Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2007

Siapa IKON Malaysia Anda ?

Pilihan saya berdasarkan persembahan yang telah dilakukan pada hari Selasa dan Jumaat. Memang ada persembahan yang bagus, tidak kurang juga yang hancur. Ada yang menari bagus, sayangnya vokal haus. Ada yang menyanyi bagus, sayangnya kreativiti kosong.

Solo
1. Jaclyn Victor
Vokal : Mantap
Persembahan : Baik
Meter IKON : Amat Layak

2. Adam
Vokal : Terlalu Biasa
Persembahan : Amat Baik
Meter IKON : Boleh Lah

3. Dina
Vokal : Baik
Persembahan : Baik
Meter IKON : Biasa

4. Mawi
Vokal : Biasa
Persembahan : Amat Baik
Meter IKON : Layak

5. Shanon Shah
Vokal : Baik
Persembahan : Biasa
Meter IKON : Layak

6. Farah
Vokal : Baik
Persembahan : Biasa
Meter IKON : Boleh Lah

7. Dayang
Vokal : Baik
Persembahan : Terlalu Biasa
Meter IKON : Boleh Lah

8. Reshmonu
Vokal : Biasa
Persembahan : Biasa
Meter IKON : Biasa

9. Daniel Lee
Vokal : Bosan
Persembahan : Terlalu Biasa
Meter IKON : Tidak Layak

10. Ezlynn
Vokal : Bosan
Persembahan : Bosan
Meter IKON : Tidak Layak

Rasa-rasanya yang akan mendahului carta SMS pastinya :
1. Mawi
2. Adam
3. Farah
4. Jaclyn Victor
5. Dayang

Rasa-rasanya yang akan mendahului carta Juri pastinya :
1. Jaclyn Victor
2. Dina
3. Dayang
4. Farah
5. Reshmonu

Grup
1. Jinbara
Vokal : Bagus
Persembahan : Mantap
Meter IKON : Layak

2. OAG
Vokal : Bagus
Persembahan : Mantap
Meter IKON : Layak

3. May
Vokal : Bagus
Persembahan : Mantap
Meter IKON : Layak

4. Gerhana
Vokal : Biasa
Persembahan : Biasa
Meter IKON : Boleh Lah

5. DefGabC
Vokal : Boleh Lah
Persembahan : Terlalu Biasa
Meter IKON : Boleh Lah

6. Flop Poppy
Vokal : Boleh Lah
Persembahan : Bosan
Meter IKON : Tidak Layak

7. Amuk
Vokal : Boleh Lah
Persembahan : Bagus
Meter IKON : Boleh Lah

8. Disagree
Vokal : Biasa
Persembahan : Bosan
Meter IKON : Tidak Layak

9. Mirwana
Vokal : Bosan
Persembahan : Bosan
Meter IKON : Tidak Layak

Image Hosted by ImageShack.us

Siapa Anak Gemilang Malaysia Anda ?

Anda boleh membuat pilihan di Laman Web Anak Gemilang Malaysia.
Saya sudah pilih Datuk Usman Awang kerana sumbangan beliau dalam bidang sastera dan juga karya-karya beliau benar-benar memberikan impak yang besar dalam perjuangannya terhadap bidang kesusasteraan Melayu.

Inilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk memberikan pendapat mereka tentang Anak Gemilang Malaysia ! Rakyat Malaysia boleh berkongsi pendapat tentang tokoh-tokoh di Malaysia yang telah meninggal dunia tetapi pernah mencurahkan jasa-jasa mereka kepada Malaysia untuk gelaran Anak Gemilang Malaysia. Anak Gemilang Malaysia merupakan sebuah kempen peringkat nasional yang mampu memberikan inspirasi, menaikkan semangat patriotik dan menyuntik nilai-nilai positif demi mengukuhkan struktur masyarakat majmuk Malaysia.

Kalau dilihat dari senarai 50 nama yang ada semuanya merupakan tokoh Malaysia yang telah meninggal dunia. Dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan Malaysia tidak begitu banyak lagi tokoh-tokoh yang wajar diberikan penghargaan. Umur Malaysia masih muda begitu juga dengan sejarahnya.

Dalam tempoh tersebut, perubahan sejarah telah banyak berlaku tidak kurang juga penjajahan minda yang telah menakluki budaya pemikiran masyarakat Malaysia. Jika ditanya pada generasi muda adakah mereka kenal tokoh-tokoh yang tersenarai, pastinya tidak ramai yang kita kenal. Wah ! Mengaku generasi muda katanya ! Kalau ditanya pada anak-anak muda generasi realiti tv pasti mereka lebih mengenali siapa Mawi dari mengenali siapa Ibu Zain. Dari 50 nama tokoh Malaysia, saya akui saya tidak pernah mendengar 10 nama yang telah tersenarai. Saya tidak pernah mengenali siapa Khoo Eng Tong, Tan Sri Dr. B.C. Sekhar, Datuk Dr Syed Mohamed Alwi Alhady, Tan Sri Dr C.C Too, Tan Sri Ir. Raja Zainal Raja Sulaiman, Tan Sri V.M. Hutson, HR Storey, Tan Sri Dato' Mohd Said Bin Mohamad, Abdullah Piruz dan P.P. Narayanan. Mereka masing-masing ada jasa mereka kepada Malaysia tetapi jarang benar disingkap oleh sejarah.

Ini peluang anda untuk mengenali mereka. Jika dilihat pada status kedudukan terkini, pastinya rakyat Malaysia lebih mengiktiraf jasa-jasa yang pernah disumbangkan oleh Sudirman Hj. Arshad dan Tan Sri P.Ramlee. Bagaimana dengan yang lain ? Mereka juga pernah menyumbangkan sesuatu untuk negara, bukan sekadar bidang seni, tetapi juga bidang ekonomi, politik, kesusasteraan dan kerja-kerja sukarela.

Anda boleh membuat pilihan melalui online di http://www.astro.com.my/agm/undi.asp ! Percuma ! Atau menghantar borang yang boleh didapati di akhbar-akhbar utama secara pos atau pun faks ke alamat yang tertera.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger