Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Puteri Gunung Ledang : The Spirit and The Journey

Entri oleh sultanmuzaffar 25 November 2007 0 komen

Ini kerja baru saya sekarang. Penulisan yang semakin pendek tetapi harus padat. Kalau saya meneruskan seperti gaya penulisan di blog, pastinya semput pengacara membacanya.

Dalam satu hari boleh siap sekurang-kurangnya 6 berita baru. Kalau tidak cukup, kita ulang tayang saja.

Memang nampak mudah. Cuma waktu kerjanya sahaja yang agak menyulitkan.

Saya cuma mohon ketenangan harap faham dengan tugas baru saya ini. Benar, banyak perkara yang berlaku minggu ini. Terlalu banyak tekanan yang berlaku. Kiri dan kanan. Tetapi yang tidak mahu memahami, masih enggan memahami.

Ini cerita terbaru tentang buku Puteri Gunung Ledang yang telah pun berada di pasaran.

(ANCHOR)
Buku kulit keras bertajuk Puteri Gunung Ledang The Spirit and The Journey telah pun berada di pasaran.

Buku setebal 154 muka surat itu merupakan projek terbaru Datin Seri Tiara Jacquelina bersama MPH Publishing dan Enfiniti Productions.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Buku tersebut dipenuhi dengan foto-foto berwarna dan juga catatan peribadi pengalaman mereka sebagai pelakon dan pekerja yang terlibat di belakang tabir dua projek hasil buah fikiran tiara.

Projek itu bermula dengan sebuah filem epik dan kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah teater muzikal.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Bab pertama mengimbau kembali saat idea tercetus untuk melahirkan watak Puteri Gunung Ledang.

Pembaca akan dapat mengetahui bagaimana draf ceritanya dirangka untuk menghasilkan sebuah filem yang mampu melangkau sempadan untuk menjelajah dunia.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Sementara bab kedua bakal membawa pembaca mendekati dunia belakang tabir pembikinan filem epik tersebut.

Cerita demi cerita dibongkar untuk pembaca termasuklah proses pemilihan pengarah dan pelakon yang terbaik untuk filem itu.

Sehinggalah ke saat-saat kegemilangan filem epik itu diraikan di venice dan kehebatan strategi pemasaran filem itu seantero dunia.

(CHG GFX)

Image Hosted by ImageShack.us

Bab ketiga memaparkan proses bagaimana sebuah filem mampu menjadi sebuah teater muzikal yang digilai ramai.

Bermula dari proses cambah minda sehinggalah teater muzikal yang menjadi fenomena itu menjadi teater muzikal paling laris di malaysia.

Versi teater itu telah pun bertakhta di istana budaya sebanyak dua kali dan sekali beraksi di singapura.

Pembaca berpeluang untuk menyusuri satu persatu proses itu berdasarkan sudut pandangan pembikinnya.

Semoga buku ini dapat menjadi inspirasi kepada orang lain yang memiliki cita-cita untuk melakukan yang sama.

Buku kulit keras ini boleh didapati di cawangan MPH terpilih dan kedai-kedai buku terpilih dengan harga RM120.//

Dapatkan berita hiburan terkini, tempatan dan antarabangsa di Gala TV, Astro Awani jam 3 petang dan 10 malam setiap hari.

Masa Cepat Menjadi Singkat !

Entri oleh sultanmuzaffar 20 November 2007 0 komen

Damn ! Masa berlalu begitu cepat. Lalu cepat menjadi singkat.

Perubahan waktu menjadikan saya sasau, kacau dan risau. Sukar untuk dijelaskan.

Ia bukan sesuatu yang positif sejak akhir-akhir ini tetapi kaki harus terus melangkah.

Yang dekat nampaknya semakin jauh. Juga sukar dijelaskan.

Yang terang nampaknya semakin kelam. Juga sukar untuk dijelaskan.

Yang sayang semakin hilang. Juga sukar untuk diterangkan.

Dalam kepala persoalan berlegar-legar. Diam lebih baik dari beri jawapan.

Masa cepat menjadi singkat...

Event Promo
Event Info Name: Forum BLOGS + WALLET
Tagline: How People Make Money From Blogging
Host: Blog Bugs & Anwar Ibrahim Club

Time and Place Date: Sunday, November 25, 2007

Time: 2:00pm - 5:00pm
Location: Corus 1, Hotel Corus
Street: Jalan Ampang
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia

Email: keluar.sangkar@gmail.com

Panelists:
1.Roslan SMS (http://n32.blogspot.com)
2.M.Zulkifly (www.gua.com.my)
3. Mohd Suhaimy (mohdsuhaimy.com)

Separuh Akhir Juara Lagu 22

Entri oleh sultanmuzaffar 11 November 2007 0 komen

Anugerah Juara Lagu kembali lagi apabila bermulanya pertembungan tahunan peringkat separuh akhir yang akan menyaksikan kembalinya penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza ke gelanggang yang sering didominasi oleh beliau.

Antara perkembangan yang menarik dalam persaingan merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 22 edisi kali ini ialah pembabitan bintang realiti tv yang selama ini sering dikecam sebagai bintang "mee segera". Siapa kata bintang realiti tv tidak mampu menyerlah jika diberikan peluang untuk terus melangkah dan juga bimbingan komposer dan penulis lirik yang bagus.

Malam ini bermulanya persaingan ke AJL22 dengan kategori Etnik Kreatif dan diikuti dengan kategori Balada dan Pop Rock. Satu perkembangan yang boleh disifatkan agak mengejutkan apabila kategori ini yang satu ketika dahulu martabatnya pernah diiktiraf sehingga berjaya terpilih sebagai Juara Keseluruhan AJL melalui lagu Cindai, pada edisi kali ini hanya tiga lagu terbaik yang akan terpilih ke peringkat seterusnya berbanding edisi-edisi yang sebelumnya.

Perkembangan ini menyaksikan penambahan jumlah lagu untuk kategori balada dan pop rock kepada lima buah lagu untuk setiap satu kategori.

Saya akui kerana kesibukan yang melampau saya tidak begitu mengikuti perkembangan muzik tempatan dan agak sukar meramalkan peluang setiap lagu. Berikut antara lagu-lagu pilihan saya.

Etnik Kreatif:

1)Lagu: Samudera
Artis: Nora
Komposer: Johan Nawawi
Penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya

2)Lagu: Joget Cinta Sakti
Artis: Haziq dan Rosma
Komposer: El Widyan
Penulis lirik: Fajrul Norman Rashid dan Al Walid

3)Lagu: Nazam Asmara
Artis: Nas Adilla
Komposer: S. Atan
Penulis lirik: SISO

4)Lagu: Seteguh Cinta
Artis: Waheeda
Komposer: Hafiz Hamidun
Penulis lirik: Ito Lara

5)Lagu: Lagu Penglipur Lara
Artis: Farawahida
Komposer: Julfeqar
Penulis lirik: Umar Kudat

6)Lagu: Kasihnya Balkis
Artis: Aishah
Komposer: Adnan Abu Hassan
Penulis lirik: Moharis Yaakup

7)Lagu: Suryakanta
Artis: Zehra Zambri
Komposer: Sharon Paul
Penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya

8)Lagu: Joget Gadis Melayu
Artis: Syura
Komposer: Pak Ngah
Penulis lirik: SISO

9)Lagu: Dirgahayu
Artis: Ramlah Ram
Komposer: Radeen Sri
Penulis lirik: Hairul Anuar Harun

10)Lagu: Istimewa Tiada Dua
Artis: Nice dan Hazami
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

Nota : Tahniah buat otai-otai Juara Lagu, Ramlah Ram, Aishah & Nora yang terpilih ke AJL22. Melihatkan jaguh-jaguh tradisi bertanding untuk kategori Etnik Kreatif, pastinya cabarannya akan menjadi lebih sengit.

Balada:

1)Lagu: Bisakah
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis lirik: Tessh R.S

2)Lagu: Izinku Pergi
Artis: Sahri
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis lirik: SuluSarawak

3)Lagu: Harapan
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

4)Lagu: Andainya
Artis:Nieyl
Komposer: Hadi Hassan
Penulis lirik: J. Looi

5)Lagu: Mahakarya Cinta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Mohd Shariza Shamsiri

6)Lagu: Kasih Tercipta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Shuhaimi Baba

7)Lagu: Hilang
Artis: Diddy
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Bash

8)Lagu: Paluan Rindu Mu
Artis: Idayu
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Keon

9)Lagu: Sejuta Nafas Cinta
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Loloq

10)Lagu: Ceritera Cinta
Artis: Jac dan Rio Febrian
Komposer: Ross Ariffin
Penulis lirik: Habsah Hassan

Pop Rock:

1)Lagu: Aku Pencintamu
Artis: Felix
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Ajai

2)Lagu: Angan Dan Sedar
Artis: Mawi
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Loloq

3)Lagu: Janjiku
Artis: Sofaz
Komposer: Taja
Penulis lirik: Tass

4)Lagu: Percayalah Sayang
Artis: Vince
Komposer: Vince
Penulis lirik: M. Zulkifili

5)Lagu: Farhana (Putri Bumi Kenyalang)
Artis: Jinbara
Komposer: Denai
Penulis lirik: Andy Rahman

6)Lagu: Destinasi Cinta
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Lin Li Zen
Penulis lirik: PSSN

7)Lagu: 3 Malam Tanpa Bintang
Artis: Fiq
Komposer: Master G
Penulis lirik: Azmeer

8)Lagu: Sembunyi
Artis: Misha dan Andy
Komposer: Aidit Alfian
Penulis lirik: Loloq

9)Lagu: Itu Kamu
Artis: Estranged
Komposer: Estranged
Penulis lirik: Rachael Lawrence

10)Lagu: Satu Harapan
Artis: Jac
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Nurfatimah

Pusat Operasi

Image Hosted by ImageShack.us
Ada bahasa di sebalik imej yang terpapar. Telah dan selam dalam-dalam

Teaser Eksklusif Sehati Berdansa

Entri oleh sultanmuzaffar 09 November 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Jangan ketinggalan menyaksikan aksi 8 pasangan personaliti yang akan menari untuk kebajikan dalam Malam Sehati Berdansa, Sabtu ini jam 9 malam di Astro RIA (Saluran 104)

Pastikan temujanji anda dengan Di Sebalik Sehati Berdansa, Jumaat (malam ini) jam 9 malam !

www.astro.com.my/sehatiberdansa

Demam P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 04 November 2007 0 komen

Selepas empat kali menonton pementasan P.Ramlee The Musical ternyata ia merupakan satu pengalaman yang berbeza pada setiap persembahan. Bermula dengan satu tontonan pementasan yang agak kurang menambat hati, berakhir menjadi sebuah pementasan yang paling diingati.

Saya berpeluang untuk menonton persembahan dari understudy P.Ramlee muda (Mukhsin), Sukardi muda (Emer) dan Azizah muda (Rachel) pada malam akhir pementasan tersebut. Tidak ketinggalan pada persembahan matinee hari yang sama watak Azizah yang dipegang oleh Dato’ Siti Nurhaliza diambil alih oleh Nadia (Ensemble yang merupakan peserta Gangstarz). Siti Nurhaliza kini Datin Seri tidak dapat menyertai pementasan tersebut kerana ada komitmen lain. Diberitakan pada hari yang sama suami Dato’ Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Dato’ Seri. Tahniah Siti !

Antara adegan yang benar-benar telah memukau saya :

1. Pertemuan terakhir antara P.Ramlee & Azizah di Taman Bunga. Nyanyian Siti Nurhaliza sungguh mantap dan tidak harus dinafikan perkara tersebut. Watak Azizah sememangnya telah diciptakan untuk beliau dan apabila menonton watak tersebut dipegang oleh pelakon lain ia nampak agak kekok. Azizah telah dicipta sebagai seorang yang amat misteri dan keperibadiannya terjaga. Keperibadian dan penonjolan watak tersebut seharusnya akan terus konsisten walaupun ia tidak dibawakan oleh Siti sendiri di masa akan datang.

2. Adegan Perjalanan Seorang Bintang yang digemparkan dengan set kepala kereta api dan gerabak kereta api dan dilengkapkan dengan set stesen kereta api. Perjalanan tersebut dirasai apabila imej latar belakang yang turut sama membawa penonton dalam perjalanan P.Ramlee & Sukardi ke Singapura. Sekali lagi penonton dibawa ke alam dua dimensi apabila diberikan sudut pandangan dari dalam terowong dan dari luar gerabak kereta api.

3. Timbul rasa kekaguman saya terhadap kumpulan Transformers yang ditugaskan untuk merubah setiap adegan menjadi satu realiti. Menurut Chedd pemegang watak Sukardi, berat satu blok itu lebih kurang satu tan dan hanya digerakkan oleh empat orang sahaja. Kalau saya yang kena buat kerja tersebut, lepas satu show terus pengsan. Tidak perlu tunggu habis satu show lah, satu jam pun boleh pengsan juga.

4. Adegan setibanya P.Ramlee & Sukardi untuk pertama kalinya di Studio Jalan Ampas juga menarik. Saya sebagai penonton dapat menyusuri kehidupan P.Ramlee sebagai seorang clapper boy hingga berjaya menjadi pelakon yang pada mulanya diragui keupayaannya dan seterusnya pemain muzik yang semakin dikenali.

5. Adegan yang melibatkan Junaidah juga tidak kurang hebatnya. Dibekalkan dengan sebuah lagu yang sedap, persembahan Atilia agak meyakinkan. Ini termasuklah adegan perkahwinan mengejutnya dengan P.Ramlee sambil diiringi lagu Renjis Renjis Di Pilis. Semoga Atilia akan sukses dalam Sehati Berdansa yang akan disiarkan di Astro RIA mulai 5 November ini.

6. Sebenarnya adegan yang melibatkan Paparazi amat penting dalam sesebuah teater muzikal. Setidak-tidaknya ia akan mengurangkan sedikit tekanan kepada penonton dalam usaha untuk mencerap setiap perincian cerita. Persembahan Infinatez menghiburkan. Sewaktu menonton kali pertama, saya agak gusar menantikan tamatnya Act 1. Mungkin juga kerana ceritanya terlalu asing buat saya. Saya tidak mengenali siapa Junaidah atau pun Norizan dengan lebih dekat.

7. Adegan kehadiran Norizan dalam hidup P.Ramlee setelah berkumandang lagu Hujan Di Tengah Hari benar-benar memberikan impak kepada penonton dan membuatkan penonton ternanti-nantikan kejutan seterusnya.

8. Kemarahan Norizan diterjemahkan dengan cemerlang oleh Melissa Saila dalam lagunya. Gelodak jiwanya dan kekecewaannya terhadap layanan P.Ramlee diakhiri dengan satu kenyataan yang benar-benar relevan pada masa kini di mana penyerahan semula P.Ramlee dan tajuk akhbar Paparazzi. P.Ramlee melahirkan kekecewaannya melalui lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti juga telah membawa satu interpretasi baru kepada nyanyiannya.

9. Elemen komedi yang disuntik pada setiap adegan yang melibatkan Saloma dan P.Ramlee cukup perasanya. Tidak lebih, tidak kurang. Sedar tak sedar kita tahu yang kedua-duanya sememangnya serasi. Lagu Gelora diberikan jiwa sehingga seperti terasa kehadirannya. Sambil menyanyi, sambil itu jugalah P.Ramlee mengarah filem Seniman Bujang Lapok.

10. Segmen Epilog dan Prolog teater muzikal ini membawa saya ke hari-hari terakhir P.Ramlee bersama Saloma sungguh meyakinkan. Lebih menyayat hati apabila lagu Air Mata Di Kuala Lumpur dipersembahkan. Apakah saya juga akan merasakan satu kehilangan. Entahlah...

11. Kekaguman saya turut dinyatakan buat Tiara (Penerbit Eksekutif), Adlin Aman Ramlie (Pengarah, Penulis Skrip & Penulis Lirik), Zahim Albakri (Pengarah), Erwin Gutawa (Pengarah & Penyusun Muzik), Dick Lee (Pencipta Muzik), Pat Ibrahim (Koreografer), Raja Maliq (Pereka Produksi), barisan Orkestra, Pelakon Utama, Pelakon Ensemble dan semuanya.

Saya cipta sejarah tersendiri apabila menonton pada hari terakhir pementasan ini dilangsungkan. Sekali pada persembahan matinee yang turut dihadiri oleh Tun Dr.Mahathir dan keluarga dan kali kedua pada sebelah malamnya. Tidak pernah dibuat orang menonton teater muzikal yang sama dua kali pada hari yang sama.

Tahniah dan Syabas kepada mereka yang telah terlibat menjayakan pementasan teater muzikal ini. Sekali lagi mereka telah mencipta sejarah yang tersendiri setelah penerimaan yang hebat dari penonton untuk Puteri Gunung Ledang The Musical.

Seandainya ada rezeki untuk pementasan ini diulang tayang, tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan Mac bersempena hari kelahiran P.Ramlee atau pun bulan Mei bersempena hari pulangnya beliau ke Rahmatullah.

Jumpa lagi di P.Ramlee The Musical Season Two !

Nota : Saya mungkin mendapat hiburan yang saya inginkan tetapi saya mungkin juga akan kehilangan...

Kembali Pada Ku

Entri oleh sultanmuzaffar 03 November 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us
Kredit : Laman Web Puteri Gunung Ledang The Musical

Detik yang kian berlalu
Kini bukannya untuk ku
Pada sisa masa
Hanya satu ku tunggu
Kau kekasih ku
Kembali pada ku

Kasih, hadirlah kepada ku
Sayang, muncullah di depan ku
Cinta, di mana kau di mana
Demi sedikit masa
Hadirlah oh kakanda
Di mana kau kakanda

Puteri Gunung Ledang
Ku hinakan diri ku sendiri
Untuk merengkuh cinta sejati
Cinta mu bagaikan cahya mentari
Yang membakar wajah ku
Meski sekilas ku rasakan
Namun akan menjadi bekal
Hingga ke akhir zaman

Ensemble
Telah terurai peristiwa
Cinta teragung di puncaknya
Ledang telah menjadi saksi
Percintaan sejati
Laksamana dan Puteri
Keduanya abadi...

Kerana Karina (Exclusive Drama Webisode)

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Terbaru Gua mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam dunia penyiaran Malaysia sebuah drama bersiri telah diterbitkan khas untuk siaran Internet. Kalau selama hari ini penonton hanya berpeluang untuk menonton drama di televisyen, sebaliknya perkembangan teknologi telah merapatkan jurang tersebut. Penonton kini mempunyai banyak pilihan dan salah satunya adalah melalui capaian Internet.

Drama Kerana Karina dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, Marsha Londoh sebagai Karina. Karina merupakan seorang penyanyi dan watak utama dalam drama ini. Sudah pasti peminat Mawi yang masih mengharapkan Marsha merupakan pilihan hati Mawi akan menontonnya. Banyak tu !

Sebagai memenuhi kepuasan pengguna Internet, pastinya barisan pelakon yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang mampu untuk menarik perhatian pelayar Internet yang rata-ratanya adalah dari golongan muda. Oleh itu pemilihan pelakon haruslah yang layak untuk menjadi halwa mata golongan muda. Pastinya kemunculan Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly, Chelsia Ng, Alan Yun mampu untuk memberikan kesan yang luar biasa.

Sazzy bakal membawakan watak sebagai Sherina iaitu sepupu kepada Karina merangkap pengurus Karina sendiri. Zizan pula akan membawakan watak seorang jejaka tampan bernama Imran yang bertugas sebagai penerbit. Pastinya ada watak yang biasa kita tonton dalam drama Melayu, Zally Hussin bakal membawakan watak sebagai anak orang kaya, Huzir yang jatuh cinta pada Karina.

Pastinya kemunculan Bell Ngasri sebagai Boy yang merupakan pendandan Karina ditunggu-tunggu khalayak. Penampilannya yang agak lembut pasti mewujudkan elemen komedi dalam drama ini. Kemampuan Roslan Aziz sebagai Juri Tetap telah pun dibuktikan, kini masanya untuk keluar dari landasan muzik dan memegang watak sebagai Datuk Zainal, pemilih syarikat rakaman.

Sazzy Falak & Zizan Nin telah membuktikannya melalui siri Gol & Gincu dan Realiti. Siapa pula yang tidak kenal dengan tiga model catwalk yang popular di Malaysia dan pernah juga membintangi filem Gubra. Pasti pengaruh mereka dalam siri-siri atau filem sebelum ini boleh memberikan nilai tambah kepada Kerana Kirana.

Sesuatu yang paling menarik apabila juri tetap Malaysian Idol, Roslan Aziz akan turut membuat kemunculan sulung melalui drama ini. Nah ! Inilah peluang yang telah dibuka untuk anda mengkritik pula bukan nyanyian tetapi lakonan Abang Roslan.

Trend lagu tema dalam sebuah drama bersiri sudah mula berkembang di Malaysia. Lagu tema menjadi pengikat kepada penonton untuk terus mengikuti drama tersebut selain daripada mesej lagu tersebut yang kena dengan jalan ceritanya. Tidak ketinggalan, apabila sebuah lagu dicipta khas untuk Kerana Karina. Lagu Yang Mana telah dicipta oleh Azmeer dan liriknya nukilan M.Zulkifli.

Yang Mana membawa penonton untuk menyelami perasaan Karina (Marsha) yang masih mencari jawapan siapa yang harus dijadikan pilihannya. Setiap cabaran yang dihadapi oleh Karina perlu ditempuhi. Lebih parah apabila insan yang pernah bertakhta di hatinya kembali menagih cintanya. Karina buntu. Apakah jenis cinta yang dicarinya ? Kembali mengimbas kenangan lalu, pada yang pernah berjanji dan pada yang pernah melukakannya. Kata putus perlu dicapai oleh Karina, yang mana harus menjadi sekadar teman, yang mana pula yang harus dicintai.

Tajuk : Yang Mana
Artis: Marsha Londoh

Verse:
Dilema yang melanda
Tiba tanpa ku sangka
Kini buntu ku rasa

Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Walaupun nampak mudah
Tertera di depan mata
Kata hati yang ku dengar

Pelbagai persoalan
Disulam keraguan
Cinta apa yang kucari?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Verse:
Yang lalu muncul kembali
Mengganggu oh emosi
Memaksaku untuk memilih

Dilema ku mendalam
Mencari keputusan
Yang tak kukesal kemudian

Kupertimbangkan semua
Yang berulang ku tanya
Perlukah peluang kedua?

Bukan hati tak pernah diluka
dirinya, tak ku lupa

Yang satu lagi pula berjanji
Kan bahagia, selamanya

Chorus:
Yang mana satu harus jadi kawan, teman
Yang mana satu harus ku cinta

Lagu: Azmeer
Lirik: M.Zulkifli

Jika ada perubahan yang akan saya lakukan kepada lirik lagu ini hanya pada satu perkataan yang terdapat kesilapan ejaan iaitu Menggangu kepada Mengganggu (rangkap 2, baris 2). Perubahan kedua adalah pada rangkap 5, baris 1 iaitu perkataan diluka yang mana dilukai lebih sesuai. Agar ritma lagu ini menjadi lebih bermakna, perkataan terluka juga boleh digunakan.

Kerana Karina telah diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos, seorang bakat baru yang pernah bekerja di belakang tabir sebagai Pengarah Kreatif dan Pereka Poster untuk filem Rock.

Drama Kerana Karina akan mula menemui pelayar Internet pada 29 Oktober ini setiap Isnin, Rabu & Jumaat di www.gua.com.my.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger