Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Berlakulah Magik Malam Ini

Entri oleh sultanmuzaffar 12 April 2008

Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Pun begitu, Pengetua bagaikan begitu risau dengan perkembangan pelajar minggu ini. Sama-samalah berharap akan berlaku magik pada Konsert Keempat Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)

Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:


Image Hosted by ImageShack.us

ALIF

Tiada banyak komen yang boleh dibuat. Nampaknya tempoh dua hari belum cukup untuknya berlatih dah bersedia menyanyikan lagu yang terpaksa ditukar di saat akhir ini. Dia masih belum dapat menghafal hampir keseluruhan lagu ini.
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

FAISAL

Bagaikan tersentak dengan ugutan Pengetua, Faisal nampak bersungguh-sungguh menyanyikan lagu ini. Memandangkan dia akan menyanyikan irama asli, maka persembahannya perlu lebih ceria dan perlu lebih berinteraksi dengan penari latar.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA


Image Hosted by ImageShack.us

NADIA

Mengekalkan momentum minggu lepas, Nadia nampak lebih yakin menyanyi di pentas. Cuma nyanyiannya masih belum cukup lembut dan perlu lebih menambah senyuman mengiringi sebuah nyanyian irama asli ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA


Image Hosted by ImageShack.us

NUBHAN

Suatu persembahan yang sederhana tetapi cukup menghiburkan. Dia Cuma perlu menyuntik sedikit tenaga lagi dan menambah keceriaan terhadap lagu ini. Nyanyian gemersiknya pasti mampu mengimbas memori peminat lagu ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

RINA

Seperti biasa, Rina sentiasa memberikan yang terbaik terhadap semua tugasan yang diberikan. Cuma dia seperti tidak cukup ceria menyanyikan lagu ini. Kelainan pada konsert nanti pasti akan memberikan lebih tenaga pada persembahannya.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

Image Hosted by ImageShack.us

RIZ

Persembahannya tetap memukau walaupun ada bahagian yang dia masih tidak menghafal lirik. Dibantu penari latar dan tarian yang hebat, menjanjikan sebuah persembahan yang menghiburkan.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

SAIDA

Menyanyikan lagu adik sendiri, mungkin menjadi masalah utama Saida. Namun, jika masalah itu dapat dibuang jauh-jauh, pasti penonton bakal dihidangkan dengan suatu persembahan yang menarik.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

Image Hosted by ImageShack.us

STACY

Menyanyikan lagu sendiri menjadi kelebihan buat Stacy. Apapun yang bakal dipersembahkan nanti, Stacy perlu melakukan yang terbaik agar lagu yang akan diperdengar buat pertama kali ini, suatu persembahan yang diingati.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

STANLY

Mungkin kedudukan tubuhnya yang tidak selesa menyanyi di kerusi pada sepanjang persembahan, meneybabkan ada ketika vokalnya bagaikan tenggelam. Dia patut membuktikan kemampuan vokal yang ada pada lagu ini.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

TOI

Tidak seperti minggu lalu, Toi nampak tidak yakin dengan persembahnnya. Dengan lirik yang masih gagal dihafal, pergerakkannya juga kucar kacir. Persembahannya membosankan. Dia perlu melakukan magik!
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

Dalam kesuntukkan masa tidak sampai 24 jam, apakah pelajar ini mampu melaksanakan tugasan keempat pada malam ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Ketiga Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan biarkan mereka tersingkir. Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!

Dari Laman Web Akademi Fantasia 6
Akan diupdate dengan ulasan peribadi selesai konsert kelak.

Persembahan Pilihan SM
1. Riz - Marabahaya 8/10
2. Nadia - Mengapa Dirindu 8/10
3. Stacy - Cinta Khayalan 7/10
4. Saida - Hati Kama 6/10
5. Rina - Terbang Helang 6//10
6. Faisal - Joget Bunga Melati 6/10
7. Nubhan - Cinta Hampa 6/10
8. Alif - Menghapus Jejakmu 5/10
9. Toi - Laukku Cukup Masin 5/10
10. Stanly - Kasih Tercipta 1/10

Tidak sempat untuk update cerita konsert kerana berada di Konsert Celine Dion.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger