Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kejutan Barisan Kabinet Baru Malaysia 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 19 March 2008

Apa ada pada barisan kabinet baru Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini ? Seperti Akademi Fantasia mempunyai kejuta, barisan baru kabinet juga tidak lari dari kejutan. Kejutan pertama tentunya ketiadaan Khairy Jamaluddin dalam struktur pentadbiran negara. Saya berharap sangat Khairy terpilih kerana pemilihannya akan menyebabkan gelombang tsunami kemarahan ahli UMNO terus memuncak. Sayangnya ia tidak menjadi kenyataan. Apakah dengan tidak terpilihnya Khairy akan menyebabkan gelora rumahtangganya pula bergegar ? Sebuah drama yang sangat saya tunggu-tunggu lebih dari drama kejutan di Akademi Fantasia.

Beberapa Menteri digugurkan, antara yang mengejutkan ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sebagai tunggak utama sayap wanita UMNO, sewajarnya beliau terpilih sekali lagi setelah menang di Kuala Kangsar. Dikhabarkan Ratu AP ini akan mengadakan sidang akhbar pagi ini di Kuala Lumpur. Apa pula drama yang akan terjadi ? Apakah beliau mahu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO sekaligus mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Kita tunggu pagi ini.

Belum pun Pak Lah boleh tidur lena dengan pengumuman tersebut, dua Timbalan Menteri telah menolak tawaran kerusi empuk Kementerian. Seingat saya yang mahu berjinak-jinak dengan politik Malaysia, belum pernah terjadi lagi sebelum ini ada yang menolak tuah. Ianya berlaku sewaktu Malaysia berada di bawah tampuk pemerintahan Pak Lah. Kejutan lagi ?

Kementerian Penerangan diterajui oleh personaliti yang saya tidak kenal. Manakala Kementerian Belia dan Sukan diterajui oleh bapa Dafi. Mungkin juga "populariti" yang ada pada Dafi dijadikan alasan terbaik untuk Pak Lah untuk menarik golongan belia yang kini sedang lemas dari program realiti TV. Mungkin juga kredibiliti Datuk Seri Azalina Othman Said tidak berjaya menarik minat golongan belia. Sebaliknya ditukarkan Ahli Parlimen yang menang tanpa bertanding itu ke Kementerian Perlancongan.

Kementerian Perpaduan digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Mungkin ada hubung kaitnya perpaduan dan kesenian serta kebudayaan. Isu perpaduan adalah isu besar yang melanda negara kini lalu menyebabkan isu kebudayaan dan kesenian diperkecilkan. Tetapi elok juga kerana kini kementerian tersebut diterajui oleh muka lain. Oh ya ! Esok akan dibuat pengumuman untuk pementasan P.Ramlee The Musical Season 2. Hmmm...

Saya tertarik dengan pendapat yang diberikan Undergrounduate tentang pengguguran Datuk Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Apakah wujud motif politik akan pengguguran mereka ? Mereka menjadi tulang belakang kepada krisis kepimpinan negeri Perlis yang menolak Datuk Seri Shahidan Kasim dan memilih Datuk Dr. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Apakah ini balasan kepada mereka yang menderhaka kepada Pak Lah ? Radzi Sheikh Ahmad ialah Setiausaha Agung UMNO ok ! Hmm..something fishy here !

Dahulunya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Jamaluddin Jarjis turut digugurkan. Beliaulah yang telah merasmikan Astro AWANI pada 9 September tahun lepas. Jinx siot ! Mungkin juga kebebasan dan laporan seimbang yang diuar-uarkan oleh Astro AWANI sewaktu kempen PRU12 menjadi penyebabnya.

Benarlah situasi politik Malaysia penuh dengan kejutan yang lebih hebat dari Akademi Fantasia. Tidak sabar rasanya menunggu kejutan yang seterusnya. Sama ada yang bersifat air-mata atau pun tidak, pastinya saya tunggu dengan penuh kesabaran. Menariknya saya lebih tertarik untuk menulis ulasan barisan kabinet Pak Lah berbanding ulasan harian Diari Akademi Fantasia. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku ya.

Rakyat telah pun bersuara, kini tiba giliran ahli Barisan Nasional pula untuk berani membuka mulut. Bila lagi ? Saya suka politik Malaysia !!

Alhamdulillah, saya ada situasi politik Malaysia dan Akademi Fantasia untuk terus membuatkan saya terus sibuk dan mengenepikan isu-isu peribadi yang lain.

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz

Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad

Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin

Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
Fadilah YusOf

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Menteri
Teng Boon Soon

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen

Timbalan Menteri
Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger