Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 August 2007 0 komen

Sekitar Sound Check Konsert Reunion Akademi Fantasia 5

Orang Alor Setar ! Jangan ketinggalan untuk menonton persembahan secara langsung bintang Akademi Fantasia 5 di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah sempena Konsert Reunion Akademi Fantasia 5 mulai jam 8 malam, 31 Ogos 2007 !



Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us

Nota : Nak rush ke Full Dress Rehearsal pula...

Entri oleh sultanmuzaffar 29 August 2007 0 komen

Badak Sumbu Sumatra Kian Pupus
Sebuah Projek Alam Sekitar oleh HONDA

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda dan
mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Lirik lagu Hijau oleh Zainal Abidin

Kini kita sedang merayakan pelbagai kemajuan yang sedikit sebanyak telah memusnahkan warisan yang kita ada. Sedikit demi sedikit warisan yang terlalu berharga yang kita ada semakin jauh pergi meninggalkan kita.

Sejajar dengan kempen yang telah dilakukan oleh Honda untuk mengawal kepupusan yang sedang dialami oleh badak sumbu Sumatra, saya mengambil langkah untuk mempromosikan kempen yang begitu mulia yang telah diilhamkan oleh Honda, sebuah pengeluar kereta yang sama sekali tidak berkait dengan kehidupan dan alam sekitar.

Berganding dengan WWF-Malaysia, Honda mengambil langkah positif serta inisiatif sendiri untuk memberikan komitmen kepada projek yang akan memakan masa selama 5 tahun untuk menyelamatkan Badak Sumbu Sumatra yang kini semakin berhadapan dengan ancaman kepupusan. Honda Malaysia telah bermurah hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM5 juta kepada WWF-Malaysia untuk membolehkan WWF-Malaysia berfungsi sebagai badan yang mampu mengawal ancaman kepupusan tersebut. Projek ini juga mensasarkan peningkatan kesedaran dan juga mendidik generasi masa hadapan dan juga rakyat Malaysia kepada persekitaran dan pemuliharaan hidupan liar melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Badak sumbu Sumatra merupakan salah satu spesies badak sumbu yang boleh didapati di Malaysia dan oleh sebab itu ia boleh dianggap sebagai salah satu warisan Malaysia. Tahap kepupusan hidupan liar istimewa ini sesuatu yang amat membimbangkan. Justeru itu, Honda mengorak langkah memulakannya.

Kesedaran terhadap alam sekitar dan hidupan liar perlu dipupuk ke dalam masyarakat Malaysia dan harus dimulakan di peringkat persekolahan. Generasi muda perlu dididik untuk menghargainya.

Pelbagai program dan projek telah dilaksanakan oleh Honda sejak ia dilancarkan pada Januari 2006. Antaranya Honda turut melaksanakan program di empat buah sekolah rendah di sekitar Lembah Klang pada bulan Januari dan Februari tahun 2007. Sementara pada bulan April tahun 2007, pihak WWF-Malaysia telah berjaya membuat rakaman pertama badak sumbu dalam bentuk filem video.

Kini Honda terus mengorak langkah dengan melaksanakan beberapa program yang melibatkan penglibatan lapan buah sekolah rendah di sekitar Lembah Klang untuk bulan Ogos dan September tahun ini. Tidak berhenti setakat itu, pada bulan Januari 2008, Honda akan terus bekerjasama dengan empat buah sekolah rendah di sekitar Johor Baru dan seterusnya di Pulau Pinang.

Honda’s ‘Challenging Spirit’ merupakan matlamat utama Honda untuk mencapai sesuatu matlamat yang di luar jangkaan. Projek “Honda’s Rhino Rescue” merupakan salah satu daripada yang telah dirancang untuk generasi muda Malaysia.

Apa sumbangan anda kepada negara ? Tidak terhad kepada pembangunan negara, pemuliharaan hidupan liar juga merupakan salah satu daripada sumbangan anda kepada negara.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 August 2007 0 komen

Sekitar Majlis Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Khalid

Jangan percaya pada gambar ! Hanya kerana berada di sudut yang strategik, maka makna gambar yang sebenarnya boleh berubah. Majlis baru sahaja selesai. Majlis yang telah diadakan di One World Hotel berlangsung dalam suasana santai dengan bertemakan retro.

Setahun yang lalu majlis resepsi dilangsungkan dalam suasana penuh gilang gemilang bermula dengan majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih sesuci cinta mereka dan malam tadi cinta itu semakin mekar seindah warna-warna terang yang menjadi tema malam tersebut.

Malam itu ada ramai tetamu yang turut hadir, antaranya Ning Baizura & tunangnya, Mr.Manager, Klubbkidd, Farihad, Abie, Dean, Fairuz dan ramai lagi.

Tetamu tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman rasmi. Sampai ke sudah, tiada angin langsung. Kita tunggu saja kalau ada nanti.

Ada gambar, ada video. Video akan merungkai segala jawapan. Tunggu sahaja. Sebagai teaser, ini baru permulaan...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Nota : Three posting in a row. Semua pasal kahwin !!! hmmmmm...

Entri oleh sultanmuzaffar 20 August 2007 0 komen

Raja Sehari : Tanty Astro & Shah

Awal bulan Ogos, saya, Badrul (ops ! Badrul tiada...), Shonny, Kudsia, Tina, Karl, Sham, Azni, Nik (yang popular angkara email...), Su, Yin Yin, Joe, Pricilla dan beberapa orang lagi kawan Jurassic Park telah bertandang ke kenduri Shah VE (bila nak tukar status). Ops ! Kenduri Tanty Astro. Kalau ikutkan hati bukannya nak blog sangat, pasal Shah cakap dia tak mau kecoh-kecoh. Lagi pun tak mau lah blog ini penuh dengan cerita artis yang tiada kaitan dengan saya. Oleh kerana Shah VE mengambil Tanty sebagai isterinya, maka saya pun minta kebenaran dari Tanty petang tadi untuk letak gambar mereka di sini. Tanpa perlu melalui pengurus Shah, saya mendapat kebenaran lisan dari Tanty. Saya hanya merakamkan gambar kedua pengantin sewaktu berjalan masuk ke Dewan. Gambar mereka di pelamin saya tidak ambil. Kena hormat majlis orang. Lagi pun pelamin mereka besar sangat kerana ada 2 pasang pengantin. Adik Tanty pun bersanding malam yang sama. Selepas menjalani rutin biasa menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, kami pun pulang...


Image Hosted by ImageShack.us
Sepia : Tanty Senyum, Shah Control

Image Hosted by ImageShack.us
Blur : Jeling I

Image Hosted by ImageShack.us
Raja Sehari I

Image Hosted by ImageShack.us
Raja Sehari II

Image Hosted by ImageShack.us
Blur : Jeling II

Image Hosted by ImageShack.us
B&W : Happy Ending

Nota : Ada sebab kenapa gambar-gambar yang dirakamkan sengaja diedit menggunakan beberapa teknik. Saja nak test skill Photoshop.

Nota II : Tapi kan, kat Myspace Shah masih In Relationship, belum tukar Married. Hahahaha.

Nota III : Hari ini, Selasa merupakan Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Khalid Mohd Jiwa...

Entri oleh sultanmuzaffar 18 August 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Madu II : Adaptasi Teknik Layar Ke Pentas Yang Bijak !

Hujung minggu lepas saya meluangkan masa untuk menonton teater setelah agak lama mendiamkan diri dari dunia teater. Sekali-sekala bertemu rakan-rakan teater di lokasi teater yang agak kurang popular di kota Kuala Lumpur tentulah banyak cerita yang boleh dikongsi bersama.

Bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka, sebuah teater dari produksi Teater Ekamatra yang diterbangkan khas dari Singapura telah dipersembahkan dengan jayanya. Teater bertajuk Madu II arahan Rohaizad Suaidi telah ditulis oleh seorang penulis karya teater yang prolifik, Alfian Sa’at.

Serba sedikit latar belakang kedua-dua tulang belakang produksi teater tersebut bermula dengan Rohaizad Suaidi yang saya kutip dari buku cenderamata menyatakan Rohaizad menetap di Amerika Syarikat selama 8 tahun di mana beliau menuntut ilmu di Universiti Haiwaii dan kemudiannya mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dan Tarian. Kemudiannya beliau menetap di Baltimore, Maryland selama 4 tahun untuk memperoleh Ijazah MFA dalam bidang Teater. Turut mencurahkan jasanya dengan mengajar kursus lakonan dan teater di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Amerika Syarikat. Sekembalinya dari Singapura pada awal tahun 2007, Rohaizad kini bertugas sebagai pensyarah separuh masa di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE). Rohaizad pernah mengarahkan Teater OPS Ophelia : Sabuah Fesyen Opera.

Sementara Alfian pula merupakan salah seorang daripada Pengarah Artistik Teater Ekamatra. Karya Inggeris beliau yang telah dicetak termasuklah One Fierce Hour, Corridor, 12 Short Stories dan A History of Amnesia. Antara karya pentas beliau yang telah diterbitkan oleh Teater Ekamatra termasuk Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan, Madu II, Tapak 7 The Miseductation of Minah Bukit, Causeway dan Mengapa Isa. Pada tahun 2001, Alfian telah dianugerahkan Anugerah Seniman Muda oleh Persatuan Seni Kebangsaan.

Madu II mengisahkan pergelutan dua wanita yang bukan sahaja berkongsi suami, malahan terpaksa juga berkongsi rumah. Bila suami bekerja, kedua-dia wanita mula bertikam lidah dan mengutuk antara satu sama lain. Perbuatan rutin ini merupakan satu permainan yang tidak akan sudah dan tidak akan ada pemenang.

Dibarisi oleh pelakon televisyen yang tidak kurang hebatnya di Singapura iaitu Mastura Ahmad dan Seri Wahyuni Jaes, kedua-duanya merupakan pemenang Pelakon Terbaik Pesta Perdana. Mereka hanya bermain di atas pentas empat segi dan telah membawa penonton ke dalam dunia mereka untuk merasai warna-warna hidup bermadu yang berlatarkan set pelamin. Pelamin ! Satu beban berat yang pasti akan ditanggung oleh setiap masyarakat Melayu.

Isu yang dibawa oleh Madu II adalah isu biasa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Hidup bermadu ! Manis tetapi pahit. Membawa isu tersebut ke pentas teater bukan satu tugas mudah. Silap langkah sesebuah persembahan teater itu akan menjadi satu syarahan panjang yang tiada penghujungnya. Isu sensitif seperti poligami dalam masyarakat Melayu hari ini telah diangkat oleh Rohaizad ke pentas teater dalam sebuah persembahan yang santai tetapi cerita utama yang ingin disampaikan oleh penulisnya terbenam dalam benak penonton.

Dibekalkan dengan dua pelakon yang kekal di atas pentas sepanjang masa persembahan teater, tanpa sedikit lelah dapat dilihat kredibiliti mereka yang sungguh mengagumkan. Lakonan mereka penuh bersahaja dengan membawa penonton menyusuri kehidupan bermadu mereka. Dalam tawa ada duka, dalam senyum ada sengsara, dalam cemburu ada simpati. Hebat benar lakonan mereka. Masa 75 minit terasa begitu singkat.

Saya benar-benar tertarik dengan gaya pengarah Rohaizad kali ini. Dengan tema yang sama dalam persembahan terdahulu iaitu wanita. Dalam Ops Ophelia, Rohaizad membawa penonton menyusuri rentetan kejadian wanita dari kecil sehingga dewasa tetapi dalam Madu II hanya berkisar kepada salah satu permasalahan wanita iaitu hidup bermadu.

Tentu anda semua masih ingat filem Madu Tiga karya dan arahan Tan Sri P.Ramlee. Naskhah layar perak itu sebenarnya telah menjadi inspirasi kepada penulis untuk menghasilkan Madu II. Segala elemen ada dalam Madu Tiga dan begitu juga kaedah arahan yang telah digunakan oleh Rohaizad untuk Madu II. P.Ramlee menjentik dalam jenaka, geraknya penuh sinis, tutur katanya penuh makna. Begitu juga Rohaizad yang membawa gaya tersendiri dalam mengadaptasi kesemua elemen yang telah dibawa oleh P.Ramlee ke dalam Madu II. Rohaizad turut menggunakan klip audio dari filem Madu Tiga. Babak perbualan Jamil dan bapa mertuanya turut diselitkan dalam lakonan kedua-dua pelakonnya.

Antara adegan yang paling saya ingati adalah adegan penamat teater ini. Buktinya boleh dilihat pada gambar yang sempat saya rakamkan. Satu adegan yang sungguh mengejutkan. Persembahan teater ini bermula dengan permainan lampu pada pelamin yang memberikan kesan filem hitam putih pada pelamin dan kemudian ditamatkan di atas pelamin dengan tertera perkataan TAMMAT. Kalau filem buat macam tu memang sudah meletup !

Tahniah kepada tenaga produksi Teater Ekamatra kerana telah memberi nyawa kepada teater Melayu yang sebenar-benarnya. Penataan cahayanya juga bagus. Penataan bunyinya juga hebat. Bukan mudah untuk menggabung-jalinkan antara lakonan teater di pentas dengan klip audio dari filem Madu Tiga jika tanpa latihan yang cukup.

Saya benar-benar terhibur menonton teater ini dan khalayak penggemar seni teater Melayu yang telah ketinggalan untuk menyaksikan teater ini adalah sesuatu yang amat merugikan.

Bila agaknya Rohaizad nak buat OPS Ophelia II : Sabuah Akademi Fesyen ?

Memori Foto Teater Madu II

Image Hosted by ImageShack.us

Perhatikan periuk nasi di tepi pelamin. Simbol kepada Nasi Kangkang !

Image Hosted by ImageShack.us

Madu II pun ada Oprah Show !

Image Hosted by ImageShack.us

Konfrontasi Dua Madu !

Image Hosted by ImageShack.us

Apakah pengakhir Teater Madu II ?

Image Hosted by ImageShack.us

Bermula dan Berakhir di Pelamin, TAMMAT !

Image Hosted by ImageShack.us

Rohaizad Suaidi, Pengarah Teater Madu II

Image Hosted by ImageShack.us

Pak Hassan Muthalib, Benjamin McKay & Rohaizad Suaidi berbincang
"So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?"

Entri oleh sultanmuzaffar 15 August 2007 0 komen

Terlalu Pilih Kerja ?

Betul ke graduan Malaysia memilih pekerjaan ? Betul ke ramai graduan Malaysia kini sedang menganggur ? Kalau mereka menganggur, mesti ada sebabnya.

Saya masih ingat lagi sewaktu didedahkan dengan apa itu IT. Satu ketika dulu semuanya IT. IT sana, IT situ, IT sini. Sana situ sini IT. Cinta IT. Celik IT. Buta IT. Pendek kata semuanya IT. Pada waktu tersebut masih tidak ramai yang berani mengambil jurusan IT. Saya antara di kalangan yang sedikit waswas, tetapi memberanikan diri.

Tiba-tiba IT BOOM ! Satu Malaysia bersembang tentang IT. Di kedai kopi cerita IT, di parlimen berdebat tentang IT, di tembok tepi jalan pun bersembang tentang IT. Siti Nurhaliza pun menyanyi lagu Cinta IT. Kalau dulu bila cakap “saya ambil jurusan IT” terpaksa diterangkan apa makna IT. Terutamanya kepada warga emas. Tapi kini bila sebut IT, semua orang tahu apa itu IT.

Bila tamat pengajian, bilangan graduan IT masih lagi boleh demand. Masa itu bilangannya masih tidak ramai. Sekarang, bilangan graduan yang lulus dengan cop IT berlambak. Pandang kiri nampak graduan IT, pandang kanan nampak graduan IT, pusing belakang pun nampak graduan IT.

Bila terjadinya lambakan tersebut, maka bilangan pekerjaan untuk graduan IT semakin kecil. Hanya yang terbaik berpeluang untuk mendapat kerja. Kalau setakat lulus Kelas Ketiga memang sukar untuk mendapat pekerjaan.

Apakah pengangguran yang disebabkan permintaan melebihi penawaran ini adalah sesuatu yang sememangnya diingini ? Tentu sekali tidak. Tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku.

Graduan IT bukan memilih pekerjaan tetapi kurangnya pekerjaan yang bersesuaian dengan taraf kelayakan pendidikan mereka.

Itu cerita IT. Bagaimana pula dengan graduan yang mengambil kursus yang pelik-pelik seperti Kejuruteraan Kimia, Geologi, Teknologi Makanan dan sebagainya ? Pasti lebih menyulitkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Kalau dilihat pada trend sekarang, bidang pekerjaan yang ditawarkan banyak menjuruskan kepada bidang pengurusan. Satu Malaysia nak jadi Pengurus. Nak jadi BOSS ! Siapa yang tidak mahu ?

Soalnya sekarang apabila tiada pekerjaan yang mampu mereka peroleh dalam waktu yang terdekat, apakah mereka berani mengambil risiko ? Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru tentunya memerlukan keyakinan diri yang tinggi.

Saya sendiri tidak berani untuk terjun ke bidang penyiaran tanpa keberanian dan keyakinan yang tinggi. Lebih-lebih lagi telah begitu selesa dengan bidang pendidikan selama hampir 7 tahun. Satu lagi masalah ! Selesa berada di zon selamat atau dalam Bahasa Inggerisnya ”comfort zone”. Siapa yang berani untuk berhijrah ke satu dunia yang masih belum tentu masa depannya. Lebih baik duduk selesa di tempat lama.

Apa yang patut dilakukan ? Kita perlu berusaha untuk merubah nasib kita sendiri. Dengan adanya teknologi moden seperti Internet yang telah banyak merubah pemikiran dan kehidupan masyarakat, sedikit sebanyak trend permintaan pasaran pekerjaan boleh diketahui oleh bakal-bakal graduan dan juga pihak Kerajaan.

Di peringkat awal graduan melangkah ke gerbang pekerjaan mereka tentunya sering disogokkan dengan persoalan ”ada pengalaman tak?”, ”berapa tahun pengalaman?” Kadang-kadang sebagai majikan mereka tidak sedar, merekalah yang sepatutnya memberikan pengalaman tersebut. Lebih-lebih lagi untuk graduan yang masih hijau yang tidak tahu mengarahkan masa depan mereka.

Allyhunt menawarkan peluang tersebut yang baru sahaja melangkah untuk memberikan panduan kepada bakal graduan dalam mencari hala tuju mereka. Peluang tersebut telah ditawarkan oleh Allyhunt melalui portal Allyhunt.com. Graduan boleh berkampung di portal tersebut untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan majikan juga boleh meninjau bakat-bakat baru yang ada untuk mereka beri peluang dan menggilap bakat tersebut.

Kini semuanya terletak di tangan majikan. Beri peluang kepada graduan universiti untuk membuktikan kebolehan mereka. Berikan mereka pengalaman dan bukannya menerima mereka hanya dengan pengalaman.

Sebagai pencari kerja, menggunakan portal Allyhunt amat mudah. Daftarkan diri anda untuk memohon atau mencari pekerjaan dengan hanya menekan satu butang “Apply”. Dengan teknologi yang telah disediakan di hadapan anda, proses mencari pekerjaan menjadi semakin mudah berbanding dengan proses yang terdahulu.

Masih ingat lagi pada zaman dahulu kala, proses mencari kerja memakan masa yang agak lama. Anda perlu menyelak akhbar-akhbar utama setiap pagi. Kalau bernasib baik, ada begitulah sebaliknya. Proses tidak terhenti di situ sahaja. Anda perlu menaip surat dan kemudian poskan permohonan anda. Masa habis begitu sahaja. Anda juga perlu tunggu untuk mendapatkan maklum balas sama ada permohonan anda diterima atau pun tidak. Menyulitkan bukan ? Tidak dengan Portal Allyhunt !.

Tanpa perlu menyelak akhbar untuk mencari jawatan-jawatan yang sesuai, melalui portal Allyhunt email akan dihantar kepada anda untuk menyenaraikan jawatan-jawatan yang difikirkan bersesuaian dengan kelayakan anda. Allyhunt akan menjadi rakan yang akan membantu anda mencarikan pekerjaan yang bersesuaian untuk anda pada setiap masa.

Anda kini tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapat tahu sama ada permohonan anda diterima atau pun tidak. Jika permohonan anda belum berproses perkataan “Unprocessed” akan tertera. Anda boleh tersenyum bila perkataan “Prescreen” tertera pada permohonan anda kerana permohonan anda sudah diterima oleh bakal majikan anda dan kini mereka sedang membuat penilaian. Hidup anda sekarang tidak lagi dibelenggu tanda tanya.

Jika anda sibuk, anda tidak perlu mendaftar diri ke dalam portal untuk melihat status permohonan anda, Allyhunt akan memberikan anda maklumat terkini berkenaannya melalui email sama ada permohonan anda ditolak atau pun diterima. Semuanya dengan PERCUMA !

Untuk mereka yang tidak begitu aktif mencari pekerjaan, peluang untuk bertukar kerja sentiasa ada apabila pihak bakal majikan akan sentiasa mencari calon-calon yang bersesuaian untuk jawatan yang mereka tawarkan. Mana tahu jika tawaran itu datang dari syarikat yang lebih besar.

Anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah IPOD jika anda menyertai Portal Allyhunt sebagai jobseeker dan berikan petikan terbaik tentang pekerjaan atau jenaka yang berkaitan dengannya. Anda akan lebih bernasib baik sekiranya menjadi “referrer” yang bertuah untuk memenangi 2 tiket pergi balik ke Hong Kong.

Allyhunt boleh terbangkan anda ke Hong Kong secara PERCUMA dan kembali membawa jawatan idaman anda !

Nota : SMS Yasmin Ahmad Lagi..."Salaam. Msian Embassy in Philippines just called FINAS. "Mukhsin" won Best Asian Feature Film at CINEMANILA International Film Festival (28 Jul - 8 Aug). Allah is great !"

Entri oleh sultanmuzaffar 11 August 2007 0 komen

50 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia

Saya terpanggil untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang telah disenaraikan oleh blogger Jeck Hong. Dan jika anda berani untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang disenaraikan oleh saya, hadiah akan diberikan untuk anda !

Sebelum anda baca senarai yang ada, tonton iklan Merdeka oleh Petronas untuk tahun ini yang telah dihasilkan oleh Leo Burnett kelolaan Yasmin Ahmad. Bangsa MELAYU khasnya dan rakyat MALAYSIA amnya, sila dalami dan fahami makna mendalam yang terpapar dalam iklan tersebut.

1. Pandu ke kawasan Tasik Titiwangsa dan naiklah Eye Of Malaysia dan menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dari atas.
2. Makan di Restoran Berputar Sri Angkasa di puncak Menara KL.
3. Berikan bunga berwarna merah kepada orang yang paling anda kasihi. Bukan ROS, berikan BUNGA RAYA.
4. Membeli belah di KLCC dan nikmati keunikan seni bina Bangunan Berkembar Petronas.
5. Bila anda membeli-belah, Beli Barangan Buatan Malaysia.
6. Jogging dari satu hujung ke penghujung Jambatan Pulau Pinang. Tidak kira subuh atau tengah hari atau petang.
7. Pergi ke Tugu Negara, baca tulisan yang tertulis di tugu tersebut dengan kuat dan bertafakur selama 50 minit. (atau 50 saat jika cuaca terlalu panas)
8. Tiru ”patung manusia” yang terdapat di Tugu Negara tersebut dan ambil gambar.
9. Tampal, paku Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di atas kereta anda.
10. Lawat Muzium Negara dan belajar sejarah Malaysia di sana.
11. Isi minyak kereta anda dengan minyak Petronas.
12. Bersihkan tandas awam yang terdekat dengan tempat anda tinggal.
13. Pakai jersi pasukan bola sepak negara untuk satu hari.
14. Daki Gunung Kinabalu dan pacakkan Jalur Gemilang di puncaknya. Jika anda terlalu malas, pergi saja ke Bukit Bendera dan lakukan yang sama.
15. Lawat mercu tanda bangsa yang lain. (contoh : Cina melawat ke Batu Caves, Melayu melawat ke Kek Lok Si, India melawat Masjid Negara)
16. Lafazkan Rukun Negara dengan penuh bermula dengan ”MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar...”
17. Tulis kembali lirik lagu kebangsaan (Negaraku) tanpa merujuk mana-mana. Lagu Negaraku bukan Negarakuku.
18. Berdiri tegak bersama kawan-kawan anda dan nyanyikan lagu Negaraku dengan penuh perasaan bangga.
19. Cari di manakah lokasi Bapa Malaysia melaungkan ”MERDEKA” 50 tahun dahulu dan kira berapa kali
20. Pergi ke lokasi di mana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ”MERDEKA” dan laungkan dengan ton, gerak tubuh dan jumlah yang sama,
21. Hidangkan makanan kegemaran ramai Malaysia (contoh Nasi lemak, Roti Canai, Bak Kut Teh, Putu Mayam dan lain-lain)
22. Makan HANYA makanan Malaysia. (Bukan Fish & Chip, Beef Steak, Tom Yam)
23. Buat Teh Tarik sepanjang 20cm. (Kalau ada keupayaan, buat 50m)
24. Cari kebocoran yang ada di rumah anda. Jangan baiki, cari sahaja.
25. Tulis esei dalam Bahasa Malaysia (Bukan Bahasa Melayu, MALAYSIA) tidak lebih dari 350 patah perkataan bertajuk “Mengapakah Kerajaan Malaysia Adalah Kerajaan Terbaik di Dunia?”
26. Pergi ke puncak bukit atau gunung (Bukit Bintang / Gunung Ledang pun boleh), dan jerit “Malaysia Boleh !” sebanyak 50 kali.
27. Cari makna dan hafal maksud-maksud di sebalik warna-warna Jalur Gemilang.
28. Cari dan hafal apakah nama bintang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan dapatkan maknanya sekali.
29. Lukis Jalur Gemilang dengan sempurna. (Kalau boleh lukis bintang 14 segi dengan tangan lagi baik)
30. Muat turun mp3 Jalur Gemilang dan nyanyikan lagu tersebut. (Ya, Jalur Gemilang ada lagunya yang tersendiri yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Siso Kopratasa)
31. Belajar menyanyi lagu ”Keranamu Malaysia”. Tapi itu lagu tema tahun lepas. Tahun ini belajar menyanyi lagu ”Malaysiaku Gemilang”.
32. Belajar menyanyi lagu ”Sejahtera Malaysia”. Lagu ini bukan lagu kegemaran saya, lagu ”Setia” nyanyian Francesca Peters merupakan lagu kegemaran saya. Sebelum Berita Perdana mesti ada lagu ini.
33. Belikan secawan kopi untuk pasukan polis sebagai tanda anda menghargai usaha dan dedikasi mereka menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
34. Pandu Proton Saga sejauh 50km. (jika anda tiada Proton Saga, sila gunakan teksi Proton Saga)
35. Tonton sekurang-kurangnya SATU filem P.Ramlee. (beli yang original atau tonton Astro PRIMA)
36. Beli album Siti Nurhaliza dan dengar kesemua lagunya. (BELI, jangan muat turun)
37. Jangan tonton siaran televisyen antarabangsa seperti CNN, HBO & ESPN untuk satu hari. Hanya tonton saluran televisyen tempatan (Astro RIA & Astro PRIMA sahaja…hahaha)
38. Cari dan hafal nama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri. Juga dapatkan dari negeri mana mereka berasal.
39. Senaraikan nama-nama Yang di-Pertuan Agong dan dari negeri mana mereka berasal bermula dengan Tuanku Abdul Rahman (Nota : Ada perbezaan antara Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman. Mereka berkongsi nama yang sama)
40. Lukis bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong. Jika anda tidak tahu kewujudannya, sila cari. Pergi ke Istana Negara)
41.Lawat tempat permakaman 3 bekas Perdana Menteri Malaysia. (anda boleh ke Makam Pahlawan berdekatan dengan Masjid Negara untuk melawat Tun Razak dan Tun Hussein Onn tetapi anda perlu ke Makam Diraja Langgar untuk melawat Tunku Abdul Rahman).
42. Hanya untuk SATU hari sahaja, panggil ibu bapa dengan panggilan “Malaysia” kerana anda ANAK MALAYSIA.
43. Pakai pakaian yang ada warna-warna kebangsaan. Anda juga boleh mengecat muka anda dengan warna-warna tersebut.
44. Gunakan Bahasa Malaysia untuk SATU hari sahaja.
45. Senaraikan kesemua model Proton bermula dengan Proton Saga dan diakhiri dengan Satria NEO. Tidak lama lagi ada lagi satu yang baru. Orang cakap Proton Persona.
46. Tulis senarai ahli Kabinet Malaysia bermula dengan Perdana Menteri.
47. Cari dan fahamkan fungsi Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
48. Siapkan dan bakar satu kek dan letakkan 50 lilin berwarna merah,pitih,biru atau kuning dan nyanyikan lagu Happy Birthday to Malaysia. Ops ! Allah Selamatkan Malaysia !
49. Tulis kembali senarai-senarai ini dalam tulisan Jawi. Siapa boleh, saya bagi hadiah ! Serius nih ! (Asal : Terjemah senarai ini ke Bahasa Malaysia)
50. Senaraikan lagi 50 perkara yang boleh anda lakukan untuk menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia.

Kita sudah ada PEMENANG !! Frizdan ! Tahniah ! Sila muat turun link untuk lihat hasil kerja yang telah dilakukan oleh Frizdan.

Entri oleh sultanmuzaffar 08 August 2007 0 komen

Anda Astro Technologenius !

Hari ini telah banyak kemajuan yang berlaku kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Kesan kemajuan ini telah merebak ke seluruh negara. Pengaruhnya turut melanda di kalangan remaja yang rata-rata merupakan generasi muda yang akan mewarisi kemajuan negara di masa akan datang.

Apa lagi kemajuan yang boleh dicipta untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyusur gelombang kemajuan yang semakin berkembang dari hari ke sehari ? Tentunya ada banyak idea yang di luar batas pemikiran manusia normal yang boleh dijanakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan yang ada. Astro mengambil inisiatif untuk mencari di serata Malaysia siapakah yang mampu memikul gelaran Technologenius! Idea yang terhasil mestilah yang mampu untuk merentas garis sempadan dan berguna untuk masyarakat khasnya golongan remaja.

Jika anda benar-benar yakin mempunyai idea-idea bernas, asli serta mempunyai ciri-ciri inovatif yang mampu untuk membuat perubahan kepada kehidupan manusia dan komuniti, inilah peluang anda untuk berkongsi idea bijak anda itu kepada DUNIA !

Jika idea anda terpilih, anda merupakan antara lima idea yang terbaik kerana hanya lima idea yang terbaik sahaja yang akan dipilih dan mereka yang bertuah akan diterbangkan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Global Forum on Youth and ICT.

Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis sidang media dan diikuti dengan Festival Astro Technolgenius pada 11 September 2007.

Untuk melengkapkan persediaan anda di Geneva, Astro akan menerbitkan lima idea yang terbaik dalam bentuk video untuk dipertontonkan di Global Forum on Youth and ICT yang akan berlangsung pada 24-26 September depan.

Anda tidak akan hanya berada di Geneva selama dua hari tetapi akan berada di sana selama satu minggu dan berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik di sana sehingga 2 Oktober 2007.

Sayang sekali saya sudah berumur 33 tahun dan TIDAK LAYAK untuk menyertai peraduan tersebut. Kalau saya berumur 23 tahun sekalipun masih TIDAK LAYAK kerana merupakan kakitangan penganjur. Anda LAYAK untuk berkongsi idea-idea bijak anda sekiranya anda berumur 18-25 tahun. Ayuh ! Cari rakan-rakan terbaik dan terbijak anda dan buat satu kumpulan yang tidak melebihi 4 orang dalam satu kumpulan.

Idea anda hendaklah menjurus kepada SALAH SATU atau LEBIH topik-topik yang berkaitan PENDIDIKAN, KESIHATAN, USAHAWAN atau PENTADBIRAN KERAJAAN.

Anda boleh guna Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris walaupun anda sebenarnya akan terbang ke Geneva, Switzerland. Tulis apa-apa bahasa dan tidak melebihi 500 patah perkataan.

Satu lagi peringatan ialah anda mestilah mempunyai Pasport Antarabangsa dan bersedia untuk berpuasa di Geneva pada 22 September hingga 2 Oktober. Sanggup ?

Untuk maklumat lanjut berkenaan Astro Technologenius, anda boleh klik di sini. Cepat ! Muat turun borang penyertaan dan bersedia untuk terbang ke GENEVA !

[Bahasa Inggeris]
Information and communication technologies (ICT) has come so far in improving our lives and Astro is looking for Technologeniuses who can push the boundaries even further.

If you have a brilliant, original or innovative idea on ICT and how it can help better your life and our community, this is your chance to share your idea.

Only the five most brilliant ideas will be selected. If your idea gets selected Astro will fly you to Geneva, Switzerland for the Global Forum on Youth and ICT.

The winners will be announced at a press conference which will be followed with an Astro Technologenius Festival on the 11th of September 2007.

Astro will produce the five winning ideas in a video presentation for you to show during the Global Forum on Youth and ICT taking place on the 24th-26th September. On top of this, the winners will also spend a few more days exploring the sights and sounds of Geneva till the 2nd of October.

All Malaysian Bloggers Project




Dalam pada itu sesiapa yang berminat dengan seni TEATER, hujung minggu ini akan diadakan sebuah persembahan Teater yang bertajuk MADU II yang akan dipentaskan oleh Teater Ekamatra dari Singapura.

Tempat Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Tarikh/Masa 10 & 11 Ogos 2007, 8.30 malam & 11 Ogos 2007, 3.30 petang

Menariknya selepas persembahan teater pada sebelah malam akan diadakan satu forum yang bertajuk "Poligami, Islam & Hak Isteri" pada 10 Ogos dan sebuah lagi forum yang membincangkan tentang Seniman Agung P.Ramlee bertajuk "So, what do we do with P.Ramlee's legacy in the 21st Century?" bersama Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd. Muthalib.

[Bahasa Inggeris]
MADU II by Teater Ekamatra, Singapore at Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 10th & 11th August 2007, at 8.30pm & 11th August 2007 at 3.30pm

Fri 10 August night's staging will be followed by a FORUM: "Poligami, Islam, & Hak Isteri". Speakers include Toni Kassim & Al Mustaqeem.

Sat 11 August night’s staging will be followed by a FORUM: "So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?" Speakers: Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd Muthalib
Topik-topik FORUM:

1. Apakah filem-filem P Ramlee (khususnya filem-filem "masyarakat" beliau yg dikeluarkan sekitar awal tahun 1960an hingga ke awal 1970an seperti MADU TIGA) masih relevan kpd penonton hari ini?

2. Apakah kedudukan filem-filem p. ramlee dlm masyarakat hari ini?

3. Adakah kajian-kajian terbaru (film studies, film criticism) tentang filem-filem P Ramlee?

4. Premis: ramai penonton filem P Ramlee dari golongan masy Melayu (di Spura ataupun Malaysia) yg cukup kenal dgn filem-filem komedi beliau hinggakan mungkin "buta"
kpd mesej-mesej yg dpt "dibaca" dlm filem-filem ini.

5. Isu: apakah pandangan tentang usaha-usaha utk menilai atau "membaca" semula mesej-mesej dlm filem-filem P Ramlee? Contohnya, drama teater Alfian Sa'at, MADU II, yg mengkritik & menyoal "kekelakaran" & kelucuan disebalik adegan-adegan dlm filem MADU TIGA?


MADU 11
First staged on 27th Nov 1998 & later toured to KL in Jun 2001, MADU II was presented as part of the double-bill Bulan Madu’ with ‘Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan.’ Written by the prolific young Sporean bilingual playwright/poet & NAC young artists award winner, Alfian Sa’at, the performance will feature 3 of contemporary Spore Malay theatre & TV’s most creative & versatile director & actors.

MADU II touches on the issue of polygamy in a modern Malay household. The play excavates the struggle of 2 women who not only share a husband, but also live under one roof. While their husband is away, both women exchange remarks & curses; & find themselves lost in a game where the instructions need a complete revision.

MADU II will be directed by theatre practitioner & theatre lecturer Rohaizad Suadi, & performed by award winning TV actresses Mastura Ahmad & Sri Wahyuni Jaes.

MADU II is a well-crafted light-hearted yet poignant look at the sensitive & difficult issue of polygamy in modern Malay marriage

Quotes

“…an engaging piece.” Hong Xinyi – Straits Times

“A clever work, displaying the claustrophobia of housewifery as much as the subtle competition for possession of a spouse.” Ng Yi-Sheng – The Flying Inkpot

Entri oleh sultanmuzaffar 06 August 2007 0 komen

Top 20 The AllMalaysiaN Bloggers Project

Alhamdulillah. Saya terpilih di antara 20 blog dari lebih 600 blog yang menyertai Peraduan Genting AMBP anjuran Genting dan The Star bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007.

Antara blog yang terpilih ialah :
1. Thousand Words: Snapshots of Life
2. Why Must Visit Malaysia?
3. Ayer Hitam
4. The Digital Awakening
5. Running With Passion
6. kongkay1
7. Dari Jiwa Rasa...
8. Emila's Illustrated Blog
9. Kuching-Catscity
10. Guide to Malaysia
11. as I travel
12. dari isi hati pandangan mata dan rakaman lensa seorang sultanmuzaffar
13. Nadai Nama Nama
14. Travelling Around Malaysia, Trekking the Mountains of Malaysia
15. AKEE'S CARTOONS
16. Tropical Bloom
17. ashlight's Lair
18. Simple Destinations
19. chedd eddie yusoff berkata kata
20. 83000 Batu Pahat

Ada beberapa nama blog yang sememangnya saya sudah kenal sejak beberapa tahun yang lalu. Antaranya sahabat istimewa saya Peter Tan, sahabat kroni Akademi Fantasia saya Chedd Yusoff dan sahabat Geng Jurnal saya Dari Jiwa Rasa. Kalau terasa dah lama tidak mengundi, boleh lah mengundi untuk saya dan sahabat-sahabat saya dengan klik butang di bawah ini. Terima kasih...

All Malaysian Bloggers Project

Dalam pada itu, saya juga turut terpilih sebagai Nuffnang Featured Blogger untuk bulan Ogos. Saya ada menulis sedikit pengalaman dan boleh juga dianggap sebagai introduksi kepada blogger yang bernama sultanmuzaffar. Ada juga gambar-gambar yang tidak pernah anda lihat di sini saya letakkan di sana.

OK lah. Ada kerja tergempar yang perlu disiapkan. Untuk pengetahuan semua sekarang saya tidak hanya jaga RIA dan PRIMA, tetapi nampaknya kena juga jaga untuk ARUNA, KIRANA dan CERIA. Cool kan ? Ya cool ! Macam nak pecah kepala ini jaga 5 saluran sekaligus.

Updated from Sashi
Peter Tan: AllMalaysian Bloggers Project (AMBP) Contest - Vote For The Digital Awakening
Kervin: A Note of Thanks
Kong-Kay: Eggo Booster (sic)
Jiwa Rasa: Top 20 AMBP
Emila: Vote for me!
Kuching-Catscity: Please Vote For Catscity!
Ashlight: Top 20 AMBP Blogs
Chedd Eddie Yusof: about ALI and Joe flizzow and top 20 malaysian blog
LiewCF: AllMalaysian Bloggers Project Top 20 Blogs
medicine.com.my: Congrats Peter Tan!
joezul: Vote for Emila’s for the Top 5 AllMalaysian Bloggers!

Buat keputusan anda ! Nanti lepas Raya anda kena buat keputusan lain. :)

Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2007 0 komen

Sorotan Festival Filem Malaysia 20

Karpet Hijau FFM 20

Cantik baju Raja Farah. Ada ikan koi !

Que Haider belum layak untuk dapat title pelakon prolifik

Kenapa badan Bront swing kiri kanan ? Rasa macam nak paku kan badan dia kat dinding.

Dynaz, Itu bukan Tamam. Itu Baharuddin Hj. Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki.

Kejap Tentang Bulan, kejap Mukhsin. Dynaz tak buat research ke ? Mujur ada ear-piece.

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia 20

Segmen Evolusi adalah satu idea yang bagus walaupun ia bukanlah idea yang baru kerana Oscar sering menggunakan idea ini untuk melihat kemajuan yang telah mereka tempuhi. Tetapi apabila ia cuba diaplikasikan oleh penggiat perfileman tempatan ia semacam telah memalukan industri itu sendiri.

Tatkala Yusry KRU bercerita tentang evolusi penggunaan teknologi dan kesan khas dalam filem hanya sekadar menyebut filem Orang Minyak dan Pontianak. Itu hanya permulaan. Mana evolusinya ? Bermula dengan P.Ramlee ke Datuk Jins Shamsuddin membawa ke Aziz M.Osman, Mohd Aliff Najmi hingga ke Yusry KRU. Nama-nama filem seperti Mat Gelap, Mat Som, Silat Legenda, XXRay 1, XXRay 2, Fantasi tidak disebut. Jadi evolusinya kita tinggalkan. Dalam waktu yang singkat, tidak banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama dengan penonton.

Begitu juga dengan evolusi filem berunsurkan patriotik. Kosong. Bukan sekadar Embun dan Bukit Kepong, ada banyak lagi seperti Yasin, Jasmin, Leftenan Adnan dan macam-macam lagi. Tanpa makna. Evolusi filem box-office ? Apakah hanya filem Datuk Yusof Haslam ? Bagaimana dengan filem arahan Aziz M.Osman ? Evolusi busana, apa sudah jadi ? Sejarah perubahan busana dalam tempoh 50 tahun tentunya menarik untuk dipertontonkan kepada penonton. Evolusi lakon layar ? Tiada guna. Sekadar buang masa. Tunjuklah storyboard zaman dulu dengan storyboard zaman sekarang.

Keputusan ? Ini barisan juri yang telah dipilih untuk memilih yang terbaik pada tahun ini.

Yusof Haslam - Ketua Juri
Mahadi J Murat - Pengarah Filem
Panshah - Penerbit Filem
Rohani Hashim - USM
Saodah Ismail - Media
Abdul Wahab Hamzah - Pengkritik Filem
Tuan Syed Mohamad Syed Hassan - Pekerja Filem

Saya tidak begitu terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan. Kecewa pun tidak. Semuanya sudah pun dijangkakan setelah melihat senarai barisan juri. Mula-mula apabila melihat barisan juri, rasa macam tidak mahu menonton pun ada. Tapi saya gagahkan juga mana tahu kalau-kalau ada keajaiban berlaku malam itu. Ada lah beberapa keajaiban yang berlaku malam tersebut.

Anugerah Juri
Memaparkan kritikan sosial dalam sebuah karya komedi - Zombie Kampung Pisang
Usaha gigih kerana mengaplikasikan CGI dalam pembuatan filem - Cicak Man
Usaha berterusan dlm memaparkan budaya masyarakat setempat – Nana Tanjung

Pengarah Harapan – Zarina Abdullah (Chermin)
Filem Box-Office - Jangan Pandang Belakang
Filem Digital Terbaik – Chalanggai
Filem Pendek Terbaik – Pintu
Filem Animasi Terbaik - Helping Hand
Filem Dokumentari Terbaik – Jejak Rasul
Poster Terbaik – The Red Kebaya

Filem Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) – Possessed
Pereka Kostum/Busana Terbaik – The Red Kebaya
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Mohd Shafie Naswip (Mukhsin)
Lagu Tema Terbaik – Cicak Man
Pelakon Harapan Wanita - Natasha Hudson (Chermin)
Pelakon Harapan Lelaki - Azizan Nin (Cinta Terakhir)

Pelakon Wanita Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Azean Irdawaty (Waris Jari Hantu)
Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Datuk Rahim Razali (Cinta)
Penataan Bunyi Terbaik – The Red Kebaya
Penataan Seni Terbaik – Puaka Tebing Biru
Skor Muzik Asal Terbaik – Waris Jari Hantu
Penyunting Terbaik – Cinta
Lakon Layar Terbaik - Cinta
Cerita Asal Terbaik – Waris Jari Hantu
Sinematografi Terbaik – Puaka Tebing Biru
Pelakon Wanita Terbaik – Vanidah Imran (The Red Kebaya)
Pelakon Lelaki Terbaik – Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu)
Pelakon Veteran Lelaki – Kuswadinata
Pelakon Veteran Wanita – Salmah Ahmad
Pengarah Terbaik – Shuhaimi Baba (Waris Jari Hantu)
Filem Terbaik - Cinta

Image Hosted by ImageShack.us


Ulasan Filem Cinta :
50 Sebab Mengapa Saya Suka Cinta
Panahan Cinta Terus Ke Hati

Agihan
Waris Jari Hantu - 5
Cinta - 4
The Red Kebaya - 3
Chermin - 2
Cicak Man - 2
Puaka Tebing Biru - 2
Jangan Pandang Belakang - 1
Possessed - 1
Mukhsin - 1
Cinta Terakhir - 1
Zombie Kampung Pisang - 1
Nana Tanjung - 1

Keputusan penuh boleh didapati di Filem Kita dan Sinema Malaysia. Walaupun di Sinema Malaysia masih belum dikemaskinikan. Banyak blog yang menyenaraikan Azizan Nin menang sebagai pelakon Nana Tanjung. Sejak bila pula Azizan Nin berlakon Nana Tanjung ? Setahu saya dia pelakon Cinta Terakhir.

Nota : Besar tanda PUAS HATI ! Yang font biasa, biasa-biasa saja. Keputusan FFM20 harus diterima dengan hati terbuka kerana secara tidak langsung Allah telah melindungi Yasmin Ahmad dari sifat riak. Alhamdulillah.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 August 2007 0 komen

Mukhsin Menang Silver Award di Jogjakarta

Walaupun mungkin akan tewas di bumi sendiri, Mukhsin menang Anugerah Perak di Jogja-NETPAC Asian Film Festival yang berlangsung sebentar tadi. Festival tersebut berlangsung pada 28 Julai hingga 2 Ogos di Jogjakarta, Indonesia. SMS kiriman Yasmin Ahmad benar-benar mengubat kekecewaan kegagalan filem tersebut mengungguli pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung Sabtu ini.

Filem dari Iran yang bertajuk Crossing The Dust berjaya menggondol Anugerah Emas di festival filem tersebut.

Selepas Berlin dan sebentar tadi Jogjakarta, apakah esok di Pulau Pinang bakal menjadi milik Yasmin Ahmad juga ? Berhenti berharap...

Entri oleh sultanmuzaffar 01 August 2007 0 komen

Festival Filem Malaysia 20

Dari 23 filem yang dipertandingkan, saya hanya sempat tonton 10 filem yang mana 7 filem di pawagam dan 3 filem melalui VCD. Saya kaki wayang tapi sejak akhir-akhir ini sudah jarang dapat peluang menonton wayang. Transformer pun baru saya tonton hari Isnin lepas. Jadinya untuk bercakap mengenai calon-calon yang bertanding tentulah kurang adil.

Dari senarai pencalonan nampak Waris Jari Hantu mengungguli jumlah pencalonan dengan 12 pencalonan. Diikuti dengan filem Cinta dan The Red Kebaya yang mendapat 10 pencalonan dan Chermin dengan 9 pencalonan.

Dari 13 filem yang mendapat pencalonan apa-apa kategori, saya telah menonton 10 daripadanya kecuali Syaitan, Possessed dan Tentang Bulan.

Waris Jari Hantu (12)
Cinta (10)
The Red Kebaya (10)
Chermin (9)
Cicak-Man (6)
Sumo-Lah (6)
Puaka Tebing Biru (5)
Jangan Pandang Belakang (4)
Mukhsin (4)
Tentang Bulan (4)
Syaitan (2)
Possessed (1)
Zombi Kampung Pisang (1)

Saya tidak terbang ke Pulau Pinang kali ini. Sekadar menonton dari rumah. Siaran Langsung Festival Filem Malaysia 20 akan ditayangkan pada 4 Ogos ini di Astro RIA mulai jam 9 malam. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Zally Hussein, Noryn Aziz, Aznil Nawawi, CUCI, Aizat AF5, Deja Moss, Azlina Aziz, Liza Aziz, Mila AF5, Ajai, Jaclyn Victor, Datuk Aziz Satar, AC Mizal, Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura. Penyampai anugerah pula terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Farid Kamil, Maya Karin, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Khatijah Tan, Rosyam Nor, Sazzy Falak, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Hans Issac, Umie Aida, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

Selain daripada itu ada beberapa program berkaitan yang turut disediakan untuk penonton Astro RIA.

1. Gempak FFM20 Episod 1, 31/7, jam 11.00 malam
2. Gempak FFM20 Episod 2, 01/8, jam 11.00 malam
3. Gempak FFM20 Episod 3, 02/8, jam 11.00 malam
4. Gempak FFM20 Episod 4, 03/8, jam 10.00 malam
5. Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-20, 4 Ogos, jam 8.00 malam
6. Festival Filem Malaysia Ke-20, 4 Ogos, jam 9.00 malam

FILEM TERBAIK

Jangan Pandang Belakang (2007)
Genre: Seram, Ngeri

Tentang Bulan (2006)
Genre: Drama, Komedi

Nana Tanjung (2006)
Genre: Cinta, Komedi

Cinta (2006)
Genre: Cinta


Mukhsin (2007)
Genre: Komedi, Drama, Cinta

Puaka Tebing Biru (2007)
Genre: Ngeri, Seram

Syaitan (2007)
Genre: Ngeri

Zombie Kampung Pisang (2007)
Genre: Seram, Komedi

Cicak-Man (2006)
Genre: Aksi, Komedi

Diva (2007)
Genre: Muzik, Drama

Haru Biru (2007)
Genre: Drama

Waris Jari Hantu (2007)
Genre: Ngeri, Drama

Seed Of Darkness (2006)
Genre: Seram

Cinta Yang Satu (2007)
Genre: Cinta

Chermin (2007)
Genre: Seram, Ngeri

Cinta Terakhir (2007)
Genre: Cinta

Misi 1511 (2006)
Genre: Aksi, Komedi

Orang Minyak (2007)
Genre: Ngeri, Seram

Possessed (2006)
Genre: Ngeri, Seram

Sumo-Lah (2007)
Genre: Drama, Komedi

The Red Kebaya (2006)
Genre: Drama

Budak Lapok (2007)
Genre: Komedi, Animasi

Qabil Khushry Qabil Igam (2007)
Genre: Drama

5 CALON BAGI PENGARAH FILEM TERBAIK

Afdlin Shauki
Filem: Sumo-Lah


Ahmad Idham
Filem: Tentang Bulan

Shuhaimi Baba
Filem: Waris Jari Hantu

Yasmin Ahmad a
Filem: Mukhsin


Zarina Abdullah
Filem: Chermin


5 CALON BAGI PELAKON LELAKI TERBAIK

Afdlin Shauki
Filem: Sumo-Lah


Pierre Andre
Filem: Jangan Pandang Belakang

Ramli Hassan
Filem: The Red Kebaya

Rosyam Nor
Filem: Syaitan

Rusdi Ramli a
Filem: Waris Jari Hantu


5 CALON BAGI PELAKON WANITA TERBAIK

Maya Karin a
Filem: Waris Jari Hantu


Nasha Aziz
Filem: Puaka Tebing Biru

Natasha Hudson
Filem: Chermin

Sharifah Amani
Filem: Cinta

Vanida Imran
Filem: The Red Kebaya


5 CALON BAGI LAKON LAYAR TERBAIK

Shuhaimi Baba / Halina Samad
Filem: Waris Jari Hantu

Mira Mustaffa / Ara a
Filem: Cinta


Zarina Abdullah
Filem: Chermin

Ahmad Idham
Filem: Tentang Bulan

Afdlin Shauki
Filem: Sumo-Lah


5 CALON BAGI CERITA ASAL TERBAIK

Shuhaimi Baba
Filem: Waris Jari Hantu

Mira Mustaffa / Ara
Filem: Cinta

Zarina Abdullah
Filem: Chermin

Yasmin Ahmad a
Filem: Mukhsin

Shariman Shafie
Filem: Tentang Bulan

5 CALON BAGI SINEMATOGRAFI TERBAIK

Y. M. Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Filem: The Red Kebaya

Khalid Zakaria
Filem: Puaka Tebing Biru

Roszali Samad
Filem: Chermin

Abang (Indra Che Muda)
Filem: Jangan Pandang Belakang

Madnor Kassim a
Filem: Cinta

5 CALON BAGI PENYUNTING TERBAIK

Akashdeep Singh a
Filem: Cinta


Faizul Mohd Noh / Afdlin Shauki
Filem: Sumo-Lah

Ahmad Mustapha
Filem: Jangan Pandang Belakang

Zarina Abdullah
Filem: Chermin

Kamarudin Abu
Filem: Waris Jari Hantu

5 CALON BAGI SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

Shamsul Cairel
Filem: Waris Jari Hantu

Adeline Wong
Filem: Chermin

Edry (KRU)
Filem: Cicak-Man

Zul Mahat
Filem: Syaitan

S. Atan
Filem: The Red Kebaya

5 CALON BAGI PENATAAN SENI TERBAIK

Yusry KRU
Filem: Cicak-Man

Nazrul Asraff
Filem: Puaka Tebing Biru

Andy Sulaiman
Filem: Chermin


Aida Buyong / Kamarul Nizam
Filem: Waris Jari Hantu

Tee Kim
Filem: Cinta

5 CALON BAGI PENATAAN BUNYI TERBAIK

Daniel Tang
Filem: Chermin


Edry (KRU)
Filem: Cicak-Man


Azman Hassan
Filem: Puaka Tebing Biru

Addaudio Ex Sdn. Bhd.
Filem: The Red Kebaya

Ibrahim Elias
Filem: Waris Jari Hantu

5 CALON BAGI PELAKON LELAKI TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

Aznil Nawawi
Filem: Cicak-Man

Patrick Teoh
Filem: Sumo-Lah

Rashid Salleh
Filem: Waris Jari Hantu

Dato' Haji Rahim Razali a
Filem: Cinta

Zahim Albakri
Filem: The Red Kebaya

5 CALON BAGI PELAKON WANITA TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

Azean Irdawaty
Filem: Waris Jari Hantu

Deanna Yusoff
Filem: Chermin

Nanu
Filem: Cinta

Mak Mah a
Filem: Jangan Pandang Belakang


Samantha Schubert
Filem: The Red Kebaya

5 CALON BAGI PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Fatin Nur Afifah
Filem: Tentang Bulan

Mohd Addy Ashraf
Filem: Tentang Bulan

Mohd Syafie Naswip a
Filem: Mukhsin

Nik Adruce
Filem: Tentang Bulan

Sharifah Aryana
Filem: Mukhsin

5 CALON BAGI LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Ajai / Sharon Paul a
Filem: Waris Jari Hantu

Tam Spider
Filem: Cicak-Man

Pacai / Afdlin Shauki
Filem: Sumo-Lah

Nurzaidi
Filem: Puaka Tebing Biru


S. Atan
Filem: The Red Kebaya

5 CALON BAGI PEREKA KOSTUM / BUSANA

Shamsu Yusof
Filem: The Red Kebaya

Shada
Filem: Sumo-Lah

Dee Hasnan
Filem: Waris Jari Hantu

Moon
Filem: Cinta

Izatt a
Filem: Cicak-Man

5 CALON BAGI POSTER TERBAIK

Possessed (2006)
Genre: Ngeri, Seram

Mukhsin (2007) a
Genre: Komedi, Drama, Cinta


Cinta (2006)
Genre: Cinta

The Red Kebaya (2006)
Genre: Drama

Zombie Kampung Pisang (2007)
Genre: Seram, Komedi

DIGITAL FILEM TERBAIK

The Bird House (Naio Wu) (2007)
Genre: Drama

Chalanggai (Dancing Bells) (2007)
Genre: Keluarga, Drama

Goodbye Boys (2007)
Genre: Drama

DOKUMENTARI TERBAIK

Demi Kemanusiaan (2007)
Genre: Dokumentari

Jejak Rasul - Muhammad s.a.w Episod - Israk Mikraj (2006)
Genre: Dokumentari

Rumah Degil (2007)
Genre: Dokumentari

ANIMASI TERBAIK

Check My Mate (2007)
Genre: Animasi, Komedi

Helping Hand (2007)
Genre: Komedi, Animasi

Pawn Conspiracy (2007)
Genre: Aksi, Animasi

FILEM PENDEK TERBAIK

Jamuan (2007)
Genre: Drama

Pintu (2007)
Genre: Drama

Di Sebalik Kelir (2007)
Genre: Drama

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger