Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 18 June 2007

AC Di Sini Live Dataran Merdeka

Image Hosted by sultanmuzaffar.net


Bukan selalu sebuah program bual bicara biasa selain Akademi Fantasia yang mampu untuk menarik penonton untuk disiarkan secara langsung di tempat yang terbuka. Bila ada acara sebegini diadakan sekali-sekala sedikit sebanyak tentulah ada sebab mengapa ia diadakan. Untuk meraikan AC Di Sini untuk musim yang ketiga, sebuah konsert yang disiarkan secara langsung telah dibuat di Dataran Merdeka. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada pun sebab sampingan, ia sekadar sebab sampingan yang tidak sedikit pun menggugat !

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Seperti biasa Cik Mat Poi (CMP) pasti akan menggamatkan lagi keriuhan Dataran Merdeka yang menjadi lautan manusia. Minggu lepas Dataran Merdeka jadi lautan air, malam ini di tempat yang sama penuh dengan manusia. Lebih riuh jadinya bila peminat-peminat Awie dan Ella yang terdiri dari kalangan...tidak perlu saya sebutkan. Anda sendiri tahu ! Memang tenggelam peminat bintang Akademi Fantasia di sebalik jeritan peminat Ella yang rata-rata hadir memakai baju bertemakan yang sama iaitu putih ! Seperti tahu-tahu saja yang Ella akan memakai dress warna putih.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Di sebalik kesibukannya, Mawi tetap meluangkan masa untuk bersama-sama AC Mizal untuk menjawab beberapa pertanyaan daripada hos yang sedang meningkat naik. Bila dah buat siaran langsung seperti ini yang tujuannya anda sendiri mahu ingat, mestilah ada Mawi agar penonton pening kepala nak buat pilihan. Mawi bawa lagu Angan Dan Sedar. Not bad ! Entertaining juga lagu tersebut. Lagu Angan Dan Sedar memang set-set lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta. Sebenarnya siaran langsung tersebut telah dibuka oleh persembahan Mila yang membawakan lagu Persis Mutiara. Malangnya ada sedikit masalah teknikal pada kamera dan tidak sempat merakamkan persembahan Mila. Sewaktu sidang akhbar Mila telah ditanya tentang persembahannya. Memang saya agak kecewa sedikit dengan persembahan Mila. Vokalnya tidak begitu kedengaran.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Ella tampil dengan gaya manjanya membawakan lagu Rama-Rama. Memang lagu-lagu pop rock yang berentak moderate seperti Rama-Rama menyerlahkan lagi kualiti persembahan Ella. Memang puas dengan nyanyian Ella. Ella memang mempunyai kualiti untuk menjadi ikon dalam industri muzik Malaysia.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Mula-mula Awie ada, lepas tu patutnya Awie tak dapat ikut serta kerana ada penggambaran filem terbarunya. Akhirnya Awie muncul secara mengejut. Awie bawa lagu Iris. Selepas itu bersama Ella, mereka berduet lagu Dua Insan Bercinta. lagu rock kapak zaman Ella bersama The Boys memang benar-benar sebuah lagu yang begitu nostalgik. Lagu tersebut memang malar segar dan sehingga sekarang penonton menyukainya. Penonton boleh ikut menyanyi bersama-sama lirik lagu tersebut. AC Mizal pun join sekali.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Belum puas dengan Mila, Mawi bersamanya berduet lagu Mentera Semerah Padi. Lagu berhantu M.Nasir tersebut dikuasai oleh Mawi. Awie backing Mila sewaktu sidang akhbar dengan menyatakan lagu tersebut memang lagu lelaki. Key lagu tersebut untuk lelaki. Memang malam itu menyerlahkan lagi kecantikan Mila bila mana pakaian yang dikenakan oleh Mila memang cantik-cantik belaka.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Mila turut mengumumkan sebuah program realiti baru yang penggambaran sedang berjalan. Ia bermula semalam sewaktu rehearsal AC Di Sini. Program realiti tersebut diberi nama Wazzup Mila? Program realiti ini akan mengekori pergerakan Mila dan penonton akan berpeluang untuk melihat di sebalik aktiviti Mila. Kalau Mila pergi Penang, kamera ikut pergi Penang. Kalau Mila pergi Keningau, kamera ikut pergi Keningau. Kalau Mila pergi Brunei, kamera ikut pergi Brunei. Memang sakan berjalanlah kamera tersebut. Setiap pergerakan Mila akan diekori. Program ini akan memulakan siarannya pada bulan Julai ini di Astro RIA, di mana lagi ! Kalau-kalau FanClub Mila nak buat sessi bertemu peminat, baiklah buat cepat-cepat dalam bulan Julai ini. Mana tahu boleh masuk dalam Wazzup Mila?

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Di penghujung siaran langsung, kesemua artis menyanyikan lagu terbaru AC Mizal bertajuk Di Sini. Pandai betul dia pilih tajuk lagu yang sama dengan nama program yang dihoskannya. Promosi lagu dan sekali promosi program. Mila pun pandai pilih tajuk program beliau sendiri bila nama program tersebut sama namanya dengan nama fanclub Mila sendiri, MilaWazzup.com.

Image Hosted by sultanmuzaffar.net

Sidang Akhbar AC Di Sini Live

Nota : Siapa menang Gangstarz ? Berapa juta undian SMS Gangstarz kumpul ? Argghhh !!! Pentas IKON Malaysia pulak lepas ni !!!!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger