Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 27 October 2003

FUUYO!
FUUYO! Oleh Afdlin Shauki

Saya membeli album ini kerana kualitinya. Saya amat kagum dengan bakat beliau. Beliau boleh menjadi seorang pelakon yang baik, pelawak yang lucu, pencipta lagu yang baik, penulis lirik dan penghibur yang versatile. Tidak salah kalau saya katakan beliau mampu menggantikan Seniman Agung P.Ramlee satu hari kelak. Beliau hadir dengan sebuah album yang saya tunggu setelah sekian lama semenjak beliau masih artis dengan Roslan Aziz Production. Baru kini album beliau dikeluarkan. Hasilnya sungguh cemerlang !

Track 1: Rakyat Malaysia Pertama Di Angkasa Lepas
Satu gimik yang unik. Idea yang segar dari seorang penyanyi tempatan. Beliau berhasrat untuk berjaya bukan setakat di peringkat antarabangsa tetapi juga di angkasa lepas.

Track 2: Sampai Bila (menampilkan Joe Flizzow)
Sampai Bila versi terbaru ini menampilkan susunan muzik yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran zaman. Lagu ini pernah dirakamkan beberapa tahun dulu di dalam album bersama Roslan Aziz Production sempena ulangtahun RAP. Lirik lagu ini lebih direct dan menggunakan bahasa yang santai. Melodi lagu ini menjurus kepada irama funky. Korus yang menampilkan rap oleh Joe Flizzow juga menarik.

Apakah erti kehidupan ini
Adakah hanya untuk memuaskan hati
Dengan bekerja tiap malam dan pagi
Cukup bulan menambah kadar inflasi

Track 3: Am I Too Late

Track 4: Aku Lelaki
Mesej lagu ini mudah. Sebuah lagu untuk lelaki. Membuka pandangan sebenar tentang lelaki juga membina minda tentang apa itu lelaki. Masih mengekal melodi yang hampir sama iaitu funky. Lagu sebegini sesuai dengan vokal Afdlin yang kedengaran agak kebaratan. Lirik lagu ini masih bersifat santai dengan penggunaan bahasa yang mudah tetapi masih mudah untuk difahami.

Track 5: Bukan Cinta
Sebuah lagu balada yang biasa. Lagu ini rasanya pernah saya dengar sewaktu menonton filem Soalnya Siapa. Klip video yang digunakan juga dari filem tersebut. Balada cara Afdlin agak berbeza dengan stail balada Siti Nurhaliza yang lebih mendayu-dayu. Stail Afdlin kedengaran ada unsur-unsur Innuendo yang banyak disuntik dari black music seperti Babyface dan Boyz II Men.

Track 6: Waras Prelude In G# Minor

FUUYO!Track 7: Waras (Lagu Tema Filem Buli)
Lagu ini amat sesuai dijadikan tema Filem Buli. Saya pasti. Melodi lagu ini bermula dengan string dan pendengar di bawa mendengar lagu ini dari mula hingga ke akhir. Saya amat menggemari lagu ini. Lebih-lebih lagi setelah menonton klip video yang telah dibuat untuk lagu ini. Jika anda mendengar lagu ini di waktu tengah malam, anda akan terbuai perasaan mendengar lagu ini. Dalam senyum sendirian anda akan terbayang keindahan lirik lagu tersebut. Saya tertunggu-tunggu hasil filem pertama beliau yang berjudul Buli.

Track 8: Tuan & Hamba
Lagu ini sekali lagi membuktikan Afdlin dan funky memang satu brand name yang perlu kita ambik perhatian. Lirik lagu ini membawa makna positif tentang Tuan & Hamba. Silap dengar saya menyangka lagu ini nyanyian Zainalabidin.

Track 9: Mangsa Keadaan
Apa yang boleh saya katakan tentang lagu ini ialah ia sebuah lagu yang unik. Liriknya selamba. Melodinya mengejutkan. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, saya dengar lagu sebegini. Lagu ini bermula dengan melodi kehabisan bateri dan membawa kepada melodi zaman 60-an. Vokal yang Afdlin Shauki gunakan banyak meniru gaya P. Ramlee untuk lagu ini. Suntikan irama jazz yang kuat untuk lagu ini amat menarik untuk didenga berulang-ulang kali. Penggunaan instrument yang minima seperti orkestra seniman jalanan di New Orleans.

Track 10: Daku Percaya (Lagu Tema Afdlin Shauki)
Sebuah lagu balada yang biasa yang kuat unsur blacknya. Tidak bosan mendengar lagu sebegini. Liriknya senang untuk diingati. Lagu ini ada unsur-unsur Innuendo yang kuat.

Track 11: Tiada Lagi
Pertama kali mendengar lagu ini hati saya sudah tersentuh. Lirik lagu ini sungguh menyedihkan lebih-lebih lagi ia menceritakan kisah hidup Afdlin sendiri. Melodi lagu ini juga sudah cukup untuk meruntun hati pendengar. Penggunaan piano solo mampu membangkitkan mood lagu ini. Vokal Afdlin untuk lagu ini juga dipersembahkan dengan terbaik dan penuh perasaan.

Track 12: Gadis Pilihan Ibu
Lagu relaks yang mempunyai lirik yang santai. Lagu nasihat kepada lelaki oleh ibunya tentang bagaimana mencari pasangan hidup. Melodi lagu ini agak moderate tetapi masih sesuai untuk membuatkan badan anda bergoyang-goyang.

Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa
Jangan jadi mangsa kahwin terpaksa

Track 13: Disco Dancer

Track 14: Ku Tak Mahu
Lagu ini boleh saya ibaratkan lagu I Will Survive versi lelaki. Mesejnya mudah iaitu tentang seorang lelaki yang menolak perhubungan semula kekasihnya yang telah diputuskan olehnya. Melodi lagu ini mudah dan catchy. Liriknya juga senang. Susunan lagu untuk lagu ini dibuat dengan baik.

Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu, Ku tak mahu, Tak mahu
Ku tak mahu

Track 15: Hingga Ke Akhirnya (Lagu Orang Kahwin)
Lagu balada orang kahwin dari Afdlin amat menarik. Lagu ini menjadi menarik kerana melodinya. Liriknya masih biasa tiada yang beza dari lagu-lagu balada terdahulu yang bersifat melankolik yang terlampau.

Track 16: Mia Sara
Mia Sara menjadi begitu indah kerana disampaikan dengan kejujuran hati oleh Afdlin. Melodi lagu ini amat indah dan begitu senang didengar. Lirik lagu ini juga menarik. Penggunaan instrument yang minima memudahkan susunan lagu ini dibuat.

Mia Sara tidurlah
Kasihanilah Mama mu
Kerana dia menunggu untuk bersama Papamu

Track 17: Reprise (Tragedi Kisah Benar)

VCD Angkasawan Yang Terlampau
VCD Angkasawan Yang Terlampau yang diselitkan sekali dalam album ini menceritakan tentang pembikinan album ini. Turut disertakan ialah video klip Waras yang saya anggap hasil terbaik Afdlin. Konsep video klip itu lebih menjurus kepada ciri-ciri MTV yang jarang kita lihat di sini. Ucapan dari rakan-rakan seperjuangan Afdlin turut memberikan suntingan semangat untuk beliau. Yang paling saya suka ialah tentang isu cakera padat cetak rompak yang dibangkitkan oleh beliau. Beliau bersusah payah mencari sumber kewangan untuk menerbitkan album ini dan lanun cetak rompak dengan senang mengaut keuntungan dari hasil titik peluhnya. Walaupun dibuat dalam nada gurauan tetapi sebenarnya amat sinis.

Tenaga Produksi
Saya kagum dengan tenaga produksi album ini. Saya kagum dengan semangat mereka untuk menerbitkan album ini. Secara keseluruhan album ini disiapkan oleh empat rakan karib Afdlin di Acidiz iaitu Acis, Aji, Pacai dan Fendy. Kebanyakan lagu dicipta dan ditulis liriknya oleh Afdlin Shauki sendiri. Kebanyakan lagu juga diterbitkan oleh Acis dan Pacai.

Kulit album
Saya sudah dapat merasakan kulit album ini akan memenangi anugerah Kulit Album Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik akan datang. Keunikan idea yang ditampilkan lain daripada yang lain. Itulah Afdlin yang sentiasa mahukan kelainan. Kulit album direka oleh Jefri Adzman.

laman web Afdlin Shauki
laman web AcidRain
mendaftar menjadi Angkasawan di sini

Kredit Foto: Jefri Adzman

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger