Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Mencipta Bintang di Boot Camp Teater Muzikal

Entri oleh sultanmuzaffar 15 November 2008

StarMaker kembali untuk musim kedua selepas menyaksikan kejayaannya di musim pertama. Kejayaan itu dapat dilihat apabila pementasan P.Ramlee The Musical mendapat sambutan yang hangat dari penggemar teater dan juga pengulas persembahan.

Sekali lagi, Enfiniti Productions...produksi yang membawa Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical menganjurkan bengkel teater muzikal yang bermula pada 15 hingga 30 November ini. Paling menarik bila Stephen Rahman "Hang Tuah Hughes bakal mengemudi bengkel itu.

Stephen Rahman-Hughes seperti yang diketahui umum merupakan pemeran watak Hang Tuah yang telah menggegarkan Panggung Sari Istana Budaya di Kuala Lumpur dan The Esplanade, Singapura. Kali ini Stephen bakal berkongsi ilmu pentasnya dengan rakyat Malaysia agar mereka lebih mendalami makna sebenar apakah itu pentas lakon.

Turut membantu Stephen ialah Matt Cross yang turut sama berkerjasama dengan beliau dalam beberapa pementasan di West End. Apabila digabungkan pengalaman mereka yang menjangkau lebih 30 tahun itu bukan sekadar di pentas lakon, malah mereka pernah membintangi filem di Hollywood dan juga popular di skrin televisyen. Tidak kurang juga, Stephen memiliki kumpulannya sendiri yang digelar Teatro. Mereka juga jaguh di lantai tari dan memiliki ilmu yang tidak kurang hebatnya.
Bengkel seni persembahan intensif itu diadakan selama dua minggu. Sepanjang dua minggu, fokus akan diberikan kepada seni lakon, seni nyanyian dan seni tari. Menariknya apabila hanya 20 tempat dibuka untuk bengkel tersebut. Ia merupakan langkah terbaik untuk mewujudkan hubungan rapat antara peserta sebagai mendapatkan kejujuran dan mendalami hubungan antara setiap peserta.

Bukan senang untuk mendapat peluang mempelajari dengan seseorang yang sememangnya pakar seperti mereka. Jika saya bekerja waktu pejabat 9 pagi - 6 petang juga pastinya saya mahu turut serta. Bayaran penyertaan hanyalah RM300 seorang. Bukannya mahal.

Sebagai projek serampang dua mata, peserta yang bertuah dan menunjukkan mutu penerimaan pendidikan terbaik akan terpilih untuk turut serta dengan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical yang bakal berlangsung pada 4 hingga 22 Februari tahun hadapan. Peserta bertuah akan mendapat latihan dalam projek sebenar. Peluang itu bukannya datang selalu.

Dalam senario perkembangan teater muzikal di Malaysia, hampur seluruh Malaysia bercakap mengenainya. Apa sahaja persembahan pentas jika boleh diterjemah kepada muzikal akan diterjemah ke genre tersebut. Teater seperti Lantai T.Pinkie diubah ke bentuk muzikal, begitu juga dengan filem Impak Maksima yang diubah ke bentuk yang sama. Semuanya mahu dimuzikalkan. Oleh itu penggiat teater yang sebelum ini tidak mengenali apa itu teater muzikal perlu diperkenalkan dengan genre tersebut supaya mereka sentiasa bersedia untuk terlibat dengan mana-mana pementasan. Untuk itu, bengkel ini datang tepat pada waktunya.

Datin Seri Tiara yang baru kembali dari sekolah seni di Tasmania pastinya ada sesuatu yang berharga untuk dicurahkan kepada golongan muda yang mula menggemari untuk mendalami teater muzikal. Sesi latihan untuk Puteri Gunung Ledang The Musical yang kali ini menerapkan tema "Magical" bakal bermula pada 1 Disember ini.

Peserta bengkel ini akan turut didedahkan dengan latihan dalam elemen-elemen teater, muzik dan tari yang terdapat dalam teater tersebut. Pastinya peluang ini tidak dilepaskan oleh penggiat teater untuk mempelajari dari seseorang yang sememangnya profesional bukan saja di Malaysia malah di West End.

Seni teater bukan satu seni yang sekadar main-main. Ia perlu dilakukan dengan serius. Keseriusan Enfiniti Productions yang dikemudi oleh Tiara Jacquelina pastinya menyegarkan bidang teater di Malaysia. Mereka mahu melatih agar penggiat teater menjadi penggiat yang terlatih agar mereka tidak terus bertatih.

Kalau boleh saya mahu jadi pelakon PGLtM, ensemble pun jadilah, tetapi cukuplah sebagai penyedia kandungan laman web rasmi Puteri Gunung Ledang The Musical. Kini saya sedang memerah otak untuk mendapatkan idea untuk konsep interaktif laman web tersebut yang bakal bertemakan "Magical".

2 komen

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah atas pembabitan SM ...

    King Arthur

     
  3. Good day

    New in Sireh Dan Cengkeh, interview with folk singer/songwriter Art Fazil from Rausyanfikir.

    Visit us for more interviews and articles.

    Regards
    Syed

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger