Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Cereka Fantasi Duyung Dari DiGi !

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2008

Duyung ialah sebuah filem cereka fantasi. Ia mengisahkan tentang Jimmy dan teman sepermainannya, “seekor” kera bernama Orix yang menghuni Pulau Maiga dan Mabu. Walaupun berhadapan dengan sindiran masyarakat, Jimmy dan Orix sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar pulau tersebut dari dibanjiri sampah sarap.

Dari situ plotnya berkembang kepada Jimmy mencintai seorang wanita bernama Aspalela yang turut mendapat perhatian jejaka lain yang bernama Kordi. Syarat yang dikenakan oleh keluarga Aspalela ialah Jimmy harus memiliki sebuah pulau.

Berbekalkan tekad ingin mengahwini Aspalela, Jimmy mula membina pulaunya bersama kera kesayangannya. Di situlah mereka turut dibantu oleh “seorang” ikan duyung bernama Puteri.

Pastinya niat baik ini berjaya dihidu Kordi dan dia berhasrat untuk menjual Putri kepada orang kaya di Sungkai.

Bermulalah cabaran yang perlu dihadapi oleh Jimmy dan apa pula yang terjadi kepada Puteri setelah diperangkap Kordi ?

Bagaimana pula dengan cerita cinta Jimmy dan Aspapela ? Apakah cinta mereka berjaya dihalang dari terus berkembang ?

Filem arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen ini bakal ditayangkan kepad umum mulai 6 Mac depan. Diterbitkan oleh KRU Films dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Line Clear Motion Pictures serta bakal dibintangi oleh Saiful Apek, Maya Karin, Yasmin Hani, Awie, Rosnah Mat Aris, Abu Bakar Omar dan ramai lagi.

Seperti filem Cicakman, Pontianak Harum Sundal Malam dan banyak lagi, filem Duyung telah ditaja oleh DiGi.

Jika anda ingin mendampingi Duyung, jadilah antara yang bertuah untuk memenangi tontonan filem Duyung yang kesukaran utamanya adalah penggambaran yang dilakukan di dasar laut Pulau Sipadan. Lebih 40% penggambaran dilakukan di dasar laut dan kesengsaraan selama 25 hari di pulau tersebut sungguh mencabar. Lebih menarik apabila Maya Karin melakukan sendiri adegannya tanpa menggunakan bantuan stunt.

Peluang keemasan itu menjadi lebih bererti apabila anda dapat berkongsi saat-saat mendebarkan sewaktu pelakon dan krew produksi mempertaruhkan nyawa masing-masing apabila terpaksa berdepan dengan jerung dan spesis hidupan laut ketika penggambaran tersebut.

Ingin merasai pengalaman yang sama, ini peluang anda !

Paling penting, anda perlu menonton filem ini di pawagam sebelum menyertai peraduan ini. Mudah saja. Jawapan kepada setiap soalan, ada dalam filem ini.

Hantar SMS DY ke 2000 dan anda bakal menerima tiga soalan mudah mengenai filem Duyung dan fikirkan slogan yang kreatif. Ikut arahan yang selanjutnya dan anda berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama percutian ke Taman Tema Air pilihan di Amerika Syarikat atau kamera digital Olympus µ 770, telefon bimbit Nokia dan Apple IPod dari 6 Mac hinggah 6 April 2008. !

Selain daripada itu, koleksi kandungan telefon bimbit yang menarik boleh didapati di Portal Rentaq untuk telefon bimbit dan computer anda.

Lawati laman portal tersebut dan pilih kandungan menarik yang anda ingini. Taip (SMS code) dan hantar ke 2000 untuk mendapatkan kandungan menarik yang anda ingini.

Duyung turut menghadiahkan kepada anda sebuah album runut bunyi (OST) yang dibarisi oleh penyanyi ternama tempatan seperti Saiful Apek, Mendua, Flava, Dafi, Aznil Hj. Nawawi, Ezlynn, X-Factor dan Indigo.

Antara lagu-lagu yang bakal dihidangkan kepada anda ialah Aspalela, Hampir Ke Situ, Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk, Bila Terasa Rindu, Datanglah Kekasih, Teramat Sangat, Jikalau Aku, Masih Mencari, Gadis Misteri dan Yahoo.

Duyung bukan sebuah filem yang menyajikan hiburan kosong, sebaliknya menitipkan mesej untuk berjaya kita perlu ada prinsip yang menjadi pegangan.

Anda boleh melayari laman web Duyung yang cukup komprehensif dan terperinci tentang apa yang berlaku di sebalik filem Duyung.

Laman Web Rasmi : www.duyung.net

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger