Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Cuti Cuti Malaysia : Sipadan Kapalai Dive Resort Bhg. 3

Entri oleh sultanmuzaffar 30 June 2008 0 komen

Senja di Kapalai
Kesuraman Senja di Kapalai
Hening Malam di Kapalai
Ketenangan di Kapalai
Debar Di Kapalai


Saya baru kembali dari Pulau Sipadan. Bercuti. Saya bercuti di dalam negara sahaja. Saya sahut seruan kerajaan. BerCuti-Cuti Malaysia. Harga minyak melonjak tinggi, mana saya ada duit untuk melancong ke luar negara.

Ia merupakan hari terakhir saya di Pulau Sipadan-Kapalai. Saya tidak dibenarkan diving di hari terakhir kerana saya perlu naik kapal terbang AirAsia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya tidak mampu naik MAS kerana mahal. Lagipun harga minyak semakin melonjak tinggi, saya mana ada duit untuk naik MAS.

Saya menggalakkan anda melancong di dalam negara. Lebih-lebih lagi ke Pulau Sipadan. Sebuah syurga dunia untuk penyelam. Kalau anda bukan penyelam, anda masih boleh snorkeling. Kalau anda berhajat untuk diving, anda boleh mendapatkan lesen dengan belajar dahulu dengan F-Tersix Dive.

Dari Pandangan Kaca Mata sultanmuzaffar
Sipadan Kapalai Dive Resort
Sipadan Kapalai Dive Resort
SKDR Dive Centre
SKDR Dive Centre
Kembali dari Early Morning Dive
Mabul Wing
Kapalai Wing




Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Pulau Sipadan Hari Kedua : Gambar Dasar Laut
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1

Escapism

Bak Kata Nabil...Lu Fikirlah Sendiri

Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2008 0 komen

Saiful Bahari @ Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (kiri)
Bersama Dato Sri Azalina Othman
Bersama Dato' Mustapha Mohamed
Bersama Datuk Shahrir Samad


Saya baru sahaja menonton sebuah program baru Astro PRIMA yang dikemudikan oleh Juara Raja Lawak Astro musim 2 iaitu Nabil. Program tersebut bernama Nabil, Lu Fikirlah Sendiri. Nabil membawakan imej seorang stand-up comedian dalam program tersebut. Jenaka bukan sahaja boleh ditonton melalui program tersebut, jenaka juga boleh ditonton melalui apa sahaja medium komunikasi yang disiarkan hari ini.

Saya boleh sifatkannya sebagai satu jenaka terancang yang gagal. Jenaka yang tidak kena waktunya dalam cubaan menutup beberapa kelemahan realiti yang berlaku. Saya petik kata Tan Sri SM Salim..."Apa Nak Jadi ?"

Saya sempat berbual kosong penuh isi dengan beberapa orang kawan tentang apa yang berlaku sekarang. Sesuatu yang menarik untuk dilihat ialah penerimaan rakyat terhadap tuduhan tersebut. Jika pada tahun 1998, penggunaan internet belum begitu meluas di ceruk-ceruk kampung, sebaliknya pada tahun 2008 generasi reformasi yang 10 tahun lalu sudah semakin matang dan ada di antara mereka kini sudah pun menjadi wakil rakyat.

Generasi 2008 adalah generasi internet yang terdedah kepada penyebaran maklumat tanpa sempadan. Apakah mereka masih tidak sedar bahawa internet dan media baru lah yang telah meranapkan penguasaan 2/3 mereka ?

Ada beberapa gambar lagi di blog RockyBru dan MrManager. Sebelum terlupa, malam ini RockyBru akan bersiaran dalam Temujanji di Astro AWANI (Saluran 501), pukul 9 malam. Jangan ketinggalan. Jangan lupa baca cita-cita tinggi Saiful Bahari di ruangan komen blog riwayathayat.blogspot.com.

Entri Sebelum Ini:
Pulau Sipadan Hari Pertama
Pulau Sipadan Hari Kedua : Gambar Dasar Laut
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1

Escapism

Sepi - Gabung Jalin Tiga Cerita, Satu Destinasi

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2008 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Filem Sepi ternyata berbeza dari filem Cinta. Jangan dibandingkan antara dua buah filem tersebut walaupun ianya garapan dari pengarah yang sama iaitu Khabir Bhatia dan ceritanya ditulis oleh Mira Mustaffa. Saya lihat kekuatan Sepi apabila setiap satu dari tiga kisah yang ada diberikan keadilan yang sewajarnya. Setiap satu cerita berdiri dengan kukuh dan satu tragedi menemukan ketiga-tiga kisah tersebut. Itu kelainan paling utama dalam Sepi.

Kekuatan visual diberikan perhatian paling utama sekali lagi. Garapan dan pemaparan visual dalam Sepi dilihat setaraf dengan filem Cinta. Setiap visual ada cerita yang mahu dibawakan. Mira Mustaffa selaku penulis tampil bergaya sekali lagi dengan idea menggabungjalinkan tiga cerita bertemu dalam satu destinasi.

Kata Mira, jika kita tidak merasai kehilangan, kita tidak akan menghargai cinta. Benar kata beliau. Kita hanya akan menghargai sesuatu yang pernah kita miliki apabila kita telah kehilangannya. Sepi diperkuatkan lagi dengan lagu-lagu latar yang kena dengan setiap adegan. Paling mengesankan tentulah melodi Vocalizing dendang Gita Gutawa. Melodi lagu tersebut menghantui minda. Lagu Diddy yang bertajuk Hilang juga dimuatkan dalam album runut bunyi filem Sepi. Jika dihayati lirik lagu Hilang, memang menakutkan. Kehilangan itulah yang paling ditakuti.

Saya akan kemaskini ulasan filem Sepi secepat mungkin. InsyaAllah. Filem Sepi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Dasar Laut Pulau Sipadan-Kapalai

Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2008 1 komen

Entri untuk Hari Ketiga di Sipadan akan dikemaskinikan secepat mungkin.




















Hari ini merupakan hari pertama saya bersama beberapa diver dalam kumpulan kami ke Pulau Sipadan. Saya adalah orang yang paling teruja, tetapi dalam diam. Ia merupakan kali pertama saya membenamkan diri saya ke dalam laut di Pulau Sipadan. Perjalanan dengan bot dari Kapalai mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami singgah di jeti untuk pendaftaran dan setelah selesai segala prosedur yang perlu dipatuh, kami bergerak ke Barracuda Point.

Nama : Barracuda Point
Masa Mula – 9.56 am
Masa Tamat – 10.41 am
Kedalaman – 27.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 30 darjah Celcius
Rating – 5 bintang

Pulau Sipadan memang dikenali dengan hidupan yang lebih besar berbanding Kapalai. Saya teruja. Mungkinkah ini menjadi kali pertama saya akan melihat jerung di hadapan mata ? Jerung di hadapan mata ? Ya ! Jerung !

Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang perakam video mengikut kami. Chille dari LKWID.com yang ditugaskan untuk merakamkan kenangan kami di dasar laut. Hari itu Ralston merupakan Dive Master dan Buddy saya.

Dengan kedalaman mencecah 27.3 meter, kami dapat melihat lebih 20 ekor jerung white-tips dan lebih 10 ekor penyu. Sudah namanya pun Barracuda Point, pastinya barracuda akan dapat dilihat dengan mudah. Segerombolan barracuda melintas di hadapan kami pada awal minit ke 5 selaman kami. Terlalu cepat mimpi menjadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar segerombolan barracuda di komputer, kini mereka di hadapan mata saya.

Ikan yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna adalah sesuatu yang biasa di Barracuda Point. Ada macam-macam nama yang tentunya tidak dapat saya ingati. Mungkin di percutian yang akan datang saya akan mengingati nama mereka.

Saya menyukai Sipadan berbanding Kapalai kerana jenis hidupan liar yang ada di perut laut tersebut. Selaman itu menjadi antara yang saya ingati kerana keindahannya terlalu sukar untuk digambarkan. Saya mula membiasakan persekitaran di dasar laut. Saya juga mula membiasakan diri untuk melakukan safety stop. Giant stride yang saya lakukan dilakukan dengan ayak berkeyakinan walaupun agak takut-takut.

Laut di Sipadan memang agak dalam sehingga kaki tidak mencecah ke dasar laut. Yang mampu saya lakukan hanya terapung di dalam air, sama seperti Dr. Sheikh Muszaphar terapung tanpa graviti di angkasa. Jika ditanya pada saya, adakah saya puas ? Pastinya jawapan saya YA !

Selesai di Baraccuda Point, kami berhenti makan tengahari di Jeti Pulau Sipadan berdekatan sebuah pos tentera. Kami berehat selama 1 jam 10 minit ataupun dikenali dengan surface interval. Ada sebab kenapa perlu berhenti seketika untuk membuang nitrogen yang masuk ke dalam badan sewaktu diving.

Destinasi yang seterusnya ialah South Point.

Nama : South Point
Masa Mula – 11.53 am
Masa Tamat – 12.38 am
Kedalaman – 28.5 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 29 darjah Celcius
Rating – 5 bintang

Ada sesuatu yang berlaku pada dive computer saya. Oh! Ya ! Jangan ingat saya tinggalkan notebook, tetapi saya tidak membawa komputer. Komputer yang saya maksudkan ialah dive computer SUUNTO D4 saya. Jam tersebut merekodkan setiap dive saya selain menjadi pengawal peribadi saya sewaktu selaman. Ia memberikan arahan sekiranya saya melanggar peraturan diving. Jika ada.

Dive computer saya memberikan warning signal dan menyarankan saya agar berhenti. Arahan STOP muncul di minit ke 16 pada kedalaman 24.4 meter dan hilang dim init ke 40 pada kedalam 6.2 meter. Saya sebenarnya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku. Apakah saya telah turun ke dasar laut terlalu cepat atau pun mungkin telah naik ke permukaan terlalu cepat ?

Destinasi South Point sangat hebat. White-tip sharks hanya kurang 2 meter dari saya. Saya sekadar melihat dan cepat-cepat bergerak menjauhkan diri. Bimbang menerpa di dalam hati. Lumrah untuk seorang diver baru seperti saya. Saya sempat juga menyentuh seekor penyu dari berpuluh-puluh yang sempat saya temui. Penyu tidak membahayakan untuk disentuh lebih-lebih lagi jika ia sedang berehat di dasar.

Kali ini saya lebih yakin dan tahu menggunakan BCD saya. Saya lebih tenang untuk mengawal imbangan di dalam laut. Saya sudah tahu apakah fungsinya memasukkan angin dan mengeluarkan angin apabila perlu agar imbangan di dalam air dapat dilakukan.

Di South Point saya dapat merasai apakah makna termocline. Memang terasa hangat air di antara kesejukan air yang ada di dasar laut. Kali ini saya sudah berani untuk memusing-musingkan badan di dalam air, jika mahu melihat apa yang ada di belakang. Sekali-sekala tunjuk skil. Hahaha.

Angkara bunyi amaran dari dive computer, saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan aktiviti selaman yang ketiga pukul 3 petang. Saya menghabiskan masa berehat di Resort dan bersantai “sun-bathing”.

Saya hanya mendapat tahu yang aktiviti selaman ketiga petang itu dibuat di Mabul. Nampaknya peluang saya untuk ke Mabul tidak menjadi kenyataan. Saya hanya berpeluang untuk ke Sipadan dan Kapalai sahaja selesai 4 hari berada di resort tersebut.

Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1

Escapism

Escapism di Sipadan Kapalai Dive Resort (Bhg.1)

Entri oleh sultanmuzaffar 22 June 2008 1 komen

15 Jun 2008
Hari yang dinanti-nantikan tiba. Saya sememangnya tidak sabar untuk bercuti dan akhirnya hari tersebut berada di depan saya. Sudah agak lama saya tidak bercuti. Bagi saya, bercuti sebenarnya sesuatu yang merimaskan kerana saya terpinggir dari Internet. Tapi kali ini saya harus melupakannya kerana saya mahu lari dari kerja, dari blog, dari facebook, dari kesesakan Kuala Lumpur.

Bermula dari saat awal menyertai AWANI, hingga ke kesibukan Pilihan Raya Umum 12 dan musim Akademi Fantasia, saya kira tenaga saya sudah habis untuk terus diperah. Minda saya sudah terlalu kering untuk menjana idea. Fikiran saya sudah menerawang entah ke mana.

Saya pilih Sipadan lebih sebulan yang lepas. Lalu, saya mengambil lesen “diving” bersama F-tersix Dive di bawah kendalian Shonny Loh. Mujur berjaya mendapatkan lesen, kalau tidak saya hanya boleh snorkelling sahaja di Sipadan. Saya kemas barang saya dan terbang ke Tawau.

Satu beg “diving equipment”, satu beg pakaian dan satu beg sandang barangan keperluan harian. Sudah memadai. Beg notebook saya tinggalkan. Jarang sekali saya dapat peluang untuk tinggalkan beg notebook.

Penerbangan ke Tawau dengan Air Asia lewat dari seperti yang dijadualkan. Perjalanan hanya bermula tepat pukul 4.30 petang dari LCCT ke Tawau. Saya tiba di Tawau agak lewat iaitu pukul 7.10 petang. Itu sahaja penerbangan yang tinggal dan saya terpaksa bermalam di Hotel Heritage, Tawau. Malam itu saya menghadiri satu acara pelancaran buku di Tawau.

Saya perlu tidur awal kerana esok bas akan bertolak ke Semporna pada pukul 7 pagi. Bermulalah satu perjalanan ke Pulau Sipadan, sebuah pulau yang tidak pernah saya impikan untuk jejakkan kaki saya ke sana.

16 Jun 2008

Pagi itu, tepat jam 7 pagi saya bertolak ke Semporna. Bas tersebut singgah di Lapangan Terbang Tawau untuk mengambil dua orang pelancong dari Perancis dan seorang dari Jepun. Ketiga-tiga mereka merupakan “diver”. Saya lihat mereka tiada banyak barang seperti saya.

Perjalanan ke Semporna mengambil masa selama 2 jam. Saya tiba di sana tepat jam 9 pagi. Menyiapkan beberapa borang untuk diisi sebelum menjejakkan kaki ke Sipadan.

Perjalanan dengan bot laju ke Sipadan-Kapalai Dive Resort mengambil masa selama 1 jam. Saya tiba di sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. Saya tergamam melihatkan keindahannya. Kami disambut oleh pekerja di sana dengan penuh mesra.



Selesai sesi penerangan untuk “diver”, kami menjalani “Orientation Dive” di house reef yang diberi nama Mandarin Valley. Kami bersiap sedia untuk aktiviti tersebut. Belum sempat saya check-in lagi ke bilik penginapan saya, terus saja ke Dive Centre. Prosedur di Dive Centre sangat teratur. Untuk diver, kami hanya perlu menyarung wet suit, mask, snorkel, fin dan weight belt sahaja. Kelengkapan lain semuanya disiapkan oleh Dive Crew yang bekerja dari pukul 5 pagi hingga 9 malam setiap hari. BCD, regulator dan tank disiapkan dan diletakkan di pakir khas sementara sebelum kami menyelam.

Amat mudah dan tersusun. Cuma perlu sarung dan terjun !

Orientation Dive : Kapalai - Mandarin Valley
Masa Mula – 12:17 pm
Masa Tamat – 12:53 pm
Kedalaman – 21.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 36 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 31 darjah Celcius
Rating – 4 bintang
Pertama kali saya diving melebihi had 18 meter. Kali ini saya mencecah 21.3 meter. Dive Master ialah Michiyo, seorang perempuan berbangsa Jepun yang bekerja di resort tersebut. Dive tersebut saya bersama 2 orang dari Perancis dan seorang dari Jepun.

Pada mulanya saya agak cemas apabila terpisah dengan pasangan saya, lebih-lebih lagi saya tidak nampak dasar. Pengalaman pertama kali ini saya gunakan untuk mendapatkan kaedah buoyant dan fin yang betul.

Memang terlalu menarik untuk diceritakan. Terlalu banyak hidupan makro yang kelihatan. Kapalai memang terkenal dengan hidupan makro.

Selesai diving, saya berikan mask saya kepada Michiyo. Beliau menyalakan api untuk membakar lapisan yang menyebabkan “fogging”. Selepas daripada itu, mask saya lebih jelas dan terang. Saya tidak perlu melakukan mask clearing setiap 10 minit.

Saya berehat sebentar sebelum melakukan dive kedua di Restoran. Foto di bawah ini merupakan permandangan yang biasa di Restoran. Selain itu, saya sempat juga check-in ke chalet penginapan saya. Memang cantik biliknya.

Nama : Kapalai - Eel Garden
Masa Mula – 3:21pm
Masa Tamat – 4:06pm
Kedalaman – 22.7 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 9 meter
Suhu – 31 darjah Celcius
Rating – 4 bintang
Selepas berehat selama lebih 2 jam, saya memulakan boat dive saya yang pertama di Kapalai. Kali ini haluan kami ialah Eel Garden. Michiyo masih merupakan Dive Master untuk dive tersebut dan buddy untuk saya.

Malangnya saya kehilangan beliau beberapa ketika. Sewaktu cemas, wajah Shonny muncul di minda memberikan arahan “Sabar”, “Sabar”. Mujur saya tidak bertindak yang bukan-bukan. Saya ambil keputusan untuk mengekori Saburo, seorang Jepun yang sibuk merakamkan gambar-gambar makro.

Pertama kali juga saya berada di dasar laut lebih 30 minit, kali ini selama 45 minit. Saya perlu tahu menjimatkan penggunaan tangki udara. Oleh itu saya perlu belajar untuk tidak cepat cemas dan menggunakan tangki udara tanpa henti.

Saya belajar banyak perkara sewaktu diving. Otak kena bekerja secara multi-tasking. Kena jaga kaki, kena jaga breathing, kena jaga buoyancy. Banyak perkara perlu dilakukan serentak. Itulah yang best tentang diving kerana kita berada di persekitaran yang nyata berbeza dari persekitaran yang kita sudah biasa iaitu di darat.

Buat ketika, saya gembira dengan percutian saya di resort tersebut. Awal subuh, lebih kurang jam 5.30 pagi rebut melanda resort tersebut. Angin kuat disertakan dengan guruh dan petir. Memang rasa chalet tempat kami menginap macam mahu terbang. Lebih-lebih lagi chalet tersebut terletak di permukaan laut tanpa ada chalet yang menghadang di hadapan chalet kami.

Hari pertama yang puas ! Puas kerana berada 22.7 meter di bawah laut. Sesuatu yang tidak pernah saya fikir akan buat sebelum ini.


Esok…jerung dan penyu menanti kami di Sipadan…

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger