak berhadapan dengan Singa AF. Dafi ada rupa dan penyokong yang setia.

Dekna – Kembara Di Tanah Gersang
Dekna ada vokal yang baik tetapi persembahan Dekna dirosakkan dengan hilangnya focus beliau dalam setiap persembahannya. Dekna tidak over-confident, cuma beliau hilang fokus. Hentakan kaki ala Misha Omar memang terlalu ketara dan menimbulkan kemarahan Ogy Ahmad Daud. Saya terfikir, ada masa ke pelajar-pelajar untuk menggali makna setiap baris lirik ? Hingga perlu mengkaji subteks setiap lirik ? Nak kaji subteks bukan perkara mudah. Diberikan masa untuk mengkaji teks pun kadang-kadang mereka lalai inikan untuk mengkaji subteks.

Rizal – Permaidani
Mujur Ogy Ahmad Daud tak cakap persembahan Rizal jujur minggu ini. Saya suka dengan persembahannya. Saya rasa apa yang ingin disampaikan sampai kepada saya. Saya tidak peduli tentang subteks segala semua tu. Rizal nampak sudah tahu untuk berinteraksi dengan pentasnya. Satu kekurangan yang ketara Rizal ialah beliau terlalu menjaga sehingga tidak mampu terjaga dah.

Shawal – Ku Berlari

Best ! Permulaannya sahaja. Saya sudah mula suka dengan vokal Shawal. Dia nampak selesa di atas pentas. Cara Shawal kawal pentas memang menarik. Shawal nampak relaks atas pentas. Kelemahan ketara Shawal untuk minggu ini ialah kurangnya stamina untuk meneruskan persembahannya. Selepas bahagian rap bersama Aizat, Shawal terus tenggelam dan hilang punca. Tenaga itu hilang sedikit demi sedikit. Vocally, Shawal sudah mula memikat.

Candy – Terlalu Istimewa

Pelajar terbaik minggu ini. Candy membuat keputusan yang bijak dengan mencuri lagu ini dari Dekna. Candy dalam Diari memang hambar, tetapi bila buat persembahan dia meletup. Itu yang best tentang Candy. Mata-mata harus dibuka ke arah Candy sekarang. Dia bijak memanipulasi keadaan. Candy hanya berdiri dan melontarkan vokalnya. Itu sahaja. Sangat minima tetapi memberikan impak yang maksimum. Itu sudah cukup baik. Secara keseluruhan Candy telah berjaya meyakinkan dengan persembahan vokalnya yang bagus.

Ebi – Al-Jannah

Ebi telah membuktikan yang beliau versatile walaupun baru minggu ketiga. Permulaan lagu tersebut amat penting untuk penonton dan Ebi telah mencipta kejutan. Kekuatan utama persembahan Ebi ialah konsep persembahannya. Dari aspek tatacahaya yang mengagumkan, pergerakannya yang penuh stail dan persembahan vokalnya yang meyakinkan telah membuatkan kedudukan Ebi melonjak ke puncak takhta. Sesuatu yang melucukan apabila Ogy Ahmad Daud memberikan komennya yang berbunyi meminta pelajar merujuk Al-Quran, Hadis dan Ulama’ untuk mendalami lirik lagu tersebut. Kadang-kadang sesuatu persembahan lebih dinilai dari aspek tatarupa keseluruhan persembahan tanpa perlu mendalami secara dasar lirik lagu tersebut.

Secara keseluruhan memang Konsert ini agak membosankan. Saya lebih terhibur dengan tatacahaya yang telah dipersembahkan. Memang puas hati tengok permainan tatacahaya pada minggu ini. Bila lampu-lampu yang digunakan terpancar ke skrin putih yang menjadi latarbelakang memang amat cantik. Bab pakaian pun sekarang sudah sunyi. Orang dah tak hairan untuk bercakap tentang pakaian walaupun ada perubahan positif yang besar di unit tersebut.

Oleh kerana hari ini adalah hari keputeraan saya, maka saya memperkenankan pengampunan beramai-ramai kepada setiap pelajar. Walaupun dengan persembahan yang liriknya tidak digali cukup-cukup, tiada penyingkiran dilakukan dalam Konsert 03 Akademi Fantasia. (ketawa)

Persembahan Pilihan SM
(Tengok betul-betul tau...Hanya bertujuan untuk mengaburi mata)
1. Dafi (Aku Tanpa Cintamu)
2. Dekna (Kembara Di Tanah Gersang)
3. Noni (Ode To My Family)
4. Aswad (Hijau Bumi Tuhan)
5. Aizat (Warisan)
6. Rizal (Permaidani)
7. Mila (Melukut Di Tepi Gantang)
8. Heliza (Melodi Ahlan)
9. Shawal (Ku Berlari)
10. Farha (Insan)
11. Fatin (Erti Hidup)
12. Ebi (Al-Jannah)
13. Candy (Terlalu Istimewa)

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger