Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.17

AFMASUK TOKWAN !!!

Belum apa-apa, Cikgu Syafi dah mengamuk. Jangan main-main dengan Cikgu Syafi. Cikgu Syafi tu sekarang memang moody sentiasa. Maklumlah sedang berbadan dua. Kalau dah pelajar masuk lambat, Cikgu mana yang tak mengamuk. Ada beberapa orang pelajar yang sudah menunggu seperti Candy dan Noni. Bila Cikgu Syafi tanya sama ada latihan masing-masing bersama kumpulan telah pun dibuat atau tidak, Ebi menjawab. Dia seorang saja yang cakap sudah. Memang lah sudah pasal persembahan dia seorang diri saja. Yang lain-lain tu ! Shawal kena jadi ketua kelas pasal dia yang masuk paling lewat.

Cikgu Syafi pun ada nasihatkan pelajar tentang pentingnya keaslian dalam nyanyian. Dengar tu Heliza. Dah dengar Heliza bawa lagu Melodi Ahlan ? Tiba-tiba ada bunyi Waheeda pula kan ?

Bila saya dengar Aizat bawa lagu Warisan, nak kata sedap tak lah sedap sangat. Tapi kalau Aizat betul-betul pandai control vokal dia, tentunya lebih sedap. Bahagian-bahagian tinggi dan paling rendah dalam lagu tersebut tidak dikawal dengan baik oleh Aizat. Kalau Faizal dapat lagu Warisan mesti terus bunyi Sudirman. Tak lari punya.Yang Farha mendandan rambut Dafi tu kenapa ? Rambut Dafi tu dah elok. Lebih baik dandan rambut Aizat. Rambut Rizal pun dah cukup elok untuk didandan. Mungkin Farha nak tunjuk skil dia kot.

Kat dapur, Aizat dan Ebi sibuk goreng telur. Bila telur dah masak, Rizal jadi tukang rasa. Shawal pun nak juga cuba skil di dapur. Noni datang bantu. 5 AFUNDI SHAWAL ! Sweet pulak ! Nak tambah sweet bila tengok Noni terkantoi dengan kamera curi ais dalam peti ais. Rupanya Noni ada tabiat suka makan ais. Nampak comel pula Noni bermain dengan kamera. 5 AFUNDI NONI !

Latihan persembahan untuk Noni pun menarik juga. Siap ada lakonan. Kalau Noni betul-betul hayati dan kenang kembali latarbelakangnya, tentunya ia akan memberikan kesan kepada penonton. Itu pun kalau Noni betul-betul hayati lah. 5 AFUNDI NONI !

Tok Wan ajar Mila menari joget, Mila buat cha-cha. Aswad datang mengadu dengan Tok Wan tentang masalahnya untuk menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain. Perbezaan umur yang menjarakkan Aswad dengan pelajar lain. Ah sudah ! Jangan jadi kes macam Zana di minggu pertama sudah lah.Latihan persembahan Dafi agak simple. Biasa sahaja. Sebuah lagu yang bersesuaian dengan vokalnya. Persembahan Heliza kedengaran agak baik juga. Bahagian spanish bukan ada sesiapa yang faham. Ikut saja kata Cikgu Fatimah. Nyanyian Fatin kedengaran biasa dan membosankan. Latihan nyanyian Ebi yang pertama kosong. Bila Ebi ulang nyanyiannya terutama pada bahagian awal lagu tersebut sungguh berbeza. Hingga mengalir air mata Tok Wan. 20 AFUNDI EBI !

Jangan lupa Diari Akademi Fantasia Khas yang akan disiarkan pada hari Sabtu, jam 9 malam selama satu jam setengah. Tentu ada sesuatu yang menarik. Mungkin kejutan ! Kalau ada yang bertanya apa isi kandungan Diari tersebut. Saya jawab. Rahsia. Tunggu sahaja esok. Apakah episod air mata akan berulang lagi atau pun episod keceriaan bertamu di hati penonton ?

Hari ini bukan hari yang senang bagi saya. Saya meluangkan masa selama hampir 4 jam untuk disoal-siasat berkenaan satu kes yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Memang buang masa aku saja !! Orang lain yang tertekan punat kamera, aku pulak yang terpaksa menjawab.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.16

Banyak juga latihan pelajar yang ditunjukkan dalam Diari tadi. Walaupun dapat dengar sedikit, cukuplah sebagai teaser untuk Konsert hari Ahad ini. Setakat hari ini, saya masih lagi teruja menantikan Diari Akademi Fantasia Khas yang akan disiarkan pada hari Sabtu mulai 9 malam. Sementara Konsert hari Ahad saya lebih ternanti-nantikan corak persembahan Ebi dengan lagu Al-Jannah, Shawal (Ku Berlari), Aizat (Warisan), Heliza (Melodi Ahlan) dan Mila (Melukut Di Tepi Gantang). Yang lain hanya sekadar pelengkap sahaja.

Lagi satu yang best tentang Diari tadi ialah Shawal dan Noni. Saya memang suka benar kalau ada kelas yang melibatkan pasangan ini. Memang lucu dan selamba. Jenis main redah je. Minta-minta lah mereka kekal lama dalam Akademi. Ada juga penyeri. Walaupun mulut Puan Fauziah Nawi agak celupar dalam Debat tadi dengan mengatakan giliran mereka pula yang akan tersingkir tidak lama lagi.

Bila tiba musim AF saya suka melihat karenah peminat sebenarnya. Mereka mempunyai satu sifat unik yang tiada pada peminat-peminat program lain. Mereka hanya mahu mendengar atau pun membaca yang baik-baik sahaja tentang pelajar yang mereka minati. Mereka menjadi in-denial untuk menerima yang buruk-buruk tentang pelajar yang mereka minati. Lalu bermati-matian menafikannya. Sifat in-denial begitu tebal dalam diri peminat AF. Mereka sukar untuk menerima hakikat. Tapi itulah hakikatnya dan gelagat itulah yang telah saya hadapi sepanjang 4 tahun yang sudah. Begitu juga dengan musim ini.

Mereka cepat tercuit. Sensitif benar. Tapi itulah uniknya peminat-peminat AF. Jika ada peminat program realiti lain diusik, macam tiada apa pun yang berlaku. Tidak kecoh. Jangan peminat AF diusik, mereka cepat tersentuh. Kaitan emosi itu begitu kukuh. Best kan ?

Buat masa ini, saya tahu apa yang saya tahu. Kalau nak tahu, tahu lah. Kalau tak nak terima, tak kisah. Yang penting, saya tahu. Yang termampu, saya ketawa. Itu sahaja. Seronok kadang-kadang bila dapat buat orang keliru.

Tok Wan ? Ada yang sudah bosan dengan Tok Wan. Bagi kita yang berada di luar yang terdedah dengan pelbagai aktiviti tentunya merasa bosan dengan gelagat seorang tua yang datang menyibuk dalam hidup kita. Bagi pelajar yang terkurung tanpa ibu-bapa tentunya mereka merasa tidak bosan. Realitinya apakah kita suka bila ibu-bapa kita sering memerhatikan kita ? Tentulah kita pun rasa rimas. Sesiapa yang merasa Tok Wan membosankan mungkin merupakan seorang yang tidak begitu gemar hidupnya sentiasa dikelilingi ibu-bapa. Mungkin. Tapi pelajar yang terkurung mungkin mengambil kesempatan Tok Wan bersama mereka untuk menghilangkan rindu mereka pada ibu bapa mereka. Budak muda yang jarang berpisah, alih-alih terpisah dengan keluarga. Ada pula antara pelajar yang tiada ibu-bapa langsung. Ada pula yang ibu bapa mereka berpisah. Inilah masanya untuk mereka kembali menghirup madu kasih sayang yang termampu dicurahkan oleh Tok Wan yang akan tinggal bersama mereka sehingga hari Jumaat ini. Yang bosan, biarkan mereka bosan.

Debat Akademi Fantasia Minggu 3. Apa sudah jadi ? Cerita lama Fail Sulit yang diungkit kembali. Apa lagi cara untuk menjadi Debat Akademi Fantasia sesuatu yang menarik. Setakat ini, Debat dilihat sebagai sesuatu yang hambar. Apa tarikan Debat ? Artis ? Tiada. Pelajar Tersingkir ? Juga tiada.

Topik Debat kalau mahu yang hangat untuk minggu ini ialah topik berkenaan perubahan hari untuk Konsert 03. Itu yang hangat. Kenapa konsert diubah ? Mesti ada sebab. Mesti ada yang sokong konsert diteruskan pada hari Sabtu dan mesti ada yang bangkang konsert terus diadakan pada hari Sabtu. Tentu ada sebab untuk menyokong kenyataan tersebut. Jadi, debatkan !

Topik kena pantas. Kalau lambat, topik jadi basi. Macam Debat tadi.

Topik berkenaan wajarkah pelajar yang mendapat undian paling tinggi menerima ganjaran. Saya hantar satu SMS mengatakan TIDAK. Kalau balik-balik muka yang sama sahaja yang dapat ganjaran, boring lah. Pelajar yang beri persembahan terbaik di mata Pengkritik Tetap juga perlu diberikan ganjaran. Itu nampaknya lebih adil dan boleh menimbulkan provokasi di kalangan peminat. Maka, undian pun menderu masuk. Kena tukar sekali-sekala.

Ada banyak cara lagi ganjaran yang akan diberikan. Tunggu saja konsert-konsert yang akan datang. Semuanya telah dirancang.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.15

Tentu ramai yang pelik kenapa pelajar kena meniarap tiba-tiba. Kat laman web rasmi ditulis sebagai atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ada lah sebabnya. Hahaha.

Dalam Kelas Cikgu Fati pula, pelajar kena menggayakan lirik lagu mereka. Tapi nampak macam mereka berada di bawah kelolaan Raimee pulak !

Yang paling best dalam diari hari ini ialah ketibaan Tok Wan. Tok Wan ialah ikon terbaru Astro menerusi iklan Astro. Tok Wan memang popular sejak iklan Petronas "Janda Beranak Tujuh". Tok Wan juga popular kerana filem Gubra. Sekarang dengan Akademi Fantasia, Tok Wan akan jadi lebih popular. Memang nampak pelajar perempuan agak rapat dengan Tok Wan. Itu baru pertama kali berjumpa. Banyak yang pelajar tidak tahu sebenarnya.

Tok Wan hadir dalam Akademi sebagai seorang nenek, mungkin juga seorang ibu. Harap-harap jangan lah ada pelajar yang buat Tok Wan macam orang gaji sudahlah. Kalau ada, pasti pelajar tersebut akan dibenci seumur hidupnya. Tadi Tok Wan bertindak sebagai jurulatih senamrobik. Risau juga bila tengok Tok Wan bersenam dengan berkain batik. Buatnya terlucut kain batik orang tua tu, tak ke naya ! Tak pasal-pasal front page "contoversy" lagi. Hehehe.

Memang nampak Tok Wan rapat dengan pelajar. Siap bagi buku berzanji pada Ebi. Berzanji kena pakai buku ya ? Entah ! Rasanya berzanji lebih sesuai bagi tape untuk dengar. Tak sabar nak tunggu Diari esok apa pula yang akan Tok Wan buat dengan pelajar.

Bagi yang belum tahu, Sabtu ini akan ada Diari Akademi Fantasia Khas. Kandungannya ? Rahsia ! Tengok saja.

Shawal merajuk dengan Noni ke ? Baru Noni tercucuk mata Shawal dah merajuk ke ? Manja betul atau mungkin harapkan perhatian. Tapi bagus gak bila merajuk-merajuk ni, ada sikit drama antara mereka. Masing-masing jual mahal tak mahu pergi jumpa.

Pasal Shawal merajuk, saya AFUNDI 3 kali. Dekna pula nampak berseorangan di Bilik Vokal. Sibuk melayan lagu-lagu lama. Datang lagi seorang pelajar, Dafi untuk sama-sama menyumbangkan lagu-lagu pelajar lain. Kelakar pula rasanya. Pasal Dekna pun tengah down, saya AFUNDI 3 kali juga. Ingat nak AFUNDI TOKWAN, tapi nama Tok Wan tak masuk senarai.

Tapi yang paling puas hati bila tengok Ebi berlatih lagu Al-Jannah. Mengambil langkah selamat dengan tidak membandingkannya dengan penyanyi asal lagu tersebut, saya merasakan Ebi cuba membawakannya dengan gayanya yang tersendiri. Kalau Ebi terasa tak sampai, tak payah susahkan diri nak bagi sampai. Buat saja ikut gaya sendiri. Asalkan nyanyiannya cukup perisa dan mampu untuk memberikan impak kepada persembahannya.

Rata-rata komen yang saya dengar. Dengar tau bukan baca. Maksudnya saya dengar dari orang-orang lain lah. Mereka mengatakan nyanyian Ebi untuk lagu Al-Jannah memang sedap. Yang penting intro kena pukul habis ! Biar menikam kalbu !

Sebenarnya saya lebih suka menonton Kelas Persembahan Pentas. Kelas yang tidak begitu serius dan personaliti pelajar lebih terserlah. Biarlah orang kata gedik lah, poyo lah, control lah, fake lah. Kalau itu yang sebenar-benarnya, terima saja lah.

Aduh ! Sabtu kerja ! Ahad pun kerja !

Entri oleh sultanmuzaffar 27 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.14

Nampaknya ada pengumuman terbaru tentang Diari Akademi Fantasia Khas yang akan disiarkan pada hari Sabtu, jam 9.00 malam bagi menggantikan slot yang sepatutnya untuk Konsert 03 AF5. Siaran langsung konsert akan diadakan pada hari Ahad.

Apa yang ada dalam Diari Akademi Fantasia Khas ? Perancangan kandungan sudah ada. Semuanya masih bergantung kepada keadaan dan apa pula realiti yang akan timbul pada hari tersebut.

Setelah 3 minggu Akademi Fantasia bersiaran, rata-rata cerita tentang AF lebih banyak negatif dari positif. Apakah AF tiada elemen positif untuk pembaca akhbar ? Atau pun kalau ada pun elemen positif yang menjadi di AF dengan sengaja tidak diberikan liputan ?

Saya sengaja menunggu penghujung minggu ini. Agaknya apa pula yang akan ditulis oleh mereka. Mungkin positif, mungkin negatif. Lebih parah, bila persembahan pelajar pada penghujung minggu ini tidak bagus. Secara tidak langsung, konsert yang bertemakan kemanusiaan dan ketuhanan akan dilupakan, dan persembahan pelajar yang hancur akan diberikan liputan utama. Itu lumrah.

Contoh paling dekat dan masih saya ingati ialah pakaian persembahan pelajar. Di AF4 memang pakaian pelajar agak hancur, manakala di AF5 nampak ada perubahan imej dilakukan pada elemen tersebut. Sayangnya perubahan positif tersebut tidak diberikan perhatian langsung. Kalau ada pun terlalu kecil. Apakah kerja kita hanya untuk melaporkan keburukan ? Itukah tanggungjawab yang digalas oleh kita ? Sungguh besar rupanya...

Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.13

▪ Al Jannah - Mawi oleh Ebi
▪ Melodi Ahlan - Waheeda oleh Heliza
▪ Melukut Di Tepi Gantang - Aishah oleh Mila
▪ Hijau Bumi Tuhan - XPDC oleh Aswad
▪ Terlalu Istimewa - Adibah Noor oleh Candy
▪ Erti Hidup - Dayang Nurfaizah oleh Fatin
▪ Ku Berlari - Firdaus oleh Shawal
▪ Ode to My Family - Cranberries oleh Noni
▪ Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana oleh Dafi
▪ Permaidani - Aris Ariwatan oleh Rizal
▪ Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher oleh Dekna
▪ Insan - Yantzen oleh Farha
▪ Warisan - Sudirman Hj. Arshad oleh Aizat

Seronok pula tengok pelajar perempuan gaduh-gaduh. Girls will always be girls. hehehe. Dengki, cemburu memang kuat. hehehe. Bila agaknya mereka nak tarik-tarik rambut pula ? Konflik pilih lagu ni kalau tak kena gaya memang boleh simpan dendam sampai bila-bila. Memang dah nampak dah muka-muka yang kelat bila masa pilih lagu. Ada yang selamba macam Mila, ambik dan terus pergi. Ada yang pandai mengalah macam Noni. Dekna pun pandai juga mengalah. Candy nampaknya selalu jadi mangsa. Heliza agak cerdik dan terlalu bijak untuk dimanipulasi. Dalam banyak-banyak perempuan, hanya Heliza yang sedar ruang. Dia sedar ada kamera keliling dia. Itu sebab setiap langkahnya, dia akan berfikir dahulu, tidak melulu. Dia memang bijak.

Pelajar lelaki lebih berdiplomasi. Kadang-kadang bosan pulak. Bila lah lelaki-lelaki ni nak bergaduh. Kat luar dulu ada yang kaki pukul, tapi bila kat dalam Akademi semuanya jadi baik. Tapi saya paling ingin dengar Ebi bawakan lagu Mawi. Boleh sampai ke ?

Untuk minggu ketiga, Konsert akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, mulai jam 1.30 petang. Konsert ini bakal menampilkan sebuah persembahan yang berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan. Konsep keseluruhan konsert perlu anda tunggu sehingga hari Ahad untuk mengetahuinya.

Saya terpaksa mewar-warkan perubahan positif ini di sini memandangkan agak sukar untuk pihak media menulis perubahan positif yang telah pun dirancang ini. Mereka lebih gemar menggembar-gemburkan perubahan negatif yang telah berlaku. Apalah sangat konsert bertemakan kemanusiaan berbanding gambar panas kan ?

Konsep dan tema Konsert 03 memang pun telah dirancang lebih awal. Semenjak awal tahun. Memandangkan ianya jatuh pada Maulidur Rasul, maka lagu-lagu yang akan didendangkan oleh para pelajar lebih berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan. Selain daripada itu, lagu-lagu seperti menanam rasa cinta kepada negara, menyemai perasaan sayang antara keluarga, menuji keindahan alam, menyataan keinsafan dan kesedaran akan kebesaran Tuhan turut diselitkan. Mungkin ada yang bertanya tentang Menuju Puncak. Bagaimana agaknya bunyi Menuju Puncak ? Kenalah tunggu ya...

Bagaimana pula dengan Pengkritik Tetap ? Apakah kelantangan mereka lah yang akan menghidupkan konsert pada petang itu ? Saya tidak tahu.

Yang pasti, kita cuba membuat perubahan yang positif agar diterima oleh pihak penonton. Ternyata saya sudah jelak membaca komen-komen negatif yang tidak membina...

Entri oleh sultanmuzaffar 24 March 2007 0 komen

Brothers & Sisters

Konsert 02 Akademi Fantasia 5 : Mungkinkah Ada Perubahan Pada Malam Ini ?

Satu minggu yang penuh tekanan telah berlalu. Semalam saya sudah boleh tersenyum. Tapi jalannya masih panjang. Ada lagi 8 minggu yang perlu ditempuh.

Kita tunggu sahaja malam ini.

Puas ? Ya, saya puas. Minggu lepas ialah minggu krisis. Alhamdulillah, segala cabaran berjaya diredah. Sebarang masalah berjaya dijadikan peluang. Sedar tak sedar, perubahan besar yang dilakukan adalah perubahan yang datang tidak dirancang.

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kualiti muzik pada minggu ini. Pengkritik Tetap pada minggu ini juga nampak lebih terkawal dan masuk akal. Bila muzik sudah baik ia memberikan satu kesan menarik kepada tatacahaya. Jadi, aura konsert itu timbul. Ia jadi lebih hidup.

Ulasan lanjut mungkin selepas Konsert 3 Diva. Nampaknya tak mungkin. Penat semalam. Mungkin salah satu dari minggu ini. :)

Ironi : Di penghujung Konsert penonton terlupa yang 3 Diva telah datang berkunjung di awal Konsert.

Persembahan Pilihan SM
▪ Shawal - Kenangan Mengusik Jiwa (A. Ramlie) : 8/10
▪ Aizat - Basket Case (Greenday) 8/10
▪ Dafi - Pencinta Wanita (Irwansyah) 7/10
▪ Noni - Mirai E (Kiroro) 7/10
▪ Farha - Biarkan Aku Menangis (Tommy J. Pissa) 7/10
▪ Candy - Semua Jadi Satu (3 Diva) 7/10
▪ Aswad - Nak Kahwin Duit Tak Ada (Sweet September) 6/10
▪ Dekna - Cinta (Amy Mastura) 6/10
▪ Heliza - Aku Bukan Untukmu (Rossa) 6/10
▪ Rizal - Kembali Merindu (Slam) 6/10
▪ Ebi - Bailamos (Enrique Iglesias) 6/10
▪ Mila - Gotta Tell You (Samantha Mumba) 6/10
▪ Afiq - Biso Bonar (Hattan) 5/10
▪ Fatin - Bila Rindu Kusebut Namamu (Siti Fairuz) 4/10

Apa pula perubahan pada Konsert 03 minggu hadapan ? Konsert tersebut jatuh bersamaan dengan Maulidur Rasul. Apa idea anda yang boleh digunakan untuk Konsert tersebut sebagai menghormati hari tersebut ?

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Mi Maggi Tabik Anda !

Dah hampir sebulan peraduan ini berlangsung. Ramai juga yang tertunggu-tunggu apakah keputusannya. Buat masa ini peraduan masih lagi dibuka. Terus terang saya katakan, tidak sukar untuk merakamkan bahan-bahan anda dalam bentuk video. Jika anda mempunyai telefon bimbit yang boleh merakamkan video sudah memadai. Lagipun peraduan ini lebih bersifat realiti tanpa memerlukan kekuatan dari aspek visual. Yang penting bahan yang dipersembahkan adalah berkenaan dengan pengalaman anda bersama Mi Maggi.

Dari banyak-banyak penyertaan yang telah diterima hanya ada beberapa video dalam bahasa Melayu. Apakah orang kita tidak makan Maggi? Mustahil bukan. Ramai di kalangan orang kita yang telah masuk sekolah asrama dan tentunya pengalaman itu bukan satu yang luar biasa.

Bukan itu saja, di kalangan kita tentunya sudah biasa dengan bekerja lewat malam dan tentunya ada di antara kita yang menjadikan Maggi sebagai salah satu pilihan. Zaman-zaman bekerja di bidang pengaturcaraan dulu memang Maggi merupakan pilihan saya. Dah terdesak dan kesuntukan masa. Zaman itu masa begitu berharga.

Orang-orang bujang juga di kalangan kita yang cepat ”pokai” di pertengahan bulan dan pastinya Maggi juga menjadi pilihan. Masa pertengahan bulan, poket mula kering. Masa itulah Maggi jadi pilihan.

Ada banyak topik. Yang penting cerita. Kedua penting, rakamkan pengalaman anda itu.

Mudah saja. Pertama pastikan anda mempunyai topik yang ingin diceritakan. Kedua pastikan pengalaman anda berkaitan dengan Maggi. Ketiga pastikan anda merakamkannya dalam bentuk video.

Ingat ! Hadiah yang ditawarkan amat lumayan iaitu wang tunai RM5000 dan telefon bimbit. Tentunya menarik perhatian anda.

Untuk melihat contoh-contoh yang telah dihantar bolehlah melawat http://www.maggi.com.my/salutesContest/main.htm

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.11

Terasa pelbagai emosi bila menonton Diari semalam, Ep.11. Dalam ketawa melihatkan Dekna bersama Amy Mastura, tersentuh mendengar cerita-cerita peribadi pelajar. Dah 4 musim AF berlalu, cerita peribadi yang merungkai personaliti pelajar pasti menjadi perhatian. Itu yang penonton Melayu mahu tengok. Drama. Sentiasa jadi kegilaan penonton Melayu.

Dekna sakit hidung berdarah dan telah dihantar ke klinik. Memang kelakar tengok Amy Mastura jadi doktor. Segala aparatus dia guna untuk check Dekna. Dekna punyalah tahan gelak sampai tak tertahan. Mana lah boleh tahan kalau dah depan mata Amy Mastura jadi doktor. Komitmen Amy Mastura pun saya tabik. Dalam waktu yang singkat, beliau dapat luangkan sikit masa untuk Dekna. Lagipun Dekna bawakan lagu Amy Mastura minggu ini. Kalau ada yang dah lama tak gelak, kena tengok klip ini.




Setelah kita mentertawakan aksi Dekna dan Amy Mastura, emosi penonton perlu diruntun dengan cerita-cerita peribadi pelajar. Dalam sesi Motivasi, pelajar diminta untuk bercerita tentang latarbelakang keluarga masing-masing.

Tanpa perlu menonton Diari, semua cerita itu lengkap ada di dalam ingatan saya. Cuma batas eksklusif program perlu dijaga. Kita selama ini didedahkan dengan personaliti luaran mereka. Adakah sudah cukup untuk kita memberikan markah hanya berdasarkannya ? Bagaimana dengan personaliti dalaman mereka ? Adakah kita tahu ? Kalau kita tidak tahu wajarkan kita menilai ? Inilah AF. Terima saja hakikat. Itu sebab kita buat Diari.

Pelajar datang dari latarbelakang yang berbeza. Ada anak yatim, ada yang terlebih ibu dan bapa kerana mempunyai bapa tiri dan ibu tiri, ada yang anak orang berada, ada yang yatim piatu, ada anak tunggal dan macam-macam lagi. Dari situ kita mula menyelami perasaan pelajar. Dari situ kita mula menyayangi mereka sehingga kita merasakan mereka adalah milik kita.

Tentu ada sebab kenapa Noni seakan-akan teragak-agak untuk bercerita tentang keluarganya. Tentu ada sebab kenapa Noni terasa kurang mendapat kasih sayang. Tentu ada sebab kenapa Mila sentiasa hilang dari rumahnya. Tentu ada sebab kenapa Farha perlu berusaha dan bekerja lebih masa.

Wujud perasaan syukur antara pelajar bila mereka mengetahui yang nasib mereka sebenarnya tidak sama.

Jika anda yang melanggan Astro.TV sedar, mereka perlu menulis sepucuk surat untuk diri mereka sendiri dan kemudian membacakan isi surat tersebut. Nak tahu kandungan penuh isi surat tersebut, ia bakal ditaip semula ke dalam blog pelajar.

Buat masa ini, saya masih lagi merangka cara terbaik untuk mengemaskinikan blog pelajar. Harap-harap satu hari kelak, pelajar akan tidak berahsia dengan setiap tulisan mereka di dalam diari mereka.

Bercerita tentang minus-one, saya sebenarnya suka dengan drama yang tercetus di antara pelajar tentang masalah minus-one mereka. Ada berlaku sifat tidak puashati antara pelajar. Lalu mencetuskan tekanan kepada pelajar. Cikgu sendiri telah menasihatkan mereka. Kerja mereka menyanyi. Kerja minus-one kerja orang lain. Pelajar harus buat kerja mereka. Bila wujud perasaan tekanan di antara pelajar, maka wujudlah drama. Ini baru minggu kedua, tekanan masih rendah. Bayangkan bila sudah mencecah minggu ke lima ke atas, pasti tekanan semakin memuncak.

Bunyi polifonik pada minus-one juga sebenarnya telah mencipta drama di kalangan penonton. Mereka tertanya-tanya apakah itu muzik yang akan mengiringi pelajar. Mereka tertunggu-tunggu perubahan yang akan dibuat. Lalu mencetuskan minat mereka untuk menunggu di hadapan tv menonton konsert.

Sebenarnya, setiap masalah perlu kita tukar untuk menjadi satu peluang. Itulah yang telah kita lakukan.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.10

Mulai pada Episod ini, saya hanya akan ulas elemen menarik yang berlaku dalam Diari. Hanya elemen menarik. Kalau ada Episod yang saya tidak ulas, maknanya tiada yang menarik dalam Episod tersebut.

Yang paling best dalam kenyataan Dr.Fazley di Debat Akademi Fantasia semalam, saya paling suka kenyataannya tentang kelantangan pengkritik. Dalam satu-satu persembahan, tak kan lah tiada satu pun yang baik untuk diberikan kepada pelajar sebagai bekalan semangat untuk mereka. Itu beza orang bijak dengan orang yang kurang bijak.

Betul ! Saya setuju. Masa bekerja pun, sama macam pergi berperang. Kalau teruk kena kritik pun, mesti bos akan cakap sesuatu yang baik agar kita meneruskan kerja kita. Kalau pergi berperang sekalipun, ketua peperangan akan berikan kita semangat untuk terus berperang. Nasihat positif tetap penting untuk bekalan semangat. Kita sebagai Pengkritik bukan sekadar pengkritik tetapi punya tanggungjawab untuk mengubah apa yang kurang.

Ini zaman moden, pendekatan harus berbeza. Zaman dulu kalau mahu baling skrip, biarkan ia berlalu. Kalau zaman dulu di asrama ada ragging, kenapa ia perlu diteruskan hanya kerana kita pernah merasainya dulu.

Saya tidak suruh Ogy Ahmad Daud berlembut dan menukar pendekatannya untuk konsert-konsert yang seterusnya, tetapi guna pendekatan yang berbeza. Campur adukkan komen negatif dan komen positif untuk pelajar. Macam Kudsia Kahar dulu. Vernon dalam satu lagi program realiti pun laser juga, tapi lembut. :)

Berbalik kepada elemen menarik dalam Diari, malam ini kisah dua orang pelajar diberikan highlights. Mila dan Afiq. Dalam minggu depan, pasti wujud cinta tiga segi pula. Tak boleh cerita panjang. Kenalah tengok sendiri.

Kadang-kadang bila ada pelajar lelaki membantu pelajar perempuan, mereka dikatakan bercinta. Sedangkan tidak. Kadang-kadang bila ada pelajar lelaki membantu pelajar lelaki, mereka dikatakan sesuatu. Persepsi penonton adalah apa yang telah mereka terapkan di dalam pemikiran mereka. Setiap penonton ada persepsi mereka yang berbeza. Itu yang bestnya penonton AF. Mereka amat colourful !

Dalam Kelas Inggeris, pelajar diminta untuk buat dedikasi kepada ayah mereka. Alamak ! Elemen yang sepatutnya jadi menarik, menjadi tidak menarik hanya kerana masalah bahasa. Bukan menidakkan kebolehan mereka dalam Bahasa Inggeris, tetapi sessi tersebut boleh merentap jiwa kalau kena caranya. Ia sepatutnya dibuat dalam Bahasa Melayu. Emosi lebih dapat dirasai jika guna bahasa ibunda pelajar sendiri. Gunalah bahasa apa pun, asalkan emosi tersebut dapat dirasai. Nampak tertekan benar pelajar cuba untuk menyampaikan dedikasi mereka kepada ayah masing-masing dalam Bahasa Inggeris.

Dalam banyak-banyak kelas setakat ini, saya lebih sukakan sesi melonggarkan rongga/kerongkong yang dilakukan oleh Chedd. Ia nampak berbeza dengan musim-musim terdahulu.

Kali ini sesi tersebut sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan secara berpasangan. Barulah boleh nampak personaliti pelajar setiap seorang. Kalau sesiapa yang menonton Diari Extended lagi seronok kerana versi yang penuh. Mungkin kerana cikgunya tidaklah garang mana, maka ada beberapa pelajar yang agak main-main dan tidak begitu serius. Kalau sesi ini dapat kat Fauziah Nawi atau Marlia Musa tentu lagi best. Nak cakap macamana kalau perbezaan umur tenaga pengajar dan pelajar tidak begitu jauh bezanya.

Setakat hari ini, saya telah mula menyukai personaliti Heliza yang agak matang dan bijak mengawal pergerakannya. Mila dan Noni juga tidak kurang menarik personaliti mereka. Dekna juga sebenarnya menyerlah persona Penang yang begitu kuat berbanding Mila.

Saya mahu melihat personaliti Rizal dikeluarkan lagi melalui sesi seperti ini. Budak tu terlalu control hensem. Farha dan Shawal boleh saya anggap budak jahat dalam Akademi. Mereka selamba. Masa Diari saya undi kerana personaliti, masa Konsert saya undi kerana bakat. Masa Debat saya undi kerana emosi. Lengkap kan ?

Malam ini saya akan ke sesi Rehearsal. Nak dengar muzik untuk Konsert 2. Kalau sama juga macam Konsert 1 saya tak tahu lah nak cakap apa lagi. Semuanya saya dah laporkan kepada yang berkenaan. Harap-harap akan ada perubahan positif untuk kita lihat.

Nota : Simon Cowell orang putih. Dia laser orangnya. Tapi laser dalam budi bahasa. Tidak kasar. Fauziah Ahmad Daud orang Melayu. Dia laser juga orangnya. Tapi lasernya dalam nada menengking. Ironinya, Simon Cowell pun laser juga tapi orang putih nampaknya lagi berbudi bahasa dan tidak menengking-nengking macam seorang Melayu Islam yang bertudung di Akademi Fantasia.

Entri oleh sultanmuzaffar 21 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.9

Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan tekanan. Tekanan datang kiri dan kanan. Depan dan belakang. Diari malam ini ada menampakkan perubahan. Bila konflik dah mula berlaku barulah seronok sikit tengok Diari. Pelajar perempuan dah mula tarik-tarik muka bila tak dapat lagu yang mereka nak. Tapi bagus gak budak Heliza ni, kematangan dia menyebabkan dia pandai handle konflik-konflik macam tu. Tak sia-sia masuk Universiti. Tapi masalah mcm ni hanya berlaku kat budak perempuan. Budak lelaki takder pulak.

Eh ! Dafi dah pandai masuk dapur. Sebelum-sebelum ini pernah ke masuk dapur? Saya pun masuk dapur setahun sekali, itu pun kalau perlu. Tapi baguslah, Dafi pandai play the game. Dafi ni memang peminat fanatik AF. Dia tengok sejak AF1 sampai AF4. Join FC Nana. Jadi secara tidak langsung, dia dah tahu segala taktik-taktik bermain dengan AF. Masa Dafi memasak, Dekna membantu. Ada jugalah elemen positif yang Dekna ni tunjukkan. Orang asyik kata dia gedik-gedik saja. At least nampak juga sifat-sifat kerjasama sesama mereka juga.

Farha pun tengok AF juga dulu, tapi pelajar lelaki lain lebih reserved. Dok lah terperuk tepi dinding. Mungkin Farha pun takut dia dituduh fake macam kena kat Faizal tahun lepas. Ebi & Rizal pun sama juga.

Baru nampak balik kelas Cikgu Fati. Hari ini mereka rancang storyboard persembahan mereka. Nampak ada, tapi kurang best. Nampak tidak detail. Dapat jugalah lihat aksi lakonan pelajar. Rizal yang selama ini senyap, baru nampak muka.

Mungkin ada sebab mereka tak mahu keluarkan kelas persembahan pentas ini awal-awal. Selalunya dari kelas inilah penonton-penonton yang cepat jiwang akan mula membuai fantasi mereka. Sama macam kes Mawi & Marsha dulu dan Akma & Felix. Tadi dah kelihatan Dekna dengan Rizal dan Dafi serta Mila. Noni dan Shawal disorok dulu agaknya.

Afiq dah balik semula ke Akademi, sama juga dengan Aswad. Memang sedih aku tengok rambut Aswad tu. Rasa macam nak suruh diorang botakkan aje. Baru nampak macam Mawi sikit. Lagi satu gaya rambut yang saya rimas tengok ialah rambut Ebi.

Cuba tengok gambar di bawah, banyak betul perbezaannya. Sekali iras macam Bangla Jual karpet pun ada. (hehehe)

Sekarang, Pelajar AF5 dah ada blog sendiri. Kalau terasa nak baca blog pelajar, boleh lah klik Blog Pelajar di Laman Web Rasmi AF5. Minggu lepas banyak pelajar yang cerita tentang kelas itu, kelas ini sahaja. Tapi harap-harap mulai minggu ini mereka akan cerita pasal benda lain pulak.

Kredit : myra_myra

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Aku Tertekan !

Memang ! Memang aku tertekan. Tapi bukan tertekan punat kamera. Aku tertekan bila menonton AF. Aku nak tengok Diari yang penuh warna dengan pelbagai personaliti pelajar. Aku nak tengok Konsert yang gemilang muziknya. Tapi mana perginya elemen-elemen itu ?

Semalam aku dah cerita pasal kehilangan Kelas Drama. Hari ini tak tahu nak cerita apa. Itu pasal aku tertekan sekarang. Aku nak Kelas Drama balik. Aku nak muzik gaya AF-AF yang lepas kembali.

OK lah aku nak hilangkan tekanan aku dengan tertekan punat kamera. Sesiapa yang sama-sama tertekan, sila tekan ruangan Komen.

Entri oleh sultanmuzaffar 19 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.7

Lirik Lagu Terkini : Konsert 2

Semua Jadi Satu - 3 Diva : Dinyanyikan oleh Candy
Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa : Dinyanyikan oleh Farha
Cinta - Amy Mastura : Dinyanyikan oleh Dekna
Pencinta Wanita - Irwansyah : Dinyanyikan oleh Dafi
Gotta Tell You - Samantha Mumba : Dinyanyikan oleh Mila
Bailamos - Enrique Iglesias : Dinyanyikan oleh Ebi
Aku Bukan Untukmu - Rossa : Dinyanyikan oleh Heliza
Biso Bonar - Hattan : Dinyanyikan oleh Afiq
Basket Case - Greenday : Dinyanyikan oleh Aizat
Kenangan Mengusik Jiwa - A. Ramlie : Dinyanyikan oleh Shawal
Bila Rindu Kusebut Namamu - Siti Fairuz : Dinyanyikan oleh Fatin
Kembali Merindu - Slam : Dinyanyikan oleh Rizal
Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September : Dinyanyikan oleh Aswad
Mirai E - Kiroro : Dinyanyikan oleh Noni

Ulasan nanti ya. Time tengahari. Semalam tak sempat tengok lah.

Mana Hilangnya Kelas Persembahan Pentas ?
Sudah seminggu Diari Akademi Fantasia disiarkan. Malangnya, hanya satu kelas terjemahan lirik sahaja yang dipertontonkan. Mana hilangnya Kelas Persembahan Pentas ?

Tak penting ? Kelas itulah yang paling penting untuk penonton lebih mengenali perwatakan pelajar. Kelas itulah yang menyebabkan penonton AF terus menonton AF. Kita mesti ingat, penonton AF terbahagi kepada dua kategori. Yang menonton kerana vokal dan yang menonton kerana personaliti. Dua-dua kategori penonton ini harus dijaga.

Itulah sebabnya personaliti pelajar masih belum serasi dengan penonton kerana kelas tersebut seakan hilang dari AF5. Ya benar, Kelas Tarian dan Kelas Vokal penting, tapi Kelas Persembahan Pentas juga sama pentingnya.

Saya mahu lihat personaliti pelajar. Saya mahu mengenali pelajar dengan lebih rapat. Penonton mahu rapat dengan pelajar.

Tolong lah !

Entri oleh sultanmuzaffar 18 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.6

Ada pula content untuk Diari. Bukankah lebih baik jika content-content yang ada dalam Ep.6 dibawa ke Ep.1-5. Bahan seperti Shawal sedang sakit tekak (tonsil) merupakan antara bahan yang menarik tetapi telah terlepas pandang dan diletakkan di Episod selepas Konsert. Agak merugikan.

Sesi permainan Treasure Hunt juga antara bahan yang bagus untuk penonton lebih mengenali personaliti setiap pelajar. Rasanya dengan adanya aktiviti sebegitu, pembahagian masa untuk kamera lebih adil dan dapat diberikan kepada semua pelajar. Sifat kerjasama antara mereka juga timbul. Itu yang penonton mahu lihat. Bukannya adegan menangis rindukan "kucing". Sifat-sifat pelajar terserlah dalam aktiviti sebegini. Mana Kelas Persembahan Pentas ? Kalau ada pun aktiviti yang menyerlah sifat kerjasama ialah Kelas Inggeris. Tapi kita harus sedar penonton Akademi Fantasia adalah rata-ratanya Melayu. Mereka tak mahu pening kepala nak tengok kelas Bahasa Inggeris. Mereka mahu menonton aktiviti yang lebih santai selain aktiviti pembelajaran formal.

Menggunakan Treasure Hunt sebagai salah satu cara untuk mempromosikan penaja juga boleh saya sifatkan bijak. Ia dibuat dengan lebih tersirat. Tapi kenapa untuk Diari Ep. Ahad. Itu yang saya kurang faham.

Kerjasama pelajar perempuan di dapur juga sesuatu yang menarik untuk ditonton. Sepanjang 5 hari Diari disiarkan, saya tidak sedar kewujudan Ebi dalam salah satu episod tersebut. Tetapi dalam aktiviti kerjasama dalam treasure hunt, personalitinya nampak terserlah. Sifat kepimpinan itu wujud.

Macam yang telah saya sebutkan dalam Ulasan sebelum ini. Elemen penting dalam DIARI ialah CERITA. Itu yang menggerakkan penonton mengundi. Kalau makcik-makcik dan pakcik-pakcik tengok Heliza pandai memasak, bertambah afundi dia. Kalau makcik-pakcik tengok cara Mila melayan Rizal di meja, bertambah afundi dia.

Apa yang tersiar, mesti ada sebab dan fikirkan sekali kesannya baik dari segi positif atau pun negatif.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 March 2007 0 komen

Konsert 01 Akademi Fantasia 5 : Banyak Kejutan Yang Mengejutkan?

Banyak kejutan malam ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Konsert 01 Akademi Fantasia 5, 8.30 malam ini di Astro RIA.

Kenapa saya kata banyak kejutan? Kerana saya tahu apa yang akan disiarkan akan mengejutkan anda !

Dalam tempoh 3 jam tersiarnya Konsert sulung tersebut, saya duduk di ruang makan dan sekali-sekala baca komen-komen di Forum (baik yang rasmi mahu pun tidak rasmi).

Saya hanya masuk ke dalam Dewan untuk menyaksikan persembahan Heliza yang mendapat tepukan paling gemuruh malam itu.

Dari awal minggu ini lagi saya sudah mendengar "bunyi" minus-one yang telah diberikan kepada pelajar. Mujur saya tidak mengalami serangan sakit jantung, hanya sempat "semput" macam Farha semput bila dapat surprise notification.

Saya tidak terkejut bila rata-rata pelajar tidak berjaya memberikan persembahan yang memuaskan hati. Cuma saya terkejut bila musim ini bermula kerja saya semakin bertimbun. Ini semuanya angkara perlu memantau setiap mesej chat di @15, komen di Forum (rasmi & tidak rasmi) dan di blog (berangan atau pun tidak berangan). Agak-agak berapa kajang A4 yang perlu saya gunakan untuk print segala komen yang ditulis berkenaan Konsert semalam ya ?

Memang laporan yang telah disediakan berjela-jela panjangnya. Disertakan dengan cadangan serta komen-komen yang boleh dipakai (walaupun banyak komen yang tidak boleh pakai) dari anda semua.

Jika anda menanti untuk membaca ulasan lanjut secara terperinci dari saya, lebih baik lupakan. Saya tidak mahu ditertawakan hanya semata-mata perlu menulis yang baik-baik untuk anda.

Secara ringkas jika saya ingin memberikan komen tentang Konsert 01, saya melihat pentingnya susunan muzik yang mantap untuk memberikan elemen segar kepada sebuah konsert berbayar (baik untuk penonton yang membeli tiket menonton di Dewan, mahu pun yang melanggan perkhidmatan tv satelit tersebut) seperti Akademi Fantasia.

Muzik adalah tunjang utama sesebuah konsert waima menonton persembahan angklung sekolah rendah. Jika diadun dengan baik, ia akan melengkapkan lagi persembahan sesebuah konsert. Set sudah cantik, drama kejutan sudah tersedia, pakaian pelajar sudah ada "taste", pakej personaliti pelajar sudah lengkap tapi jika elemen penting seperti muzik diketepikan maka tidak hairanlah ia menjadi satu hidangan yang lengkap tetapi tawar.

Kejutan telah pun dirancang dengan teliti. Bermula dengan menutup undian AFUNDI untuk seorang pelajar yang bernama Zana hinggalah kemunculan mengejut Fatin yang saya sendiri tidak tahu. Hanya penonton di rumah sahaja yang tahu kedudukan sebelum konsert. Rasionalnya tidak mahu pelajar tahu kedudukan mereka sebelum konsert. Tetapi kedudukan selepas konsert disiarkan dan diberitahu kepada penonton di rumah dan studio serta pelajar.

Elemen penting dalam Konsert ialah MUZIK. Elemen penting dalam Diari ialah CERITA. Elemen penting dalam Debat ialah TOPIK. Sewajarnya MUZIK, CERITA dan TOPIK diberikan prioriti paling atas dalam setiap keputusan.

Saya tidak berniat untuk menjatuhkan, sebaliknya kita harus mengambil komen-komen ini (terutamanya komen penonton) secara positif.

Persembahan Pilihan SM (tidak mengikut turutan)
DAFI - Uptown Girl (Westlife)
FARHA - Balada Pemuzik Jalanan (Search)
CANDY - Ka-ching! (Shania Twain)
RIZAL - Menanti Sebuah Jawaban (Padi)
NONI - Tak Ada Logika (Agnes Monica)
HELIZA - Kau Pergi Jua (Adam Ahmad)

Menuju Puncak pertama kali diperdengarkan dengan versi baru. Suka ? Tak Suka ? Ada beberapa bahagian yang saya suka. Ada bahagian yang saya tidak suka. Saya kurang suka dengan penamatnya yang tiada umph ! Lagu Menuju Puncak tidak ditamatkan dengan bersemangat. Kalau nak guna pyrotechnic pun tak boleh dah. Yang sesuai untuk penamat Menuju Puncak hanyalah belon-belon jatuh dari atas.

Bereh ! Mujur ada Heliza yang menjadi penyelamat untuk Konsert 01. Saya dah mula suka dengan dia. Pasal dia macam Siti Nurhaliza. :) Berbeza dengan pelajar lain yang hanya tahu bersiar-siar di atas pentas, Heliza tahu gunakan pergerakan tangan dan tubuhnya untuk melengkapkan persembahannya.
Apa tah tagline Noni ! Noni dapat lagu yang sedap. Saya suka lagu tersebut. Bila dengar dalam kereta pasang kuat-kuat, memang boleh meresap melodi lagu tersebut dalam badan. Itu sebab pentingnya muzik untuk merangsang persembahan pelajar.
Apa tah tagline Shawal ! Saya suka tone vokal Shawal. Tapi semalam semacam ada yang tidak kena. Gaya tangan Shawal pun macam sesuatu. Saya harus beri perhatian kepada vokal beliau. Vokal-vokal sebegini memang jarang-jarang boleh ditemui.
Meow ! Candy antara pelajar perempuan yang nampak berkeyakinan bila membuat persembahan. Memang kecil-kecil cili padi budak ni. Dalam kelas selamba je tidur, tapi bila perform bagus.
Apa tah tagline Rizal ! Lagu Menanti Sebuah Jawaban memang lagu yang sedap tapi bila Rizal bawakan jadi macam kelakar. Rizal memang ada masalah bahasa sejak awal-awal mendaftarkan diri. Dia cakap sama juga macam dia nyanyi. Dia sebut sepatah-sepatah. Pelik juga bila Ogy cakap Rizal perform bagus. Tapi aku tepuk tangan juga pasal aku memang suka karektor Rizal.
Wow ! Wow sangatlah persembahan Dekna.
Apa tah tagline Ebi !
Apa tah tagline Farha ! Saya ada cadangan tagline untuk dia. hahaha
Cak ! Lepas ini dah tak dapat dengar dah Diya sebut Cak !
Baik Punya ! Mr.Manager mesti feeling-feeling apa lah makna baik punya yang Dafi sebutkan itu. Dafi memang budak-budak stock comel yang budak-budak sekolah akan undi. Bila di luar Dafi nampak macam budak-budak sekolah yang selalu kena buli. Persembahan Dafi semalam pun boleh tahan.
Apa tah tagline Mila !
Caya lah : Memang klise sangat trademark Afiq. Sekali lagi backing vokal ikut suka hati. Nak datang jiwa macam mana bila muzik tak dapat bagi feel kepada pelajar. Saya lihat Afiq ada vokal yang baik, cuma perlu diberikan lagu yang lebih bersesuaian. Patutnya Afiq pilih lagu yang betul. Kalau tak silap, pada awalnya Janjiku bukan lagu untuk Afiq.
Kasi Gegar Sikit ! : Muzik tidak dapat feel untuk lagu Pangeran Cinta ini. Bila tonton di TV rasa macam muzik dan nyanyian Aizat tak begitu masuk dalam lagu tersebut. Backing vokal tidak begitu harmoni langsung dengan iringan muzik tapi gaya backing vocalist dah ada.

Saya kena tonton siaran ulangan kerana semasa siaran langsung saya tidak tekun menonton. Satu lagi peringatan, saya mohon agar anda tidak SMS saya sewaktu siaran langsung kerana telefon bimbit saya sedang online menggunakan 3G Internet. Tolong ya ! Kalau SMS pun saya takkan balas. Buat rugi SMS aje. Tapi selepas Selasa boleh kerana maxis3G Connect saya dah activate. :)

Damn ! Saya kena tukar prosedur kerja saya kerana mStar kemaskini berita mereka pada pukul 1.13 pagi. Laman web rasmi kena lagi cepat. Motivasi positif !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.5

Saya memang suka bila sudah wujud konflik di dalam Akademi Fantasia seawal minggu pertama. Bila berlaku konflik sebegini, kita boleh melihat kematangan seseorang. Heliza saya nampak menyerlahkan kematangannya. Seorang penuntut universiti seharusnya bertindak matang dalam menangani isu-isu yang berlaku di dalam Akademi. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau merupakan seorang pelajar universiti. Yang menarik, Candy dengan selamba menganggap isu tersebut sebagai remeh dan menghabiskan masanya tidur.

Berbeza dengan pelajar lelaki yang agak mengambil sikap merendah diri. Mereka lebih mengawal tingkah laku mereka. Mungkin juga itu lah yang hanya disiarkan di dalam Diari. Sesiapa yang menonton Diari Extended mungkin ada cerita yang lebih menarik. 10 jam Diari Extended ! Saya tidak punya banyak masa untuk itu. Kalau ada pun hanya menonton sekejap-sekejap.

Ada satu lagi perkara menarik yang berlaku di dalam Diari hari ini. Satu kelas melonggarkan rongga-rongga kerongkong yang telah diajar oleh Ched (bekas pelajar Audition yang terlibat dengan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang). Satu kelas yang saya rasa cukup menarik. Muzik iringan sebagai bantuan kepada pelajar juga lebih menarik dari minus-one yang digunakan oleh pelajar.

Teknik bercerita secara bisu juga akan menjadi lebih menarik jika ia dilakukan secara berpasangan dan bukannya berkumpulan. Lebih banyak aksi-aksi lucu yang boleh ditonton jika ia dibuat secara berpasangan. Bila dibuat secara berkumpulan, saya tidak tahu mana yang harus ditonton. Saya juga merasakan ianya terlalu singkat. Kalau lebih panjang lebih menarik. Silap-silap lebih menarik dari Kelas Drama.

Satu lagi perkara yang ingin saya dapatkan pendapat umum. Wajarkah undian terkini pelajar tidak disiarkan kepada umum? Saya melihat ianya sebagai sesuatu yang tidak wajar. AFUNDI TERKINI merupakan elemen penting dalam Akademi Fantasia. Kita kalau mahu mengundi, kita mahu tahu apakah benar berlakunya perubahan pada kedudukan undian tersebut.

Bayangkan pada waktu sekarang, apakah yang menjadi motivasi kepada penonton untuk mengundi tanpa mengetahui kedudukan terkini. Kalau saya pengundi yang bijak, saya mahu tahu apa kesan yang boleh berlaku jika saya mengundi. Tanpa mengetahui kedudukan terkini, agak sukar untuk saya mengundi secara melulu.

Penonton yang mengundi secara melulu tentunya ada sebab. Contohnya mereka di kalangan keluarga pelajar. Mereka tidak kisah tentang kedudukan dan akan terus mengundi. Sebagai penonton, kita harus tahu kedudukan undian terkini untuk mengundi.

Itu pandangan saya. Pandangan anda mungkin berbeza.

Bukankah lebih seronok bila kita dapat melihat perlumbaan antara peminat mengundi untuk pelajar kesukaan mereka. Pantang berlaku sedikit perubahan dan pasti undian akan masuk. Itu uniknya AF.

Saya sempat meninjau persiapan di Konsert semalam sambil-sambil mewawancara seseorang untuk satu elemen baru di laman web rasmi. Jangan lupa untuk menonton Konsert pertama malam ini, keterangsangan AF akan mula menghantui hidup anda. Anda pasti suka, anda pasti benci, anda pasti gembira, anda pasti tidak suka. Gunakan platform ini untuk suarakan pendapat anda.

Nak tahu saya AFUNDI siapa ? Saya AFUNDI :
HELIZA : Kematangan beliau agak meyakinkan
DIYA : Personaliti beliau yang agak mempersonakan
NONI : Keyakinan dan keberanian dirinya yang menyerlah
DEKNA : Personaliti gila-gilanya mengingatkan saya pada Mas
FARHA : Sokongan untuk pengguna komputer yang tegar
EBI : Kewarakannya menenangkan jiwa
RIZAL : Sifat controlnya yang benar-benar memukau
SHAWAL : Personalitinya berbeza dengan pelajar lelaki yang lain

Entri oleh sultanmuzaffar 16 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.4

Nampaknya Diari setiap hari Khamis susah sikit nak ulas pasal tak dapat nak tengok. Takkan nak tonton siaran ulangan pukul 12.30 tengahari Jumaat kan ! Memang saya akui minggu ini merupakan minggu percubaan. Semuanya kena cuba-jaya. Saya masih tidak tahu proses mana yang lebih mudah dan perlu dicuba mana yang perlu.

Diari memang wajib ditonton kerana ada banyak kerja post-Diari yang perlu dilaksanakan. Yang ada di laman web rasmi, hanya teaser pre-Diari. Mula-mula ada hati nak buat ulasan post-Diari, nampaknya tidak berkesempatan. Musim ini ada Debat pula. Dah buat teaser pre-Debat, dan perlu juga buat ulasan post-Debat. Kadang-kadang hasil daripada debat perlu dihebahkan. Macam semalam.

Aswad dan Fatin telah pun diberikan peluang untuk meneruskan pengajian di Akademi tanpa perlu membuat persembahan esok. Saya masih tak tahu apa pula yang akan jadi minggu depan. Kalau-kalau masih tidak boleh membuat persembahan, apa pula yang akan jadi. Debat lagi.

Debat semalam memang seronok. Banyak yang masih boleh dibaiki. Mulai minggu depan Debat akan disiarkan dari Dewan Sivik dan bukannya studio semalam. Oleh itu tentulah banyak perbezaannya dari semalam.

Kalau ada yang ingin tahu, isu-isu yang diperdebatkan adalah suara-suara anda di mana-mana medium. Baik di @15, blog, forum dan akhbar. Mungkin anda tidak sedar. Nampaknya baru minggu pertama sudah banyak isu-isu panas yang melibatkan Akademi Fantasia berlaku. Jadi, tunggulah apa yang akan berlaku tidak lama lagi. Mungkin di Debat, mungkin esok di Konsert atau minggu depan di Diari.

Bila ada banyak medium untuk dipantau, makin kurang masa yang ada. Seharian mengadap internet, tv dan akhbar. Masa yang tinggal hanya cukup untuk berada di dalam kereta dan dihabiskan di katil untuk tidur. J

Macam musim lepas, ulasan Diari Ep. Jumaat juga akan tiada. Saya akan menghabiskan masa di Dewan untuk rehearsal dan sesi wawancara bersama beberapa individu.

Untuk AF5 kali ini, di laman web rasmi ada beberapa elemen baru. Antaranya blog plajar, klip video eksklusif pelajar dan satu lagi elemen baru yang perlu saya rahsiakan sehingga ia dilancarkan kelak. Lagi satu minggu sahaja. Tunggu ya !

Entri oleh sultanmuzaffar 15 March 2007 0 komen

Diari Akdemi Fantasia Ep.3

Tentu ramai yang masih ingat akan semangat setiakawan yang telah ditunjukkan oleh pelajar AF1 sewaktu membantu Nana membawakan lagu Kini Kau Tiada (Sarimah). Memang jelas dan terserlah semangat tersebut sehingga semangat itulah yang menjadi identiti Akademi Fantasia. Semalam saya dapat melihat semangat itu bila pelajar lelaki sama-sama menjadi penyanyi latar untuk Dafi dalam lagu Uptown Girl. Sebagai permulaan dalam setiap latihan persembahan, saya nampak ada usaha untuk menjadikannya contoh untuk minggu-minggu akan datang.

Saya melihat ada kesungguhan dalam diri pelajar lelaki. Bila berlatih menyanyi, mereka berlatih. Bila berlatih menari, mereka cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Itulah yang ingin kita lihat.

Jadi lupakan hasrat untuk menjadikan pelajar perempuan seorang Juara setelah melihat apa yang disiarkan semalam. Pelajar perempuan lebih menghabiskan masa mereka dengan bermain-main. Bukan berlatih lagu sendiri tetapi sama-sama enjoy membuang masa dengan menyanyikan lagu orang lain. Kalau sekadar 5 minit boleh juga tahan, ini hampir lebih 20 minit ditayangkan situasi tersebut.

Bilik Pengakuan nampaknya sudah ada tetamu pertama. Pelik kan? Zana menangis-nangis kerana rindukan kucing. KUCING ! Baru seminggu berpisah dengan kucing sudah menangis. Bukannya jauh. Kuala Lumpur saja. Yang lebih pelik bila segmen sebelum ini disiarkan pelajar perempuan tengah enjoy sakan dengan bermain-main lagu-lagu masing-masing. Itu yang pelik. Macam ada split personality. Sebelum ini happy, alih-alih menangis !

Kelas Tarian pula nampaknya dimonopoli oleh seorang pembantu Linda Jasmine. Selalunya apa tugas Pembantu ? Apa beza Pengajar dan Pembantu ? Pengajar ialah pengajar dan yang memberikan tunjukajar. Pembantu ialah mereka yang membantu untuk membaiki step-step tarian yang telah direka oleh Linda Jasmine. Tapi nampaknya, pembantu pula yang lebih-lebih. Pelajar seharusnya lebih serius dalam kelas tarian. Menjadikan satu koreografi lebih sempurna untuk 16 orang pelajar memangnya sukar. Pasti ada yang buat onar yang akan membuatkan mata tidak sedap pandang. Tapi kalau disertakan dengan latihan yang cukup, pastinya tarian tersebut akan menjadi lebih baik. Hasilnya yang ditunggu-tunggu oleh penonton. Lagu keramat Menuju Puncak bukan lagu yang sebarangan. Lagu itu lagu berhantu !

Drama Survivor yang sepatutnya menjadi tonggak Debat Akademi Fantasia malam ini agak hambar. Wajarkah Fatin dan Aswad membuat persembahan pada hari Sabtu ini? Itu soalannya. Akal manusia yang waras pasti akan menjawab. Tidak wajar. Kenapa ? Kerana mereka tidak sihat. Itu bukan apa yang kita mahu. Kita mahu melihat pendapat mereka, wajarkah Fatin dan Aswad diberikan peluang kedua di Konsert akan datang. Itu yang kita mahu tahu.

Harapan saya mahu melihat lebih banyak latihan serius dilakukan oleh pelajar lelaki. Mereka nampak lebih serius. Ada semangat untuk belajar. Kematangan pelajar lelaki lebih terserlah berbanding pelajar perempuan.

Rasanya ada banyak yang pasti anda kurang berpuas hati dengan Diari semalam. Jika anda menonton, senaraikan di ruangan komen.

Malam ini merupakan malam penentuan nasib Fatin dan Aswad. Dalam Debat Akademi Fantasia yang boleh disifatkan sebagai Mahkamah Keadilan untuk mereka. Wajarkah Fatin dan Aswad diberikan peluang untuk meneruskan pengajian di Akademi Fantasia ? Saya merasakan ada kewajaran untuk mereka meneruskan pengajian mereka. Tempoh 2 hari berada di dalam Akademi tidak cukup sebagai bekalan kepada mereka sekiranya mereka tersingkir.

Kita ada tanggungjawab sosial kepada mereka untuk meneruskan impian mereka untuk meneruskan pengajian mereka di dalam Akademi Fantasia. Itu tanggungjawab sosial mereka memberikan mereka pendidikan.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Debat Akademi Fantasia Minggu 1 hari ini. Antara tetamu jemputan yang bakal menjadi panel ialah dua orang wartawan yang agak popular di dalam Fail Sulit AF.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia Ep.2

Apa yang best dalam Diari Ep.2 ini ?
Sudah mula kelihatan bibit-bibit percintaan, cuma belum masanya untuk disiarkan. Kita tunggu sahaja di minggu-minggu akan datang. Buat masa ini kelas-kelas masih berjalan seperti biasa. Dalam Kelas Bahasa Inggeris, nampak Dekna mula menyerlahkan personalitinya. Sama ada penonton menyukai personaliti tersebut, masih terlalu awal untuk dibuat jangkaan. Macam Mas dalam AF2, nampaknya tidak banyak berbeza personaliti Dekna dengan Mas. Raut wajah mereka juga ada sedikit persamaan.

Saya lihat ada sesuatu yang menarik dalam Kelas Bahasa Inggeris. Karektor pelajar nampaknya terserlah dalam Kelas ini. Walaupun mereka takut-takut tapi mereka berani mencuba. Walaupun salah, mereka bantai saja. Hinggakan “line clear” pun turut digunakan. Pasti Line Clear akan menjadi tagline untuk Aswad. Tapi sampai bila ya ?

Sebuah bilik baru telah diperkenalkan iaitu Bilik R&R. Selain menjadi tempat rehat, pelajar boleh melepaskan geram dengan membaling pinggan-pinggan yang ada di situ. Apa kewajarannya memasukkan elemen ganas dalam AF5 kali ini? Mungkin ada sebabnya elemen baru ini dimasukkan. Apakah ia bersesuaian untuk tontonan kanak-kanak yang turut menjadi penyumbang kepada jumlah penonton program ini? Tidak pasal-pasal akan dijadikan bahan di Parlimen kelak.

Jadi untuk mengelakkan sebarang komen-komen negatif, sewajarnya ada scroller yang tertulis “Penonton terutamanya kanak-kanak dinasihatkan agar tidak meniru aksi yang telah dipaparkan.” Mungkin ini satu jalan selamat. Macam filem Remp-It yang ada slide peringatan tersebut, tetapi bilangan mat rempit semakin juga berleluasa. Maka, peranan ibu-bapa juga amat penting untuk mengawal tingkah laku anak anda agar tidak meniru aksi tersebut. Lagipun aksi tersebut hanya akan disiarkan jika perlu sahaja. Bukannya tiap-tiap hari akan ada aksi lepas geram.

Dua pelajar nampaknya telah gagal sebelum berjuang. Fatin dan Aswad kini terpaksa dikuarantinkan. Ada kemungkinan tidak akan membuat persembahan pada hari Sabtu ini. Aswad dijangkiti demam campak. Sakit Fatin masih misteri. Betul ke sakit ?

Mahkamah Keadilan akan menentukan nasib mereka minggu ini. Nampaknya idea untuk menyiarkan Debat Akademi Fantasia pada musim ini akan membuahkan hasilnya. Hari Khamis ini, Debat Akademi Fantasia akan memperdebatkan isu ”Wajarkah Fatin dan Aswad diberikan peluang kedua?” Kalau nak tahu lebih lanjut makna peluang kedua, silalah tonton filem Mukhsin. J Dua wartawan telah pun memberikan persetujuan untuk menjadi tetamu pada minggu ini.

Nampaknya baru minggu pertama sudah macam-macam drama muncul dalam AF5. Bermula dengan gaya pemilihan lagu untuk pelajar kepada masalah yang dihadapi oleh dua pelajar. Esok drama apa pula yang akan tiba. Tunggu sahaja.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 March 2007 0 komen

Diari Akademi Fantasia 5 (Ep.1)

Kronologi

4.00 petang : Update laman web rasmi dengan kenyataan "Kejutan Pertama Akademi Fantasia"

9.00 malam : Oh My God ! Oh My God ! Oh My God ! Sama macam reaksi Zana masa dapat surprise notification.

9.01 malam : SMS masuk menderu-deru. SMS lima yang pertama sempat balas juga. Lama-lama semua SMS tak balas langsung.

9.05 - 9.45 malam : Sesi mendengar lagu. Tarik nafas ! Turun nafas ! Tarik nafas ! Turun nafas ! Semput sama macam reaksi Farha kena rompak.

10.00 malam : Diari Akademi Fantasia Ep.1 disiarkan.

10.05 - 10.15 malam : Oh My God ! Oh My God ! Oh My God ! Sama macam reaksi Zana masa dapat surprise notification.

10.25 malam : Tepuk kepala ! Pandang sesama sendiri.

10.30 malam : Pengsan !

10.35 malam : Terjaga dari pengsan.

10.45 malam : Update laman web rasmi dengan kenyataan "Diari Akademi Fantasia Ep.1, episod satu jam akan diulangtayang pada hari Selasa, jam 12:30 tengahari - 1.30 petang. Harap maklum."

10.50 malam : Balik rumah. Tidur dengan lena.

9.00 pagi : Online dan copy-paste segala komen untuk laporan harian. Banyak gila !

11.43 pagi : Siap sedia depan TV untuk sebarang kejutan tengahari ini.

Ulasan lanjut ialah "No Comment !" Macam artis pulak !
Ulasan lanjut Diari Ep.1 selepas ini kalau ada masa.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2007 0 komen

Tirai Akademi Fantasia 5

Sebelum memulakan ulasan berkenaan program pembuka tirai Akademi Fantasia musim ke 5 ini, saya ingin bercerita tentang warna yang nampaknya akan menjadi warna yang sinonim dengan Akademi Fantasia sepanjang musim ini.

Kenapa merah?
Ada juga yang bertanya kepada saya, kenapa merah? Ada juga yang telah memberikan komennya tentang timbulnya idea menggunakan warna merah. Tidak kurang juga yang sakit mata melihatkan laman web rasmi AF musim ini yang menggunakan warna terang itu.

Saya terbaca satu komen blog yang mengatakan wujudnya nasihat dari feng shui, lalu warna merah dipilih. Memang agak melucukan, tapi mungkin ada benarnya. Merah memang ada ong. Jika ada yang sedar, pada tahun ini AF tiada tagline yang selalu digunakan sebelum-sebelum ini. Musim 1 kita gunakan Nak Cuba?, musim 2 kita tentu masih ingat aura Dah Demam?, musim 3 siapa yang tidak jatuh hati bila tagline Dah Jatuh Hati? digunakan, akhirnya pada musim 4 tagline keramat Bahana pula digunakan. Mungkin ada benarnya, untuk membuang bahana Akademi Fantasia musim 4, maka warna baru perlu diaplikasikan untuk musim ini.

Tahun ini apa pula taglinenya? Jawapan saya mudah. Tiada ! Arahan dari pihak atasan (takut benar dengan kenyataan-kenyataan sebegini sejak akhir-akhir ini), tanpa tagline kita perlu meneruskan Akademi Fantasia. AF boleh terus wujud tanpa tagline. Arahan pada musim ini lebih mudah. Jika ada yang beranggapan "Mungkinkah Ini Peluang Terakhir Anda" sebagai tagline, telahan anda silap. Penyataan tersebut hanya digunakan untuk sesi ujibakat. Musim ini arahan yang diberikan hanyalah API ! Itu sahaja. Dari situ kita olah untuk menghasilkan apa sahaja bentuk visual yang anda lihat. Baik di TV, komputer, broadband, telefon bimbit, @15, iklan atau di mana-mana sahaja.

Hasilnya, inilah wajah Laman Web Rasmi Akademi Fantasia musim ini.

Tirai Akademi Fantasia 5 (Bhg.1)
Dah 4 musim kita gunakan background yang statik, pada musim ini kita gunakan teknik chroma-key. Latarbelakang Aznil mampu untuk mencetuskan sedikit animasi yang diharapkan tidak mengganggu perhatian penonton. Cuma nampak terlalu merah. Silau mata ! Apa kata anda tentang warna merah tu ?

Jika kita ingat di musim-musim yang sudah ada di antara anda yang memberikan komen tentang latarbelakang yang telah digunakan. Lampu tak cukup teranglah. Latarbelakang suramlah. Kuasa elektrik di gudang tak cukup power lah. Bil elektrik tak bayarlah. Macam-macam. Nah ! Satu pembaharuan pada musim ini.

Mungkin akan ada suara-suara yang berbisik, Hotlink selaku penaja Akademi Fantasia untuk musim ini yang memberikan cadangan untuk warna merah tersebut. Nampak gayanya musim ini tidak perlulah wakil Hotlink datang ke Akademi kerana warna merah itu sudah cukup kuat sebagai product placement !

Api adalah konsep pada musim ini. Merah dan api begitu sinonim. Jadi tidak peliklah bila warna merah digunakan.

Kenapa perempuan sahaja?
Seperti yang anda telah tonton dalam Bahagian 1, hanya pelajar perempuan sahaja kelihatan sewaktu pendaftaran. Ini adalah kerana buat pertama kalinya, pendaftaran pelajar dibuat berasingan antara lelaki dan perempuan. Mereka sebenarnya tidak dipertemukan antara satu sama lain. Baik di penginapan sementara, sesi fotografi, rakaman audio, rakaman promo dan apa sahaja aktiviti yang berkenaan. Kenapa ?

Wartawan pun tidak diperkenalkan kepada pelajar. Ada sebabnya. Kita tidak mahu mereka merasa besar kepala kerana telah mendapat publisiti awal. Anda tentunya masih ingat bagaimana Salima telah diberikan muka hadapan bila khabarnya beliau bakal pengganti Mawi dan mempunyai aura seperti Mawi. Tetapi sebaliknya berlaku. Salima tersungkur juga dan tidak sempat ke Konsert Akhir.

Ada juga di antara pelajar yang belum apa-apa sudah ada kelab peminat kerana mereka telah dikenali sebelum mendaftar ke dalam Akademi. Pelik kan ? Maka itulah sebabnya, pada musim ini pelajar tidak diperkenalkan kepada pihak media.

Sesi bersama Laman Web dan Mobile juga telah dilakukan berasingan. Hasilnya sesi tersebut yang bermula dari jam 7 petang berakhir hingga jam 5 pagi. 5 pagi ??!! Jadi faham-fahamlah kalau melihatkan blog ini tidak dikemaskinikan. Kalau dah habis pukul 5 pagi, pukul berapa yang sempat untuk update blog. Bagi borang untuk diisi dan setelah siap diisi, diambil tanpa ada sebarang komunikasi.

Pelajar hanya dipertemukan bersama bila sesi fotografi bersama yang mengambil masa hanya 5 minit sahaja. Selepas itu mereka dipisahkan kembali. Semua ini niatnya hanya satu, untuk mengurangkan komunikasi di antara mereka sebelum mereka masuk ke dalam Akademi.

Bayangkan bila mereka telah dipertemukan sebelum menjejakkan kaki ke dalam Akademi, pelbagai cerita telah mereka kongsi bersama sewaktu berada di luar. Hasilnya, komunikasi di antara mereka di dalam Akademi hanyalah omong-omong kosong yang bersifat tidak telus. Nampak palsu. Harap-harap dengan mereka tidak dipertemukan mereka akan berkongsi cerita apabila berada bersama-sama di dalam Akademi mulai esok.

Vokal siapa?
Secara jujur, bila disiarkan Tirai itulah kali pertama saya mendengar vokal mereka. Pilihan saya lebih tertumpu kepada vokal Heliza dan Dekna. Masih terlalu awal untuk membuat pilihan sebenarnya. Kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku di dalam Diari Akademi Fantasia minggu depan.

Nikmat Akademi Fantasia
Memang benar nikmat Akademi Fantasia yang pernah saya nikmati sejak AF1 semakin hilang. Nikmat itu hilang kerana saya kini berada di sini. Jika dulu sebagai penonton saya tidak tahu banyak perkara, kini berbeza. Walaupun tidak banyak yang diketahui tetapi dalam minit terakhir saya akan tahu juga akhirnya. Itulah nikmat-nikmat dulu yang kini tidak dapat dirasai lagi. Tiada apa yang mengejutkan, tapi untuk anda pasti nikmat itu masih boleh dirasai. Nikmatilah selagi ada.

Tirai Akademi Fantasia 5 (Bhg.2)

Lelaki lebih ramai?
Tentu ada sebab kenapa lelaki lebih berminat untuk menyertai Akademi Fantasia. Inilah program yang saya pasti dapat memberikan kepuasan kepada mereka untuk menjadi juara. Bukan itu sahaja, peserta perempuan menjadi agak kurang yakin untuk mencuba kerana dominasi peserta lelaki.

Tiada Konsert Prelude
Berita baik untuk anda atau berita buruk untuk anda? Musim ini tiada Konsert Prelude seperti dua musim sebelum ini. Lebih bagus kerana semua terus masuk. Antara pembaharuan, Imbasan juga ditiadakan dan digantikan dengan Debat Akademi Fantasia. Debat saya boleh anggap sesuatu yang menarik walaupun ia sebenarnya menambahkan beban kerja saya. Antara isu-isu yang akan diperdebatkan sebenarnya datang dari pelbagai medium contohnya akhbar, blog, @15 dan forum. Oleh yang demikian terpaksalah medium-medium tersebut dipantau dari masa ke semasa untuk mendapatkan bahan. Jika anda mempunyai apa-apa persoalan dan berjaya mencetuskan kontroversi berkenaan AF, bolehlah menyatakannya di medium-medium yang telah disebutkan. Lebih mudah jika persoalan-persoalan tersebut diluahkan di sini sahaja. Senang sikit nak buat pemantauan.

Komen Pengetua
Amacam dengan Roslan Aziz ? Saya tertarik dengan komen beliau yang menyatakan, satu ketika dulu beliau bermain bola sepak dengan Liverpool dan sekarang bermain dengan Manchester United. Walau apa pun pasukan yang beliau wakili, beliau akan berikan yang terbaik untuk pasukan tersebut. Kalau dulu saya di luar dan kini saya di dalam, sudah pastinya akan ada perubahan persepsi yang akan berlaku. Harap-harapnya mendapat sokongan dari semua.

Notification
Dalam banyak-banyak surprise notification, saya hanya suka pada Ebi, Dafi, Shawal, Rizal, Farha, Dekna dan Fatin. Aisehmen. Belum apa-apa dah tunjuk rumah Dafi ada CCTV. Memang selamatlah. Rumah kampung Rizal di Sarawak pun telah ditayangkan. Ebi memang berani habis bila sanggup berhadapan dengan hantu pocong. Yang paling dramatik tentunya Dekna bila dapat notification dia menangis macam dah tiada hari esok. Farha dan Fatin punya notification memang boleh memberikan trauma kepada peserta-peserta tersebut. Mujur dibuat dalam waktu yang singkat. Jangan sampai jadi macam Ziana Zain dalam Wakenabeb yang sejurus selepas mengetahui semuanya adalah lakonan beliau pengsan. Farha pun nyaris-nyaris nak pengsan. Baru kena rompak, belum kena pukul dengan along.

Anda sudah boleh mengundi. Lakukan tanggungjawab anda seperti yang pernah anda galas empat musim yang lepas. Semuanya di tangan anda.

Anda masih belum berkesempatan untuk mendengar vokal pelajar lelaki dan pastikan anda menonton Diari Akademi Fantasia Ep.1, ada kejutan yang akan menanti anda. Satu pembaharuan yang mungkin akan mencetuskan debat di kalangan penggemar Akademi Fantasia. Dah sedia ?

Entri oleh sultanmuzaffar 08 March 2007 0 komen

Pelajar Baru Akademi Fantasia 5

Rasanya baru semalam sahaja pelajar Akademi Fantasia 4 diperkenalkan pada tahun lepas dan hari ini pelajar baru Akademi Fantasia 5 pula diperkenalkan di tempat yang sama. Deja Vu ! Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga masa berlalu begitu pantas.

Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat pelajar baru serta kejutan yang mereka terima sewaktu menerima berita gembira dari Akademi Fantasia melalui Tirai Akademi Fantasia pada hari Sabtu dan Ahad ini mulai pukul 8.30 malam sebelum Gelanggang Akhir Raja Lawak Astro di Astro RIA !

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11


12


13


14


15


16

Untuk Jom Main Teka-Teka Bahagian 1, klik sini.
Untuk Jom Main Teka-Teka Bahagian 2, klik sini.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Pra Akademi Fantasia 5 : Jom Main Teka-Teka (Bahagian 2)

Semua orang tahu Akademi Fantasia bakal menjelma untuk musim yang kelima. Untuk menghangatkan lagi hari-hari anda sebelum menjelangnya tarikh keramat 10 Mac 2007, apa kata kita main teka-teka. Semuanya telah pun tercatat ! Kebenaran secara lisan telah pun diperolehi !

Ini merupakan posting terakhir sebelum saya mengambil keputusan untuk mendapat keamanan dan ketenangan dalam diri. Jadi untuk memberi peluang anda teruja dan ternanti-nantikan siapakah bakal pelajar Akademi Fantasia, disenaraikan 36 calon akhir pelajar perempuan untuk pilihan anda. Anda boleh pilih 12 pilihan anda. Jika pilihan anda tepat, ada hadiah menarik yang menanti anda.

Anda dibenarkan untuk menggunakan teknologi internet sebagai medium penyebaran maklumat. Sebarkanlah seluas-luasnya. Siapakah pilihan anda ?

Bakal Pelajar Perempuan

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11


12


13


14


15


16


17


18


19


20


21


22


23


24


25


26


27


28


29


30


31


32


33


34


35


36

Hari ini adalah harinya. Siapa yang anda inginkan berada di dalam Akademi Fantasia akan mula disiarkan melalui Tirai Akademi Fantasia pada hari Sabtu dan Ahad, 8.30 malam di Astro RIA.

Untuk Jom Main Teka-Teka Bahagian 1, klik sini.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger