Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Melangkah Ke Hadapan

Entri oleh sultanmuzaffar 25 August 2010



Ya. Rasmi sudah. Tanggal 21 Ogos lalu merupakan hari terakhir aku secara fizikal berada di pejabat Astro AWANI. Berbeza dengan hari terakhir aku sebagai kakitangan Astro yang akan jatuh pada 15 September depan.

Secara tidak rasmi, aku sudah menjadi “kakitangan” Astro sejak tahun 2003 sewaktu bermulanya program realiti paling popular mereka, Akademi Fantasia. Beberapa tahun kemudian, aku dirisik Astro untuk bekerja dengan mereka. Secara rasmi aku menjadi kakitangan Astro pada bulan Mac 2006. Pengalaman selama 7 tahun itu amat bermakna. Baik di Astro RIA mahu pun di Astro AWANI. Ia sebuah pengalaman yang amat mencabar sebagai Blogger Tidak Rasmi, Pegawai Publisiti (Akademi Fantasia), Perancang Media Baru dan Wartawan Penyiaran Hiburan selama 7 tahun.
Bergerak ke hadapan, aku bakal memulakan tugas baru di Media Prima. Secara jelas, aku akan terlibat bersama Gua sebagai Editor. Aku kembali ke dunia online setelah 4 tahun aku meninggalkannya. Aku cukup teruja menantikan pengalaman-pengalaman baru yang bakal aku tempuhi tidak lama lagi. Dunia media baru semakin berkembang. Cara menonton televisyen juga sudah berubah.

Buat masa ini tiada apa yang aku lakukan kecuali melayari internet mencari maklumat-maklumat terkini untuk sentiasa menyiapkan diri dengan perkembangan teknologi terkini.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger