Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Freestylz Meriah Dengan Pelbagai Gaya Tari !

Entri oleh sultanmuzaffar 26 August 2009



Hari Ahad lalu merupakan hari saya untuk perasan muda. Saya meluangkan masa ke The Curve bagi menyaksikan Pertandingan Akhir F&N Freestylz “Show Ur Moves”. Pertandingan ini adalah ruang untuk para remaja meluaskan kreativiti seni dan meluahkan perasaan mereka. Harus diingat, pemenang pertandingan ini akan berpeluang terbang ke Korea untuk dilatih oleh penari b-boys terkenal di sana iaitu Gamblerz Crew sekaligus memberikan peluang kepada pemenang untuk meluaskan minat dan pandangan mereka dalam bidang seni.

Dilancarkan pada tahun lalu dengan tema “Unleash Ur Art”, tahun ini masuk tahun kedua penganjurannya. Seni yang popular di jalanan sebelum ini nampaknya semakin diiktiraf. Saya amat bertuah kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri pertandingan tersebut dan merasai pengalaman tersebut.

Paling bertuah apabila sewaktu cabutan bertuah saya memenangi Sony MP4 NWZ-E436F Digital Media Player. Saya terlepas peluang untuk memenangi hadiah utama iaitu Sony PSP. Apa pun ianya sudah cukup memadai buat saya kerana di rumah sudah ada satu set Nintendo Wii yang amat jarang dapat saya gunakan.

Sebelum berlangsungnya Pertandingan Akhir Freestylz, blogger dan media telah diberikan peluang untuk bertemu dengan Panel Juri pertandingan tersebut. Antaranya Mr.BoOjae, Fiona Jane Gomez dan Danny One. Selesai menjelaskan tentang kaedah penjurian, satu persembahan ringkas gerak tari yang akan dinilai telah dipersembahkan.

Foto Blogger Bersama Panel Juri




Keputusan F&N Freestylz

1. Most Outstanding Performer: Muhamad Haslam, 23, from Wakaka Crew
(Selangor)
2. Most Entertaining Group: Project Elementz (Kuala Lumpur)
3. Best Choreographed Group: Feasible Crew (Sarawak)
4. Best Dressed Group: N Crew (Kuala Lumpur)

Setiap pemenang kategori memenangi Sony MP3 Players . Mungkin jenama yang sama dengan apa yang saya menangi.

Sementara Hadiah Utama pula dimenangi oleh :-


Final

Third Place: Wakaka Crew (Kuala Lumpur)- RM 5,000 + Samsung Merchandise +
F&N Premiums


Final

Second Place: Move (Johor) - RM 8,000 + Samsung Handphones + F&N premiums


Final

First Place: Elecoldxhot (Kuala Lumpur) - RM 10,000 + Trip to Korea to train
with Gamblerz Crew + Samsung Handphones + F&N Premiums

Saya habiskan masa meninjau gerai-gerai yang ada termasuk mencuba beberapa permainan seperti Wii Guitar Hero. Kalau anda ingin perasan muda, inilah tempat yang patut anda kunjungi. Namun anda telah terlepas peluang itu. Jumpa lagi di tahun hadapan !

Untuk maklumat lanjut tentang F&N Freestylz, anda boleh melayari laman web http://www.fnfreestylz.com atau pun laman sosial Facebook di http://www.facebook.com/pages/FN-Freestylz/72252783844?ref=mf.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger