Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Tun Dr. Mahathir di Astro AWANI

Entri oleh sultanmuzaffar 30 October 2008 0 komen




Malam itu sememangnya Astro AWANI tiba-tiba ramai orang. Kakitangan yang tidak bekerja pun datang pejabat semata-mata untuk bertemu negarawan ulung Malaysia itu. Malam itu juga Astro AWANI menjadi tumpuan. Mantan Perdana Menteri itu bukannya selalu muncul di kaca televisyen sejak bersara. Sekali-sekala.
Malam itu juga merupakan birthday Ashwad. Hadiah paling bermakna untuk Ashwad bila diberikan peluang mewawancara Tun Dr. Mahathir bersama Suhaimi Sulaiman. Oleh itu ramai juga lah rakan-rakan wartawan dari akhbar lain yang turut hadir. Bukan kerana Tun. Dr. Mahathir, tetapi kerana Ashwad. Kiranya birthday Ashwad ada tetamu kehormat lah. Kau ada ?

Malam itu juga tumpuan datang dari Tingkat Empat. Go figure.

Nota Terkini Template : Entri-entri terpilih setiap tahun kecuali tahun 2002 telah pun dikemaskinikan, cuma belum disusun dengan baik. Begitu juga dengan entri terpilih Seni. Anda boleh mendapatkan arkib entri blog ini yang terdahulu di situ. Selamat bernostalgia !

Maskara Shorties, Sabtu, 1 November di Rumah PENA !

Entri oleh sultanmuzaffar 26 October 2008 2 komen

Kecenderungan golongan muda yang rakus berkarya begitu meluas ketika ini. Selain merebaknya populariti band indie, golongan muda kreatif terus mempamerkan kreativiti mereka di layar perak. Menerusi filem pendek, minda golongan muda cuba diterokai dan dizahirkan di skrin putih.

Projek terbaru Sindiket Sol-jah iaitu MASKARA Shorties akan menemui peminat filem pendek pada 1 November ini. Tayangan tersebut akan diadakan di Rumah PENA pada pukul 8.30 malam.

Sebanyak 20 penyertaan filem pendek telah diterima oleh penganjur dan antara nama besar yang sudi turun padang ialah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 21, Mamat Khalid.

Karya yang bakal ditayangkan ialah :
1. Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur, arahan Geng Sifoo
2. SMS, arahan Ajami Hashim
3. 8 Jam, arahan CW Mohd Faiz dan Mohd Nazri Zainuddin
4. My Alien Girlfriend, arahan Nazri M.Anuar
5. Melayu 106, arahan Mamat Khalid
6. Grip Phone, arahan Tok Rimau
7. Surat Seorang Ibu, arahan Saiful Nang

dan ada banyak lagi sinopsis karya di Maskara Shorties ! Jumpa di sana !









Hantaran perkahwinan Mawi-Ekin RM30,000 serba satu

Entri oleh sultanmuzaffar 25 October 2008 1 komen

25/10/2008 6:14pm

KOTA BHARU 25 Okt. – Penyanyi popular, Mawi mengumumkan wang hantaran perkahwinannya dengan Ekin sebanyak RM30,000 serba satu.

Beliau berkata, keluarganya juga akan menghantar 11 dulang hantaran dan dibalas Ekin tujuh dulang. Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember.

- Utusan

Malam ini, jam 10 malam Gala TV akan menyiarkan wawancara eksklusif mengenai wang hantaran yang disimpan selama lima hari di dalam peti besi. Malam ini juga Gala TV akan mewawancara Datuk Sheila Majid secara langsung di Astro AWANI (Saluran 501).

Selamat Tinggal

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2008 15 komen

Berakhirnya sebuah gabungan paling mantap yang pernah dilahirkan dalam industri muzik Malaysia. Ning & Associates dilahirkan selepas dua tahun Vernon berjaya mempengaruhi Ning Baizura untuk berada di bawah pengurusannya. Dua tahun sebelum itu, seperti yang diketahui umum nama Ning Baizura seakan lenyap dari industri ekoran beberapa kontroversi yang melanda penyanyi itu.

Ning Baizura yang merupakan antara pemenang pertama di Anugerah Industri Muzik hilang dari pandangan selepas memenangi anugerah berprestij itu. Pengurusnya silih berganti. Semuanya tidak menjadi. Ada orang kata kalau mahu berjaya kita kena kuat berangan. Maka Ning dipertemukan dengan seorang pengurus yang sememangnya kuat berangan iaitu Vernon.

Ada orang kata lagi, jangan terlalu kuat berangan nanti jadi macam Mat Jenin yang akhirnya mati jatuh pokok kelapa. Ning berjaya mencipta nama. Anugerah demi anugerah di AIM dimenanginya antaranya Video Muzik Terbaik, Lagu Terbaik, Album Pop Terbaik, Artis Baru Terbaik dan Album Terbaik. Bukan itu sahaja, Anugerah ERA, Anugerah Bintang Popular juga pernah dimenangi oleh beliau.

Hari ini mencatat satu lagi sejarah dalam hidup Ning Baizura apabila beliau membubarkan Ning & Associates. Sekaligus membuat keputusan untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa Vernon. Artis di bawah naungan Artistes United Record (AUR) iaitu Nikki, Yanie & Nubhan kini akan terus berada di bawah naungan AUR. Ning menarik diri dari syarikat tersebut.

Spekulasi bertiup kencang mengaitkan punca "perpisahan" itu disebabkan oleh sikap pengurusnya yang dilihat lebih memihak kepada Nubhan. Turut dikaitkan juga dengan campurtangan suaminya. Yang mana satu betul, sukar untuk diluahkan oleh mereka. Peribadi katanya.

Harapan saya Ning Baizura akan terus berjaya menempuh haluan masing-masing. Ini bukan kes "mak buang anak", juga bukan kes "cerai talak tiga", juga bukan kes "cemburu buta". Hanya mereka yang tahu.

Teks Ucapan Ning
Salam..

Terlebih dahulu, saya minta maaf kalau saya kena refer pada nota saya, kerana ini bukan pekara yang mudah untuk saya lakukan.. Jadi dalam situasi ini saya nak pastikan yang saya tak merepek dan membuang masa semua orang hari ini.

Selama 16 tahun dalam bidang seni, saya telah lalui berbagai pengalaman, pahit manis, positive and negative. Alhamdullillah saya sentiasa bersyukur kerana dikurniai oleh Allah dengan bakat yang seadanya, kematangan, keyakinan, kekuatan dan keinginan untuk sentiasa menambahkan ilmu untuk terus berjaya dalam bidang yang sangat saya sayangi ini.

Saya amat berterima kasih kerana dapat melakukan semua itu dengan adanya seorang sahabat, abang, business partner dan pengurus seperti Vernon Kedit. Hasil dari segala tunjuk ajar, kasih sayang, semangat yang beliau berikan dan segala pengalaman yang kami timba bersama selama lapan tahun telah memberi saya kekuatan dan keyakinan untuk berdikari.

Dengan ini, saya dan Vernon telah bersepakat untuk membubarkan Ning & Assoc. yang kami sayangi demi memulakan episod baru dalam kerjaya kami masing-masing. Ning & Assoc. yang kami bina bersama akan sentiasa menjadi tanda kejayaan Vernon Kedit dan Ning Baizura.

Artiste United Records juga telah saya serahkan bulat-bulat kepada Vernon, dan sesungguhnya saya yakin artiste-artiste di bawah naungan label ini akan terus berjaya dengan segala bimbingan dan tunjuk ajar seorang yang berkaliber seperti Vernon. Tetunya mereka akan mendapat yang terbaik yang pernah saya sendiri peroleh bersama beliau dulu.

Saya percaya, di lubuk hati Vernon, beliau pasti berbangga dengan kekuatan, keberanian dan azam saya untuk menguruskan kerjaya saya sendiri mulai dari sekarang. Namun ini tidak bermakna kami tidak akan bekerjasama lagi kerana industri kita ini kecil and we will always support each other.

Dari itu, dengan secara rasmi, saya ingin mengumumkan bahawa mulai hari ini, saya mulakan tanggungjawab utama saya iaitu menguruskan dan mengendalikan show-show saya sendiri. Ini bererti, sesiapa yang ingin menjemput saya membuat persembahan, sila hubungi nombor; 012-**** *** atau email kepada ningbaizura@rocketmail.com.

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak media, teman-teman rapat, dan tentunya Vernon yang selama ini sentiasa memberi saya semangat dan sokongan yang tidak putus-putus. Saya harap anda semua akan terus menyokong dan berdoa untuk kejayaan kami masing-masing.

Ikhlas
NING BAIZURA HAMZAH DALTON







Gala TV Istimewa : Mawi...Ekin

Entri oleh sultanmuzaffar 21 October 2008 6 komen




Mawi dan Ekin hari ini mengumumkan rancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2008. Majlis Akad Nikah akan berlangsung di sebuah masjid di Johor Bahru, manakala pada sebelah malam majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru dengan tema moden kontemporari.

Seminggu selepas itu pula bakal berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki yang akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Untuk majlis tersebut, Mawi akan menonjolkan konsep Jawa. Turut menarik perhatian saya apabila pasangan pengantin akan diterbangkan dengan helikopter dari Dataran Bandaraya JB ke sebuah padang sekolah di daerah Felda tersebut.

Paling ditunggu-tunggu peminat pastinya majlis istimewa yang bakal berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan. Tema pada malam tersebut yang akan disiarkan secara langsung oleh Astro RIA ialah "Arabian Night". Melihatkan perancangan dan lakaran yang telah disiapkan, saya boleh andaikan ianya bakal menjadi sebuah malam paling bersejarah buat Mawi dan peminatnya. Memang ia sebuah majlis yang hebat. Ada unta, kuda, padang pasir, khemah Badwi, sisha, tarian gelek dan macam-macam lagi elemen Arab. Majlis Istimewa itu bakal berlangsung pada 11 Januari 2008, tarikh sama dengan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza.

Hampir seminggu kami di Gala TV, Astro AWANI menyimpul mulut menyimpan segala rahsia terperinci berkenaan majlis tersebut. Kami juga mengambil masa yang sama untuk menyiapkan pakej visual untuk Sidang Akhbar yang turut disiarkan secara langsung oleh Astro AWANI.

Memang memenatkan. Mujur, majlis-majlis resepsi berlangsung dua bulan lagi, maka segala pita di Media Library berkenaan Mawi masih belum dipinjam oleh sesiapa. Saya ditugaskan untuk mengumpul bahan berkenaan jalur karier seni Mawi. Apa yang berlaku sepanjang tiga tahun yang lalu perlu didokumentasikan. Memang memeningkan.

Beberapa arahan dikeluarkan sepanjang proses menyiapkan pakej visual tersebut. Arahan mengurangkan penayangan visual berkenaan Ina harus saya patuhi. Walaupun ianya merupakan salah satu momen penting dalam kehidupan Mawi.

Di majlis Sidang Akhbar, saya ditugaskan untuk menjadi pembawa soalan pertama kepada Mawi. Berdebar juga. Itulah kali pertama muncul secara langsung di Astro AWANI. Walaupun jika ikut perancangan awal memang perlu melakukan banyak segmen, tetapi saya lebih selesa untuk hanya muncul menanyakan soalan.

Saya lebih senang untuk bertemu rakan-rakan media di majlis tersebut. Puas berbual dengan rakan-rakan yang hadir seperti Fida, Dean, Farihad, Joe Lee, Maliah, Niezam, Juan dan ramai lagi.

Gala TV Istimewa Mawi...Ekin akan diulang kembali pada pukul 10 malam ini, 1 pagi, 3 pagi dan 3 petang esok. Jika yang terlepas menonton, boleh menonton.

Terima kasih kepada yang sudi menjadi telinga, mata, hidung dan hati saya sepanjang menyiapkan kerja-kerja untuk Sidang Media Mawi & Ekin. Terima kasih.

Esok, masa untuk spa !

Seribu Wajah Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 20 October 2008 1 komen

















Sehati Berdansa Musim 2

Entri oleh sultanmuzaffar 14 October 2008 6 komen


Sepuluh pasangan Sehati Berdansa Musim 2 telah pun diumumkan secara tidak sengaja oleh laman web rasmi program realiti tersebut.

Antara selebriti yang terpilih ialah :
1. Mazin & Anisa
2. Shahril Arsat & Noraini Morat
3. Ashed & Shima
4. Shasha & Salyo
5. Lisdawati & Fauzi Nawawi
6. Jamal & Faridah
7. Amyza Adnan & Izhar
8. Shahrin & Sabrina Ali
9. Ani Mayuni & Zairi
10. Khai & Rosma

Hos rancangan tersebut masih mengekalkan Linda Onn & Fahrin Ahmad.

Selain dinilai keserasian peserta program tersebut, keserasian pengacara rancangan tersebut juga bakal dinilai oleh penonton. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sehati Berdansa Musim 2.

Saya kini dalam proses mengemaskinikan rekaletak dan rekabentuk blog ini. Masiih banyak yang perlu diperbaiki. Jika anda perhatikan, tab di bahagian atas iaitu tab yang dibezakan mengikut tahun akan dikemaskinikan dengan entri-entri terbaik sepanjang tahun tersebut. Buat masa ini ianya masih kosong.

Secara keseluruhan inilah wajah terbaru sultanmuzaffar yang masih mengekalkan warna biru laut sebagai warna asasnya. Sementara kelabu sebagai warna latarbelakangnya. Bukan hitam, bukan putih tetapi warna pertengahan antara dua warna tersebut.

Saiz font lebih besar kali ini. Bersesuaian dengan usia yang semakin meningkat, saya sendiri agak sukar untuk membaca blog sendiri dengan font yang agak kecil.

Jika diperhatikan, kolum kiri nampaknya hilang dari pandangan. Saya sedang memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk memasukkan semula kolum kiri di rekabentuk lama ke dalam rekabentuk baru ini. Saya sedar pautan di kolum kiri banyak memudahkan pembaca dan pastinya akan saya masukkkan semula.

Jika anda mempunyai apa-apa cadangan, sila utarakan di ruangan komen di bawah. Blog ini akan berusia tujuh tahun bulan Februari 2009. Jika ianya bayi, blog ini akan masuk Darjah Satu tahun depan.

Terima kasih.

KEMASKINI : Testimonial telah ditambah. Segmen Arkib membolehkan anda membaca entri blog sekitar tahun 2002, iaitu di tahun awal saya mula menjadi blogger. Cuma entri berkaitan kerja dan hiburan sahaja yang disiarkan. Klik sahaja pada bulan yang anda inginkan. Ia akan menjadi lebih mudah selepas saya mengemaskinikan segmen tahun pada tab di bahagian atas blog ini.

RUANGAN PANDANGAN : Yang mana satu betul ? TRANSFORMASI UMNO atau UMNO TRANSFORMASI ? Sudah berkali-kali saya katakan, yang betul adalah TRANSFORMASI UMNO, tetapi malangnya komen saya ditongsampahkan.

Dari XPAX Untuk Budak Sekolah Sahaja : S.O.X. !

Entri oleh sultanmuzaffar 07 October 2008 1 komen

School of X (S.O.X.) bukanlah sekolah yang mengajar perkara yang terlarang ataupun lebih mudah yang mengajar tentang seks. ! S.O.X. merupakan pelan prabayar terbaik yang akan menggegar dunia. Pelan tersebut dikhaskan untuk pelanggan yang berusia 12 hingga 18 tahun. Secara lumrah akal, ini bermakna perkhidmatan itu ditawarkan untuk pelajar sekolah.

Zaman sekarang pelajar sekolah juga sudah memiliki telefon bimbit dan ianya bukan sesuatu yang asing. Sudah menjadi pemandangan yang biasa apabila melihat pelajar sekolah berpakaian sekolah menggunakan telefon bimbit. Mungkin demografi peringkat umur yang dilihat hanya di sekitar bandar.

Bersesuaian dengan pakej tersebut untuk pelajar sekolah, pastinya kadar panggilan terbaik, bonus terbesar dan kelebihan terbaik ditawarkan oleh rangkaian telefon bimbit tersebut. Ala…untuk budak sekolah.

Dengan S.O.X., pelanggan mendapat peluang panggilan paling rendah ke mana sahaja. Ya ! Ke mana sahaja. Panggilan dari Kuala Lumpur ke Tawau atau Kota Kinabalu atau Ampang atau Bukit Mertajam atau Gua Musang atau Permatang Pauh…kadarnya sama sahaja.

Panggilan lebih murah sekiranya menghubungi kawan atau keluarga yang tersenarai dalam 8pax. Cari 8 orang yang boleh anda panggil sebagai kawan seusia dengan anda, mungkin adik, abang, kakak, sepupu terbaik atau sahabat rapat anda untuk disenaraikan dalam 8pax. Paling mudah 8 orang yang paling penting dalam hidup anda. Tanpa mengira sesiapa pun yang anda pilih dan mereka mestilah pelanggan kepada S.O.X..

Untuk mengaktifkan 8pax, taip 8PAX ON dan hantar ke 28882.

Kadar untuk panggilan video, penghantaran MMS dan perkhidmatan jalur lebar mobile yang tiada tandingan. Kiranya S.O.X. akan memudahkan pelajar berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Agar lebih mudah untuk mereka menghantar nota-nota pelajaran menggunakan MMS, atau menggunakan jalur lebar mobile untuk melayari internet mendapatkan nota-nota pelajaran.

Adakalanya pelanggan bertuah akan dikejutkan dengan bonus istimewa, muat turun hebat dan banyak lagi kemudahan yang boleh ditawarkan kepada mereka.

Seperti…

Tatkala anda mendaftar untuk S.O.X., RM10 akan dikreditkan ke dalam akaun anda selepas nombor baru anda diaktifkan. Anda hanya perlu reload dengan kadar RM10 untuk pertama kalinya. Semuanya untuk anda.

Selalunya jika anda menyambut hari lahir anda hanyalah satu hari sahaja. Tetapi sekiranya anda pelanggan S.O.X., anda berpeluang untuk membuat panggilan PERCUMA dan menghantar SMS pada hari lahir anda dan ENAM hari seterusnya kepada mereka yang tersenarai dalam 8pax.

Ingat ! Pelan ini hanya untuk mereka yang berusia 12 hingga 18 tahun sahaja.

Pelajar sekolah harus menggunakan peluang ini untuk sesuatu yang positif untuk perkembangan pembelajaran mereka. Dunia semakin berubah, teknologi semakin berkembang, pembelajaran semakin mudah lebih-lebih lagi dengan penggunaan telefon mudah alih.

Di zaman kegawatan ekonomi ini yang mana harga minyak yang tinggi, kos sara hidup juga semakin tinggi, tidak ketinggalan harga barang juga tiada yang makin turun, maka penjimatan dengan menggunakan S.O.X. di masa-masa seperti ini amat bersesuaian untuk pelajar. Ingat…ubah cara hidup…itu nasihat dari Menteri untuk rakyat Malaysia.

Sebagai pelanggan S.O.X. anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan hadiah-hadiah yang mantap ! Juga bakal menjadi milik anda jika anda melanggan S.O.X.

Bukan juga untuk pelajar yang akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah atau pun Sijil Pelajaran Malaysia, ianya untuk semua. Sesiapa sahaja, tetapi yang paling penting…

Jika anda bukan budak sekolah, jangan mimpi ini untuk anda. Mungkin ianya sesuai untuk anak-anak anda.

Anda boleh melayari laman web S.O.X. di www.xpax.com.my/sox

Duta Pelancongan All Malaysian Bloggers Project

Entri oleh sultanmuzaffar 06 October 2008 1 komen

Beberapa hari sebelum menjelang Aidil Fitri 2008, saya menerima pengesahan akan perlantikan saya selaku Duta Pelancongan All Malaysian Bloggers Project. All Malaysian Bloggers Project merupakan projek akhbar The Star.

Pemilihan sebagai duta dibuat selepas melalui beberapa proses penilaian. Salah satunya saya perlu menyenaraikan keunikan yang ada pada blog saya sendiri. Sudah tentunya minat saya dalam dunia “diving” menjadi salah satu keunikan untuk ia terpilih.

Sebagai duta kepada projek ini selama tiga tahun, saya akan dihantar bercuti ke beberapa destinasi dalam tempoh tiga tahun. Ia merupakan kontrak selama tiga tahun. Tentunya banyak destinasi yang boleh dilawati dalam tempoh tersebut.

Sekembalinya dari destinasi, saya diminta untuk menulis tentang perjalanan saya itu. Lebih menarik, kali ini saya perlu menulis dalam Bahasa Inggeris. Ia merupakan satu projek serampang dua mata, selain untuk memberikan peluang kepada blogger, saya berpeluang untuk mendedahkan destinasi pelancongan menarik di Malaysia kepada seluruh pelayar internet di dunia.

Itulah antara satu sebab mengapa saya harus menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya melihatnya sebagai satu cabaran yang perlu saya tempuh tanpa perlu rasa gundah. Inilah masanya untuk saya mewar-warkan kepada dunia khazanah terbaik yang ada pada negara kita.

Mana tahu, sekiranya ia dibaca oleh bakal pelancong dari luar negara, mereka tertarik untuk singgah ke Malaysia.

Di majlis tersebut turut dilancarkan Travel Tool yang dibangunkan oleh Mayflower, penaja utama destinasi pelancongan yang akan dilawati oleh para blogger yang terpilih.

Banyak keistimewaan yang ada pada Travel Tool itu yang boleh anda gunakan. Antaranya membuat tempahan bilik hotel, tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia, kereta sewa dan juga tiket kapal terbang.

Saya merasakan melancong kini sudah menjadi sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bila tiba di destinasi menggunakan kapal terbang. Dengan adanya Travel Tool, pengguna boleh menyewa kereta. Ada pelbagai jenis kereta untuk disewa.

Berikut merupakan antara destinasi yang akan dilawati oleh blogger-blogger terpilih di seluruh Malaysia.

1) Wilayah Tengah : Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan
2) Wilayah Utara : Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
3) Wilayah Selatan : Johor Baharu, Malacca
4) Wilayah Pantai Timur : Pahang, Kelantan, Terengganu
5) Sabah : Kota Kinabalu, Sandakan
6) Sarawak : Kuching, Mulu, Miri

Seboleh-bolehnya saya mahu ke setiap destinasi “diving” di seluruh Malaysia. Sememangnya ada banyak di Malaysia. Ada Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan, Pulau Layang Layang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Lankayan, Pulau Payar, Pulau Dayang, Pulau Tenggol dan macam-macam lagi.

Terima kasih diucapkan untuk The Star, All Malaysian Bloggers Project, Mayflower dan penaja projek ini. Terima kasih daun keladi.

Ke mana agaknya destinasi saya selepas ini ? Tunggu !!!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger