Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Demi watak "Dara", pelakon Misha Omar sanggup berkorban menanggalkan pendakap giginya yang dipakai sejak tahun 2006. Penyanyi itu yang terpilih memegang watak utama dalam teater "Muzikal Uda Dan Dara", turut tidak sabar untuk memulakan sesi latihan selain mengetahui siapakah "Uda" sebagai kekasihnya.

Karya agung Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang "Uda dan Dara" kembali ke pentas selepas 38 tahun karya muzikal Melayu itu dientaskan kali pertama. Sebuah kisah tragis antara seorang anak tani bernama Uda yang dilamun cinta dengan gadis berada "Dara" bakal diarahkan pengarah teater tersohor Datuk Rahim Razali.

Pengorbanan Misha yang terpilih sebagai "Dara" cukup besar apabila pelakon itu sanggup menanggalkan pendakap giginya yang dipakai sejak tahun 2006. Itulah antara soalan pertama yang ditanya pengarah Rahim Razali adakah dia sanggup untuk menanggalkan pendakap gigi tersebut sekiranya terpilih kerana keayuan penyanyi itu akan lebih terserlah sekiranya tidak mengenakannya.

Senarai barisan pelakon diumumkan hari ini namun nama pelakon utama lelaki bagi menggalas watak Uda masih tidak diumumkan. Masih mencari pelakon lelaki yang bersifat keMelayuan serta berkemampuan untuk menyanyi, menari dan berlakon, Rahim yakin negara tidak ketandusan bakat untuk diketengahkan sebagai Uda.

Namun bagi Misha pula dia tidak kisah jika digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki yang terpilih kelak kerana naskhah teater itu cukup besar dan lebih bermakna sekiranya dia dapat memberikan persembahan terbaiknya di pentas teater selaku pelakon utama.

Memilih konsep "timeless", Rahim yang bukan asing di pentas berprestij itu cukup bersedia untuk berdepan dengan cabaran mementaskan muzikal itu pula. Baginya cabaran untuk mementaskan teater cukup berbeza antara satu teater dengan teater yang lain. Lebih-lebih lagi naskhah tersebut cukup besar dan perlu diberikan nafas baru agar sumbangannya untuk memartabatkan karya sastera dapat dilakukan.

Hadir sama ke majlis itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani. Turut membintangi teater muzikal itu ialah Aishah sebagai Ibu Uda, Betty Banafe sebagai Ibu Dara, Mazlan Tahir sebagai Alang Bakhil, Khir Rahman selaku Utih dan Radhi Khalid selaku Pak Long.

Muzikal Uda dan Dara bakal menemui khalayak pada 10 hingga 20 Julai depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sementara itu, karya agung Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang akan terus segar walaupun jika ia dipentaskan sepuluh atau dua puluh tahun yang akan datang. Keindahan bahasa dan jalan ceritanya akan terus relevan dan dikenang generasi akan datang.

Bermula dengan puisi "Gadis Di Kuburan" yang ditulis Usman pada tahun 1954, ceritanya berkembang menjadi cerpen, drama televisyen dan drama pentas. Karya sastera wajar disuntik elemen hiburan agar ianya terus dihormati dan diingati sampai bila-bila.

Walaupun jalan ceritanya masih berkisar tentang darjat, kuasa, adat dan kasta, elemen spektakular dalam sinografi bakal disesuaikan untuk pementasan di Istana Budaya. Turut diberikan nafas baru ialah skor muzik dan lagu-lagu dalam teater muzikal itu yang dicipta oleh Hafiz Askiak, pemenang kategori Muzik Terbaik di Anugerah Kesenian Boh Cameronian baru-baru ini.

Sebagai waris penulis, Haslina merasakan kewajarannya karya itu diangkat ke satu peringkat lagi agar jasa bapanya akan terus dikenang. Lebih manis katanya, apabila tarikh pementasan muzikal Uda dan Dara jatuh pada hari ulangtahun kelahiran penulis yang ke 81 iaitu pada 12 Julai.


"sultan Pun Blog - Bukan sultan Biasa" selamat dilancarkan petang semalam. Terima kasih kepada yang membantu sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Bukan menunjuk handal jauh sekali menggugat kedudukan mana-mana pihak, sekadar mahu berkongsi pengalaman lapan tahun dalam medium buku setelah lapan tahun bertarung di medium internet.



Gurindam Amir Muhammad - http://amirmu.blogspot.com/2010/04/pop-gurindam-for-sm.html



"sultan Pun Blog - Bukan sultan Biasa" dilancarkan pelukis muda berbakat besar, Saiful Razman



sultanmuzaffar berkongsi pengalaman lapan tahun dalam tempoh 7 minit.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman baru saya ini.

Saya mula berkenalan dengan blog lewat tahun 2001 menerusi blogger bluehikari. Dari blog itu saya mengenali Gengjurnal, sekelompok blogger Melayu yang rupa-rupanya sudah agak ramai. Pada waktu itu, blog jadi satu perkataan yg cukup asing tetapi tidak bagi mereka. Walaupun tidak menggelarkan diri mereka sebagai pelopor blog peribadi di Malaysia, tapi pada saya merekalah pencetus minat saya untuk memiliki blog sendiri. Saya berterima kasih kerana diterima dalam kelompok mereka dan akhirnya terpilih sebagai pemenang Anugerah Weblog Terbaik pada tahun 2004.

Sejak menulis blog pada 26 Feb 2002, pelbagai pengalaman telah saya tempuh. Atas beberapa sebab, blog peribadi saya bertukar kepada blog hiburan. Kegilaan pembaca terhadap sebuah program realiti menjadikan blog yang hanya dibaca 30 orang sehari (ketika itu) bertukar menjadi 9000 orang sehari (zaman kegemilangan AF3). Dan atas sebab "if you can't beat them, join them", menerusi blog itu jugalah saya ditawarkan bersama mereka.

Sehinggalah saya kini bersama Astro Awani sebagai wartawan hiburan. Saya bertemu pelbagai ragam manusia dan pelbagai personaliti telah berkesempatan untuk saya kenali. Blog yang bermula secara lebih peribadi kini telah memunculkan dirinya bukan saja di kaca tv, pentas nyanyian, pentas teater, dan hanya di layar filem saja yang belum lagi.

Hari ini saya kumpulkan entri-entri blog yang saya anggap terbaik, sinis, kritis, manis, pedih, sedih, pahit dari pelbagai subjek antara teater, filem, seni halus, muzik, kembara dalam buku ini, "sultan Pun Blog - Bukan sultan Biasa". Idea mendapatkan tajuk buku ini datang dari Chedd dan Ajami.

Bukan untuk menggugat mana-mana penulis jauh sekali menunjuk handal. Niat saya hanya satu iaitu ingin berkongsi dengan kelompok yang lain selain internet. Walaupun zaman telah banyak berubah sekarang, buku saya sifatkan masih penting terutamanya di kawasan luar bandar. Setelah lebih 8 tahun bertarung di internet dengan keyboard, kini saya berkongsi pengalaman itu menerusi medium buku pula. Pelbagai medium telah saya cuba. Internet yg disukai ramai. TV yg menyeronokkan tetapi hasilnya mengecewakan. Mana tahu khalayak buku akan lebih menghargai kehadiran saya.

Juga jutaan terima kasih saya buat 3 personaliti yang sudi menitipkan kata-kata hikmat mereka dalam buku ini. Tiga personaliti terbaik dalam bidang masing-masing yang mana dalam tempoh sepanjang saya mengenali mereka, kita sudah mengenali dan menjadi seperti kawan. Mereka ialah Tiara Jacquelina, Siti Nurhaliza dan Mamat Khalid yang telah sudi menulis prakata utk buku ini.

Saya berharap bila saya tidak lagi menjadi blogger atau wartawan kelak, saya akan terus menjadi kawan-kawan mereka.

Juga terima kasih buat rakan penerbit di Oxygen Media dan terutamanya Saiful Razman yang sanggup jadi Yang Berhormat untuk melancarkan buku "sultan Pun Blog - Bukan sultan Biasa". Terima kasih.

The producers of "South Park" said Thursday that Comedy Central removed a speech about intimidation and fear from their show after a radical Muslim group warned that they could be killed for insulting the Prophet Muhammad.

It came during about 35 seconds of dialogue between the cartoon characters of Kyle, Jesus Christ and Santa Claus that was bleeped out.

"It wasn't some meta-joke on our part," producers Trey Parker and Matt Stone said in a statement.

Comedy Central declined to comment.

Earlier this week, the radical group Revolution Muslim said on its website that "South Park" had insulted their prophet during last week's episode by depicting him in a bear costume.

The group said it wasn't threatening Parker and Stone, but it included a gruesome picture of Theo Van Gogh, a Dutch filmmaker killed by a Muslim extremist in 2004, and said the producers could meet the same fate. The website posted the addresses of Comedy Central's New York office and the California production studio where "South Park" is made.

Despite that, Parker and Stone included the Muhammad character in this week's episode.

Muhammad appeared with his body obscured by a black box, since Muslims consider a physical representation of their prophet to be blasphemous.

When the bear costume was removed, it was revealed to be Santa Claus.

Younus Abdullah Muhammad, who operates Revolutionmuslim.com, elaborated on the statement in telephone interview.

He said the reference to Theo Van Gogh "means this is a real possibility that, in the event they were seen in public, and Muslims that hold this issue to be very sensitive saw them, they could behave in a similar manner."

Parker and Stone are known for waiting until the last minute to deliver episodes, often pulling all-nighters to get them done, and giving them the opportunity to address things in the news.

They said that in 14 years of making "South Park," which just had its 200th episode, they've never delivered one they couldn't stand behind.

"Kyle's customary final speech was about intimidation and fear," they said in the statement. "It didn't mention Muhammad at all but it got bleeped ... We'll be back next week with a whole new show about something completely different and we'll see what happens to it."

Besides the censored dialogue, only one inside joke in this week's episode could be interpreted as a reference to the Muslim group's warning.

During one scene, a mechanised Barbara Streisand robot is seen stomping through the town on a path of destruction. One voice is heard to say, "they've destroyed La Casa Bonita!"

"La Casa Bonita" is the name of Parker and Stone's production facility.


Walaupun teater "Cuci The Muzikal" diramal untuk menang besar di Anugerah Kesenian BOH Cameronian ke 8 yang berlangsung malam tadi di Kuala Lumpur, namun teater muzikal terbitan Tall Order Productions Sdn. Bhd. itu tidak pulang tangan kosong. Pelakon yang memegang peranan sebagai Jojo iaitu Awie memenangi anugerah Pelakon Utama Terbaik dalam kategori Teater Muzikal.

Pelakon itu yang juga merupakan penyanyi rock kumpulan "Wings" dan pelakon filem terkenal menerusi filem "Sembilu" pertama kali berlakon di pentas teater dan menerima pengiktirafan terbaik dalam lakonan. Awie hanya pernah memenangi Anugerah Khas Juri "Penampilan Karismatik Dalam Filem" menerusi filem Merah pada tahun 1997.

Selain Awie, penyanyi dan pelakon filem "Sepet" Adibah Noor turut memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Teater Muzikal  menerusi teater yang sama. Kemenangan Awie membuktikan keupayaan sebenar penyanyi itu yang pertama kali beraksi di pentas teater. Gementar pada mulanya untuk menerima tawaran Hans, akhirnya membuahkan hasil yang bukan sedikit. Yang paling utama adalah pengiktirafan panel juri profesional yang rata-ratanya bukan di kalangan penggiat seni filem yang sering mengadili festival filem.

Teater Cuci The Musical turut memenangi Anugerah Pilihan Penonton dalam kategori Teater Muzikal. Undian yang dilakukan secara online membuktikan yang teater muzikal itu diminati ramai. Teater Cuci The Musical bakal dipentaskan semula pada 27 Julai hingga 9 Ogos depan di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Tanpa AC Mizal dan Adibah Noor, teater Cuci The Musical menjanjikan hampir 70 peratus perubahan yang kini melibatkan pelakon baru yang diambil-alih oleh Nabil Raja Lawak dan Jaclyn Victor.

Melihat kepada keputusan penuh dalam kategori Teater Muzikal menyaksikan dominasi teater Prince Siddhartha The Musical yang membolot 10 anugerah. Kekuatan teknikal teater muzikal bertaraf antarabangsa itu benar-benar menjadi pesaing sengit untuk Cuci The Musical. Kekurangan itu sepatutnya diperbaiki oleh Cuci The Musical untuk mencapai taraf yang dipersembahkan oleh teater Prince Siddhartha The Musical.

Saya menyaksikan kedua-dua pementasan dan tidak terkejut dengan penguasaan teater Prince Siddhartha The Musical. Aspek teknikal, rekaan set dan tatacahaya teater muzikal itu sungguh mengagumkan. Tidak hairanlah sekiranya ia dipentaskan oleh produksi Musical On Stage Productions yang sememangnya antara pelopor produksi teater muzikal di Malaysia.

Saya amat berharap agar produksi teater Cuci The Musical memperkemaskan lagi aspek teknikal teater tersebut sebelum pementasan musim kedua kelak.

Apa pun, saya ingin juga mengucapkan SYABAS buat Kakiseni yang telah berjaya menganjurkan majlis anugerah berprestij itu selama lapan tahun buat penggiat seni pentas tanah air. Apa yang dimulakan oleh Jenny dan Kathy sewajarnya diteruskan oleh mana-mana badan berkecuali agar seni pentas tempatan dapat ditingkatkan dan dikenali di masa depan.

Syabas!

Kredit Foto : Facebook Samantha Shubert

Tun Mahathir The Musical di Istana Budaya

Entri oleh sultanmuzaffar 15 April 2010 View Comments

Riwayat hidup bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal dipentaskan di Istana Budaya. "Tun Mahathir The Musical" bakal menyusur pengisahan hidup bekas Perdana Menteri sewaktu zaman kanak-kanak sehingga dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

Pasukan produksi bersama Istana Budaya sedang mengenal-pasti pelakon terbaik untuk membawakan watak utama sebagai "Mahathir".

"Tun Mahathir The Musical" bakal diarahkan Rosminah Mohd Tahir, Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA.

Bakal dipecahkan kepada empat fasa, skrip teater itu ditulis oleh Ismail Kassan yang juga Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) bersama Rosminah sendiri.

Antara yang bakal dipaparkan adalah kehidupan Mahathir sewaktu zaman kanak-kanak, zaman remaja sewaktu persekolahan hingga Senior Cambridge, zaman universiti di Singapura dan era politik sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri.

Mengulas kriteria pelakon bagi menggalas watak sebagai negarawan ulung itu, seseorang pelakon itu harus memiliki karisma sebagai seorang pemimpin, rekod kerja yang bersih dan pelakon yang komited serta sanggup menyerahkan jiwa dan raganya bagi merealisasikan watak tersebut selain kecintaan terhadap tokoh itu sendiri.

Namun demikian, era politik Mahathir yang penuh dengan onak dan duri akan turut dipaparkan menerusi lirik lagu, gerak dan muzik.

Secara tidak langsung, sejarah tidak dinafikan terutamanya dalam melibatkan kontroversi politik. Semuanya dilakukan semata-mata untuk menjaga nama baik semua pihak.

Sebagai pemimpin ulung negara, Mahathir pastinya memiliki kelebihan dan kekurangannya, namun ia akan dizahirkan dalam pelbagai bentuk.

Sidang media pengumuman tenaga produksi utama "Tun Mahathir The Musical" berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Turut diumumkan ialah penglibatan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang akan bertindak selaku pengarah muzik.

Diterbitkan oleh CTRA Production, "Tun Mahathir The Musical" bakal dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 24 September hingga 4 Oktober depan.

Pastinya nama pelakon yang bakal menggalas watak sebagai Mahathir menjadi tajuk utama di mana-mana. Di Malaysia kita punya ramai pelakon yang mampu berlakon dengan baik tetapi belum tentu memuaskan hati pihak penaja untuk berasa yakin pelaburan yang mereka buat dapat membuahkan hasil.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger