Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.


Jumaat lalu, saya berkesempatan untuk hadir ke Rumah Terbuka Enfiniti Vision Media anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning. Di  majlis itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut hadir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa.

Saya memang tahu yang Datuk Siti merupakan peminat telefon bimbit jenama iPhone. Dan peluang untuk menayangkan iPhone 4 milik saya yang baru saya perolehi dari Maxis di Majlis Pelancaran Rasminya awal pagi Jumaat telah saya pergunakan.

Saya meminta Siti dan Tiara membukakan kotak iPhone 4 itu untuk saya. Lebih melucukan apabila Tiara sempat mengambil beras di dapurnya untuk menepung tawar kotak iPhone itu. Memang tidak pernah dibuat orang menepung tawar telefon bimbit. Tetapi itulah antara perkara lucu yang kami lakukan malam itu.

Selesai menepung tawar, Siti membuka kotak iPhone itu perlahan-lahan kerana dia sedar iPhone itu bukan miliknya, tetapi milik saya. Datuk Khalid yang berada di sisinya tersenyum sahaja memerhatikan gelagat isterinya yang sememangnya taksub dengan iPhone. Turut sama bersama pasangan itu ialah anak mereka, Mohamed Azief yang berkali-kali memujuk bapanya agar membelikannya sebuah.

Beberapa kali juga Siti merakamkan fotonya dengan iPhone tersebut. Kali pertama memandang rekabentuk iPhone 4 saya agak terpegun dengan rekabentuknya. iPhone 4 lebih nipis tetapi lebih berat berbanding iPhone 3GS. Waktu itu saya tidak menghidupkannya kerana tidak disambung kepada iTunes. Lagipun pada waktu itu, saya masih belum menukar sim-card saya ke micro-sim. iPhone 4 menggunakan micro-sim yang saiznya lebih kecil berbanding sim biasa. Jika pandai, anda boleh memotong sim-card anda sendiri dengan peralatan yang ada.

Itulah antara pengalaman unik yang saya lakukan dengan iPhone 4 baru saya bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Datin Seri Tiara Jacquelina. Ramai juga yang mahu memegang iPhone 4 itu.

Yang paling menarik apabila saya dengar Siti Nurhaliza dan Tiara Jacquelina akan mendapat iPhone 4 mereka sendiri tidak lama lagi yang akan dihantar kepada mereka. Majlis rumah terbuka itu turut dihadiri Michael Chan. Siapa Michael Chan ini biarlah saya rahsiakan. :)

Kredit Foto : Chedd

Day 1 - iPhone4 Still In The Box

Entri oleh sultanmuzaffar 24 September 2010 View Comments



Masih lagi dalam kotak belum berbuka. Perlu ke Maxis untuk tukar micro-sim esok pagi.

Day 0 - Maxis10 Reviewer Programme iPhone 4

Entri oleh sultanmuzaffar 23 September 2010 View Comments


Malam ini tepat jam 12 tengahmalam saya akan berpeluang memegang telefon bimbit pintar iPhone 4. Menerusi blog, Twitter, Facebook dan Youtube, saya akan melontarkan pandangan jujur saya berkenaan telefon bimbit tersebut. Saya berharap saya menyukainya kerana buat masa ini sebagai pengguna iPhone 3GS, saya hanya menggunakannya untuk panggilan dan sangat minima penggunaan data iaitu 500MB sahaja. Saya lebih gemar menggunakan telefon bimbit pintar Blackberry Bold milik saya.

Dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan cuba kemaskini blog ini dengan iPhone 4 yang dipinjamkan. Pastikan anda terus bersama saya bermula Day 0 hingga Day 14.

Saya akan berada di The Gardens untuk menyaksikan pelancaran rasmi iPhone 4 dan sedaya upaya mungkin untuk live-tweet jika ada kesempatan. Cari #MaxisiPhone4 di Twitter.

Terima kasih Maxis!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger