Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Nota : Akan kekal di atas selama 48 jam.


Muzik Indonesia dilihat sebagai muzik yang berada jauh ke hadapan. Stesen radio sering memainkan lagu-lagu dari penyanyi Indonesia. Carta-carta muzik di stesen radio juga sering dikuasai oleh lagu-lagu Seberang. Pasti ada sebabnya. Penggemar muzik Malaysia mahukan muzik yang segar dan lebih senang didengar, oleh itu muzik Indonesia sering menjadi pilihan.


Melihatkan perkembangan ini, Fat Boys mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pesta Malam Indonesia pada tahun 2006. Oleh kerana pengaruh muzik Indonesia telah pun merajai pasaran muzik Malaysia, maka penganjuran acara tersebut dilihat sebagai sesuatu yang positif. Tidak hanya menyenaraikan satu band atau artis hebat Indonesia, Fat Boys mengambil peluang untuk menggabungkan pelbagai band dan artis Indonesia di atas satu pentas dalam sebuah konsert yang agar besar skalanya. Maka bermulalah Pesta Malam Indonesia.


Antara artis Indonesia yang pernah menjayakan Pesta Malam Indonesia ialah Dewa 19, Padi, Gigi, Ungu, Ari Lasso, Cokelat, Peterpan, Sheila On 7, Samsons, Slank dan Andra & The Backbone. Jika dilihat pada senarai yang mengikuti Pesta Malam Indonesia bukanlah artis-artis biasa tetapi merupakan nama besar di negara Indonesia.


Selama tiga kali penganjurannya, penganjur lebih memfokuskan band-band Indonesia dan jarang sekali menampilkan artis solo. Wajar difikirkan cadangan ini kerana acara konsert tersebut agak panjang dan penampilan artis solo boleh juga ditampilkan untuk memberikan peluang kepada penggemar artis solo dan duet diberikan sama rata. Contoh boleh dilihat pada sebuah lagi penganjuran konsert terbesar yang melibatkan artis antarabangsa.


Menariknya PMI apabila pesta ini dapat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia dan Indonesia bergabung secara muhibbah di bawah satu bumbung sama-sama menyaksikan persembahan hebat kumpulan-kumpulan tersebut. Jangan melihat secara negatif, sebaliknya melihat sisi positif yang boleh diperolehi dengan kerjasama tersebut. Penggiat muzik Malaysia mahu pun penggiat muzik Indonesia boleh sama-sama belajar untuk meningkatkan hasil karya mereka selain memperkenalkan muzik Indonesia di Malaysia. Walaupun sebenarnya muzik Indonesia sudah tidak perlu diperkenalkan di sini, tetapi sebaliknya yang perlu berlaku untuk muzik Malaysia di Indonesia.


Pesta Malam Indonesia 1 dan 2 berjaya menarik lebih 25,000 penonton menyaksikan acara konsert terbesar itu. Pastinya untuk mengumpul bilangan khalayak yang menggemari muzik di bawah satu bumbung menjadi cabaran besar buat penganjur. Untuk acara terbaru, pelbagai usaha promo telah pun dilakukan di televisyen, radio, majalah dan akhbar-akhbar tempatan.


Tidak cukup dengan itu, cabaran getir pastinya keselamatan penonton yang datang menyaksikan konsert tersebut. Sebagai penganjur, Fat Boys akan memastikan pihak berkuasa dipersiapkan di setiap lokasi konsert termasuk acara-acara kecil. Bukan saja elemen keselamatan dipersiapkan, malah bantuan ambulans, sekuriti dan pihak polis turut disediakan kali ini.


Mitos yang mengatakan muzik Indonesia hanya untuk rakyat Indonesia sahaja adalah tidak benar sama sekali. Jika tidak, mustahil lagu-lagu Indonesia yang berada di carta-carta muzik stesen radio merupakan pilihan rakyat Malaysia sendiri. Kata Sheila Majid, muzik adalah universal dan layak dinikmati oleh semua rakyat berbilang bangsa tanpa mengira kerakyatan atau apa-apa sempadan.


Bercerita tentang pengajur konsert ini iaitu Fat Boys bukanlah satu nama asing dalam industry muzik tempatan. Fat Boys pada mulanya ditubuhkan sebagai satu syarikat rakaman yang memasarkan band-band Inggeris tempatan seperti Lo., Nakedbreed dan Disagree. Mengembangkan sayapnya dalam pengurusan acara, mereka memberanikan diri mereka untuk menganjurkan konsert pertama mereka iaitu Rock The World yang dibarisi oleh band-band indie terkemuka Malaysia. Rock The World telah pun berlangsung sebanyak lapan kali dan bakal dianjurkan sekali lagi pada tahun ini.


Pesta Malam Indonesia telah ditaja oleh iTalk selama dua tahun. Kepada penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan konsert itu layak menerima iTalk mobile dialer secara PERCUMA. Ia merupakan cara paling mudah untuk membuat panggilan menggunakan kadiTalk pra bayar.


Pesta Malam Indonesia bakal menjadi acara tahunan yang menghimpunkan penggiat muzik Indonesia untuk dinikmati oleh penggemar muzik di Malaysia agar sama-sama dapat meningkatkan taraf muzik Melayu ke pesada dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang artis di Pesta Malam Indonesia, sila kunjungilah laman web ini www.hypp.tv , kalau juga ingin memenangi tiket percuma ke Pesta Malam Indonesia, semua maklumat ada dalam www.hypp.tv












2 komen

  1. saya sokong PMI :)

     
  2. TokSky Says:
  3. Sememangnya nama-nama besar dlm industri. Bila kita nak kumpul nama-nama besar Malaysia dan bawak ke Indonesia?

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger