Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Testimonial

Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2007 2 komen

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
sultanmuzaffar

"The Blogger known as Sultan Muzaffar might be the first ever in Malaysia to have been invited to a press conference as a member of the media. Astro Ria recognised that his comprehensive - obsessive even - coverage of Akademi Fantasia since its debut season was drawing innumerable fans to his blog..."
oleh Danny Lim
"It is from blogs like this, titled Sultan Muzzafar, that is the vein of youth readership in blogs. These are the guys that dictate youth mentality and they do it by networking with other sites, and eventually forming a pocket of popular culture, a conversation piece."
oleh Mack Zulkifli

  1. Blogging for Dungus by TV Smith Dua Sen
  2. What comes out of Harvard meet... by Jeff Ooi
  3. Reinventing The New News Media by Mack Zulkifli
  4. Malaysian Blogs and their influence level by Mack Zulkifli
  5. Blog..luahan hati alam maya by Diyanah Anuar from Berita Harian
  6. Hati-hati memblog - sultanmuzaffar by Salhan K. Ahmad from MStar
  7. Malaysian Future 01- Fantasia Crossover by Danny Lim from Off The Edge
  8. Blogging About The Stars by Khaw Chia Hui
  9. Suara Alam Maya by Maliah Surip from Kosmo
  10. Celebrity Sites by The Star
  11. Monsterbog.com.my by The New Straits Times
  12. Introducing Muzaffar by BlogMob from Samsung

Anak Halal : Dari Perspektif Ajami

Entri oleh sultanmuzaffar 26 December 2007 0 komen

Ulasan filem Anak Halal berikut lahir dari perspektif Ajami. Maaf, saya tidak sempat untuk menulis pandangan saya tentang filem tersebut. Masa terlalu suntuk.

Sekadar yang mampu dilahirkan, Anak Halal ialah sebuah filem yang bagus. Tidak rugi menontonnya. Saya mahu menontonnya sekali lagi.

Nantikan buah tangan terbaru Tayangan Unggul tidak lama lagi iaitu Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu lagi SUPERB !! Tabik spring dengan Mamat Khalid !

UPDATED: 9/12/07

Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada hidup kita lebih beruntung atau semalang mereka? ~ Ajami Hashim.131207

AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!!!
Salaam.. Ini ulasan peribadi saya. Kalau kamu tidak setuju atau menginterpretasi filem ini dari sudut lain samada berdasarkan kepandaian ilmiah atau kepakaran membikin filem oleh anda, itu hak kamu dan ini hak saya! Tiada yang semuanya benar atau khilaf walaupun mungkin tafsiran saya atau kamu TIDAK serupa dengan isi sebenar yang hendak Osman Ali ceritakan!.. atau yang kamu fikirkan! Ia cuma sebuah filem!!!

Salah satu agenda sesebuah filem ialah propaganda dan lihatan peribadi pembikinnya tentang sesuatu perihal yang sudah lama terpendam bak gunung berapi dalam rembesan ingatannya! Anak Halal ialah apertur luas dan mikroskop khusus Osman Ali mengamat-amati punca dan akibat beberapa masalah sosial asas dalam masyarakat. Itu sahaja! Ia sememangnya kudis-kudis klise yang sudah diceritakan sebelum ini berkali-kali dalam pelbagai bentuk dan format. Jadi kenapa Anak Halal ini gah benar diwayangkan dan riuh sangat diwar-warkan sebagai yang terbagus?

Generally, great writers are not eclectic. Each tightly focuses his oeuvre on one idea, a single subject that ignites his passion, a subject he pursues with beautiful variation through a lifetime of work. ~ Story by Robert McKee (ms. 98)

NARATIF
struktur:
Anak Halal ialah sebuah cerita linear melewati 3 time-frame jangka hayat Indraputra - bayi, kanak-kanak dan dewasa. Tiada flashback yang berjela-jela untuk meyakinkan khalayak tentang apa, bila, siapa, kenapa dan bagaimana? (err!.. sebenarnya Hisham ada flashback sekejap di belakang filem ini). Mukadimahnya cuma backstory pantas yang dikongsi oleh Hisham, Mariam, seorang bayi comel yang tidak tahu apa-apa dan sepasukan polis (sistem sah). Kemudian dilompatkan ke zaman kanak-kanak Putra dan Jo yang ditimbulkan tiba-tiba di atas bumbung diikuti beberapa babak Mariam yang sudah pulih? (kasih-sayang mampu mengubah orang siuman ke gila atau sebaliknya kan?). Kisah besarnya ialah real-time hari ini iaitu cerita realisme subculture sekelompok terpencil anak-anak muda generasi masakini di Kuala Lumpur yang sebenarnya terpecah kepada 2 kumpulan protagonis dan antagonis, baik dan jahat. Di dalam keduanya pula, setiap individu bergerak sendirian secara mental dan fizikal, rohani dan jasmani dalam rentetan jalan hidup masing-masing yang bergerak ke depan dimana ia berkaitan sesama sendiri dari awal cerita ke klimaknya. Genrenya ialah 'drama sosial' - sebuah analisa serius permasalahan masyarakat yang dipilih khas oleh Osman Ali secara di-dramatik- kan dan di-fiksyen-kan untuk kesesuaian tontonan (cinta dan aksi) dari awal ke tengah penceritaan lalu diakhiri dengan puncak selesaian secara balasan terus bak peribahasa alang berjawab, tepuk berbalas, alang dijawat, tepuk dibalas!

asuhan:
Plot pertemuan tanpa jangka yang terpaksa dan terdesak di antara Hisham (Rosyam) dan Mariam/Bonda (Mislina) adalah 'bingkai' Anak Halal yang membuka dan menutup, memula dan mengakhiri, mencetus dan meletus! Mereka disuakan dalam kelam-kabut - wrong time! wrong place!.. Perjumpaan itu adalah titik mula dalam satu torehan kehidupan yang ditemukan semula pada titik yang sama membentuk sebuah bulatan/putaran karma merentasi masa. Adakah ulangan bebanan bala dan bencana yang ditanggung oleh Putra (Farid) seolah-olah saka buruk iaitu dosa ayah yang diturunkan kepada anaknya? Mungkin juga! Apatah lagi bila memikirkan beban hutang kepada along oleh ayah Erzan (Adi) dan Milya (Farah) yang kini mereka warisi secara terpaksa. Namun begitu, saya melihat salah satu isi sebenar Anak Halal ialah nasib seseorang manusia yang dipilihnya sendiri tanpa menyalahkan siapa dan apa sahaja onar di atas atau sebelumnya (ayah). Kenapa? Kerana semua manusia diberikan akal fikiran yang waras (bukan OKU) untuk mencorakkan sendiri hala tuju hidupnya bergantung kepada limitasi sumber survival seseorang individu. Tidak adil rasanya untuk menyalahkan apa-apa kekurangan pada diri kita di bahu orang lain (mahupun keluarga sendiri). Anak Halal salah satu agendanya cuba membentangkan situasi bak main tarik tali ini dalam dua pandangan sisi yang memakan masa bertahun-tahun ke arah satu konklusi dalam sekelip mata. Maksud saya, Hisham sepanjang durasinya di penjara sudah tentu menyalahkan dirinya sendiri seandai anaknya terbiar kerana menyerahkannya kepada seorang wanita yang jelas kurang siuman. Putra pula hakikatnya tidak pernah menyalahkan Hisham kerana baginya hanya Mariam/Bonda sahaja yang wujud dalam ingatannya untuk beberapa tahun zaman kanak-kanaknya. Cuma di titik akhir Hisham, Mariam dan Putra dipertemukan semula ia adalah momen ironi kepada titik mula filem ini. Seolah-olah ia adalah hukum karma di dunia kerana perjumpaan ketiga-tiganya kali ini bukan 'pemulangan' semula anak kepada ayah dalam bentuk percantuman semula kasih yang terpisah tetapi 'pembalasan' tanpa sedar kerana mengabaikannya dari anak kepada ayah! Anak Halal masih asasnya adalah balik kepada soal tanggungjawab seorang pengasuh (punca). Secara ayat mudah, sekiranya kita tersalah asuhan keturunan sendiri, akibatnya akan kembali kepada siapa yang menjadi penjaga? Secara sambil lalu Anak Halal melalui sub-plot Bu Leha (Kartina) dan anaknya Johanna (Maya) yang sama-sama berniaga buah-buahan sebagai analogi hubungan positif penjaga-jagaannya. Bagaimana pula dengan plot Mariam dengan Putra dan Jo/Ana? Pada pendapat saya, pertalian bukan darah daging di antara seorang wanita kepada dua orang kanak-kanak sebagai metafora dimana kadangkala kasih-sayang bukan keturunan sendiri lebih akrab dan bermakna sehingga 'men-siuman- kan' kembali seorang yang gila-gila! Ia seakan menyindir institusi kekeluargaan moden dan mewah yang gagal. Teguran Anak Halal ini dicerminkan sejelas-jelasnya dalam sub-plot politikus Datuk Farid (Tarmimi) dan anaknya Atikah (Fasha). Hancur! Walau hanya ada anak tunggal dan di kelilingi 1001 materialistik hubungan mereka berkecai-kecai dan berderai-derai terhempas menjadi serpihan paling hina!

moralisasi:
Adakah Osman Ali seorang moralis? Adakah Anak Halal bersifat didaktik? Adakah Osman Ali melalui Anak Halal melakukan didaktisme? Kamu tonton, dengar dan nilai sendiri dari 3 bahagian wawancara saya dengan beliau:
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.1]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.2]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.3]

NOTA:
Saya tidak akan mengupas mengenai drug abuse & gangsterism dalam Anak Halal kerana Osman sudah ceritakan semuanya dalam sesi soal-jawab youtube di atas!
A great work is a living metaphor that says, "Life is like this." The classics, down through the ages, give us not solutions but lucidity, not answers but poetic candor; they make inescapably clear the problems all generations must solve to be human. ~ Robert McKee

UPDATED: 19/12/07

PERWATAKAN
PELAKON/WATAK:
FARID KAMIL sebagai INDRAPUTRA
MAYA KARIN sebagai JOHANNA
FASHA SANDHA sebagai AMIRA ATIKAH
ADI PUTRA sebagai ERZAN
RAJA FARAH sebagai MILYA
BRONT PALARE sebagi DANIAL
ROSYAM NOR sebagai HISHAM
REMY ISHAK sebagai SHAH
JEHAN MISKIN sebagai IJAM
ZULHUZAIMI sebagai TAJUL
FAUZI NAWAWI sebagai JEFF
FIZZ FAIRUS sebagai LUD
KARTINA AZIZ sebagai BU LEHA
MISLINA MUSTAFA sebagai MARIAM
DATO' AZIZ SATAR sebagai PAK ALI
AHMAD TARMIMI SIREGAR sebagai DATUK FARID

Anak Halal bercerita secara berkumpulan iaitu ensemble cast - grup protagonis: Putra, Jo, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Atikah; grup antagonis - Tajul, Jeff dan Lud. Di antara kedua grup ini ada sub-watak di tengah kedua kumpulan iaitu Hisham, Mariam, Datuk Farid dan Ijam. Sementara watak-watak rencah ialah Datuk Farid, Bu Leha dan Pak Ali. Kerana itulah kadangkala penonton tercari-cari siapakah hero dan heroin sebenarnya filem sebegini? Ok! Mungkin yang ketara ialah ketua geng baik Anak Halal ialah Putra tapi siapakah heroinnya? Johanna atau Atikah atau Milya? Juga soalan siapa ketua jahat samada Hisham atau Tajul? Apa-apa pun, bagi saya kesemua watak berkaitan sesama sendiri kerana rantaian aksi-reaksi setiap plot dari awal cerita. Ia adalah naratif secara chain-reaction - apa sahaja yang dibuat oleh mana-mana watak akan mencetus tindak-balas oleh watak yang lain.

punca
Hisham ialah punca. Seandainya Hisham orang baik-baik bekerja secara halal maka tiadalah Anak Halal. Tindakannya menyerahkan Putra kepada Mariam adalah mulaan kisah panjang snowball effect selepasnya. Bila dilihat dari keseluruhan naratif Anak Halal, Hisham juga adalah punca/dalang utama konflik dalam Anak Halal melalui protege nya iaitu Tajul walaupun Hisham hanya dikedepankan semula di pertengahan cerita. Dalam erti-kata lain, kehidupan Putra dan rakan-rakannya hanya aman-damai semasa Hisham dalam penjara. Cuba renungkan semula, seandainya Hisham benar-benar insaf selepas dipenjarakan, dia dan Mariam akan menemui Putra suatu hari nanti - cerita habis.. they live happily ever after!

mangkin
Erzan dan Atikah ialah mangkin. Sebenarnya watak Erzan ialah katalis sebenar yang menggerakkan kisah Anak Halal. Sekiranya Erzan mampu menyara pembelajaran Milya dan membayar semua hutang along si Tajul melalui jualan burgernya, Anak Halal akan statik dan berputar dalam rutin yang sama. Tiada konflik! Cerita tamat! Kerana itulah, di pertengahan cerita watak Erzan lebih menonjol dari Putra apatah lagi dia juga adalah penyambung semula plot Putra-Atikah di bawah jambatan. Atikah pula adalah watak luar yang memasuki geng Putra secara kebetulan (ya! saya tahu ada ramai blogger/penonton yang tak puas hati dengan perkataan 'kebetulan'! huhu!) Atikah menjadi bucu tambahan cinta 3-segi Putra-Jo-Atikah. Dia merumitkan kerahsiaan perasaan dalam hati Jo. Atikah kacau daun! Saya sukakan watak Erzan dan Atikah sebagai pemangkin memobilisasikan watak Putra yang perlahan dan sama setiap hari.

tunjang
Putra ialah tunjang. Dia pasif dan introvert di awal cerita. Putra memegang prinsip itu iaitu hidup aku pilihan aku! kerana besarnya dia dengan apa yang ada sebagai anak yatim yang berdikari dan anak angkat kepada Mariam/Bu Leha sahaja. Kerana itulah Putra tidak pernah bergantung kepada sesiapa secara luarannya dan dia adalah dia sendiri! Watak Putra agak membosankan di mulaan cerita kerana dunianya hanya ada Jo, Bu Leha, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Pak Ali. Putra sering dalam mode 'selamat' dalam apa juga situasi walaupun dia adalah tunjang watak yang diikuti dari awal ke akhir naratif Anak Halal. Perwatakannya hanya berkembang setelah Erzan dibunuh dan Atikah mati. Adakah watak Putra seolah-olah wakil Hisham yang cuba mensucikan diri dari kejahatan terdahulunya tetapi gagal kerana Hisham sendiri yang memporak-perandakan hidup Putra melalui madness Tajul? Juga adakah Putra seakan-akan Jebat moden? Yang pasti Putra adalah taiko geng protagonis.

kontra
Tajul, Jeff dan Lud ialah watak-watak kontradiksi/ antagonis berkumpulan dalam Anak Halal. Tiada mereka, maka naratif filem ini akan berlegar pada titik yang sama! Jika diamati benar-benar, ketiga-tiga watak seakan monotoni melalui sifat jahat dan kehitaman perangai mereka. Yang menariknya, walaupun digeruni tetapi watak-watak ini diwarnai dengan perlakuan jokers mereka.

kelabu
Ijam dan Mariam adalah watak-watak kelabu Anak Halal. Walaupun Ijam seorang drug pusher, dia masih ada sifat kasihan kepada Erzan dan Atikah. Meskipun perwatakan sebegini seakan 'membela' syaitan seperti Ijam, penonton akan cepat-cepat mem-padan muka-kau! apabila Ijam sendiri kecundang dengan pekerjaannya sendiri. Watak Mariam juga kelabu di akhir cerita kerana kesanggupannya tinggal bersama godfather penyangak iaitu mentor kepada Tajul? Kedua-dua watak Ijam dan Mariam hanya perlu ditonton dan dikasihani kerana keterdesakan hidup mereka. Tetapi keduanya bukan figura yang digalakkan untuk dicontohi?

sidekick
Jo ialah sidekick utama. Milya, Danial dan Shah ialah pembantu sidekick! (boleh???) Kesemuanya macam belangkas! Sekali-sekala, watak Jo seakan menenggelamkan semua watak dengan ke-tomboy-an nya! Itu sahaja! Tidak dinafikan bahawa watak Jo adalah silaturahim kesemua watak geng protagonis! Jo juga adalah cermin baik-baik watak Atikah. Jo adalah backup kepada Putra iaitu tukang check and balance setiap perlakuannya. Malah Jo ialah saviour Putra di akhir cerita dengan bantuan sepucuk pistol! Milya pula seperti juga Jo berfungsi sebagai backup/check and balance/saviour untuk Erzan dengan tambahan iaitu Milya juga adalah vengeance kematian abangnya. Danial dan Shah pula ialah masculinity Anak Halal dari latar kerja dan perwatakan jantan sejati mereka berdua ala-ala lelaki Melayu terakhir! (Bront & Remy misti suka nih! huhu!)

rencah
Bu Leha, Datuk Farid dan Pak Ali adalah rencah yang mewarnakan lagi filem Anak Halal. Ketiga-tiganya walaupun cuma seakan cameo dalam filem ini, tetapi kesekejapan munculnya mereka menjadi sendi-sendi naratif yang menyambungkan dan mengelokkan lagi plot Anak Halal. Bu Leha ialah godmother geng protagonis. Datuk Farid ialah wakil orang-orang kaya yang silap. Pak Ali pula ialah metafora Putra seandainya dia tetap kekal jadi orang yang pasif sampai ke tua!

UPDATED: 26/12/07
LUBANG-LUBANG ANAK HALAL?
kebetulan?
Story creates meaning. Coincidence, then, would seem our enemy, for it is the random, absurd collisions of things in the universe and is, by definition, meaningless. And yet coincidence is a part of life, often a powerful part, rocking existence, then vanishing as absurdly as it arrived. The solution, therefore, is not to avoid coincidence, but to dramatize how it may enter life meaninglessly, but in time gain-meaning, how the antilogic of randomness becomes the logic of life-as-lived. ~ Robert McKee

Kebetulan demi kebetulan ada dalam Anak Halal? Benar! Betul! Lalu ia bersalah dan mesti dihukum kerana melanggar adat atau tatasusila penceritaan? Sebenarnya sesuatu kebetulan dalam apa jua naratif samada lisan, tulisan atau audio-visual (filem/tv) hanya dikesan setelah seseorang penonton balik ke rumah lalu termenung sebelum tidur atau bila bertekak dengan kawan yang sama menonton atau mungkin yang diimbas semula oleh seseorang pengkritik filem apabila hendak memulakan tulisan kritisnya! Betul tak? Kerana semasa menghayati sesebuah penceritaan, penonton akan mengikuti apa yang dipaparkan babak demi babak yang akan mencetuskan 1001 emosi; suka, duka, marah, benci, seram, kelakar mahupun bosan! Mereka tiada masa untuk memikirkan logika secara mendalam (kecuali kepada penonton intelektual yang akan menganalisa satu persatu salah/silap sesebuah cerita). Ini bukanlah bermakna saya menghalalkan dan sukakan semua kisah yang wajib ada sesuatu kebetulan, tapi pada pendapat saya, sesuatu kebetulan itu adalah mainan biasa dalam setiap cerita. Apa juga cerita!
deus ex machina?

Ya Anak Halal memang ada! Cuma ia bersebab! Saya senaraikan sahaja mana yang saya ingat:
1. Jeff hendak memecahkan kepala Putra dengan sisir besi >> Hisham tiba-tiba muncul menghalang! Perasan tak, semasa pergaduhan Jeff-Putra, ada kelibat manusia di latar belakang yang kabur iaitu Hisham.
2. Tajul hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menembak Tajul! Tentu kamu ingat semasa aksi campak-mencampak pistol, Danial adalah orang terakhir yang memegangnya lalu mencampakkannya pula ke arah Jo.
3. Hisham hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menjeritkan nama 'Putra' sekuat hati! Hisham 'terpegun' mendengarnya lalu Putra merampas pistol dari Hisham lalu.. banggg!

KESIMPULAN
Saya sukakan realisme Anak Halal! Kalau kamu benci, itu hak kamu!.. Ini hak saya!

TAMAT
Ajami Hashim.261207
http://ajamihashim.blogspot.com/

Ada banyak ulasan lain yang bagus-bagus untuk bacaan anda.

Fadz : Anak Halal (2007) Yang Haram Jadah

Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 15 December 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us


(ANCHOR)
Hadiah Daripada Hati, itulah judul album terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang mula dipasarkan pada 10 Disember 2007.

Majlis Pelancaran album tersebut diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur yang turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa, pengurusan Suria Records dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.

(VT)
Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records itu adalah album berkonsep pop yang memuatkan lagu pelbagai rentak sesuai dengan citarasa peminat muzik tempatan.

Formula sama yang digunakan untuk album Transkripsi dengan menggabungkan kerjasama komposer Malaysia dan Indonesia digunakan sekali lagi.

Cuma kali ini komposer dari Singapura turut bergabung tenaga menyumbangkan lagu untuk album tersebut.

Penerbit album yang terlibat terdiri daripada Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin, Sharon Paul dan Siti Nurhaliza sendiri.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Ku Mahu, Melawan Kesepian, Tanpa Kalian, Biarkan dan Kerana Dirimu.

Lagu Mulanya Cinta, lagu yang dipersembahkan oleh "Azizah" watak yang dipegang oleh Siti dalam Teater Muzikal P.Ramlee turut dimuatkan dalam album berkenaan.

Lagu tersebut ciptaan komposer tersohor Singapura, Dick Lee dan liriknya nukilan Adlin Aman Ramlie.

Tidak ketinggalan lagu tema filem 1957 Hati Malaya yang bertajuk Hati, ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shuhaimi Baba.

Lagu-lagu lain yang terkandung di dalam album itu termasuklah Wanita, Sutramaya dan Sekian Lama.

Lagu Cintamu merupakan lagu khas yang ditujukan buat suami tercinta, Dato' K.

Turut disampaikan di majlis tersebut ialah Anugerah Empat Cakera Platinum untuk album Transkripsi manakala Anugerah Tiga Cakera Platinum untuk album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London yang telah mencatatkan jualan memberangsangkan.

Di majlis yang sama, Siti Nurhaliza turut melancarkan kod muat turun syarikatnya, SN Mobile Digital Sdn. Bhd iaitu 33777.

Siti Nurhaliza, suami dan keluarganya terlah berangkat ke tanah suci Mekah pada 13 Disember untuk menunaikan fardhu haji.//

Nota : Ulasan album kena tunggu lah. Sejak berada di AWANI ni memang masa makin kurang. Sempat pergi event, balik kena buat story kerja. Sebagai pembuka kata, Hadiah Daripada Hati hanyalah sebuah album yang biasa dari Siti Nurhaliza. Mungkin kena dengar banyak kali !

Dapatkan Tune Cards

Entri oleh sultanmuzaffar 13 December 2007 0 komen

Zaman sekarang terdapat penyelidikan yang menyatakan ramai di kalangan golongan muda yang dibelenggu muflis sebelum waktunya. Sebab utama adalah Kad Kredit !

Benar, zaman kini mementingkan kesenangan. Kad kredit jadi simbol kekayaan walaupun sebenarnya tidak.

Kini anda pun boleh memiliki kad sendiri, kalau mahu. Lebih-lebih lagi apabila sejarah kredit anda tidak menjadi penghalang.

Sangat mudah bukan ?

Untuk memiliki Tune Card tiada had gaji minima yang sering menghantui pemilik.

Tune Card sama seperti kad pra bayar telefon bimbit. Masukkan nilai dan guna hingga nilainya habis. Semua duit anda. Bukan duit bank.

Itu bezanya antara Tune Card dan kad kredit yang berlegar di pasaran sekarang.

Anda boleh masukkan semua gaji anda ke dalam Tune Card dan kemudian berbelanja mengikut kemampuan anda. Belenggu hutang kini tidak menghantui anda lagi kerana anda hanya berbelanja mengikut batas kemampuan anda.

Sudah banyak servis dan perkhidmatan yang sudah menerima Tune Card sebagai salah satu kaedah pembayaran. Anda boleh membeli petrol, tiket kapal terbang, membeli-belah secara online, pembelian tiket wayang dan banyak lagi.

Semuanya menjadi mudah untuk anda sekarang.

Saya sudah memilikinya. Kini semuanya menjadi lebih mudah untuk saya.

Saya hanya perlu ke http://www.tunemoney.com/ dan pilih Card. Klik ke Apply Now !

Ikut arahan yang dinyatakan dan kini saya telah pun memiliki satu kad pra bayar Visa.

Saya boleh mengambil Tune Card itu di cawangan Pos Malaysia pilihan anda.

Kini saya tidak perlu lagi membawa dompet saya ke mana-mana. Wang milik saya semuanya sudah bertukar menjadi kad plastik.

Mengejutkan apabila proses mendapatkan Tune Card amat mudah dan singkat. Ia boleh disahkan dengan cepat.

Jika di dalam Tune Card anda ada banyak wang, jika anda ke luar negara anda boleh menggunakan Tune Card untuk mengeluarkan wang di ATM seluruh dunia.

Tidak seperti kad kredit, Tune Card tiada bayaran dikenakan jika bayaran lewat dan tiada bil yang akan tiba setiap hujung bulan.

Benar, Tune Card memudahkan hidup saya.

Gegaran DiGi Street Blast ! Fu-Yoh !!!

Entri oleh sultanmuzaffar 08 December 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Antara waktu bekerja, saya sempat meluangkan masa untuk pergi ke acara DiGi Street Blast yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

Saya tiba sekitar jam 4 petang. Hari Ahad itu merupakan hari saya bekerja. Selepas program Gala TV selesai jam 3.30 petang, saya memandu ke Taman Tasik Titiwangsa.

Saya hanya sempat berada di sana selama lebih kurang 2 jam sahaja kerana harus pulang semula ke pejabat untuk persiapan Gala TV jam 10 malam.

Itulah rutin harian saya kini.
Image Hosted by ImageShack.us
Tiba di Taman Tasik Titiwangsa, sebuah taman terawal di Kuala Lumpur. Padat dengan manusia yang rata-ratanya merupakan golongan muda. Ada juga yang hadir bersama keluarga.

Tahun ini DiGi FuYoh! Street Blast menjanjikan persembahan dan acara hebat selama lebih 12 jam termasuklah acara sukan, permainan ekstrem, pertandingan tarian B-Boys, pertandingan rekaan fesyen, pengalaman melonjak ke angkasa bersama G-ForceX dan persembahan konsert.

Semuanya ada. Macam-macam ada. Kalau saya berada di sana 12 jam lah !

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Sewaktu saya di sana, aktiviti pertama yang menangkap pandangan saya ialah pertandingan futsal.

Beberapa pasukan sedang bertanding untuk wang tunai RM1,5000, jersi dan goodie bag DiGi Prepaid FuYoh! Itu kalau menang sebagai juara lah !

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Mata saya terpandang sekumpulan remaja sedang bermain skateboard. Juga ada hadiah untuk mereka kalau mereka menang. Sang Juara akan memenangi sebuah telefon bimbit Nokia 6288, hamper Red Bull dan cermin mata gelap Oakley.

Image Hosted by ImageShack.us

Pengaruh lorong gelap Amerika benar-benar memberikan kesan kepada remaja Malaysia. Tembok menconteng grafiti disediakan untuk golongan remaja mencurahkan idea kreativiti mereka.

Jika mereka mahukan sesuatu yang lain, boleh juga menampal tatoo sementara di tubuh mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Aktiviti yang paling menarik perhatian saya ialah permainan basikal BMX. Zaman-zaman dulu pun saya ada basikal BMX. Jadi kenangan zaman dulu secara tidak langsung teringat kembali.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Lapangan basikal BMX agak besar. Ada cerun untuk penunggang basikal melakukan aksi-aksi yang lain daripada yang lain.

Memang banyak masa saya dihabiskan menonton aksi-aksi mereka.

Image Hosted by ImageShack.us


Tergerak juga hati ingin naik G-ForceX, tetapi hati masih belum terbuka lagi. Yang hanya mampu dilakukan ialah merakamkannya sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Selain gerai-gerai DiGi, ada banyak lagi gerai yang ada di sana. Antaranya Maybank2U, SilkyGirl, Nokia dan Swatch.

Nampaknya saya ketinggalan acara di sebelah malam. Pertandingan baru sahaja bermula. Konsert juga nampaknya semakin rancak. Tetapi saya harus pulang kerana kerja sudah menunggu.

Antara acara yang saya tertinggal ialah Fashion Design Competition. Tonton YouTube ini !


Juga persembahan Letto !

1 Juta Bakal Menjadi Milik Anda !

Entri oleh sultanmuzaffar 05 December 2007 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Pernahkah anda mengambil sikap tidak apa terhadap sesuatu perkara ? Jangan ! Ambil langkah baru mulai sekarang !

Apakah yang telah terjadi kepada rakyat Malaysia ? Mereka selalu mengambil lewa tentang perkara yang boleh mendatangkan keuntungan pada mereka.

Mungkin saya boleh ingatkan anda apa yang telah anda lakukan dulu.

Mereka pernah menunggu hingga tarikh yang terakhir untuk menukar Kad Pengenalan Baru dan mereka juga mahu menjadi pengguna terakhir mendaftar kad telefon prabayar mereka.

Apabila ditawarkan hadiah RM1 juta pun orang Malaysia masih bertangguh. Mereka mengambil langkah tidak apa….atau tiada peluang untuk menang…atau peraduan itu sekadar membuang masa.

Banyak yang boleh anda lakukan dengan RM1 juta ! Kalau saya macam-macam yang boleh dibuat dan dibeli.

Setiap manusia punya keinginan dan setiap keinginan itu perlu didokong dengan usaha. Tanpa usaha, mustahil akan berjaya.

Saya punya keinginan untuk memilikinya dan saya telah pun mengisi borang dan tekan OK. Bukannya susah pun.

Tetapi mereka terlupa yang mereka juga ada peluang untuk memenanginya. Tuah ayam mungkin nampak di kaki tetapi tuah manusia tidak ada siapa yang tahu.

Sebagai orang Islam, telah tertulis di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali mereka merubahnya sendiri.

Masalahnya sekarang, kenapa kita tidak mahu mengubahnya ? Semuanya terletak pada diri kita sendiri.

Anda ada lagi kurang 30 hari untuk merubah nasib anda.

Tarikh tutup peraduan Jutawan Merdeka TM akan tamat pada 31 Disember 2007 !

Jangan buang masa anda. Anda hanya perlukan 5 minit untuk berpeluang menjadi seorang jutawan tahun ini.

Tawaran yang diberikan oleh Jutawan Merdeka TM terlalu banyak. Mungkin anda tidak berpeluang untuk memenangi RM 1 juta kerana ada banyak lagi hadiah yang boleh anda menangi. Hadiah Harian turut memberikan anda peluang memenangi rebet RM100 tunai yang akan dikreditkan ke akaun pemenang.

Selain daripada itu sebagai Hadiah Bulanan mungkin menjadi milik anda. Pernahkah anda bercuti ke luar negara ? Mungkin Pakej Percutian Luar Negara (EPL/Olimpik Beijing) untuk dua orang yang bernilai RM15,000 menjadi taruhan anda. Sempenan Tahun Melawat Malaysia tidak sah jika tiada pakej melancong dalam negeri dan Pakej Percutian Tahun Melawat Malaysia untuk 4 orang bernilai RM5,000 mungkin menjadi milik anda juga. Turut disediakan untuk anda ialah telefon bimbit 3G Nokia.

Anda ada telefon kediaman TM ? Atau mungkin ada capaian internet TMNet ? Atau anda menggunakan akaun Celcom sama ada prabayar/pascabayar ?

Anda layak untuk menang RM 1 juta !

Caranya mudah saya. Anda dikehendaki mengisi borang penyertaan dan lengkapkan slogan. Borang penyertaan boleh didapati secara online di www.tmonline.com.my.

Anda juga boleh mendapatkan borang penyertaan dari cawangan TMPoints atau Celcom di seluruh negara. Isi dan hantar terus.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.tmonline.com.my atau menghubungi talian bebas tol 1300 888 555 or 100.

Ingat ! Peraduan tamat pada 31 Disember 2007. Ayuh ! Rakyat Malaysia ! Ini peluang anda !

Katakan Tak Nak !

Entri oleh sultanmuzaffar 02 December 2007 0 komen

Seminggu telah pun berlalu. Bagi rakan-rakan di Facebook mungkin telah mengetahui tentangnya seawal jam 11 malam di malam kejadian.

Saya telah dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri sekitar jam 6.45 petang. Walaupun tidak lama menginap di Ampang Puteri, saya anggap ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan.

Ia terlalu menakutkan sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti......

Hari Isnin itu saya tidak bekerja. Saya perlukan rehat. Dalam waktu yang terluang untuk berehat, saya perlu juga menghadiri rakaman untuk Cornetto Love? Perhaps. Saya terlibat secara langsung sebagai Blogger Paparazzi untuk program tersebut.

Program tersebut telah pun bermula dan boleh ditonton setiap hari Sabtu jam 9.45 malam di NTV7.

Saya ke Bangsar sekitar jam 11 pagi hingga jam 1.30 petang. Berhenti rehat untuk makan tengahari bersama beberapa orang kawan sebelum kembali semula ke lokasi rakaman untuk menyambung kerja yang tertangguh.

Sekitar jam 4 petang, saya pulang ke rumah. Sudah berasa tidak sedap badan. Saya tidak layan.

Hampir jam 6 petang, Haiza menghubungi saya. Setiap hari Isnin akan ada segmen Sehati Berdansa bersama Gala TV di Astro AWANI. Memang saya menjadi contact person untuk program tersebut yang telah saya tinggalkan dua minggu lalu.

Saya cuba untuk bercakap dan memberikan arahan penunjuk jalan kepada Haiza. Suara saya tersekat-sekat dan tidak mampu untuk meneruskan panduan kepada Haiza. Saya perlu forward nombor Haiza pada rakan sekerja saya yang berada di pejabat.

Saya hubungi Badrul bertanyakan simptom-simptom yang sedang saya hadapi. Badrul pernah melaluinya, jadi lebih elok kalau saya bertanyakan dia sahaja. Mungkin dia lebih tahu kerana dia pernah berhadapan dengan benda yang sama.

Kata Badrul...."Don't ask me...I'm not a doctor..." Tambah stress bila soalan saya dijawab sebegitu.

Dia suruh saya ke klinik segera.

Saya turun ke bawah untuk ke klinik yang berdekatan. Jalan kaki sahaja kerana saya takut untuk memandu dalam keadaan sedemikian.

Di Klinik mereka mengarahkan saya ke Hospital Kuala Lumpur kerana itulah hospital yang berdekatan untuk kes-kes kecemasan seperti ini.

Dalam kepala saya terfikir....hmmmm....Hospital Kuala Lumpur ? Timbul sedikit keyakinan saya pada hospital "kerajaan", lalu saya cuba yakinkan diri.

Masa tersebut mana sempat untuk demand hospital kelas satu walaupun sebagai kakitangan saya sememangnya layak untuk ditempatkan di hospital kelas satu.

Setibanya di Hospital Kuala Lumpur....indah khabar dari rupa. Saya menunggu hampir sejam. Saya tidak mampu untuk menunggu lebih lama. Saya tinggalkan surat dari klinik di HKL dan menaiki teksi ke Hospital Ampang Puteri.

Sampai di Ampang Puteri lebih kurang jam...

Kejap lagi sambung...ada show pukul 3 petang. Gala TV !...

Sekitar jam 7.45 malam saya telah pun ditempatkan di Wad Kecemasan. Tekanan darah diambil dan kemudian pemeriksaan ECG dijalankan.

Doktor mengatakan ianya normal tetapi perlu pemeriksaan susulan kerana jantung pada waktu tersebut berada dalam keadaan rehat. Pemeriksaan seterusnya melibatkan stress test.

Pada ketika inilah sekitar jam 9 malam saya menerima SMS yang mengejutkan. Ini bukan masa yang terbaik untuk terima SMS yang bukan-bukan.

Saya turut diberikan ialah nebulizer. Memang rasa lapang dada bila ubat itu masuk ke ruang udara badan.

Suntikan pain killer yang terakhir benar-benar menakutkan. Dah lama tidak kena injection. Sekali sekala seriau lah juga !

Banyak ubat diberikan. Lepas makan malam. Saya pulang ke rumah. Jam 10.45 malam saya sampai rumah.

Kenapa jadi macam itu ? STRESS ? Mungkin !

Seminggu lepas serba tidak kena. Terlalu banyak yang berlaku.

Salah seorang kakitangan berhenti kerja. Gala TV tinggal 2 orang sahaja termasuk saya yang perlu menyiapkan program jam 3 petang dan 10 malam.

Kemasukan saya ke Gala TV sebenarnya adalah untuk menguatkan program tersebut yang kekurangan orang. Sepatutnya ada tiga orang. Boleh juga bernafas.

Oleh kerana Fida takut dengan tekanan dan dia seorang yang pengecut, dia mengambil langkah untuk berhenti. Mungkin dia bijak. Mungkin juga dia pengecut !

Tekanan ada di mana-mana. Hanya orang yang takut pada tekanan akan berhenti atau mencari kerja lain.

Cukuplah bertanya pada saya bila nak berhenti...atau mencari kerja lain.

Terus terang saya katakan. Tekanan bekerja untuk Akademi Fantasia sebenarnya TIADA kalau dibandingkan berada di Astro AWANI.

Orang kata penat bekerja untuk AF selama tiga bulan, tetapi kalau mereka berada di Bilik Berita seperti Astro AWANI, tekanan di program AF sebenarnya TIADA. Apatah lagi program-program yang lain.

Sekarang, semuanya kembali ke asal. Tetapi mulai minggu ini nampaknya saya sudah boleh menarik nafas lega.

Perkembangan terkini yang menarik untuk sama-sama kita nantikan.

Janji saya, nantikan sahaja kerana sebelum AF6 bermula pasti ada perubahan yang bakal berlaku.


Nota : Sudah seminggu saya katakan Tak Nak ! Anda bila lagi ?

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger