Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 25 December 2008

Lentera Timur merupakan album studio ketiga belas dari bintang kesayangan ramai Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza.

Album tersebut akan mula dipasarkan pada 25 Disember 2008 di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tidak ketinggalan ia akan turut dipasarkan di Indonesia juga. Ia merupakan album tradisional (kontemporari etnik) keempat Siti Nurhaliza selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika.

Menggabungkan komposer dan penerbit lagu etnik yang dikenali di Malaysia selain pembikin baru menjadikan album ini berpotensi untuk pergi jauh selain menaikkan martabat industri muzik tempatan.

Album yang mengandungi 11 lagu etnik komtemporari itu diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records (SRC).

Penggunaan “live strings” digunakan sewaktu proses rakaman album ini yang telah dipimpin oleh Eddie Marzuki termasuk pemain violin yang terdiri daripada Maya, Yin Siew Keen, Azlan dan Yew Haan.

Antara penerbit yang terbabit dalam pembikinan album ini ialah Johari The, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.

Antara lagu yang terkandung di dalam album Lentera Timur ialah :
"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon
"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar
"Cinta Ini" Katon Bagaskara
"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad
"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun
"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot
"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan
"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun
"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah

Berani saya katakan album ini telah dihasilkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia, baik barisan komposer mahu pun penulis liriknya. Penyanyinya pun tidak perlu saya perkenalkan lagi. Ini bermakna jika tahun hadapan Siti Nurhaliza bertanding dalam Anugerah Juara Lagu, nama-nama seperti Johan Nawawi, Zubir Ali atau pun Amran Omar pastinya diketepikan dari barisan juri.

Satu keunikan album ini yang sampai sekarang masih saya kagumi apabila 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza Januari lepas. Kesemua lagu tersebut dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama.

Siti Nurhaliza amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit albumnya kali ini dan amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industi muzik Malaysia. Di sebalik kesuraman industri hiburan, nampaknya masih ada sinar lagi untuk senario muzik tempatan dan jawapannya ialah Lentera Timur yang bermakna Cahaya Timur.

Album Lentera Timur akan mula diedarkan pada hari ini.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger