Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Senarai Pencalonan Anugerah Akademi ke 81

Entri oleh sultanmuzaffar 22 January 2009 5 komen

Seperti yang dijangkakan, Slumdog Millionaire menerima pencalonan untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Selain anugerah utama itu, filem yang dirakamkan di Mumbai itu turut menerima dua pencalonan untuk Lagu Asal Terbaik menerusi O...Saya dan Jai O. Tidaklah mengejutkan bila filem itu turut dicalonkan untuk Muzik Asal Terbaik setelah A.R.Rahman turut memenangi anugerah yang sama di Golden Globes. Filem lakonan Dev Patel dan Freida Pinto itu turut dicalonkan dalam Suntingan Terbaik dan Sinematografi Terbaik. Secara keseluruhan filem Slumdog Millionaire menerima 10 pencalonan. Saya memang merupakan peminat filem Slumdog Millionaire yang sudah saya tonton tiga empat kali tanpa jemu. Saya mengharapkan pengundi untuk Anugerah Akademi tanpa prejudis akan memilih filem itu sebagai Filem Terbaik.

Kate Winslet hanya menerima satu pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Reader tetapi tidak dicalonkan untuk filem Revolutionary Road.

Best Picture

  • 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • 'Frost/Nixon'
  • 'Milk'
  • 'The Reader'
  • 'Slumdog Millionaire'
Best Director
  • Danny Boyle, 'Slumdog Millionaire'
  • Stephen Daldry, 'The Reader'
  • David Fincher, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Ron Howard, 'Frost/Nixon'
  • Gus Van Sant, 'Milk'
Best Actor
  • Richard Jenkins, 'The Visitor'
  • Frank Langella, 'Frost/Nixon'
  • Sean Penn, 'Milk'
  • Brad Pitt, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Mickey Rourke, 'The Wrestler'
Best Actress
  • Anne Hathaway, 'Rachel Getting Married'
  • Angelina Jolie, 'Changeling'
  • Melissa Leo, 'Frozen River'
  • Meryl Streep, 'Doubt'
  • Kate Winslet, 'The Reader'
Best Supporting Actor
  • Josh Brolin, 'Milk'
  • Robert Downey Jr., 'Tropic Thunder'
  • Philip Seymour Hoffman, 'Doubt'
  • Heath Ledger, 'The Dark Knight'
  • Michael Shannon, ' Revolutionary Road'
Best Supporting Actress
  • Amy Adams, 'Doubt'
  • Penelope Cruz, 'Vicky Cristina Barcelona'
  • Viola Davis, 'Doubt'
  • Taraji P. Henson, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Marisa Tomei, 'The Wrestler'
Best Animated Feature Film
  • 'Bolt'
  • 'Kung Fu Panda'
  • 'Wall-E'
Best Foreign Film
  • 'The Baader Meinhof Complex' (Germany)
  • 'The class' (France)
  • 'Departures'(Japan)
  • 'Revanche' (Austria)
  • 'Waltz With Bashir' (Israel)
Best Original Screenplay
  • Dustin Lance Black, 'Milk'
  • Courtney Hunt, 'Frozen River'
  • Mike Leigh, 'Happy-Go-Lucky'
  • Martin McDonagh, 'In Bruges'
  • Andrew Stanton, Jim Reardon, Pete Docter, 'WALL-E'
Best Adapted Screenplay
  • Eric Roth, Robin Swicord, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • John Patrick Shanley, 'Doubt'
  • Peter Morgan, 'Frost/Nixon'
  • David Hare, 'The Reader'
  • Simon Beaufoy, 'Slumdog Millionaire'
Best Documentary Feature
  • 'The Betrayal'
  • 'Encounters at the End of the World'
  • 'The Garden'
  • 'Man on Wire'
  • 'Trouble the Water'
Best Original Score
  • 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • 'Defiance'
  • 'Milk'
  • 'Slumdog Millionaire'
  • 'WALL-E'
Best Original Song
  • 'Down to Earth,' WALL-E
  • 'Jai Ho,' 'Slumdog Millionaire'
  • 'O Saya,' 'Slumdog Millionaire'
Best Film Editing
  • Kirk Baxter, Angus Wall, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Lee Smith, 'The Dark Knight'
  • Mike Hill, Dan Hanley, 'Frost/Nixon'
  • Elliot Graham, 'Milk'
  • Chris Dickens, 'Slumdog Millionaire'
Best Documentary - Short Subject
  • 'The Conscience of Nhem En,' Steven Okazaki
  • 'The Final Inch,' Irene Taylor Brodsky, Tom Grant
  • 'Smile Pinki,' Megan Mylan
  • 'The Witness - From the Balcony of Room 306,' Adam Pertofsky, Margaret Hyde
Best Cinematography
  • Tom Stern, 'Changeling'
  • Claudio Miranda, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Wally Pfister, 'The Dark Knight'
  • Chris Menges, Roger Deakins, 'The Reader'
  • Anthony Dod Mantle, 'Slumdog Millionaire'
Best Costume Design
  • Catherine Martin, 'Australia'
  • Jacqueline West, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Michael O'Connor, 'The Duchess'
  • Danny Glicker, 'Milk'
  • Albert Wolsky, 'Revolutionary Road'
Best Sound Mixing
  • David Parker, Michael Semanick, Ren Klyce, Mark Weingarten, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Lora Hirschberg, Gary Rizzo, Ed Novick, 'The Dark Knight'
  • Ian Tapp, Richard Pryke, Resul Pookutty, 'Slumdog Millionaire'
  • Tom Myers, Michael Semanick, Ben Burtt, 'WALL-E'
  • Chris Jenkins, Frank A. Montaño, Petr Forejt, 'Wanted'
Best Sound Editing
  • Richard King, 'The Dark Knight'
  • Frank Eulner, Christopher Boyes, 'Iron Man'
  • Tom Sayers, 'Slumdog Millionaire'
  • Ben Burtt, Matthew Wood, 'WALL-E'
  • Wylie Stateman, 'Wanted'
Best Live Action Short Film
  • 'Auf der Strecke (On the Line),' Reto Caffi
  • 'Manon on the Asphalt,' Elizabeth Marre, Olivier Pont
  • 'New Boy,' Steph Green, Tamara Anghie
  • 'The Pig,' Tivi Magnusson, Dorte Høgh
  • 'Spielzeugland (Toyland),' Jochen Alexander Freydank
Best Animated Short Film
  • 'La Maison de Petits Cubes,' Kunio Kato
  • 'Lavatory - Lovestory,' Konstantin Bronzit
  • 'Oktapodi,' Emud Mokhberi, Thierry Marchand
  • 'Presto,' Doug Sweetland
  • 'This Way Up,' Alan Smith, Adam Foulkes
Best Makeup
  • Greg Cannom, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • John Caglione, Jr., Conor O'Sullivan, 'The Dark Knight'
  • Mike Elizalde, Thom Flout, 'Hellboy II: The Golden Army'
Best Art Direction
  • James J. Murakami, Gary Fettis, 'Changeling'
  • Donald Graham Burt, Victor J. Zolfo, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Nathan Crowley, Peter Lando, 'The Dark Knight'
  • Michael Carlin, Rebecca Alleway, 'The Duchess'
  • Kristi Zea, Debra Schutt, 'Revolutionary Road'
Best Visual Effects
  • Eric Barba, Steve Preeg, Burt Dalton, Craig Barron, 'The Curious Case of Benjamin Button'
  • Nick Davis, Chris Corbould, Tim Webber, Paul Franklin, 'The Dark Knight'
  • John Nelson, Ben Snow, Dan Sudick, Shane Mahan, 'Iron Man'

Makan Malam Bersama 25 Blogger Pilihan Malaysia Airlines

Entri oleh sultanmuzaffar 18 January 2009 5 komen

Saya mohon maaf kerana gagal untuk mengemaskinikan blog ini sekerap yang mungkin. Sememangnya benar prioriti manusia itu kerap berubah dan ini adalah salah satu contoh. Jika punya masa terluang, saya akan cuba mengubah prioriti tersebut.

Sabtu lepas saya bersama beberapa blogger telah dijemput oleh Malaysia Airlines untuk satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Antara yang saya kenal dan masih ingat blogger-blogger itu seperti RedMummy, KYSpeaks, Suanie, KK, Kenny Sia, SixthSeal, NicoleKiss, YapThomas dan beberapa lagi.

Untuk RedMummy, KYSpeaks, Suanie dan KK tentunya majlis seperti itu menjadi reunion kerana kami sama-sama ke Singapura tahun lepas dan berjaya menggondol tempat kedua….walaupun sebenarnya ada dua pasukan sahaja yang bertanding iaitu Malaysia dan Singapura.

Pertemuan dengan Malaysia Airlines dan blogger itu sebenarnya diaturkan oleh agensi perhubungan awam yang dilantik oleh MAS. Sudah banyak kali pertemuan itu diaturkan oleh agensi dengan saya, tetapi banyak kali juga ia tertangguh kerana kesibukan saya, kesesakan jalanraya dan pelbagai alasan lagi.

Akhirnya hari Sabtu lepas saya dapat bertemu dengan MAS dan agensi bersama-sama blogger lain yang terpilih. Malam itu juga merupakan kali pertama saya merasa loh-sang sejenis makanan tradisi yang selalunya disiapkan sempena Tahun Baru Cina. Boleh tahan sedap rasanya. Lebih kurang macam kerabu mangga. Manis-manis masin.

Bercakap mengenai pertemuan pertama kali, pertemuan malam itu juga merupakan pertama kalinya saya bertemu dengan Kenny Sia, salah seorang blogger yang paling popular di Malaysia. Rajin juga saya membaca blognya tetapi itulah kali pertama saya bertemu dengannya. Begitu juga dengan SitxhSeal yang blognya pernah saya layari sejak tahun 2002-2003. Kandungan dalam blognya dulu agak kontroversi dan saya sempat berbual dengannya mengenai perkara tersebut.

Mereka ini merupakan generasi Petaling Street Project. Sebelum wujudnya teknologi feed, PPS merupakan pusat sehenti untuk mendapatkan kandungan blog yang dikemaskini dengan menggunakan kaedah manual. Saya tidak pasti apa yang telah terjadi kepada PPS sejak teknologi RSS menguasai blog dan berita sekarang. PPS merupakan antara kelompok awal blogger selain GengJurnal.

Berbalik semula kepada pertemuan dengan MAS. Semua orang tahu MAS merupakan syarikat korporat yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan. Tentunya kerjasama di antara blogger dan sebuah syarikat korporat dapat dinilai sebagai satu anjakan paradigma yang membuktikan blogger turut memainkan peranan selain memudahkan urusan promosi selain memperkenalkan syarikat korporat kepada pelanggan mereka.

Butir-butir pertemuan masih tidak dapat saya sertakan di sini kecuali saya melihat usaha ini sebagai satu usaha yang patut diteruskan oleh syarikat korporat yang lain. Inilah masanya untuk mempergunakan blogger secara maksima. Astro telah mengorak langkah seawal tahun 2004 dengan mempergunakan blogger secara maksima. :)

Ia merupakan satu permulaan yang cerah untuk tahun 2009. InsyaAllah.

Selamat Tinggal Puteri Gunung Ledang

Entri oleh sultanmuzaffar 14 January 2009 0 komen

Selepas enam tahun sinonim dengan watak Puteri Gunung Ledang, Datin Seri Tiara Jacquelina mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.


Dalam sebuah sidang media tengahari tadi, beliau mengumumkan "Puteri Gunung Ledang The Musical" bakal menjadi pentas terakhirnya.
"I had this feeling this might be the last time on stage as Puteri...It's a big day in my life. Playing Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah has been such a big part of who I am for the last 5-6 years. It's like having to say goodbye to your best friend. I feel its time for me to consider that this could be my last performance as Puteri."

"Now, I'm looking forward to moving on to other dreams next, to climb and conquer new mountains. I feel I have so much more to give, so much more to learn, but in order to continue to grow, I need to move on and take on new challenges."
Melalui peranan Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah, Tiara membawa Puteri Gunung Ledang menjelajah dunia.

Baik versi filem mahu pun pementasan teater.

Filem Puteri Gunung Ledang mencipta sejarah apabila ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice...

Menjadi calon rasmi negara ke Anugerah Akademi, malah melayakkan Tiara memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik yang ke 50.
"I'm really blessed I've achieved more than any artiste can ever dream of in theatre, film, television, had the fortune of working with the best talents in our industry. I think we managed to create some new benchmarks, we added to the growth of theatre-goers, and contributed to the acceptance and recognition of Malaysia films locally as well as abroad."
Versi muzikalnya pula mencipta fenomena apabila menjadi pementasan terlaris di Kuala Lumpur dan Singapura.

Musim ketiga Puteri Gunung Ledang The Musical bakal menjadi penghujung kerjaya luar biasanya dalam menghidupkan watak itu.
"Our third season of PGL the Musical will mark the end of a great adventure for me, the end of something I had dreamed of all my life. But all through that wonderful adventure, I can only look back and say, I have had the best time of my life."
Masih berpasangan dengan Stephen Rahman Hughes sebagai Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 6 hingga 21 Februari ini.

DiGi Music : Melodi Di Muka Pintu Anda

Entri oleh sultanmuzaffar 13 January 2009 0 komen



Senario muzik dunia kini telah banyak berubah. Jika dahulu pengguna mendengar muzik menggunakan piring hitam, kini teknologi banyak merubah scenario itu. Pengguna boleh mendengar muzik di mana-mana saja. Golongan remaja gemar memuat-turun muzik pilihan mereka di dalam iPod. Hasilnya kini, seluruh persekitaran golongan remaja seperti anda bakal dilatarkan dengan muzik pilihan masing-masing.



Portal DiGi Music menawarkan peluang itu kini kepada anda terutamanya golongan remaja yang gemar mendapatkan muzik dengan kaedah muat turun. Paling menarik apabila portal tersebut tidak hanya menawarkan lagu-lagu popular masakini tetapi juga dari pelbagai bahasa.

Selera golongan remaja seperti anda yang sukar untuk dijangkakan membuatkan DiGi memilih untuk meletakkan pilihan di tangan anda. Hasilnya hingga kini terdapat lebih daripada lima kategori bahasa yang ditawarkan oleh portal itu. Peminat boleh memilih untuk memuat-turun lagu lagu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Hindi, Jepun dan Korea. Dan jangan terkejut kalau saya katakan lagu dari negara Nepal, Bangladesh dan Filipina juga boleh didapati di dalam portal tersebut.


Melalui portal itu juga, golongan remaja boleh mendapatkan bahan-bahan yang terkini di pasaran seperti album terbaru Pink, David Archuleta, David Cook, Jason Mraz, Britney Spears dan ramai lagi untuk dipilih sendiri oleh anda ! Perlu diingat, selain muzik arus perdana, penggemar muzik indie juga tidak dilupakan. Kita sendiri telah lihat bagaimana muzik indie sedang menguasai pasaran muzik tempatan.



Anda juga mungkin mahu menghantar lagu-lagu pilihan anda kepada mereka yang tersayang. Dari koleksi lagu yang ditawarkan, DiGi menawarkan perkhidmatan Pass It On dengan Music Telegram. Keunikan perkhidmatan ini ialah anda boleh memilih lagu berdasarkan emosi yang berkaitan dengan lagu tersebut. Jika anda sedang bercinta, pastinya mahukan sebuah lagu yang berirama romantis dengan lirik yang mampu menikam kalbu. Amat salah sekiranya sedang asyik bercinta tiba-tiba lagu yang diperolehi adalah berkenaan putus cinta.

Kempen ini bermula pada 5 Januari hingga 8 Februari. Anda boleh menyertai kempen ini sekarang dan kemudian hantar lagu tersebut kepada penerima pilihan anda dengan pesanan yang ingin anda sampaikan. Untuk mendapatkan peluang lagu pilihan anda disiarkan di corong radio, pilihan dan pesanan anda seharusnya bersifat unik dan istimewa. Lebih unik pesanan dan tujuan anda menghantar lagu tersebut maka peluang lagu itu disiarkan di radio lebih besar.

Sekiranya terpilih, penyampai radio akan menghubungi penerima dan membacakan pesanan yang telah dihantar untuknya secara langsung di corong radio.

Pesanan paling menarik akan mendapat peluang keemasan apabila DiGi Music Squad sendiri yang akan ke lokasi penerima berada dan memainkan lagunya secara langsung. Bukan menerusi pemain CD tetapi penyanyi lagu itu yang akan menyanyikannya untuk anda.

Pernahkah anda terbayang yang satu hari kelak sewaktu anda sedang asyik bercinta tiba-tiba anda dikejutkan dengan nyanyian lagu “Aku Cinta Padamu” oleh Datuk Siti Nurhaliza di muka pintu. Ianya boleh berlaku apabila anda mendedikasikan pilihan lagu anda di portal DiGi Music.

Perkhidmatan ini turut disokong dengan waktu siaran di stesen-stesen radio popular seperti Hitz.FM, ERA, MyFM dan juga beberapa acara yang bakal dianjurkan oleh DiGi Music Squad.

Saya boleh katakan ia merupakan satu kaedah baru kepada golongan remaja untuk menyampaikan hasrat hati mereka melalui melodi lagu. Mungkin anda di kalangan remaja sendiri yang masih gemuruh untuk menyatakan perasaan mereka secara “gentleman”. Untuk itu, inilah cara yang paling sesuai.

Jangan segan untuk melayari portal DiGi Music di http://music.digi.com.my/ atau pun menggunakan SMS dengan menaip GET MUSIC dan hantar ke 2000. Tunggu apa lagi ! Muat turun muzik pilihan anda sekarang !!!

Ulasan Lentera Timur oleh Dato’ Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2009 11 komen

Ulasan sedang dikemaskinikan. Masih menjana idea dan memerah otak untuk album Lentera Timur. :)

Senarai Lagu
Di Khayalan Kita (Johari Teh, Keon)
Saya kira lagu ini amat sesuai dijadikan lagu pembukaan kepada pendengar album Siti yang sudah terlalu lama menantikan beliau menghasilkan album etnik kontemporari. Ditambah lagi dengan alunan gambus yang menjadi pembukaan seakan-akan pendengar disambut oleh Siti yang tambil dengan imej Timur Tengah pada paparan kulit albumnya.

Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar)
Suasana ceria yang menjadi latar album ini berserta melodi lagu yang agak rancak menjadi kekuatan lagu ini.

Cinta Ini (Katon Bagaskara)
Not rendah Siti Nurhaliza diuji dalam lagu ini. Kalau selalunya kita hanya mahu mendengar Siti menyanyi dalam not tinggi, kali ini kita dapat kedua-duanya.

Ada Masa Mata (M. Nasir, Ad Samad)
Kali pertama mendengar lagu ini saya amat tertarik dengan liriknya selain melodinya yang agak luar biasa. Gabungan muzik Thai dan Melayu menjadikan lagu ini agak unik berbanding lagu lain dalam album ini.

Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)
Walaupun lagu ini merupakan antara lagu yang paling akhir dalam pilihan saya tidak bermakna saya tidak menyukai lagu ini sepenuhnya. Saya akui memang di zaman serba moden ini lagu-lagu bercorak sebegini seakan dipinggirkan. Oleh itu usaha Khairil Johari Johar dan Zubir Ali untuk menyiapkan lagu ini seharusnya dipuji. Bukan mudah untuk pencipta generasi baru mencipta lagu asli yang seterusnya menjadi malar segar sampai bila-bila. Pendengar pastinya membandingkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang masih segar hingga kini. Contoh terbaik lagu asli ciptaan komposert generasi terbaru yang masih segar hingga sekarang ialah seperti lagu Pandang Pandang Jeling Jeling. Lagu ini membuktikan yang Siti tidak meminggirkan peminatnya dari golongan veteran.

Seloka Budi (Adnan Abu Hassan, Azam Dungun)

Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)

Senyum Minang Manis (Zul Mahat, Abot)
Keberanian komposer menggabungkan bunyi-bunyi muzik moden seharusnya dipuji. Permulaan lagu ini seperti sebuah lagu techno yang sering terpasang di disko-disko tetapi kerancakan lagu ini disuntik bunyi-bunyi tradisional sekaligus elemen etnik kontemporari yang dicanang oleh Siti Nurhaliza amat menjadi.

Joget Menanti Kasih (S.Atan, Habsah Hassan)

Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)
Ramai peminat yang mengharapkan Siti berqasidah dalam lagu ini. Sebuah lagu bernafas berani oleh pencipta lagu etnik yang sememangnya dikenali iaitu Pak Ngah. Jika ada yang beranggapan sentuhan komposer ini sudah tumpul, mereka silap kerana Pak Ngah telah memberikan nyawa baru pada irama-irama sebegini. Elemen perkusi masih menjadi kekuatan lagu-lagu ciptaan beliau tetapi kali ini lebih berbunyi moden. Siti turut menyuntik elemen blues dan jazz dalam nyanyiannya membuatkan lagu ini tergolong dalam kategori etnik kontemporari.

Di Taman Teman (Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun)
Siti Nurhaliza memilih lagu ini sebagai single pertamanya dan ianya satu pilihan yang teman.

Pilihan sultanmuzaffar
Ada Masa Mata
Di Taman Teman
Cinta Ini
Bintang Malam
Di Khayalan Kita
Jelmakanlah Ayumu
Joget Menanti Kasih
Senyum Minang Manis
Seloka Budi
Rasa Antara Kita
Bulan Yang Mesra

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger