Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Sehati Berdansa : Menari Untuk Kebajikan

Entri oleh sultanmuzaffar 31 October 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Kali pertama selebriti ternama bakal menari di hadapan anda ! Dipersembahkan Sehati Berdansa, sebuah program realiti yang memperkenalkan seni tarian ke kaca televisyen anda. Program tersebut akan disiarkan di Saluran Rasmi, Astro RIA (Saluran 104 Astro) bermula dengan episod pertamanya pada 5 November ini.

Menariknya Sehati Berdansa telah diadaptasi dari format program hiburan popular yang memperlihatkan pasangan selebriti bertanding di dalam arena seni tarian yang merupakan luar daripada bidang penguasaan mereka. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Lapan orang selebriti tanahair dari pelbagai industri; bersama - sama suami dan isteri mereka akan mencuba bakat terpendam mereka dalam bidang tarian. Mereka terdiri daripada pasangan pelakon terkenal – Vanida Imran dan Rashidi Ishak; pelakon drama terkenal Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi; dan pelakon dan penerbit Rizman Khuzaimi dan isterinya Kartina Ayoob.

Image Hosted by ImageShack.us

Penyanyi kumpulan OAG, Radhi Razali dan isterinya Shazlin Sharif; penyanyi jazz yang juga merupakan pelakon P.Ramlee The Musical Atilia Raja Haron dan suaminya Ariff Johan Abdul Jalil; dan penyanyi terkenal Haiza Nordin dan suaminya bekas pemain hoki Hanafpe Omar juga akan mencuba nasib.

Image Hosted by ImageShack.us

Turut terlibat adalah personaliti TV Raianna Rahman dan suaminya Zain Shah dan bekas pemain bola sepak terkemuka Azman Adnan dan isterinya Asfarina Muhammad, bekas penyanyi kumpulan Feminin.

Bayangkan seorang pelakon cuba untuk menari. Bayangkan seorang pemain bola sepak memberanikan diri untuk beraksi di pentas. Bayangkan kegilaan seorang penyanyi kumpulan menari di pentas. Apa pula yang akan terjadi bila seorang penyanyi dangdut menari salsa. Bolehkah seorang pengacara TV menari bersama suaminya seorang usahawan ? Semua ini bakal anda saksikan dalam Sehati Berdansa.

Untuk menjadikan setiap cabaran mereka diberikan tunjukajar yang betul, seorang koreografer tari profesional akan dikhususkan kepada setiap pasangan. Mereka akan diberikan latihan dan bimbingan intensif sebagai persediaan untuk pertandingan pada hujung minggu. Pasangan-pasangan ini akan menerima cabaran selama lapan minggu, di mana setiap minggu tema dan jenis tarian yang berlainan akan diperkenalkan.

Image Hosted by ImageShack.us

Program yang dihoskan oleh penyampai Radio Linda Onn serta pelakon terkenal Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari; akan memperlihatkan kesemua pasangan bertanding di hadapan penonton setiap minggu. Persembahan mereka akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton. Tiga orang juri (dua orang Juri tetap dan seorang Juri undangan) akan memberikan markah berdasarkan kriteria-kritea dan teknikaliti persembahan, dan kuasa penonton adalah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap. Pasangan yang mendapat markah paling rendah setiap minggu, akan disingkirkan.

Dua orang Juri Tetap telah dilantik untuk memberi pandangan dan menilai persembahan, seterusnya menentukan nasib pasangan-pasangan ini. Linda Jasmine dan Fathee Abdullah (EE), nama-nama yang memang tidak asing lagi dalam bidang seni tarian telah diberikan kepercayaan untuk memegang mandat ini.

Sehati Berdansa bukan sahaja menghiburkan malahan turut mendidik dan menyampaikan unsur-unsur positif. Paparan realiti kecekalan setiap pasangan untuk berusaha memberikan yang terbaik di atas nama kebajikan, akan menyentuh perasaaan penonton dan boleh dijadikan tauladan kepada generasi muda. Untuk pengetahuan semua, wang tunai yang terkumpul pada setiap minggu akan dihulurkan ke badan-badan kebajikan yang terpilih. Matlamat utama adalah menari untuk kebajikan. Hadiah bukan perkara utama, sebaliknya berusaha gigih untuk memastikan jumlah derma yang diberikan kepada pusat kebajikan dapat ditingkatkan.

Antara rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF), Majlis AIDS Malaysia (MAC), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD), Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Kebajikan Orang-orang Kerdil, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Melalui saluran rasminya, Astro RIA (Saluran 104) – para penonton dapat mengikuti rutin latihan para peserta dan paparan realiti kecekalan mereka mengharungi setiap cabaran melalui Detik Sehati Berdansa – program 5 minit, bermula 5 November, setiap Isnin hingga Khamis, 9.00 malam. Sesi latihan mereka setiap minggu akan diimbas kembali di dalam program Di Sebalik Sehati Berdansa, mulai 9 November, setiap Jumaat, 9.00 malam.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mereka bertanding di dalam program Malam Sehati Berdansa, mulai 10 November, setiap Sabtu 9.00 malam dan mengetahui keputusan pertandingan di dalam program Debaran Sehati Berdansa yang dibawakan secara langsung mulai 11 November, setiap Ahad 9.00 malam.

Para penonton juga boleh mendapatkan informasi mengenai Sehati Berdansa dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/sehatiberdansa dan dengan menekan butang ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Selain Astro, ERA sebagai Radio Rasmi akan memainkan peranan dalam mempromosikan program Sehati Berdansa. Selain temubual mingguan eksklusif bersama juri, hos dan para peserta; ERA akan mengadakan liputan lintas langsung dari lokasi konsert, dan mewawancara pasangan yang tersingkir di mana visual mereka boleh ditonton menerusi laman web Sehati Berdansa dan ERA.

Wawancara eksklusif bersama pasangan yang tersingkir akan turut dibuat dalam paparan khas di Gala TV di Astro Awani (Saluran 123).
Pasangan Sehati Berdansa

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Akan Datang

Entri oleh sultanmuzaffar 29 October 2007 0 komen

Nota : Saya amat sibuk. Saya amat pening. Saya agak gusar. Lantas, saya buat-buat banyak kerja. Saya sengaja menyibukkan diri. Agar saya lupa saya amat sibuk. Saya lupa saya amat pening. Dan saya lupa saya agak gusar. Sehati Berdansa merupakan projek terakhir saya. Saya pasti mahu memberikan yang terbaik.

Jom Fu-Yoh Di DiGi Street Blast

Entri oleh sultanmuzaffar 24 October 2007 0 komen


Anda ada bakat menari ? Atau masih belum puas menari ? Sebelum ini anda hanya buat persembahan di kaki jalan ? Siapa yang menonton, kecuali pejalan kaki yang berada di situ. Anda mahu jadi popular ? Tentu kita semua masih ingat bagaimana William Hung boleh menjadi popular sekelip mata di Amerika. Tidak kurang juga bagaimana Ina Naim menjadi popular secara mengejut. Semuanya kerana ada keinginan untuk mencuba. Populariti yang diterima bukan setakat di Malaysia tetapi juga di arena antarabangsa. Mana tahu kalau-kalau ia menjadi rezeki anda !

Tempoh hari saya terdengar perbualan seorang rakan kepada seorang rakan saya (macam SS pulak), Imran.

Imran : Jom join aku menari ?
Kamal : Menari dengan aku ?
Imran : Join satu pertandingan lah.
Kamal : Pertandingan apa ? Realiti ?
Imran : Bukanlah, itu yang akan datang di RIA. Ini B-Boy Dance Challenge. Untuk budak-budak macam kita. Ajak budak-budak lain. Kita bikin gempar pentas tu nanti !
Kamal : Kita boleh ke ?
Imran : Redah je. Bukan susah. Teknologi semua dah canggih sekarang.

Anda pun boleh juga. Ini peluang anda ! Mana tahu peluang saya juga !

Sepanjang 10 September hingga 31 Oktober ini, akan berlangsungnya B-Boy Dance Challenge ! DiGi Street Blast ini telah dibawakan untuk anda oleh DiGi.

Ini peluang kepada penari-penari jalanan, baik yang profesional mahu pun yang amatur untuk sama-sama memperkenalkan bakat anda kepada dunia !

Jika selama ini bakat anda tidak diperkenalkan kepada dunia luar selain dunia anda, inilah masanya untuk anda mengorak langkah mencipta gaya untuk memukau mata setiap penonton. Satu gerak. Satu aksi. Satu hati. Mari berdansa.

Jika ada kelapangan, saya akan menyaksikan persembahan-persembahan terpilih yang berjaya. Tip untuk kelihatan muda ialah sentiasa berada di kalangan mereka yang masih muda.

Caranya mudah sahaja.

Kumpul 5 rakan anda yang sama-sama mempunyai bakat seperti anda. Bila sudah cukup 6 orang, rakam persembahan anda dalam sebuah klip video persembahan tersebut.

Zaman sudah moden. Guna telefon bimbit pun boleh ! Pastikan format klip video tersebut hanya MPEG, AVI atau 3GP. Jangan rakam aksi XXX ! Rakam aksi gerak langkah anda yang mampu membuatkan penonton menjerit WOW atau FU-YOH !

Bila dah siap, hantarkan klip video persembahan anda ke digistreetblast(at)gmail.com dengan letakkan DANCE sebagai tajuk email tersebut.

Mereka yang profesional akan menilai klip video anda itu. Jika anda bernasib baik, anda bakal terpilih ke pusingan yang seterusnya di KL Finals yang akan berlangsung pada 24 November ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Silap haribulan, kita akan bertanding sesama sendiri di sana.

Hadiah RM2000 menanti anda dan peluang untuk melangkah lebih jauh ke arena antarabangsa. Syok kan ? Itu belum termasuk lagu 6 buah telefon bimbit Nokia 5610 Xpress Music untuk sang Juara. Telefon bimbit Nokia 5700 dan Nokia 5300 Xpress Music menanti untuk pemenang Tempat Kedua dan Tempat Ketiga.

Pastikan anda hantar email klip video persembahan anda sebelum 31 Oktober ini atau anda GAGAL sebelum berjuang !

Maklumat lanjut berkenaan B-Boy Dance Challenge boleh dilayari di laman web www.digi.com.my/fu-yoh dan klik Street Blast !

Itu tentang DiGi Street Blast. Masih belum cukup dan puas ? Bukan sahaja untuk penari jalanan ! Anda yang berbakat dalam bidang fesyen dan sukan juga berpeluang untuk melibatkan diri. Ada sesuatu yang MENARIK untuk anda bersama DIGI Street Blast !

Imran : Apa yang akan ada lagi pada 24 November ini kat Taman Tasik Titiwangsa ? Siapa lagi yang akan perform ?
Kamal : Ada banyak dude ! Ada Gerhana Ska Cinta, Joe Flizzow dan Sierra.
Imran : Artis Indonesia ada tak ?
Kamal : Sudah pasti dong ! Grup Letto pun ada !
Imran : Banyak betul artis Malaysia dan Indonesia yang akan buat persembahan. Mesti gempak habis event kat sana nanti ¡
Imran : Kalau bernasib baik, ada banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang menanti !

Pastikan anda merancang temujanji anda bersama kawan-kawan anda ke Taman Tasik Titiwangsa mulai jam 12 tengahari pada 24 November ini ! Penyanyi hebat dari Malaysia, Gerhana Ska Cinta, Joe Flizzow dan Sierra akan membuat persembahan yang menggegarkan untuk para tetamu. Kumpulan Letto yang popular dengan lagu Sandaran Hati dan Ruang Rindu akan diterbangkan dari Indonesia untuk membuat kemunculan khas di Taman Tasik Titiwangsa. Tidak ketinggalan penyertaan dari band-band underground Malaysia seperti Raw n G$, Mono Lo-Fi Minimal, Tnoze/Sash, Hujan, Debunga dan Mines Mayor.

Jom gegarkan Taman Tasik Titiwangsa. Anda pasti Fu-Yoh di sana !

Getaran Jiwa P.Ramlee Diterjemahkan ke Teater Muzikal

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2007 0 komen

Tiada Kata Secantik Bahasa yang boleh menggambarkan perasaan bangga apabila melihat hasil kerja tenaga produksi P.Ramlee The Musical yang telah Berkorban Apa Saja selama 3 bulan menyiapkan teater muzikal tersebut.

Belum pun tirai dilabuhkan, tiket untuk semua pementasan telah pun habis dijual. Fenomena yang melanda Puteri Gunung Ledang The Musical telah pun kembali menghantui peminat P.Ramlee yang telah terlewat dan tentunya tidak berpeluang untuk menonton edisi pertama teater muzikal yang berlatarkan perjalanan kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Itu pun kalau ada edisi kedua tahun hadapan.

Bersama gandingan yang sama melaksanakan PGLtM, teater muzikal ini telah diarahkan bersama oleh Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri, lagu-lagu baru adalah ciptaan Dick Lee dan seni muziknya telah diarahkan oleh Erwin Gutawa. Koreografer telah disempurnakan oleh Pat Ibrahim.

Melangkah masuk ke Panggung Sari saya harus membuka minda saya luas-luas. Pertama, jangan dibandingkan dengan produk Enfiniti sebelumnya iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical. Kedua, apa pun tafsiran yang mereka berikan untuk P.Ramlee harus saya terima kerana saya sendiri tidak pernah mengenalinya. Hanya berkenalan melalui filem dan lagu yang telah beliau hasilkan.

Saya mahu kenal P.Ramlee dengan lebih dekat bila menonton teater muzikal ini. Sepanjang 3 jam pementasan tersebut berlangsung, saya hanya sempat mengusap permukaannya sahaja dan tidak sempat untuk menyelam ke dasarnya.

Babak Pertama (Act 1) dibuka dengan Prolog yang menyaksikan saat-saat P.Ramlee mengenangkan nasibnya di Kuala Lumpur pada tahun 1973. Sungguh meyakinkan. Meremang bulu roma melihat lakonan awal Sean Ghazi dan Liza Hanim.

Menggunakan teknik imbas kembali, penonton dibawa ke sekitar tahun 30an di Pulau Pinang; zaman sewaktu P.Ramlee masih lagi bersekolah. Kemeriahan Pulau Pinang serta kepelbagaian ras bangsa dapat dilihat dalam babak ini.

Saya benar-benar terpegun dengan perubahan set dari Pulau Pinang ke Malam Pesta Bukit Mertajam. Satu yang amat mengagumkan. Itu belum terpegun dengan kelembutan watak Azizah yang dipegang oleh Dato Siti Nurhaliza.

Dengan batasan yang telah disyaratkan oleh beliau, lakonan beliau bersama Sean Ghazi perlu ada jarak yang memisahkan. Saya kira sebagai penyanyi yang kali pertama terjun ke bidang lakonan ia sudah boleh dianggap sesuatu yang baik. Bukan yang terbaik.

Babak antara P.Ramlee dan Azizah amat penting dalam teater muzikal ini kerana ia adalah cinta pertama P.Ramlee. Di situlah bermula segala-galanya. Cinta itu dibawa sampai bila-bila. Bukan melalui cinta pada jasadnya tetapi cukup sekadar melalui lagu. Dan melalui lagu dan filem yang diilhamkan dari panah cintanya terhadap Azizah telah membuatkan P.Ramlee tenggelam dalam ombak populariti dan juga telah menguatkan lagi perasaan cemburu pada isteri-isterinya. Mujur perasaan itu dibawa oleh P.Ramlee pada babak-babak seterusnya.

Siti Nurhaliza hanya menyampaikan sebuah lagu bersama Sean yang bertajuk Mulanya Cinta. Ingatkan sesudah terpegun dengan Azizah sudah mencukupi, kemunculan kepala kereta api dan dua buah gerabak untuk babak Perjalanan Bintang telah mendapat tepukan dari penonton. Siapa yang tidak teruja melihat kemunculan kepala kereta api lama itu. Usaha seratus peratus telah diberikan untuk merealisasikan babak tersebut. Saya tabik dengan Raja Maliq selaku Pereka Produksi. Terasa seperti benar-benar berada di Butterworth dan Tanjong Pagar. (Lagi gambar...)

Bermulalah perjalanan P.Ramlee sebagai seorang bintang dan kini bergelar Seniman Agong di Studio Jalan Ampas. Cintanya datang satu-persatu. Wujud juga pada zaman sekarang, kehadiran paparazzilah yang sebenarnya telah merosakkan kehidupan aman P.Ramlee. Itulah harga yang perlu dibayar setelah menjadi popular.

Babak yang melibatkan paparazzi sedikit mengurangkan tekanan kebosanan pada cerita di Babak 1. Saya kira memasukkan elemen berkenaan satu idea yang bagus selain daripada memberikan sentuhan kreatif kepada teater muzikal ini. Paparazzi yang dilakonkan oleh kumpulan Infinatez memberikan sentuhan Broadway kepada teater muzikal ini begitu juga dengan watak 3 Perempuan.

Oh ! Saya terlupa untuk cerita satu perkara menarik sewaktu saya menonton pementasan ini. Saya duduk bersebelahan dengan Seniwati Hashimah Yon, Seniwati Mariani, Seniman Datuk Mustafa Maarof dan Datuk Maria Menado. Oleh sebab naratif penceritaan di Babak 1 tidak begitu kukuh, maka telinga saya lebih terpanggil untuk mendengar bintang-bintang veteran berkenaan bercakap. Pertama kali dalam sejarah saya menonton teater, saya tidak kisah apabila ada penonton yang berbual walaupun mengganggu tontonan saya.

Banyak juga gosip-gosip dari mereka yang pernah melaluinya bersama P.Ramlee saya dengar. Antaranya mereka nampaknya berpuas hati bila menonton perwatakan P.Ramlee yang dibawa oleh Sean. Lebih lagi sewaktu menonton perwatakan Sukardi yang dibawakan oleh Chedd Yusoff dan turut menyatakan Sukardi turut dijemput malam tersebut tetapi tidak dapat hadir. Rata-rata mereka berpuas hati. Itu berdasarkan apa yang didengar dek telinga saya lah. Dalam hati mereka saya tidak dengar.

Perbualan mereka menjadi lebih sensasi apabila masuk ke babak yang melibatkan Junaidah. Ternyata benar Junaidah seorang yang amat cemburu. Begitu juga dengan cinta tiga segi yang turut melibatkan P.Ramlee, Junaidah dan Junainah.

Mujur ada mereka untuk meredakan kebosanan saya. Bosan saya hanya pada ceritanya sahaja tetapi tidak pada nyanyian Junaidah yang dipersembahkan oleh Atilia. Lagu Janji Yang Hilang telah disampaikan dengan baik oleh beliau. Terasa benar cemburu yang bersarang di dada Junaidah.

Sebenarnya tidak banyak lagu ciptaan P.Ramlee yang berkumandang dalam pementasan teater ini. Memang banyak hati yang kecewa kerana mereka lebih berhasrat untuk mendengar lagu-lagu ciptaan P.Ramlee yang digubah semula oleh Erwin Gutawa. Di Babak 1 hanya lagu Azizah, Direnjis-Renjis Dipilis dan Hujan Di Tengah Hari. Lagu Hujan Di Tengah Hari dipersembahkan oleh Sean Ghazi sewaktu menterjemahkan kekecewaannya apabila bercerai dengan Junaidah.

Di saat itulah kedengaran suara Seniwati Mariani menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Lirik lagu tersebut telah ditulis oleh suami kedua Mariani, HM Rohaizad. Dan di pengakhiran lagu tersebut, babak yang paling menguja saya berlaku apabila anaknya, Melissa Saila masuk ke pentas sebagai Norizan yang sanggup meninggalkan istana menagih cinta P.Ramlee.

Babak tersebut yang merupakan adegan penamat untuk Babak 1 dibuat dengan cemerlang. Saya memberikan tepukan melihatkan kemunculan Melissa Saila ke pentas. Lakonannya superb ! Gerak tubuhnya penuh dengan sifat “royal bitchy” atau gedik tahap dewa ! Bayangkan jika adegan Norizan & P.Ramlee bukan adegan penamat babak tersebut sudah pasti ramai yang meninggalkan panggung selepas pementasan berhenti rehat.

Satu tepukan gemuruh buat Enfiniti yang telah membuat pilihan yang tepat apabila memilih Melissa Saila sebagai Norizan. Gaya hidup mewah serta perwatakannya sungguh kena dengan diri Melissa sendiri. Gaya jalannya serta aura yang dibawa oleh Melissa nampak cuba melebihi P.Ramlee sendiri. Di waktu adegan bersama mereka, perwatakan Sean nampak hidup berbanding apabila Sean bersama Siti Nurhaliza dan Atilia.

Babak 2 (Act 2) dibuka dengan adegan di New World Hotel. P.Ramlee dan Norizan sedang bergembira meraikan kejayaan demi kejayaan yang telah diraih oleh P.Ramlee. Liza Hanim selaku Saloma muncul sebagai penyanyi kelab malam. Tidak terdetik rasa cemburu Norizan terhadap Saloma kerana ternyata Saloma bukan saingannya. Itu dulu, di masa akan datang, siapa yang tahu.

Norizan lebih cemburukan Azizah tatkala P.Ramlee sedang menyiapkan lagu Engkau Laksana Bulan dan filem Penarek Becha yang tertanya hasil dari luahan cintanya terhadap Azizah.

Kehidupan glamor P.Ramlee semakin berkembang. Kariernya semakin dikenali. Filem-filemnya mula mendapat perhatian dan lagu-lagunya menjadi siulan. Kisah ini diangkat dalam Babak Cinema MFP 1955 – 1961 iaitu zaman kegemilangan P.Ramlee tahun di mana filem-filem signature P.Ramlee terhasil seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Anakku Sazali, Sumpah Orang Minyak, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Antara Dua Darjat dan Seniman Bujang Lapok.

Kesibukan P.Ramlee telah menyebabkan Norizan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan telah keluar berfoya-foya. Ketegangan hubungannya telah diperhebatkan lagi dengan rasukan paparazzi. Klimaks pementasan ini terletak pada babak sewaktu P.Ramlee bertemu dengan Norizan di rumah. Kesengsaraan jiwa Norizan diluahkan melalui lagu Sudah Tidak Bermakna.

Saya sudi memaafkan nyanyian Melissa Saila kerana beliau telah menutup kelemahan tersebut dengan lakonan yang MANTAP. Siapa lagi yang mampu menggalas tanggungjawab merealisasikan watak Norizan dengan cemerlang kalau bukan Melissa Saila. Beliau pilihan yang terbaik. Sekali lagi saya sebutkan di sini kerana saya anggap beliau permata dalam pementasan ini. Bukan Siti Nurhaliza tetapi Melissa Saila.

Kalaulah kedua-duanya mempunyai bakat yang saling melengkapi iaitu Melissa mempunyai bakat nyanyian dan Siti mempunyai bakat lakonan sudah pasti dunia teater muzikal Malaysia akan menjadi besar satu hari nanti.

Jiwa Norizan memberontak. Hatinya sudah tidak tahan. Dengan nada suara yang memberontak dalam amarah yang tiada penghujung, Norizan meninggalkan P.Ramlee. Lalu P.Ramlee dikembalikan kepada paparazzi sebelum Norizan melangkah pergi. Satu babak yang akan menjadi klasik dan akan saya ingat sampai bila-bila.

Sekali lagi P.Ramlee dilanda kesedihan dan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti berkumandang. Cinta P.Ramlee dan Saloma berputik sewaktu penggambaran filem Seniman Bujang Lapok.

Adegan P.Ramlee bersama Saloma, lakonan Liza Hanim disuntik elemen komedi. Agak melucukan. Sama seperti sewaktu kita menonton filem-filem komedi P.Ramlee. Memang cute ! Perwatakan P.Ramlee bersama Saloma juga menjadi. Nampak pasangan tersebut serasi dan lakonan mereka bagus.

Saya agak terganggu dengan adegan 8 di tahun 1961-1967 sewaktu pergolakan Singapura. Pada saya pemaparan adegan ini agak keterlaluan dengan menunjukkan pergolakan politik yang berlaku antara Singapura dan Malaysia. Sedikit demi sedikit simbolik kegemilangan filem Melayu jatuh. Kesan dari pergolakan tersebut, P.Ramlee harus berpindah ke Kuala Lumpur dan meneruskan kehidupannya bersama Saloma.

P.Ramlee menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk terus menyegarkan dunia filem Melayu di Kuala Lumpur tetapi ia seperti tidak menjadi. Apakah yang membuatkan beliau gagal di Kuala Lumpur ? Apakah kerana teknologi pada masa tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau pun ada sebab lain ? “Azizah” seakan sudah tidak wujud. Inspirasinya seperti sudah pergi.

Keseluruhan lagu-lagu baru yang dicipta oleh Dick Lee untuk teater muzikal ini masih belum dapat menangkap perhatian saya. Kalau ada pun hanya lagu Mulanya Cinta dan Sudah Tidak Bermakna.

Bersama Saloma di ruang tamu, P.Ramlee mencipta lagu terakhirnya Air Mata Di Kuala Lumpur menutup pementasan ini yang akan berakhir 3 November ini. Jika anda merasakan anda perlu mengenali siapa P.Ramlee, sila ke Istana Budaya mencuba nasib anda mendapatkan tiket sekiranya ada lagi.

Dan siapakah dia yang telah berjaya menghuni hati kita semua?
Dia telah membawa makna dan kenangan cinta yang pertama...


Pilihan SM
1. Watak Norizan oleh Melissa Saila
2. Set Butterworth & Tanjong Pagar (Set Pentas dan Props)
3. Watak Saloma oleh Liza Hanim
4. Watak P.Ramlee oleh Sean Ghazi
5. Komen Bintang Veteran Jalan Ampas
6. Watak Paparazzi oleh Infinatez
7. Arahan Muzik oleh Erwin Gutawa
8. Watak Junaidah oleh Atilia
9. Watak Azizah oleh Dato’ Siti Nurhaliza
10. Penceritaan (Story Development)

Gambar dari TV Smith. Terima kasih.

Entri Terpilih : 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

  1. Majlis Pernikahan Ning & Omar
  2. Legenda Sheila Majid
  3. Kampung Nekmat Ning & Omar
  4. Cerah
  5. Jika Ada Spoiler
  6. American Idol Season 7 vs Akademi Fantasia Musim 6
  7. Bahang Kerusi Panas Hos Akademi Fantasia 6
  8. Fail Sulit : Hos AF6
  9. Ning Baizura - Age Of Pollution
  10. 80th Academy Awards Prediction
  11. Kejutan "Superstar" dalam Barisan Tenaga Pengajar
  12. The 6th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2007 Nomination
  13. Enam Tahun Lalu
  14. Suara Alam Maya
  15. Video Promo Pilihan Raya Umum Malaysia
  16. Syabas Malaysia
  17. Akademi Fantasia 6 : 25 Calon Pelajar Diumumkan
  18. Cereka Fantasi Duyung
  19. Pengumuman 14 Pelajar Akademi Fantasia 6
  20. Diari Akademi Fantasia : Minggu 1 Hari 1
  21. Kejutan Barisan Kabinet Malaysia
  22. Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 6
  23. Lagu Tugasan Minggu 2
  24. Ramalam Anugerah Bintang Popular 07
  25. Konsert Minggu 2 Akademi Fantasia 6
  26. Lagu Tugasan Minggu 3
  27. Anugerah Industri Muzik 15
  28. Nubhan Curi Tumpuan Di The Pavillion
  29. Skala Kepercayaan Perbandingan TV
  30. Konsert Minggu 3 Akademi Fantasia 6
  31. Lagu Tugasan Minggu 4
  32. Mama Rina The Legend Katanya...Walaupun
  33. Berlakulah Magik Malam Ini
  34. Minggu Yang Agak Sibuk
  35. BlogMob : Samsung Mobile SGH i550
  36. Peningkatan Ketara Ditunjukkan Pelajar
  37. Ulasan Teknologi : Samsung Mobile SGH i550
  38. Lagu Tugasan Minggu 6
  39. Mahakarya Cinta Sampai Syurga
  40. Ramalan Anugerah Industri Muzik 15
  41. AF6 vs AIM15
  42. Lagu Tugasan Minggu 8
  43. Pelancaran SELAK : BERSIH's Journey Towards Clean & Fair Election
  44. AF6 vs AIM15
  45. Lagu Tugasan Minggu 8
  46. Ulasan Konsert AF6 Minggu 8
  47. Blog Fantasia & P.Ramlee The Musical Menang Besar
  48. Lagu Tugasan Minggu 9
  49. P.Ramlee The Musical di Singapura
  50. Siapa American Idol Season 7 ?
  51. Stacy Juara di Pentas Akhir Akademi Fantasia 6
  52. Escapism
  53. Benih Yang Disemai P.Ramlee Terus Subur
  54. Ada Dunia Yang Lebih Tenang
  55. Ada Dunia Yang Lebih Tenang II
  56. Jom Ke Old Trafford
  57. Escapism di Sipadan Kapalai Dive Resort 1
  58. Dasar Laut Pulau Sipadan-Kapalai
  59. Sepi Gabung Jalin Tiga Cerita Satu Destinasi
  60. Bak Kata Nabil - Lu Fikirlah Sendiri
  61. Cuti Cuti Sipadan Dive Resort 3
  62. Panasnya AIR CON
  63. Shaberi Cheek Bukan Lawan Anwar Ibrahim
  64. Levi's 501 Live Unbuttoned
  65. MTV Asia Awards 2008 X-Party
  66. Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 21
  67. Susuk Cantik Luar Dan Dalam
  68. Surat Dari Pencinta Muzik
  69. Sean Ghazi Live at The Marquee Carcosa Seri Negara
  70. KL HopOnHopOff Tour
  71. Kenangan OREO Anda
  72. Teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun
  73. Demam Permatang Pauh
  74. Bila M.Nasir Main Golf

Entri Terpilih : 2007

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

  1. Pra Akademi Fantasia 5 : Jom Main Teka-Teka (Part 1)
  2. Pra Akademi Fantasia 5 : Jom Main Teka-Teka (Part 2)
  3. Pelajar Baru Akademi Fantasia 5
  4. Tirai Akademi Fantasia 5
  5. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.1
  6. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.2
  7. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.3
  8. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.4
  9. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.5
  10. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.1
  11. Arkib Akademi Fantasia
  12. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.6, 7, 8, 9, 10, 11
  13. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.2
  14. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.13, 14, 15, 16, 17, 18
  15. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.3
  16. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.19, 20
  17. Pelajar Dah Mula Benarkan Diri Mereka Dieksploitasi Kamera
  18. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.4
  19. Seronok Tengok True Colours Budak-Budak
  20. Catwalk
  21. Kalau Ebi Bawa Lagu Cindai
  22. Ogy Ada Cara Sendiri
  23. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.5
  24. Diari Akademi Fantasia 5 Ep.31
  25. Drama?
  26. Adik Shawal
  27. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.6
  28. Hadapi Dengan Senyuman
  29. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
  30. Rizal Mengorak Langkah
  31. Debat AF5 : Kelab Peminat
  32. Konsert Akademi Fantasia 5 Wk.7
  33. Lagu Terkini Konsert 08
  34. Sekiranya Ada AFMASUK
  35. Persembahan Pilihan Rehearsal SM
  36. Benarkah Ada Kejutan Di Konsert 08
  37. Lagu Tugasan Minggu 9
  38. Minggu Kritikal Untuk Shawal
  39. Dato' Seri Azalina Ke Akademi Fantasia
  40. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Taman Megah
  41. Ulasan Konsert 09 Akademi Fantasia
  42. Artikel Yang Menarik
  43. Semangat Kutub Utara
  44. Sembang Sembang SMS
  45. Rehearsal Konsert Akhir AF5
  46. Ulasan Konsert Akhir AF5
  47. Post Akademi Fantasia 5 : Mila
  48. Bedah Siasat Akademi Fantasia 5 : Ebi
  49. Anugerah Akademi Fantasia 5 : Aswad
  50. Persona Bintang Akademi Fantasia 5 : Heliza & Candy
  51. Post Mortem Akademi Fantasia 5 : Wrap Party
  52. Blog Bedah Siasat Akademi Fantasia 5

Diddy : Lahir Dari Hati

Entri oleh sultanmuzaffar 15 October 2007 0 komen




Akhirnya, album yang saya tunggu-tunggu telah pun berada di pasaran. Saya tahu usahanya bukan sedikit. Pelbagai kepayahan ditempuh untuk memastikan apa yang diusahakan membuahkan hasil. Inilah hasilnya jika usaha yang dibuat lahir dari hati yang jujur. Saya masih ingat lagi pada satu ketika dahulu di malam penyingkiran Diddy dari Akademi Fantasia, tekad yang seakan nekad itu telah dibulatkan dan hari ini ia menjadi realiti. Meneliti kulit albumnya yang menggunakan kertas yang berkualiti sudah membuktikan ia bukan usaha yang sia-sia. F-tersix mahu memberikan yang terbaik. Imej sebahagian daripada kulit album ini telah saya paparkan untuk anda nilai sendiri kualitinya.



Track 1 – Lena (Audi Mok/Nur Fatima)
Pasang sahaja CD dan lagu Lena kedengaran. Lagu ini menjadi single yang kedua dalam album ini. Saya hairan juga kenapa lagu ini terpilih. Tapi menyedari citarasa penggemar muzik, saya terima sahaja. Saya rasa ada “fast song” yang lebih baik berbanding lagu ini. Contohnya lagu Kubu dan Sana.

Track 2 – Hilang (Audi Mok/Bash)
Pendengar sudah mula biasa dengan lagu Hilang. Sewaktu mula-mula mendengar lagu ini saya cakap ini lagu “hantu”. Beza tau, antara lagu berhantu dan lagu hantu. Usaha menggubah lagu ini nampaknya dibuat dengan modal yang lebih apabila menggunakan gabungan strings yang lengkap. Antara kekuatan lagu ini terletak pada vokal “hantu” Nikki yang melatari nyanyian dari vokal Diddy yang mantap. Hilang merupakan antara lagu yang terbaik dalam album ini kerana susunan muziknya yang mantap. Alunan vokal Diddy menjadi sebahagian daripada lagu ini dan ditambah dengan graf melodi lagu ini yang tidak mendatar sebaliknya mempunyai turun naik yang memberikan keterujaan yang benar-benar mengagumkan.



Track 3 – Bosan (Shazzy/Bash)
Dari sebuah lagu balada, pendengar dibawa ke sebuah lagu yang berentak dance. Lagu ini menampilkan satu kelainan pada vokal Diddy. Beliau menampilkan satu vokal yang ada attitude pada permulaan lagu ini. Bila dengar sekali macam vokal orang malas. Pada mulanya saya menyangkakan lagu ini dicipta oleh Audi Mok kerana pengaruh muziknya kuat menjurus kepada gaya garapan Audi. Tetapi saya silap, lagu ini ciptaan Shazzy. Rentak drumnya ada bunyi-bunyi lagu-lagu terdahulu ciptaan Audi. Lagu ini terasa seperti cepat habis. Macam tidak puas mendengarnya. Sebenarnya banyak lagu yang terasa macam cepat betul habis.

Track 4 – Kubu (Audi Mok/Ad Samad)
Belum puas mendengar lagu Bosan, fikiran ditenangkan dengan lagu Kubu. Pertama kali mendengar lagu ini sewaktu sesi pradengar di satu lokasi rahsia saya sudah kata yang saya sukakan lagu ini. Sebabnya lagu ini menampilkan elemen kreatif ektik. Seperti saya sukakan lagu Senang Tari, begitu juga saya sukakan lagu Kubu. Lagu ini dibuka dengan melodi ala-ala permainan video Prince of Persia, antara permainan video yang saya sewaktu zaman kanan-kanak. Elemen etnik Timur Tengah dan pengaruh muzik India pada lagu ini benar-benar menjadikan lagu ini berbeza bunyinya dari lagu-lagu pop yang biasa kita dengar selama ini. Audi sentiasa tampil dengan idea baru dalam penghasilan lagu-lagu yang bermutu. Diperkuatkan lagi apabila lagu ini juga merupakan antara lagu yang mempunyai lirik yang bagus yang mana bait liriknya telah ditulis oleh Ad Samad. Beliau bukan anak A.Samad Said. Sekarang saya dah tahu. Saya pernah ditegur dulu dalam ulasan album Erti Pertemuan Ning Baizura. Tak tahu lah kalau-kalau mamat yang menegur tu wujud lagi ke tak. Berbalik kepada hasil kerja Ad Samad, perkataan-perkataan yang digunakan tidak terlalu tipikal seperti yang ada dalam lagu-lagu Melayu. Keseluruhannya lagu ini ada pengaruh etnik Melayu, India dan Timur Tengah yang ternyata besar dalam lagu ini dan vokal Diddy melengkapkan setiap ruang lagu tersebut.



Track 5 – Bebas (Audi Mok/Bash)
Irama rancak kembali bergema dengan lagu Bebas. Bebas merupakan antara”fast song” yang ada dalam album ini. Lagu ini merupakan lagu paling pendek dari segi durasinya sehingga saya tak tahu nak tulis apa berkenaan lagu ini. Liriknya boleh tahan panjang juga. Siapa yang suka fast song mungkin boleh suka lagu ini.

Track 6 – Saling (Audi Mok/Nur Fatima)
Lagu ini menjadi terlalu biasa di telinga saya kerana ia merupakan single terawal gandingan duo, Diddy & Yanie. Lagu ini juga merupakan langkah awal Diddy bertapak dalam industri muzik tempatan. Digandingkan dengan pasangan duet yang serasi, lagu ini meniti carta setiap minggu.





Track 7 – Sana (Azan Addin/Azan Addin)
Kembali menyegarkan pendengaran, lagu Sana lebih merupakan sebuah lagu yang happy-happy yang berkonsepkan santai. Saya tidak tahu nak cerita apa tentang lagu ini. Tetapi setiap kali mendengar lagu ini, saya teringat Siti Nurhaliza. Kelakar gila ! Tapi serius memang teringat kat Siti Nurhaliza. Apasal tah ? Nak kata lagu ini ada kena mengena dengan Siti tak juga. Tapi entahlah. Lagu ini macam love song Diddy je.

Track 8 – Genggam (Audi Mok/Imran)
Sama seperti lagu Hilang, Genggam juga menggunakan alunan strings yang menusuk kalbu. Dibandingkan antara kedua buah lagu ini, saya merasakan lagu Hilang lebih baik dan unik penghasilan. Menjadi seorang yang jiwang, sudah tentulah saya lebih menggemari lagu-lagu yang berentak balada seperti lagu ini. Setelah lapan lagu diperdengarkan, baru saya perasan yang tidak begitu besar perubahan pada alunan vokal Diddy dalam setiap lagunya. Mungkin juga kerana mahu mengurangkan pengaruh mesin dalam menghasilkan album ini maka vokal Diddy yang didengar merupakan vokalnya yang asli.



Track 9 – Puja (Audi Mok & Faizal Tahir/Bash)
Baru sahaja bercakap tentang alunan vokal, akhirnya lagu ini membuka satu warna baru pada vokal Diddy. Tanpa merujuk kepada kulit album saya sudah boleh mengagak yang lagu ini ditulis oleh Faizal Tahir kerana elemen rock pada lagu ini begitu kuat. Agak sukar untuk saya menyukai lagu ini kerana elemen tersebut. Tetapi jika untuk mewujudkan kepelbagaian dalam album ini pastinya lagu ini merupakan taruhan yang terbaik oleh Diddy untuk menyerlahkan lagi keupayaan sebenar pada vokalnya. Saya kira ia merupakan satu percubaan yang berani. Apa-apa pun saya tetap kurang suka dengan lagu ini. Mujur cepat habis.

Track 10 – Saat (Zain/Bash)
Yes ! Akhirnya saya menemui lagu KEGEMARAN saya dalam album ini. Selepas terpaksa mendengar lagu Puja, saya diperdengarkan dengan lagu Saat. Lagu yang terakhir dalam ini menjadi lagu yang paling saya suka dan saya ulang-ulang. Ini rahsia antara kita. Lagu Saat juga saya rasa bila saya nyanyikan lagu tersebut macam kena je dengan vokal saya sendiri. Hahaha. Memang rasa sedap sangat bila nyanyi dalam kereta seorang diri. Feeling habis ! Sememangnya minat saya terhadap lagu-lagu yang berkonsepkan unplugged seperti lagu ini sudah diketahui sejak dulu lagi. Saya sukakan sesuatu yang minimalist. Saya lebih gemarkan lagu yang mementingkan vokal dan ini dapat didengar dalam lagu ini. Saya memang puas hati mendengar vokal Diddy dalam lagu ini. Ada satu bahagian dalam lagu ini yang vokalnya seakan berbisik, perghh memang tangkap syahdu.




Puas hati bila lihat usaha ini akhirnya membuahkan hasil. Ini baru permulaan. Ada banyak lagi yang perlu dipertingkatkan untuk lebih maju. Benar saya puas dengan album ini, tetapi kepuasan tidak perlu ditamatkan disini. Ia perlu dijalinkan dengan usaha untuk memperbaiki diri agar lebih berjaya di masa akan datang. Benar saya puas dengan vokal Diddy tetapi banyak yang perlu dipelajari. Sentiasa berada di keliling mereka yang betul-betul ikhlas membantu kerana ia akan memudahkan lagi setiap perjalanan. Ada satu kata hikmat. Bukan saya yang cipta, tetapi ada orang Putih yang cipta. "There are more good than bad people in the world. It's just that the bad ones make more noise than the good ones" - Lina Morgan.

Pilihan sultanmuzaffar
1. Saat (5/5)
2. Hilang (5/5)
3. Kubu (5/5)
4. Genggam (4.5/5)
5. Sana (4.5/5)
6. Lena (4/5)
7. Bebas (4/5)
8. Saling (3/5)
9. Bosan (3/5)
10. Puja (3/5)


Nota : Dapatkan segera di pasaran dengan harga RM29.90 di toko muzik serata Malaysia.

PACMEE : Manfaat, Mudah & Murah !

Entri oleh sultanmuzaffar 10 October 2007 0 komen

Anda mahu mengiklankan produk anda ? Anda inginkan maklumat berkenaan produk keluaran anda sampai kepada pengguna ? Atau anda ingin mendapatkan perkembangan terkini rakan anda ? Mungkin juga anda ada bakat untuk menjadi ”stalker”, inilah jawapannya.

Ada satu produk yang menggunakan teknologi SMS, WAP dan WEB untuk anda berkomunikasi dengan pantas ! Namanya PACMEE. Buat masa ini pengguna terbuka untuk pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja. Ia sungguh mudah.

Kenapa saya kata mudah. Anda daftarkan diri anda di portal tersebut dan kemudian kumpul seberapa ramai pengikut. Setiap shoutout yang anda hantar akan diterima oleh setiap pengikut anda. Jika anda popular, lebih ramai pengikut anda.

Contoh terbaik bila Mawi mendaftar dengan nama Mawi. Pasti ramai yang akan menjadi pengikutnya. Maka mudah untuk Mawi menghantar perkembangan terkininya kepada setiap pengikutnya. Kalau-kalau ada maklumat berkenaan produk baru yang ditawarkan oleh Mawi atau pun persembahan pentasnya yang terkini boleh diuar-uarkan oleh Mawi. Untuk Mawi pula tidak sukar kerana dia boleh menghantar berita tersebut menggunakan sama ada menerusi SMS, WAP atau melayari laman WEB. Ada tiga kaedah sekaligus.

Mawi ada laman web rasmi dan boleh ditampal widget di laman webnya. Peminat yang tidak menjadi pengikutnya juga masih boleh mengikuti perkembangan terkini Mawi menerusi laman web. Kalau ada di antara pengikutnya yang mempunyai telefon bimbit yang mempunyai servis Internet/3G, boleh mendapatkan cerita terbarunya di laman WAP pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Perkhidmatan ini mudah untuk digunakan. Dengan hanya menghantar satu SMS dari telefon bimbit anda ke 22700, anda sudah pun bersuara kepada pengikut anda ! Jika anda kali pertama menggunakan perkhidmatan ini, anda akan menerima satu kata laluan sementara untuk anda membina satu laman profil di www.pacmee.com.

Taip ”Saya peminat Mawi...” dan hantar ke 22700. Bina laman profil anda segera !

Kini, anda sudah boleh menghantar sebanyak 20 shoutout dalam masa satu bulan.

Oleh sebab anda peminat Mawi, tentulah anda ingin menjadi pengikut Mawi bukan ?

Taip “ON MAWI” dan hantar ke 22700. Kini anda merupakan pengikut atau “stalker” Mawi ! Kosnya amat murah. Dengan hanya RM0.25 sebulan, anda sudah boleh menjadi pengikut Mawi.
Dengan adanya PACMEE, rangkaian sosial anda akan lebih berkembang. Inilah masanya untuk anda membina ”empayar” anda sendiri. Janakan kreativiti anda untuk menarik pengikut yang besar ! Manfaat, Mudah & Murah !

Jangan berlengah lagi, kalau anda mahu menjadi “Stalker SMS” saya, sila taip “ON SMUZAFFAR” dan hantar ke 22700 sekarang.



Nampaknya tuah Dr.Sheikh Muszaphar lebih menyerlah berbanding 27.3 juta rakyat Malaysia apabila beliau terpilih untuk menjawat jawatan idaman Malaysia, Angkawasan Negara. Selepas ini, di sebelah namanya akan terpahat gelaran Angkasawan Negara sampai bila-bila.

Malam ini tepat jam 9.21 malam (waktu Malaysia), Sheikh Muszaphar akan berlepas ke angkasa lepas bersama 2 kosmonaut. Mereka akan berada di ISIS selama 10 hari

Satu lagi sejarah dilakar oleh Malaysia apabila filem Mukhsin yang gagal menyerlah di Festival Filem Malaysia telah mendapat hak tayangan filem, video dan televisyen di Perancis dan juga hak tayangan televisyen di Korea.

Tahniah Dr.Sheikh Muszaphar & Mukhsin !

Kali Pertama Sebagai Output Editor

Entri oleh sultanmuzaffar 06 October 2007 0 komen



Malam tadi jam 10 malam merupakan pengalaman saya kali pertama duduk sebagai Output Editor. Lebih menarik bila "paparan" (kredit : Fida) malam tadi ada cerita eksklusif dari Ning Baizura. Tadi Ning membuat pengumuman secara eksklusif di Astro Awani yang beliau dan pasangannya, Omar Shariff akan bernikah pada hari Khamis, 31 Januari 2008 depan lebih cepat dari tarikh yang pernah diumumkan sebelum ini. Tarikh Resepsi pula akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Februari 2008.

Perkhabaran gembira itu diterima dengan nada tidak begitu menyenangkan kerana ia diterima 45 minit sebelum siaran langsung. Dalam masa yang singkat itu, kami cuba untuk mengumpul bahan yang cukup untuk berita yang akan dibaca tidak sampai 5 minit. Apa saja gambar yang sempat dijumpai akan digunakan untuk imej pada berita tersebut. Memang boleh sesak nafas dibuatnya. Tapi itulah dunia bilik berita. Semuanya kena pantas. Scoop sana. Scoop sini. Pasti ada hati yang terluka, tapi demi mengejar berita, saya akur dan bersedia untuk menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran baru.

Hala tujuan saya untuk mendapatkan gambar pertunangan Ning di mana lagi kalau bukan di blog Mr.Manager. Masa bila hendak cepat inilah, masa itulah capaian ke Internet perlahan nak mati ! Menggigil dah masa tu. Siap mendapatkan gambar perlu dihantar ke Bilik Grafik untuk diedit.

Bila tiba masanya, saya duduk di kerusi mencuba peralatan perhubungan dan skrin. Aduh ! Mana nak tekan ni ??? Takut juga tersilap tekan. Bukan tidak pernah tengok rakan-rakan sekerja menggunakannya sebelum ini, tapi malam ini kali pertama saya mengemudi peralatan tersebut secara berseorangan. Mujur juga ada bantuan dari rakan sekerja yang lebih senior.

Paparan berita blok pertama selesai. Panggilan telefon ke Butik Jovian Mandagie dibuat untuk menyambung talian bersama Ning Baizura. Panik juga. Tak tahu nak sembang apa sementara menunggu. Mungkin juga Ning sudah biasa dengan keadaan tersebut dan tahu mengendalikan dirinya sendiri.

Bila di dalam bilik kawalan tu segala macam suara boleh dengar. Terus keliru kepala otak, tak tahu nak dengar suara siapa. Pendek kata suara kedengaran dari kiri dan kanan. Masuk sahaja ke berita tentang Ning, talian telefon disambungkan ke penyampai. Talian berjaya disambungkan tanpa ada masalah penerimaan isyarat.

Sebagai orang baru yang tiba-tiba kena mengendalikan satu panggilan telefon tentulah sesuatu yang menggerunkan. Kalau hari biasa hanya ada berita tapi malam ini ada panggilan telefon. Sebarang kemungkinan perlu dihadapi dengan keadaan bersedia. Mungkin perbualan tersebut akan terlebih masa. Jangkaan mengena. OVERRUN !

Fida : SeMut ! SeMut ! SeMut ! SeMut
SeMut : (Tercari-cari punat untuk ditekan agar boleh menyahut panggilan Fida)
SeMut : (Punat dijumpai) OVERRUN Hawau !!!

Masa yang tinggal lagi 15 minit itulah yang digunakan untuk menyunting mana-mana berita yang boleh disunting. Semuanya kena pantas. Semua orang bekerja dalam keadaan tertekan bila berada di bilik kawalan berita. Memang seronok tapi tertekan kerana kerja kami dinilai berdasarkan 30 minit masa siaran itu sahaja. Apa yang berlaku di belakang tabir, itu belakang kira. Tetapi apa yang dipaparkan untuk penonton itu lebih penting agar ianya 100% tanpa kesilapan.

Kesilapan bukan sesuatu yang boleh dijadikan biasa. Kesilapan perlu dikurangkan atau diTIADAkan tanpa perlu ada alasan untuk menyokong kesilapan itu. Itulah yang menjadi semangat pembakar untuk seseorang yang mementingkan kesempurnaan. Lebih menarik bila mereka yang akan menjadi rakan sekerja saya ialah mereka yang satu kepala. Mereka inilah yang akan saya temui saban hari, saban malam. Akan menjadi satu keluarga.

Banyak yang perlu diperbaiki, paling utama adalah bahan kandungan beritanya. Saya masih lagi tercari-cari skop cerita yang sesuai untuk penonton. Dalam kepala saya sudah ada beberapa perancangan dan akan dikongsi apabila telah benar-benar pasti ditempatkan di sana.

Entri ini bukan mengenai Eksklusif : Tarikh Pernikahan Ning Baizura, tetapi semuanya mengenai saya !

Nota : Pasti banyak SMS yang dihantar oleh Mr.Manager malam tadi. :)

Arkib :
Advertorial ITalk Buddy
Beban Yang Puas
Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5
Hari Yang Tenang
Al-Fatihah Nurin Jazlin
The Most Popular SM
Bila Carta

Foto Promo P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 03 October 2007 0 komen

Sebarkan ke serata alam poster ini !

P.Ramlee (Sean Ghazi)

Saloma (Liza Hanim)

Azizah (Siti Nurhaliza)

Melissa Saila (Norizan)

P.Ramlee & Azizah

P.Ramlee & Norizan

P.Ramlee & Saloma

Junaidah (Atilia)

Foto-foto ini diambil dari Facebook seorang kawan saya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Kalau mahu melihat foto Sukardi, kena klik cheddyusoff.blogspot.com, pemilik blog tersebut merupakan pemegang watak Sukardi. Kalau nak tonton klip video teaser "comel" Siti Nurhaliza pun kena klik blog Sukardi. Memang comel !


Itu cerita teater, cerita filem bawa kita ke Asia Pacific Screen Awards yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia. FINAS hantar 5 buah filem, 4 daripadanya merupakan calon akhir Festival Filem Malaysia dan salah satu daripadanya pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia iaitu Chermin, The Red Kebaya, Tentang Bulan dan Cinta. Mengejutkan FINAS turut menyenaraikan Mukhsin. Lebih mengejutkan apabila pihak penganjur memilih Mukhsin untuk ke festival tersebut. Lebih membanggakan apabila Mukhsin tersenarai dalam calon akhir kategori "Best Children Feature Film" bersama :

THE BICYCLE (GULONG) (Philippines)
Produced by Menardo Jimenez and Socorro Fernandez
DENIAS, SINGING ON THE CLOUD (DENIAS, SENANDUNG DI ATAS AWAN) (Indonesia)
Produced by Ari Sihasale
LOCKSMITH (GHOFL-SAZ) (Iran)
Produced by Hassan Agha-Karimi
MOTHER NANNY (INANG YAYA) (Philippines)
Produced by Antonio Gloria
MUKHSIN (Malaysia)
Produced by Puad Onah

Hmmmmmm...

Nota : Beberapa minggu ini saya sibuk sedikit kerana terlalu banyak meluangkan masa di Facebook. Dalam pada itu juga terlibat dengan sebuah produksi teater bertajuk "Perempuan, Isteri dan Jambu" yang akan dipentaskan pada bulan November. Jika anda berminat dengan filem, wanita dan teater, inilah teater yang harus akan libatkan diri. Konsep teater ini agak berbeza kerana penglibatan secara interaktif akan diserapkan dalam penghasilan skrip dan juga produk akhirnya. Semuanya berlaku di Facebook, cari "Perempuan, Isteri dan Jambu".

Azizah

Entri oleh sultanmuzaffar 02 October 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Erwin Gutawa - Pengarah Muzik & Pemimpin Orkestra P.Ramlee The Musical

Image Hosted by ImageShack.us

Siti Nurhaliza - Azizah

Image Hosted by ImageShack.us

Azizah & Junaidah

Sudahkah anda mendapatkan tiket untuk menonton Teater Muzikal P.Ramlee di Istana Budaya 18 Oktober ini ? Cepat buat keputusan anda segera ! 50% tiket telah pun habis ditempah ! Sukar untuk digambarkan dengan penulisan. Pastikan anda klik cheddyusoff.blogspot.com untuk menonton teaser lakonan Siti Nurhaliza.

Sedikit teaser untuk projek terakhir saya di Astro RIA. Salah seorang pelakon P.Ramlee The Musical turut terlibat menjayakannya !

Image Hosted by ImageShack.us


Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger