Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kerana Karina (Exclusive Drama Webisode)

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2007

Image Hosted by ImageShack.us

Terbaru Gua mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam dunia penyiaran Malaysia sebuah drama bersiri telah diterbitkan khas untuk siaran Internet. Kalau selama hari ini penonton hanya berpeluang untuk menonton drama di televisyen, sebaliknya perkembangan teknologi telah merapatkan jurang tersebut. Penonton kini mempunyai banyak pilihan dan salah satunya adalah melalui capaian Internet.

Drama Kerana Karina dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, Marsha Londoh sebagai Karina. Karina merupakan seorang penyanyi dan watak utama dalam drama ini. Sudah pasti peminat Mawi yang masih mengharapkan Marsha merupakan pilihan hati Mawi akan menontonnya. Banyak tu !

Sebagai memenuhi kepuasan pengguna Internet, pastinya barisan pelakon yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang mampu untuk menarik perhatian pelayar Internet yang rata-ratanya adalah dari golongan muda. Oleh itu pemilihan pelakon haruslah yang layak untuk menjadi halwa mata golongan muda. Pastinya kemunculan Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly, Chelsia Ng, Alan Yun mampu untuk memberikan kesan yang luar biasa.

Sazzy bakal membawakan watak sebagai Sherina iaitu sepupu kepada Karina merangkap pengurus Karina sendiri. Zizan pula akan membawakan watak seorang jejaka tampan bernama Imran yang bertugas sebagai penerbit. Pastinya ada watak yang biasa kita tonton dalam drama Melayu, Zally Hussin bakal membawakan watak sebagai anak orang kaya, Huzir yang jatuh cinta pada Karina.

Pastinya kemunculan Bell Ngasri sebagai Boy yang merupakan pendandan Karina ditunggu-tunggu khalayak. Penampilannya yang agak lembut pasti mewujudkan elemen komedi dalam drama ini. Kemampuan Roslan Aziz sebagai Juri Tetap telah pun dibuktikan, kini masanya untuk keluar dari landasan muzik dan memegang watak sebagai Datuk Zainal, pemilih syarikat rakaman.

Sazzy Falak & Zizan Nin telah membuktikannya melalui siri Gol & Gincu dan Realiti. Siapa pula yang tidak kenal dengan tiga model catwalk yang popular di Malaysia dan pernah juga membintangi filem Gubra. Pasti pengaruh mereka dalam siri-siri atau filem sebelum ini boleh memberikan nilai tambah kepada Kerana Kirana.

Sesuatu yang paling menarik apabila juri tetap Malaysian Idol, Roslan Aziz akan turut membuat kemunculan sulung melalui drama ini. Nah ! Inilah peluang yang telah dibuka untuk anda mengkritik pula bukan nyanyian tetapi lakonan Abang Roslan.

Trend lagu tema dalam sebuah drama bersiri sudah mula berkembang di Malaysia. Lagu tema menjadi pengikat kepada penonton untuk terus mengikuti drama tersebut selain daripada mesej lagu tersebut yang kena dengan jalan ceritanya. Tidak ketinggalan, apabila sebuah lagu dicipta khas untuk Kerana Karina. Lagu Yang Mana telah dicipta oleh Azmeer dan liriknya nukilan M.Zulkifli.

Yang Mana membawa penonton untuk menyelami perasaan Karina (Marsha) yang masih mencari jawapan siapa yang harus dijadikan pilihannya. Setiap cabaran yang dihadapi oleh Karina perlu ditempuhi. Lebih parah apabila insan yang pernah bertakhta di hatinya kembali menagih cintanya. Karina buntu. Apakah jenis cinta yang dicarinya ? Kembali mengimbas kenangan lalu, pada yang pernah berjanji dan pada yang pernah melukakannya. Kata putus perlu dicapai oleh Karina, yang mana harus menjadi sekadar teman, yang mana pula yang harus dicintai.

Tajuk : Yang Mana
Artis: Marsha Londoh

Verse:
Dilema yang melanda
Tiba tanpa ku sangka
Kini buntu ku rasa

Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Walaupun nampak mudah
Tertera di depan mata
Kata hati yang ku dengar

Pelbagai persoalan
Disulam keraguan
Cinta apa yang kucari?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Verse:
Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Dilema ku mendalam
Mencari keputusan
Yang tak kukesal kemudian

Kupertimbangkan semua
Yang berulang ku tanya
Perlukah peluang kedua?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Lagu: Azmeer
Lirik: M.Zulkifli

Jika ada perubahan yang akan saya lakukan kepada lirik lagu ini hanya pada satu perkataan yang terdapat kesilapan ejaan iaitu Menggangu kepada Mengganggu (rangkap 2, baris 2). Perubahan kedua adalah pada rangkap 5, baris 1 iaitu perkataan diluka yang mana dilukai lebih sesuai. Agar ritma lagu ini menjadi lebih bermakna, perkataan terluka juga boleh digunakan.

Kerana Karina telah diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos, seorang bakat baru yang pernah bekerja di belakang tabir sebagai Pengarah Kreatif dan Pereka Poster untuk filem Rock.

Drama Kerana Karina akan mula menemui pelayar Internet pada 29 Oktober ini setiap Isnin, Rabu & Jumaat di www.gua.com.my.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger