Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

SM Jadi Pusat Khidmat Pelanggan Streamyx

Entri oleh sultanmuzaffar 16 October 2009

Bagaimana Mengekalkan Sambungan Streamyx Anda

Sebagai pelanggan, pastinya kita mahukan yang terbaik terhadap perkhidmatan yang kita langgani. Adakalanya masalah itu timbul apabila kita tidak membuat bayaran. Sebagai pelanggan yang sentiasa mahukan perkhidmatan internetnya sentiasa dalam talian, pastinya masalah itu menyebabkan kita sebagai pelanggan adakalanya tidak senang duduk semalaman memikirkan perkhidmatan Streamyx tidak dapat dihubungkan.

Sebelum kita menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM, pastikan pembayaran tertunggak telah pun dilunaskan. Kita harus ingat setiap perkhidmatan perlu dibayar. Namakan saja perkhidmatan yang tidak perlu dibayar, pastinya tiada.

Apabila kita telah yakin yang tiada bayaran tertunggak untuk perkhidmatan Streamyx dan anda masih menghadapi masalah untuk menyambungkan perkhidmatan tersebut, barulah kita periksa modem kita.

Kita sebagai pengguna yang berpengetahuan tentunya tahu yang modem perlu dipasangkan sebelum menyambungkan dengan perkhidmatan Streamyx. Namun ada juga di antara pelanggan yang tidak berpengetahuan luas dan mereka terlupa untuk memasang modem.

Pastikan lampu DSL menyala dengan stabil dan tidak berkelip-kelip. Pastikan lampu LAN pada modem menyala. Sekiranya lampu LAN tidak menyala ini bermakna anda perlu menggantikan Kad Antara Muka Rangkaian (NIC) atau Kad Sambungan LAN.

Adakalanya saya tidak sabar dan terus saja menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM. Sekarang dengan adanya panduan ini akan lebih memudahkan pelanggan untuk memeriksa sendiri masalah yang dihadapi.

Jika anda masih tidak dapat mengakses Internet, satu lagi kaedah yang boleh digunakan ialah dengan mencuba menyambungkan modem secara terus ke soket dinding tanpa melalui splitter, penapis mikro, router atau sebarang peraltan lain. Sekiranya lampu DSL menyala stabil, ini maknanya masalanya mungkin disebabkan oleh pendawaian dalaman kediaman anda yang disambungkan ke komputer.

Anda hanya perlu membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan selanjutnya jika dan hanya jika tiada nada dail pada talian telefon anda. Ini bermakna telefon anda rosak. Jika lampu DSL modem anda tidak menyala atau pun berkelip-kelip. Catatkan nombor ralat atau mesej yang terpapar pada skrin komputer anda (jika ada). Jika lampu DSL pada modem anda stabil tetapi anda masih tiada sambungan ke Internet.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Menerima Mesej Ralat

Terdapat tiga jenis mesej ralat yang boleh diperolehi sekiranya anda gagal mengakses perkhidmatan Streamyx iaitu Ralat 678, 691 dan 769. Mesej ralat ini akan terpapar pada satu tetingkap yang keluar secara tiba-tiba. Jika sistem operasi anda telah pun menyediakan bunyi sewaktu mesej ralat terpapar, pasti anda akan mendengar bunyi. Namun ia bergantung kepada sistem operasi anda.

1. Ralat 678 – Destinasi yang dihubunyi tidak member maklumbalas.

Antara kemungkinan punca masalah tersebut ialah sambungan terputus, kerosakan pada modem, kad rangkaian atau pun splitter anda.

Ada beberapa kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh anda sendiri. Jika lampu Link/DSL pada modem anda berkelip, anda boleh mematikan modem anda dan tunggu beberapa saat sebelum menghidupkannya semula. Anda juga boleh menyambungkan modem anda terus ke soket dinding tanpa melalui splitter.

Sekiranya lampu Link/DSL pada modem anda menyala, cuba pasangkan semula pendial yang sedia ada. Namun sekiranya lampu LAN/ETH pada modem anda terpadam, anda boleh menginstall semula perisian atau pemacu kad rangkaian anda. Pastikan kabel rangkaian disambungkan dengan tepat ke modem dan komputer anda. Anda boleh mencuba dengan kabel rangkaian RJ45 yang lain.

2. Ralat 691 – ID log masuk atau kata laluan yang tidak sah

Ramai pelanggan yang sering terlupa ID log masuk atau kata laluan mereka. Anda boleh memilih kata laluan yang sukar tetapi pastikan anda sendiri tidak akan terlupa tentang kata laluan itu. Ada juga yang tersilap menaip ID log masuk mengikut format yang dibenarkan.

Contoh ID log masuk : sultanmuzaffar@streamyx

ID log masuk anda amat sensitive kepada huruf besar atau pun kecil. Jika ID anda SULtanmuzaffar@streamyx, masukkan SULtanmuzaffar@streamyx dan bukannya sultanmuzaffar@streamyx. Ingat itu.

Kata laluan boleh anda reka sendiri tetapi yang paling penting ialah mengingati kata laluan yang anda reka itu. Ia amat penting. Menggunakan kata laluan yang mudah diteka boleh menyebabkan akaun anda diceroboh oleh pengguna lain. Seperti saya, saya menggunakan kata laluan yang mudah untuk saya ingati.

Pastikan akaun anda tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak kerana hanya satu ID log masuk sahaja akan dibenarkan dalam satu-satu masa. Adalah tidak digalakkan anda berkongsi ID yang sama dengan kawan-kawan anda sendiri.

3. Ralat 769 – Destinasi yang diingini tidak dapat disambungkan (Windows XP)

Ralat ini dikhaskan untuk pengguna sistem operasi Windows XP. Masalah yang serupa dengan Mesej Ralat yang pertama.

Cuba pasangkan semula pemacu rangkaian anda menggunakan fungsi Device Manager.

  • Klik 'Start', pilih 'Run' dan taipkan sysdm.cpl kemudian klik 'OK'.
  • Klik pada tab 'Hardware', klik tab 'Device Manager', kemudian cari 'Network Adapters'.
  • Klik pada 'Network Adapters' untuk menyenaraikan semua penyesuai rangkaian, kemudian klik kanan pada ikon penyesuai rangkaian anda.
  • Klik 'Uninstall', kemudian klik 'OK'. Klik 'Yes' pada kotak dialog yang mengarahkan anda untuk membuang fail yang berkaitan dengan peranti ini.
  • Hidupkan semula komputer atau klik 'Action', kemudian klik pula 'Scan for Hardware changes'.
Sekiranya sistem operasi Windows XP anda masih gagal mengesan peranti itu, anda perlu memasang pemacu terkini untuk penyesuaian rangkaian.

Jika Lampu Modem DSL Berkelip

Anda harus menghafal gambarajah di atas. Ia merupakan sambungan asas bagi setiap pengguna Streamyx. Yang paling penting ialah SOKET DINDING TELEFON, SPLITTER, TELEFON, MODEM dan KOMPUTER. Pada setiap rumah pelanggan Streamyx pastinya ada lima perkakasan tersebut. Kurang satu, tidak bermakna anda tidak boleh mengakses internet. Anda mungkin memiliki LAPTOP.

Tip Mudah Untuk Pengguna Streamyx

Zaman moden yang mana teknologi sentiasa berada di hujung jari memerlukan akses internet pantas dan lancar di mana saja anda berada. Akses internet boleh dicapai bukan hanya melalui komputer malah telefon bimbit.

Bagi pengguna perkhidmatan Streamyx anda perlu memastikan beberapa perkara di bawah untuk mendapatkan akses internet yang memuaskan.
Semak beberapa tips di bawah bagi menikmati perkhidmatan Streamyx yang memuaskan:
  • Pastikan modem ADSL berada dalam keadaan yang baik
  • Pastikan semua CPE yang disambungkan pada telefon dan sistem internet bersesuaian dengan sistem internet TM.
  • Senaraikan bantuan profesional bagi mengkonfigurasi router ADSL anda untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan rangkaian
  • Pastikan pendawaian dalaman, telefon dan kabel internet disambung dengan betul
  • Pastikan perkakasan komputer dan perisian anda dikonfigurasi dengan betul
  • Pastikan kelengkapan CPE yang lain seperti sistem penggera, router, mesin faksimili dan hub diselenggara dengan baik.
  • Gunakan perisian yang tulen bagi mengelakkan CPE anda daripada sebarang kandungan internet yang membahayakan.
Fahami apa yang telah ditulis dan kini pastinya tiada masalah akan anda hadapi sewaktu menggunakan perkhidmatan Streamyx menjadikan pelayaran Internet anda menjadi lebih lancar tanpa gangguan.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger