Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Talentime, Papadom dan Setem Bersaing Sengit

Entri oleh sultanmuzaffar 01 August 2009

Talentime, filem terakhir arahan Yasmin Ahmad menerima 11 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke 22 yang bakal berlangsung 5 hingga 8 Ogos ini di Kota Kinabalu. Yasmin turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik, Lakonlayar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Pengarah tersohor yang dikenali menerusi filem Sepet, Gubra, Mukhsin dan Mualaff itu meninggal dunia selepas diserang angin ahmar pada 25 Julai lalu.

Turut bersaing dengan Yasmin dalam kategori Pengarah Terbaik ialah Pierre Andre (Jangan Tegur), Afdlin Shauki (Papadom), Ahmad Idham (Syurga Cinta) dan Bade Hj Azmi (Maut). Filem Talentime yang gagal memikat penonton filem Melayu tempatan dibintangi oleh Mahesh J. Kishor, Jaclyn Victor, Sukania Venugopal, Adibah Noor, Mohd Shafie Naswip, Azean Irdawaty, Pamela Chong, Mislina Mustaffa dan ramai lagi.

Mahesh yang memegang peranan sebagai pemuda bisu turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Dalam kategori itu Mahesh bersaing dengan Que Haidar (Maut), Afdlin Shauki (Papadom), Rashidi Ishak (Setem) dan Awal Ashaari (Syurga Cinta).

Pencalonan lain yang diterima oleh Talentime ialah kategori Sinematografi Terbaik (Low Soon Keong), Penyunting Terbaik (Raja Affandi Jamaluddin), Skor Muzik Asal Terbaik (Pete Teo), Pelakon Harapan Wanita (Jaclyn Victor), Pelakon Pembantu Lelaki (Mohd Shafie Naswip) dan Wanita (Adibah Noor) Terbaik serta Penataan Seni Terbaik (Woon Voon Leong).

Filem terbitan Tayangan Unggul iaitu Setem dan Papadom menerima 9 pencalonan, manakala filem Syurga Cinta, Cicakman 2 dan Maut masing-masing 7 pencalonan. Setem mengungguli pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki dan Poster Terbaik.

Papadom pula mengungguli dalam kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Bintang Akademi Fantasia 5, Heliza Helmi membuat kejutan apabila menerima dua pencalonan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Syurga Cinta. Tidak ketinggalan ialah Juara Akademi Fantasia 4 Faizal Ramli dan Juara Raja Lawak Astro 2 Nabil juga dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Momok The Movie dan Sifu Dan Tongga.

Paling mengejutkan apabila nama Sukania Venugopal dan Ida Nerina dinafikan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik sekaligus menampilkan nama-nama pelakon bukan pilihan untuk kategori tersebut seperti Nabila Huda, Nadia Mustafar, Sharifah Amani dan Heliza Helmi.

Jika dinilai daripada kategori penting untuk bergelar Filem Terbaik memerlukan kekuatan dari aspek pengarahan, lakonlayar, lakonan dan skrip. Maka filem-filem yang tercalon dan hampir semua kategori itu ialah filem Talentime, Maut, Syurga Cinta, Setem dan Papadom berpeluang untuk bergelar Filem Terbaik. Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku. Walaupun Kabir Bhatia, pengarah filem Setem tidak dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik ia hanyalah kerana kekangan peraturan yang hanya membenarkan pengarah tempatan untuk bertanding.

Saya sudah menonton empat filem tersebut iaitu Maut, Talentime, Setem dan Syurga Cinta. Talentime dan Setem mempunyai peluang yang lebih besar tetapi filem Papadom belum lagi ditayangkan. Namun saya mendapat cerita yang mengatakan Papadom lebih hebat daripada Setem. Saya menaruh harapan tiga filem tersebut berpeluang untuk menggondol anugerah tersebut.

Saya dapat melihat pengaruh sinema baru mula menguasai senario perfileman tempatan. Walaupun sedikit terkilan kerana lagu-lagu dari filem Talentime tidak kurang hebatnya tetapi tidak berjaya tercalon dalam kategori Lagu Tema Asal Terbaik. Selain lagu tema, kekuatan filem Budak Kelantan juga nampaknya dinafikan dalam festival kali ini.

Panel juri lebih gemar untuk memberikan peluang sama rata kepada semua penggiat filem yang bertanding agar tidak ada yang berkecil hati di kalangan penggiat seni yang kecil di Malaysia ini. Itulah yang sering berlaku setiap tahun. Pendominasian secara total jarang berlaku di Festival Filem Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 22

Pengarah Terbaik
Pierre Andre – Jangan Tegur
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Yasmin Ahmad – Talentime
Bade Hj Azmi – Maut

Pelakon Lelaki Terbaik
Que Haider – Maut
Afdlin Shauki – Papadom
Rashidi Ishak – Setem
Awal Ashaari – Syurga Cinta
Mahesh J. Kishor – Talentime

Pelakon Wanita Terbaik
Nabila Huda – Bohsia
Nadia Mustafar – Jangan Tegur
Liyana Jasmay – Papadom
Sharifah Amani – Sayang U Can Dance
Heliza Helmi – Syurga Cinta

Lakon Layar Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Ahmad Idham – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut
Syamsul Yusof – Bohsia
Yasmin Ahmad – Talentime

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki – Papadom
Yasmin Ahmad – Talentime
Fariza Azlina Isahak – Kami The Movie
Nor Shuhadatul Ain – Syurga Cinta
Bade Hj Azmi – Maut

Sinematografi Terbaik
Mohd Nor Kasim – Setem
Mohd Filus Ghazali – Cicakman 2
Omar Ismail – Bohsia
Mohd Helmi Yusof – Histeria
Low Soon Keong – Talentime

Penyunting Terbaik
Faizul Mohd Noh – Setem
Bade Hj Azmi – Maut
Mohd Elmy Khalim – Cicakman 2
Raja Affandi Jamaluddin – Talentime
Syamsul Yusof – Bohsia

Skor Muzik Asal Terbaik
Pete Teo – Talentime
Syed Ahmad Faizal – Setem
Syed Ahmad Faizal – Papadom
Edry Abdul Halim – Cicakman 2
Wong Yuri – Geng : Pengembaraan Bermula

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun
Cicakman 2
Senario The Movie : Episod 1
Sifu dan Tongga
Brainscan

Filem Animasi Terbaik
My Telatori - The One Academy of Communication Design
Upin & Ipin dan Kawan-Kawan : Kembara ke Pulau Harta Karun
Still Alive - The One Academy of Communication Design

Filem Pendek Terbaik
Perempuan Itu – Institut Media Integratif Malaysia
Rumah Kecilku Ada Kelambu – UITM
Permata Bonda – Universiti Sains Islam Malaysia

Filem Digital Terbaik
Vikrant – Super Arts Productions
Tiga Budak Melayu – UITM
Aathma – Demaz Entertainment Sdn. Bhd.

Filem Dokumentari Terbaik
Gaza – Primeworks Studios
Bumi Pribumi – FINAS & Q-Plez Communication
Rosly Dhoby – Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Inside Silat – FINAS & Technonius Sdn. Bhd.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam – Bohsia
Nas-T – Kami The Movie
Que Haidar – Papadom
Indi Nadarajah – Setem
Mohd Shafie Naswip – Talentime

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Salina Saibi – Bohsia
Scha Al Yahya – Histeria
Norkhiriah – Papadom
Vanidah Imran – Setem
Adibah Nor – Talentime

Penataan Seni Terbaik
Nazrul Asraff Mahzan – Maut
Nazrul Asraff Mahzan – Papadom
Nazrul Asraff Mahzan – Setem
Wong Voon Leong – Talentime
Yusry Abdul Halim / Johan Lucas – Cicakman 2

Penataan Bunyi Terbaik
Ad Audio Ex – Histeria
Azman Abu Hassan / Wan Shazrin Izzuan – Setem
Azman Abu Hassan – Maut
Mohd Mohsin Othman – Cicakman 2
Azri Abu Kamal – Rasukan Ablasa

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Mohd Hadziq – Syurga Cinta
Nik Farid Idrus – Brainscan
Siti Nasrina – Momok The Movie
Pathieswaran – Jomlah CIUM

Pelakon Harapan Lelaki
Isma Yusoff – Setem
Faizal Ramli – Momok The Movie
Zahiril Adzim – Kami The Movie
Nabil Ahmad – Sifu dan Tongga
Mohf Radhi – Antoo Fighter

Pelakon Harapan Wanita
Heliza Helmi – Syurga Cinta
Zalina – Jin Hutan
Yasmin Khaniff – Jalang
Jaclyn Victor – Talentime
Yuhana Yahya – Histeria

Lagu Tema Asal Terbaik
Hidup – Antoo Fighter
Fantasi Sang Putera – Brainscan
Senario – Senario The Movie : Episod 1
Satu Ruang – Selamat Pagi Cinta
Sayangku Di Sisimu – Jin Hutan

Pengarah Harapan
Effendee Mazlan – Kami The Movie
Azizi Adnan – Antoo Fighter
Norliana Shamsudin – Selamat Pagi Cinta
James Lee – Histeria
Wan Azli Wan Jusoh – Budak Kelantan

Pereka Kostum
Shen Imagineering – Cicakman 2
Ridzwan Mat Hussein – Brainscan
Shada – Los dan Faun
Amandus Paul pandin – Sifu dan Tongga
Rosada Abdul Hamid – Antoo Fighter

Poster Terbaik
Kami The Movie
Histeria
Setem
Rasukan Ablasa
Cicakman 2

2 komen

  1. Ajami Hashim Says:
  2. "Panel juri lebih gemar untuk memberikan peluang sama rata kepada semua penggiat filem yang bertanding agar tidak ada yang berkecil hati di kalangan penggiat seni yang kecil di Malaysia ini."


    kahkahkah!

     
  3. comic_fanz Says:
  4. filem kami the movie dapat award.. excited gile aku.. hahaa.. one of my fav film tue..

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger