Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Enam Tahun Lalu

Entri oleh sultanmuzaffar 01 March 2008

26 Februari lepas, blog ini berusia enam tahun.

Satu tempoh yang agak lama.

Enam tahun lalu, saya tidak pernah berangan platform ini akan menjadi satu fenomena. Enam tahun lalu, blog adalah satu medium yang begitu asing di kalangan rakyat Malaysia. Enam tahun lalu, saya tidak pernah membayangkan akan berada di sini.

Kini ada macam-macam. Ada Murai, ada Gua, ada Jomstar. Portal hiburan sudah semacam satu kemestian. Blog hiburan juga bercambah. Ada Mr.Manager, ada Klubbkidd, ada Budiey, ada TontonFilem, ada Ajami, ada macam-macam. Akhbar sudah ada versi online. Ada Utusan Malaysia, ada Berita Harian, ada Kosmo dan sebagainya. Portal bersifat bebas pun ada. Ada MalaysiaKini, ada Harakah. Saluran TV juga bertambah. Ada Astro, ada Astro AWANI, ada RIA, ada PRIMA, ada TV3 dan macam-macam lagi.

Macam-macam.

Pencarian maklumat semakin mudah. Kini pilihan di tangan anda untuk memilih mana yang terbaik untuk anda.

Hari ini sudah masuk bulan Mac. Bulan Akademi Fantasia. Berada dalam Gala TV tentunya sesuatu yang mencabar apabila perlu sentiasa berada di hadapan berita. Dalam erti kata lain, saya perlu mengejar berita Akademi Fantasia.

Pastinya ada sesuatu yang menarik yang cuba saya tawarkan di sini. Maka bulan Mac – Mei bakal merupakan bulan paling perit buat saya. Ulasan harian Akademi Fantasia di blog ini akan diteruskan seperti biasa.

Olahannya berbeza. Dua kali sehari. Sama seperti yang akan disiarkan untuk Gala TV, Astro AWANI. Ulasan pertama akan disiarkan sekitar jam 5 petang, manakala ulasan kedua akan disiarkan sekitar jam 11 malam.

Pendekatannya berbeza. Ulasan pra dan pasca Diari. Untuk Konsert dan program-program lain belum difikirkan lagi pendekatannya.

Menjelang Pilihan Raya Umum 2008, kepada yang layak mengundi pergilah mengundi. Ini peluang anda untuk memilih mereka yang anda fikirkan layak untuk memimpin anda. Salah dipilih, ke longkang lah jawabnya. Bila betul pilihan yang dibuat, luruslah jalan anda.

Astro AWANI menerusi program Analisis Pilihan Raya memberikan laporan mendalam, analisis terperinci dan diskusi hangat pelbagai isu Pilihan Raya di Saluran 501 Astro.

Disiarkan setiap hari pada pukul 7.30 pagi (LIVE), 9.30 pagi (ulangan 9.30 malam), 12.30 tengahari (ulangan 7.30 pagi), 5.30 petang (LIVE), 9.30 malam (LIVE) dan 1.30 pagi (ulangan 5.30 petang)

Saya akan mengundi lagi. Ini kali ketiga saya mengundi. Yang mana satu pilihan saya ? Undi adalah rahsia.

P110 - KLANG (77,816)
Charles Anthony Santiago (DAP)
Datuk Ch'ng Toh Eng (BN-MCA)

N47 - Pandamaran (25,192)
Ronnie Liu Thian Khiew (DAP)
Datuk Teh Kim Poh (BN-MCA)

Apakah pula Harapan Malaysia tahun 2008 ini ?

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger