Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Lagu Tugasan Minggu Kedua

Entri oleh sultanmuzaffar 24 March 2008

Saya ternyata suka dengan lagu tugasan pelajar minggu kedua. Sesuatu yang amat mencabar buat mereka. Saya mengharapkan yang terbaik. Semua pelajar mendapat lagu yang berbeza dengan karektor mereka. Itulah cabaran yang ingin saya lihat mereka galas setiap dari mereka.

Ika mendapat lagu Malu Tapi Mahu yang nyata lebih sukar dari Kesetiaan. Lufya pula ternyata terkejut bila mendapat lagu dangdut. Pada awalnya dia mengatakan lagu dangdut sesuatu yang merepek. Merepek atau tidak bukan soalnya kerana variasi bakat itu yang menjadi keutamaan di Akademi.

Nadia pula mendapat lagu yang lebih sukar. Lagu yang ditolak oleh Ika diberikan kepada Nadia. Rina yang biasa di kelab malam dengan lagu-lagu rancak atau pun Inggeris perlu membawakan sebuah lagu balada yang berhantu. Siapa yang tidak mahu menonton Saida membuka dirinya dengan lagu Doktor Cinta ? Memang kelihatan Saida tepuk dahi bila mendapat lagu ini. Stacy yang sudah diuji dengan lagu Inggeris akan membawakan lagu balada pula kali ini. Menariknya lagu balada ini agak kurang popular masa kini. Rela merupakan "one hit wonder" Tila.

Ika : Malu Tapi Mahu - Dina Malaysian Idol
Lufya : Cintaku 100% - Mas Idayu
Nadia : Umbrella - Rihanna
Rina : Ku Seru - Misha Omar
Saida : Doktor Cinta - Dewi Dewi
Stacy : Rela - Tila

Begitu juga dengan Alif yang bakal membawakan lagu popular Mawi yang memerlukannya menari lebih rancak dari lagu Sayang Sayang. Jika Faisal gagal membawakan lagu nasyid minggu lepas walaupun lagu genre tersebut merupakan lagu makanannya, minggu ini Faisal akan membawakan sebuah lagu rock. Itu yang mahu kita lihat. Perubahan yang bakal dibawakan oleh Faisal. Nubhan nampaknya satu-satu pelajar yang mendapat lagu yang bersesuaian dengan keupayaan vokalnya. Nubhan pun sudah mula menggerakkan bibirnya mengikut lirik lagu tersebut. Nampak seperti tiada masalah untuk Nubhan. Minggu inilah kita ingin lihat personaliti Naim dalam lagu Aspalela. Gaya dan pergerakan komik dalam keremajaan Naim boleh diserlahkan dalam lagu tersebut. Riz yang hebat minggu lepas bakal membawakan lagu Separuh Masa yang boleh tahan rancaknya. Stanly pula berpeluang untuk membawakan lagu yang agak moderate berbanding minggu lepas. Sama seperti minggu lepas, Toi bakal membawakan lagu yang berentak rancak dan minggu ini beliau sekali lagi diuji dengan penguasaan pentasnya.

Alif : Angan Dan Sedar - Mawi
Faisal : Ranggi Metropolis - Awie
Naim : Aspalela - Saiful Apek
Nubhan : Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense
Riz : Separuh Masa - The Lima
Stanly : Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain
Toi : Sang Pencinta - M.Nasir

Tidak sabar rasanya menunggu konsert hujung minggu ini.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger