Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Samsung DVD Player : DVD-1080PK Memudahkan Saya

Entri oleh sultanmuzaffar 09 November 2008

Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi penajaan dari Samsung. Setelah menerima telefon bimbit Samsung SGH-i550W beberapa bulan lalu, saya diberikan peluang untuk mencuba sebuah pemain DVD. Pening juga kepala memikirkan di mana harus diletakkan pemain baru itu. Itu satu, belum lagi pening memikirkan sambungan wayar yang perlu dilakukan.

Sebelum ini saya telah memiliki sebuah sistem teater rumah dari jenama yang lain, maka saya perlu memikirkan sambungan wayar yang perlu dibuat tanpa perlu membuang sistem teater rumah yang lama. Lagi pun seluruh sistem bunyi berpunca dari jenama lama itu. Hendak tak hendak, saya perlu mengekalkannya.

Sambungan ke dekoder Astro juga perlu dijaga agar kesilapan pada sambungan tidak menyebabkan salah satu dari peralatan itu tidak berfungsi dengan baik. Mujur saya baca panduan yang diberikan dengan teliti dan setiap sambungan menjadi kenyataan.

Kini, setiap DVD yang saya beli saya gunakan dengan pemain DVD Samsung. Sistem bunyi dari sistem teater rumah banyak memberikan kelebihan kepada pemain DVD baru saya itu. Perbezaan ketara apabila pemain DVD itu boleh menghasilkan mode slow motion.

Selain itu, pemain DVD itu ada Progressive Scan yang membolehkan imej yang terhasil di televisyen lebih berkualiti dan jelas. Dengan televisyen yang saya ada sekarang, hasilnya tetap baik. Tetapi ia mungkin berbeza jika televisyennya dari jenama Samsung. Lebih-lebih lagi kalau televisyen yang ada sambungan kabel HDMI. Televisyen saya sekarang tidak punya sambungan kabel HDMI. Mungkin Samsung boleh taja televisyen yang baru. :)

Oleh kerana minat saya terhadap fotografi begitu menebal, maka satu lagi keunikan pemain DVD ini ialah terdapatnya USB port yang membolehkan saya menyambungnya dengan storan luar saya. Imej-imej yang saya rakamkan dengan kamera DSLR saya boleh ditonton di televisyen saya. Ia memudahkan saya untuk melihat versi yang lebih besar berbanding melihatnya di skrin komputer.

Bukan itu saja, segala drama bersiri dan filem yang saya muat turun di internet juga boleh saya tonton menggunakan pemain DVD itu. Pemain DVD itu boleh membaca format MPEG4. Selain itu, muzik dalam format MP3 dan WMA juga boleh dibaca oleh pemain DVD itu. Ia banyak memudahkan saya.

Pemain DVD itu juga boleh menghasilkan fail audio dalam format MP3 dari CD audio yang dimainkan oleh pemain DVD itu. Pemindahannya dibuat menerusi USB port yang ada. Senang sekali !

Fungsi HDMI atau High Definition Multimedia Interface membolehkan kualiti audio dan visual yang dihasilkan oleh DVD menjadi lebih berkualiti pada televisyen yang mempunyai kualiti HDMI. Itu pun jika ada televisyen HDMI. Tidak perlu berlapik-lapik, senang cakap seperti televisyen LCD jenama Samsung. :)

Bila dilayari laman web Samsung, nampak seperti mereka sudah mengeluarkan pemain Blu-ray. Perrghhh ! :)

http://www.samsung.com.my

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger