Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Minggu Amy Search dan Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2009

Minggu ketiga ini pelajar dikehendaki membawakan lagu-lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Namun demikian, pelajar lelaki dikehendaki membawakan lagu Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan membawakan lagu Amy Search.

Dua lagu terbaru dari album Lentera Timur oleh Siti Nurhaliza bakal dibawakan oleh Hafiz dan Qhaud. Masing-masing bakal membawakan lagu Cinta Ini dan Di Taman Teman. Pasti percubaan mereka menjadi semakin sukar kerana lagu itu baru saja di pasaran dan masih belum meresap ke telinga pendengar. Turut dipertaruhkan adalah lagu berhantunya Aku Cinta Padamu yang bakal dipersembahkan oleh Yazid. Lagu itu pernah dipersembahkan di Anugerah Juara Lagu dan merupakan antara lagu popular Siti Nurhaliza.

Sementara itu Akim bakal membawakan lagu yang mengimbau kenangan cinta penyanyi wanita paling popular di negara ini iaitu Destinasi Cinta dari album Transkripsi. Manakala Aril bakal membawakan lagu Lakaran Kehidupan yang merupakan antara lagu popular Siti dari album Safa. Menarik sekali untuk melihat Sidi membawakan lagu Ku Milikmu yang pernah terpilih sebagai Finalis di Anugerah Juara Lagu.

Dalam pada itu, Aishah bakal membawakan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Zizi dan Rubisa pula masing-masing akan mendendangkan lagu Aku Dah Bosan dan Tiada Lagi. Pelajar cemerlang minggu ketiga, Isma pula menerima lagu Kerja Gila dan Claudia bakal mendendangkan lagu Suralaya Dalam D Major. Selain lagu tugasan solo, lagu Isabella dan Jerat Percintaan pula akan dipersembahkan sebagai lagu bonus. Cabaran bukan sahaja kepada pelajar, malah pengarah muzik dan tenaga pengajar juga perlu menyesuaikan lagu tersebut dengan vokal pelajar.

Ia menjadikan satu pemangkin untuk saya terus menonton dan melihat peningkatan pelajar pada minggu ini. Sememangnya bukan mudah bagi seorang penyanyi lelaki untuk membawakan lagu penyanyi perempuan. Ianya tidak mustahil kerana Tomok telah pun membuktikannya menerusi lagu Ingin Bersamamu dalam One In A Million. Seboleh-bolehnya saya mahu mendengar susunan muzik yang lebih segar pada lagu-lagu tersebut. Dari aspek pemilihan lagu, saya merasakan ada banyak lagi lagu yang boleh diberikan. Sama-sama kita nantikan konsert hujung minggu ini.

4 komen

  1. Unknown Says:
  2. salam...

    SM confirm la ramai yg bebulu bile lagu2 siti dinyanyi utk konsert kali nie... mesti ramai persoal knapa siti... knapa tak org lain...

    ape2 pun... hafiz dapat lagu baru siti... dia mesti tak pernah dgr... so mcm lagu dia sendiri la... dlm album lentera timur aku memang suka giler lagu nie... hope hafiz bole present the besh!

    minggu tribute utk Dato' Siti n Amy Search! cayok cayok!

     
  3. AbgMosha Says:
  4. Salam buat semua.

    Pandangan abg senang ajer.. mmg pun abg bukan peminat siti tapi kita tengok apa yang boleh diberikan oleh pelajar lelaki terhadap tugasan masing-masing. Ini pastinya sesuatu yang amat menarik untuk ditonton.

    Bagi pelajar perempuan pula, bukannya sesuatu yang luarbiasa menyanyikan lagu lelaki terutamanya lagu amy yang mmg biasa dinyanyikan oleh wanita. Cuma abg ingin lihat kelainan dr segi persembahan.

    Take care...

     
  5. SHE Says:
  6. idea ni prnah bbrapa kali disuarakn dlm komen di blog2 AF sejak AF sblum2 ini. baru kali ini mnjadi knyataan... tq.

    nak lbh mnarik lg... jmput siti atau amy jd pngkritik undangan... ahaks

    apapn.. saya mngharapkn kreativiti mrk utk prsmbahan yg unik & brbeza ;)

     
  7. tak sabar nak dgr lagu
    MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR - AISHAH!!

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger