Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Astro B.yond, Dimensi Baru Penyiaran Malaysia

Entri oleh sultanmuzaffar 08 January 2010


Selamat datang ke dunia ASTRO B.yond ! Dunia penyiaran Malaysia telah banyak berubah. Selepas 31 tahun penonton televisyen Malaysia didedahkan dengan siaran televisyen warna, kini ASTRO membuka satu lagi pengalaman baru kepenontonan dengan menawarkan ASTRO B.yond.

Penyiaran Denifisi Tinggi (HD) itu menawarkan pengalaman menonton televisyen kepada kemewahan paparan warna, kesempurnaan dan kejelasan imej yang diadun bersama bunyi sekitar yang menyeluruh.
Perkhidmatan inovatif berbilang peringkat yang bermula dengan penyiaran Definiti Tinggi (HD) pertama dan meletak tanda aras baru dalam industri penyiaran Malaysia.

Kini, 2.875 juta pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut yang pastinya mendapat nilai maksimum daripada setiap Ringgit yang mereka bayar. Satu perkara yang harus diingat adalah Astro B.yond untuk masa depan dan lebih banyak inovasi baru yang akan menyusul. Menjelang tahun 2010, ASTRO bakal menawarkan perkhidmatan rakaman video menerusi cakera keras binaan luar. Pelanggan boleh merakamkan program kegemaran mereka dan menyusun jadual tontonan mengikut keperluan peribadi.

Selain daripada itu, ASTRO B.yond akan turut memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR), Video Atas Permintaan (VOD) dan sambungan IPTV secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang.


Kandungan HD ASTRO yang ditawarkan buat masa ini meliputi program sukan, filem dan dokumentari. Antaranya ASTRO Supersport HD, ESPN HD, HBO HD, National Geographic HD dan HISTORY HD.
Saya turut difahamkan peminat sukan pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menikmati pengalaman menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dalam HD. Lebih banyak program dalam saluran HD bakal disediakan untuk pelanggan termasuk kandungan tempatan.

Saya pastinya teruja untuk menyaksikan Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 8 dalam HD.


ASTRO B.yond akan menyiarkan siaran HD dalam resolusi 1080i dan resolusi 720p dalam keadaan tertentu, menawarkan cirri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa seperti kualiti gambar dalam definisi tinggi yang mana 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang mana lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti dalam panggung wayang, warna mewah dan skrin yang lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa.

Paling menarik apabila saya diundang bersama beberapa orang blogger untuk satu penggambaran “online video commercial” ASTRO B.yond, perkhidmatan televisyen berdefinisi tinggi (HD).

Penggambaran tersebut dilakukan di Waterfront, Desa ParkCity. Pertama kali saya menjejakkan kaki saya ke sana. Melangkah masuk ke sebuah komuniti yang aman dilengkapi suasana yang sungguh nyaman.
Sebaliknya, sebagai blogger saya diminta untuk mengumumkan azam saya yang akan dirakamkan dalam format HD untuk versi online. Mujur juga bukan versi televisyen kerana wajah yang kusam, belum tentu sesuai untuk dirakamkan dalam format HD dan ditayangkan di televisyen HD. Apa elemen yang sebelum ini tidak kelihatan di televisyen biasa, akan kelihatan di televisyen HD. Amat bahaya sekali !


Giliran saya tiba. Berada di hadapan kamera memang suatu yang agak menggusarkan saya. Walaupun ada sedikit pengalaman bersama program Gala TV untuk ASTRO Awani, saya masih kekok untuk bercakap dengan kamera. Saya gemar bercakap dengan komputer, tetapi tidak kamera. Bayangkan kegusaran di minda saya apabila rakaman itu dibuat dalam format HD. Saya terbayang bagaimana agaknya rupa rambut, rupa wajah, gaya percakapan semuanya akan jelas kelihatan. Aduh ! Namun saya gagahkan juga.

Saya tidak perlu mewar-warkan kehebatan produk baru tersebut. Walaupun saya telah pun memilikinya dan merasakan ASTRO B.yond sangat hebat. Itu antara kelebihan menjadi kakitangan apabila dapat merasai pengalaman berdefinisi tinggi (HD) lebih awal dari pelanggan biasa.

Istimewa buat blogger, Astro B.yond bakal mengadakan “ASTRO B.yond Bloggers Night” pada hari Rabu, 13 Januari depan bertempat di Modesto’s, Desa Sri Hartamas mulai pukul 7.30 malam.

Anda bakal dihidangkan dengan tayangan percuma saluran-saluran HD yang ditawarkan oleh ASTRO B.yond seperti yang telah saya sebutkan di atas. Sebelum menjadi pelanggan, anda tentu mahu tahu apakah peralatan yang akan anda perolehi dan perlu ada untuk menikmati pengalaman tersebut. Segala maklumat itu akan disediakan untuk anda.

Paling menarik adalah untuk turut serta dalam permainan “Murder Mystery bertajuk Murder In The Details”. yang akan turut diadakan di sana kelak. Pemenang permainan tersebut berpeluang untuk memenangi set Astro B.yond termasuk sebuah HDTV 32” berjenama LG termasuk alat kawalan jauh yang baru, outdoor dish dan langganan percuma Astro B.yond..

Sila juga pastikan anda merupakan FAN di Facebook ASTRO di www.facebook.com/Astro dan galakkan pembaca blog anda untuk menjadi ahli Facebook ASTRO. Maklumat terkini tentang permainan “Murder In The Details” hanya boleh diperolehi di laman Facebook ASTRO.

Bloggers yang hadir pada malam itu juga turut berpeluang untuk memenangi sebuah HDTV dengan hanya menulis blog mengenai acara tersebut. Dua entri blog terbaik akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa itu.

Sebanyak 3 unit ASTRO B.yond iaitu sebuah HDTV 32” jenama LG, ASTRO B.yond, alat kawalan jauh baru dan “outdoor dish” bakal menjadi milik anda juga langganan percuma untuk setiap saluran Astro B.yond.
Sudahkah anda mendaftar ? Saya sudah pun dapat menikmati pengalaman menonton TV dalam bentuk HD. Setakat ini saya berpuas hati. Saya puas menonton National Geographic HD bila dapat menonton program-program mengenai dasar laut.

Untuk mendaftar anda hanya perlu menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ASTRO di 1300 82 3838 atau pun mendaftar di laman web ASTRO B.yond di http://www.astro.com.my/byond. Anda perlu pastikan nombor telefon terkini anda disertakan dalam borang online tersebut.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger