Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Laporan Khas Belasungkawa Suharto

Entri oleh sultanmuzaffar 27 January 2008 0 komen

Memang agak sibuk.

Lebih-lebih lagi hari ini. Berita kematian Suharto yang diterima pada jam 2.10 petang mengharu-birukan situasi di Astro AWANI.

Persiapan untuk Gala TV jam 3 petang terhenti untuk memberi laluan kepada Laporan Khas berita kematian tersebut.

Ada khabar angin menyatakan yang slot Gala TV jam 10 malam juga bakal diganti.

Berita gembira buat saya kerana jika benar ia berlaku saya berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 22 malam ini.

Laporan Khas Belasungkawa Suharto bakal disiarkan hingga jam 12 tengah malam ini di Astro AWANI.

Berita sedih untuk 234 juta rakyat Indonesia, nampaknya menjadi berita baik untuk saya bila Gala TV diganti.

Siapa agaknya yang bakal menang malam ini ? Dengar cerita Mawi akan mempersembahkan silap mata ala David Copperfield dan David Blaine malam ini dengan aksi terapung.

Ramalan Syok Sendiri AJL 22
Juara Lagu: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Kategori Balada: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Kategori Pop Rock: Angan dan Sedar (Mawi)
Kategori Etnik Kreatif: Samudera (Nora)
Persembahan Terbaik : Mawi
Vokal Terbaik : Siti Nurhaliza

Anugerah Juara Lagu 22 didominasi bintang realiti Akademi Fantasia ! Power ! Power !

Keputusan Sebenar AJL22
Juara Lagu: Itu Kamu (Estranged)
Kategori Balada: Izinku Pergi (Sahri)
Kategori Pop Rock: Itu Kamu (Estranged)
Kategori Etnik Kreatif: Samudera (Nora)
Persembahan Terbaik : Mawi
Vokal Terbaik : Jaclyn Victor & Lah VE

Dari Hati sultanmuzaffar Tentang Hadiah Daripada Hati

Entri oleh sultanmuzaffar 13 January 2008 0 komen

Sebelum apa-apa berlaku, saya paparkan lagu pilihan saya dari album Hadiah Daripada Hati oleh Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin ramai yang bertanya kenapa ambil masa yang lama untuk meletakkan pilihan saya. Jawapannya cuma satu. Saya agak sibuk dengan tugas di Astro AWANI. Itu saja alasannya.

Alasan lain mungkin saya mengambil masa yang agak lama untuk menyukai lagu-lagu dalam album Siti kali ini. Jika pada pendengaran kali pertama, saya katakan album ini adalah album biasa dari Siti Nurhaliza, setelah mendengar beberapa kali saya dapat dengar sesuatu yang matang dari Siti Nurhaliza. Matang dari segi vokalnya dan begitu juga dengan penghasilan lagu-lagunya.

Saya lebih puas dengar nyanyian Siti dalam album ini kerana lagu-lagunya. Mungkin juga kerana banyak lagu balada terkandung dalam album ini. Kalau dilihat daripada senarai, hanya lagu rancak iaitu Ku Mahu sahaja yang menarik perhatian saya. Dua lagu di bawah merupakan lagu yang kurang saya gemari.

Untuk tidak menghampakan, saya paparkan dulu pilihan saya.

Pilihan sultanmuzaffar

1. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
2. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
3. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
4. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
5. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
7. Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
9. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)
10. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
11. Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)

Jika dilihat dari senarai di atas nampaknya saya suka ciptaan komposer Indonesia, diikuti dengan komposer Singapura dan hanya lagu ketiga barulah lagu yang dihasilkan komposer Malaysia.

Kenapa saya katakan album ini antara album terbaik Siti Nurhaliza ? Saya menyukai kematangan vokal Siti yang mana nyata berbeza sewaktu album Transkripsi berbanding album ini. Bagi yang tidak menyukai album ini pastinya mengharapkan vokal Siti sewaktu zaman sebelum beliau berkahwin. Zaman tersebut albumnya dipenuhi dengan lagu-lagu mendayu dan yang tinggi-tinggi capaian vokalnya. Tidak hairanlah jika ada yang kecewa kerana dalam album ini vokal Siti lebih kasar tetapi membesar matang selari dengan kematangan dirinya. Orang Malaysia memang terlalu taksub kepada nyanyian jerit-jerit yang bernada tinggi.

Kalau mahu dibandingkan nyanyian Siti dalam lagu Kau Kekasihku dan Melawan Kesepian memang nada tinggi seperti itu kurang dalam album ini. Saya tidak anggap ia sebagai satu kelemahan Siti sebaliknya melihat ia satu kematangan. Sampai bila nak bernyanyi jerit-jerit dan melihat orang Malaysia bertepuk kegembiraan mendengar nyanyiannya itu ? Cukup-cukuplah.

Tak perlu membandingkan jauh, cukup sekadar membandingkan lagu Ku Mahu dan Destinasi Cinta. Nyata satu perubahan yang besar telah berlaku kepada nyanyiannya dan itulah keunikan album ini. Matang dari segi vokal.

Kalau anda ingin melihat perubahan Siti Nurhaliza, inilah albumnya. Matang. Satu perkataan sudah cukup menggambarkan apa yang saya rasa mengenainya.

Bukannya tiada lagu yang bernada tinggi seperti yang selalu diharapkan pendengar Malaysia. Ada. Lagu Hati contohnya. Bukan saja lagu itu agak tinggi tetapi juga lagu itu berjaya meresap semangat patriotik. Ia antara lagu terbaik yang ada dalam album ini. Terbaik di kalangan komposer tempatan...

Melawan Kesepian harus saya katakan lagu tipikal Siti Nurhaliza. Ia lagu yang sesuai dan begitu sinonim dengan Siti Nurhaliza. Saya sukakan lagu tersebut kerana nyanyiannya selain keindahan melodi lagu tersebut. Memang sukar untuk menyaingi lagu Biarlah Rahsia yang akan menjadi lagu malar segar Siti sampai bila-bila, tetapi penyampaian Siti untuk lagu tersebut saya kira sampai ke hati saya.

Kalau diikutkan hati "kecewa" saya, seboleh-bolehnya saya tidak mahu meletakkan lagu Cintamu di antara tempat teratas kerana lagu tersebut ditujukan untuk Dato' K. (ketawa) Tetapi saya tidak boleh mengelak kerana melodi lagunya selain liriknya yang sedap didengar.

Mulanya Cinta tidak perlu saya pertikaikan. Saya fanatik P.Ramlee The Musical dan lagu itulah yang membawa Siti ke pentas teater. Walaupun saya lebih menyukai versi "live" di teater tersebut, versi album tidaklah begitu mengecewakan. Jika album runut bunyi P.Ramlee The Musical dipasarkan kelak, pastinya versi tersebut menjadi pilihan saya.

Rasanya cukuplah sekadar beberapa lagu yang saya gemari saya ceritakan apa yang saya rasa tentang lagu-lagu tersebut. Bercerita tentang kulit albumnya, saya harus katakan yang kulit album juga menampakkan visual-visual yang lebih matang dari Siti sendiri. Kematangan itu terserlah dari imej klasik dan berada di kelasnya yang tersendiri. Warna hitam menjadi latar kepada albumnya kali ini. Diusik kata-kata hitam itu menggambarkan kesedihan, Siti pantas menyatakan hitam itu bukannya kesedihan, sebaliknya lebih klasik dan "classy". Cepat benar kita mahu melihat sesuatu terarah ke unsur negatif walaupun telah lama dimomokkan dengan kenyataan "hitam itu menawan..."

Sempat juga berbicara bersama Pengurusnya yang ditemui di Istana Budaya sewaktu pementasan P.Ramlee The Musical berlangsung. Katanya, rakaman memang dilakukan dalam waktu-waktu terluang Siti. Adakalanya malam, adakalanya siang. Walaupun pihak pengurusan lebih gemarkan Siti merakamkan vokalnya pada waktu malam.

Jika dulu saya pernah menyatakan kenyataan yang berbeza dengan ulasan pada hari ini, mungkin juga saya masih mahu dan mengharapkan vokal Siti sama seperti dahulu sekaligus menidakkan usia setiap manusia pasti meningkat dan kematangan kita akan bertambah setiap hari.

Lama juga saya mengambil masa untuk menerima kematangan Siti Nurhaliza dan hari ini kematangan itu saya terima dengan tangan terbuka untuk melihatnya lebih berjaya di masa akan datang. Cuma berharap sesuatu boleh dilakukan kepada penataan imejnya yang saya lihat seperti ada yang tidak kena. Oh ya ! Ini imej sewaktu pelancaran album ya, bukannya imej sekembalinya beliau dari Tanah Suci.

Dapatkan album Hadiah Daripada Hati, Dato' Siti Nurhaliza di pasaran untuk anda nilaikan sendiri kematangan vokalnya.

Kejutan Pertama Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 07 January 2008 0 komen

Pada hari ini, Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia".

Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.

Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.

Pastinya spekulasi barisan tenaga pengajar akan bermula tidak lama lagi untuk melihat siapakah tulang belakang Ramli MS yang layak untuk bergandingan dengannya.

Jika ditanya apa pandangan saya tentang had umur yang dinaikkan ke 45 tahun, saya anggap ia sesuatu yang sia-sia. Di peringkat umur tersebut, ada perkara yang lebih penting untuk mereka lakukan.

Senarai Tarikh & Lokasi Ujibakat
12 & 13 Januari
ASTRO Bukit Jalil

17 - 20 Januari
Kompleks Asia City, Kota Kinabalu

17 - 20 Januari
Merdeka Palace, Kuching

26 - 27 Januari
Penang International Sports Arena, Penang

26 - 27 Januari
Kompleks Mawar, Johor Bahru

2 & 3 Februari
PNB Darby Park, KL

Senarai Lagu Ujibakat
Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza

Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tan Sudah - Jay Jay
It's Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah

Pengumuman Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 06 January 2008 0 komen




Pastikan anda bersama Gala TV di Astro AWANI hari Isnin, jam 3 petang dan 10 malam untuk satu pengumuman yang dinanti-nantikan.

Untuk mendapatkan perkembangan lanjut, teruskan bersama Atma Asia hari Isnin, jam 5 petang. Satu sesi temubual akan diadakan.

Selamat Tahun Baru 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2008 0 komen

Hujung tahun baru saja selesai menyiapkan Gala TV Year-Ender.

Ahh ! Pening memikirkan kerja yang tidak pernah habis...

Kalau mahu bercerita tentang kerja, memang saya sudah sedikit tawar hati sejak akhir-akhir ini. Mungkin ini bukan yang saya ingin. Saya meneruskannya pun hanya kerana satu sebab. Saya cuba untuk larikan jauh-jauh perasaan itu tetapi makin dekat ia datang.

Kerjanya telah membataskan masa saya sehingga tiada kesempatan untuk kemana-mana kecuali membantu sahabat saya Mohamed Najmie Noordin yang melangsungkan perkahwinannya bersama Tengku Rinanda Putri. Bagi yang masih ingat, Najmie ialah pemilik blog SeniKami satu ketika dulu. Waktu itu zaman blog sedang meletup.

Sekarang ini tiada kesempatan untuk menulis.

Album Siti Nurhaliza, Hadiah Daripada Hati pun belum sempat lagi diulas. Dari Siti Nurhaliza belum ke Mekah, sehinggalah Siti telah pun kembali ke tanah air; ulasan album masih belum sempat ditulis.

Filem Kala Malam Bulan Mengambang pun telah saya tonton. Masih sama alasannya, tiada lagi kesempatan untuk diberikan pandangan.

Apa agaknya azam tahun baru saya tahun ini ? Saya telah pun memulakan azam baru itu sebulan yang lalu iaitu Katakan Tak Nak !

Mungkin ada satu pemangkin yang menyebabkan saya bertekad untuk berhenti. Dan itulah yang menyebabkan saya terus berada di sini.

Adakalanya saya mahu melarikan diri jauh-jauh dari bekerja dengan mereka yang "perasan bagus"....semakin menjauhkan diri, semakin dekat ia datang...

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger