Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Jom Calonkan Blogger di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards

Entri oleh sultanmuzaffar 24 August 2009

Sempena Ulangtahun Kedua mereka, Nuffnang dengan bangganya mengumumkan untuk menganjur majlis anugerah blog Asia. Kata mereka ia majlis anugerah yang pertama di peringkat Asia. Sedangkan www.flyingchair.net telah pun menganjurkannya pertama kali pada tahun 2004. Beberapa blogger Malaysia pernah menjadi pemenangnya seperti YB Jeff Ooi (dahulu Jeff Ooi) dan saya sendiri. Sewaktu blog masih begitu belum meluas digunakan di Malaysia.

Screenshots telah pun menjadi seorang YB. Saya, dari seorang blogger telah pun bertugas di Bilik Berita Astro AWANI. Blog Kambingjantan dari Indonesia telah pun diterjemah ke dalam bentuk filem oleh Rudy Soedjarwo. Ada di antara blog yang menang, sudah tidak wujud sekarang kerana mungkinnya mereka telah memiliki sesuatu yang lebih baik untuk mereka lakukan.

Kalau dilihat kembali calon-calon dalam kategori Best Malaysian Blog, saya tersenyum sendiri. Murien-Wein sering saya temui di Astro AWANI kerana sering menjadi tetamu di Bilik Berita. Mat Jan hanya saya ikuti perkembangannya di Facebook.

Asia Weblog Awards

Pemenang:
Hong Kong: Gweilo Diaries
Mainland China: http://blog.joycode.com/
Taiwan: 3Q2U
Singapore: XiaXue
Malaysia: sultanmuzaffar
Thailand: Thailand Life
Indonesia: Kambingjantan
Japan: Kind of Crap
Korean: The Greatest Asprin
Foreign (not from or about Asia): Coolios
Funniest: Kind of Crap
Political: Screenshots
Design: Rohit’s Bubble
Newcomer: Kool Kartic
Essayist: technicolor.org
Journal/Diary: Fair, recently
Philippines: It’s true! It’s true!
India: Turbanhead
Photoblog: Sushicam
Bangladesh: The 3rd World View
Pakistan: Zackaria Ajmal
English as a second Language: Enchanted Realm
Asian Language as a second language: sultanmuzaffar
Vietnam: terencepatrick.com
Iran: Iran-Sare2008
Iraq: Baghdad Burning

Kita semua ada pemenang, tiada pengalah !

Best Malaysian Blog
sultanmuzaffar
- 203 votes
gaharasiber MURING-WIEN cyberathaus
- 180 votes
Jongkang Jongket
- 133 votes

Best Asian blog in an Asian language as a second language
sultanmuzaffar
- 116 votes
Xiai Xue Zhongwen de Meiguo Laowai (Alaric Radosh)
- 101 votes
Monochromecrystals
- 35 votes

Penganjur: flyingchair.net/

Majlis anugerah yang dianjurkan oleh Nuffnang lebih besar apabila ditaja oleh Singapore Tourism Board dan Pringles. Dijangka lebih 400 blogger dan tetamu akan berjalan di karpet merah buat pertama kalinya. Untuk mereka mungkin, saya sudah pernah berjalan di karpet merah. (ketawa…). Mungkin itu antara sebabnya saya tidak begitu teruja. Oleh itu saya hanya mencalonkan rakan-rakan saya untuk beberapa kategori yang ditawarkan.

Blogs of subject interest:
1. Best Blog Shop
2. Best Food Blog
3. Best Fashion Blog
4. Best Parenting Blog
5. Best Travel Blog
6. Best Geek Blog
7. Best Celebrity Blog
8. Best Entertainment Blog

Overall blog Categories:
1. Best Original Blog Design
2. Most Influential Blog
3. Best Hidden Gem
4. Region's Best Blog

Saya agak terkilan kerana Best Lifestyle Blog tidak tersenarai dalam kategori di atas. Kewajaran kategori itu amat penting kerana ada ruang-ruang kosong di antara Entertainment dan Parenting yang perlu diisi.

Saya calonkan Bluehikari dan Fajaril untuk kategori Best Parenting Blog. Rudy, pemilik blog Bluehikari tidak bercerita tentang kaedah menukar lampin anak, sebaliknya memberikan saya lebih daripada itu. Kata-katanya yang penuh puitis telah berjaya menjinakkan saya untuk memiliki blog sendiri sekitar tahun 2002. Rudy telah mula menulis blog sejak tahun 1998 lagi. Zaman tersebut rakyat Malaysia hanya terfikir untuk menjadi sukarelawan Sukan Komanwel. Saya kira sepatutnya blogger baru diperkenalkan dengan generasi perintis blog di Malaysia. Mereka antara yang masih gigih menulis blog sehingga sekarang. Syabas.

Saya calonkan blog Tempurung Pecah - Mamat Khalid untuk kategori Best Celebrity Blog kerana walaupun baru menulis blog beliau banyak bercerita tentang di sebalik tabir dunia perfileman Malaysia. Saya juga akan mencalonkan arwah The Storyteller Pt 2 - Yasmin Ahmad menerusi blognya untuk kategori Best Celebrity Blog juga. Begitu juga SelambakKodok House - Afdlin Shauki yang telah berjaya mengumpulkan komuniti sendiri The Kodoks menerusi blognya.

Untuk kategori Best Entertainment Blog, saya mencalonkan Klubbkidd dan Badrulaftersix. Saya tidak gemarkan gosip walaupun bekerja di Bilik Berita. Saya lebih gemar baca fakta dan saya peroleh dari dua-dua blog tersebut. Memang saya sedar ada banyak blog hiburan bergenre gosip di internet yang lebih popular tetapi saya memilih dua blog tersebut. Saya gemar baca pengalaman dari orang dalam yang lebih bermaruah dan berkaliber. Saya tidak perlu membaca komen orang luar dari bidang hiburan untuk bercakap tentang hiburan atau lebih senang cut & paste berita dari akhbar.

Untuk kategori Best Food Blog, saya mencalonkan KY Speaks - KY Teoh. Walaupun saya tidak pergi ke restoran atau kedai makan yang dicadangkan oleh KY, tetapi sekurang-kurangnya saya gemar melihat insiatifnya melukis petanya sendiri. Walaupun adakalanya restoran yang dicadangkan oleh KY ialah restoran yang tidak halal, saya tidak terpengaruh untuk mengikutnya. Oleh itu saya tidak calonkan KY untuk kategori Most Influential Blog. (ketawa).

Siapa lagi yang perlu saya calonkan ? Untuk Most Influential Blog saya calonkan Tukar Tiub. Saya kira beliau merupakan gerakan bawah tanah blogger yang sentiasa berada di lokasi pada bila masa. Walaupun dia tiada di lokasi, mata-matanya akan sentiasa memberikan maklumat terkini. Apabila memandu kereta dan terpandang iklan tukar tiub motorsikal di tepi jalan, saya pasti teringatkan blog Tukar Tiub. Begitulah kuatnya pengaruh blog itu dalam diri saya.

Saya hanya baca dari mereka yang mempunyai maklumat dari dalam bukan dari luar.

Calon blogger pilihan anda di http://awards.nuffnang.com/

2 komen

  1. NUke_Rude Says:
  2. menang eh?
    tahniah!
    :D

     
  3. 1.Nuffnang mungkin tak google di internet mereka bukan pertama.

    2. Aku ucap terima kasih atas pencalonan. Tapi, aku tak kisah menang atau kalah kerana aku tetap gak menulis blog sejak abad 21 bermula.InsyaAllah selagi hayat dikandung tanah.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger