Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

sultanmuzaffar Berubah Wajah

Entri oleh sultanmuzaffar 25 October 2009

Setelah lama tidak berubah wajah, saya ambil keputusan untuk mengubah wajah blog saya. Buat masa ini kerja jahat spam dan penggodam masih belum dapat diselesaikan. Google masih mengkategorikan blog ini sebagai "attack blog". Masih gigih menyelesaikan masalah itu.

Sebagai escapism, saya tukar wajah blog ini dengan template yang lebih segar. Beberapa ciri blog terdahulu, saya kembalikan. Antaranya pautan-pautan ke laman-laman web yang penting yang selalu saya layari.

Antara ciri baru yang ada ialah anda perlu menekan Full Story untuk membaca entri keseluruhan. Ruangan komen pula dikuasakan oleh Disqus yang mana pengguna Facebook dan Twitter boleh menghantar komen anda menggunakan ID laman web sosial tersebut. Lebih mudah memandangkan sekarang lebih ramai pengguna kedua-dua aplikasi itu. Secara tidak langsung pengguna komen anonymous dapat dikurangkan.

Pautan ke Facebook yang saya letakkan di blog ini merupakan fan page sultanmuzaffar, ia adalah untuk pengunjung blog yang tidak saya kenali. Akaun rasmi Facebook saya adalah untuk keluarga, kawan rapat, kawan, kawan sekolah, kawan universiti yang saya kenali.

Saya juga meletakkan pautan Twitter saya yang mana sering saya gunakan untuk mengemaskini pergerakan atau pun pandangan saya. Boleh juga mengikut Twitter saya itu, jika mahu.

Selain itu, menggunakan konsep "sharing is caring", anda kini boleh berkongsi artikel yang anda suka untuk dikongsi bersama rakan-rakan anda di Facebook, Digg, Del.icio.us, StumbleUpon, Technorati, Twitter atau pun RSS. Semuanya untuk anda.

Oleh kerana telefon bimbit Nokia sudah saya anggap ketinggalan zaman, saya kini sedang berusaha mengubah visual Nokia dengan telefon bijak Blackberry. Visualnya sudah ada, cuma perlu diedit sahaja.

OK. Ada kerja yang perlu dibereskan iaitu berperang dengan spam dan penggodam !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger