Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Minggu Yang Sibuk Bermula Dengan Rebab Tidak Bertali

Entri oleh sultanmuzaffar 12 November 2008

Minggu ini merupakan satu minggu yang paling sibuk untuk saya. Pagi tadi saya ke lokasi penggambaran telefilem "Rebab Tidak Bertali". Jika ada dari anda yang menonton Gala TV pukul 10 malam tadi tentu mengetahui tentang telefilem itu. Ia merupakan lakonan pertama Diddy. Walaupun telefilem itu untuk siaran RTM, saya pergi juga.

Saya masih tidak faham apabila bekerja dengan satu stesen televisyen secara eksklusif, maka laporan berita harus tidak boleh memberikan publisiti kepada produk stesen lain. Contoh yang paling dekat ialah sewaktu Anugerah Skrin. Saya berkatakan berkali-kali bahawa yang ingin diberikan publisiti ialah pemenangnya dan bukan penganjurnya. Tanpa saya berikan publisiti pun apabila disebut Anugerah Skrin, ianya sudah diberikan gambaran jelas kepada Media Prima.
Katakan apabila Aznil Nawawi menang lagi dengan Macam Macam Aznil atau Mamat Khalid menang dengan Kala Malam Bulan Mengambang dan saya tidak berada di situ. Maksud saya bukan saya secara peribadi tetapi Astro AWANI.

Berbalik kepada cerita Diddy dan Rebab Tidak Bertali. Yang perlu diberikan publisiti ialah Diddy dan telefilem itu sekadar menjadi latarbelakang. Kalau kena cara cerita diolah, saya pasti yang diberikan publisiti ialah personaliti itu dan bukannya stesen televisyen yang menyiarkan telefilem itu.


Saya tetap merasakan kita perlu bersikap terbuka kerana dunia seni kita bukannya besar mana pun.

Seperti yang saya katakan tadi minggu ini minggu yang amat sibuk. Setiap hari ada saja acara atau majlis yang perlu dihadiri. Hari ini ada Astro Mega Drama Screening yang bakal menayangkan beberapa drama baru untuk bulan Disember. Esok pula seperti minggu lepas saya perlu menghadiri pertemuan mingguan untuk kononnya Wedding Of The Year.

Sebelah petang ada sessi wawancara bersama penyanyi legenda Ramli Sarip dan penyanyi malar segar Khatijah Ibrahim. Kedua-duanya penyanyi kegemaran bapa saya. Mereka akan mengadakan Konsert di Dewan Filharmonik Petronas 17 & 18 November ini. Bukan selalu dapat peluang bertemu dengan penyanyi bertaraf legenda seperti mereka.

Hari Jumaat pula sekali lagi hari filem. Kali ini pula filem Afdlin Shauki iaitu Los & Faun bakal ditayangkan kepada media. Sudah lama saya tunggu filem ini dan akhirnya ia ditayangkan. Saya difahamkan Stephen Rahman Hughes akan turun ke majlis tersebut. Lagipun pada hari Sabtu sebuah lagi acara iaitu StarMaker Boot Camp akan berlangsung. Program anjuran Enfiniti Productions itu akan turut dikendalikan oleh Hang Tuah.

Bercakap tentang Puteri Gunung Ledang The Musical, nampaknya untuk musim terbaru ini saya akan terlibat. Sebagai apa ? Tungggguuu...

1 Responses to Minggu Yang Sibuk Bermula Dengan Rebab Tidak Bertali

  1. Anonymous Says:
  2. salam,
    hi i wish u goodluck..
    i believe ur talent will be shine one day,insyaAllah..

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger