Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Puteri Gunung Ledang : The Spirit and The Journey

Entri oleh sultanmuzaffar 25 November 2007

Ini kerja baru saya sekarang. Penulisan yang semakin pendek tetapi harus padat. Kalau saya meneruskan seperti gaya penulisan di blog, pastinya semput pengacara membacanya.

Dalam satu hari boleh siap sekurang-kurangnya 6 berita baru. Kalau tidak cukup, kita ulang tayang saja.

Memang nampak mudah. Cuma waktu kerjanya sahaja yang agak menyulitkan.

Saya cuma mohon ketenangan harap faham dengan tugas baru saya ini. Benar, banyak perkara yang berlaku minggu ini. Terlalu banyak tekanan yang berlaku. Kiri dan kanan. Tetapi yang tidak mahu memahami, masih enggan memahami.

Ini cerita terbaru tentang buku Puteri Gunung Ledang yang telah pun berada di pasaran.

(ANCHOR)
Buku kulit keras bertajuk Puteri Gunung Ledang The Spirit and The Journey telah pun berada di pasaran.

Buku setebal 154 muka surat itu merupakan projek terbaru Datin Seri Tiara Jacquelina bersama MPH Publishing dan Enfiniti Productions.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Buku tersebut dipenuhi dengan foto-foto berwarna dan juga catatan peribadi pengalaman mereka sebagai pelakon dan pekerja yang terlibat di belakang tabir dua projek hasil buah fikiran tiara.

Projek itu bermula dengan sebuah filem epik dan kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah teater muzikal.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Bab pertama mengimbau kembali saat idea tercetus untuk melahirkan watak Puteri Gunung Ledang.

Pembaca akan dapat mengetahui bagaimana draf ceritanya dirangka untuk menghasilkan sebuah filem yang mampu melangkau sempadan untuk menjelajah dunia.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Sementara bab kedua bakal membawa pembaca mendekati dunia belakang tabir pembikinan filem epik tersebut.

Cerita demi cerita dibongkar untuk pembaca termasuklah proses pemilihan pengarah dan pelakon yang terbaik untuk filem itu.

Sehinggalah ke saat-saat kegemilangan filem epik itu diraikan di venice dan kehebatan strategi pemasaran filem itu seantero dunia.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Bab ketiga memaparkan proses bagaimana sebuah filem mampu menjadi sebuah teater muzikal yang digilai ramai.

Bermula dari proses cambah minda sehinggalah teater muzikal yang menjadi fenomena itu menjadi teater muzikal paling laris di malaysia.

Versi teater itu telah pun bertakhta di istana budaya sebanyak dua kali dan sekali beraksi di singapura.

Pembaca berpeluang untuk menyusuri satu persatu proses itu berdasarkan sudut pandangan pembikinnya.

Semoga buku ini dapat menjadi inspirasi kepada orang lain yang memiliki cita-cita untuk melakukan yang sama.

Buku kulit keras ini boleh didapati di cawangan MPH terpilih dan kedai-kedai buku terpilih dengan harga RM120.//

Dapatkan berita hiburan terkini, tempatan dan antarabangsa di Gala TV, Astro Awani jam 3 petang dan 10 malam setiap hari.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger